kepimpinan wanita dalam politik: satu perbincangan · pdf filekepimpinan wanita dalam politik:...

14
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan Tentang Pandangan Ulama Nur Azyan Baharizan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected] Abstrak: Kertas ini bertujuan mengupas perbincangan mengenai pandangan ulama tentang isu partisipasi wanita dalam politik. Mutakhir ini, terdapat pelbagai isu dan perbincangan yang ditimbulkan oleh golongan serta individu tentang partisipasi wanita dalam politik. Ada golongan yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Objektif utama artikel ini ditulis adalah untuk mengkaji kedudukan wanita dalam Islam dan pandangan ulama mengenai kepimpinan wanita dalam politik. Di samping itu, kajian ini juga untuk kepentingan dan keperluan golongan wanita sebagai pemimpin politik dengan merujuk kepada sejarah kepimimpin wanita di zaman pemerintahan Islam. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil sumber-sumber daripada al-qur’an dan hadith serta pandangan ulama yang diperolehi daripada hasil pembacaan sumber-sumber ilmiah seperti kitab-kitab rujukan. Hasil daripada kajian ini mendapati kepimpinan wanita di dalam politik adalah dituntut di dalam Islam, malah ianya dilihat menjadi keperluan dan kewajipan bagi wanita untuk melibatkan diri dalam politik seterusnya menjadi pemimpin politik dalam konteks dunia masa kini. Tambahan itu, kepimpinan wanita dilihat telah diterima dari segi kewujudannya, kepimpinannya, keterlibatannya, dan telah terbukti kebolehannya. Cadangannya supaya semua pihak umummya negara dan masyarakat terbuka untuk menerima dan menyokong kepimpinan wanita terutama di dalam politik. PENDAHULUAN Segelintir golongan mendakwa wanita sejak awal kedatangan Islam dahulu tidak begitu berpengetahuan, kurang kesedaran, lemah, tidak berupaya dan pasif. Ini kerana tiada banyak catatan sejarah yang menunjukkan kesungguhan dan penglibatan wanita dalam sesuatu bidang kehidupan. Ini adalah kata-kata yang tidak berasas kerana dalam sejarah Islam, banyak contoh-contoh penglibatan wanita dalam aspek-aspek kehidupan baik dalam sosial, ekonomi mahupun politik. Walaupun ramai ulama yang menghalang wanita daripada melibatkan diri dalam politik berdasarkan dalil-dalil yang sahih tetapi ada juga ulama-ulama yang mengharuskannya. Maka penulis mengambil inisiatif dengan menghasilkan artikel ini untuk memberi penjelasan dan pemahaman yang jelas kepada masyarakat diluar tentang kedudukan wanita dalam politik menurut Islam. Selain itu, penulis juga akan menerangkan konsep kepimpinan Islam, wanita menurut Islam, sejarah penglibatan wanita dalam politik, dan juga beberapa perbincangan mengenai hak-hak berpolitik bagi wanita Islam yang menyentuh isu hak mereka dalam pilihan raya, isu mereka sebagai ahli majlis eksekutif serta perlantikan umum bagi wanita. Konsep Kepimpinan Menurut Islam Kepimpinan menurut Islam tidak hanya tertumpu kepada pemimpin tertinggi di dalam negara seperti ketua negara atau pemimpin-pemimpin negara, tetapi kepimpinan itu merangkumi kepimpinan individu itu sendiri ke atas dirinya sendiri (Razaleigh Muhamat 2010: 58) Selain itu, kepimpinan di dalam Islam lebih merujuk kepada amanah dan tanggungjawab. Ianya bermaksud bahawa kepimpinan atau jawatan kepemimpinan itu sendiri bukanlah satu kedudukan atau pangkat yang boleh direbut dan

Upload: vuongdiep

Post on 01-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah

Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan Tentang Pandangan Ulama

Nur Azyan Baharizan

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

[email protected]

Abstrak: Kertas ini bertujuan mengupas perbincangan mengenai pandangan ulama tentang isu

partisipasi wanita dalam politik. Mutakhir ini, terdapat pelbagai isu dan perbincangan yang

ditimbulkan oleh golongan serta individu tentang partisipasi wanita dalam politik. Ada golongan

yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Objektif utama artikel ini ditulis adalah

untuk mengkaji kedudukan wanita dalam Islam dan pandangan ulama mengenai kepimpinan

wanita dalam politik. Di samping itu, kajian ini juga untuk kepentingan dan keperluan golongan

wanita sebagai pemimpin politik dengan merujuk kepada sejarah kepimimpin wanita di zaman

pemerintahan Islam. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil

sumber-sumber daripada al-qur’an dan hadith serta pandangan ulama yang diperolehi daripada

hasil pembacaan sumber-sumber ilmiah seperti kitab-kitab rujukan. Hasil daripada kajian ini

mendapati kepimpinan wanita di dalam politik adalah dituntut di dalam Islam, malah ianya dilihat

menjadi keperluan dan kewajipan bagi wanita untuk melibatkan diri dalam politik seterusnya

menjadi pemimpin politik dalam konteks dunia masa kini. Tambahan itu, kepimpinan wanita

dilihat telah diterima dari segi kewujudannya, kepimpinannya, keterlibatannya, dan telah terbukti

kebolehannya. Cadangannya supaya semua pihak umummya negara dan masyarakat terbuka untuk

menerima dan menyokong kepimpinan wanita terutama di dalam politik.

PENDAHULUAN

Segelintir golongan mendakwa wanita sejak awal kedatangan Islam dahulu tidak begitu

berpengetahuan, kurang kesedaran, lemah, tidak berupaya dan pasif. Ini kerana tiada banyak catatan

sejarah yang menunjukkan kesungguhan dan penglibatan wanita dalam sesuatu bidang kehidupan. Ini

adalah kata-kata yang tidak berasas kerana dalam sejarah Islam, banyak contoh-contoh penglibatan

wanita dalam aspek-aspek kehidupan baik dalam sosial, ekonomi mahupun politik. Walaupun ramai

ulama yang menghalang wanita daripada melibatkan diri dalam politik berdasarkan dalil-dalil yang

sahih tetapi ada juga ulama-ulama yang mengharuskannya. Maka penulis mengambil inisiatif dengan

menghasilkan artikel ini untuk memberi penjelasan dan pemahaman yang jelas kepada masyarakat

diluar tentang kedudukan wanita dalam politik menurut Islam. Selain itu, penulis juga akan

menerangkan konsep kepimpinan Islam, wanita menurut Islam, sejarah penglibatan wanita dalam

politik, dan juga beberapa perbincangan mengenai hak-hak berpolitik bagi wanita Islam yang

menyentuh isu hak mereka dalam pilihan raya, isu mereka sebagai ahli majlis eksekutif serta

perlantikan umum bagi wanita.

Konsep Kepimpinan Menurut Islam

Kepimpinan menurut Islam tidak hanya tertumpu kepada pemimpin tertinggi di dalam negara seperti

ketua negara atau pemimpin-pemimpin negara, tetapi kepimpinan itu merangkumi kepimpinan

individu itu sendiri ke atas dirinya sendiri (Razaleigh Muhamat 2010: 58) Selain itu, kepimpinan di

dalam Islam lebih merujuk kepada amanah dan tanggungjawab. Ianya bermaksud bahawa kepimpinan

atau jawatan kepemimpinan itu sendiri bukanlah satu kedudukan atau pangkat yang boleh direbut dan

Page 2: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

2

dibangga-banggakan, akan tetapi lebih kepada amanah dan tanggungjawab untuk menjalankan dan

melaksanakan tugas kepimpinan tersebut (Razaleigh Muhamat 2010: 58).

Definisi Kepimpinan Islam

Kepimpinan Islam diertikan sebagai usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu

untuk melakukan sesuatu tugas, tingkahlaku individu apabila dia mengarahkan aktiviti kumpulan, satu

seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan dan semua definisi ini

bermatlamatkan untuk memimpin dan memandu individu atau kumpulan ke arah mencapai satu

matlamat dan objektif yang dirancangkan (Razaleigh Muhamat 2010: 58). Oleh yang demikian,

kepimpinan Islam adalah suatu proses yang dilakukan untuk memberi kesan kepada manusia

kemudian menjadikan individu tersebut bersifat ke arah bekerjasama dan tolong menolong dalam

mencapai satu matlamat. Kepimpinan Islam juga bersandarkan kepada cara dan gaya kepimpinan

Rasullullah s.a.w yang mana sering dijadikan sebagai model dan panduan di dalam kepimpinan.

Rasulullah s.a.w adalah seorang pemimpin yang dipilih oleh Allah s.w.t dan dasar kepimpinan yang

dibawa oleh baginda berpabdukan wahyu daripada Allah. Baginda sangat menitikberatkan aspek

kepimpinan sehingga baginda memerintahkan supaya seorang jika bermusafir tiga orang hendaklah

melantik seorang ketua daripada mereka. Terdapat pelbagai istilah yang berkaitan dengan kepimpinan

dalam Islam antaranya ialah “khalifah”, “imamah”, “qiyadah”, “siyadah” dan “ri’asah” (Razaleigh

Muhamat 2010: 58).

Dalil Kepimpinan Islam

Terdapat beberapa nas syarak yang menyentuh dan menunjukkan tentang kepimpinan antaranya ialah

firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada saudaranya nabi Harun (semasa

keluar menerima taurat) gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaum aku, janganlah kamu

mengikut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan” (al-A’raf: 142).

Terdapat juga hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud “Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin

dan akan diminta bertangggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang

ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya.

Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang

anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, bertanggungjawab kepada

majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Konsep Wanita Menurut Islam

Wanita adalah insan yang dipertanggungjawabkan (mukallaf) seperti lelaki. Mereka dituntut supaya

melakukan ibadah kepada Allah s.w.t dan menegakkan agamanya, menunaikan perintahnya, menjauhi

larangannya, mematuhi batas-batas yang ditetapkan serta berdakwah kepada Allah s.w.t dengan

menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Setiap tuntutan syara’ yang umum juga

ditujukan kepada mereka, kecuali ada dalil tertentu yang dikhususkan kepada lelaki sahaja. Oleh itu,

peranan wanita Muslimah penting dalam semua aspek kehidupan sejak bermulanya Islam hingga ke

hari ini.

Definisi Wanita

Definisi wanita menurut Kamus Dewan (2002) wanita bahasa ialah orang perempuan, lawan lelaki.

Dalam bahasa arab pula, perkataan wanita atau perempuan itu ialah al-nisa’, imra’atun dan al-‘untha.

Menurut Mucjam al-Wasit (1972) ‘Untha membawa maksud orang yang mengandung dan melahirkan

dinamakan perempuan. Wanita juga di sebut al-mar’a (المرأة) yang diberikan maksud oleh al-Lais (Ibn

Manzur 2012) iaitu urusan keperempuanan dan disebut juga dengan al-nisaa’ )النساء( Manakala

perkataan al-Mar’ah dari segi bahasa ialah perempuan atau isteri (al-Jadid Arab-Melayu 1993).

Page 3: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

3

Kedudukan Wanita Dalam Islam

Islam merupakan agama yang memberi pengiktirafan tinggi kepada kaum wanita berbanding agama

yang lain. Selain mempunyai peranan dan hak yang sama dengan kaum lelaki, Islam turut memberi

kebebasan kepada kaum wanita untuk bertindak dan menguruskan diri dan harta miliknya

(Farahwahida & Raihan 2010). Islam juga memelihara hak-hak wanita daripada perkara-perkara yang

membawa kemusnahan ke atas diri serta maruahnya. Oleh yang demikian, wanita haruslah bijak dalam

memainkan peranannya di dalam kehidupan mahupun bermasyarakat.

Peranan wanita tidak terbatas dalam lingkungan urusan rumahtangga semata-mata, malah turut

berperanan dalam pembangunan negara. Wanita juga bertanggungjawab memimpin masyarakat dan

memandu mereka ke jalan Allah Selain itu, wanita juga bertanggungjawab memakmurkan bumi

seperti mana golongan lelaki. Sepertimana di dalam firman Allah di dalam al-Quran (al-Taubah :71)

هون عن المنكر ويقيمون الصلة وي ؤتون الزكاة ويطيعون الل ه والمؤمنات ب عضهم أولياء ب عض والمؤمنون أول ئك ورسوله يأمرون بالمعروف وي ن ﴾٧١﴿ إن الل ه عزيز حكيم سي رحهم الل ه

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong

bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat

kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan

Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha

Bijaksana.

Mustafa al-Siba’i menyentuh tentang kedudukan dan hak kaum wanita antaranya ialah dari

segi kemanusiaannya, wanita adalah sama tarafnya dengan lelaki. Manakala, berkaitan dengan hak,

Islam memberikan kesenangan yang sempurna kepada wanita dalam berbagai-bagai transaksi ekonomi

ketika mereka sudah mencapai baligh dan tidak ada orang lain yang menguasai mereka.

Kesimpulannya, Islam mengangkat dan memuliakan kedudukan wanita dari pelbagai ruang dan

cabang kehidupan. Tambahan itu, penglibatan wanita di dalam urusan kepimpinan, politik,

pembangunan masyarakat dan negara adalah digalakkan di dalam Islam. Ini adalah satu bukti bahawa

wanita mempunyai keahlian di dalam masyarakat, agama dan ekonomi.(Husna Abdul Rahman 2015:

28)

SEJARAH PENGLIBATAN WANITA DALAM POLITIK

Sejarah merekodkan kesedaran politik dalam kalangan wanita Islam timbul sejak awal penurunan

wahyu. Khadijah binti Khuwailid merupakan wanita pertama dalam Islam yang menyumbang jasa

dalam perjuangan dakwah Rasulullah sama ada dari sudut kata-kata dan harta benda. Rasulullah juga

sentiasa berbincang dengan Khadijah dan meminta pandangannya dalam misi dakwah baginda.

Rasulullah berkata:

“Dia membenarkanku ketika orang ramai mendustaiku. Dia beriman kepadaku ketika orang ramai

berpaling daripadaku dan dia mengorbankan harta-bendanya ketika orang ramai menghalangku.”

(Shayuthy Aabdul Manas 2008:21)

Selain Khadijah, contoh tokoh politik yang lain ialah Ummu Salamah (Hindun binti Umaiyah). Beliau

terkenal dengan idea yang bernas dalam hal ehwal politik dan bijak menyusun strategi kepimpinan.

Antara penglibatan beliau dalam politik bersama Rasulullah ialah dalam peristiwa Perjanjian

Hudaibiyah (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah 1994:431). Ketika itu Rasulullah dan para sahabat pergi

Page 4: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

4

ke Makkah untuk menunaikan umrah tetapi tidak kesampaian kerana dihalang oleh kaum Quraisy di

Hudaibiyah. Dalam rundingan itu, satu perjanjian telah dimeterai yang dikenali sebagai Perjanjian

Hudaibiyah yang menyebabkan orang Madinah tidak boleh melaksanakan umrah dan tidak boleh

memasuki Makkah pada tahun tersebut.

Keputusan baginda menandatangani perjanjian tersebut tidak dipersetujui oleh para sahabat. Setelah

perjanjian itu dimeterai, baginda memerintahkan para sahabat bertahlul dan menyembelih binatang

bagi membatalkan umrah tetapi para sahabat enggan. Dalam situasi ini, Ummu Salamah memberi

nasihat supaya Rasulullah sendiri mendahului perbuatan menukar pakaian ihram, bertahlul dan

menyembelih binatang. Setelah para sahabat melihat perbuatan Rasulullah, mereka pun turut

mengikuti Rasulullah. Dalam peristiwa ini menunjukkan pandangan Ummu Salamah diterima oleh

Rasulullah dan Islam mengiktiraf pandangan seseorang walaupun daripada seorang wanita.

Terdapat juga tokoh-tokoh politik wanita selepas daripada zaman Rasulullah, antaranya ialah

Khairazan. Beliau adalah permaisuri kerajaan Abbasiah dan isteri kepada Imam Mahdi al-Abbasi,

khalifah Bani Abbas yang ketiga. Beliau ibu kepada dua orang putera; al-Hadi dan Harun al-Rashid.

Khairazan sentiasa memberi pandangan dalam hal-ehwal negara sejak pemerintahan suaminya.

Apabila anaknya Imam al-Hadi mengambil alih pemerintahan, beliau masih lagi ikut campur dalam

urusan pemerintahan anaknya sehingga anaknya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut lalu

menyisihkan ibunya daripada pemerintahan. Tetapi berlainan pula semasa pemerintahan Imam Harun

al-Rashid yang mengangkat kedudukan ibunya sehingga beliau menjadi pakar rujuk dalam urusan

negara. Khairazan adalah wanita berpengaruh yang berakhir pada satu zaman dan bermula semula

dalam zaman yang lain, pernah mengundurkan diri dalam urusan pemerintahan tetapi kemudian

diangkat semula (Shayuthy Abdul Manas 2008).

Selain Khairazan, Zubaidah juga tidak kurang hebatnya. Beliau merupakan sepupu dan juga isteri

kepada Imam Harun al-Rashid. Kemahsyuran Zubaidah seperti mahsyurnya Imam Harun al-Rashid.

Pandangan beliau sentiasa didahului daripada pegawai-pegawai yang lain. Beliau seorang yang cantik,

pemalu, fasih berbicara, bijak dan berfikiran rasional. Beliau dianggap sebagai wanita Abbasiyah yang

terkuat. Beliau turut mencampuri urusan pemerintahan negara dan menguasai beberapa perkara

walaupun hanya di sebalik tabir. Beliau seolah-olah menjadi penunjuk cara dalam pemerintahan dan

sebagai orang kanan kepada suaminya (Shayuthy Abdul Manas 2008:37).

PERBINCANGAN ULAMA TENTANG PENGLIBATAN WANITA DALAM POLITIK

Majoriti wanita Islam tidak memainkan peranan positif dalam politik. Fenomena ini terus

membelengu minda mereka sehingga menjadi punca mengapa bidang ini didominasi oleh aktivis-

aktivis freemason dan pendukung-pendukung sekular.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendapat yang tidak membenarkan wanita melibatkan diri

dalam politik adalah bersandarkan pada bukti-bukti yang sahih. Namun ramai juga ulama yang

membenarkannya. Hal ini kerana, tafsiran serta fahaman mereka terhadap sesuatu dalil tersebut

berbeza antara satu dengan yang lain. Adat dan persekitaran mereka juga mempengaruhi pandangan

mereka. Berikut merupakan beberapa dalil yang digunakan oleh ulama yang tidak membenarkan

penglibatan wanita dalam politik dan perbincangan ulama yang membenarkannya.

1- Lelaki lebih kuat daripada wanita

Page 5: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

5

Allah berfirman:

...الرجال ق وامون على النساء با فضل الل ه ب عضهم على ب عض وبا أنفقوا من أموالم

“kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian

mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) menafkahkan

sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’: 34)

Sesetengah golongan menyangka kekuatan adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh wanita. Tetapi

pada hakikatnya, kekuatan bukannya sesuatu kelebihan mutlak kerana ia membawa maksud

tanggungjawab dan memimpin ahli keluarga di rumah.

Syed Qutub menukilkan, “Kita tidak boleh mengandaikan lebih daripada ini mengenai kekuatan lelaki.

Kekuatan yang dimaksudkan daripada ayat tersebut ialah berkenaan dengan tanggungjawab lelaki

dalam institusi keluarga bukannya dalam bab menjaga dan memelihara institusi sosial” (Syed

Qutub:55).

Dr. Yusof al-Qardhawi juga bersependapat dengan Syed Qutub dengan menyatakan bahawa ayat,

“Mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian dari harta mereka” jelas menunjukkan kelebihan itu adalah

dalam konteks keluarga (Shayuthy Abdul Manas 2008:53). Ia adalah satu penghormatan untuk lelaki

seperti yang Allah nyatakan dalam al-Quran:

﴾٢٢٨﴿ والل ه عزيز حكيم وللرجال عليهن درجة ولن مثل الذي عليهن بالمعروف

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik. Akan

tetapi, para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa

lagi maha bijaksana”. (surah al-Baqarah: 228)

Walaupun lelaki mempunyai kelebihan yang tidak ada pada wanita, tetapi wanita tetap mempunyai

peranannya tersendiri. Pandangannya perlu diambil kira terutama dalam hal ehwal keluarga.

Contohnya dalam kes tempoh tertentu menyusu anak, Allah berfirman:

فإن أرادا فصالا عن ت راض من هما وتشاور فل جناح عليهما

“Apabila keduanya ingin memisahkan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan

perrmesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”. (surah al-Baqarah: 233)

Salah faham pada maksud kelebihan ini menjadikan pergerakan wanita dalam lapangan politik

semakin lumpuh. Mereka tidak menyedari bahawa usaha mereka akan meninggalkan kesan yang lebih

mendalam kerana mereka lebih memahami aktiviti sosial wanital dan lebih mahir merangka strategi

untuk diri mereka.

2- Lelaki lebih layak memimpin wanita

Hadith yang telah direkodkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Bakrah: “Tidak berjaya suatu kaum

yang diperintah oleh kaum wanita” (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah 1994:449).

Pelantikan wanita di luar institusi keluarga tidak ditegah, tetapi yang ditegah adalah pelantikan umum

iaitu dalam wilayah am.

Page 6: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

6

Wilayah am bermaksud melantik ketua negara. Perkataan “amruhum” merujuk kepada urusan

kepimpinan am. Manakala perkara-perkara lain seperti melantik ahli fatwa, ijtihad, ketua pendidikan

atau ketua jabatan dibolehkan dengan syarat pelantikan itu perlulah daripada ijmak dan kesepakatan

ulama. Dalam bidang kehakiman pula, Imam Abu Hanifah membolehkan wanita menjadi saksi

sekiranya dia menyaksikannya sendiri kecuali dalam kes hudud dan qisas. Ada juga sesetangah ulama

menerima penyaksian wanita dalam kedua-dua kes tersebut, antaranya Ibnu Qayyim di dalam bukunya

al-Turuq al-Hukumiyah manakala Imam Tobari membolehkannya secara am. Begitu juga dengan

Imam Ibnu Hazm, beliau membolehkannya kerana menurut beliau, perintah yang menegah wanita

daripada terlibat dalam pemerintahan adalah pemerintahan yang besar iaitu sebagai presiden atau

ketua negara. Ini dimaksudkan oleh pakar-pakar fiqh dalam ijmak mereka (Abd. Halim Muhd. Abu

Syuqah 1994:449).

3- Wanita Kurang Akal Fikiran dan Agama

Abu Said al-Khudri meriwayatkan, pada suatu pagi, Nabi Muhammad pergi ke masjid untuk

menunaikan solat,. Setelah selesai, baginda memerintahkan para sahabat supaya bersedekah. Baginda

bersabda:

“Wahai manusia, hendaklah kamu bersedekah”. Apabila baginda lalu di hadapan wanita, baginda

berkata lagi: “Wahai wanita sekalian, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kebanyakan daripada

kalian adalah penghuni neraka.” Lalu wanita-wanita itu bertanya: “Mengapa demikian wahai

Rasulullah?” Baginda pun menjawab:” Kamu selalu mengutuk dan mengeji.” Dan dalam riwayat lain

ada menyebut mereka bertanya: “Kenapa akal dan agama kami kurang wahai Rasulullah?” Rasulullah

pun menjawab: “Bukankah penyaksian kamu adalah separuh daripada lelaki?” Mereka menjawab:

“Ya.” Baginda pun berkata: “ Bukankah apabila kamu didatangi haid, maka kamu tidak menunaikan

solat dan tidak berpuasa?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda pun berkata: “Itu yang menyebabkan

agama wanita kurang.” (Mustafa al- Tohhan 1999:58)

Imam Bukhari merekodkan hadith ini dan meletakkannya pada taraf sahih. Namun, apabila

pemahamannya disalah tafsir, pendirian dan pegangan mereka turut menjadi salah.

Kurang yang dimaksudkan daripada hadith tersebut ialah kurang dari sudut kuantiti dan bukannya

kualiti. Wanita yang didatangi haid tidak boleh menunaikan solat dan berpuasa seperti mana lelaki.

Dan mereka hanya perlu mengganti puasanya tetapi tidak solatnya, maka kuantiti solatnya kurang

daripada lelaki. Jika kurang yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti, mungkin ada wanita yang rajin

menunaikan solat sunat bagi menampung kekurangan ini atau ada juga jumlah ibadah sunnahnya lebih

daripada lelaki. Hal ini selari dengan firman Allah:

﴾٩٧﴿ ولنجزي ن هم أجرهم بأحسن ما كانوا ي عملون من عمل صالاا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن ف لنحيي نه حياةا طيبةا

“Sesiapa yang melakukan amal kebaikan sama ada lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman,

maka setengahnya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, sesungguhnya Kami memberi

balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka lakukan” (surah an-Nahl: 97)

Kekurangan dari segi akal pula pula bukan bermaksud wanita kurang cerdik daripada lelaki. Malah

tidak dinafikan, ada wanita yang lebih bijak daripada lelaki,. Yang dimaksudkan adalah Allah

memberi kekuatan akal fikiran yang lebih kepada lelaki supya mereka lebih bijak mengawal perasaan

dan hawa nafsu, manakala wanita pula dianugerahkan kekuatan akal fikiran yang kurang berbanding

lelaki supaya mereka dapat mendahulukan perasaannya dan nalurinya berbanding akal. Ini bukan

Page 7: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

7

bermakna lelaki lebih mulia berbanding wanita, sebaliknya ia sebenarnya membantu lelaki

melaksanakan amanah bersama dalam mendidik anak-anak. Bagaimana wanita mampu bersabar

dengan kerenah anak-anak jika naluri dan perasaannya tidak kuat?

Syarah hadith ini disokong oleh Syeikh Sya’rawi dan menyatakan bahawa, jika wanita itu lemah dan

kurang akalnya, tidaklah Rasulullah mengambil pandangan Ummu Salamah R.A dalam peristiwa

Perjanjian Hudaibiyah. Baginda juga tidak akan menyuruh sahabat merujuk Aishah R.A dalam urusan

agama seperti sabda baginda: “Ambillah separuh daripada agama kamu daripada Humaira’ ini.”

(Shayuthy Abdul Manas 2008:58)

4- Menutup Pintu Maksiat dan Kerosakan

Ada juga golongan yang berpendapat apabila wanita melibatkan diri dalam politik, mereka akan

terdedah kepada pergaulan bebas dengan lelaki yang bukan mahram dan ini adalah haram. Jadi apa

sahaja yang menjurus kepada haram maka puncanya juga adalah haram.

Tidak dapat dinafikan menutup pintu kerosakan atau haram dituntut dalam Islam. Namun ulama

menghuraikan apabila terlampau menutup atau terlampau mendedahkan menyebabkan banyak

kebaikan akan hilang. Sebagai contoh, mereka yang menghalang wanita daripada bersuara dalam

pilihanraya kerana mendakwa akan timbul fitnah atau kerosakan menyebabkan suara wanita Islam

tenggelam. Sedangkan masyarakat pada zaman ini seharusnya bersama-sama bersepakat dalam

menentang pendukung-pendukung sekularisme yang sentiasa mengeksploitasi wanita dalam

perjuangan ( Shayuthy abdul manas 2008:64).

Akan tetapi, apabila seseorang wanita dipilih atau dilantik, beliau perlulah menjaga batas-batas agama

apabila berurusan dengan lelaki. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah tidak

melunakkan suara, berpakaian dengan pakaian yang patuh syari’ah dan tidak berhias serta menjaga

adab dan etika dalam pergaulan.

HAK-HAK BERPOLITIK BAGI WANITA ISLAM

Terdapat banyak dalil yang membolehkan wanita berpolitik, tetapi sejauh mana Islam memberi hak

tersebut kepada wanita? Topik ini akan merungkaikan hak wanita dalam pilihan raya, hak wanita

sebagai ahli eksekutif dan hak wanita dalam perlantikan umum.

Hakikatnya wanita perlu menyumbang dalam memajukan masyarakat dan menegakkan keadilan

dalam negara seperti mana yang tercatat dalam al-Quran:

هون عن المنكر ويقيمون الصلة وي ؤتون الزكاة ويطيعون الل ه ضهم أولياء ب عض والمؤمنون والمؤمنات ب ع أول ئك ورسوله يأمرون بالمعروف وي ن ﴾٧١﴿ إن الل ه عزيز حكيم سي رحهم الل ه

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong

bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, mendirikan

solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasull-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh

Allah; sesungguhnya allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana.” (surah at-Taubah: 71)

Selain itu, terdapat riwayat daripada Tamim ad-Dari bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Agama itu

nasihat,” kami bertanya: “Untuk siapa?” Baginda menjawab: “Untuk Allah , untuk kitab-Nya, untuk

Page 8: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

8

Rasul-nya, dan imam-imam muslimin dan orang ramai di kalangan mereka.” (Abd. Halim Muhd. Abu

Syuqah 1994:441).

Islam meletakkan kedudukan nasihat begitu tinggi darjatnya sehingga Rasullullah mengibaratkan

agama itu nasihat yang membawa maksud agama tidak berperanan melainkan dengan saling

menasihati. Manakala agama pula adalah untuk setiap muslim tidak mengira wanita ataupun lelaki.

Maka tanggungjawab menasihati adalah tanggungjawab umat Islam seluruhnya termasuklah dalam

bentuk penulisan, memberikan pandangan dan berkata benar. (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah

1994:441).

Para dan pengkaji berselisih pendapat tentang isu penglibatan wanita dalam politik. Majoriti penulis

berpendapat wanita boleh menyertai politik dengan berhujahkan dua peristiwa (Shayuthy Abdul

Manas 2008:71):

Pertama: peristiwa janji setia Rasulullah dengan kaum wanita.

Kedua: Pendirian Aishah R.A dan peranannya dalam Perang Jamal.

Dr. Mustafa al-Siba’ie berpandangan bahawa dalam sejarah, Rasulullah hanya mengambil wanita bagi

berbai’ah bersama baginda supaya tidak mensyirikkan Allah, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak

membunuh anak-anak mereka. Maka sesiapa yang mendakwa hujah ini membuktikan penglibatan

aktif wanita dalam dunia politik sebenarnya dia memberikan penfsiran yang melampau dan

meramalkan peristiwa-peristiwa yang tidak sepatutnya.

Tentang Perang Jamal pula, beliau menyatakan bahawa Aishah telah memimpin tentera dalam

peperangan tersebut tetapi beliau hanya berada di dalam keretanya. Aishah menyesal dan bertaubat

dengan apa yang dilakukan kerana sebagai isteri Rasulullah beliau tidak sepatutnya keluar rumah.

Oleh itu, peristiwa ini tidak boleh dijadikan bukti bahawa wanita pada zaman itu memang bergiat aktif

dalam politik. (Shayuthy Abdul Manas 2008:72)

Walau apapun, sama ada kedua-dua hadith ini membolehkan wanita terlibat atau tidak dalam politik,

ia jelas membuktikan wanita juga turut memberi sumbangan yang besar dalam dunia politik sama ada

secara langsung atau tidak langsung.

1- Perbincangan Mengenai Hak Wanita dalam Pilihan Raya

Bagi menjelaskan isu ini, ulama merujuk kepada kaedah “asal sesuatu adalah harus”. Oleh kerana pada

asalnya tiada sebarang tegahan mengenai perkara ini, ulama menganggap hak ini memang dibolehkan

sejak dahulu lagi. Secara praktikal, kita mengikut apa yang disyariatkan mengikut kesesuaian semasa

terutamanya apabila ia mendatangkan kebaikan kepada kita. (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah

1994:448)

Dr. Mustafa al-Siba’ie memetik pandangan yang diutarakan oleh sekumpulan pakar undang-undang

mengenai hak wanita dalam pilihan raya. Katanya “Selepas berbincang dan bertukar-tukar pandangan,

kami dapati Islam tidak menegah daripada memberikan hak ini kepada wanita. Pilihan raya adalah

memilih pemimpin sebagai wakil yang mewakili mereka dalam parlimen. Mereka boleh bercakap

melaluinya dan pada masa yang sama turut mempertahankan hak-haknya. Wanita juga tidak ditegah

Page 9: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

9

daripada mewakili orang ramai demi mempertahankan hak-haknya sekaligus menyuarakan

kehendaknya sebagai anggota masyarakat.” (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah 1994:446)

Dr. Abdul Karim Zaidan (Abd. Karim Zaidan 2000:317-320) beliau telah mengemukakan beberapa

hujah berkenaan hak wanita dalam perlantikan khalifah.

Hujah pertama.

Mengemukan pandangan tentang individu yang layak menduduki jawatan khalifah merupakan antara

amanah dalam Islam. Dalam melaksanakan amanah ini, ia menuntut penglibatan wanita dalam

pemilihan tersebut. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan kebaikan umum dan melahirkan kebaikan

ini kepada orang ramai. Wanita tidak dilarang daripada melakukan kebaikan kerana termasuk dalam

perkara tolong-menolong ke arah kebaikan dan taqwa.

Hujah kedua

Pemilihan khalifah merupakan antara agenda penting dan memerlukan permesyuaratan umat Islam.

Oleh itu, wanita merupakan sebahagian daripada ahli mesyuarat dan berhak mengemukakan

pandangan semasa pemilihan khalifah kerana menyuarakan atau mengutarakan pandangan adalah

sebahagian daripada mesyuarat. Perkara ini berdalilkan dengan firman Allah dalam surah as-Syura

ayat 38:

ناهم ينفقون … ن هم وما رزق ﴾٣٨﴿ وأمرهم شورى ب ي

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka.”

Begitu juga dengan firman Allah:

… فإن أرادا فصالا عن ت راض من هما وتشاور فل جناح عليهما

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Apabila keduanya ingin

memisahkan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan perrmesyuaratan, maka tidak ada

dosa atas keduanya”. (Surah al-Baqarah: 233)

Oleh itu, jelas di sini wanita perlu menganggotai mesyuarat dalam perkara-perkara yang

mendatangkan kebaikan.

Hujah ketiga

Dalam kisah pemilihan khalifah selepas kematian Umar R.A, umat Islam berkumpul lalu Abdul

Rahman Bin ‘Auf dilantik untuk membuat pilihan antara Utman bin Affan R.A ataupun Ali bin Abu

TAlib R.A. Ibnu Kathir berkata mengenai apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman Bin ‘Auf,

“Kemudian Abdul Rahman Bin ‘Auf bangun dan bermesyuarat dengan orang ramai mengenai kedua-

duanya (Uthman dan Ali), sehingga meminta pandangan daripada wanita juga.” Sekiranya wanita

tidak mempunyai hak menyuarakan pendapat dalam pemilihan khalifah, sudah tentu Abdul Rahman

Bin ‘Auf tidak meminta pendapat mereka mengenainya.

Hujah keempat

Hadith daripada Rasulullah S.A.W:

Page 10: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

10

“Sesiapa yang tidak mengambil berat mengenai urusan kaum muslimin, maka dia tidak termasuk

dalam kalangan kami.”

Hadith ini merujuk kepada kewajipan bagi semua umat Islam sama ada lelaki atau perempuan untuk

keluar dan mengambil tahu mengenai urusan orang Islam yang lain. Maka mengutarakan pandangan

dalam pemilihan khalifah merupakan salah satu tanda bahawa wanita mengambil bahagian dalam

urusan umat Islam.

Hujah keenam

Hadith Rasulullah S.A.W dari Tamim al-Dari:

Rasulullah bersabda: “Agama itu nasihat”, kami bertanya: “Untuk siapa?” Baginda menjawab: “Untuk

Allah, kitab-Nya, rasul-Nya dan imam-imam orang Islam dan untuk orang ramai di kalangan mereka.”

Maksud nasihat untuk orang ramai di kalangan orang Islam adalah membimbing mereka kepada

kejayaan dan menolong mereka ke arah kebaikan sama ada melalui perkataan atau perbuatan.

Kebaikan yang terkandung dalam pemilihan calon khalifah yang layak tidak mungkin dapat diperoleh

jika lelaki dan wanita tidak doberi peluang mengutarakan pendapat mereka mengenai calon yang

benar-benar dirasakan sesuai.

Hujah ketujuh

Pendapat kaum wanita mengenai calon boleh diperolehi melalui ijtihad atau fatwa. Ini kerana agama

Islam tidak menegah kaum wanita melakukan ijtihad pada perkara yang boleh dijtihadkan.

Ijtihad adalah proses penyelidikan yang serius dilakukan oleh para ulama yang bergelar mujtahid

dalam mengeluarkan hukum-hukum yang bersifat praktikal daripada al-quran dan al-Sunnah. Fatwa

pula adalah menerangkan hukum-hukum agama berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka juga

boleh mengeluarkan fatwa pada perkara yang boleh dikeluarkan fatwa daripadanya.

Kesimpulannya, wanita dalam Islam tidak ditegah daripada mempertahankan hak-haknya dan

mengutarakan kehendaknya sebagai rakyat yang berguna kepada masyarakat. Islam juga

membolehkan wanita memilih calon yang dirasakan layak menjadi ketua negara dan menguruskan

urusan pemerintahan kerajaan.

2- Hak Melantik Wanita sebagai Ahli Majlis Eksekutif

Sebagaimana yang kita ketahui, parlimen dalam undang-undang demokrasi moden mempunyai dua

jabatan iaitu muhasabah (pemantauan) iaitu memantau kerja-kerja pegawai kerajaan dan tasyrik

(perundangan) iaitu menggubal undang-undang. Secara ringkasnya, Dr. Mustafa al- Sibai’e

berpendapat agama Islam membenarkan wanita menyertai parlimen. Namun beliau berpandangan

wanita tidak menggunakan hak-hak ini ke arah kebaikan sosial. Ini adalah pandangan beliau dalam

menilai kebaikan mengikut adat dan ikutan masyarakat. Tambahan pula, kebaikan sosial boleh

berubah-rubah mengikut tempat dan zaman kerana wujudnya perbezaan pandangan dalam menilainya.

(Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah 1994:448)

Badan perundangan

Page 11: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

11

Antara majlis rakyat yeng terpenting adalah badan yang berkaitan dengan kehakiman. Majlis ini

berperanan menafsirkan undang-undang dalam kerajaan. Ijtihad dalam syariah Islam terbuka kepada

semua golongan sama ada lelaki ataupun wanita. Tiada seorang pun yang meletakkan syarat ijtihad

melainkan ulama usul fikh iaitu mujtahid mestilah lelaki tidak boleh wanita. (Abd. Halim Muhd. Abu

Syuqah 1994:451)

Dr. Mustafa al-Sibai’e berkata, “Tiada tegahan dalam Islam wanita tidak boleh menggubal undang-

undang. Ini kerana, apa yang dituntut dalam perundangan adalah seseorang perlu memiliki ilmu

pengetahuan mengenai keperluan dan kepentingan yang dihajati oleh masyarakat. Agama memberi

hak ilmu pengetahuan yang sama kepada lelaki dan wanita.” (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah

1994:448)

Badan pemantauan.

Berdasarkan kepada pemahaman syarak, badan ini diistilahkan sebagai badan yang bertanggungjawab

‘menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran’ selain daripada ‘memberi nasihat dalam

agama’. Ia adalah kewajipan imam-imam orang Islam dan orang ramai berdasarkan firman Allah:

هون عن المنكر ويقيمون الصلة وي ؤتون الزكاة ويطيعون الل ه والمؤمنون والمؤمنات ب عضهم أولياء ب عض ئك أول ورسوله يأمرون بالمعروف وي ن ﴾٧١﴿ إن الل ه عزيز حكيم سي رحهم الل ه

“Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan, sebahagian mereka(adalah) menjadi penolong

bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, mendirikan

solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasull-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh

Allah; sesungguhnya allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana.” (Surah at-Taubah: 71)

Selagi wanita menjaga haknya dalam menasihati, mengutarakan pandangan, menyuruh kepada

kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka tiada bukti syarak yang menghalang golongan ini

daripada menganggotai badan ini. Asal setiap adat dan pergaulan adalah harus melainkan ada

buktiyang jelas mengharamnya.

Hujah yang mengatakan tidak ada sebarang bukti daripada sejarah yang menunjukkan wanita

menganggotai syura bukan bermakna ia menjadi bukti syarak yang menegah perbuatan ini. Sebaliknya

ia termasuk dalam perkara berubahnya fatwa berdasarkan perubahan zaman, tempat dan keadaan.

Malah ia ditinggalkan untuk orang Islam berijtihad mengikut peredaran zaman, tempat dan situasi

sosial mereka. (Shayuthy Abdul Manas 2008:82)

Perlantikan umum bagi wanita

Ulama fiqh dan majoriti ulama yang lain meletakkan lelaki sebagai syarat menjadi ketua atau

pemimpin. Mereka berpandukan sepotong hadith sahih daripada Rasulullah:

“Tidak Berjaya sesuatu kaum yang urusannya diperintah oleh wanita.” (Abd. Halim Muhd. Abu

Syuqah 1994:449)

Imam Bukhari merekodkan hadith ini. Uthman bin al-Haitham menceritakan, Auf bin al-Hasan

menceritakan kepada kami daripada Abu Bakrah dengan katanya:

Muhammad ‘Izzah Daruzah berkata, “jelas sekali hadith ini ditujukan kepada pemerintahan anak

perempuan Kisra yang menduduki takhta Kerajaan Parsi.” Isu yang ingin disampaikan daripada hadith

Page 12: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

12

ini ialah wanita tidak boleh menjadi ketua negara, tidak kira sama ada kerajaan itu adalah kerajaan

beraja ataupun republik” Turut bersetuju dangan pandangan ini ialah Syeikh Taqiyyuddin al- Nabhani

di dalam bukunya al-Syakhsiyyah al-Islamiyyah di dalam tajuk Syarat-syarat Khalifah.

(ShayuthyAbdul Manas 2008:84)

Hadith ini terbit daripada Rasulullah sebaik sahaja baginda mendengar kerajaan Parsi diperintah oleh

anak perempuan raja Parsi, Busra binti Kisra. Ini membuktikan pelantikan umum (wilayah am) hanya

dikhususkan untuk lelaki sahaja.

1- Hujah ke atas maksud hadith

Ustaz Zhofir al-Qasimi menolak hujah ini dengan berpendapat, Rasulullah berkata demikian sebaik

sahaja menerima berita peralihan tampuk pemerintahan tersebut berikutan daripada utusan baginda

disambut buruk oleh kerajaan Parsi seperti tercatat dalam sejarah.

Tambahan lagi, ulama usul fiqh lebih memahami kaedah istidlal, iaitu adakalanya ungkapan itu

disebut berdasarkan sebab khususnya bukan kerana lafaz umum. Ini bermakna hukum yang

dimaksudkan di dalam hadith adalah dikhususkan kepada peristiwa yang berlaku. Apabila sesuatu

lafaz itu umum, tidak bermakna hukumnya juga umum. Oleh itu, hadith ini tidak boleh dijadikan hujah

yang kuat bagi menghalang wanita daripada mengetuai kerajaan. ()Zhofir al-Qasimi 1992:341-342

Pandang ustaz Zhohir al-Qasimi tetap kekal dan boleh dipegang sebagai hujah kepada yang

menyokong amaran hadith ini. (Shayuthy Abdul Manas 2008:85)

2- Hujah ke atas pelapor hadith

Hadith ini dipetik daripada sahabat yang bernama Abu Bakrah. Beliau salah seorang guru Imam

Bukhari dan antara sahabat yang sentiasa berkata benar serta tidak pernah berbohong. Namun Qadhi

Ismail berkata Abdul Walid bercerita Qais bin Salim menceritakan daripada Qais bin ‘Asim katanya:

“Apabila seorang lelaki datang kepada Abu Bakrah lalu bersaksi kepadanya, aku menyaksikan orang

ramai menfasikkan diriku.”

Ruwayat ini adalah thabit daripada Mujahid, ‘Ikrimah, Hasan, Masruq dan Sya’bi. Orang Islam

menfasikkan Abu Bakrah kerana beliau pernah dikenakan hudud pada zaman khalifah Umar al-

Khattab kerana menuduh al-Mughirah bin Syu’bah berzina. Ibnu al-Qayyim berkata dalam I’lam al-

Muqi’in, “Orang yang menuduh perempuan berzina, apabila dia dikenakan hukuman had qazaf,

penyaksiannya tidak diterima selepas itu. Ini disepakati oleh semua imam kecuali dia bertaubat. Al-

Quran juga menyebut mengenai perkara ini. Namun apabila dia bertaubat, penyaksiannya diterima

kembali. Dua pendapat yang masyhur dalam kalangan ulama adalah:

Pendapat pertama: penyaksiannya tidak diterima. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, sahabat-

sahabatnya dan ahli Iraq.

Pendapat kedua: penyaksiannya diterima. Ini pula pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam

Malik.

Imam Bukhari mendiamkan diri dan menghormati keadaan Abu Bakrah kerana beliau terlalu rapat

dengan Rasulullah. Tambahan pula golongan Ahli Sunnah wal Jamaah menganggap semua sahabat

adalah adil.

Page 13: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

13

Pendapat lain yang menerima penyaksian orang yang dikenakan hukuman had berhujah dengan hadith

Ibnu Uyainah memberitahu, beliau mendengar Imam Zuhri berkata, “Penduduk Iraq menyangka

penyaksian orang yang dikenakan had adalah tidak sah dan si fulan memberitahuku, Umar berkata

kepada Abu Bakrah, “Bertaubatlah, aku terima penyaksianmu.” (Shayuthy Abdul Manas 2008:85-88)

Sehingga kini kita tidak menjumpai laporan lain sebagai bukti yang menunjukkan Abu Bakrah

menuturkan hadith ini dengan tujuan menyebarkan fitnah atau mencipta hadith yang beliau dengar

daripada Rasulullah hanya semata-mata untuk kepentingan peribadinya. (Shayuthy Abdul Manas

2008:89)

PENUTUP

Terdapat banyak dalil yang membolehkan wanita turut srta dalam politik. Memang diakui bahawa

keadaan semasa telah menuntut penglibatan mereka dalam arena ini. Namun, Islam telah

menggariskan batasan yang perlu mereka taati. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas wanita di

rumah merupakan tangngungjawab yang paling utama. Namun penglibatannya dalam kerja-kerja

sosial di luar juga menjadi tanggungjawab yang perlu mereka galas. Maka, wanita perlu seimbang

antara kedua-dua kewajipan ini.

Sebagai seorang suami pula, memberi ruang dan peluang kepada isteri untuk melibatkan diri dalam

kerja-kerja sosial merupakan sedekah kepada isteri. Ruang dan keizinan yang diberikan kepada isteri

akan memberikan kesan yang baik kepada dirinya, keluarganya bahkan masyarakat Islam yang lain.

Namun isteri perlu akur terhadap suami jika tidak diizinkan kerana mentaati suami adalah lebih utama

dan mendahulukan suami adalah wajib berbanding tanggungjawab yang lain.

Apabila dikatakan wanita boleh menyertai Dewan Rakyat, ini tidak bermakna wanita boleh bercampur

gaul dengan yang bukan mahram tanpa batasan. Sebaliknya mereka perlu menjaga adab-adab dalam

bergaul dan berpakaian yang patuh syariah.

Pihak kerajaan pula wajib menjaga adab-adab dan memberikan tempat yang sewajarnya kepada wanita

dalam badan atau organisasi yang khusus. Hal ini bagi menjamin keselesaan dan mengelakkan fitnah

yang sering mereka takuti seterusnya membatutkan penglibatan mereka dalam politk.

Rujukan

Al-Qur’an al-Karim

Hadith. Abu Shuqqah,

cAbd al-Halim Muhammad. 1990.

Tahrirul Mar’ah Fi Ashrir risalah. Kaherah: Dar al-Qalam.

Abd. Karim Zaidan. 2000

Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar’ah. Bayrut: Muassasah al-Risalah

Farahwahida Yusof, Raihan Nordin. 2010.

Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita. pp 1-7. Universiti Teknologi

Malaysia.

Husna Abd. Rahman. 2015.

Kepimpinan Wanita Di Dalam Politik Semasa: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam.

Prosiding Seminar Antarabangsa Pengurusan & Kepimpinan Islam: Isu Dan Cabaran. hlm 28

Page 14: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan · PDF fileKepimpinan Wanita Dalam Politik: ... firman Allah s.w.t yang bermaksud “dan berkatalah nabi Musa kepada ... Setelah

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

14

Ibn Manzur,Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Bin Mukram al-Afriqi al-Misri.

Lisan al- Arabc. Jilid 11. 1968. Dar Bayrut Li al-Tibaah Wa al-Nashr. Bayrut.

Kamus al-Jadid Arab-Melayu. 1993.

Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2002.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia.

Mucjam al-Wasit. 1972. Juz 1-2. Kaherah.

Noresah Baharom. 2002.

Kamus Dewan Bahasa. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2010.

Kepimpinan DSan Pengurusan Islam. Sejarah, Teori, Dan Perlaksanaan. Bangi: Jabatan

Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Shayuthy Abdul Manas. 2008.

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.

Bhd.

Syed Qutub. TT.

Fi Zilal al-Quran. Jilid 5. Bayrut: Dar al-Arabiyah.

Mustafa al-Tohhan. 1999.

Al-Mar’ah Fi Maukib al-Dakwah. Kaherah: Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah.

Zhofir al-Qasimi. 1992.

Nizhom al-Hukmi Fi al-Syariah wa al-Tarikh al-Islami. Bayrut: Dar al-Nafa’is.