pengurusan rekod perkembangan & pencapaian kanak2

31
Pengurusan Rekod Perkembangan Dan Pencapaian Kanak-Kanak Dalam Domain Kognitif, Afektif Dan Psikomotor. Merekod Merekod didefinasikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian. Merekod melibatkan 3 asas teknik merekod iaitu:- Yang menghuraikan (running rekod, rekod anekdot) Yang mengira masa & menghitung jumlah (event sampling, senarai semak) Kesimpulan, pertimbangan utk gambarkan sesuatu. (skala kadar) Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod. Sesuatu rekod perlu mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan rekod ke atas tingkah laku murid iaitu:- Tujuan Aspek Perincian Pertimbangan yang praktikal 1

Upload: cempaka-ayu

Post on 14-Jun-2015

10.116 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Pengurusan Rekod Perkembangan Dan Pencapaian

Kanak-Kanak Dalam Domain Kognitif, Afektif Dan

Psikomotor.

Merekod

Merekod didefinasikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem

berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian. Merekod melibatkan 3

asas teknik merekod iaitu:-

• Yang menghuraikan

– (running rekod, rekod anekdot)

• Yang mengira masa & menghitung jumlah

– (event sampling, senarai semak)

• Kesimpulan, pertimbangan utk gambarkan sesuatu.

– (skala kadar)

Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri

yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod. Sesuatu rekod perlu

mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan rekod ke atas tingkah laku murid

iaitu:-

• Tujuan

• Aspek

• Perincian

• Pertimbangan yang praktikal

1

Page 2: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Kaedah Merekod

Naratif / cerita

• Rekod anekdot

− Rekod anekdot adalah rekod mengenai satu sahaja peristiwa. Ia

merupakan satu catatan ringkas yang merekod tentang satu

kejadian atau tingkahlaku yang penting sahaja. Rekod anekdot

menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa, dan siapa

seara objektif sesuatu kejadian yang berlaku. Guru boleh

menerangkan peristiwa, tingkah laku atau insiden dengan

perkataan atau menggunakan gambar. Oleh itu guru perlu sediakan

buku kecil atau helaian kertas dan diletakkan pada tempat yang

mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama

kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan

guru dan cadangan atau tindakan guru. Guru dapat mengambil

tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu murid

tersebut.

− Kebaikan rekod anekdot

• Tidak memerlukan latihan

• Terbuka (boleh tulis apa sahaja)

• Mencatat kejadian yang tidak diduga

• Mencatat tingkah laku yang diperlukan

− Keburukan rekod anekdot

• Tidak mempunyai gambaran lengkap

• Bergantung kepada ingatan pemerhati

• Sukar dianalisa

2

Page 3: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

• Rekod berterusan / running record

− Rekod berterusan adalah satu catatan terperinci tentang kejadian

mengikut urutan masa. Lazimnya urutan masa yang ditetapkan

ialah dalam 5 hingga 10 minit. Catatan rekod jenis ini diulang

beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan.

− Kebaikan rekod berterusan

• Memberi makna yang besar bagi kanak-kanak.

Kemampuan dan kejayaan akan meninggikan azam,

kepercayaan diri sendiri dan pandangan diri sendiri.

• Bagi ibu bapa dan guru, dapat mengelakkan bahaya dan

kerendahan daya penggerak. Harapan dan pendangan

terhadap kanak-kanak adalah positif.

• Satu rekod yang lengkap dan tidak terhad pada sesuatu

kejadian sahaja.

• Rekod ini terbuka dan guru boleh mencatat apa sahaja yang

dilihat.

• Pemerhatian tidak perlu mempunyai skill pemerhatian yang

khusus.

− Keburukan rekod berterusan

• Memerlukan masa yang banyak

• Susah merekod semua kejadian secara terperinci

• Sukar untuk merekod pemerhatian secara kumpulan

• Pemerhati hendaklah menjauhkan diri dari kanak-kanak

semasa membuat pemerhatian.

• Specimen rekod

− Rekod jenis ini lebih terperinci dariada rekod berterusan. Rekod ini

merekod tingkahlaku secara menyeluruh tetapi tidak mempunyai

3

Page 4: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

tempoh masa. Kebaikan dan keburukan rekod specimen adalah

seperti rekod berterusan.

Time sampling

• Merekod kekerapan tingkah laku dalam masa yang ditetapkan. Tingkah

laku yang direkod adalah nyata dan kerap berlaku.

• Kebaikan time sampling

• Menjimatkan masa

• Lebih terkawal

• Mengumpul mengenai beberapa kanak-kanak atau jenis tingkah

laku maklumat tentang jangka masa tingkahlaku berlaku.

• Keburukan time sampling

• Mrekod tingkahlaku yang ditetapkan. Kemungkinan tertinggal

merekod tingkah laku yang berguna.

Event sampling

• Satu catatan ringkas tentang keadaan sebelum dan selepas satu tingkah

laku berlaku.

• Kebaikan event sampling

• Mudah dianalisa

• Lebih objektif

• Merekod kekerapan tingkah laku

• Keburukan event sampling

• Tertutup

• Merekod secara khusus sahaja

• Kurang lengkap

Skala kadar

• Merekod kadar seseorang kanak-kanak itu melakukan sesuatu tingkah laku

• Sesuai untuk mengkajikanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang

sama pada masa yang sama.

• Kebaikan

4

Page 5: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

• Mudah dan menjimatkan masa

• Beberapa tingkah laku yang melibatkan beberapa orang dalam satu

masa dapat direkod

• Mudah untuk memberi skor.

• Keburukan

• Tertutup kerana merekod tingkah laku khusus sahaja

• Menunjukkan tingkah laku positif dan negatif.

• Sukar membezakan point dalam skala.

Senarai semak

• Satu senarai perkembangan atau tingkahlaku disusun mengikut urutan

perkembangan atau logik. Pemerhati akan menandakan tingkah laku yang

dapat diperhatikan pada senarai semak.

• Kebaikan

• Banyak maklumat boleh direkod

• Tidakperlu dilengkapkan dalam sehari

• Boleh digunakan oleh sesiapa

• Keburukan

• Item senaraisemak terhad, perlu ditafsir berhati, hati

• Kurang maklumat tentang kekerapan, jangka masa dan keterangan

tentang tingkah laku.

5

Page 6: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Pemerhatian

Temuduga Berstruktur

Temuduga ini boleh dilaksanakan semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti. Perkara-

perkara yang perlu diberi perhatian semasa temuduga ialah :

ketekalan

Adakah kanak-kanak memberi jawapan yang sama untuk soalan yang sama pada

masa yang berlainan?

ketepatan

Adakah kanak-kanak menjawab dengan betul?

kejelasan

Adakah respon kanak-kanak jelas dan boleh diterima?

lengkap

Adakah respon lengkap? Berapa banyak aspek sesuatu konsep dilengkapi? Berapa

banyak maklumat yang diberikan?

Rekod Kerja dan Portfolio

Rekod kerja dan portfolio dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan

kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep dan kemahiran yang mereka ketahui dan

kuasai. Kanak-kanak mempunyai sampul matematik, membaca, sains dan lain-lain.

Setiap bahan perlu ada tarikh kerja dijalankan dan catatan berkenaan bagaimana ia

dilaksanakan.Beberapa bahan yang termasuk dalam portfolio ialah:

hasil lukisan, mewarna, lakaran dan lain-lain.

gambar kanak-kanak sedang membuat kerja, projek tertentu.

nota ataupun komen daripada temuduga kanak-kanak.

kaset yang mengandungi aktivitikanak-kanak bercerita, membaca puisi ataupun

peristiwa tertentu.

6

Page 7: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

video kanak-kanak.

carta pertumbuhan kanak-kanak.

senarai semak.

ujian standard

maklumat pemerhatian

Ujian Standard

Ujian standard dijalankan mengikut arahan dan masa tertentu. Penyeliaan perlu dilakukan

dengan teliti. Markah dan purata digunakan dalam ujian ini misalnya, guru membentuk

soalan untuk ujian matematik.Ujian ini digunakan bagi mengenalpasti kebolehan kanak-

kanak ataupun bagi menentukan kumpulan pemulihan. Markah daripada ujian ini perlu

disokong oleh penilaian lain.

Kad Kemajuan

Pada peringkat prasekolah, kad kemajuan tidak diperlukan sangat. Kad kemajuan boleh

dalam bentuk bertulis, bukan markah atau gred. Gred atau markah tidak membawa makna

kepada ibu bapa. Kad kemajuan boleh disokong dengan perbincangan bersama ibu bapa.

Kad kemajuan perlu disertakan dengan dengan folio untuk dibawa pulang oleh kanak-

kanak.

Pemeringkatan

Berasaskan kepada pemerhatian yang dibuat dari semasa ke semasa ke atas kanak-kanak.

Asas untuk menyatakan sama ada kanak-kanak telah atau belum lagi mencapai matlamat

yang dikehendaki daripadanya.

Hasil Kerja Murid

Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak dalam proses pembelajaran

dihasilkan dalam bentuk lukisan, tulisan, cetakan komputer ataupun kerja tangan. Ada

sesetengah guru memberi dalam bentuk projek dan hasil kerja murid pula dikumpul

dalam bentuk buku skrap atau laporan. Melalui hasil kerja murid guru dapat menilai

beberapa sikap seperti usaha, kesungguhan, kreativiti, kekemasan, ketelitian dan

7

Page 8: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

keyakinan murid. Setiap hasil kerja murid hendaklah ditulis nama, tarikh dan ulasan

ringkas guru. Perkembangan serta perubahan tidak memuaskan, guru boleh berusaha

membantu murid tersebut. Setiap murid yang menghadiri tadika perlu mempunyai satu

rekod profil. Rekod ini terdiri daripada maklumat peribadi murid yang mengandungi

maklumat diri, keluarga, kesihatan dan fizikal, rekod kemajuan perkembangan dan

himpunan hasil kerja murid.

Domain Kognitif

Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk mengumpul maklumat.

Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada apa yang berlaku pada setiap

kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas serta reaksi yang dilihat dan didengar

semasa murid melakukan aktiviti secara berkumpulan atau individu memberi maklumat

penting berkenaan perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkodkan

KOGNITIF

PSIKOMOTORAFEKTIF

PEMBELAJARAN

TAHAP-TAHAP TAKSONOMI

Sumber : Falsafah Kebangsaan

8

Page 9: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

secara sistematik supaya perisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh

direkodkan dengan menggunakan rekod anekdot, rekod pensampelan masa dan senarai

semak.

Merujuk kepada Kurikulum Prasekolah (2003) domain kognitif merangkumi komponen

perkembangan bahasa dan perkembangan kognitf (matematik dan sains). Bagi murid

prasekolah, kemahiran dalam kognitif ini dapat dibahagikan mengikut 3 aras.

Aras Peringkat Contoh

Rendah Pengetahuan Boleh menamakan warna

Sederhana Kefahaman Boleh membezakan warna

Tinggi Aplikasi Boleh mengira (operasi tambah)

Pengetahuan ialah aras paling rendah dan mudah. Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah.

Murid akan mengingat kembali pengetahuan tentang

istilah

spesifik

fakta

kaedah atau prosedur

konsep asas

prinsip

konvensi

trenda dan aturan

pengelasan

kriteria

prinsip atau generalisasi

teori dan struktur

9

Page 10: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Kata tugasan yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku seperti

mendefinisikan, menghuraikan, mengenalpasti, memadan, memilih, menyatakan dan

membuat garis kasar.

Kefahaman ialah kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada

satu bentuk yang lain. Kefahaman dibahagikan kepada 3 kemahiran kognitif iaitu

penterjemahan, interprestasi dan ekstra-polasi.

Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep yang

diketahui dengan menggunakan perkataan , simbol yang lain. Contohnya

menterjemahkan secara literal dari satu bahasa kepada bahasa lain,

membaca al-quran atau membaca skor muzik.

Interprestasi ialah kebolehan menghubungkaitkan bahagian-bahagian

dalam satu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau

grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Contohnya

menyatakan satu pernyataan, peristiwa atau konsep dengan menggunakan

olahan bahasa sendiri atau menginterprestasi graf, carta, peta, jadual,

kartun ke bentuk verbal dan sebaliknya.

Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interprestasi tetapi ianya

melampui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan.

Kemahiran ini menghasilkan ramalan, infrens atau anggaran berdasarkan

pemerhatian, pengalaman, coral, trenda atau suatu urutan berkala misalnya

membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan

pengalaman.

Kata tugasan untuk mengukur objektif khusus seperti ini antaranya ialah menukarkan,

mengubahkan, membezakan, menerangkan, memberi contoh, merumuskan dan menulis

semula dengan perkataan lain dan menyokong.

Aplikasi ialah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Objektif umum

yang digunakan seperti menggunakan konsep dan prinsip kepada situasi baru,

10

Page 11: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

menggunakan hukum dan teori kepada kehidupan seharian, menyelesaikan masalah

matematik dan membina carta dan graf.

Kata tugasan atau kata kerja yang digunakan ialah mengubah, meramal, meyediakan,

menghitung, membina, menghasilkan, mengubahsuaikan dan menunjukkan cara.

Domain Kogintif dalam Matematik

Setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti

dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka. Matematik adalah contoh pemikiran

logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak memerlukan pengalaman, interaksi

sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

Sebagai guru, setiap aktiviti yang dijalankan perlu direkodkan supaya dapat mengetahui

perkembangan murid dari masa ke semasa. Pendekatan yang dapat digunakan dalam

pembelajaran matematik kanak-kanak adalah berbentuk hafalan, aktiviti bimbingan serta

menerusi permainan. Antara komponen yang terdapat dalam pembelajaran awal

matematik adalah seperti berikut:

Pengelasan objek

Seriasi

Padanan satu dengan objek

Konsep nombor

Operasi nombor

Pengukuran

Konsep masa

Pengenalan konsep nombor dan penggunaannya perlu disertakan dengan aktiviti yang

berkaitan bagi mengukuhkan pengalaman. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan

pengalaman awal dalam pengenalan nombor (membilang dan memadan simbol dengan

objek), dan operasi nombor, iaitu konsep tambah dan tolak, barulah kanak-kanak boleh

11

Page 12: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

didedahkan kepada pembelajaran matematik yang lebih abstrak seperti pengukuran masa,

wang dan ruang.

Domain Kogintif dalam Sains

Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami

persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa bagi memenuhi keperluan

mindanya. Pada peringkat awal pengajaran sains, guru menyediakan peluang

pembelajaran sains dengan cara:

Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai.

Menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba-cuba, menanya soalan dan

menyelesaikan masalah.

Mendapat pembelajaran melalui pengalaman.

Mengubah suai dan membuat perkaitan antara sesuatu dengan sebab musabab.

Membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.

Mengaitkan pengalaman sebenar dengan konsep seperti ‘memasak air sehingga

cerek berbunyi’ dikaitkan dengan konsep ‘air mendidih’.

Domain Psikomotor

Komponen yang berkaitan dengan domain psikomotor ini adalah komponen fizikal dan

komponen kreativiti seni dan estetika. Perkembangan fizikal adalah satu aspek penting

dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak yang optimum dapat

membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang

positif dan keyakinan diri. Penguasaan psikomotor yang baik amat penting bagi

membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis.

12

Page 13: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Menurut Foster dan Headley (1966), Widmen (1970) dan Barbour serta Seafeld

(1998) guru boleh membantu kanak-kanak mencapai kesejahteraan fizikal dengan

membantu mereka membina kawalan motor kasar dam motor halus membentuk amalan

kesihatan yang baik, membina sikap yang baik terhadap tubuh badan dan fungsinya,

mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan, mengalami program yang seimbang dari

segi rehat, aktiviti dan rekreasi serta menerima dan memahami ketidakupayaan dalam diri

sendiri dengan orang lain.

Kanak-kanak pada peringkat ini adalah kanak-kanak yang aktif. Pergerakan

anggota mereka menyebabkan keletihan yang cepat. Oleh sebab itu mereka perlu diajar

berehat. Aktiviti perkembangan fizikal dapat membantu meningkatkan kecerdasan,

kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Aktiviti fizikal juga penting bagi memupuk

kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Perkembangan fizikal

menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,

selamat dan cergas.

Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003 objektif perkembangan kanak-kanak

pada peringkat awal ialah:

1) Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran.

2) Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri

dalam aktiviti fizikal.

3) Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat

4) Membina minda sihat dan cergas.

5) Mengamalkan sikap keperihatinan kepada kesihatan anggota diri.

Kemahiran dan kebolehan yang dapat diperhatikan dikategorikan kepada tiga aras iaitu

aras rendah, sederhana dan tinggi. Pada aras rendah peringkat yang boleh dilakukan oleh

kanak-kanak ialah membiasakan diri contohnya seperti memanipulasi alat. Bagi aras

13

Page 14: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

sederhana pula asas kemahiran merupakan peringakat yang perlu kanak-kanak kuasai

contohnya seperti berlatih melakukan kemahiran secara latih tubi manakala pada aras

tinggi kanak-kanak telah melalui peringkat perkembangan contohnya seperti mencuba

menghapuskan kesalahan atau mendapat kepantasan.

Kandungan Komponen Perkembangan Fizikal

Matlamat perkembangan fizikal mengikut garis panduan prasekolah kementerian

pendidikan 1993 menekankan tiga aspek iaitu perkembangan psikomotor, kesihatan dan

keselamatan. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan kemahiran motor kasar dan

motor halus. Aspek kesihatan melibatkan penjagaan kesihatan diri dan kebersihan

persekitaran manakala aspek kesihatan melibatkan langkah-langkah pengjagaan

keselamatan diri kanak-kanak dari bahaya.

Elkind 1970, berpendapat kanak-kanak prasekolah seronok bermain yang

memberi fasiliti dalam pergerakan dan membenarkan penggunaan tenaga yang maksima.

Bermain adalah cara kehidupan semulajadi kanak-kanak menggunakan kapasitinya untuk

membesar dan mempelajari banyak kemahiran.

Aspek Keselamatan

Menyedari dan mengenali perlakuan ataupun tindakan yang dapat menyebabkan

kemalangan dan bahaya.

Mengetahui dan menghindari tempat bahaya

Mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain.

Aspek Kesihatan

Mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian

Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan

Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan

Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik

14

Page 15: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Berlari ataupun mengayunkan badan, berjalan mengikut muzik dan berhenti

apabila muzik diberhentikan.

Membaling dan menangkap bola.

Membuat pergerakan seperti haiwan.

Psikomotor Halus

Aktiviti-aktivitiyang melibatkan psikomotor halus adalah:

Memegang objek menggunakan jari dengan betul.

Membuat pergerakan anggota badan mengikut arah dengan betul dalam aktiviti

pembelajaran.

Melakukan koordinasi mata dan tangan dengan baik dalam menyampaikan mesej.

Bermain jari atau lakonan jari sperti dalam lagu “satu jari” dan lain-lain.

Bermain dengan plastistin ataupun kertas secara meramas, memicit, mencubit,

merenyuk, menggentel dan lain-lain.

Memotong dan menampal.

Melipat, mengoyak ataupun memotong kertas untuk dijadikan benda.

Menguntai dan mengarang manik ataupun bunga, mencucuk benang pada jarum

besar, mengenakan tali kasut, butang baju dan sebagainya.

Membentuk corak di atas pasir, tanah, kanji dan sebagainaya.

Psikomotor Kasar

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor kasar adalah:

Melakukan pergerakan fizikal untuk meningkatkan kecergasan.

Melakukan imbangan postur badan dengan betul.

Melakukan pergerakan dengan selamat dalam situasi riang.

Menerangkan cara menjaga kebersihan bahagian badan.

Mengguna dan menjaga kebersihan tandas.

Mengamalkan tabiat dan cara makan yang baik untuk kesihatan.

Menyatakan beberapa penyakit kesan daripada tidak menjaga kebersihan diri atau

persekitaran.

15

Page 16: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Berkerjasama antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti dalam kelas dan

luar kelas.

Strategi pengajaran dan pembalajaran

Caplan dan Chaplan 1974, mengatakan kanak-kanak juga sepatutnya dibimbing dalam

perkembangan kemahiran-kemahiran progresif untuk kegunaan dan kawalan tubuh

badan. kanak-kanak belajar kawalan tubuh badan melalui permainan aktif seperti berlari,

melompat, menolak, menarik, memanjat, membaling, mengimbang dan bekerjasama

dengan rakan-rakan sebaya. keseronokkan dan kegembiraan adalah sebahagian dari

permainan fizikal dan koordinasi, dan ketangkasan adalah perlu untuk meningkatkan

proses pembelajaran.

Koordinasi motor kasar

Wills dan Lindberg (1967) berpendapat, menekankan mengenai kanak-kanak prasekolah

sepatutnya mengambil bahagian aktif secara fizikal dan dalam aktiviti-aktiviti berirama.

Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang

aktif, pantas dan mencabar. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh

badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta

dapat meningkatkan keupayaan pergerakannya. Pengalaman yang diperoleh melalui

permainan, tarian serta gerak berirama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak

seronok apabila mereka dapat menguasai kemahiran tertentu.

Contoh aktiviti motor kasar ialah:

Melompat tali

Bertenteng

Mengayuh basikal

Berenang

Berjalan mengiring ke depan, ke belakang dan ke tepi.

16

Page 17: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Mengimbang pada papan imbangan.

Contoh-contoh motor kasar

Koordinasi motor halus

Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti

pergerakan jari serta koordinasi mata dan jari. Antara aktiviti kemahiran motor halus

yang boleh dijalankan ialah:

Merantai manik.

Menjahit kad berlubang

Menconteng lukisan

17

Page 18: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Menguli, menggentel dan mencubit doh

Melipat, mengoyak dan merenyuk kertas

Menggunting kertas, daun dan sebagainya

Menjentik getah, tutup botol ataupun buah saga

Melukis gambar

Contoh-contoh motor halus

Nation Association For The Education Of Young Children (1986), menyatakan guru yang

baik akan menyediakan persekitaran yang merangsang, bahan-bahan dan aktiviti yang

mencabar terhadap kanak-kanak untuk membolehkan mereka menggunakan peluang

harian untuk menggunakan motor kasar untuk berlari, melompat dan mengimbang.

18

Page 19: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Guru merancang aktiviti luar untuk membina dan mengembangkan kemahiran-

kemahiran motor kasar, belajar mengenai persekitaran mereka dan melahirkan perasaan

mereka secara bebas. kanak-kanak juga boleh mengasah kemahiran motor halus malalui

aktiviti main seperti melukis, mewarna, meramas, menggunting, puzzle dan memicit.

Kreativiti berdasarkan lukisan

Bustam Kamri 2004, menyatakan kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada

penghasilannya. Perkembangan kreativiti berbeza mengikut tahap umur kanak-

kanak.Contoh lukisan adalah seperti:

3 hingga 4 tahun

berbentuk titik-titik

garisan

4 hingga 5 tahun

pangkah

gelombang

bulatan spring

zig zag

bintang

5 hingga 6 tahun

bulatan

kolam

orang lidi

wajah matahari

lukis ayah

lukis adik

19

Page 20: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

Domain Afektif

Domain afektif ialah bidang yang berkait rapat dengan perasaan, emosi, sikap dan

tingkah laku. Afektif dan unsur emosi saling berkait rapat. Perubahan fisiologi terhadap

ransangan yang ditanggapkan ini dikenali sebagai kebangkitan emosi. Emosi memainkan

peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami

seseorang mendatangkan rasa senang dan sesetengahnya pula mendatangkan rasa

sebaliknya. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang ingin dicapai seseorang.

Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan merasa

terdorong untuk mencapai matlamat itu. Emosi menambah keseronokan kepada

pengalaman kanak-kanak sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberi

makna kepada bentuk tindakan yang akan diambil. Emosi juga mempengaruhi persepsi

dan tingkah laku seseorang terhadap orang lain dan juga terhadap alam sekelilingnya.

Seterusnya emosi menentukan corak penyesuaian yang akan diambil dalam sesebuah

kehidupan.

Afektif mempunyai 5 hirarki iaitu:-

1) Penerimaan

– Tunjuk sejauhmana penerimaan murid terhadap apa yang disampaikan oleh

guru.

2) Gerak balas

– Respon terhadap sesuatu perkara seperti menyoal, menjawab, membuat dan

menulis

3) Menghargai nilai

− Ditunjukkan melalui minat terhadap pelajaran dan sanggup bekerjasama dgn.

rakan sebaya serta guru.

20

Page 21: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

4) Organisasi

− Menghubungkan nilai-nilai yang diterima ke dalam situasi lain.

5) Perwatakan

− Tingkah laku terkawal serta pembentukan peribadi berdasarkan kepecayaan

dan sikap terhadap sesuatu perkara.

Afektif mendorong kanak-kanak :-

• Mengenalpasti perasaan diri hasil daripada penglibatan dalam aktiviti fizikal.

• Dapat mengawal perasaan ketika kalah, menang, atau bertelagah.

• Menghargai persamaan dan perbezaan melakukan aktiviti fizikal.

• Merasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

• Merayakan kejayaan & pencapaian diri sendiri serta orang lain.

• Berlatih di rumah untuk keseronokan & faedah senaman.

Kesimpulan

Pengurusan rekod perkembangan dan pencapaian kanak-kanak dalam domain kognitif,

afektif dan psikomotor merupakan satu perkembangan dan tingkah laku murid yang perlu

direkod dan disediakan dengan tepat dan jelas. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru

adalah satu cara untuk mengumpul maklumat.Guru perlu ada kemahiran memerhati serta

prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri,tindak balas

serta reaksi yang dilihat dan didengar semasa murid melakukan aktiviti secara

berkumpulan atau pun individu memberi maklumat penting berkenaan perkembangan

murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkod secara sistematik supaya perisiannya

jelas,tepat dan lengkap.

21

Page 22: Pengurusan Rekod Perkembangan & Pencapaian Kanak2

BIBILIOGRAFI

Bhasah bin Hj. Abu BakarPengujian, Pengukuran, Dan Penilaian Pendidikan, 2006, Kuala Lumpur

Dr.Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah.

Bentong, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.

Prof. Madya Dr.Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad 2004. Panduan

Kurikulum Prasekolah. Bentong, Pahang, PTS Publications & Distributor

Sdn.Bhd.

Ramlah Jantan, Mahani Rzali,

Psikologi Pendidikan – Pendidikan kontemporari. Edisi Revisi. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

http://www.yahoo.com/asssessment.html

http://www.kardelenanaokulu01.sitemynet.com

http://www.irmak.k12.tr

22