pengantar bahasa melayu-morfologi

37
Dibentangkan oleh: Eva Elvitah Jaukim PENGANTAR BAHASA MELAY BMZ1034

Upload: evhyunnie

Post on 12-Apr-2017

237 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Dibentangkan oleh: Eva Elvitah Jaukim

PENGANTAR BAHASA MELAYUBMZ1034

Takrif Morfologi

Bidang Morfologi

• Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit

tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan

anggota lain dalam golongan yang sama.

• Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu (tatabahasa) dikenali sebagai morfem. Morfem merupakan unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

• Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

• Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

• Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Jelas, morfologi merupakan satu bidang bahasa yang penting dan harus difahami dengan baik.

Terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Akronim• Pembentukan kata melalui proses akronim adalah

dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:

i. JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor ii. IPTI – Institut Perguruan Temenggong Ibrahimiii. IPG – Institut Pendidikan Guru

Analogi• Pembentukan kata melalui proses ini adalah

dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu.Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara dan tatahias. Contoh lain :

i. Prasangka – prasarana, prasekolah, prauniversitiii.Jurunikah – juruwang, juruaudit, juruacara

Peleburan Fonem• Proses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan

cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Contohnya:

i. [benda] +[alir] = [bendalir]• Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah

satu fonem vokal /a/ digugurkan.

Peluasan Makna• Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil

kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya, perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna ‘keluarga’, tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

Pemberian Makna Khusus• Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara

mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksud meniru atau melukis peta.

Peminjaman Kata• Pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa

Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :

i.Element – elemenii.Magistrate – majistretiii.Diplomat – diplomat

Penggemblengan• Perkataan yang dibentuk melalui proses

penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataan kumpulan gitar rancak menjadi kugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang berikut :

i. Bernama – Berita Nasional Malaysiaii. Proton – Perusahaan Otomobil Nasional

Penambahan• Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan

kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut :

i. [bu] + [kit] = [bukit]ii.[bu] + [lan[ = [bulan]iii. [bu] + [luh] = [buluh]

Penciptaan• Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu

dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, nama kiwi merujuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.

Penyempitan Makna• Pembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil

kata yang telah sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Contohnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.

Penyingkatan• Melalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan

apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :

i. tv – televisyenii.Dr. – doktoriii. Prof – profesor

Bentuk Kata Akar, Kata Dasar,

Kata Tunggal dan Kata Terbitan

• Terdapat sedikit kekeliruan dalam menentukan sama ada akar, kata dasar, kata tunggal dan kata terbitan merujuk kepada maksud yang sama atau mempunyai bentuk yang berbeza.

• Perbezaan antara ketiga-tiga bentuk kata tersebut ialah kata tunggal boleh menjadi kata dasar. Seterusnya, kata tunggal dan kata dasar itu boleh membentuk kata terbitan.

• Sebaliknya, kata akar mempunyai bentuk yang tersendiri dan perlu menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan atau kata dasar.

Kata Akar• Berbentuk morfem terikat iaitu tidak boleh berdiri sendiri dalam

frasa. Contohnya, tawa , tapa dan mudi.• Kata akar perlu diimbuhkan pada imbuhan tertentu untuk

membolehkan menjadi perkataan atau morfem bebas dan dapat digunakan dalam ayat. Sebagai contoh, tawa menjadi ketawa, tapa menjadi bertapa dan mudi menjadi kemudi.

Kata Tunggal• Berbentuk morfem bebas dan bole berdiri sendiri dalam frasa.• Akronim seperti jentolak dan tadika juga dikategorikan sebagai

kata tunggal.• Kata tunggal tidak mempunyai sebarang imbuhan.• Kata tunggal boleh menerima imbuhan tetapi bentuknya akan

berubah menjadi kata terbitan.

Kata dasar• Morfem bebas dan boleh berdiri sendiri dalam frasa.• Istilah kata dasar kerap digunakan apabila kita membincangkan

bentuk-bentuk kata terbitan• Sebagai contoh, perkataan tidur ialah kbentuk kata tunggal dan juga

kata dasar. apabila imbuhan me-…-kan lalu terbentuklah perkataan menidurkan. • Bentuk yang telah berubah ini menyebabkan sifat kata tunggalnya

lenyap sebaliknya bentuk kata dasarnya masih dikenal pasti.

Kata terbitan• Terhasil apabila imbuhan dan kata dasar digabungkan.• Tidak memiliki sifat yang sama dengan kata akar, kata dasar dan kata

tunggal disebabkan kata ini merupakan bentuk yang telah diterbitkan daripada jenis-jenis kata tersebut.

• Merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

• Kata tunggal merupakan bentuk kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu sendiri. Kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk membentuk kata terbitan. Namun demikian, terdapat juga kata tunggal yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini, situ dan sana.

Kata Tunggal Satu Suku Kata

• Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai bilangan yang sangat terhad dan ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing.

• Ada juga yang merupakan kependekan daripada perkataan yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih seperti engkau menjadi kau dan aku menjadi ku.

Contohnya,

• 1. KV (ya, yu)• 2. VK (am)• 3. KVK (tin, sen)• 4. KKVK (gred, graf)• 5. KVKK (golf, bank)• 6. KKKV (skru)• 7. KKKVK (skrip)

Kata Tunggal Dua Suku Kata

• Terdapat banyak perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan suku kata adalah seperti yang berikut:

• 1. V + KV (ini, apa)• 2. V + VK (air, aur)• 3. V + KVK (alas, ulat)• 4. VK + KV (asli, anda)• 5. VK + KVK (indah, umbut)

• 6. KV + V (dia, doa)• 7. KV + VK (luas, laut)• 8. KV + KV (bata, kata)• 9. KV + KVK (kapak, telus)• 10. KVK + KV (bantu, serta)• 11. KVK + KVK (jemput, sandar)

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

• Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Jika diperhatikan perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman (Nik Safiah Karim et al. 2009). Antara pola-polanya:

1. KV + V + KV (suara, tiada)2. KV + V + KVK (kaedah, ziarah)3. V + KV + V (idea, asia)4. KV + KV + V (peria, petai)5. KVK + KV + V (pantai, santai)6. KV + KV + VK (keluar, seluar)7. KVK + KV + VK (berlian, tempias)8. V + KV + KV (usaha, azali)9. V + KV + KVK (alamat, akibat)10. VK + KV + KV (asmara, antara)

11. KV + KV + KV (budaya, sutera)12. KVK + KV + KV (kembara, misteri)13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar)14. V + KV + VK (akaun, amaun)15. KV + KV + KVK (selaput, kelawar)16. KVK + KV + KVK (mahkamah, sembilan)17. KV + KVK + KV (terumbu, kelambu)18. KVK + KVK + KV (sempurna)19. KV + KVK + KVK (kelompok, pelantar)

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

1. KVK + KV + VK + KV (biduanda, keluarga)2. KV + KVK + KV + KV (bijaksana, peristiwa)3. KVK + KV + KV + KV (bendahari, sandiwara)4. KVK + KV + V + KV (sentiasa)5. KV + KV + KV + KV (samudera, selesema)6. KV + KV + KV + KVK (muzakarah, kapitalis)

• 7. KVK + KV + KV + KVK (sentimeter)• 8. KVK + KVK + KV + KV (dispensari,

singgahsana)• 9. KV + KV + V + KVK (mesyuarat, nasional)• 10. V + KV + KVK + KV + KV (universiti)• 11. KVK + KV + KV + KV + KVK (kosmopolitan)• 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV (maharajalela)

• Kata dasar yang telah menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan akan membentuk kata terbitan. Kata terbitan ialah hasil daripada penggabungan kata dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

• Dengan kata lain, kata terbitan ialah proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

• kata dasar bagi kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada jenis-jenis yang berikut:

a) Kata akar, iaitu bentuk morfem terikat yang belum mencapai taraf kata dan tidak berimbuhan. Contoh:

Kata Akar Kata Terbitan

mudi kemudi

tawa tertawa

tapa pertapaan

b) Kata tunggal, iaitu perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas, tidak berimbuhan dan bukan berbentuk jamak. Contoh:

Kata Tunggal Kata Terbitan

laut lautan

cat mengecat

pakai dipakaikan

• Kata terbitan, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Contoh:

Kata Terbitan Kata Terbitan

berangkat keberangkatan

d) Kata majmuk atau rangkai kata, iaitu perkataan yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih. Contoh:

Kata Majmuk Kata Terbitan

ibu bapa keibubapaan

tanggungjawab bertanggungjawab

tidak adil ketidakadilan

e) Kata ganda, iaitu bentuk perkataan yang mengalami proses pengulangan kata. Contoh:

Kata Ganda Kata Terbitan

cantik-cantik mencantik-cantikkan

jauh-jauh Berjauh-jauhan

huru-hara dihuru-harakan

Sekian dan terima kasih~