cantiknya wanita
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

cantiknya seorang
wanita itu

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaanMenjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa Tetapi menjadi pada pendeta
Menjaring teladan para anbia kepada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi sentiasa mengumpul cahaya Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS Bukan kerana menjadi sebutan Sehingga menjulang keegoan Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Sekian…
wassalam