kerja khusus pqe

Upload: kamariah-mohd-saeh

Post on 08-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    1/11

    1

    PENDAHULUAN

    Al Quran adalah mukjizat Agung yang dikurniakan oleh Allah swt kepada para Rasul

    (utusan) Allah, untuk menyampaikan hidayah kepada manusia serta memimpinmereka menuju kedamaian dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Bentuk mukjizat yang diberikan kepada para Rasul terbahagi dua iaitu mukjizat

    hissiyyah yakni mukjizat yang dapat dirasa dan dilihat dan mukjizat manawiyah iaitu

    mukjizat yang mampu mempengaruhi jiwa manusia. Allah menciptakan manusia dan

    membekalkannya dengan akal. Akal inilah yang menjadi syarat taklif, ia boleh

    membezakan antara yang berguna dengan yang sebaliknya.

    Dengan jelas tiada perkara yang diragui Mukjizat Al Quran di di kurniakan dengan

    lafaz-lafaz yang paling fasih, dalam susunan yang paling indah dan mengandung

    makna-makna yang paling sahih, seperti mengEsakan Allah, sifat-sifat-Nya,

    mengajak taat kepada-Nya, penjelasan cara beribadah kepada-Nya, dengan

    menerangkan hal yang dihalalkan dan diharamkan, dilarang dan dibolehkan; juga

    seperti nasihat dan bimbingan, amar maruf, nahi mungkar, serta bimbingan akhlak

    yang baik dan larangan dari akhlak buruk. Semua perkara di atas diletakkannya

    pada tempatnya masing-masing sehingga tidak nampak ada sesuatu lain yang lebihbaik daripadanya.

    Mukjizat-mukjizat yang diturunkan Allah kepada RasulNYA mempunyai perbezaan

    yang nyata dan mengatasi segala perkara-perkara yang luar biasa yang pernah

    berlaku kepada manusia. Al-Quran juga boleh dikategorikan sebagai sumber rujukan

    yang sangat berharga bagi sesiapa yang mengkajinya dan juga merupakan satu

    ibadat jika kita membacanya walaupun tidak mengerti maksud di sebalik ayat

    tersebut.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    2/11

    2

    Definisi Mukjizat

    Pengertian mukjizat dari segi bahasa ialah al-Mujizah(). Ianya berasaldaripada akar kata al-`ajz( ).Al-Raghib al-Asfahani mendefinisikan mukjizat dari segi istilah iaitu sebagai

    ( ) yang bermaksud penghujung hidup manusia. Jadi, asal bagiperkataan al-`ajz itu ialah bermaksud penghujung sesuatu. Menurut bahasa arab,

    Seorang orang tua disebut sebagai al-Ajuz( ( .firman Allah s.w.t.:

    Maksudnya:

    Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu

    (al-Shuara 26:171)

    Ibn Faris pula berkata: bahawa huruf `ayn, jimdan zai )adalah menunjukkan )dua erti iaitu: pertama, lemah dan yang kedua ialah penghujung sesuatu.

    Daripada segi istilah terdapat beberapa definisi yang diberi oleh para ulama dalam

    menjelaskan pengertian mukjizat. Antaranya dapat disimpulkan sebagai yang

    berikut:

    Pertama: Mukjizat ialah perkara luar biasa yang bersifat mencabar, tidak dapat

    ditentang, dianugerahi Allah kepada para rasul-Nya

    Kedua: Mukjizat ialah perkara yang menunjukkan perakuan Allah s.w.t. terhadap

    orang yang mendakwa dirinya sebagai Rasul, atau sokongan Allah terhadap orang

    yang mendakwa kenabian dan sekali gus membenarkan bahawa ia memang

    benar-benar utusan Allah s.w.t.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    3/11

    3

    Ketiga:Mukijizat ialah perkara luarbiasa yang dikurniakan Allah SWT kepada

    Nabi dan Rasul dengan tujuan untuk membuktikan kebenaran disamping

    melemahkan musuh-musuh Allah SWT.

    Setelah merujuk kepada kedua-dua definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa

    mukjizat itu adalah perkara luar biasa yang dianugerahi Allah s.w.t. kepada para

    rasul-Nya sebagai bukti bahawa meraka adalah benar-benar utusan daripada Allah

    s.w.t.

    Jenis-jenis mukjizat

    Jenis-jenis mukjizat ada dua iaitu:

    i. Mukjizat Hissi ) ) Iaitu mukjizat atau perkara luar biasa yang berlaku kepada nabi dan rasul yang

    dapat dilihat dengan pancaindera.

    Contohnya:

    a) Bulan terbelah dua

    b) Awan memayungi rasulullah saw.

    ii. Mukjizat Maknawi ( ) Iaitu mukjizat atau perkara luar biasa yang berlaku kepada nabi dan rasul yang

    tidak dapat dilihat dengan pancaindera tetapi boleh diketahui dengan

    menggunakan kekuatan atau ketajaman akal fikiran.

    Contohnya:

    a) Kitab suci al Quran

    b) Peristiwa Isra dan Mikraj

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    4/11

    4

    PEMBAHAGIAN MUKJIZAT DALAM AL QURAN

    (Dari Segi Uslub,Kandungan Dan Ilmu Pengetahuan)

    1. A l-Ijz al-IlmTentang hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan, Quraish Shihab

    menyatakan bahwa ada sekian kebenaran ilmiah yang dipaparkan oleh al-Quran,

    tetapi tujuan pemaparan ayat-ayat tersebut adalah untuk menunjukkan kebesaran

    Tuhan dan keesaan-Nya, serta mendorong manusia seluruhnya untuk membuat

    penelitian untuk menguatkan keimanan dan kepercayaan kepada-Nya. Quraish lalu

    mengutip pendapat Mahmd Syaltut yang mengatakan bahwa sesungguhnya Tuhan

    tidak menurunkan al-Quran untuk menjadi satu kitab yang menerangkan kepada

    manusia mengenai teori-teori ilmiah, masalah seni serta pelbagai ilmu pengetahuan.

    Tentang hal ini, Quraish menyimpulkan enam hal:

    1. Al-Quran adalah kitab hidayah yang memberikan petunjuk kepada manusia

    seluruhnya dalam persoalan-persoalan akidah, tasyrik dan akhlak demi

    kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    2. Tiada pertentangan antara al-Quran dan ilmu pengetahuan.

    3. Memahami hubungan al-Quran dengan ilmu pengetahuan bukan denganmelihat adakah teori-teori ilmiah atau penemuan-penemuan baru tersimpul di

    dalamnya, tapi dengan melihat adakah al-Quran atau jiwa ayat-ayatnya

    menghalangi kemajuan ilmu pengetahuan atau mendorong lebih maju.

    4. Membenarkan atau menyalahkan teori-teori ilmiah berdasarkan al-Quran

    bertentangan dengan tujuan pokok atau sifat al-Quran dan bertentangan pula

    dengan ciri khas ilmu pengetahuan.

    5. Sebab-sebab meluasnya penafsiran ilmiah (pembenaran teori-teori ilmiah

    berdasarkan al-Quran) adalah akibat perasaan rendah diri dari masyarakat Islam

    dan akibat pertentangan antara golongan gereja (agama) dengan ilmuan yang

    dikuatirkan akan terjadi pula dalam Islam, sehingga cendekiawan Islam berusaha

    menampakkan hubungan antara al-Quran dengan ilmu pengetahuan.

    6. Memahami ayat-ayat al-Quran sesuai dengan penemuan-penemuan baru adalah

    ijtihad yang baik, selama paham tersebut tidak dipercayai sebagai akidah

    Quraniyah dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip atau ketentuan bahasa.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    5/11

    5

    Pendapat Quraish ini senada dengan Mann al-Qaththn yang dengan tegas

    menyatakan bahwa orang telah melakukan kesalahan ketika mengatakan bahwa

    al-Quran mengandung segala teori ilmiah. Keyakinan serupa ini, kata al -

    Qaththn, akan berlawanan dengan kenyataan bahwa sifat teori-teori ilmu

    pengetahuan senantiasa berubah sejalan dengan perubahan waktu sesuai

    dengan sunnah kemajuan.

    Sedangkan menurut Ahmad Baiquni, hubungan al-Quran dengan ilmu

    pengetahuan kealaman adalah bahwa sebagai hamba Allah manusia dikurniakan

    akal fikiran untuk dapat memilih tindakan mana yang baik dan sebaliknya untuk

    kebahagiaan akhiratnya, tetapi juga untuk bertahan hidup di dunia.

    Dengan sains dan teknologilah manusia memanfaatkan dan melestarikan alam

    sekelilingnya sebagai layaknya penguasa yang baik. Kemampuan manusia untuk

    mengarahkan alam lingkungannya dengan teknologi agar alam beraksi yang

    menguntungkannya itu disebabkan karena Allah, Sang Pemurah dan Penyayang

    telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya yang harus diikuti dengan taat oleh

    seluruh alam, dan manusia mengetahui Sunnatullah yang telah diberlakukan itu

    dari nazhrpada sisi langit dan bumi yang menghasilkan sains.

    2. Al-Ijz al-Lughaw

    Al-Shabn menandai adanya tujuh uslub al-Quran:

    1. Sentuhan serta nuansa kata-kata al-Quran yang indah dan menawan, seperti

    terlihat dalam keindahan bunyi dan nada yang ditimbulkan serta bahasa yang

    elok menarik.

    2. Membuat rela dan puas semua kalangan, baik khalayak awam maupun kalangan

    khusus tertentu. Dalam arti, semua sepakat mengakui keagungannya dan

    merasakan keindahannya.

    3. Memberikan kepuasan bagi akal dan emosi secara berbarengan. Ia menyentuh

    akal dan hati serta memadukan kebenaran dan keindahan secara apik dan indah.

    4. Kualitas pemaparan yang tinggi serta cara penuangan makna-makna yang

    kokoh. Keseluruhan al-Quran bak satu jalinan yang memikat dan memesona

    akal serta mengundang perhatian pandangan hati.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    6/11

    6

    5. Kelihaiannya dalam mengolah kata dan menuangkan aneka ragam

    penyampaian. Artinya, ia kerap menuangkan satu makna dengan beragam kata

    dan cara penuturan. Semua mempunyai nilai keindahan yang amat tinggi.

    6. Memadukan antara penuturan global dengan penjelasan terperinci.

    7. Singkat redaksi padat arti

    Rasyd Ridh menulis:

    Jika semua ajaran akidah Islam yang disampaikan al-Quran, seperti tentang

    keimanan kepada Allah, malaikat, rasul dan seterusnya disatukan secara urut dalam

    tiga surat saja; jika semua ajaran tentang ibadah disusun dan disatukan dalam

    beberapa surat pastilah al-Quran akan kehilangan keistimewaan hidayah

    teragungnya dari ajaran tasyrik yang dibawanya, juga akan kehilangan hikmah dariditurunkannya al-Quran itu sendiri, yaitu taabbud, juga tentulah para penghafalnya

    akan kehilangan banyak ajaran, pelajaran, dan nilai-nilai ideal yang dikandungnya..

    Selain akan kehilangan banyak mutiara kandungan al-Quran, juga seandainya

    disusun secara sendiri-sendiri berdasarkan tema-tema tertentu, maka ia akan

    kehilangan ciri paling khas dari kemukjizatan al-Quran itu sendiri.

    3. Al-Ijjz al-TasyrKemukjizatan al-Quran dalam aspek ini adalah bahwa al-Quran datang

    membawamanhaj tasyryang sempurna, yang menjamin terpenuhinya segala

    kebutuhan manusia seluruhnya pada setiap zaman dan tempat. Dengan ajaran ini

    kondisi manusia, baik sebagai individu maupun kelompok, menjadi mulia dan luhur,

    di dunia dan akhirat. Model tasyr qurn ini sangat berbeda dengan semua jenis

    hukum, aturan dan perundangan buatan manusia.

    Masm Ab Thlib menilik beberapa butir yang menjadi bukti kemukjizatan al-

    Quran dalam aspek ini. Sebagai berikut:

    1. Memperbaiki dan meluruskan akidah dengan jalan menunjukkan manusia akan

    hakikat asal kejadian (al-mabda`) dan akhir (al-mad) kehidupan serta kehidupan

    di antara keduanya. Butir ini berisi ajaran tentang keimanan kepada Allah,

    malaikat, kitab, para rasul dan hari akhir.

    2. Memperbaiki dan meluruskan praktik ibadah dengan jalan menunjukkan manusia

    akan ajaran-ajaran dan nilai-nilai yang dapat menyucikan jiwa dan mental

    manusia.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    7/11

    7

    3. Memperbaiki akhlak dengan jalan menunjukkan manusia akan nilai-nilai

    keutamaan dan perintah untuk menjauhi segala bentuk kekejian dan keburukan,

    serta menjaga keseimbangan.

    4. Memperbaiki dan meluruskan kehidupan dengan jalan memerintahkan manusiaagar mereka menyatukan barisan, menghapus segala benih fanatisme dan gap

    yang membawa kepada perpecahan. Ini dilakukan dengan jalan mengingatkan

    mereka bahwa mereka berasal dari jenis dan jiwa yang sama.

    5. Meluruskan kehidupan politik dan tata kehidupan bernegara. Ini dilakukan

    dengan jalan memancangkan keadilan mutlak, persamaan antara sesama

    manusia dan memelihara nilai-nilai luhur keutamaan seperti keadilan, dedikasi,

    kasih sayang, persamaan dan kecintaan dalam segala bentuk hukum daninteraksi sosial.

    6. Memperbaiki dan meluruskan perilaku ekonomi dan pendayagunaan harta,

    dengan jalan anjuran untuk membudayakan hidup hemat, memelihara harta dari

    kesia-siaan dan kepunahan.

    7. Meluruskan aturan perang dan perdamaian, dengan jalan memberikan

    pengertian hakiki tentang perang, larangan menganiaya, kewajiban menepati

    perjanjian dan mengutamakan perdamaian daripada peperangan.

    8. Memerangi sistem perhambaan dan anjuran untuk memerdekakan hamba.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    8/11

    8

    MUKJIZAT AL QURAN DARI SEGI SAINS

    Allah S.W.T telah mengurniakan akal, fikiran dan kuasa kepada manusia untuk

    mengkaji setiap kejadian di muka bumi ini dan juga memilih sama ada jalan yang

    baik atau sebaliknya.

    1.PROSES KEJADIAN MANUSIA

    1.1. ISTILAH EMBRIOLOGI

    DIDALAM ISTILAH AL-QURAN Firman Allah (Al Muminun 12-14) :

    Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada suatu seripati (

    berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan)

    dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal

    darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging

    itu kami jadikan tulang belulang. Lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan

    daging. Kemudian jadikan dia makhluk yang(berbentuk) lain. Maka maha suci Allah,

    "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan

    kekuasaanNya), "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan

    Al-Quran telah memperjelaskan tahap-tahap pembentukan embrio manusia sebelum

    kajian sains membuktikan kesahihan proses-proses yang berlaku dalam proses

    pembentukan bayi.

    1.2.NUTFAH

    Nutfah bermaksud setitik bendalir . Di dalam Al-Quran istilah ini digunakan dengan

    Membawa tiga maksud yang berlainan iaitu:

    1.1. Nutfah lelaki (mewakili kepada sperma yang membawa kromosome X atau Y

    yang juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan jantina bayi)

    1.2. Nutfah perempuan (mewakili ovum iaitu sel yang terbesar di dalam tubuh badanmanusia, dan juga membawa kromosome X).

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    9/11

    9

    1.3.ALAKAH

    Alakah bermaksud sesuatu yang bergantung dan melekat ke dinding rahim.

    Sel-sel sperma secara automatik akan menuju ke arah ovum kerana terdapat sejenis

    bahan kimia yang dirembeskan oleh ovum untuk menarik sperma-sperma ini datang

    ke arahnya untuk tujuan persenyawaan.

    1.4.MODGHA

    Modgha bermaksud seketul daging yang telah dikunyah. Sel akan membahagi

    selepas 30 jam disenyawakan. Sel-sel akan membahagi sehingga akan terbentuk

    tiga lapisan iaitu bahagian luar lapisan, lapisan tengah dan lapisan yang paling

    dalam. PEMBENTUKAN TULANG DAN DAGING DARIPADA MODGHA

    Al-Quran telah menjelaskan bahawa Modgha akan bertukar menjadi tulang dan

    tulang belulang yang diselaputi oleh daging (otot-otot) .

    2)BUKTI KEJADIAN SIANG DAN DALAM MALAM DI DALAM AL-QURAN

    Firman Allah Taala :

    Sesungguhnya dalam kejadian langit dan Bumi serta silih bergantinya siang dan

    malam terdapat tanda-tanda orang yang berakal Ali Imran : 190

    Perkataan malam dan siang di dalam al Quraan diulang berulang kali ( malam- Al-

    Lail : 73 kali dan .siang An-Nahr : 53 kali. ).

    Di antara kekuasaan Allah ialah telah menjadikan siang dan malam. Fitrah

    kehidupan manusia, siang dijadikan untuk manusia keluar melakukan pekerjaan

    untuk mencari rezeki serta mencari kurniaanNYA. Kejadian langit malam berbeza

    dengan langit siang. Berbeza situasi pada waktu siang, Allah telah mengurniakan

    kita dengan cahaya terang iaitu melalui pancaran dari matahari yang juga

    merupakan pusat cakerawala. Allah telah menjadikan matahari yang memberi

    banyak kebaikan kepada bumi. Matahari bertindak menyinari Bumi pada waktu sianguntuk menyuburkan tanaman, proses penyejatan air hujan dan sebagainya.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    10/11

    10

    Siang lebih panas dari malam. Malam untuk manusia serta makhluk ciptaan Allah

    yang lain beristirahat serta memberi tumpuan dalam beribadat kepadaNYA. Selain itu

    juga, pada waktu malam, Allah telah memberi kita nikmat dengan kita dapat melihat

    keindahan bintang- bintang dan objek langit menghiasi langit malam sebagai

    menenang dan penyejuk bagi sesiapa yang memandangnya. Siang beransur-ansur

    pergi dan malam beransur-ansur datang. Kejadian siang dan malam silih berganti

    pada setiap hari. Keadaan ini berlaku kerana Bumi berputar pada paksinya semasa

    ia mengelilingi orbit Bumi. Satu putaran Bumi pada paksinya memakan masa selama

    24 jam. Bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan 1700km per jam dan

    mengorbit Matahari dengan kelajuan 30 km sesaat.

    Apabila Bumi mengorbit Matahari menyebabkan bahagian yang menghadap

    Matahari akan mengalami siang dan yang membelakangi matahari akan mengalami

    malam. Oleh kerana paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah, hal ini

    menyebabkan ada bahagian Bumi yang akan mengalami panjang siang dan malam

    yangberbeza.

    Siang bermula apabila Matahari terbit dan berakhir apabila Matahari ghurub. Malam

    berlaku apabila keadaan sebaliknya berlaku.

    Dari sini kita dapat lihat bahawa, kajian tentang peredaran bumi berputar di atas

    paksinya mengelilingi matahari akan terjadinya proses siang dan malam seperti

    mana yang telah tertulis sekian lama di dalam Al-Quran tentang kejadian ini terbukti

    benar. Kejadian siang dan malam ini merupakan salah satu petunjuk Allah yang

    disampaikan melalui Al-Quran.

    3)BUKTI SUSU IBU DALAM AL-QURAN.

    Susu ibu adalah ciptaan Tuhan yang tiada bandingannya. Kepentingan dan kebaikan

    susu ibu kepada tumbesaran bayi tidak perlu dinafikan lagi. Susu ibu merupakan

    sumber makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan satu

    sebatian yang meningkatkan imuniti melawan penyakit. Walaupun kini terdapat

    pelbagai jenis susu formula yang telah dihasilkan, namun tiada satu pun yang dapat

    menandingi khasiat susu ibu ini.

  • 7/22/2019 KERJA KHUSUS PQE

    11/11

    11

    Pelbagai kebaikan berkaitan susu ibu kepada bayi ditemui. Satu fakta telah

    menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua

    tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu

    maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat "..

    susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.

    Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu

    bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-

    tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku

    dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah

    Luqman;14)

    Penemuan tentang kejadian ini teleh dijumpai pada abad ke 20. Namun, perkara ini

    teleh terlebih dahulu disebut di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu.

    KESIMPULAN

    Al-Quran tersingkap 1001 makna yang tidak semua makna isi kandungannya kita

    ketahui. Marilah kita sama-sama menjaga kesucian Al-Quran dan mengambil

    pengajaran dari setiap apa yang telah diwahyukan oleh Allah kerana Al-Quran

    adalah kata-kata Allah yang tidak berhuruf dan bersuara yang juga merupakan

    panduan akhir zaman bagi setiap umat Islam.

    Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.Wsecara berperingkat-peringkat melalui perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran

    merupakan panduan umat Islam hingga keakhir zaman. Al-Quran merupakan

    mukjizat yang bersifat abadi dan berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diturunkan

    Allah kepada rasul-rasul sebelumnya. Allah S.W.T telah mengurniakan akal, fikiran

    dan kuasa kepada manusia untuk mengkaji setiap kejadian di muka bumi ini dan

    juga memilih sama ada jalan yang baik atau sebaliknya.