kerja kursus moral buli

15
1.0 Pengenalan Murid ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui Negara Malaysia. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin melibatkan tingkah laku seperti buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama, bertanggungjawab membenteras gejala ini hingga ini hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.0 Masalah buli Menurut Kamus Dewan, Edisi keempat (2007), buli ditakrifkan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Pembuli biasanya mempermain-mainkan, mendera orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, menakutkan orang yang berkenaan sekadar untuk berseronok. Menurut The American Heritage ® Dictionary mengatakan “bully (noun); A person who is habituallycruel or overbearing, especially to smaller or weaker people”. Apa yang dapat disimpulkan dari kesemua definisi di atas ialah buli ialah sebuah perbuatan kasar yang dilakukan terhadap seseorang yang diangkap lebih lemah dari diri si pelaku. Buli terbahagi kepada dua iaitu buli fizikal dan buli mental. 1

Upload: rohana-jalil

Post on 05-Dec-2015

689 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

masalah buli di sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Moral Buli

1.0 Pengenalan

Murid ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk

memimpin dan menerajui Negara Malaysia. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi

ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal

insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan

tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden

pelanggaran disiplin melibatkan tingkah laku seperti buli yang berlaku dalam dunia

persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini.

Sekolah sebagai agen sosialisasi utama, bertanggungjawab membenteras gejala ini hingga ini

hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan

bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Masalah buli

Menurut Kamus Dewan, Edisi keempat (2007), buli ditakrifkan sebagai perbuatan mendera,

mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

Pembuli biasanya mempermain-mainkan, mendera orang yang lemah, dengan tujuan untuk

menggertak, menakutkan orang yang berkenaan sekadar untuk berseronok. Menurut The

American Heritage ® Dictionary mengatakan “bully (noun); A person who is habituallycruel or

overbearing, especially to smaller or weaker people”. Apa yang dapat disimpulkan dari kesemua

definisi di atas ialah buli ialah sebuah perbuatan kasar yang dilakukan terhadap seseorang

yang diangkap lebih lemah dari diri si pelaku. Buli terbahagi kepada dua iaitu buli fizikal dan buli

mental.

Buli fizikal amatlah ekstrim. Buli fizikal merujuk kepada perbuatan penggunaan anggota

kaki mahupun tangan ke atas mangsa buli. Antara contoh buli fizikal ialah memukul,

menendang, mencubit, menumbuk dan memaksa mangsa buli untuk melakukan kerja seperti

basuh baju dan membeli barang. Buli fizikal ini dianggap sebagai satu perbuatan yang amat

negatif dan ekstrim kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Mangsa turut

dibuli dengan lebih teruk jika dia cuba mengelak atau melaporkan kepada lain. Berdasarkan

pemerhatian buli fizikal ini kebiasannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai sifat ego yang

tinggi yang benar-benar menyangka dirinya lebih kuat dan hebat berbanding orang lain.

1

Page 2: Kerja Kursus Moral Buli

Buli mental boleh meninggalkan kesan mendalam pada mental mangsa. Buli mental

atau kata lainnya ialah buli psikologi ialah buli yang menghentam pemikiran individu tanpa

perbuatan fizikal. Misalnya ialah mengejek, mencaci, mencerca, memaki hamun dan

memulaukan seseorang. Kesan buli mental ini amatlah teruk dan boleh mengakibatkan trauma

kerana mangsa akan teringat-ingat kata-kata yang dikeluarkan oleh si pelaku. Buli mental ini

biasanya berlaku di sekolah oleh seseorang yang merasakan dirinya lebih hebat atau mahu

menjatuhkan seseorang akibat daripada perasaan cemburu. Buli mental ini boleh dilihat

terutamanya di sekolah rendah.

3.0 Punca masalah

Punca masalah yang dipilih adalah kesibukan ibu bapa, rakan-rakan sebaya dan aksi ganas

dalam filem dan drama. Punca-punca tersebut dihurakan seperti dibawah.

3.1 Kesibukan ibu bapa

Menurut Dolge (1994) dalam Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan Zurhana

Muhamad (2008) mengatakan keluarga adalah satu-satunya agen sosialisasi yang

penting di dalam masyarakat. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan orang yang

bertanggungjawab dalam memberi kanak-kanak pendedahan awal sosialisasi di

peringkat kehidupannya. Sekarang ini, kebanyakan ibu bapa terlalu mengejar

kemewahan dunia dan lebih bersikap materialistik untuk memenuhi segala keperluan

hidup hinggakan kurangnya masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Tidak

dinafikan lagi, kebanyakan ibu bapa sekarang ini mahukan kehidupan yang lebih baik

dan terjamin untuk anak-anak sehinggakan mereka terlupakan tanggungjawab

mereka kepada anak-anak. Mereka mengabaikan anak-anak untuk mengejar

kemewahan hidup. Menurut Redl (1966) dalam Azizi Yahya et al. (2008) tekanan hidup,

kesibukan kerja, kesibukan mengejar kemewahan serta aktiviti sosial menyebabkan ibu

bapa dan anak-anak kurang mempunyai masa dan kesempatan untuk bercakap,

berbincang ataupun berdampingan antara satu sama lain, malahan jarang bersua muka.

Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan yang sempurna, sementara pelajar

pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna. Terdapat

juga ibu bapa terlalu garang dengan dengan anak-anak. Anak-anak adalah tempat

mereka melepaskan stres di tempat kerja. Anak-anak akan dipukul, ditendang dengan

sesuka hati kerana melakukan kesalahan yang menyakitkan hati ibu bapa. Pelajar

menjadi pembuli akibat daripada kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu

2

Page 3: Kerja Kursus Moral Buli

bapa. Pelajar pembuli akan membawa perasaan dendam dan geram kepada ibu bapa

ke sekolah dan dilepaskan dengan cara membuli pelajar lain di sekolah. Dari situ

mereka berasa gah dan lega setelah berjaya melepaskan geram yang dipendam.

3.2 Rakan-rakan sebaya

Rakan-rakan yang sering mempengaruhi untuk pelaku membuli. Pengaruh rakan

amatlah sinonim dengan apa jua gejala negatif di sekolah. Oleh yang demikian pelajar

sering diingatkan supaya bijak memilih dan menilai kawan. Pengaruh rakan sebaya

dalam tingkah laku seseorang amatlah sukar untuk dibendung kerana rakan adalah

pihak yang sentiasa bersama seseorang individu. Tidak dinafikan, terdapat banyak

pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Bagi si pelaku, ia adalah

sesuatu yang menyeronokkan melihat pelajar lain dibuli beramai-ramai oleh rakan-

rakan yang ‘sekepala’ dengan dirinya. Dari situ, hubungan mereka bertambah erat dan

seterusnya akan lebih giat membuli pelajar lain.

3.3 Aksi ganas dalam filem dan drama

Sekarang ini, boleh dikatakan setiap keluarga di Malaysia mempunyai televisyen.

Semua orang suka menonton televisyen di waktu lapang. Tidak terkecuali dengan

remaja. Remaja amat gemar menonton televisyen. Kebanyakan rancangan di

televisyen kini sering memaparkan aksi ganas seperti bergaduh, mencuri, ponteng

sekolah dan berlagak samseng. Aksi sebegini ditonton oleh semua lapisan masyakat.

Aksi-aksi ini akan dicontohi oleh pelajar yang gemar meniru perbuatan ganas orang

lain. Tujuan aksi ganas ditonjolkan adalah untuk memberi pengajaran dan panduan

kepada penonton bahawa setiap kejahatan akan mendapat balasan seperti hukuman

penjara. Namun, mesej yang ingin disampaikan telah disalahgunakan. Aksi-aksi yang

ditonjolkan ini lebih menarik perhatian pelajar pembuli untuk ditiru bersama rakan-rakan

sekutunya. Pelajar pembuli ini meniru aksi yang dilihat dan mempraktikkan dengan

cara membuli pelajar lain. Pelajar pembuli akan berasa mereka lebih bergaya dan

setaraf dengan para pelakon yang melakonkan aksi tersebut.

4.0 Kesan kepada pelajar, guru dan sekolah

4.1 Kesan kepada pelajar

3

Page 4: Kerja Kursus Moral Buli

Pelajar yang menjadi mangsa buli akan mempunyai masalah yang serius dalam aspek

pergaulan. Individu yang dibuli akan mengalami kesan negatif seperti menjadi pendiam

ketika berada di rumah mahupun sekolah. Apabila gejala ini berlarutan ia akan

merenggangkan hubungan dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Mangsa buli

lebih gemar untuk menyendiri berbanding berkongsi masalah dengan ahli keluarga

terdekat seperti ibu dan bapa.

Bukan itu sahaja, mangsa buli juga akan mengalami perasaan takut untuk ke sekolah.

Mangsa buli ini berpendapat, kehadiran mereka ke sekolah hanya akan memberi

peluang untuk dibuli oleh pembuli dengan sewenang-wenangnya. Menurut Charach,

Pepler dan Ziegler (1990) dalam Azizi Yahaya dan Abdul Latif Ahmad (2005),

mengatakan bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah

untuk menyelesaikan masalah buli. Ini berlaku kerana guru kurang membincangkan

tentang permasalahan perlakuan buli di dalam bilik darjah. Pihak sekolah akan memberi

perhatian yang serius terhadap masalah buli sekiranya melibatkan ancaman fizikal dan

pergaduhan. Di samping itu juga, mangsa buli turut mengalami masalah daripada aspek

komunikasi yang berkesan. Kebanyakan pelajar yang dibuli akan menunjukkan sikap

kurang minat untuk berinteraksi. Keadaan ini berlaku kerana pelajar itu bimbang

percakapannya akan dijadikan bahan ejekkan oleh pembuli. Pelajar yang dibuli akan

mengalami gangguan emosi yang serius yang akan memberi impak yang besar

kepada personaliti remaja.

Golongan pelajar merupakan golongan yang sering berhadapan dengan konflik

emosi dan tingkah laku. Konflik ini akan menjadi lebih kritikal apabila pelajar

berhadapan dengan masalah serius seperti buli. Hal ini adalah kerana semasa peringkat

remaja emosi individu dikatakan lebih sensitif berbanding sebelumnya. Emosi mereka

juga sering terganggu akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh

badan dan  limpahan hormon agak ketara. Mangsa buli akan menganggap diri mereka

seorang yang bodoh dan tidak berguna. Menurut Hooover dan Juul (1993)  dalam

Sanders  dan Phye (2004) mangsa buli mempunyai keyakinan diri rendah dan tahap

kebimbangan sosial yang tinggi. Gangguan emosi sering membebani mangsa buli dan

mengakibatkan prestasi pelajaran mereka akan merosot. Keseronokan mengikuti aktiviti

harian juga akan terjejas. Ada juga mangsa buli yang mengalami tekanan perasaan dan

dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar psikologi yang bagi membantu mereka

4

Page 5: Kerja Kursus Moral Buli

melepaskan diri daripada trauma yang dihadapi akibat dibuli secara berterusan. Kesan

buliyang paling membimbangkan adalah keinginan untuk membunuh diri.

Pembuli pula sebenarnya adalah golongan yang tidak menyedari bahawa diri

mereka sedang menghadapi masalah menjalani kehidupan sosial yang baik.

Contohnya, apabila seorang pelajar yang suka membuli mereka akan cuba

menunjukkan reaksi kekerasan untuk mendapatkan barangan yang mereka hajati.

Keadaan ini berlaku lantaran daripada sikap ego serta angkuh yang tinggi pada diri

pelajar pembuli. Menurut Freud dalam Suppiah Nachiappan et al. (2009) melalui Teori

Psikoanalis, Freud menjelaskan bahawa remaja mempunyai tahap komponen personaliti

yang berbeza-beza terdiri daripada id, ego dan superego. Komponen ego dikatakan

terbentuk daripada pengalaman manakala super ego terbentuk daripada baka atau

persekitaran. Seorang pelajar yang menjadi pembuli itu akan membesar sebagai

seorang insan yang tidak berdisiplin dan gagal mendapat keputusan yang cemerlang

dalam pencapaian akademiknya. Proses pembelajaran pembuli  akan terganggu

kerana mereka sering dipanggil oleh guru disiplin dalam membantu mencari

penyelesaian yang terbaik dalam setiap masalah yang dilakukan oleh mereka di

sekolah. Masa belajar pembuli juga akan berkurangan kerana terpaksa menjalani

hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan untuk memberi pengajaran kepada

pembuli.

Pelajar pembuli akan menjadi bertambah agresif sekiranya mereka  berterusan

membuli. Pembuli akan menganggap cara agresif mereka mengekspresikan

kemarahan atau kekuatan terhadap orang lain adalah tidak salah. Selalunya masalah

buli berlaku kepada dua pelajar yang berlainan saiz badan. Individu yang besar cuba

untuk menonjolkan kekuatan dan kekuasaannya terhadap golongan yang lemah.

Menurut Dodge (1991) dalam Sanders dan  Phye (2004) agressi dapat dibahagikan

kepada dua iaitu reaktif dan progresif. Golongan pembuli dikatakan tergolong dalam

kumpulan reaktif kerana tindakan mereka biasanya melibatkan kemarahan. Amat

dibimbingi pelajar pembuli akan menjadi penjenayah yang agresif yang melakukan

kesalahan seperti merogol, merompak dan mencederakan isteri suatu hari nanti. Oelh

itu langkah pencegahan dari merebakkan kes buli di sekolah harus dibendung dengan

segera.

4.2 Kesan terhadap guru

5

Page 6: Kerja Kursus Moral Buli

Pelajar yang terlibat dengan kes buli adalah terdiri murid-murid yang lemah di dalam

pelajaran. Bagi menjaga imej mereka dikalangan rakan-rakan dan supaya tidak

dipandang rendah, mereka menunjukkan kuasa mereka kepada rakan yang lain seperti

melakukan perbuatan membuli rakan- rakan yang dianggap lemah. Pelajar pembuli ini

tidak berminat untuk belajar dan sering melakukan masalah di dalam kelas. Pelajar ini

suka menganggu rakan dengan cara mengusik mereka dan menyorokkan barang-

barang mereka terutamanya pelajar perempuan. Mereka merasa bangga apabila rakan-

rakan mereka menjerit dan menangis kerana barang mereka hilang. Mereka juga

akan menganggu pengajaran guru di dalam kelas akibat perasaan bosan mereka

kerana tidak berdaya untuk menguasai pelajaran yang diajarkan oleh guru. Sekiranya

mereka mendapati guru yang mengajar itu kurang menarik perhatian, mereka akan

menganggu pengajaran guru tersebut. Pelajar pembuli ini tidak akan membuat kerja

yang diberikan oleh guru. Mereka juga sering tidak membawa buku teks dan latihan

ke sekolah. Pembuli juga akan memaksa rakan-rakan mereka yang lemah untuk

menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Pengajaran guru di dalam kelas

tidak akan dapat dijalankan dengan baik kerana sering terganggu dengan pelajar

yang mempunyai masalah tingkah laku seperti pembuli ini.

4.3 Kesan terhadap sekolah

Masalah buli adalah satu fenomena yang banyak berlaku di sekolah ketika ini. Masalah

buli dalam kalangan pelajar sekolah adalah masalah utama di sekolah Malaysia .

Perbuatan buli dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan

terlibat dengan tingkah laku buli psikologi seperti ejek, fitnah, pulau dan sisih, sementara

pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan tingkah laku buli fizikal seperti menolak,

memukul dan menepeleng. Masalah buli semakin menyeramkan apabila boleh

melibatkan kematian. Murid yang lemah dan berbadan kecil sering menjadi mangsa buli.

Pembuli biasanya terdiri daripada murid yang berbadan tegap dan besar. Masalah buli

sekarang melibatkan pelajar di kelas yang berbeza. Murid yang lebih besar akan

membuli pelajar yang lebih kecil daripada mereka. Contohnya pelajar tahun tiga akan

membuli pelajar tahun dua. Pelajar tahun enam akan membuli pelajar tahun lima dan

tahun empat. Masalah buli sekarang ini kian hebat apabila pembuli membuat ugutan

akan mencederakan mangsa buli sekiranya enggan memberikan wang yang

dikehendaki. Jumlah wang yang terlibat adalah dalam jumlah yang banyak seperti wang

yang diberikan ibu bapa untuk membayar wang tuisyen, tambang van dan wang untuk

6

Page 7: Kerja Kursus Moral Buli

mengikuti lawatan. Pembuli–pembuli sering mendapat info daripada rakan-rakannya

tentang murid yang mempunyai wang yang banyak. Strategi akan disusun untuk

mendapatkan wang tersebut. Sekarang ini jumlah wang yang diugut oleh pembuli

adalah dalam jumlah yang lebih besar. Contohnya kes yang berlaku di sekolah rendah

di Kuala Selangor tempat saya mengajar, wang ugutan yang diminta oleh pembuli

adalah berjumlah RM 600. Wang ini berjaya diperolehi oleh pembuli. Mangsa telah

mengambil wang emaknya untuk diberikan kepada pembuli kerana takut dicederakan

oleh pembuli yang berbadan besar. Pembuli ini adalah pelajar di Tahun 6. Sementara

mangsa buli pula adalah di Tahun 4. Ramai pelajar yang engggan datang ke sekolah

kerana takut dibuli oleh rakan mereka. Tempat-tempat aktiviti buli biasanya adalah

tempat yang tersembunyi di sekolah seperti tandas, belakang bangunan sekolah, stor

dan di padang sekolah. Pelajar pembuli biasanya kerap melawan dan keras kepala

dan membantah setiap tindakan yang diambil terhadap mereka. Pelajar pembuli ini

menyedari bahawa mereka akan mendapat bantuan daripada ibu bapa mereka apabila

mereka tertangkap melakukan kesalahan membuli. Pelajar pembuli ini biasanya

mendapat sokongan dan perlindungan daripada ibu bapa. Ibu bapa akan memberi

pelbagai alasan untuk menyokong tindakan anak-anak mereka. Didikan dan asuhan

daripada ibu bapa inilah yang akan mendorong dan menentukan tingkah laku anak-

anak mereka. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli.

Masalah buli perlu dipandang serius kerana ia akan menjadi satu masalah besar

kepada negara pada masa hadapan. Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar perlu

diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin, kebajikan dan

keselamatan pelajar. Masalah tingkah laku buli perlu ditangani dengan sebaik mungkin

supaya ianya tidak menjadi masalah yang boleh mendatangkan kesan kepada

perkembangan akademik dan sahsiah pelajar. Pembuli dan mangsa buli akan

mengalami masalah kemerosotan dalam pelajaran. Pembuli akan terus membina sikap

keegoaan diri dan merasakan pelajaran adalah sesuatu yang membebankan dan

membosankan. Pembuli lebih gembira melakukan perbuatan buli kepada rakan-rakan.

Kesan berdarah, menangis dan lebam dimuka mangsa buli adalah suatu kepuasan

kepada pembuli. Mereka telah berjaya membuktikan diri mereka telah menang.

Kebanyakkan kejadian buli yang berlaku di jalan-jalan raya dan luar sekolah juga

dikaitkan dengan kejadian buli yang berlaku di sekolah. Apabila pembuli tidak dapat

melaksanakan buli terhadap mangsa buli, mereka akan mencari ruang di luar waktu

persekolahan. Pembuli jalan raya ialah seorang yang ketika persekolahannya juga

7

Page 8: Kerja Kursus Moral Buli

merupakan seorang pembuli. Ini menunjukkan wujud pertalian antara tingkah laku buli

dan kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa

dewasa. Ini menunjukkan zaman kanak-kanak juga mempengaruhi tingkah laku apabila

meningkat dewasa.

5.0 Statistik membuli mengikut Lembaga Disiplin Sekolah.

Menurut statistik sebuah Sekolah di Puncak Alam Kuala Selangor masalah buli adalah antara

masalah yang paling kerap berlaku di sekolah ini. Masalah bergaduh dengan rakan dan

pengawas adalah merupakan jumlah masalah tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh

pelajar di sekolah ini. Jumlah kes yang melibatkan tingkah laku bergaduh dengan rakan adalah

sebanyak 30 kes. Sementara masalah meminta wang secara paksa dengan rakan adalah

merupakan masalah kedua tertinggi yang dihadapi di sekolah ini. Kes meminta wang secara

paksa adalah sebanyak 8 kes. Jumlah wang terlibat dalam kes peras ugut ini adalah sebanyak

RM 600.00. Masalah menganggu rakan dengan menyorokkan barang rakan juga ada terjadi di

sekolah ini. Jumlah kes seperti ini adalah 8 kes. Masalah buli yang lain adalah mengoyakkan

buku rakan sebanyak 3 kes. Sementara kes mengejek rakan dan mengurung rakan di dalam

tandas ke dua-dua adalah berjumlah sebanyak 1 kes. Semua kes ini menjadikan sekolah ini

bermasalah dalam pencapaian akademik. Murid sekolah ini kurang cemerlang dalam

peperiksaan. Di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun lepas, sekolah ini

hanya mempunyai 65 peratus pencapaian keseluruhan kelulusan. Usaha keras harus dilakukan

oleh semua pihak bagi memastikan pembentukan tingkah laku yang baik akan dapat

diterapkan dan pelajar bermotivasi untuk belajar bagi menjamin kejayaan di masa depan.

6.0 Cara mengatasi masalah buli.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membendung masalah buli ini. Masa pelajar

lebih banyak dihabiskan di rumah berbanding di sekolah. Ibu bapa haruslah berperanan dalam

memberikan pendekatan dan cara yang terbaik bagi membentuk sahsiah remaja pelajar ini. Ibu

bapa perlu memberikan didikan agama dan asuhan yang mencukupi dan merangkumi aspek

jasmani, rohani dan emosi kepada anak-anak remaja ini supaya tidak berlaku ketempangan

dalam diri mereka. Hal ini pernah disebut oleh Siddiq Fadhil dalam Mustaffa Kamil Ayub (1994)

yang mengatakan bahawa manusia seutuhnya dengan segala aspek, dimensi dan potensinya

harus dibina dengan seimbang sehingga mencapai keadaan keseimbangan. Dengan adanya

asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara-

8

Page 9: Kerja Kursus Moral Buli

perkara yang tidak baik. Ibu bapa juga perlu menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak

seperti menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain.

Selain itu, ibu bapa haruslah berbincang dan menghabiskan masa dengan

memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengetahui perkembangan anak-anak. Ibu bapa

seharusnya menjadi rakan kepada anak-anak remaja ini. Dengan cara ini anak-anak akan lebih

mempercayai ibu bapa dan menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan dan tempat berkongsi

dan meluahkan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah, ibu bapa hendaklah

memberikan tumpuan. Ibu bapa tidak perlu membuat spekulasi yang tidak baik ataupun

menghukum anak-anak remaja ini. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan

penyelesaiannnya. Ibu bapa juga digalakkkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli

keluarga dan perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak. Ibu bapa tidak boleh membiarkan

anak-anak bersendirian. Anak-anak perlu dibimbing dalam menentukan jalan hidup. Ibu bapa

adalah model bagi anak-anak, jika ibu bapa menunjukkan tingkah laku agresif di hadapan anak-

anak, mereka akan meniru tingkah laku itu. Menurut Olweus (1978) dalam Azizi Yahaya et al.

(2008) mengatakan salah satu sebab mengapa pemerhati kejadian buli turut membuli adalah

kerana peniruan. Ibu bapa perlu memberikan contoh teladan yang baik supaya anak-anak

boleh meniru tingkah laku ibu bapa seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan. Bahasa

dan perlakuan ibu bapa yang kasar akan mudah untuk ditiru dan dipraktikkan oleh anak-anak

untuk mengejek dan membuli rakan-rakan.

Selain itu juga, ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak. Rakan sebaya

mempengaruhi dan memberi impak yang besar terhadap tingkah laku dan kelakuan seseorang

individu itu. Rakan sebaya merupakan insan yang rapat dengan remaja selain ibu bapa. Rakan

sebaya yang baik akan mendorong rakan-rakan untuk membuat kebaikkan. Rakan sebaya

yang baik harus melaporkan kepada guru jika melihat kes buli. Sikap takut kepada pembuli

harus dikikis supaya masalah buli ini tidak menjadi lebih serius dan dapat dibenteras. Rakan

sebaya yang baik seharusnya memberi semangat kepada mangsa buli supaya penderitaan

mangsa tersebut akan berkurangan. Mangsa buli ini amat memerlukan sokongan dan

dorongan dari rakan sebaya untuk mengembalikan semangatnya yang hilang akibat kejadian

buli tersebut. Menurut Nesbitt (1999) dalam Azizi Yahaya (2008) pelajar yang mempunyai ciri-

ciri personaliti yang lemah seperti pemalu, pasif dan tidak bermaya berpotensi untuk menjadi

mangsa buli. Mangsa buli ini juga merupakan pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri dan

kurang popular dalam kalangan rakan sebaya. Oleh yang demikian, sebagai rakan sebaya

seharusnya berdampingan dan berinteraksi serta mengajak mangsa buli ini menyertai aktiviti-

9

Page 10: Kerja Kursus Moral Buli

aktiviti sosial seperti menyertai Kelab Rakan Sebaya atau kelas seni mempertahankan diri

supaya mangsa buli ini berkeyakinan dan mempunyai nilai keyakinan diri yang tinggi dan tidak

mudah menjadi mangsa buli lagi. Rakan sebaya juga tidak boleh meminggirkan mangsa buli ini

kerana dengan cara ini ia akan menimbulkan masalah yang berat kepada mangsa buli.

Dorongan dan sokongan haruslah diberikan kepada mangsa buli supaya semangat dan

kekuatan dapat dibina semula dalam dirinya.

7.0 Kesimpulan

Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang

lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai ‘role model’ yang

utama kepada para pelajar. Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan

sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau

murid itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat

untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas

dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi

sekolah.Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar  untuk

merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak

pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin.

10