kerja khusus migrasi dalaman penduduk 2010 full edition

51
Nama Calon : Nik Mohamad Zhafran Bin Nik Mohd Zuber Tingkatan : 3 Muslim Nombor K/P : 950604-03-6143 Nama Sekolah : SMA. Al-Quran Waddin MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

Upload: nik-mohamad-zhafran

Post on 19-Jun-2015

5.565 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sila Lawat Blog http://www.niktvonline.blogspot.com Jangan Lupa comment bagi siapa yang download tu

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Nama Calon : Nik Mohamad Zhafran Bin Nik Mohd Zuber

Tingkatan : 3 Muslim

Nombor K/P : 950604-03-6143

Nama Sekolah : SMA. Al-Quran Waddin Tajuk Kerja Kursus :Kajian Tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Permas Jaya, Masai

Daerah Johor Bahru, Johor. Guru Penilai : Pn Nur Azean Binti Arsad

MIGRASI DALAMAN

PENDUDUK

Page 2: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan 3

2.0 Pendahuluan 4

3.0 Objektif Kajian 5

4.0 Kawasan Kajian 64.1 Peta Nageri Johor 74.2 Peta Daerah Johor Bahru 84.3 Lakaran Peta Kawasan Kajian Permas jaya 9

5.0 Kaedah Kajian 10

8.0 Dapatan Kajian 118.1 Konsep migrasi penduduk 118.2 Pola migrasi penduduk 118.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 128.4 Kesan migrasi dalaman 158.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 18

7.0 Rumusan 20

8.0 Lampiran 218.1 Lampiran 1 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 228.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 238.3 Lampiran 3 : Soalan Temu Bual 248.4 Lampiran 4 : Borang Soal Selidik 28

9.0 Rujukan 49

2

Page 3: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

1.0 Penghargaan

Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus

Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya.

Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada

secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Pn Hajah Che Selamah Bt Che Nik selaku Pengetua SMA Al-Quran

Waddin, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang

menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Pn Nur Azean Binti Arsad sebagai guru geografi yang banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini

mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di

sekitar kawasan Permas Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan

kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga

saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Nor Azman bin

Yahya Dan Mastura Binti Kammarudin serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Syawal

Bin Saad dan Salihin Bin Abdul Rahman yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan

idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

3

Page 4: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

2.0 pendahuluan

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian

Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh

itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri

memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di Bandar Baru Permas Jaya,

sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor

pekerjaan di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei

iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang

telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada

saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

4

Page 5: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

3.0 Objektif Kajian

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2)    Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3)    Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

4)    Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5)    Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.

6)    Penerapan nilai dan sistem patriotisme terhadap penduduk  di Bandar Baru Permas Jaya mengenai

kepentingan migrasi.

5

Page 6: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

4.0 Kawasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Permas Jaya,Johor Bahru . Lokasi kawasan kajian ini terletak

kira-kira 13.7 kilometer dari Bandar  Johor Bahru.Permas Jaya adalah sebuah kawasan perumahan

terletak di Daerah Johor Bahru, timur laut Johor Bahru, dan di bawah pentadbiran MBJB atau Dewan

Bandar Raya Johor Bahru Zon Tenggara. Jambatan Permas Jaya bersambung dengan Bakar Batu,

Taman Sentosa dan pusat sistem Johor Bahru. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk

pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa

15 minit untuk sampai ke sekolah.

Kawasan perumahan saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Permas Jaya 1 yang

mempunyai pelajar seramai 1000 orang..Permas Jaya mempunyai padang golf dan kediaman

kondominium. Ia juga mempunyai kemudahan sukan dan kompleks rekreasi .Pusat Permas terkenal

dengan tempat membeli-belah utama dan menjadikan kompleks masa lapang dengan sebuah pawagam

dan gelanggang boling tetapi telah ditutup semenjak 1999. Kini, JAYA Jusco adalah pusat membeli-

belah utama di Permas Jaya. Permas Jaya Management telah membina Permas Mall untuk menarik

perniagaan baru. Permas Jaya adalah lokasi strategiknya antara Johor Bahru dan pelabuhan kapal Pasir

Gudang dalam satu kawasan dengan penduduk kawasan tadahan lebih daripada 300,000.Bandar Baru

Permas Jaya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan , pengangkutan

yang sempurna.

Kemudahan yang ada di Permas Jaya ialah padang Padang Golf ,Kompleks

Sukan,Perpustakaan,Sekolah ,Bank ,Pejabat Pos ,Pusat membeli-belah ,Stesen Minyak,Hotel,Pusat

bowling.

6

Page 7: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

4.1 Peta Negeri Johor

U

7

Page 8: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

4.2 Peta Daerah Johor Bahru

U

Kawasan kajian

8

Page 9: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

4.3 Peta Kawasan kajian

9

Page 10: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

5.0 Kaedah Kajian

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan

untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah

menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah

digunakan :-

1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang

berlaku di kawasan Bandar Baru Permas Jaya

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung

untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kawasan saya. Temu bual

dijalankan kepada penduduk Permas Jaya yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih

berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Permas Jaya.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh

penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal

selidik – sila rujuk lampiran )

3)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari

internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang

berlaku di Malaysia.

10

Page 11: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

8.0 Dapatan Kajian

8.1 Konsep migrasi penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,

kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang

dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke

tempat yang lain.

8.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Migrasi luar bandar ke bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Permas Jaya yang berhijrah ke bandar-bandar seperti

Ipoh, Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa

dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada

awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke bandar untuk melanjutkan

pelajaran dan bekerja.

b) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi

pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat

asal. Misalnya ada sebahagian penduduk Permas Jaya yang bekerja sebagai tentera di Kuala

Lumpur pulang semula ke Permas Jaya selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir

yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke Kampung

halaman setelah tamat belajar. Terdapat 13 daripada 20 responden telah kembali ke Permas

Jaya apabila sudah tamat perkhidmatan.

11

Page 12: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

8.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di

kawasan kajian

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:

a) Melanjutkan pelajaran

Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM

yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti

Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.

Oleh kerana di kawasan Permas Jaya tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka

terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran. Terdapat 6 daripada 20 responden telah

melanjutkan pelajaran ke bandar.

b) Peluang Pekerjaan

Terdapat anak peneroka di Permas Jaya yang behijrah ke bandar-bandar seperti Shah Alam

Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan

yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan

perkhidmatan. Ini kerana di kawasan Permas Jaya peluang pekerjaan yang ada amat terhad .

Terdapat 5 daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di bandar.

12

Page 13: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

c) Bersara

Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi

dalaman di kawasan Permas Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang

pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung

halaman setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai

tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Permas Jaya dan

berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan

menampung hidup. Terdapat 4 daripada 20 responden telah kembali ke Permas Jaya apabila

sudah tamat perkhidmatan.

d) Kemudahan asas

Oleh kerana Permas Jaya merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada

terhad seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan

hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih

maju dan selesa seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini

kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan

pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya. Terdapat 5 daripada 20

responden ke Permas Jaya atas faktor kemudahan asas.

e) Penerapan Unsur Patriotisme

kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan

damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

13

Page 14: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Carta Pai 1: Faktor yang mempengaruhi migrasi di kawasan kajian

Berdasarkan Carta Pai diatas,menunjukkan

faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi di

kawasan Permas Jaya. Faktor yang

mempengaruhi migrasi terdiri daripada

malanjutkan pelajaran,peluang pekerjaan,bersara dan kemudahan asas.Melanjutkan pelajaran ialah

faktor yang mempengaruhi migrasi yang paling banyak ,iaitu sebanyak 30%.Manakala Peluang

pekerjaan dan kemudahan asas adalah sama jumlah,iaitu 25%.Bersara pula paling sedikit

jumlahnya,iaitu 20%.

6 Orang/30%

5 Orang /25%4 Orang/20%

5 Orang/ 25%Melanjutkan PelajaranPeluang PekerjaanBersaraKemudahan Asas

14

Faktor Yang Mempengaruhi kawasan

kajian

Jumlah Penduduk

Melanjutkan pelajaran 6Peluang pekerjaan 5

Bersara 4Kemudahan Asas 5

Jumlah 20

Page 15: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

a) Kesan positif

a. Penduduk bertambah

i. Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk

di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah

berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan

oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun

penduduk di kawasan saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang

belum dihuni  oleh penduduk.

b. Taraf hidup meningkat

i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan

pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Permas Jaya dan

memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan

sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa

serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa.

c. Pasaran bertambah

i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak

langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap

semakin bertambah.

15

Page 16: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

b) Kesan negatif

a. Masalah pengangguran

i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju.

Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal

dan Bangladesh ke Permas Jaya telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh

secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan

penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini.

b. Masalah sosial

i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Permas Jaya ini,

maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan

dadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana

desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di

samping tiada pekerjaan.

c. Komposisi penduduk berubah

i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum

lelaki dan belia yang berusia diantara 18 – 40 tahun. Dengan ini komposisi

lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan

orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit

keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang

dan dalam jangka masa yang panjang.

d. Nilai dan patriotisme

i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Permas Jaya mempunyai

peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.

16

Page 17: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian

Kesan positif dan negatif migrasi dalaman di Permas Jaya

Penduduk bertambah

Taraf hidup meningkat

Pasaran bertambah

Komposisi penduduk berubah

Masalah Sosial

Masalah Pengangguran

17

Page 18: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

a) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Permas Jaya pihak berwajib boleh

mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini

bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang

pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan

ringan seperti kerepek dan juga kuih karas dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang

Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Permas Jaya dengan kerjasama

penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi

mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian.

Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan

seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang

berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan

Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi

menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan

penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa.

Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat.

Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan

18

Page 19: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

belia yang aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di

Permas Jaya.

d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di

samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

Penduduk kawasan kajian.

Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

Wujudkan peluang pekerjaan

Wujudkan rukun tetangga dan

kuatkuasa undang-undang

Meningkatkan kemudahan kesihatan

19

Page 20: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

7.0 Rumusan

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang

penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung.

Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah

sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah

kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

20

Page 21: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

LAMPIRAN

21

Page 22: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

22

Page 23: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

23

Page 24: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

SOALAN

TEMU BUAL

24

Page 25: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Permas Jaya, Daerah Johor Bahru, Johor

Nama : Mohd Azni Bin Mohd Azmil

1. Saudara berasal dari mana?

Saya Berasal Dari Johor Bahru.

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

Sudah 4 tahun

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

Polis

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

Dua ahli keluarga.

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di

kawasan ini ?

Faktor pekerjaan.

25

Page 26: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Nama : Firdaus Bin Rahmat

1. Saudara berasal dari mana?

Saya Berasal Dari Perak.

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

Sudah 1 tahun.

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

Bersara.

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

Tiga ahli keluarga.

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di

kawasan ini ?

Faktor ekonomi.

26

Page 27: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

Nama : Amrinuddin Bin Azman

1. Saudara berasal dari mana?

Saya Berasal Dari Kedah.

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

Sudah 6 tahun.

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

Guru.

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

Lima ahli keluarga.

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di

kawasan ini ?

Faktor sosial.

27

Page 28: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

BORANG

SOAL SELIDIK

28

Page 29: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

29

Page 30: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

30

Page 31: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

31

Page 32: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

32

Page 33: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

33

Page 34: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

34

Page 35: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

35

Page 36: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

36

Page 37: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

37

Page 38: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

38

Page 39: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

39

Page 40: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

40

Page 41: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

41

Page 42: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

42

Page 43: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

43

Page 44: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

44

Page 45: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

45

Page 46: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

46

Page 47: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

47

Page 48: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

48

Page 49: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

49

Page 50: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

9.0 Rujukan

Sumber Internet

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Permas_Jaya

2. http://permasjaya.mybestproperty.com/index.php?pg=proj

3. http://akasiamaya.blogspot.com/2010/05/dapatan-kajian-migrasi-penduduk.html

Orang Sumber

1. Mohd Azni Bin Mohd Azmil,penduduk Permas Jaya.

2. Firdaus Bin Rahmat,penduduk Permas Jaya.

3. Amrinudin Bin Azman,penduduk Permas Jaya.

Buku Teks:

1. Buku teks tingkatan 1:

Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yoeng, 2002, Buku Teks Geografi Tingkatan 1,

Petaling Jaya, Media Network Sdn. Bhd.

2. Buku teks tingkatan 2:

Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku

Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

3. Buku teks tingkatan 3:

Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh,

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

50

Page 51: Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010  Full Edition

51