wanita solehah

Click here to load reader

Post on 03-Feb-2016

27 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Wanita solehah

TRANSCRIPT

SUAMI DAN WANITA SOLIHAH

Rasulullah SAW bersabda, " Lihatlah di mana dirimu pada suamimu,sesungguhnya ia adalah syurga atau nerakamu. " ( Thabrani )

Allah SWT berfirman, " Mereka (para isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu (para suami) adalah pakaian bagi mereka."( alBaqarah ; 187 )

Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Ibrahim Ali bahawa tempat ketenangan bagi seorang suami adalah isterinya. Begitu juga sebaliknya ketenangan seorang isteri adalah suaminya. Di antara keduanya akan terbentuk rasa kasih sayang dan cinta. Ini adalah satu nikmat daripada Allah bagi manusia. Melalui pernikahan Islam menghendaki agar hubungan lelaki dan wanita menjadi kuat, mantap dan kekal serta dapat menjadi pasangan yang bersatu dalam kerja, maksud, tujuan dan cita-cita.

Sedangkan Syeikh Abdul Halim mengatakan Allah menghendaki daripada seorang wanita solihah agar menjadi pententeram hati bagi suami dengan segala makna kata ' tenteram ' yang meliputi ;- kepuasan, ketenangan,kebahagiaan, kedamaian dan seterusnya.

Asmaa' Binti Kharijah menasihati anak perempuannya ketika melangsungkan pernikahan anak perempuannya iaitu ;-

Wahai anakku,kini engkau telah keluar dari sarang yang di situlah engkau dahulu dilahirkan sehingga engkau menjadi besar.Kini engkau akan beralih ke satu hamparan dan rumah yang engkau belum mengenalnya dan juga engkau harus berkawan dengan seseorang yang belum tentu serasi denganmu.Itulah suamimu,jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit bagimu.jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi sebagai tiang untukmu.Janganlah engkau menyibukkannya dengan bermacam kesukaran, sebab, itu akan membuatkan ia meninggalkanmu.Janganlah engkau terlampau menjauh daripadanya, agar ia tidak melupakanmu, tetapi jika dia mendekatimu, maka dekatilah ia.Peliharalah suamimu itu dengan benar, baik hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah kiranya suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula mendengarkannya melainkan yang enak dan jangan pula melihatkannya melainkan yang indah .Apa yang penting seorang isteri adalah sendi utama di tengah-tengah rumahnya.Seorang isteri hendaknya banyak duduk di dalam rumahnya, sedikit berbicara dengan jiran tetangganya dan jangan masuk ke rumah jiran kecuali dalam keadaan yang sangat perlu.Seorang isteri hendaknya menjaga suaminya baik di waktu suami berpergian atau ketika suami di rumah. Usahakanlah agar suami selalu berada di dalam keadaan ' gembira '. Jangan sesekali kamu mengkhianati suamimu dan hartanya. Dan jangan pula kamu keluar dari rumahnya melainkan dengan ada izin daripada suamimu.Sekiranya ada seorang kawan suamimu datang ke rumahmu dan beliau berada di muka pintu rumah tetapi saat itu suamimu tidak ada di rumah maka tidak perlulah kamu cuba untuk bercakap-cakap dengannya. Hendaklah kamu sentiasa menjaga perasaan ' cemburu ' suamimu terhadapmu.Seorang isteri hendaklah merasa puas dengan apa yang ada pada suamimu. Mengenai apa sahaja yang di rezeqikan Allah SWT padanya. Kamu harus mendahulukan hak suamimu di atas hakmu sendiri serta hak keluarga lainnya.

Demikianlah nasihat seorang ibu yang budiman kepada puterinya dalam kewajipannya untuk menjadikan puterinya sebagai isteri yang solihah dan taat pada suami.Maka ada beberapa hal yang selayaknya ditunaikan oleh setiap wanita solihah terhadap suaminya dalam rangka mewujudkan keredhaan Allah SWT dan suami sehingga menjadi bekal menuju syurga.

Hak Suami.

Rasulullah SAW bersabda, " Wanita tidak dapat menunaikan hak Allah SWT sehingga dia menunaikan semua hak-hak suaminya walaupun suaminya memintanya (untuk menggaulinya) di atas pelana kenderaan,tetap belum tertunaikan haknya." ( Thabrani )

Bersabda Rasulullah SAW, "Wahai sekalian wanita!Bertaqwalah kepada Allah SWT dan peganglah keredhaan suamimu.Sesungguhnya wanita apabila mengetahui akan hak-hak suaminya dia akan tetap berdiri selama makan siang dan makan malamnya." ( Abu Nuaim )

Aisyah R.anha berkata, " Wahai kaum wanita,sekiranya kamu tahu hak-hak suamimu yang harus kamu penuhi,kamu pasti menyapu debu-debu dari kedua tapak kaki suamimu dengan wajahmu."

Hadis-hadis di atas secara jelas telah menekankan betapa tingginya hak seorang suami yang harus ditunaikan oleh isteri. Akan tetapi di zaman sekarang ini, berapa ramaikah isteri-isteri yang ambil kisah dalam menunaikan hak-hak suaminya? Bahkan, jangankan menunaikan hak-hak suami, rasa ingin tahu apakah 'hak-hak' seorang suami pun masih ramai yang tidak mahu ambil tahu.

Hak manusia yang paling utama ditunaikan bagi seorang isteri adalah suaminya. Selagi hak-hak suami belum ditunaikan selagi itulah hak-hak Allah SWT belum terpenuhi. Allah SWT akan tanya kembali di akhirat nanti mengenai hak-hak sesama manusia, samaada ditunaikan ataupun tidak. Sehebat mana pun si isteri beribadah kepada Allah SWT, tetap Allah SWT menganggap belum tertunaikan hakNya jika si isteri belum menunaikan hak-hak suaminya.

Ada beberapa hak yang utama menjadi kewajipan isteri untuk menunaikannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, " Hak suami atas isteri adalah,bermalam di tempat tidurnya,menyenangkan janjinya,mentaati perintahnya,tidak keluar rumah kecuali dengan izin daripadanya dan tidak membenarkan siapa sahaja yang dibenci suaminya masuk ke rumah." ( Thabrani )

Alim Ulamaa' telah menyimpulkan beberapa hak-hak suami yang harus dipenuhi oleh isteri, di antaranya ialah ;-Taat kepada suami.Menjaga kehormatan suami.Bersikap menyenangkan di hadapan suami.Berhemah dalam mengeluarkan harta suami.Tidak benarkan lelaki lain masuk ke rumah tanpa izin dari suamiTidak menolak ajakan suami untuk bersetubuh. Menjaga rahsia suami.Tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.Menjaga hartanya.Menerima giliran sekiranya mempunyai saudara 'madu'. Masih banyak lagi hak-hak suami ke atas isterinya selain di atas.

Sekarang ini, ramai wanita faham akan hak-hak dirinya sendiri terutama dalam ' pemberian ' nafkah ataupun material tetapi dalam hal agama? Sedikit sekali wanita yang ambil peduli sehingga sangat jarang mereka menuntut hak-hak itu daripada suaminya. Ini menyebabkan fitnah demi fitnah pun muncul di mana-mana.

Taat Kepada Suami.

Rasulullah SAW bersabda, " Sekiranya aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud di hadapan selain Allah SWT maka sesungguhnya aku perintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya.Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya,tidak seorang isteri itu menunaikan hak-hak Allah SWT sebelum dia tunaikan semua hak-hak suaminya.Hinggakan,seandainya suaminya 'meminta' dirinya dan kala itu dia berada dia tas pelana kenderaan,tidaklah boleh dia menolaknya." ( Ahmad, IbnuMajah, Ibnu Hibban )

Allah SWT berfirman, "Lelaki lebih kuat daripada wanita." ( An Nisaa' : 24 )

Sebagai wanita solihah, haruslah yakin dan terima dengan penuh kerelaan bahawa suaminya adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan berkedudukan di bawah suaminya. Juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk taat kerana kesolihan itu berkait rapat dengan ketaatan. Tidak boleh seseorang dikatakan solih jika dia tidak mempunyai ketaatan. Orang yang tidak taat adalah orang yang bermaksiat. Sebagaimana firman Allah SWT, " Adapun orang-orang yang solihah adalah qanitaatt (orang-orang yang taat) dan hafizaat (orang-orang yang menjaga diri)saat suami tiada dengan sebab penjagaan Allah SWT ke atasnya." ( An Nisaa' : 34 )

Dalam ' Huququl Mar'ah ' dikatakan bahawa isteri yang tidak taat kepada suami bererti dia telah bermaksiat kepada suaminya dan isteri yang bermaksiat kepada suami bererti dia telah bermaksiat kepada RasulNya dan barangsiapa bermaksiat kepada Rasulullah SAW bererti dia telah bermaksiat kepada Allah SWT. Jadi wajarlah sekiranya Malaikat mendoakan laknat kepada isteri yang tidak mentaati suaminya.

Imam Nawawi Rah.a menulis bahawa, Isteri mesti sedar bahawa dirinya adalah milik suami seperti tawanan yang lemah yang tak berdaya di hadapan suami. Selalu tunduk dan taat kepada suami. Sehingga Alim Ulama' telah berpendapat bahawa,

Segala perbuatan isteri mesti ada izin daripada suami . Isteri hendaklah merasa malu terhadap suami. Tidak berani menentang suami. Menundukkan pandangan di hadapan suami. Merendahkan suara. Taat kepada suami apabila diperintahkan oleh suami selain perkara yang membawa kemaksiatan kepada Allah SWT. Diam ketika suami bercakap. Hantar suami ke muka pintu ketika suami mahu keluar rumah. Menyambut ketika suami hadir dengan manis muka. Menunjukkan rasa cinta kepada suami. Mencium suami sebelum tidur. Memakai wangian ketika berada di samping suami. Selalu berhias ketika berhadapan dengan suami. Tidak berhias ketika ketiadaan suami di sisi.

Ketaatan kepada suami adalah mutlak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Syeikh Ibnul Jauzi bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah wajib. Namun ketaatan yang wajib itu terbatas, iaitu hanya perkara yang dihalalkan bukan yang diharamkan, contohnya, sekiranya suami mengajak bersetubuh ketika haid, pada siang hari di bulan Ramadhan, mengajak untuk tidak solat dan sebagainya, maka tidak wajib taat. Allah SWT tidak akan menyuruh mentaati makhluk dalam hal-hal yang bertentangan denganNya.

Syeikh Abdul Halim menambah, sekiranya suami menyuruh untuk berhias seperti Jahiliyyah, berkumpul dalam majlis yang bercampur lelaki dan wanita maka isteri tidak wajib untuk taat kepada suaminya.

Selanjutnya beliau menulis bahawa seorang wanita solihah mestilah berhati-hati agar kekurangan yang ada pada suami tidak menjadi alasan untuk membantah perintahnya. Kurang harta, ilmu, kedudukan mahupun kebangsawanan terutama apabila isteri itu sendiri mempunyai kelebihan tersebut lebih tinggi daripada suaminya, seharusnya seora