168848624 kerja kursus moral

15
1.0 PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, standard kandungan, tajuk, pengetahuan sedia ada, standard pembelajaran, hasil pembelajaran, penyerapan, unsur KBKK, pendekatan, strategi dan bahan bantu belajar. Rancangan pengajaran juga merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.

Upload: zamree-mlk

Post on 19-Jul-2016

120 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal

oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran

Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif

serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input

pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru

telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.

Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.

Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan

tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, standard kandungan, tajuk, pengetahuan sedia ada,

standard pembelajaran, hasil pembelajaran, penyerapan, unsur KBKK, pendekatan, strategi

dan bahan bantu belajar.

Rancangan pengajaran juga merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka

waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah

untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping

meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang

pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.

Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai

keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan

strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan

pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara

yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru :

1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang.

2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam jangka masa

yang diperuntukkan.

3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat

pelajar.

4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan.

5. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai.

6. Mengawal bilik darjah dengan baik.

7. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.

8. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.

9. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.

10. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan

teratur.

11. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa

pengajaran.

12. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

13. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan

lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat

membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan

murid bermasalah pembelajaran.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

1. Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

2. Tarikh / Hari : 12 Mac 2014 ( SELASA)

3. Kelas : 2 Prestij

4. Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi

5. Bilangan Murid : 25 Orang

6. Standard Kandungan : 4.1 Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga

7. Tajuk/Topik : Hargailah Keluarga Kita

8. Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

4.1.1 Menerangkan cara memberi dalam penghargaan

keluarga

4.1.2 Menyenaraikan kepentingan memberi penghargaan

4.1.4 Mengamalkan cara memberi penghargaan dalam

keluarga

9. Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mengucapkan ucapan terima kasih

10. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat :

i) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga cara berterima

kasih kepada ahi keluarga dengan betul secara lisan.

ii) Menyedari dan menyatakan kepentingan memberi

penghargaan dalam keluarga dengan betul dan tepat

secara bertulis.

iii) Menunjukkan satu cara terima kasih kepada keluarga

dengan menghasilkan satu kad ucapan yang menarik.

11. Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual

12. Unsur KBKK : Menghubungkait, menjana idea, membuat ramalan,

menerangkan sebab

13. Pendekatan : Pemupukan Nilai, Kontekstual,

14. Strategi : Berpusatkan murid, guru, dan bahan

15. Bahan Bantu Mengajar : Tayangan video, slaid popwerpoint, laptop, projector LCD,

manila kad, lembaran kerja, pensil warna, gunting.

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Tayangan video

“Upin dan Ipin”

Contoh Soalan :

Siapakah yang memberi

salam kepada Cikgu ?

Apakah ucapan salam

yang mereka lafazkan ?

Apabila gurunya

memberi duduk ,apa

ucapan yang dilafazkan?

- Guru memulakan kelas

dengan memberi salam dan

bacaan doa.

- Guru menunjukkan tayangan

video “Upin dan Ipin” kepada

murid.

- Guru meminta murid melihat

tayangan tersebut dengan

teliti.

- Murid melihat tayangan

tersebut dengan teliti.

- Guru berbincang dengan

murid isi tayangan tersebut.

- Guru bertanya soalan kepada

murid.

- Murid menjawab soalan.

- Guru mengaitkan tayangan

video dengan tajuk yang akan

dipelajari.

Kecerdasan

pelbagai :

- Visual

- Verbal

Linguistik

BBM:

- Laptop,

- Projector

- LCD

- Tayangan

- Video

Pendekatan :Kontekstual

Langkah 1

(15 minit)

Cerita

“Sang Kerbau, Sang

Buaya dan Sang Kancil”

- Guru meminta murid duduk

dalam separuh bulatan.

- Guru menayangkan cerita

yang ditayang menggunakan

slaid powerpoint dengan

penuh ekspresi kepada murid-

murid.

- Guru bercerita sambil

menanyakan soalan kepada

murid.

- Murid menjawab soalan yang

Kecerdasan

pelbagai :

- Interpersonal

- Linguistik

Pendekatan :Kontekstual

Contoh soalan:

1. Apakah nilai baik yang dipelajari berdasarkan cerita tersebut?

2. Apakah perkataan yang sesuai diucapkan untuk menghargai seseorang?

3. Patutkah kita mengucapkan terima kasih ?

ditanya oleh guru.

-Guru berbincang dengan

murid tentang intipati dan nilai-

nilai moral yang terdapat

daripada cerita tersebut.

- Guru mendapatkan maklum

balas daripada murid-murid

tentang cerita tersebut.

- Guru berbincang dengan

murid tentang kebaikan

menyatakan ucapan terima

kasih kepada orang yang telah

membantu kita .

BBM:

- slaid

powerpoint

- cerita Sang

Kerbau dan

Sang Kancil .

Langkah 2

(20 minit)

Penghasilkan kad

ucapan terima kasih

- Guru mengedarkan kad manila

kepada setiap murid.

- Guru meminta murid

menghasilkan sekeping kad

ucapan terima kasih kepada

salah seorang ahli keluarga

mereka.

- Guru menunjukkan beberapa

keping contoh kad sebagai

gambaran kasar kepada

murid.

- Murid menghasilkan kad

ucapan masing-masing

mengikut kreativiti mereka.

- Guru mengarahkan murid

menulis ucapan di dalam kad

yang telah di hasilkan.

BBM:

- kad manila

- pensil warna

- gunting

- Murid menulis ucapan di

dalam kad tersebut.

- Guru meminta murid memberi

kad ucapan terima kasih

kepada ahli keluarga masing-

msing.

- Murid memberikan kad

tersebut kepada ahli keluarga

masing-masing.

Langkah 3

(15 minit)

Lembaran kerja nilai

terima kasih :

- Guru mengedarkan lembaran

kerja nilai terima kasih kepada

murid.

- Guru meminta murid

berbincang dengan rakan

untuk menyiapkan lembaran

kerja nilai terima kasih.

- Murid berbincang dengan

rakan untuk menyiapkan

lembaran kerja nilai terima

kasih.

- Guru berbincang jawapan

dengan murid apabila siap

menjawab soalan

- Murid berbincang jawapan

dengan guru apabila siap

menjawab soalan.

- Guru menghubungkaitkan

tugasan lembaran kerja

dengan nilai terima kasih.

BBM:

- lembaran

kerja

Pendekatan :Kontekstual

Penutup

(5 minit)

Kesimpulan - Guru meminta murid

menyatakan perasaan nilai

terima kasih.

- Murid menyatakan perasaan

nilai terima kasih.

- Guru mengingatkan murid

supaya mempraktikkan sikap

terima kasih semasa di

sekolah.

- Murid mengamalkan sikap

terima kasih semasa di

sekolah.

- Guru meminta murid

menyatakan nilai daripada sifat

terima kasih.

- Murid menyatakan nilai

daripada sifat terima kasih.

- Murid menyanyi lagu terima

kasih Guru dengan tayangan

Slide .

Pendekatan :Kontekstual

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya

dapat menyiapkan tugasan Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102)

dengan jayanya. Dengan masa yang telah ditetapkan, tugasan projek ini telah selamat saya

serahkan pada 1 April 2014 setelah melalui beberapa pengubahsuaian melibatkan Peta Minda I

Think ,Artikel Dilema Moral dan Rancangan Pengajaran Harian serta sebagainya.

Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) merupakan salah satu

subjek yang menyediakan pengetahuan dalam merancang dan membina aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Pada semester ini, saya diminta menyediakan Peta Minda Berbentuk I Think

tentang kaedah pembelajaran Kontekstual dan Kolaboratif , membina Rancangan Pengajaran

Harian Pendidikan Moral untuk tempoh masa 60 minit dan menyediakan Ulasan Artikel Dilema

Moral serta langkah mengatasinya .

Sebelum melaksanakan sepenuhnya tugasan, taklimat dan penerangan daripada Pn

Tengku Nor Husna Bt Tengku Jamil, pensyarah bagi matapelajaran Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) telah saya gunakan sebagai rujukan untuk menjadi

panduan dalam penyediaan tugasan ini. Secara kasarnya, tugasan ini kelihatan mudah

memandangkan saya telah beberapa kali menghasilkan RPH untuk diadaptasikan di dalam

kelas.

Bagi penyediaan RPH, seperti yang telah saya nyatakan tadi, walaupun saya biasa

melaluinya, namun merancang untuk menjalankan aktiviti dengan sebaiknya sedikit sebanyak

menyulitkan keadaan. Ini kerana penyediaannya mestilah tepat dengan kehendak objektif yang

dihasratkan. Justeru, hasil pembelajaran yang telah saya pilih perlu disepadankan dengan aras

kemampuan murid yang hendak difokuskan.

Saya dapat rasakan aktiviti yang saya jalankan untuk tempoh satu jam itu, akan

memberi manfaat besar bukan sahaja kepada guru bahkan kepada murid seluruhnya.

Pemilihan teknik dan Kaedah Kontekstual sedikit sebanyak membantu murid memahami tajuk

pelajaran yang ingin disampaikan secara mendalam dan sesuai dengan tahap kemampuan

murid.Ini menambahkan lagi keyakinan saya dalam memastikan hasrat yang terkandung dalam

objektif pembelajaran akan tercapai dengan jayanya.

Begitu juga dengan “hands on” yang telah saya aplikasikan sewaktu menghasilkan kad

ucapan, sudah tentu akan memberi peluang dan ruang kepada murid untuk mencetuskan dan

melahirkan idea-idea baharu. Dan saya yakin, dengan pemilihan dan penggunaan yang saya

apliksikan ini, akan tercapailah objektif yang saya hasratkan itu.

Waktu senggang antara subjek telah saya gunakan sebaiknya untuk berbincang

bersama rakan kelas mengenai kemahuan dan kehendak soalan. Melalui perbincangan ini,

lahirlah idea-idea yang boleh saya manfaatkan dan aplikasikan ke dalam tugasan ini nanti.

Walaupun kadang-kadang terdapat percanggahan idea yang mungkin akan mengusutkan lagi

keadaan, dengan sifat keguruan yang ada, saya telah mampu menyerapnya untuk mencari

jalan penyelesaiannya.

Namun, terdapat beberapa kekangan terutamanya melibatkan bahan rujukan.

Kekurangan sumber seperti buku dan maklumat dari internet juga sedikit menyukarkan

pergerakan tugasan saya.Malah pembinaan peta minda I think yang tak pernah saya dengari

telah Berjaya saya lakukan . Hal ini secara tidak langsung merencatkan agenda yang telah

dirancang. Alhamdulillah, sewaktu berkunjung ke lobi maktab dan perpustakaan negeri , nasib

menyebelahi saya apabila terdapat beberapa buku yang telah menjadi panduan utama saya

dalam menyiapkan tugasan ini,

Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, secara keseluruhannya dapatlah saya katakan

bahawa terdapat kekuatan dan kelemahannya sendiri. Mungkin kekuatan yang ada pada saya

merupakan kelemahan pada pihak lain dan begitulah sebaliknya. Kekuatan kerjasama rakan

sekelas memang tidak saya nafikan.

Namun, terdapat juga kelemahan yang saya tidak dapat elakkan. Antaranya persiapan

menghadapi Pertandingan Akhir Tarian peringkat negeri yang saya hadapi. Dengan kesibukan

yang terpaksa ditanggung, saya terpaksa melupakan seketika masalah tugasan ini sebelum

membukanya kembali untuk menyiapkannya. Hal ini jelas menunjukkan pembaziran masa yang

agak panjang dan mungkin untuk semester seterusnya masa yang dikhususkan untuk

menjalankan tugasan tidak akan lagi merangkumi waktu aktiviti luar.

Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam

menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh dibuat sambil lewa

sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyediakan

RPH yang sempurna.

Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang

boleh menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai dan

mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Moral sekolah rendah iaitu membentuk insan

berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan

negara serta masyarakat global.

Secara keseluruhan, pandangan mata kasar sebelum meredah sendiri untuk

menyediakan tugasan yang sebenar tidak seindah khabar. Semuanya mudah pada awalnya.

Namun tidak pada akhirnya. Itulah tanggapan yang dapat saya coretkan sebelum mengemudi

sendiri dalam menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah yang saya hadapi tetap berjaya saya

tangani dan kesemua ini mengajar saya untuk menjadi guru yang lebih baik. Bergerak secara

individu untuk melaksanakan tugasan ini bukan mudah kerana terlalu banyak fakta dan isi untuk

dipertimbangkan seorang diri namun dengan bantuan rakan kelas,sekolah dan pensyarah telah

berjaya meyakinkan bahawa saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan

yang terbaik.

Akhirnya, tiada kalimah yang mampu menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran

melainkan hanya kepada yang Maha Esa. Saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi

kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang

saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang guru yang

terbilang khabar kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang

membacanya. InsyaAllah.

Terima kasih.

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajarbakti.

Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya:

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof, 2007 `Prinsip Pengajaran Penulisan’ Batu Caves, Kuala Lumpur.hlm 255-262

Adler, P.A., & Adler, P. (1998). Observational techniques . Dalam N. K. Denzin dan Y.Lincoln

(Eds.). Collecting and interpreting qualitative material. Thousand Oaks CA: Sage

Publications. hlm. 79-109.

Dr. Tam Yeow Kwai.Kwai, T. Y. (2006). Pendidikan Moral : Konsep dan Pedagogi Pendidikan

Guru. Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi

Pendidikan. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aini Hassan (1996). A study of Malaysian history teachers’ subject matter and pedagogical

content knowledge. Tesis Ed.D yang tidak diterbitkan. Monash University, Australia.

Aini Hassan (2001). Pelbagai kaedah pengutipan dan penganalisisan data pengetahuan guru.

Dalam Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan

kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher

preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate

preparation of teacher. Englewood Califfs, NJ: Prentice Hall.

Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row

Publisher.

Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.

Julia. (2010). Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral.

Dilayari pada 27 Julai 2013 dari laman web http://majorpra.blogspot.com/2010/

11/1.htm