kerja khusus geografi pmr 2009 by chong jia ping
TRANSCRIPT
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1 Tajuk kajian
2 Senarai kandungan
3 Penghargaan
4 Pendahuluan
5 Objektif kajian
6 Kawasan kajian
7 Kaedah kajian
8 Dapatan kajian
9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan
Penghargaan
Dalam kajian ini saya telah mendapat bantuan yang banyak daripada cikgu
geografi, rakan-rakan saya, ibu bapa dan penduduk Taman Johor Jaya. Mereka telah
memberi banyak maklumat yang tepat kepada saya supaya mudah membuat kajian ini.
Saya, Chong Jia Ping ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada guru geografi iaitu Puan Noraini bt Abd Latif kerana
tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara
membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak
data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Chong Voon Fatt dan bonda Lau Hang Sim yang turut membantu
untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus
ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Ho Song Yan, Dang
Ji Chin, Tan Wen Hui dan Wong Wei Xiang yang sangat setia dengan kerja-kerja yang
diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah
fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.
Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penduduk di Taman Johor Jaya dan lain-lain yang menjadi responden atau orang
sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini
tentang petempatan dan perkembangannya. Saya memohon maaf atas apa jua kesilapan
saya sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Pendahuluan
Saya Chong Jia Ping pelajar Tingkatan 3PD1 S.M.K. Taman Johor Jaya 1 telah
ditugas untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran
KBSM dan keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 3.
Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan petempatan dan
perkembangannya. Dalam keadaan ini, saya telah memilih Taman Johor Jaya sebagai
kawasan kajian. Taman Johor Jaya merupakan pilihan terbaik kerana memenuhi
kehendak tema kajian yang saya jalankan serta tidak terletak begitu jauh dengan kawasan
tempat tinggal rumah saya dan kawasan sekolah saya. Saya juga menjalankan kajian ini
bersama-sama kawan saya iaitu: Ho Song Yan Dang Ji Chin, dan Wong Wei Xiang
Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Singapura. Saya
memilih Singapura sebagai negara bandingan saya kerana negara tersebut terletak
berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Singapura
adalah sebuah negara yang perkembangannya pesat. Di samping itu, Singapura juga
mempunyai jenis dan pola petempatan dibina dengan rapat serta terdapat banyak
bangunan tinggi untuk menampung penduduk. Hal ini memudahkan saya melakukan
kerja-kerja perbandingan.
Saya telah menjalankan kajian ini selama 1 bulan lebih dan saya berpuas hati
dengan hasilnya. Selama 1 minggu, saya dan rakan saya telah berusaha mengumpul data
dan maklumat yang diperlukan, 2 minggu pula diperuntukkan untuk mendokumentasikan
kajian saya. Masa yang selebihnya telah saya gunakan untuk memperbaiki folio saya.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini merangumi 2 objektif iaitu:
(a)Objektif umum
-Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran
kokurikulum Baru Sekolah Menengah(KBM)
(b)Objektif khusus
-Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
(1)mengenal pasti jenis dan pola petempatan
(2)mengenal pasti factor-faktor yang mempengaruhi petempatan
(3)mengenal pasti fungsi petempatan
(4)mengenal pasti masalah petempatan
(5)menentukan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan
(6)menerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian
Kawasan kajian
Sebagai memenuhi keperluan kerja kursus ini, kawasan kajian yang saya pilih
ialah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Saya telah memilih tempat ini membuat kajian
kerana tempat ini telah berkembang dengan maju dan ia juga mempunyai jenis dan pola
petempatan. Selain itu, Taman Johor Jaya merupakan pilihan terbaik kerana kawasan ini
tidak terletak begitu jauh dengan kawasan tempat tinggal rumah saya dan kawasan
sekolah saya.
Taman Johor Jaya telah dirasmikan pembukaan pada bulan Ogos
1983 .Pembangunaan Taman Johor Jaya adalah di bawah Syarikat Daiman Sendirian
Berhad oleh Dato Tay Kia Hong .Sebelum Taman Johor Jaya dimajukan, Ia adalah
sebuah ladang getah yang diusahakan oleh Syarikat Mount Austin . Ladang getah ini
kemudian telah diberikan kepada Syarikat Daiman, Seterusnya perancang yang teliti telah
dibuat untuk mengusahakan ladang sebagai sebuah kawasan perumahan maka nama
Taman Johor Jaya diberi. Kini, Taman Johor Jaya telah dikenali sebagai Stateli Johor
Bahru. Ia juga merupakan sebuah kawasan perumahan, perindustrian, perdagangan, dan
perkilangan yang pesat dan semakin maju .
Taman Johor Jaya yang terletak di Mukin Plentong, Daerah Johor Jaya adalah
dibawah pentadbiran Majilis Daerah Johor Tengah (MDT)Johor Darul Takzim. Ia
terletak di sebelah timur laut Bandar Raya Johor Bahru.
Lokasi Taman Johor Jaya adalah Strategik dengan laluan yang mudah ke
kawasan perindustrian Pasir Gudang dengan kira – kira 8km hingga 12km dari Bandar
Raya Johor Bahru. Antara kawasan – kawasan perumahan yang terletak di sekelilingi
Taman Johor Jaya adalah MountAustin, Taman Desa Jaya, Taman Molek, Taman Desa
Cemerlang,dan Taman Permas Jaya. Dengan siap Lebuh Raya Tebrau dan sambungan
lebuh raya ke Lapangan Terbangan Senai dan bandar – bandar sepeti Senai, Tampoi, dan
Kulai .
Taman Johor Jaya semakin berkembang pesat. Taman Johor Jaya merangkumi
lapan fasa. Keleluasaannya ialah 5,863,894 meter persegi (punca Daiman Developmant
Berhad )dan kawasan ini mempunyai dua aspek pola berpusat dan pola berkelopok .Pola
berpusat terdiri daripada pusat Bandar seperti terdapatnya pusat mambeli belah ,pasar
awam , kemudian bank dan pelbagai kemudahan disediakan . Pola berkelompok seperti
terdapatnya asa yan g baik dan lengkap seperti kedai-kedai, tempat permainan kanak-
kanak , sekolah , dan tempat ibadat yang berdekatan dengan rumah kediaman.
Kawasan Johor Jaya hampir rata di seluruh kawasan kecuali dengan terdapatnya
satu atau dua bukit dan kawasan beraluan seperti yang berhampiran dengan Mount
Austin. Jumlah penduduk yag menetap di Taman Joho Jaya adalah padat iaitu Kaum
Cina, Melayu, India, dan kaum – kaum lain .
Kaedah kajian
Bagi mendapatkan maklumat tentang tajuk kajian saya telah memilih tugasan 2 iaitu
petempatan dan perkembangannya. Oleh sebab itu, saya telah menggunakan kaedah-
kaedah tersebut seperti:
Kaedah Rujukan
Buku rujukan boleh digunakan untuk saya mencari maklumat tentang masalah dan
langkah mengatasi masalah petempatan di Singapura. Bagi peta negara ini pula, saya
mengambil dari buku rujukan atau download dari internet. Untuk peta daerah pula, saya
mencari dari Jabatan Penerangan. Peta kawasan kajian juga boleh didapati dengan
download dari google earth / google map.
Kaedah soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku
atau internet. Saya telah meminta orang responden mengisi borang soal selidik
membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta
pai. Bilangan responden perlulah ramai seperti 20 orang. Soalan yang boleh ditanya
dalam borang soal selidik ialah seperti:
(a) factor yang mempengaruhi petempatan
(b) fungsi petempatan
(c) masalah petempatan
(d) langkah mengurangkan masalah petempatan
Temu bual
Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci tentang kawasan
kajian. Saya boleh mengetahui lebih terperinci tentang masalah petempatan yang
dihadapi di sesuatu kawasan atau program yang dilaksanakan oleh kerajaan atau
penduduk tempatan untuk mengatasi sesuatu masalah.
Pemerhatian
Saya juga telah membuat kajian Geografi ini tentang petempatan dan perkembangannya.
Dengan cara ini, saya menggunakan cara pemerhatian untuk memerhatikan jenis dan pola
petempatan.
Dapatan Kajian
Jenis dan pola petempatan
Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat saya dan kawan-kawan serta
rujukan yang telah dibuat melalui melayari internet, Taman Johor Jaya dan Singapura
terlelak di kawasan bandar. Ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan yang ingin
memajukan kawasan Taman Johor Jaya ini dan perkara yang sama juga terjadi di negara
Singapura.
Berdasarkan kajian, melalui pemerhatian pula, saya dapati kebanyakan rumah
dibina rapat-rapat antara lain-lain di Taman Johor Jaya. Setiap rumah dihubungkan
dengan jalan raya untuk memudahkan pergerakan penduduk. Taman Johor Jaya terletak
di bandar. Susur atur ini dikenali sebagai pola berpusat. Di Singapura, rumah-rumah di
sana juga dibina dengan rapat serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung
penduduk seperti yang berlaku di sekitar jalan East Coast. Ini kerana jumlah penduduk di
Singapura amat padat dan tidak sesuai dengan keluasan negara Singapura yang agak kecil
jika dibandingkan dengan Malaysia. Oleh sebab itu, jenis dan pola di Singapura ialah
bandar serta berpusat.
Saya berasa amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Taman Johor Jaya
kerana kejadian yang berlaku di Singapura tidak terjadi di kawasan Taman Johor Jaya. Ini
kerana Negara kita mempu menampung jumlah rakyatnya serat kerajaan selalu
memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini.
Faktor yang mempengaruhi petempatan
Terdapat beberapa pengaruh yang mempengarui petempatan di kawasan Taman Johor
Jaya. Faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah;
Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Johor Jaya adalah rata dan luas di
selatan dan tanah tinggi di utara. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian
besar bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata.
Keadaan muka bumi yang sedemikian telah mempengaruhi petempatan di kawasan ini.
Darjah ketersampaian
Perkembanagan ekonomi yang pesat di Taman Johor Jaya menyebabkan
pembinaan jalan raya diperluaskan. Perkembangan sistem pengangkutan telah menjadi
pemangkin kepada pembangunan Taman Johor Jaya. Lebuhraya Pasir Gudang dan
Parkway Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Jalan TAR di separuh jalan dan
merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan metropolitan. Jalan Lingkaran Dalam
Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya.
Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam
kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan
landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan
negara Singapura. Kesimpulannya, Taman Johor Jaya juga menyediakan bas stesen di JJ
Square untuk pelanggan menaik ke negeri lain.
Darjah ketersampaian seperti ini memudahkan penduduk Taman Johor Jaya dan sekaligus
telah menyebabkan petempatan di kawasan kajian semakin padat akibat daripada
kemudahan seperti ini.
Bandingannya di negara Singapura Bentuk muka bumi
Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota di
Asia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah
daratan 692,7 km² dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat
Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor. Oleh itu, bentuk muka bumi di Singapura
adalah tanah pamah. Bentuk muka bumi seperti ini telah mempengaruhi petempatan di
Singapura dan disebabkan demikian, petempatan di Singapura adalah padat.
Darjah ketersampaian
Perkhidmatan yang sama juga dilakukan di negara Singapura.Perkhidmatan
tersebut dikenali sebagai MRT(Mass Rapid Transit System).MRT digunakan secara
meluas di Singapura.Ia memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara
Singapura.Malah,MRT memberikan perkhidmatan percuma untuk para pelajar.Ini akan
memudahkan para pelajar di Singapura untuk ke sekolah mereka tanpa sebarang bayaran.
Penduduk di kawasan Taman Johor Jaya ini amat bersyukur kerana berpeluang
menikmati keselesaan kemudahan yang telah disediakan seperti landasan keretapi dan
mempunyai jaringan jalan raya yang baik. Saya juga rasa bersyukur kerana bentuk muka
bumi di kawasan kajian telah menyebabkan petempatan menjadi padat dan sekaligus
telah banyak kemudahan yang diesediakan oleh kerajaan. Saya akan berusaha
membangunkan negara Malaysia supaya berkembang pesat dan maju. Dalam keadaan ini,
saya akan berbangga dengan pembangunan ekonomi. Sumbangan bentuk muka bumi
yang rata dan subur berjasa kepada pembangunan negara Malaysia perlulah kita
bersyukur. Maka, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab, berkeupayaan dan
bersedia memberi sumbangan terhadap pembangunan negara Malaysia. Seperkara lagi,
kita juga haruslah sentiasa menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi
petempatan di kawasan kajian.
Fungsi petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan terhadap pembangunan Taman Johor Jaya
serta penduduk di Taman Johor Jaya. Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat
di kawasan Taman Johor Jaya adalah sistem pendidikan.
Banyak sekolah di Taman Johor Jaya telah dinaikkan taraf pendidikannya.
Sekolah Menengah di Taman Johor Jaya terdapat contohnya ialah seperti Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, Johor Bahru, Sekolah Jenis Kebangsaan Taman Johor
Jaya 1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Taman Johor Jaya 2. Sekolah-sekolah tersebut
mempunyai banyak kemudahan yang lengkap. Untuk lebih mengalakkan institusi
pendidikan ini, pihak kerajaan juga telah membina dan memperkembang kemudahan
serta blok sekolah-sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1
telah membina dua blok pada tahun 2008 untuk menambah kemudahan sekolah. Taman
Johor Jaya juga mempunyai KTC INSTITUTE (J/4/P//1/SRJ 815) terletak di Jalan
Dedap. Taman ini juga terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Malaysia dan
Sunway.
Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang telah berlaku di
sini. Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Taman Johor Jaya yang
menjadi semakin baik dan selesa. Sejak akhir-akhir ini, pihak-pihak pengawai MPJBT
telah menghantar orang ke Taman Johor Jaya untuk membanteras nyamuk andes.
Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di
Taman Johor Jaya juga disediakan oleh pihak kerajaan seperti bekalan elektri, jalan bertar
dan juga sekolah-sekolah yang telah dinyatakan di atas.
Manakala di Singapura pula, salah satu fungsi petempatan yang dapat dilihat
dengan jelas adalah sektor pelancongan seperti di Pulau Sentosa. Singapura juga
mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti sistem telekomunikasi yang
cekap dan kemudahan pengangkutan awam kereta api bawah tanah.
Walaupun Taman Johor Jaya dan Singapura lain fungsi petempatannya, tetapi
jenis dan pola petempatannya masih sama. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan
negara dan tempat tinggal kita. Ini kerana kita bertuah tinggal di dalam sebuah negara
aman dan makmur. Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat
tinggal kita dan negara yang tercinta dan juga menjaga segala kemudahan yang telah
disediakan.
Masalah petempatan
Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal seldik,
beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden dan pemerhatian saya, antaranya
adalah kesesakan lalu lintas, kes jenayah dan juga pencemaran alam sekitar.
Pencemaran terjadi kerana sikap tidak bertanggungjawab penduduk Taman
Johor Jaya yang suka membuat pembakaran terbuka. Selain itu, Taman Johor Jaya juga
tidak terkecuali daripada pencemaran ini kerana ia yang semakin pesat membangun
dengan arus kemodanan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan. Pencemaran udara
turut terjadi disebabkan oleh pelepasan asap dari kenderaan bermotor ke udara dan
pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-
rata tempat. Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan
sampah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Penduduk-penduduk juga
membuang sampah serata-rata ke sungai dengan sesuka hati. Kejadian hujan asid berkait
rapat dengan pelepasan asap yang berbahaya daripada kenderaan bermotor. Kenderaan
ini menjadi penyumbang dalam pembentukan hujan asid di Taman Johor Jaya
Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat dan berleluasa di kawasan
kajian. Johor menjadi perhatian kerana bukan sekadar jenayah semakin meningkat tetapi
juga jenayah yang berlaku sudah semakin luar biasa. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpenduduk
dan ketika penghuni rumah sedang tidur. Oleh sebab itu, kehidupan penduduk-penduduk
Taman Johor Jaya semakin tidak selamat dan risau menjadi mangsa.
Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian, pertambahan
bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas
sering berlaku di Taman Johor Jaya. Ini disebabkan oleh jalan tersebut agak sempit dan
tidak dapat menampung bilangan kenderaan yang banyak. Jadi, ini telah menyebabkan
kesesakan lalu lintas berlaku dan menjadi masalah dalam kehidupan penduduk seharian.
Negara Singapura juga tidak terlepas daripada mengalami masalah seperti di
Taman Johor Jaya. Singapura juga mengalami masalah pencemaran udara dan hujan asid
terutama di sekitar kawasan perindustrian iaitu di kawasan perindustrian Jurong serta
kawasan perindustrian Sungei Kadut.
Seterusnya, masalah petempatan yang selalu menggangu penduduk-penduduk
Singapura ialah kekurangan tempat tinggal kerana jumlah penduduk di Singapura amat
padat dan keluasan negara Singapura yang agak kecil menyebabkan tanah mahal.
Masalah petempatan di Singapura ialah banjir. Sebagai buktinya, hujan deras
yang mengguyur Singapura sampai Selasa petang 19 Desember ternyata menyebabkan
banjir di daerah Thompson road dan hujan deras selama 24 jam secara terus menerus
mengakibatkan banjir besar di sebahagian Singapura, sehingga mengakibatkan sejumlah
persimpangan jalan tidak dapat dilalui. Hal ini disebabkan ramalan cuaca menyebutkan
akan adanya lebih banyak hujan dan sungai tidak menampung air yang terbanyak.
Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran
kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan
tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenang-
wenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, sebagai
penduduk Taman Melati, kita hendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kita agar tidak
tercemar dan sebagainya. Kita sebenarnya patut bersyukur dengan segala kemudahan
yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.
Pelbagai langkah untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku di Taman Johor
Jaya dan juga negara Singapura ialah :
Selain itu, dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi,
masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh di tangangi oleh kita. Tong sampah
kitar semula juga haruslah lebih banyak disediakan oleh Majlis Pembandaran dan juga
tapak pelupusan sampah juga haruslah disediakan oleh kerajaan. Usaha menanam pokok -
pokok boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokok- pokok ini boleh ditanam di
sepanjang jalan raya. Selain daripada mengurangkan pencemaran, ini juga dapat
mencantikkan kawasan.
Di samping itu, pihak kerajan kita haruslah menambahkan anggota polis seperti
yang dicadangkan Suruhanjaya Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan kes jenayah. Maka, ekonomi yang
berkembang pesat dapat mengurangkan persentage pengangguran dan kes jenayah juga
semakin turun. Sesungguhnya, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) misalnya
merupakan salah satu kaedah berkesan yang dilihat dapat menimbulkan rasa ketakutan
dalam kalangan penjenayah semasa melakukan kegiatan jenayah. Pihak kerajaan perlulah
menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes jenayah yang berlaku. Hal ini sekaligus
dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan kajian.
Untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas, dengan memajukan serta
perbanyakkan infrastruktur dan kemudahan asas, ia dapat diatasi dengan tahap
ketersampaian yang semakin baik. Kita perlulah menggalakkan penggunaan dan
kemudahan pengangkutan seperti bas. Ini dapat mengurangkan kesesakkan lalu lintas
serta pencemaran alam sekitar juga semakin berkurangan. Justeru, kita juga boleh
melebarkan dan membina jalan yang bertingkat untuk menyelesaikan masalah dari
akarnya.
Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan
di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk mengurangkan
masalah pensemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT
yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan.
Dari pandangan yang lain, langkah-langkah yang seterusnya bagi
menyelesaikan masalah kekurangan tempat tinggal ialah membina rumah pangsa yang
kos rendah supaya menjimatkan tanah yang kekurangan. Pembinaan kenderaan berkuasa
elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan kegunaan
tanah dan harga tanah turun. Dalam keadaan ini, banyak orang mampu membeli rumah
kos rendah pangsa.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, masalah banjir yang berlaku di jiran
Negara kita Singapura dapat diatasi dengan memdalamkan sungai. Selain itu, kita juga
boleh membina banyak sungai dan parit bagi mengurangkan masalah banjir. Langkah
yang memperbaiki system perparitan juga amat penting bagi menyelesai masalah
tersebut.
Akhir sekali, untuk mengatasi masalah ini, kita sebagai penduduk haruslah
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan menjaga kawasan ini dengan baik.
Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu
berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan
mendapat kejayaan.
Rumusan
Kerja khusus Geografi ini menunjukkan petempatan dan perkembangannya di
kawasan kajian Taman Johor Jaya dan perbandingannya dengan Negara lain Singapura.
Dalam kajian ini, saya dapat mengenal pasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di
Taman Johor Jaya dan berbanding dengan Negara lain iaitu Singapura. Kita hendaklah
mengetahui jenis dan pola petempatan di kawasan kita untuk memupuk sifat memahami
jenis dan pola petempatan yang dijalankan di kawasan kajian saya Taman Johor Jaya
Selain itu, saya juga mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan sama ada
di Taman Johor Jaya dan berbanding dengan Negara lain iaitu Singapura. Dalam keadaan
ini, saya akan memahami faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka
bumi dan darjah ketersampaian. Seterusnya, fungsi petempatan juga sangat penting dan
mutahak terhadap penduduk kawasan kajian. Dengan menentukan masalah petempatan di
Taman Johor Jaya dan Singapura, saya dapat memahami dan mengetahui masalah
petempatan. Oleh sebab itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah
tersebut dan menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan bagi
penduduk-penduduk kajian tempat dapat hidup dengan selesa.
Saya juga menyediakan borang soal selidik semasa saya menjalankan kajian ini.
Saya telah memilih dua puluh orang responden untuk mengisi borang soal selidik
tersebut. Melalui borang ini, saya telah memahami faktor yang mempengaruhi
petempatan dan fungsi petempatan Taman Johor Jaya serta masalah-masalah yang
dihadapi oleh meraka. Dalam kedaaan ini, saya dapat menentukan masalah petempatan
tersebut supaya menjalankan langkah untuk mengurangkan masalah petempatan ini demi
kesejahteraan dan keselesaan kehidupan penduduk.
Di samping itu, kita haruslah berbangga dan bersyukur terhadap tahap kemajuan
pembandaran negara Malaysia. Sikap yang berbangga dengan kepelbagaian aktiviti
ekonomi dan eksport negara Malaysia akan berusaha dan berbangga membangunkan
negara Malaysia. Kita juga harus bersyukur dengan sumbangan bentuk muka bumi
kepada pembangunan negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah
bertanggungjawab dan berkeupayaan membangunkan petempatan kajian serta
menghargai usaha-usaha yang diambil oleh peranan kerajaan dalam mempengaruhi
petempatan di kawasan kajian. Untuk mempertahankan negara Malaysia, kita haruslah
bertanggungjawab memelihara dan memuliharaan dan bertanggungjawab menjaga
kemudahan yang ada. Selain itu, kita juga perlulah berbangga dan bersyukur terhadap
jenis dan pola petempatan di kawasan kajian yang subur dan rata. Di Malaysia, kita
haruslah bersatu dalam kepelbagaian dan berbangga dengan perpaduan penduduk Negara
Malaysia dan bertanggungjawab untuk mengekalkannya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang ikhlas sekali lagi kepada pihak yang
terlibat dalam membantu saya melaksanakan kajian ini terutamanya guru Geografi saya,
Puan Noraini bt Abd Latif. Beliau telah memberikan tunjuk agar dan bimbangan yang
sepenuhnya kepada saya semasa menjalankan kajian tersebut. Dalam kalangan ini, saya
lebih memupuk kemesraan dan kasih saying terhadap penduduk Taman Johor Jaya dan
mengamalkan nilai murni bersama-sama. Oleh itu, saya lebih menghargai penduduk-
penduduk petempatan ini dapat hidup dengan harmoni.
Kesimpulannya, saya telah bertungkus lumus dalam menjalankan kajian di
Taman Johor Jaya dan saya berasa seronok dengan sikap-sikap penduduk Taman Johor
Jaya yang sering membantu kami sehingga ada yang sanggup menumpangkan kami ke
kawasan kajian dengan kenderaan mereka.Walaubagaimanapun, kami berasa sangat
berpuas hati dengan usaha-usaha yang kami lakukan dan bersyukur kerana telah dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Rujukan
1. Orang sumber
(a)Guru Geografi
- Cikgu Roszinah
(b)Rakan-rakan sekajian
- Ho Song Yan
- Tan Wen hui
2. Rujukan buku teks Tingkatan 2
(a)Pengarang
- Mohd. Jamil bin Mohamed
- Hj. Rodzli bin hj. Hashim
- Hjh. Mahani binti Hj. Mahbar
3. Rujukan dari buku rujukan
Mohammad ismail, 2004 Eksplorasi Geografi Tingkatan 3,
Penerbit Fajar Bakti Sendirian Berhad , Shah Alam
4. Internet
- www.dromoz.com/search/?p=Taman+Johor+Jaya - 33k
- en.wikipedia.org/wiki/Taman_Johor_Jaya - 39k