kerja kump 6 waj 3104 teknik lakonan

9
Soalan : Membina dan menggunakan bahan bantu belajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknik lakonan. Drama dalam pendidikan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang berhasrat menambahkan pemahaman pelajar terhadap semua mata pelajaran dan kemahiran yang dipelajari dan dikuasai , terutamanya bahasa, sastera, sejarah dan pendidikan seni. Sesuai dengan falsafah pendidikan, drama pada amnya dijangka dapat membina daya pemikiran dan intelek yang tinggi, memperluas keupayaan berbahasa dan mempertingkatkan interaksi sosial yang baik. Brian Way (1976) berpendapat, aktiviti drama/lakonan bertujuan memperkembangkan penyuburan diri individu secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, kreativiti, disiplin, sikap, estetika dan motivasi. Pembelajaran adalah lebih terjamin apabila emosi dilibatkan melalui pengalaman dan hal ini semakin dapat diperkukuh seandainya penggunaan bahasa yang baik dikombinasikan dengan gerak-geri badan dan perlakuan tertentu. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia, aktiviti lakonan boleh dikelaskan sebagai bahan media yang konkrit dan sifatnya adalah menyerupai kaedah sebenar dan digolongkan dalam media tiga dimensi. Aktiviti ini boleh menukarkan pengalaman-pengalaman yang abstrak dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan dapat member kefahaman yang jelas terhadap sesuatu pelajaran. Aktiviti lakonan adalah satu bidang yang sangat penting dan banyak nilai yang berfaedah bagi pembelajaran bahasa

Upload: aj-davian

Post on 27-Jun-2015

2.521 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

Soalan : Membina dan menggunakan bahan bantu belajar dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknik lakonan.

Drama dalam pendidikan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang

berhasrat menambahkan pemahaman pelajar terhadap semua mata pelajaran dan

kemahiran yang dipelajari dan dikuasai , terutamanya bahasa, sastera, sejarah dan

pendidikan seni. Sesuai dengan falsafah pendidikan, drama pada amnya dijangka

dapat membina daya pemikiran dan intelek yang tinggi, memperluas keupayaan

berbahasa dan mempertingkatkan interaksi sosial yang baik.

Brian Way (1976) berpendapat, aktiviti drama/lakonan bertujuan

memperkembangkan penyuburan diri individu secara menyeluruh dari aspek intelek,

rohani, emosi, jasmani, kreativiti, disiplin, sikap, estetika dan motivasi. Pembelajaran

adalah lebih terjamin apabila emosi dilibatkan melalui pengalaman dan hal ini

semakin dapat diperkukuh seandainya penggunaan bahasa yang baik

dikombinasikan dengan gerak-geri badan dan perlakuan tertentu.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia, aktiviti

lakonan boleh dikelaskan sebagai bahan media yang konkrit dan sifatnya adalah

menyerupai kaedah sebenar dan digolongkan dalam media tiga dimensi. Aktiviti ini

boleh menukarkan pengalaman-pengalaman yang abstrak dalam pengajaran dan

pembelajaran kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan dapat member

kefahaman yang jelas terhadap sesuatu pelajaran.

Aktiviti lakonan adalah satu bidang yang sangat penting dan banyak nilai

yang berfaedah bagi pembelajaran bahasa Malaysia di dalam kelas. Oleh itu kita

yakin pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia secara tidak lansung melalui

saluran lakonan akan lebih bermanfaat terhadap pengajaran dan pengajaran bahasa

Malaysia. Ini seterusnya menjadi kelas satu tempat yang boleh menarik minat parea

pelajar.

Drama atau lakonan adalah satu cara kegiatan yang boleh menarik hati

penonton dan menyukakan hati mereka. Pelajaran yang disampaikan melalui

saluran ini akan menarik hati dan akan lebih memberi kesan di jiwa pelajar dan

mereka gemar mempelajarinya. Pelajar akan belajar tanpa merasa jemu.

Page 2: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

Menurut Abdul Aziz Talib (1987), lakonan merupakan satu kaedah yang

sesuai kerana dapat member peluang kepada pelajar belajar secara bermain.

Belajar secara bermain merupakan satu konsep dalam pendidikan yang dapat

menggalakkan pelajar-pelajar cenderung untuk belajar dan merupakan simulasi

yang baik untuk kanak-kanak berlatih bercakap dalam bahasa Melayu baku.

Hakikat ini diakui oleh Salleh Mohd Akid (1975) yang mengatakan bahawa

drama/lakonan adalah satu proses semulajadi yang meliputi alam kanak-kanak. Ia

berlaku secara peniruan menerusi pandangan dan pengamatan. Hal ini adalah satu

perkara penting bagi masa hadapan mereka kerana lakonan merupakan satu

penghayatan terhadap realiti kehidupan.

Hasniah Hussein dan Robiah Hamzah (1989) menyatakan bahawa

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan sentiasa menarik dan berkesan

jika disampaikan dengan kaedah dan teknik yang sesuai. Jadual waktu yang begitu

padat dalam KBSR tidak member banyak peluang kepada pelajar untuk

menghilangkan rasa bosan. Para pelajar dalam peringkat umur ini memerlukan

pergerakan yang boleh melapangkan fikiran dan menghindarkan kebosanan. Teknik

lakonan memenuhi keperluan ini kerana teknik lakonan membawa situasi

pengajaran dan pembelajaran yang kurang kongkongan, tidak formal dan

menggalakan penglibatan secara langsung dan secara aktif di kalangan pelajar.

Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik,

menyeronokkan dan berkesan.

Beberapa tujuan penggunaan teknik lakonan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut:

a) Membawa peristiwa-peristiwa nyata ke dalam bilik darjah

b) Membolehkan pelajar berdialog dalam bahasa yang teratur dan indah

c) Menjadikan aktiviti penhajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna

d) Menarik minat murid kerana suasana kelas yang meriah dan menyeronokkan murid.

Page 3: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN TEKNIK LAKONAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Tarikh : 28 Oktober 2010 (Khamis)

Masa : 09.00 – 10.00 pagi ( 60 minit )

Tahun : Tahun 4 Hijau

Tema : Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk Pelajaran : Arnab dan Kura-kura

Bilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama : 5.2 - Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara

yang dibaca.

Aras 1(i) – Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera

dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan : 2.1 – Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan

dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 3(i) – Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi

dan penghayatan yang sesuai.

11.3 – Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari

segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai

dan pengajaran, dan gaya bahasa.

Aras 2(i) – Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks.

Page 4: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

Pengetahuan Sedia Ada:

i. Murid-murid telah menguasai kemahiran membaca dan

kemahiran mendengar dan bertutur.

ii. Murid pernah melihat haiwan-haiwan di dalam cerita

melalui gambar dan video atau haiwan sebenar.

iii. Murid telah didedahkan dengan lakonan.

Objektif Eksplisit :

Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :-

i. Bercerita dalam lapan hingga sepuluh ayat cerita haiwan yang

murid pernah dengar atau baca.

ii. Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’ dengan sebutan

dan intonasi yang betul berdasarkan kad dialog yang diberikan.

iii. Menulis sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat betul

mengenai susunan peristiwa berdasarkan cerita ‘Arnab dan

Kura-kura’.

Sistem bahasa :

i. Tatabahasa : Kata Kerja

ii. Kosa Kata : pantas, seringkali, pengadil, memecut, menoleh,

nyenyak, bersorak, cemas, malang

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu : Sains, Pendidikan Moral

ii. Nilai Murni : Baik hati, keberanian

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kemahiran Berfikir : mencirikan, membuat analogi, menilai

ii. Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, verbal linguistic

Page 5: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

Isi Pelajaran :

- Berbual dan bersoaljawab mengenai cerita haiwan yang pernah didengar

atau dibaca. Menceritakan semula cerita tersebut

- Petikan teks ‘Arnab dan Kura-kura’ – membaca teks, bersoaljawab mengenai

teks

- Kosa kata

- Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’

Bahan Sumber mengajar :

- Gambar

- Petikan cerita ( kertas / Microsoft Power Point )

- LCD, Komputer riba

- Topeng haiwan

- Lembaran kerja

- Kad dialog

Langkah Pembelajaran

Set Induksi

- Guru masuk ke dalam kelas menggunakan topeng arnab.

- Bersoaljawab dengan murid mengenai cerita haiwan yang murid pernah

dengar.

- Menyuruh murid bercerita secara ringkas mengenai cerita haiwan yang

mereka katahui.

Page 6: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

Langkah 1

- Dengan menggunakan MS Power Point, guru mempamerkan petikan cerita

‘Arnab dan Kura-kura’

- Guru juga mengedarkan petikan cerita tersebut kepada murid.

- Murid membaca petikan cerita secara kelas, kumpulan dan individu.

- Bersoaljawab mengenai jalan cerita.

Langkah 2

- Guru mengedarkan dialog kepada murid

- Murid membaca dialog tersebut.

- Guru menunjuk cara cara melakonkan sesuatu watak.

- Murid diminta melakonkan watak-watak dalam cerita tersebut.

( Pencerita, Arnab, Kura-kura, Monyet, Gajah, Singa )

- Guru membimbing murid dalam lakonan tersebut.

Langkah 3

- Berdasarkan teks petikan, murid diminta dalam kumpulan untuk mencari

makna perkataan yang di berikan dengan menggunakan kamus.

- Murid membentangkan jawapan kumpulan mereka.

- Guru menerangkan kata kerja yang terdapat dalam petikan ( perkataan

bewarna merah)

- Berbincang mengenai kata kerja tersebut.

Page 7: Kerja Kump 6 WAJ 3104 Teknik Lakonan

Langkah 4

- Guru mengedarkan lembaran kerja.

Kumpulan Pengayaan – Menulis ayat mengikut urutan cerita Arnab dan

Kura- kura

Kumpulan Pemulihan – Menyusun urutan cerita.

Penutup

- Bersoaljawab dengan murid mengenai watak yang mereka suka dan tidak

suka.

- Guru merumuskan pelajaran tersebut dan menyatakan nilai-nilai murni

darpada cerita tersebut.