kepimpinan guru dan pembentukan pasukan kerja di sekolah

18
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakan amalan pengurusan yang berkualiti di organisasi dibawahnya pada dekad ke 21 ini. Antara penekanan yang diberikan ialah kepimpinan guru dan pembentukan kerja berpasukan. Melalui kepimpinan, intipati proses kepimpinana ialah bagaiman tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatu kumpulan supaya kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasi pasukan dan yang penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya. Kepimpinan seseorang guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepimpinan autokratif dan kepimpinan demokratif (Chin Pek Lian, 2004). Jenis kepimpinan ini menentukan kelancaran dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah amnya. Melalui pembentukan pasukan kerja pula, Menurut Saari Sungib (1991), dalam Chin Pek Lian (2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan sebagai pasukan kerja. Kerja berpasukan ini sangat penting dilaksanakan diperingkat sekolah. Melalui kerja berpasukan semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu demensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan (Shek Kwai Fun, 2007). Terdapat pelbagai definisi yang boleh ditakrifkan kepada pembentukan pasukan kerja. Antaranya definisi yang digunakan ialah menurut Francis dan Young (1979), pasukan terdiri daripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya dua orang ahli yang komited untuk mencapai 1

Upload: hamidah-budi

Post on 31-Jul-2015

122 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TT01303 (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN)

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakan amalan pengurusan yang

berkualiti di organisasi dibawahnya pada dekad ke 21 ini. Antara penekanan yang diberikan

ialah kepimpinan guru dan pembentukan kerja berpasukan. Melalui kepimpinan, intipati

proses kepimpinana ialah bagaiman tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatu

kumpulan supaya kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasi

pasukan dan yang penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya. Kepimpinan

seseorang guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepimpinan autokratif dan kepimpinan

demokratif (Chin Pek Lian, 2004). Jenis kepimpinan ini menentukan kelancaran dalam

pembentukan pasukan kerja di sekolah amnya.

Melalui pembentukan pasukan kerja pula, Menurut Saari Sungib (1991), dalam Chin Pek

Lian (2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi

sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang

dinamakan sebagai pasukan kerja. Kerja berpasukan ini sangat penting dilaksanakan

diperingkat sekolah. Melalui kerja berpasukan semua sektor akan dapat meningkatkan

produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat

bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Malahan, kerja berpasukan juga

merupakan salah satu demensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti

pendidikan (Shek Kwai Fun, 2007).

Terdapat pelbagai definisi yang boleh ditakrifkan kepada pembentukan pasukan kerja.

Antaranya definisi yang digunakan ialah menurut Francis dan Young (1979), pasukan terdiri

daripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya dua orang ahli yang komited untuk

mencapai matlamat yang sama dan bekerja bersama untuk menghasilkan kerja yang

berkualiti. Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan kerja yang memerlukan

kemahiran yang saling melengkapi diantara satu sama lain ialah dikenali sebagai sebuah

pasukan (Adair, 1984). Mengikut Dyer (1995), setiap ahli dalam pasukan adalah saling

bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Menurut Benton (1998), Keefektifan sesuatu pasukan kerja dipengaruhi oleh saiznya.

Menurut beliau lagi, dua orang didalam satu pasukan belum cukup mengambarkan efektif,

namun saiz yang paling baik lebih dari dua orang hingga tujuh orang. Mengikut Ingram

(1996), kerja berpasukan didefinisikan sebagai dua atau lebih orang yang bekerja bersama

dengan matlamat yang sama, dimana individu saling berinterksai untuk membentuk

perhubungan yang stabil dan mengakui dirinya adalah sebahagian daripada ahli pasukan. Ia

1

Page 2: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

juga merujuk kepada gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang

dilakukan untuk menghasilkan prestasi kerja yang melebihi input sekiranya dilakukan secara

bersendirian (Ab. Aziz, 2000).

Oleh itu, kita perlu menerima hakikat bahawa pembentukan pasukan kerja yang hebat

bukanlah semudah kata-kata. Pelbagai kekangan pasti wujud yang akan menyekat

kelancaran kerja berpasukan ini. Dengan itu, sebelum sebuah luka menjadi nanah, setiap

masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan diatasi bersama-sama dengan secepat mungkin

agar dapat melahirkan pasukan kerja yang mantap yang seterusnya memberi impak kepada

kualiti dan produktiviti kerja yang dihasilkan.

Contoh pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah Jabatan Penitia, Kelab guru-guru, Hari

keluarga guru. Ini dikatakan sebagai pasukan kerja kerana melengkapi ciri-ciri kerja pasukan

iaitu ahlinya terdiri daripada guru-guru, bilangannya lebih dari dua orang, mempunyai

spesifik kerja dan memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Walaubagaimanapun,

pembentukan pasukan kerja di sekolah turut membawa keburukan di sebalik kebaikan

dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi pembentukan pasukan kerja di sekolah.

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH

Pada hari ini, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh seorang guru amat besar.

Seorang guru yang professional akan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab

mereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga pengajar tetapi juga

sebagai pendidik dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menguasai

pelbagai aspek. Sudah pasti tanggungjawab yang dipikul ini amat berat dan perlu digalas

bersama-sama bukannya dipikul sendirian. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja seperti

Jabatan panitia, kelab guru, hari keluarga guru didorong oleh beberapa faktor untuk

pencapaian matlamat.

2.1 Matlamat Yang Sama

Menurut Daft (1999), matlamat adalah sasaran utama yang perlu dicapai dalam kerja

berpasukan. Manakala Lussier dan Achua (2001), menyatakan bahawa kerja berpasukan

sebagai satu pemahaman dan komitmen diantara ahli pasukan ke arah pencapaian

matlamat pasukan dan mengurangkan perselisihan faha m yang wujud dalam ahli pasukan

kerja. Tambahan lagi, pasukan adalah Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan

kerja yang memerlukan kemahiran antara satu sama lain (Adair, 1984). Dalam pasukan

2

Page 3: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

setiap ahli adalah saling bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang

sama yang telah di tetapkan (Dyer, 1995). Manakala menurut Borreli, Cable, Higgs, Stott

dan Walker (1995), menyatakan bahawa pasukan yang efektif adalah pasukan yang

mempunyai matlamat bersama yang jelas.

Faktor utama yang pembentukan pasukan kerja di sekolah dalam Jabatan Ketua Panitia di

semua sekolah contohnya seperti di Sekolah Menegah Putrajaya Presint ialah matlamat

yang sama. Seperti yang kita ketahui, setiap guru yang mengganggotai unit Bahasa

khususnya perlu faham dan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai serta perlu

berusaha untuk mencapai matlamat ini. Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semua

guru ialah:

i) Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing.

ii) Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia.

iii) Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitian dan kerjasama dengan

panitia lain.

iv) Membangunkan kemahiran Penyelidikan dan Pembangunan di dalam

panitiannya.

Oleh itu, bagi merialisasikan semua matlamat ini, pasukan kerja antara guru dalam jabatan

panitia amat diperlukan. Kesemua guru-guru bahasa dan guru bidang yang terlibat harus

sama-sama mengalas tugas ini. Contohnya dalam panitia Matematik, Cikgu Hamidah

berkebolehan dalam Trigonomerti sementara cikgu Kartini berkebolehan dalam tajuk

Persamaan Kuadratik. Oleh itu, bagi memantapkan pasukan kerja Panitia Matematik, kelas

tambahan dijalankan berdasarkan kemahiran guru masing-masing kepada pelajar-pelajar.

Pengendalian kelas tambahan ini turut dibantu oleh guru-guru lain dalam unit lain agar

pelajar tidak hilang tumpuan. Berdasarkan langkah yang telah di ambil, guru-guru dalam unit

ini dapat mengenalpasti apakah masalah utama pelajar dalam subjek matematik. Oleh yang

demikian, usaha guru-guru unit ini adalah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu

memastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran Matematik.

2.2 Perkongsian Ilmu dan Kemahiran

Faktor perkongsian ilmu dan kemahiran turut menjadi salah satu sebab perlunya

pembentukan pasukan kerja di sekolah. Para sarjana mengakui bahawa tiada satu disiplin

pun yang dapat memberikan jawapan kepada masalah-masalah dalam hubungan manusia.

Menurut Garner dan Orelave (1994), hanya melalui gabungan dan koordinasi pengetahuan

serta kemahiran dalam semua disiplin, manusia dapat memenuhi keperluan tersebut. Bagi

Kashim (2001), semua ahli dalam pasukan perlu mempelajari kemahiran-kemahiran yang

3

Page 4: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

tertentu daripada ahli pasukan lain agar dapat digunakan untuk mempertingkat dan

membangunkan organisasi mereka.

Selain itu, bekerja secara pasukan memberi peluang kepada setiap ahli pasukan untuk

mendapatkan pelajaran, pengetahuan, kemahiran, kaedah dan cara-cara menyelesaikan

masalah yang baru di tempat kerja, sebagai hasil percambahan fikiran dengan ahli-ahli

pasukan yang lain. Manakala menurut Ress (1991) dalam Yusof dan Bibi (2007)

menyatakan bahawa salah satu ciri yang utama yang wujud dalam kerja berpasukan ialah

ahli-ahlinya saling membantu dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka

secara aktif.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar dengan cepat dan

meluas. Setiap guru mempunyai ilmu dan kemahiran yang berbeza. Ada guru yang pakar

dalam bidang bahasa seperti Guru pakar Bahasa Melayu, Guru pakar Sejarah dan Guru

pakar Matematik, Guru pakar Sains dan sebagainya. Selain itu juga, kemahiran guru

berbeza dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Seperti guru yang berpengalaman dalam

merancang hari keluarga guru dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada terutamanya

kepada guru baru. Maka dengan itu, guru baru juga dapat membantu kerja-kerja dan

seterusnya melancarkan perjalanan hari keluarga guru tersebut.

2.3 Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti

Faktor meningkatkan kualiti dan produktiviti juga mempengaruhi pembentukan pasukan

kerja di sekolah. Peningkatan kualiti di dalam sebuah organisasi amat dititik beratkan, begitu

juga di sekolah amnya. Kini dunia sedang dipengaruhi oleh kualiti, yang bermaksud, jika

sesebuah organisasi tidak melaksanakan pengurusan kualiti dalam perkhidmatannya maka,

ia dianggap ketinggalan (Barker, 1990).

Azilah (1995) telah membuat satu analisis tentang peningkatan produktiviti tentang

peningkatan produktiviti dari tahun 1987 hingga 1994 disebuah syarikat elektronik, beliau

mendapati kerja berpasukan telah berjaya membantu para pekerja dalam meningkatkan

prestasi dan kerjaya. Kejayaan dapat dilihat dari sudut produktiviti pekerja yang semakin

meningkat sejak kerja berpasukan dilaksanakan.

Kerja berpasukan juga dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia

dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Pembentukan pasukan kerja di sekolah

terutamanya di Kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan

jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbangkan ke arah peningkatan kualiti kerja dan

4

Page 5: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

kualiti pendidikan di kalangan guru sekolah serta memberikan kepuasan kerja kepada

mereka (Shek Kwai Fun, 2007).

2.4 Perkongsian Tanggungjawab

Selain faktor perkongsian ilmu dan kemahiran, meningkatkan kualiti dan produktiviti,

perkongsian tanggungjawab juga merupakan sebab mempengaruhi pembentukan pasukan

kerja di sekolah. Tanggungjawab akan semakin ringan ditanggung sekiranya perkongsian

dilakukan secara kerja berpasukan. Menurut Schneider (1993) salah satu strategi kerja

pasukan yang efektif ialah “responsibilities” atau tanggungjawab. Oleh itu, setiap ahli dalam

pasukan kerja di sekolah mesti mempunyai fikiran seperti yang dikatakan oleh Blasé dan

Kirby (1992) iaitu

…..”If People give me responsibility, I feel compelled to carry it out well. I don’t want

to let the others down”

Tambahan lagi, kerja secara pasukan juga akan melahirkan perasaan yang baik di kalangan

guru, mereka merasakan organisasi sebagai hak bersama. Hal ini kerana, kejayaan dan

kegagalan sesebuah organisasi adalah menjadi tanggungjawab bersama. Di atas kesedaran

dan perasaan perkongsian tanggungjawab, pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh bagi

menambahbaikkan kualiti kerja mereka (Kashim, 2001). Menurut Miller (1992) setiap ahli

pasukan kerja di sekolah akan lebih cenderung untuk bertanggungjawab terhadap kerja-

kerja yang dilaksanakan.

2.5 Menggurangkan Tekanan

Faktor lain yang mempengaruhi pembentukan kerja di sekolah ialah untuk menggurangkan

tekanan. Dalam refomasi pendidikan ini, hasrat kerajaan adalah untuk menghasilkan guru

bertaraf dunia, maka ramai guru mula merasa stress. Stress timbul ekoran daripada

kehendak-kehendak atau tuntutan oleh pelajar, ibu-bapa, pihak pentadbir sekolah yang

mana guru tidak dapat penuhi. Bagi mengatasi masalah ini, pembentukan kerja di sekolah

perlu dilakukan agar beban tugasan guru dapat dikurangkan.

Contohnya, ahli-ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah Kuala Langat

Selangor telah dipertugaskan terhadap jurusan masing-masing. Oleh kerana secara rutin

dalam panitia KHB ini hanya ditugaskan kepada subjek Perdagangan dan Keusahawanan,

maka selalunya ahli panitia akan menghadapi ketegangan. Mengikut kajian Cooper dan

Hensmen dalam Razali Mat Zin (1999) di dapati bahawa pekerja yang mempunyai kadar

tekanan yang rendah akan mengalami tahap kepuasan kerja yang tinggi. Jadi kerja

berpasukan amat mustahak dalam panitia KHB (Chin Pek Lian, 2004).

5

Page 6: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

3.0 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH

Keperluan kepada pembentukan kerja di sekolah amat dituntut. Hal ini kerana pembentukan

kepada pasukan kerja terutamanya kepada guru-guru dan pentadbiran memberikan

kelebihan. Antaranya seperti mencapai matlamat organisasi dan ahli, mewujudkan

hubungan mesra, dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan membawa kepada

perancangan yang lebih baik. Secara tidak langsung prestasi ahli dan organisasi di sekolah

dapat dipertingkatkan.

3.1 Mencapai Matlamat Organisasi dan Ahli

Menurut Davis dan Newston (1985) kerja berpasukan adalah satu proses untuk

mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli didalam sesebuah organisasi

untuk mencapai objektif dan matlamat yang dirangkakan. Tanpa matlamat yang jelas,

pasukan sukar untuk melaksanakan segala perancangan atau terpesong daripada hala tuju.

Model Adair (1987) membuktikan bahawa individu yang bekerja bersendirian dalam

organisasi akan kehilangan arah dan tidak dapat mencapai matlamat. Ini juga telah

dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji lepas seperti Li (1996), Yeatts dan barnes (1996), Gibbons

(1998) seta Ingram dan Desombre (1999).

3.2 Mengekalkan Hubungan Mesra

Antara hikmah pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat mengekalkan hubungan

mesra diantara guru dalam pasukan kerja. Hubungan mesra diantara ahli dalam pasukan

kerja akan memudahkan perkongsian data dan permindahan maklumat berlaku. Hal ini

kerana, hubungan mesra memupuk semangat kerjasama dan saling kebergantungan antara

satu sama lain (Chin Pek Lian, 2004).

Menurut Shek Kwai Fun (2007) kajian menunjukkan Ketua Panitia secara umumnya lebih

mementingkan aspek hubungan yang mesra sebagai ganjaran psikologi yang mampu

melahirkan kepuasan kerja. Contohnya golongan guru muda yang menjadi Ketua Panitia

melalui hubungan harmoni dan mesra akan memudahkan mereka mendapat bantuan

teknikal yang amat diperlukan dari guru-guru senior. Tambahan lagi, menurut kajian Putai

Jin (1993) hubungan mesra antara ahli pasukan kerja dalam jabatan mempengaruhi

peningkatan produktiviti dan kepuasan kerja. Hal ini di buktikan dalam kajian yang dilakukan

di Sekolah Menengah Daerah Pontian dalam pasukan kerja dalam Panitia Jabatan Bahasa

6

Page 7: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

dan Jabatan Sains Sosial yang mendapati hubungan mesra melahirkan kepuasan bekerja

pada setiap ahli pasukan (Shek Kwai Fun, 2007).

Di Samping itu juga, dalam kajian Chin Pek Lian (2004) mendapati kerja berpasukan amat

mustahak dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Ketua panitia Kemahiram Hidup

Bersepadu haruslah mempengaruhi ahli panitia lain bekerja bagi mencapai matlamat

organisasi dan mengekalkan hubungan mesra antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungan

kejeleketan haruslah diwujudkan agar ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantungan

antara satu sama lain dan keinginan kekal sebagai ahli pasukan. Menurut hasil kajian

Zubaidah Aman dalam Chin Pek Lian (2004) didapati 41.5% guru di enam buah sekolah di

negeri Selangor mengakui bahawa mereka tidak mendapat kepuasa kerja dalam profesion

ini. Sebanyak 23.9% lagi menyatakan mereka bercadang meletakkan jawatan dan 52.8%

mahu bersara awal. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja wujud daripada

hubungan mesra antara ahli dalam pasukan kerja.

3.3 Menyelesaikan Pelbagai Masalah

Salah satu kepentingan pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat menyelesaikan

pelbagai masalah. Menurut Hisyam (1998) kaedah kerja berpasukan boleh membantu

organisasi menyelesaikan pelbagai masalah. Begitu juga menurut Maimunah Aminuddin

(1992) pembentukan pasukan adalah kumpulan kerja yang bekerjasama di tempat yang

sama dan selalu berjumpa untuk mengawal prestasi, mengenalpasti masalah dan

menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Manakala mengikut Tambuan Ghani (1986)

penubuhan pasukan kerja mesti ahli-ahlinya bekerjasama untuk menyelesaikan masalah

dalam organisasi tempat bekerja.

Kerja berpasukan memang dapat membantu organisasi sekolah menyelesaikan pelbagai

masalah termasuklah pengagihan tugasan kerja guru, produktiviti, kepuasan pihak pentadbir

serta meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah (Chin Pek Lian, 2007). Di dalam

menghadapi sesuatu masalah, setiap ahli mesti bekerjasama, menyumbangkan idea serta

tenaga untuk meleraikannya. Oleh itu, dalam mana-mana pasukan kerja di sekolah, pastinya

masalah akan timbul, maka dengan itu jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah setiap

pasukan perlu duduk semeja untuk berbincang dan mencari cara untuk menyelesaikan

masalah tersebut agar matlamat pasukan kerja dapat dicapai.

3.4 Perancangan yang lebih baik

Perancangan yang akan dilakarkan dan dirancangkan akan menjadi lebih baik apabila

terdapat pemikir yang menyumbang idea dalam rancangan tersebut. Oleh itu, kepentingan

pasukan kerja disekolah ialah dapat membuat perancangan yang lebih baik. Dapatan kajian

7

Page 8: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

Pushpalata (2003) dalam Chin Pek Lian (2004) memberikan persetujuan positif seratus

peratus yang menyatakan bahawa pasukan kerja panitia di sekolah yang bekerja secara

berpasukan akan membuat perancangan yang lebih baik berbanding dengan perancangan

individu.

Sebuah perancangan yang baik adalah perancangan yang dapat menghasilkan kepada

pencapaian matlamat kumpulan kerja. Oleh itu perancangan perlu dirancang dengan

bersama dalam kumpulan serta teliti. Menurut Jack Dunham (1995) dalam bukunya yang

bertajuk Developing Effective School Management kurikulum kebangsaan peringkat sekolah

dapat dilaksanakan kerana terdapat pembentukan pasukan kerja dalam merancang strategi

perancangan bersama.

4.0 KEKANGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAH

Seperti yang kita sedia maklum, setiap perkara yang dirancang pasti terdapat halangan

untuk memastikan rancangan itu mencapai matlamatnya. Dalam membentuk sebuah

pasukan kerja yang efektif di sekolah terdapat kekangan yang lahir yang menyebabkan

matlamat pasukan kerja di dapat dicapai antaranya ialah terdapat kekeliruan matlamat,

perbezaan prinsip, kurang komited dan sebagainya.

4.1 Kekeliruan Matlamat

Salah satu kekangan yang dihadapi dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah

apabila terdapat kekeliruan matlamat. Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalam

pasukan kerja disekolah adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapat

dilaksanakan dan diterapkan dalam setiap ahli pasukan. Dalam hal ini, tidak semua anggota

memahami hala tuju organisasi masing-masing. Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukan

yang tidak memahami matlamat ini tidak akan memberikan kerjasama apabila sesuatu

program hendak dilaksanakan menyebabkan program yang dijalankan tidak begitu

memuaskan.

Menurut Kashim (2001) model pasukan kerja efektif oleh Anantaraman dalam (Stoot dan

Walker, 1995) dan Mc Donald dan Keys (1996) yang menyatakan bahawa kerja berpasukan

akan gagal tanpa matlamat yang jelas, tanpa kepimpinan yang efektif dan komunikasi yang

berkesan. Oleh itu kejayaan di dalam kerja berpasukan di sekolah ditentukan oleh ahli-

ahlinya dan merupakan kejayaan bersama yang sama-sama berusaha untuk mencapai

matlamat pasukan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kejayaan kerja berpasukan terletak

8

Page 9: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

kepada objektif penubuhannya. Sekirannya objektif penubuhannya kabur dan sukar difahami

oleh ahli-ahli pasukan maka, sudah tentu program dan matlamat yang dirancang tidak akan

berjaya.

4.2 Perbezaan Prinsip

Perbezaan prinsip merupakan halangan kepada pembentukan pasukan kerja di sekolah.

Seperti yang kita ketahui setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan yang berbeza

(Handy, 1993). Pastinya masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Perbezaan

prinsip membawa banyak keburukan kepada pasukan kerja dan ini seterusnya membawa

kepada kegagalan pasukan kerja (Adair, 1988). Hal ini kerana wujud perbezaan prinsip akan

membawa kepada kewujudan konflik. Menurut Tuckman (1965) konfli akan timbul apabila

beberapa anggapan dicabar. Di peringkat ini nilai adn kebolehlaksanaan tugas dipersoalkan,

prinsip kaedah diperbahaskan dan konflik antara individu akan timbul. Oleh itu, sebarang

konflik dan pertentangan pendapat dapat diselesaikan secara rundingan.

Sebagai contoh, semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program cara

menggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan bagi meningkatkan pengetahuan am

pelajar. Namun ada beberapa guru yang menetang program tersebut kerana ia akan

menjadikan pelajar masalah untuk mengira secara manual. Sehubungan itu, walaupun

program ini tetap dilaksanakan, guru ini tidak akan memberikan kerjasama. Oleh itu,

perbezaan prinsip adalah halangan dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah.

4.3 Kurang Komited

Ahli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja merupakan salah

satu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang mantap. Mereka tidak dapat

member komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kepentingan peribadi di luar waktu kerja

seperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangat

minimum malah seringkali tidak menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat

tersebut diadakan di luar waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidak

siap pada masa. Sebaliknya menurut Bell (1992) komitmen diantara ahli-ahli pasukan amat

baik menyebabkan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman yang lebih luas.

Sebagai contoh, seorang guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan

sentiasa mengelak apabila kelas tambahan ingin diadakan. Pelbagai alasan telah diberikan

apabila tugasan ini diberikan pada luar waktu pejabat. Hal ini kerana, guru ini telah

mempunyai komited lain iaitu mengajar tuisyen di pusat tuisyen sandakan. Ini dapat

9

Page 10: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

membuktikan bahawa guru tersebut lebih fokus kepada pencapaian impian peribadinya

berbanding matlamat pasukan kerja. Ini telah menimbulkan perasaan ketidakpuas hatian

dalam kalangan guru-guru lain dalam pasukan kerja yang sama. Keadaan ini telah

menjejaskan pembentukan pasukan kerja dalam unit Matematik di Sekolah Menengah

Kebangsaan Sandakan.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak boleh

melakukan sesuatu pekerjaan secara sendirian kerana sebagai manusia kita mempunyai

had masing-masing dalam memikul tanggungjawab. Justeru itu, kita memerlukan kerja

berpasukan agar dapat mencapai matlamat, meningkatkat produktiviti, penyelesaian

pelbagai masalah, mengekalkan hubungan mesra dan sebagainya. Namun begitu, sebagai

anggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam proses pembinaan pasukan

yang mantap ini terutama di sekolah, akan wujud halangan-halangannya. Halangan-

halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap

kualiti perkhidmatan dan produktiviti. Oleh itu pemimpin pasukan perlu memainkan peranan

mereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang matlamat sebenar pembentukan

pasukan dan matlamat organisasi yang perlu digapai mereka.

Menurut Etzioni (1964) pengurus haruslah boleh bekerja secara terbuka dan ikhlas, dalam

profesion perguruan, guru haruslah bekerja dalam pasukan yang efektif kerana kejayaan

sesebuah sekolah bergantung kepada pasukan. Oleh itu, pemimpin haruslah mengambil

berat terhadap pembentukan pasukan kerja di sekolah. Ini dapat dibuktikan dalam

pernyataan luahan seorang ahli yang pernah bekerja dalam sebuah pasukan iaitu:

I know what I have to do and the team’s goals are clear.

Everyone takes some responsibility for leadership.

There is active participation by everyone.

I feel appreciated and supported by others.

Team members listen when I speak.

Different opinions are respected.

We enjoy working together.

(Blanchard, Carew and Parisi-Carew 1992:20)

Pernyataan luahan diatas adalah kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada pembentukan

pasukan kerja disekolah amnya. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja disekolah juga

menunjukkan peranan kepimpinan guru dalam pembentukan pasukan kerja terseut. Oleh itu,

10

Page 11: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

pembentukan pasukan kerja memberi kepentingan dan kebaikan tetapi juga terdapat

kekangan atau halangan dalam pembentukan pasukan kerja yang efektif.

11

Page 12: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

BIBIOGRAFI

Abd. Aziz Yusof. 2000. Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Malaysia: Prentice

Hall.

Adair, John. 1987. Effective Team Building. London: Gower Publishing Co. Ltd.

Atas Talian http://www.smkpp14.net/web_documents/fail-meja-panitia. Di akses pada 05

Mei 2012 pada 2.13 petang

Barker, L.H. (1990). Tatal Quality Management For School. Lancester: Technomic

Publishing Company.

Bell, L. (1992). Managing Teams In Secondary Schools. London: Routledge.

Benton A, Douglas. 1998. Applied Human Relations : An Organizational and Skill

Development Approach. 6th ed. London : Prentice Hall.

Blanchard, K., Carew D. and Parisi-Carew, E. (1992). The One Minute Manager Builds High Performing Teams, London: Harper Collins.

Blase, J. & Kirby, P. (1992). Bringing out the best in teachers: What effective principals do.

Newbury Park: Corwin Press.

Chin Pek Lian. 2004. Kerja Berpasukan: Faktor Mempengaruhi dan Pengaruhnya Kepada

Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli Dalam Panitian Kemahiran Hidup Bersepadu

Di Daerah Kuala Langat. Selangor. Universiti Teknologi Malaysia

David J. Holleran. 1997. Team Building in an Elementary School: A Descriptive Case Study.

Virginia: Blacksburg.

Dyer, W. G. 1987. Teambuilding: Issue and Alternatives. Addision Wesley Publishing Co.

Inc.

Garner G, Howatd dan Orelave P, Fred. 1995. Teamwork in Human sevices : Models and

Application Across the Life Span. Boston : Butterworth-Heinemann.

Handy, C. (1993). Understanding Organisation. 4th Ed. Harmondsworth: Penguin.

Hisyam Che Mat. (1998). Participants Evaluation of Effectiveness of Teambuilding

Programs. Malaysia: Universiti Putra Malaysia.

Igram, Hadyn. 1996. Linking Teamwork with Perfomance. Team Performance Management.

Vol 02: Issue 4.

12

Page 13: Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

Jack Dunham. 1995. Developing Effective School Management. 1st ed. London: Routledge

Kashim Bin Jaafar. 2001. Pandangan Guru-guru Terhadap Kepentingan dan Faktor-faktor

Penentu Pencapaian Kerja Berpasukan di Sekolah di Daerah Kuala Muda, Kedah

Darul Aman: Universiti Utara Malaysia.

Maimunah Aminuddin. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Putai Jin (1993). Work Motivation and Productivity in Voluntarily Formed Work Teams: A

Field Study in China. Organizational Behavior and Human Decision Processes.

54(1).133-155.

Schneider, A. (1993). Donning a new hat: Becoming a consensus builder. School Bussiness

Affairs. 59 (9), 20-22.

Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan Dan Kepuasan Kerja Ketua Panitia

Dalam Jabatan Bahasa Dan Sains Sosial Di Sekolah Menengah Daerah Pontian.

Tambuan Ghani, Raduwan Safperwan, Josepg Paul. (1986). Kumpulan Kawalan Mutu.

Kuala Lumpur : DGP.

Tuckman, B. W. “Development Sequence In Small Groups”, Psychological Bulletin, 63(6),

384-99.

Yusof bin Boon dan Bibi Sakinah bt Haron Khan. 2007. Kerja Berpasukan Dalam Kalangan

Guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat Muar. Universiti Teknologi Malaysia

13