keputusan akademik - stleonards.vic.edu.au · guru yang beriltizam tinggi dalam pendidikan kami dan...

4
stleonards.vic.edu.au CRICOS 00343K 163 South Road, Brighton East VIC 3187 Keputusan Akademik Pelajar Tahun 2018

Upload: nguyenkhuong

Post on 17-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

St Leonard’s College | 1stleonards.vic.edu.au CRICOS 00343K 163 South Road, Brighton East VIC 3187

Keputusan AkademikPelajar Tahun 2018

2 | Keputusan Akademik 2018

Tahniah Pelajar Tahun 2018Gabungan Keputusan IBDP* dan VCE • ATAR Median 90.65 menempatkan 50% pelajar dalam

kelompok 10% terbaik di seluruh negara • 53% pelajar mencapai ATAR 90.00 ke atas, dalam

kelompok 10% terbaik di seluruh negara • 72% pelajar mencapai ATAR 80.00 ke atas, dalam

kelompok 20% terbaik di seluruh negara • 85% pelajar mencapai ATAR 70.00 ke atas, dalam

kelompok 30% terbaik di seluruh negara

Keputusan Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) • Oscar To (Dux IBDP) mencapai markah sempurna

45/45 (ATAR 99.95), dalam kelompok 0.02% lulusan IBDP terbaik di dunia.

• Joshua Cherubino (Proxime Accessit IBDP) mencapai markah sempurna 45/45 (ATAR 99.85), dalam kelompok 1% lulusan IBDP terbaik di dunia.

• Lucy Callahan, Sonia Clements dan Thomas Galloway turut meraih kepujian akademik dengan markah 43/45 (ATAR 99.70).

• ATAR Median 95.75 menempatkan 50% pelajar dalam kelompok 4.25% terbaik di seluruh negara

• 85% pelajar mencapai ATAR 90.00 atau lebih • 96% pelajar mencapai ATAR 80.00 atau lebih • 100% pelajar mencapai ATAR 70.00 atau lebih

Keputusan Victorian Certificate of Education (VCE) • Emily Dare (Dux VCE) mencapai ATAR 99.70 • Chloe Chin (Proxime Accessit) mencapai ATAR 99.65 • ATAR Median 83.7 menempatkan 50% pelajar dalam

kelompok 16.3% terbaik di seluruh negara • 20.1% markah mata pelajaran mencapai 40 ke atas

*Pelajar di St Leonard’s College memilih laluan VCE atau IBDP. Kedua-duanya memberikan Australian Tertiary Admissions Rank (ATAR) kepada para lulusan Tahun 12.

Semua penerangan dan keputusan dalam risalah ini betul pada waktu dicetak.

IBDP DuxOscar To - IBDP 45/45 (ATAR 99.95)

Oscar sentiasa berprestasi tinggi sepanjang pengajian di St Leonard’s College. Dia menerima Kepujian Tinggi dalam sejumlah pertandingan matematik dan sains, selain Anugerah Cemerlang dalam Pertandingan Matematik Universiti Melbourne. Oscar menerima Anugerah Akademik Tahun 11 serta Hadiah IB untuk Kimia, Ekonomi dan

Matematik.

Oscar mengakui pendidikan yang dilalui di St Leonards’s College bukan sekadar belajar untuk peperiksaan. Dia menikmati berbagai-bagai aktiviti kokurikulum dan lanjutan dan menyertai band orkestra dari tahun 7 hingga 9, bermain violin dalam kumpulan Strung Out dan Chamber Strings. Sepanjang pengajian di Middle School dan Senior School, Oscar selalu menyertai ACS Sport, bermain Bola Keranjang dan Bola Sepak, selain Rentas Desa Antara Sekolah.

Kata Oscar, dia menyukai “budaya dan suasana seluruh Kolej. Semua orang amat ramah mesra serta menghormati minat dan cita-cita individu. Guru benar-benar mengambil berat kesejahteraan dan kejayaan pelajar. Mereka suka membantu dan segera menyahut permintaan apabila saya memerlukan bantuan. Terima kasih khususnya kepada mentor saya Mr Fletcher yang selalu memikirkan kepentingan saya dan amat bermurah hati.”

Oscar ditawarkan Biasiswa Canselor (Pencapaian Perdagangan) di Universiti Melbourne, selain Biasiswa Kecemerlangan Universiti Monash. Dia telah memilih Biasiswa Canselor di Universiti Melbourne.

Proxime Accessit IBDP Joshua Cherubino - IBDP 44/45 (ATAR 99.85)

Sejak tahun 2, Joshua aktif dalam kehidupan Kolej, menyertai banyak aktiviti kokurikulum seperti Pidato Umum DAV, persembahan musikal Middle School, Big Band, Kelab Berlari, Perlumbaan Kembara dan Atletik ACS, Rentas Desa, Bola Sepak, Touch Football, dan Renang.

Pencapaiannya termasuk Anugerah Khidmat Sukan Tahun 12, Anugerah Caltex bagi All-Rounder Terbaik Tahun 12, Anugerah Mata Pelajaran Matematik peringkat IB SL, Pingat Emas Rumah Allen, dan Tempat Ketiga Generations in Jazz Divisyen 1. Dia juga meraih Lencana Penuh Kolej, Lencana Penuh Akademik, Lencana Penuh Muzik, Lencana Penuh Rumah, Lencana Penuh Rentas Desa, Lencana Penuh Touch Football, Lencana Separuh Rentas Desa ACS, Lencana Separuh Atletik ACS dan Lencana Separuh Bola Sepak.

Joshua pemimpin aktif di Kolej, antara lain memegang peranan Ketua Penyokong Rakan Sebaya, Ketua Skop dan Kapten Sukan Rumah Allen Tahun 12.

Joshua sangat berterima kasih kepada St Leonard’s atas sokongan dan bimbingan guru dan tutor perpustakaan serta dedikasi mereka kepada pembelajaran dan kejayaan pelajar. Joshua menerima Biasiswa Kecemerlangan Kejuruteraan di Universiti Monash.

St Leonard’s College | 3

IBDP Lucy Callahan - IBDP 43/45 (ATAR 99.70)

Lucy menyertai St Leonard’s College pada Tahun 7. Dia merupakan ahli komuniti yang sangat berjasa di Kolej, memegang banyak peranan kepimpinan termasuk Ketua Skop, Ketua Penyokong Rakan Sebaya dan Ketua Penganjur Bersama Sarapan Hari Wanita Antarabangsa.

Di samping kemahiran kepimpinan yang cemerlang, Lucy juga menunjukkan semangat setiakawan sebagai peserta aktif sukan Kolej, termasuk Bola Jaring dan Bola Tampar ACS.

Mata pelajaran kegemarannya adalah Geografi. Katanya “Geografi bukan sekadar mempelajari peta. Kita mengkaji apa yang berlaku di sekeliling kita, dari segi alam sekitar, budaya dan politik. Melalui Geografi, saya kini memahami punca dan penyelesaian pelbagai masalah dunia, sehingga mampu berbincang dengan sesiapa pun.”

Kata Lucy lagi, dia menikmati pelbagai peluang luar kelas di St Leonard, seperti kru teknikal persembahan teater dan ACS, yang membuka peluang persahabatan dengan ramai pelajar tidak kira peringkat.

Selain kemahiran akademik, Lucy yakin pendidikan di St Leonard’s turut membina kemahiran sosial dan profesional yang sama penting baginya demi masa depan. Lucy meraih Biasiswa Naib Canselor untuk belajar dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Swinburne.

Sonia Clements - IBDP 43/45 (ATAR 99.70)Sonia sentiasa mencapai prestasi tinggi sejak mula menuntut di St Leonard’s pada tahun 7. Dia memanfaatkan semua peluang yang disediakan, melalui pelbagai program kokurikulum seperti Senior Choir, Stage Band, Big Band, Tuesday Jazz Ensemble serta pementasan drama dan muzikal. Dia mengambil bahagian dalam program

pembangunan bakat termasuk Monash Scholars Program, da Vinci Decathlon dan Penyelesaian Masalah Akan Datang.

Sonia merupakan ahli komuniti yang aktif dan pemimpin Kolej, memegang banyak peranan termasuk Kapten Rumah Allen Tahun 12, Pemimpin Jazz Tahun 12 dan Kapten Muzik Rumah Tahun 9. Senarai pencapaian Sonia yang mengagumkan termasuk Lencana Penuh Akademik dan Muzik, Anugerah Kesusasteraan Inggeris IB Tahun 12, Anugerah Seni Elspeth Bennett Tahun 11, Anugerah Sains Invergowrie Tahun 9, Anugerah Kewarganegaraan Rotary, Tempat Kedua Saxophone dalam Generations in Jazz, Tempat Ketiga Divisyen 1 Big Band dalam Generations in Jazz, Anugerah Alpine Hike David Witham Tahun 10, Anugerah Rumah Allen Tahun 7-10, serta Anugerah Perak untuk Penyertaan Cemerlang dan Pencapaian Rumah. Karya seni Sonia juga dipilih untuk pameran Seni IB (Victoria dan Tasmania) dan pameran Seni dan Reka Bentuk Siswazah Bayside.

Sonia yakin cogan kata ‘education for life’ bermaksud “bimbingan untuk menjadi manusia yang ingin tahu, bertanya dan berfikiran terbuka sepanjang hayat.” St Leonard’s katanya tidak pernah sepi dengan acara puncak setiap tahun, seperti perkhemahan dan hiking, Big Experience Tahun 9, dan Generations in Jazz. Sonia menerima Biasiswa Naib Canselor di Universiti Bond bagi Perdagangan / Undang-Undang.

Dux VCE Emily Dare - ATAR 99.70

Emily menyertai St Leonard’s pada tahun 7 dan merupakan ahli komuniti yang sangat berjasa. Dia menikmati pelbagai aktiviti kokurikulum termasuk Perlumbaan Kembara, Atletik ACS, Rentas Desa, Renang, Bola Tampar, Bola Jaring, Touch Football, Debat, serta Vokal dan Instrumental House Music. Emily turut

mengambil bahagian dalam program lanjutan bakat seperti Penyelesaian Masalah Akan Datang dan da Vinci Decathlon.

Sepanjang pengajian di St Leonard’s, Emily menunjukkan daya kepimpinan yang luar biasa dalam sukan termasuk sebagai Kapten Rentas Desa, Kapten Touch Football, Naib Kapten Atletik dan Kapten Forster Sports. Emily juga menerima pelbagai anugerah akademik, termasuk hadiah mata pelajaran Biologi, Kimia, Geografi dan Pendidikan Jasmani.

Katanya, “St Leonard’s College merupakan persekitaran pembelajaran yang sangat positif, menggalakkan kerja keras tetapi juga keseimbangan dalam komitmen kokurikulum dan luaran. Saya bersyukur mempunyai guru-guru yang beriltizam tinggi dalam pendidikan kami dan berusaha melebihi tugas untuk membantu kami mencapai matlamat. St Leonard’s memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan etika kerja sebagai bekal bagi saya menempuh apa jua jalan hidup kelak. St Leonard’s memiliki suasana yang begitu positif serta komuniti yang menerima semua orang dan dibantu oleh semua orang di sekeliling mereka.” Emily bercadang mengikuti pengajian universiti di Amerika lewat 2019 dalam bidang Biokimia atau Sains Alam Sekitar.

Proxime Accessit VCE Chloe Chin - ATAR 99.65

Sejak menyertai St Leonard’s College pada tahun 9, Chloe merupakan ahli komuniti yang aktif. Dia menikmati berbagai-bagai aktiviti kokurikulum termasuk Pidato Umum, Debat, Catur, Sisters in Science dan Unite Us.

Di St Leonard’s College, Chloe merupakan pelajar teladan dan pemimpin, terutama sebagai Kapten Kolej 2018. Chloe juga ahli Majlis tahun 10 dan 11, Kapten Catur Rumah Newman yang mencapai kemenangan tahun 2017, Kapten House Dance-Off, dan juga menganjurkan Bald for Bowel Shave pada 2018, yang memungut derma ribuan dolar untuk penyelidikan dan pencegahan kanser usus.

Menurut Chloe, “St Leonard’s College menawarkan pelajar peluang tanpa had dalam berbagai-bagai bidang. Dari jelajah Big Experience Tahun 9 hingga pertandingan kebangsaan dan antarabangsa, pelajar St Leonard’s diberi peluang meneroka laluan berbeza dan, paling penting, berkembang.” Bagi Chloe, cogan kata ‘education for life’ di St Leonard’s College bermaksud “cinta dan dahaga kepada pelajaran sepanjang hayat kita, bahkan setelah kita dewasa.” Chloe menerima Biasiswa Teknologi Maklumat di Universiti Monash, dan berhasrat menyertai kerjaya dalam bidang media, komunikasi dan perniagaan.

stleonards.vic.edu.au CRICOS 00343K 163 South Road, Brighton East VIC 3187

Program Akademik KamiSt Leonard’s College menawarkan kedua-dua program, VCE dan IBDP, sebagai laluan ke pendidikan tinggi dan alam pekerjaan di luar gerbang Kolej.

VCE merupakan kursus fleksibel; hanya satu mata pelajaran diwajibkan iaitu Bahasa Inggeris. Pelajar dapat menyesuaikan kursus mengikut minat dan cita-citanya, sama ada dengan mengkhususkan satu bidang atau memilih pelbagai mata pelajaran dalam sejumlah disiplin.

Pelajar IBDP dikehendaki memilih dan menamatkan pengajian enam mata pelajaran dari kumpulan berasingan untuk mencapai kelulusan tersebut. Pilihan termasuk: dua mata pelajaran bahasa (bahasa sendiri dan bahasa tambahan); satu mata pelajaran sains sosial, satu sains uji kaji, dan matematik. Untuk mata pelajaran keenam, pelajar boleh memilih mata pelajaran sastera atau mata pelajaran kedua dari kumpulan yang tersebut di atas.

Di samping itu, semua pelajar IBDP melakukan tiga kajian teras: satu esei panjang sekitar 4000 perkataan melibatkan penyelidikan bebas dan kajian mendalam berkaitan dengan satu mata pelajaran pilihan mereka; Teori Pengetahuan, kursus pemikiran kritikal tentang ‘bagaimana’ belajar, bagi mengembangkan pengetahuan lengkap tentang proses pembelajaran yang boleh diterapkan pada pelbagai disiplin dan semua mata pelajaran; dan Kreativiti, Aktiviti, Perkhidmatan (CAS), melibatkan pelbagai aktiviti luar kelas termasuk seni, aktiviti fizikal dan khidmat masyarakat.

St Leonard’s College memperkenalkan IBDP pada tahun 1982. Hasil pengalaman lebih 37 tahun dan hubungan lancar antara kami dengan Pertubuhan International Baccalaureate (IBO), pelajar IBDP mendapat sokongan dan pengajaran yang terbaik. IBDP kini diiktiraf di kira-kira 140 negara untuk kemasukan universiti, termasuk setiap institusi pengajian tinggi di Australia.

Universiti yang menjadi TujuanDi kalangan lulusan 2018 yang memohon melalui VTAC, 99.3% mendapat tawaran pusingan pertama.

Destinasi paling popular untuk lulusan VCE dan IBDP kami ialah Universiti Monash – 47% ditawarkan tempat. Ramai pelajar juga mendapat tempat di University of Melbourne (16%) dan Universiti RMIT (11%).

Kursus paling popular adalah Perdagangan (33%) dan Sains (20%), diikuti Kejuruteraan (11%), Seni (10%), Perubatan dan Sains Kesihatan (9% ), Undang-Undang (7%) dan Reka Bentuk (7%). Beberapa orang pelajar kami akan melanjutkan pelajaran di universiti luar wilayah, termasuk di New South Wales, Canberra, Queensland, dan antarabangsa, termasuk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Biasiswa*Pelajar berikut menerima tawaran biasiswa untuk pengajian tahun 2019:

• Aiden Cha – Kejuruteraan Kepujian – Program Sarjana Dipercepatkan, Universiti Monash• Lucy Callahan – Biasiswa Naib Canselor (Reka Bentuk Industri), Universiti Swinburne• Joshua Cherubino – Biasiswa Kecemerlangan Kejuruteraan, Universiti Monash• Chloe Chin – Biasiswa (Teknologi Maklumat), Universiti Monash• Sonia Clements – Biasiswa Naib Canselor (Perdagangan/Undang-Undang), Universiti Bond• Rachel Heath – Biasiswa Naib Canselor (Sains Kesihatan, Media dan Komunikasi), Universiti Swinburne• Matthew Hinde – Biasiswa Kecemerlangan (Perdagangan/Undang-Undang), Universiti Bond• Joshua Seddon – Monash Scholars Program (Sains Bioperubatan), Universiti Monash• Oscar To – Biasiswa Kecemerlangan Universiti Monash dan Biasiswa Canselor (Pencapaian Perdagangan), Universiti

Melbourne • Harry Warner – Biasiswa (Teknologi Maklumat), Universiti Swinburne

*Senarai Biasiswa di atas adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para pelajar. Mungkin juga ada Biasiswa lain yang telah diberikan dan diterima.

Universiti Melbourne

16%

Universiti RMIT 11%

Universiti Swinburne 12%

Universiti Deakin 7%

Luar wilayah, luar negara dan selainnya

7%

Universiti Monash

47%