sains kanak2

23
Bahagian A Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki mencari jurnal dan buku mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran sains kanak-kanak .Seterusnya anda dikehendaki menulis ulasan secara kritis tentang teori-teori tersebut.Bilangan jurnal dan buku yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya berjumlah 4 buah. PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME 1.0 Pengenalan Konstrukvisme bermaksud pembinaan pengetahuan.Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman yang ada. Guru menjadi tonggak inspirasi dan motivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatan tradisional atau pendekatan konstruktivisme. Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagai pemberi maklumat dan pelajar hanya mendengar dan menerima segala maklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini, pelajar memainkan peranan yang pasif.Pengajaran secara tradisional ini mengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkan seseorang itu terlalu bergantung kepada 35

Upload: haziq-zaidel

Post on 15-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Bahagian ASecara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki mencari jurnal dan buku mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran sains kanak-kanak .Seterusnya anda dikehendaki menulis ulasan secara kritis tentang teori-teori tersebut.Bilangan jurnal dan buku yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya berjumlah 4 buah.

PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME

1.0 Pengenalan

Konstrukvisme bermaksud pembinaan pengetahuan.Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman yang ada. Guru menjadi tonggak inspirasi dan motivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatan tradisional atau pendekatan konstruktivisme.

Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagai pemberi maklumat dan pelajar hanya mendengar dan menerima segala maklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini, pelajar memainkan peranan yang pasif.Pengajaran secara tradisional ini mengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkan seseorang itu terlalu bergantung kepada guru.Pemikiran yang kreatif dan kritis tidakdapat di asah.Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivisme yang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasai pengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak..

.

Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak-kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur baru mengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina.Rutherford dan Ahlgren mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak pengetahuan mereka itu semuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dan tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akan kekal.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti P&P.

Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.Walau bagaimanapun, pada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.Antara pendekatan dan pembelajaran sains yang disarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains, teknologi dan masyarakat.Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI ini adalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains.

Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang murid yang membawa kepada pengalaman sedia ada mereka menjadi faktor utama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains kanak-kanak.Selain daripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sains kanak-kanak ialah:

Menerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikan beberapa jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya:

Pengalaman Sedia Ada Murid

Menurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh ditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal dan rasional dengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman baru (Gauvin, 2001).

Menurut Bransford (1979): Pengetahuan sesuatu yang baru berdasarkan pengetahuan sedia adabukanlah sesuatu yang baru. Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah penting. Kerana walaupn ada pengetahuan sida ada, tetapi pelajar tidak dapat mengaitkan dengan seuatu yang baru. Maka, guru perlu mengaktifkan dan menghubungkaitkan pengetahuan kanak-kanak supaya seimbang Buat peta konsep dan bincang secara keseluruhan seperti teori ausubel bagi member gambaran awal, jadi kanak-kanak akan dapat kaitakan pengetahuan sedia ada

Sebagai contoh, pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian lebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air. Kita dapat lihat bahawa guru menggunakan pendekatan deduktif sebagai salah satu cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu ini, guru boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yang hidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak lengkap atau pun salah. Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuan yang murid sudah kuasai tetapi sebaliknya guru perlu mengkaji dan meneroka pengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yang salah dapat di kenal pasti.

Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubungan antarapengetahuan lama dan pengetahuan baru dan menguasai konsep tersebut.Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau aktiviti yang dapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada usaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka.Sebagai contoh, dalam topik haiwan, guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yang mempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakan haiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.

Perbincangan Di Dalam Bilik Darjah

Menerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkan perbincangan di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapat membantu murid mengasah kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satu prosesmenghubungkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada diri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satu objektif sistem pendidikan negara.

Maka apabila adanya kedua-duanya cara pemikiran boleh mengubah suai idea dan produk sedia ada kepada lebih berkualiti.

Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana guru membentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagai idea dalam kalangan murid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001) bahawa dalam perbincangan, pelajar merupakan pihak yang aktif kerana perbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi antara murid secara bermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapat beberapa elemen penting yang perlu di ambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik perbincangan, antaranya ialah:

Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai fasilitator, di mana beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan dan peluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Penting untuk seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap murid untuk melibatkan diri di dalam kumpulan (Brown et al., 1996). Selain itu, dalam setiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan pencatat.Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.Penglibatan murid di dalam aktiviti dapat memberi keberkesanan kepada aktiviti kumpulan ini dan ia juga bergantung kepada bagaimana guru dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam pelbagai peranan.

Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaat kepada kanak-kanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasan yang memerlukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang kurang memberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di samping itu, murid yang pasif dan lemah akan berpeluang untuk mengecapi kejayaan jika diberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasah jika diberikan peluang untuk bercakap di akhir perbincangan.

Penyampaian Dan Pendekatan Guru

Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains seharusnya berdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid serta sumber dan prasarana yang ada di sekolah.Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai seorang fasilitator dalam pengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan.Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi penumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan teknologi.

Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada : Pelajar yang tidak dapat atau sukar menguasai sesuatu bidang ataupun perkara melainkan dapat bimbingan guru. Teknik scaffolding iaitu bimbingan dan bantu pelajar mengikut keperluan

Di akhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannya dengan sendiri.

Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dilakukan guru mengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat yang lain. Selain daripada itu, Ormrod (2008) mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti berikut:

Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatan demonstrasi sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan seseorang individu menunjuk cara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti, konsep auat prosedur. Murid-murid yang lain akanmemerhati, mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasa proses demonstrasi dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid. Proses ini turut melibatkan penggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea.

Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran, perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak, pengajaran akan gagal mencapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadi kurang berkesan jika murid tidak diberikan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, pembelajaran juga akan menjadi kurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan dengan sistematik.

Eksperimen

Sebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapat membantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalam teori pembelajaran konstruktivisme.Salah satu pendekatan demonstrasi yang penting dalam subjek sains adalah eksperimen.Eksperimen merupakan satu kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran sains.Murid perlu menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku.Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru. Guru kemudiannya membimbing dan menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat dikembangkan semasa proses ini.

Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan persekitaran mereka.Dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah menggunakan satu model yang dikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam "Children's Learning in Science Project" di University of Leeds untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah.Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasi eksperimen melalui:

a) Fasa 1:OrientasiGuru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran.Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmal sains supaya suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan.

b) Fasa 2: Pencetusan ideaSebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar.c) Fasa 3: Penstrukturan semula ideaApabila suasana dan idea telah dibina, aktiviti atau memberi tugasan berstruktur diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara teratur.d) Fasa 4: Penggunaan ideaPelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukan atau membincangkan persoalan-persoalan yang timbul.

e) Fasa 5: RefleksiPelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di dalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep daripada menghafal.Guru juga dapat menilai pemahaman murid dengan lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepada mereka.Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukar untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan mata pelajaran.(Nair & Muthia, 2005)

Simulasi

Simulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasi sebenar.Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu teknik mengajar dalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat dan menyeronokkan.Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsip dalam melaksanankan simulasi iaitu:.1.Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas 2.Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililhpelajar yangsesuai untuk berlakon 3.Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untuk menerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep.Sebagai contoh perubahan siang dan malam.Komputer dan internet dapat membantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks dengan lebih mudah.Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model juga dapat dilakukan di bawah konsep simulasi.Main peranan dapat dilakukan dengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untuk mempelajari sesuatu proses atau prinsip. Model pula digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.

Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah penting untuk guru berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya di kalangan murid dan menghormati perbezaan tersebut.(Brown, Collins & Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk melihat perbezaan budaya ini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada rakan kelas yang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budaya mereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung.

JUSTIFIKASI Setiap teori yang diperkenalkan dan diterapkan dalam pembelajaran mempunyai kebaikkan dan keburukkan masing-masing. Daripada ketiga-tiga teori yang dipelajari, iaitu teori kognitisme,behaviourisme dan konstruktisme, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan ketika mengaplikasikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Namun, antara ketiga-tiga teori ini, kami lebih memilih teori konstruktivisme untuk diberi penekanan dalam pengaplikasian PdP di bilik darjah. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa kekuatan dalam teori tersebut, disamping teori tersebut merupakan gabungan di antara kedua-dua teori behaviorisme dan kognitisme.

Antaranya ialah melatih murid untuk berfikir. Berfikirmerupakan alam proses membina pengetahuan baru, melalui teori konstruktivisme kita dapat lihat bahawa murid perlu berfikir sendiri bagi menyelesaikan masalah. Hal ini akan menjana idea murid-murid dalam membuat sesuatu keputusan. Teori ini menitikberatkan penglibatan murid-murid berfikir secara aktif dalam menyelesaikan masalah yang mana menuntut kebolehan berfikir pelajar yang lebih tinggi. Sebagai contoh guru memberi sesuatu topik yang umum untuk mereka bincangkan secara kritis dan kreatif. Guru hanya sebagai pemerhati dan pembimbing. Murid-murid sendiri yang perlu melahirkan dan melontarkan idea-idea mereka.

Kekuatan seterusnya bagi teori ini ialah murid lebih mudah memahami sesuatu ilmu baru. Hal ini kerana, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang.Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Sudah tentu ini membolehkan mereka lebih memahami pelajaran tersebut dan boleh mengapliksikan pelajaran tersebut dalam kehidupan.

Kekuatan atau kelebihan yang terdapat di dalam teori ini ialahnilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Hal ini kerana, murid akan diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari. Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep yang dipelajari mereka.

Selain itu, kemahiran sosial juga dapat diperolehi melalui teori ini. Hal ini kerana kemahiran sosial ini diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru sebagai contoh aktiviti berdiskusi atau berbincang. Ini akan menjadikan murid lebih kendiri dan berfikiran matang dalam mengetengahkan pedapat dan berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain. ia juga dapat menanamkan sikap sosial yang positif dalam kalangan murid-murid.

Tambahan lagi, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisionalseperti syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

Teori konstruktivisme ini juga dapat meningkatkan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid.Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Mereka akan memberi idea-idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman tersebut. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.

Dalam pembangunan modal insan yang ingin melahirkan murid yang celik minda, maka ekonomi pengetahuan hendaklah manjadi satu penekanan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Maka, sejak kecil lagi, pembinaan ilmu pengetahuan hendaklah dipupuk supaya ia menjadi satu tabiat bagi murid tersebut hingga ke dewasa. Pelbagai teori-teori telah dibina bagi memberikan satu gambaran kepada pendidik untuk diguna pakai dalam PdP kelak. Seseorang insan yang bergelar pendidik akan menggunakan pelbagai kaedah ataupu cara untuk menjamin kualiti pembelajaran dalam kalangan anak didiknya. Namun begitu, jika kita lihat konteks pendidikan yng sebenar adalah, pembelajaran dimaksudkan sebagai perubahan tingkah laku seseorang akibat daripada penerolehan ilmu, ataupun kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran. Teori pembelajaran ini merupakan satu teori yang berpandangan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina berdasarkan pengalaman sebenar mereka.

Implikasi pertama adalah guru berperanan besar sebagai pemudahcara,perangcang dan pembimbing untuk pelajar. Tambahan lagi, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor asas ataupun paling penting dalam mempengaruhi pemerolehan ilmu baharu, da tahap pembelajaran adalah berdasarkan penguasaan ilmu oleh pelajar terbabit. Selain itu, implikasi teori ini adalah kanak-kanak boleh didedahkan dengan penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang maujud seperti batang aiskrim,anak batu, dan sebagainya. Selain itu, penyediaan arahan yang lebih jelas,pendek,ringkas dan beserta contoh akan memudahkan pelajar untk memahami apa yang telah diperkatakan oleh guru terbabit. Sebagai contohnya, guru haruslah menyediakan demonstrasi beserta penerangan yang menarik sebelum memulakan sesi aktiviti yang ingin dijalankan.

Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat mengenal pasti Zon Perkembangan terdekat( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslahmenyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakanuntuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangankumpulan merupakan salah satu strategi yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid secara tidak langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas daripada rakan-rakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka. Perbincangan dalam kumpulan juga dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid kerana setiap murid berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.

Kesimpulannya, teori Piaget menitikberatkan pemerolehan ilmu oleh pelajar bukanlah diukur berdasarkan ujian yang dijalankan secara tradisi tetapi para pelajar mestilah berterusan diuji supaya dapat melihat perkembangan pemerolehan ilmu oleh pelajar. Selain itu, teori ini juga lebih berpusatkan pelajar berbanding guru. Guru hanya bertindak sebagai pendamping dan pembimbing membantu pelajar dalam proses pemerolehan ilmu.

Disediakan Oleh

( MOHD HARIZ HAZWAN BIN WAHAD)1PISMP SAINS

35