fanatik umat

60

Upload: others

Post on 17-Nov-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FANATIK UMAT
Page 2: FANATIK UMAT

FANATIKMAZHAB FEKAH

DAN KESAN NEGATIFNYATERHADAP PEMIKIRAN

UMAT

Pengarang:SAHIBUS SAMAHAH PROF. MADYA DATO’ ARIF PERKASA

DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

Page 3: FANATIK UMAT

2

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

© 2016, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Kedua 2016

Atur Huruf & Reka Letak:

No. 102, Persiaran Wawasan, Batu Hampar,Seriab, 01000 Kangar, PerlisTel : 012 474 3077

Diterbitkan oleh : JABATAN MUFTI NEGERI PERLISTingkat 1, Blok A,Bangunan Dato’ Mahmud Mat,01000 Kangar, Perlis.Tel : 04-979 4428, Fax : 04-976 3844

PROGRAFIX SDN. BHD.

Hak Cipta Terpelihara.Tiada dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain sebelum mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

ISBN 978-967-13496-2-5

PENGARANG:Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul AbidinMufti Kerajaan Negeri Perlis

PENASIHAT:Sahibul Fadhilah Tuan Haji Roslan bin EsaTimbalan Mufti Kerajaan Negeri Perlis

EDITOR:Ustazah Nafizah bt. Abd. HalimUstaz Mohamad Abdul Kadir bin SahakPuan Huda bt Johari

SIDANG REDAKSI

Page 4: FANATIK UMAT

3

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

Kandungan

TITAH PERUTUSAN DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS

PENDAHULUAN

Maksud Taksub Mazhab Fekah

Hukum Tidak Terikat Dengan Satu Mazhab

Keluar Mazhab Bukan Bererti Menghina Mazhab

Beberapa Kesan Negatif Taksub Mazhab

i. Menyebabkan Dipinggirkan Al-Quran Dan Al-Sunnah ii. Menyempitkan Ruang Hukum Dan Ijtihad iii. Enggan Mendengar Pendapat Lain Dan Bersikap Keras iv.BerfikiranSingkatDanHilangSikapKritis

PENUTUP

5

6

10

13

23

28

2838

5054

58

Page 5: FANATIK UMAT
Page 6: FANATIK UMAT
Page 7: FANATIK UMAT

6

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

2

بسم الله الرحمن الرحيم

�با�� �و�عوذ �و�ستغفره، �و�ستعينه، �نحمده ا��مد��،�الله� �من���ده �ومن�س�ئات�أعمالنا، من�شرور�أنفسنا،�وأش�د�أن�لا� �ومن�يضلل�فلا��ادي�له، �له، فلا�مضلإله�إلا�الله�وحده�لا�شر�ك�له،�وأش�د�أن�محمدا�عبده�

ورسوله،�أما��عد:

PENDAHULUAN

Sikap fanatik dan taksub telah membutakan

mata banyak pihak dalam membuat penilaian yang

betul. Justeru itu Al-Quran melarang sikap sebegini dan

menyuruh umat ini bersikap adil dan sederhana dalam

semua keadaan.

Page 8: FANATIK UMAT

7

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

3

Firman ALLAH dalam Surah Al-Maidah: 8:�

�ولا� ه�ش�داء�بٱلقسط م�ن�لل ذين�ءامنوا��ونوا�قو �ا�ٱل �أ

ي

�شن كم قرب� �يجرمن��و�أ �ٱعدلوا

��عدلوا لا

�أ �ع�� �قوم ان

�بما��عملون� ه�خب�� �ٱلل �إن ه قوا�ٱلل �وٱت قوى ٨للت

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman,

hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang

yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi

menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali

kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong

kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah

kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap

adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah

kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

Page 9: FANATIK UMAT

8

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

4

Demikian juga ALLAH menyebut dalam Surah Al-Nisa

ayat 135:

ه�ولو� م�ن�بٱلقسط�ش�داء�لل ذين�ءامنوا��ونوا�قو �ا�ٱل �أ

ي

و��أ ا �غني� �يكن �إن قر��ن

�وٱلأ لدين �ٱلو و

�أ نفسكم

�أ ع��

��عدلو ن�أ �ٱل�وى بعوا �فلا�ت� ���ما و��

�أ ه �فٱلل �وإن�فق��ا

ا

ه��ان�بما��عملون�خب��ا� �ٱلل و��عرضوا�فإن ١٣٥تلواۥ�أ

Maksudnya: “Wahai mereka yang beriman! Hendaklah

kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan

keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan

kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu

sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah

orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka

janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang

memperkatakan kebenaran disebabkan kamu

bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa

kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan

hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari

keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan

ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka

Page 10: FANATIK UMAT

9

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

5

sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan

mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Taksub mazhab juga adalah satu ancaman

terhadap perkembangan minda umat ini ke arah yang

lebih positif dan berdaya saing. Taksub menyebabkan

pemikiran seseorang menjadi sempit, beku, tidak adil

dalam membuat penilaian dan tidak mampu

mencetuskan idea-idea baharu yang lebih segar.

Buku kecil ini membincangkan dengan ringkas

tentang taksub mazhab serta beberapa kesan

negatifnya terhadap pemikiran umat.

Page 11: FANATIK UMAT

10

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

6

MAKSUD TAKSUB MAZHAB FEKAH

Fanatik1 mazhab adalah perkara yang dilarang

syarak. Fanatik mazhab di sini bermaksud taksub

mazhab.

Taksub Mazhab )���المذ� ) التعصب jika dikaitkan

dengan masalah fekah bermaksud: “Berpegang dengan

sesuatu pandangan dalam masalah fekah secara keras

dan enggan melepaskannya sekalipun dirinya

mengetahui bahawa pandangan tersebut salah, atau

tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi dalil

syarak yang lebih kuat dan ada pendapat lain yang lebih

benar atau kuat”.

1 Fanatik berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud

“a person who is enthusiastic about something and may have

extreme or dangerous opinions (especially about religion or

politics)”. (lihat: New Oxford English-English-Malay Dictionary,

m.s. 286, Shah Alam: Fajar Bakti 2005). Dalam Kamus

Dewan fanatik diertikan: “(orang yang) keterlaluan pada satu

pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dengan

keagamaan)”. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, m.s. 349, Kuala

Lumpur DBP 1996).

Page 12: FANATIK UMAT

11

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

7

Takrif ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh

penulis rumusan dari pandangan tokoh-tokoh berbagai

aliran. Antaranya Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman

yang menyebut:

“Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci

dan dilarang di sisi syarak. Ini kerana maksud taksub

mazhab ialah seseorang beriltizam dengan pendapat

tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah,

sedangkan dalam masa yang sama antara dirinya

dengan Allah azza wajalla dia sedar pendapat tersebut

tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli

fekah lain telah memberikan pendapat yang sahih.

Namun dia meninggalkan pendapat yang sahih tersebut

dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi

bertentangan dengan yang sahih. Ini sikap yang

dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu wajib

beramal dengan apa yang dia yakin benar dari segi dalil

dan kesahihannya. Seseorang tidak boleh berpegang

dengan sesuatu pandangan sedangkan dia tahu

pandangan itu lemah, atau tidak sahih. Sejarah Islam

tidak sunyi dari golongan yang mengikut mazhab

tertentu secara taksub yang hampir berlawanan dengan

pemikiran Islam yang sahih. Umpamanya kita dapati

Page 13: FANATIK UMAT

12

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

8

salah seorang ahli fekah mazhab Hanafi, iaitu al-Karkhi menyebut: “Setiap nas yang menyanggahi mazhab kita,

maka nas tersebut sama ada ditakwilkan, atau

dimansuhkan”. Majoriti terbesar ulama umat ini tidak

bersetuju dengan cara yang seperti ini, yang tidak boleh

dianggap betul dari segi ilmiah. Pendapat ini membawa

tuannya ke peringkat mensucikan para imam

sedangkan mereka sendiri tidak sampai ke peringkat

sebegitu” 2. Di sana banyak lagi kenyataan berbagai

penganalisa yang membawa maksud yang hampir

sama. Sebahagiannya akan disebutkan selepas ini.

2 Hatim Muhammad ‘Abd al-Qadir, al-Ta’asub al-Mazhabi

Atharuhu ‘Ala al-Mazahib al-Islamiyyah.

http://www.al-forqan.net.

Page 14: FANATIK UMAT

13

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

9

HUKUM TIDAK TERIKAT DENGAN SATU MAZHAB Sebelum kita meneliti kesimpulan tokoh-tokoh

sarjana Islam yang bersifat sederhana dan seimbang3,

kita lihat dahulu apa yang disebut oleh Dr. Said

Ramadan al-Buti yang merupakan seorang tokoh yang

keras membantah sesiapa yang tidak bermazhab. Kata

beliau: “Sesungguhnya tiada dalil syarak yang

mewajibkan muqallid4 beriltizam secara berterusan

3 Banyak petikan yang akan disebut nanti, membabitkan

tokoh-tokoh fekah semasa. Ini bukanlah bermaksud

pandangan sarjana di zaman terdahulu sudah tidak relevan

untuk zaman sekarang. Sebaliknya, pandangan sarjana

terdahulu yang bersifat prinsip hukum adalah sentiasa sesuai

untuk sepanjang zaman. Namun di dalam tulisan ini, banyak

pendapat tokoh-tokoh semasa dipetik kerana melihat ia lebih

praktikal dengan masyarakat di zaman kini yang memerlukan

pandangan-pandangan yang segar lagi semasa. 4 Muqallid مقلد berasal dari perkataan taqlid تقليد yang akhirnya

diguna dalam Bahasa Melayu dengan sebutan taklid. Dalam

fekah ia bermaksud: “mengambil pendapat orang lain tanpa

mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil tersebut”. (Zaidan: Dr

Abd al-Karim, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 410, Beirut:

Page 15: FANATIK UMAT

14

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

10

dalam taklidnya kepada sesuatu mazhab fekah. Tiada

pula dalil yang menegahnya untuk bertukar dari

mazhabnya ke mazhab yang lain. Telah ijmak kaum

muslimin bahawa muqallid boleh mengikut mana-mana

mujtahid yang dia mahu sekiranya telah sampai

kepadanya mazhab atau pandangan mereka yang

sebenar. Umpamanya, dia boleh mengikut setiap hari

imam yang berbeza-beza dari mazhab yang empat.

Sekalipun muncul pada zaman yang akhir ini mereka

yang mencela muqallid bertukar mazhab, namun itu

merupakan taksub yang dimurkai syarak dan batil

dengan sepakat kaum muslimin” 5 .

Muassasah al-Risalah, 1990). Kata al-Syaukani: “Maka

kesimpulannya, taklid itu ialah seseorang tidak bertanya

mengenai dalil al-Quran dan al-Sunnah SAW bahkan hanya

bertanya mazhab imamnya sahaja. Jika dia melepasi hal itu

dengan bertanya al-Quran dan al-Sunnah maka dia bukan

muqallid”. (Al-Syaukani, Muhammad bin ‘Ali, Al-Rasail al-

Salafiyyah, m.s. 192, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi 1994). 5 Al-Buti: Dr. Said Ramadan, al-Lamazhabiyyah, m.s. 37,

Damsyik: Maktabah al-Farabi (.t.t).

Page 16: FANATIK UMAT

15

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

11

Jika ini pendapat al-Buti yang keras dalam

masalah mazhab, tentu jumhur ulama yang sederhana

dan terbuka akan mempunyai pandangan yang lebih

luas dalam hal ini. Dalam tulisan ini akan dipetik

beberapa kenyataan-kenyataan utama dari mereka.

Antaranya;

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-

Syar’iyyah meletakkan satu tajuk berbunyi

���شرعا��ل�ال��ام�مذ�ب�مع�ن�أمر�مطلوب� (Adakah

beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang

dituntut syarak?). Beliau menyebut tiga pendapat.

Namun beliau telah mentarjihkan (memilih sebagai

pendapat yang kuat) pendapat yang menyatakan

tidak wajib. Kata beliau: “Kata majoriti ulama: Tidak

wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua

masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus

untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana

mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan

mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau

Al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia

berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-

pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib

Page 17: FANATIK UMAT

16

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

12

melainkan apa yang diwajibkan ALLAH dan

RasulNya. ALLAH dan RasulNya tidak pula

mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab

imam tertentu. Hanya yang ALLAH wajibkan ialah

mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh

tertentu, dan bukan yang lain. Firman ALLAH:

���� �����

Maksudnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahl

al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.”

Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada

zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan

mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan

sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan

hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak

(kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib

mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut

mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian,

pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan

mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan

kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat,

kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling

Page 18: FANATIK UMAT

17

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

13

kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh. Maka jelas dari

pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di

sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib

beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus

menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan

mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana

beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –

seperti yang dijelaskan -. Berdasarkan ini, maka

pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali

pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang

telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang

berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab

atau pendetilannya” 6.

Kata ‘Abd al-Karim Zaidan: “Sesungguhnya syariat

Islam adalah hujah mengatasi seluruh mazhab.

Bukanlah mazhab yang menjadi hujah mengatasi

syariat Islam. Apabila jelas kepada pengikut sesuatu

mazhab bahawa mazhabnya salah dalam masalah

tertentu, sementara kebenaran berada pada

pendapat yang lain dan masalah itu cukup jelas 6 Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19,

Beirut: Dar al-Khair 1993.

Page 19: FANATIK UMAT

18

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

14

baginya, maka hendaklah dia bertukar mazhab

kepada pendapat yang benar dalam masalah

tersebut. Harus bagi pengikut sesuatu mazhab

mengikut mazhab lain dalam sebahagian masalah.

Ini kerana tidak wajib kepadanya untuk terikat

dengan semua ijtihad mazhabnya. Dengan syarat ia

disebabkan oleh dalil7 yang menuntutnya berubah

dari mazhabnya ke mazhab yang lain dalam

masalah tertentu. Demikian juga harus untuk dia

bertanya mana-mana ahli fekah bukan dari

mazhabnya dalam sebarang hukum syarak. Dia

7 Saya katakan: ini bagi mereka yang bertaklid di peringkat

awal dengan memahami dalil sama ada secara detail atau

secara umum. Jika seseorang tidak memahami apa-apa

sebelum ini dan tidak pula mampu memahaminya, maka tiada

sebab untuk kita mewajibkan dalil untuknya dalam mazhab

baru – jika dia tidak mampu - sedangkan dia tidak diwajibkan

dalam mazhab sebelumnya. Sebagai seorang yang tidak

mampu memahami dalil, dia boleh mengikut apa sahaja

mazhab yang diterangkan kepadanya tanpa sebarang syarat

baru.

Page 20: FANATIK UMAT

19

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

15

boleh beramal berdasarkan apa yang difatwakan

kepadanya” 8.

Dr Yusuf al-Qaradawi lebih jelas lagi dalam masalah

ini. Beliau menyebut di dalam bukunya �ت�سـ���الفقـه

لمـــاذا�نـــرفض�التقليـــد� :di bawah tajuk للمســـلم�المعاصـــر

Mengapakah kita menolak taklid) والعصــ�ية�المذ�بيــة

dan taksub mazhab): “Sesungguhnya terikat dengan

mazhab-mazhab itu bererti beriltizam dengan

sesuatu yang dari segi syarak dan agama ia tidak

diperintahkan atau diwajibkan. Ini kerana tiada

kewajipan - atas nama agama dan syarak -

melainkan apa yang diwajibkan oleh ALLAH dan

RasulNya. ALLAH dan rasulNya tidak pula

mewajibkan mengikut mazhab tertentu dari mazhab

yang empat. Apa yang diwajibkan ialah mengikut Al-

Kitab dan Al-Sunnah. Adapun mazhab-mazhab ini,

ia lahir selepas agama telah sempurna dan wahyu

telah terputus; iaitu pada kurun kedua atau ketiga

8 Zaidan: Dr Abd al-Karim, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 412-

413.

Page 21: FANATIK UMAT

20

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

16

hijrah. Maka tidak terbayang untuk agama

mewajibkan mengikut mazhab-mazhab sedangkan

ianya belum wujud lagi ketika itu. Tiada sebarang

dalil dari Al-Quran, atau Al-Sunnah atau ijmak yang

mewajibkan kita mengikut mereka. Adapun

pendapat golongan muqallid bahawa wajib mengikut

mazhab-mazhab tersebut tidak boleh dianggap

muktabar. Ini kerana tidak boleh bertaklid kepada

orang yang dia juga bertaklid.”9. Sehinggakan jika

mereka berijmak sekalipun, maka ijmak mereka

tidak dianggap muktabar. Sebabnya, ijmak yang

muktabar ialah ‘kesepakatan para mujtahidin’ pada sesuatu zaman, bukan ‘kesepakatan para muqallidin’. Para ulama secara keseluruhannya –

termasuk golongan muqallidin - telah mentarjihkan

bahawa orang awam tiada mazhab baginya.

9 Maksudnya golongan muqallid bukan mujtahid yang boleh

diikuti pendapat mereka. Bagaimana kita ingin berpegang

kepada mereka, sedangkan mereka sendiri bertaklid kepada

orang lain?!! Dalam kata lain bagaimana kita ingin menjadikan

panduan orang yang dirinya sendiri memerlukan panduan.

Mereka tiada kemampuan atau kebebasan membuat

keputusan sendiri.

Page 22: FANATIK UMAT

21

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

17

Mazhabnya ialah mazhab ulama yang memfatwakan

untuknya..”10.

Dalam bukunya yang lain, al-Qaradawi menyebut:

“Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya

bahawa hukum orang awam mengikut salah

seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan

syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib

seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini

kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan

oleh Al-Kitab dan Al-Sunnah. Keduanya tidak

mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab.

Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang

muslim bebas dari terikat dengan mana-mana

mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya

kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa

perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa

bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan

sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang

baik pada zaman sebaik-baik kurun. ALLAH telah

selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. 10 Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir,

m.s. 37-39, Beirut: Muassasah al-Risalah 2000.

Page 23: FANATIK UMAT

22

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

18

Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat

dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut

Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa

yang tidak diwajibkan ALLAH ta’ala. Dia boleh

bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang

dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku

fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan

mazhab tertentu.”11.

Banyak lagi kenyataan yang lain, apa yang

disebutkan di sini hanya sebahagian kecil sahaja.

Bahkan kenyataan tokoh-tokoh ilmuan atau sarjana

Islam dahulu begitu banyak jika hendak dipetik.

Umpamanya kenyataan-kenyataan bernilai oleh

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-

Fatawa.

11 Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s.

83-84, Kaherah: Maktab Wahbah 2001.

Page 24: FANATIK UMAT

23

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

19

KELUAR MAZHAB BUKAN BERERTI MENGHINA MAZHAB

Ramai yang tersalah faham dengan

menganggap bahawa apabila seseorang keluar dari

mazhabnya bererti dia menghina mazhab atau imam

mazhab tersebut. Atau seakan dia menganggap dirinya

lebih bijak dari imam mazhab. Dakwaan ini tidak benar.

Ia adalah lambang ketaksuban yang dibenci syarak.

Jika hal ini ditanya semula kepada yang mendakwa

demikian; apakah anda yang tidak mengikut mazhab

lain selain dari mazhab anda, bererti anda menghina

mazhab-mazhab lain dan menghina imam-imam

mereka? Apakah anda yang enggan mengikut mazhab-

mazhab lain bererti mendakwa diri lebih ilmuan dari

imam-imam dari mazhab yang lain tersebut?. Apakah

dengan mengikut mazhab Al-Syafi'i bererti menghina

imam-imam lain?. Ini adalah cara fikir yang salah.

Dalam buku Al-Rukhsah al-Syar’iyyah disebutkan:

“Sesungguhnya berbeza dengan keseluruhan

imam-imam yang empat atau sebahagian mereka bukan

bererti menghina keimaman mereka, bukan pula

merendahkan kedudukan mereka, tidak juga

Page 25: FANATIK UMAT

24

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

20

meremehkan keluasan ilmu, kesahihan ijtihad dan

kejujuran mereka mencari kebenaran. Sesiapa yang

menyangka demikian maka dia benar-benar jahil

tentang hakikat dan sejarah umat ini”12.

Ini kerana para imam tidak maksum. Bukan

semua pendapat mereka kuat dalam setiap masalah

yang mereka bincangkan atau ijtihadkan. Maka kita

dapati ramai tokoh mazhab itu sendiri membebaskan

diri dari mazhab mereka dalam sebahagian masalah

yang mereka bincangkan. Sama ada mereka

memegang pendapat tokoh-tokoh lain dalam mazhab

mereka yang berbeza dengan imam mazhab mereka,

atau mereka mengambil pendapat luar dari mazhab

sama sekali.

Dalam masa yang sama wujudnya golongan

yang tersalah faham atau terlebih lebih had, apabila

ingin membebaskan diri dari taksub, dia turut mengkeji

dan menghina mazhab dan para imamnya. Ini tidak

12 Kamil: Dr ‘Umar ‘Abd ALLAH, Al-Rukhsah al-Syar’iyyah,

m.s. 198, Mekah: al-Maktabah al-Makkiyyah 1999.

Page 26: FANATIK UMAT

25

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

21

mungkin dapat diterima oleh seorang mukmin yang

memahami ilmu dengan disiplinnya yang jelas.

Al-Qaradawi cuba menjelaskan hal ini ketika

mengulas tajuk: “Apakah yang kita maksudkan dengan bebas dari bermazhab?.” Beliau menjelaskan

apakah maksud seruan beliau tentang bebas dari

mazhab dengan katanya: “Kebebasan kita dari sikap

keras dalam bertaklid dan taksub mazhab tertentu tidak

bermaksud kita mencerca mazhab-mazhab, atau

menghina kedudukan para imam r.ahum. Ini tidak

mungkin untuk dilakukan oleh seorang muslim yang

mencium haruman ilmu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah

telah mengarang kitab yang bernilai lagi masyhur

mengenai hal ini. Beliau namakan رفع�الملام�عن�الأئمة�الأعلام

yang mana diterangkan dalamnya keuzuran buat para

imam apabila mereka meninggalkan hadith. Beliau

menjelaskan bahawa tiada seorang pun di kalangan

mereka yang sengaja menyanggahi Rasulullah SAW,

atau cuba berpaling dari sunnah baginda yang thabit.

Demikian juga kebebasan dari mazhab ini tidak

bermaksud kita tidak memerlukan lagi fekah dan buku

mazhab-mazhab tersebut. Bukan juga tidak

Page 27: FANATIK UMAT

26

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

22

memerlukan alasan, kesimpulan, pendetilan dan

perbincangan yang berharga mazhab-mazhab tersebut.

Tidak seorang pun penuntut ilmu yang mencari

kebenaran dan ketepatan serta dalil-dalilnya syak

tentang nilai perkara-perkara itu. Namun yang kita

maksudkan kebebasan dari mazhab ialah: seorang

faqih (ahli fekah) tidak mengikat dirinya dengan ikatan

yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Maka

dia hendaklah mengambil pandangan dari mana-mana

mazhab sekalipun, yang didapati lebih kuat hujahnya

berdasarkan penilaian syarak. Ini lebih melapangkan

umat, lebih memudahkan mereka, memberikan ruang

yang luas untuk mereka menapis dan mentarjih

pendapat berdasarkan maqasid al-Syara’ dan

kemaslahatan manusia”13.

Maka membebaskan diri dari keterikatan dengan

mazhab tidak bermaksud seseorang ingin menghina

mazhab, atau tidak juga bermaksud seseorang boleh

menghina para imam mazhab. Sebaliknya bermaksud

bebas dari terikat dengan hanya satu aliran mazhab

semata. Namun kebebasan dari mazhab bermaksud

mengambil manfaat dari semua khazanah mazhab 13 Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu’asir, m.s. 36.

Page 28: FANATIK UMAT

27

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

23

tanpa terikat setelah meneliti proses pendalilan dan

mencari pegangan yang lebih diyakini menepati Al-

Quran dan Al-Sunnah. Bagi orang awam yang tidak

mampu memahami dalil, pembebasan bermaksud

mereka boleh mengikuti fatwa dari mana-mana tokoh

ilmuan yang mereka yakini tanpa terikat dengan hanya

tokoh mazhab tertentu.

Maka membebaskan diri dari pandangan

sesuatu mazhab bukanlah kesalahan selagi tidak

bermaksud menjadikan agama sebagai mainan. Maka

seseorang boleh memakai pendapat yang menyatakan

bersentuh lelaki dan perempuan tidak membatalkan

wuduk sekalipun dia secara umumnya bermazhab Al-

Syafi’i yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Tiada apa-apa proses penukaran mazhab seperti

mempelajari wuduk Hanafi atau seumpamanya. Ajaran

seperti ini adalah lambang ketaksuban mazhab. Ia

menyanggahi pendapat sarjana-sarjana fekah yang

terbilang lagi bebas dari ketaksuban. Bahkan

pandangan yang seperti inilah yang menyusahkan

jamaah haji beramal dengan keluasan mazhab-mazhab

yang wujud dalam Islam.

Page 29: FANATIK UMAT

28

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

24

BEBERAPA KESAN NEGATIF TAKSUB MAZHAB

Ketaksuban kepada mazhab fekah mempunyai

kesan negatif yang banyak dalam berbagai perkara.

Namun di sini hanya difokuskan tentang kaitannya

dengan pembangunan pemikiran umat. Jika

diperincikan kesan-kesan negatif dalam hal ini juga

banyak. Namun disebut di sini secara ringkas dan

umum;

i. Menyebabkan Dipinggirkan Al-Quran Dan Al-Sunnah

Al-Quran dan Al-Sunnah adalah teras kepada

pembangunan minda dan pemikiran umat. Kedua

sumber inilah yang menjana pemikiran umat agar

bergerak dan membangun. Jika keduanya dipinggirkan,

maka hilanglah kekuatan jati diri dan pembangunan

umat. Ketaksuban boleh menyebabkan kedua sumber

agung ini dipinggirkan. Hal ini berlaku kepada golongan

yang taksub mazhab secara langsung atau tidak

langsung, sedar atau tidak sedar. Mereka sanggup

meminggirkan nas-nas Al-Quran atau Al-Sunnah hanya

disebabkan tidak serasi dengan pendapat mazhab

Page 30: FANATIK UMAT

29

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

25

mereka. Sehingga apabila diberikan hujah berdasarkan

hadith yang sahih mereka akan berkata “ini tidak boleh,

tidak sama dengan mazhab kita”. Mereka ini telah

melanggar titah perintah ALLAH dalam Surah Al-Hujurat

ayat 1:

�ورسولهۦ� ه �ٱلل �يدي �ب�ن موا �تقد �لا �ءامنوا ذين�ٱل �ا �

أي

ه�سميع�عليم� �ٱلل �إن ه قوا�ٱلل وٱت

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman!

janganlah kamu mendahului (melakukan sesuatu

perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran)

Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada

Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui.”

Kata al-Imam Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam (w. 660H):

“Antara yang paling menghairankan, golongan ahli

fekah yang bertaklid mengikut pendapat dhaif imam

mereka sekalipun mereka tidak mempunyai hujah untuk

mempertahankannya. Namun mereka terus bertaklid.

Mereka meninggalkan pendapat yang mempunyai dalil

yang jelas dari Al-Quran, Al-Sunnah dan Qias yang

Page 31: FANATIK UMAT

30

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

26

sahih. Ini disebabkan jumud bertaklid kepada imam

mereka. Bahkan mereka cuba berhelah untuk menolak

apa yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah, dan cuba

mentakwilkan keduanya dengan takwilan yang jauh lagi

batil semata-mata untuk mempertahankan mazhab

mereka”14.

Katanya lagi: “Dahulunya orang ramai bertanya

para ulama yang mereka pilih tanpa bertaklid kepada

mazhab. Tiada siapa pun yang membantah mereka

yang bertanya tersebut. Hinggalah lahirnya mazhab-

mazhab ini dan mereka yang taksub bertaklid

kepadanya. Sehinggakan seseorang mengikut imamnya

sekalipun pendapat imam berkenaan jauh dari dalil.

Semata-mata kerana taklid, seakan imamnya nabi yang

diutuskan. Ini menyimpang dari yang hak dan menjauhi

kebenaran. Tiada seorang pun mereka yang berakal

bersetuju dengan perbuatan seperti ini”15.

14 Petikan dari Waliyy ALLAH al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan

Asbab al-Ikhtilaf, m.s. 99, Beirut: Dar al-Nafais 1993. 15 Ibid m.s 99.

Page 32: FANATIK UMAT

31

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

27

Al-Imam Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah (w. 751H)

menyebut: “Yang lebih pelik dari semua itu16 ialah sikap

kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati

ayat Al-Quran yang bersesuaian dengan mazhab kamu,

maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan

berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara

berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat

tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding

dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu,

kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba

membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari

maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian

dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan

kepada nas-nas Al-Sunnah. Jika kamu dapati satu

hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu,

kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi

SAW begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau

lebih hadis sahih yang berbeza dengan mazhab kamu,

kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu

16 Ini petikan ketika beliau menceritakan sikap golongan ahli

taklid yang taksub. Sila lihat kitab tersebut, ia amat

bermanfaat.

Page 33: FANATIK UMAT

32

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

28

hadis..”17.

Hal ini kita dapat saksikan, di mana sikap

golongan taksub mazhab hanya menyebut dalil-dalil

yang menyokong mazhabnya dan melupai atau sengaja

membutakan mata jika dikemukakan dalil-dalil yang

menyanggahi pendapat mazhabnya sekalipun dia yakin

dalil-dalil itu benar. Namun dia akan membiarkannya

tanpa mahu mengambil peduli.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang

taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut

sesuatu mazhab keluar darinya, sekalipun dalam

beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab

tersebut bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga

mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab

sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya

mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT.

Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab

17 Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut:

Dar al-Fikr (t.t).

Page 34: FANATIK UMAT

33

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

29

mempunyai kuasa membuat syari`at18 dan perkataan

mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak

boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk

ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana

sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai

bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga

menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf

umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas

sahabah19 sepanjang kurun-kurun yang awal yang

merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat

kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar

umat ini dan para muhaqqiqnya20 membantah sikap

melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa

18 Ini kerana kuasa menentu syariat hanyalah milik Allah

SWT. 19 Maksudnya tabi`in dan tabi’ al-tabi`in. 20 Muhaqqiq daripada perkataan tahqiq yang bermaksud

seseorang yang mengkaji, menyemak dan memastikan

kekuatan atau kesahihan sesuatu hujah atau fakta.

Page 35: FANATIK UMAT

34

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

30

yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi

dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”21.

Penyataan-penyataan para imam dalam

melarang umat dari taksub kepada kepada mereka

tanpa dalil amat banyak. Antara yang banyak membuat

kenyataan itu, ialah imam kita, Al-Imam Al-Syafi’i.

Antaranya beliau menyebut:

إذا����ا��ديث�ف�و�مذ����وإذا����ا��ديث�فاضر�وا�بقو��� 22ا��ائط

Maksudnya: “Apabila sahihnya sesuatu hadith maka

itulah mazhabku. Jika sahihnya sesuatu hadith maka

campakkan pendapatku ke dinding”23.

21 Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-

Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum, m.s 202,

Kaherah: Dar al-Sahwah 1991. 22 Al-Zahabi : Muhammad bin Ahmad, Siyar A’lam al-Nubala,

jld 10, m.s.35 Beirut: Muassasah al-Risalah 2001. 23 Di samping itu hendaklah kita sedar, bahawa bukan semua

hadith Sahih yang tidak diamalkan oleh al-Imam al-Syafi`i

disebabkan beliau tidak menemuinya. Demikian juga imam-

Page 36: FANATIK UMAT

35

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

31

مت�ف��ا����ا�����ف��ا�عن�الن���ص���الله�عليه ��ل�مسألة�ت�ل�عند �����وسلم �ع��ا �راجع � � �قلت�فأنا �بخلاف�ما �النقل أ�ل

24حيا�ي�و�عد�مو�ي

Maksudnya: “Setiap perkara yang aku telah

perkatakannya, sedang ada riwayat sahih di sisi ulama

hadith daripada Nabi SAW yang menyanggahi apa yang

aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku

semasa hidupku dan selepas mati”.

imam yang lain. Di sana ada syarat-syarat yang lain untuk

seseorang ahli ilmu berpegang dengan sesuatu hadith,

seperti mengetahui ilmu nasikh mansukh, sabab al-wurud,

gharib al-Hadith, musykil al-hadith dan lain-lain. Maka tidak

wajar bagi seseorang yang tidak memahami ilmu-ilmu ini di

samping bahasa ‘arab, usul al-Fiqh juga perkara-perkara

berkaitan dengannya lalu cuba mengeluarkan ijtihad secara

sendirian terhadap hukum-hakam syarak tanpa meneliti

huraian-huraian berbagai pihak. Jika dia bukan ahli ilmu dia

hendaklah menyandarkan fahamannya kepada mana-mana

imam-imam yang muktabar, atau kepada ahli ilmu yang

berkemampuan. Dibimbangi penguasaannya yang tidak luas

menyebabkan dia tersalah faham. 24 Ibid, 2/266.

Page 37: FANATIK UMAT

36

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

32

Justeru itu, murid agung Al-Imam Al-Syafi’i, iaitu

al-Muzani (w. 264H) menyebut: “Aku ringkaskan ini dari

ilmu Al-Syafi’i dan apa yang semaksud dengan

perkataannya. Untuk memudahkan sesiapa yang

inginkannya. Dengan aku memaklumkan bahawa Al-

Syafi’i melarang bertaklid kepadanya atau selainnya.

Tujuan ringkasanku supaya seseorang dapat melihat

dan mengetahui ilmu Al-Syafi’i, dengan aku

memaklumkan kepada sesiapa yang inginkan ilmu Al-

Syafi’i bahawa Al-Syafi’i melarang taklid kepadanya

atau selainnya.”25.

Demikian juga para imam yang lain, mereka

menentang sikap taksub kepada mereka sehingga

meminggirkan kebenaran. Hal ini sangat berbeza

dengan sesetengah pengikut mazhab itu sendiri.

Dr Marwan Ibrahim al-Qaisi ketika membicarakan

tentang sebab-sebab kejumudan fekah islami,

menyebut antara sebabnya: “Taksub mazhab oleh para

fuqaha (ahli fekah) setiap mazhab. Taksub ini sehingga

ke peringkat menganggap kesucian pendapat para

25 Petikan dari Waliyy ALLAH al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan

Asbab al-Ikhtilaf, m.s. 100.

Page 38: FANATIK UMAT

37

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

33

imam mazhab setanding dengan nas-nas syarak.

Bahkan kadang-kala menganggap pendapat mereka

itulah nas-nas syarak. Antara yang membuktikan hal ini

ialah ungkapan Abu Hasan al-Karkhi, iaitu salah

seorang ahli fekah mazhab Hanafi, di mana beliau

menyebut: “Setiap ayat Al-Quran yang menyanggahi

pendapat tokoh-tokoh mazhab kita maka ia ditakwilkan

atau dimansukh. Setiap hadith juga demikian, iaitu ia

ditakwilkan atau dikeluarkan”. Taksub yang seperti ini

telah menutup pintu ijtihad dan membuka pintu taklid

yang mempunyai kesan buruk yang membawa jumud

dan bekunya fekah islami dan ia tidak seiring untuk

mengikuti perubahan sedangkan keanjalan itu wujud

dalam syariat.”26.

Ketaksuban yang seperti ini adalah satu

kemungkaran yang mesti ditentang kerana ia mengajak

umat meninggalkan Al-Kitab dan Al-Sunnah dan

memberikan darjah kemaksuman kepada insan selain

rasul.

26 Al-Qaisi, Dr Marwan Ibrahim, Ma’alim al-Huda Ila Fahm al-

Islam, m.s. 70-71, Saudi: Syirkah ‘Abd al-Aziz (t.t).

Page 39: FANATIK UMAT

38

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

34

ii. Menyempitkan Ruang Hukum Dan Ijtihad

Keterikatan dengan sesuatu mazhab hanya

menyempitkan ruang fikiran seseorang. Ia menjadikan

ruang ijtihad terbatas dalam lingkungan mazhab semata

dan tidak berkembang. Ini seperti yang disebutkan oleh

beberapa tokoh terdahulu. Sebabnya, sebahagian

pandangan mazhab itu amat sempit, sedangkan dalil

yang menyokongnya tidak begitu kukuh.

Golongan yang taksub seakan lupa sifat Islam

yang mudah dan memudahkan pengikutnya. Firman

Allah Surah Al-‘Araf: 157:

�يجدونهۥ� ذي �ٱل ي م�ٱلأ �� �ٱلن سول �ٱلر بعون �ي� ذين ٱل

عروف�

�بٱلم مر�م�يأ نجيل �وٱلإ ورىة �ٱلت ��� �عند�م مكتو�ا

�عل��م� �و�حرم ت � ي�ٱلط �ل�م �و�حل نكر �ٱلم �عن و���ى�م

�ث ��ٱ��ب �عل��م ��انت �� �ٱل ل

غل

�وٱلأ �إصر�م �ع��م و�ضع

ذي� ور�ٱل بعوا�ٱلن روه�ونصروه�وٱت ذين�ءامنوا�بهۦ�وعز فٱل

Page 40: FANATIK UMAT

39

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

35

ف��ون ئك��م�ٱلمول

نزل�معهۥ�أ

أ

Maksudnya: “Mereka yang mengikut Rasulullah

(Muhammad SAW) Nabi yang Ummi, yang mereka

dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam

Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh

mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan

melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara

yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala

benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka

segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan

dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang

ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman

kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya,

serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya

(Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Dalam Surah Al-Baqarah 185, ALLAH SWT berfirman :

ه�بكم�ٱل�سر�ولا�ير�د�بكم�ٱلعسر� ير�د�ٱلل

Maksudnya: “Allah menghendaki kamu beroleh

kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu

menanggung kesukaran.”

Page 41: FANATIK UMAT

40

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

36

Dalam hadith Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

دوا�وقار�وا� �غلبه�فسد حد�إلاين�أ �الد ن��شاد

ين��سر�ول �الد إن

��ة �شروا�واستعينواوأ �ء�من�الد وحة�و�� 27بالغدوة�والر

Maksudnya: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang

memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah.

Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan

gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam hadith lain Umm al-Mukminin ‘Aisyah menyebut:

خذ��أ �إلا مر�ن

�أ �ب�ن م �وسل �عليه ه �الل � �ص� ه �الل ��رسول �خ� ما

م�يكن�إثما�سر�ما�ما�ل

28أ

Maksudnya: “Rasululah tidak diberi pilihan antara dua

perkara kecuali baginda mengambil yang paling mudah.

Ini selagi ia tidak merupakan dosa”.

27 Riwayat al-Bukhari, jld 1, m.s 23, Beirut : Dar Ibn Kathir

1987. 28 Riwayat al-Bukhari, jld 3, m.s. 1306, Muslim, jld 4, m.s.

1813, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi t.t.

Page 42: FANATIK UMAT

41

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

37

Kita tidak boleh menafikan sebahagian pendapat

mazhab agak sempit dan membebankan. Ini seperti

pandangan-pandangan mazhab Al-Syafi’i dalam

sebahagian hukum-hakam taharah29. Demikian juga

pandangan mazhab Hanafi mengenai haiwan laut yang

dihalalkan.

Di sini disebutkan beberapa contoh ringkas:

1. Di sini saya sebutkan apa yang dicatatkan oleh Dr

Yusuf al-Qaradawi dalam risalahnya:

�ل�ي�تن���مؤسسة�الز�اة����التطبيق�المعاصر

“Aku masih teringat, beberapa tahun dahulu aku telah

melawat negera-negara Asia Tenggara. Antaranya

Indonesia dan Malaysia. Di sana antara soalan penting

yang berulang kali ditanyakan kepadaku, khas di 29 Kata al-Qaradawi : Sekiranya terdapat di sana mazhab

yang begitu keras dalam perkara taharah dan najis seperti

mazhab al-Syafi’i RA, maka tiada alasan untuk mewajibkan

orang ramai berpegang dengannya. Ini kerana ia

menyebabkan orang ramai menjadi susah terutamanya di

ladang dan kampung (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim

al-Mu’asir, m.s. 40).

Page 43: FANATIK UMAT

42

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

38

Malaysia, oleh Canselor Universiti Malaya, para

pensyarah dan pelajarnya ialah: “Adakah wajar siasah

ekonomi Islam yang tidak mewajibkan zakat kepada

peladang-peladang besar yang memiliki ratusan,

bahkan ribuan hektar tanaman getah, atau teh, atau

kelapa, atau mangga dan lain-lain, dalam masa yang

sama mewajibkan zakat ke atas petani-petani kecil yang

bertani gandum atau padi dalam kawasan yang kecil?

Mungkin mereka juga tidak memiliki tanah pertanian

tersebut, sebaliknya hanya menyewa?!!.

Bentuk dan cara soalan ini bukan sekadar

khayalan atau rekaan. Bahkan ia menggambarkan

keadaan yang berlaku di sana. Keadaan yang

digunakan kesempatan tersebut oleh golongan komunis

dan seumpamanya untuk memburukkan gambaran dan

hakikat zakat mempengaruhi golongan muslim yang

berpendidikan…sebab hal ini berlaku ialah kerana

majlis-majlis agama Islam mereka terikat dengan

mazhab yang diamalkan di sana iaitu mazhab Al-Syafi’i

RA Ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam

mewajibkan zakat tumbuhan dari bumi. Mazhab Al-

Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi

makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini

Page 44: FANATIK UMAT

43

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

39

untuk di bincangkan pandangan tersebut. Aku telah

bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila rujuk.

Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya

pendapat Al-Imam Al-Syafi’i atau imam-imam yang lain

(r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya diberikan pahala,

sama ada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita

untuk meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata

kepada kita ia lemah dan selainnya lebih kuat”30.

2. Demikian juga keterikatan dengan mazhab

mengekang banyak pihak dari melihat pandangan yang

lebih luas dan mudah berdasarkan dalil-dalil yang

kukuh. Ini seperti pegangan yang mewajibkan wanita

berpurdah. Dalil-dalil dalam masalah tersebut tidaklah

begitu kukuh jika dibandingkan dalil-dalil pihak yang

tidak mewajibkannya. Ini seperti yang disebut oleh al-

Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya

Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang

merdeka ialah seluruh badannya kecuali muka dan

kedua tapak tangan. Inilah pendapat Al-Imam Al-Syafi`i,

30 Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi

al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al-

Risalah 1994.

Page 45: FANATIK UMAT

44

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

40

Al-Imam Malik, Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-

`Auza`i, Al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga

dalam satu riwayat daripada pendapat Al-Imam

Ahmad.”31.

Di zaman ini, antara ulama yang kuat

menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah Al-Syeikh

Ibn Baz RH dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti

oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sementara yang

menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti

ulama dahulu dan semasa. Ulama dahulu seperti yang

jelaskan oleh Al-Nawawi dan semasa antaranya Dr.

Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya �النقاب�للمـرأة Al-Niqab li

al-Mar’ah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani RH

dalam�جلبــاب�المــرأة�المســلمة��ــ��الكتــاب�والســنة Jilbab al-Mar’ah

al-Muslimah fi al-Kitab wa Al-Sunnah” dan kitabnya

yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan

dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu�الـرد�المفحـم Al-

31 Al-Nawawi: Muhyi al-Din bin Zakaria, Al-Majmu’ Syarh al-

Muhazzab, jld 3, 169, Beirut: Dar al-Fikr.

Page 46: FANATIK UMAT

45

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

41

Radd al-Mufhim. Dalil-dalil dalam masalah ini sangat

kuat, seperti yang al-Albani jelas dan tegaskan.

Namun ketaksuban mazhab telah mengongkong

wanita arab di sesetengah negara seperti Arab Saudi

dan beberapa negara Teluk dalam masalah ini. Bagi

sesetengah ulama yang taksub dalam masalah ini, bagi

mereka membuka purdah seolah-oleh kesalahan yang

amat berat. Ini membebankan wanita dalam perkara

yang syarak memberikan ruang keluasan untuknya.

Apatah lagi pada zaman yang imej Islam difitnah

dengan berbagai tuduhan khianat kononnya Islam

menindas wanita. Pendapat majoriti, di samping kukuh

dari segi dalil, lebih memudahkan wanita berurusan

dalam hidup mereka. Juga boleh menangkis perasaan

fobia sesetengah pihak terhadap Islam.

3. Di Malaysia, orang yang cedera parah atau luka yang

berbalut disuruh berwuduk (membasuh anggota yang

tidak cedera), menyapukan air atas balutan dan

bertayamum. Ini kerana berpegang kepada pendapat

Page 47: FANATIK UMAT

46

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

42

dalam mazhab Al-Syafi’i32. Cuba bayangkan, orang

yang sihat hanya perlu berwuduk, sementara yang sakit

perlu melakukan tiga langkah yang menyusahkan.

Walaupun ada ulama yang menyebut hal itu, namun

dalil-dalil yang menyokong ijtihad itu dhaif. Tambahan

pula tidak selari dengan ruh taisir (memudahkan) yang

ada dalam syariat. Sebenarnya, dalam masalah ini,

kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu

menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu

menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut.

Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah

iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam

masalah ini kesemuanya tersangat dhaif, ini seperti

yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-

Baihaqi, dan tegaskan hal ini oleh al-Albani dalam

32 Sehingga penulis-penulis dalam Mazhab al-Syafi’i di zaman

kini masih terikat dengan pandangan ini. Antaranya lihat kitab

Al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Dr

Mustafa Khin dan Dr Mustafa al-Bugha (lihat: jld 1, m.s. 68,

Damsyik: Dar al-Qalam 1992).

Page 48: FANATIK UMAT

47

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

43

Tamam al-Minnah33, maka berlaku perbezaan pendapat

di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan

para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah

diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut.

Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai

balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia

hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa

perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya,

atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih

daripada kebanyakan ulama Fekah34.

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini

terlalu dhaif, maka terdapat ulama fekah yang

berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas

balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang

cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang

33 Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, Tamam al-

Minnah, m.s. 134-135, Riyadh: Dar al-Rayah 1998. 34 Lihat: ‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-

Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994.

Page 49: FANATIK UMAT

48

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

44

sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan

syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang

dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat

456H). Kata beliau ketika memberikan alasan

pandangannya : “Dalilnya firman Allah:

�وسع�ا� ه�نفسا�إلا ف�ٱلل لا�ي�ل

(maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang

kecuali apa yang dia terdaya”.

Juga sabda Nabi SAW:

توا�منه مر�فأ

مرتكم�بأ

عتم�وإذا�أ

35ما�استط

(Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah,

maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu).”

Berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Sunnah,

sesuatu kewajipan gugur apabila seseorang tidak

mampu. Maka gantian kepada yang gugur itu hendaklah

berasaskan syarak. Syarak pula tidak wajib diikuti

kecuali adanya dalil daripada Al-Quran atau Al-Sunnah. 35 Riwayat al-Bukhari, jld 6, m.s. 2658.

Page 50: FANATIK UMAT

49

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

45

Namun, tiada dalil Al-Quran atau Al-Sunnah yang

menggantikan basuhan dengan sapuan atas balutan

patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu

dibasuh”36.

Salah satu pendapat di atas boleh untuk

diamalkan dan lebih mudah dari seseorang terikat dan

taksub kepada mazhabnya sehingga akhirnya

meninggalkan solat. Bahkan pendapat al-Imam Ibn

Hazm lebih praktikal secara hujah dan perbandingan.

Memudahkan hal ini adalah baik dari memberikan

pendapat mazhab yang lemah lagi menyusahkan

pesakit sehingga kemungkinan mereka meninggalkan

solat.

Banyak contoh-contoh terutamanya dalam

urusan muamalat yang membebankan umat jika terikat

dengan hanya satu mazhab sahaja. Taksub mazhab

hanya menyempitkan minda dan cara fikir seseorang.

36 lihat: Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316,

Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah t.t.

Page 51: FANATIK UMAT

50

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

46

iii. Enggan Mendengar Pendapat Lain Dan Bersikap Keras

Ketaksuban juga membawa seseorang

memusuhi saudara muslimnya yang lain tanpa alasan

yang benar. Ini akan terjadi apabila seseorang

menganggap kebenaran itu hanya dipelopori oleh

mazhabnya. Maka selain dari mazhabnya adalah tidak

benar dan patut ditentang. Justeru kita dapati, hanya

kerana berbeza mazhab dalam pendapat dan amalan

maka mereka menghukum sesat. Ini seperti yang

berlaku kepada golongan konservatif agama di

Nusantara ini yang menganggap sesiapa yang tidak

bermazhab Al-Syafi’i sesat, atau patut dipulaukan, atau

dipinggirkan. Ini adalah taksub yang dibenci agama dan

memundurkan umat untuk melangkah lebih luas.

Mereka enggan mendengar hujah-hujah di luar daerah

mazhab mereka. Seakan semua amalan atau pendapat

yang tidak dikenali dalam mazhab kita adalah salah

walau apa sekalipun hujahnya.

Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali:

“Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau

mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap

sesiapa yang menyanggahi pandangan dan

Page 52: FANATIK UMAT

51

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

47

mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian

pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah

(mencerca) sesiapa yang berbeza dengan

mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian

secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak

melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang

berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap

keras, mengkritik dan menyakiti.”37

Kata Muhammad Qutb ketika membincangkan

tentang kemunduran ilmu, tamadun, ekonomi pemikiran

dan budaya di Dunia Islam: “Dari sudut yang lain,

dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang

dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya

-. Ditambah dengan masuk ke dalamnya serangan

pemikiran Greek dari ilmu kalam yang tidak berguna

dan bermanfaat. Lebih dari itu ilmu kalam telah

menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara

yang menyusahkan minda lagi tidak berguna dan

memayahkan. Mengubah akidah dari inti kandungan

37 Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah

wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-

Khadra` 1420H.

Page 53: FANATIK UMAT

52

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

48

yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa

kepada pertengkaran tanpa sebarangan natijah dan

tujuan. Lebih daripada itu pelajar-pelajar agama telah

bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir.

Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan

kadar apa yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota

kaki. Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan

tidak juga dapat berfikir secara sendiri. Maka para

ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu

golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain.

Bahkan ditambah lagi keburukan ketiga, iaitu taksub

mazhab yang mengenai keseluruhan para pelajar.

Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia

membesar di dalamnya. Dia menjadikan kemuncak

jihadnya untuk agamanya, semata-mata untuk

membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab

dan syeikh orang lain..”38.

Golongan yang taksub ini tidak berusaha untuk

mempersembahkan Islam dalam wajah yang lebih

menepati dalil dan mudah untuk umat pada zaman yang

38 Muhammad Qutb, Waqi‘una al-Mu‘asir, m.s. 176. Jeddah:

Muassasah al-Madinahli al-Sahafah 1987.

Page 54: FANATIK UMAT

53

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

49

serba mencabar ini. Sebaliknya mereka sibuk berbalah

jika ada orang yang tidak terikat dengan mazhab yang

menjadi ketaksuban mereka. Perjuangan mereka hanya

untuk mempertahankan mazhab bukan keluasan dan

keindahan Islam itu sendiri.

Golongan taksub sepatutnya sedar bahawa

kebenaran tidak terhimpun hanya dalam satu mazhab.

Kata ‘Abd al-Karim Zaidan: “Pendapat mazhab-mazhab

yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas

andaian benar dan ia menyampaikan seseorang kepada

hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian

benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang

muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab.

Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini

menganggap bahawa telah terhimpun dalam

mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu

menganggap salah sesiapa yang menyanggahi

mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan

oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka

menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan

tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul

Page 55: FANATIK UMAT

54

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

50

dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut

mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini?!!”39

iv. Berfikiran Singkat Dan Hilang Sikap Kritis

Taksub mazhab juga membunuh keupayaan

menilai dengan cara yang seimbang. Golongan yang

taksub sanggup memutar apa sahaja fakta demi untuk

kepentingan taksub. Pemikiran mereka menjadi sempit

dan mereka gagal membuat penilaian yang seimbang.

Sehingga dalam sejarah ada yang sanggup membuat

hadith palsu untuk membela mazhabnya, antaranya:

ي�ون����أم���رجل�يقال�له�محمد�بن�إدر�س�أضرع���أم���من�إبل�س�و��ون����أم���رجل�يقال�له�أبو�حنيفة��و�سراج�أم���

�و�سراج�ام��Maksudnya: “Akan ada di kalangan umatku seorang

lelaki yang dipanggil Muhammad bin Idris, dia memberi

mudarat kepada umatku lebih daripada iblis. Akan ada

pula seorang lelaki di kalangan umatku dipanggil Abu

39 Zaidan: Dr Abd al-Karim, Al-Sunan al-Ilahiyyah, m.s. 147,

Beirut: Muassasah al-Risalah 2002.

Page 56: FANATIK UMAT

55

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

51

Hanifah, dia adalah lampu umatku, dia adalah lampu

umatku”.

Hadith ini direka oleh Makmun bin Ahmad al-

Harawi yang hasad dengan perkembangan pengikut al-

Imam Al-Syafi’i di Khurasan40. Kata al-Jarahi (w 1162H):

“Tiada suatu pun hadith sahih mengenai pujian atau

cercaan terhadap Abu Hanifah dan Al-Syafi’i. Semua

yang disebut mengenai hal berkenaan adalah palsu lagi

dusta” 41.

Hadith-hadith palsu seperti di atas dibuat oleh

golongan ektremis mazhab. Kesempitan taksub

melupakan mereka bahawa memalsukan hadith

menjerumuskan mereka ke dalam neraka.

Demikian juga ketaksuban menjadikan ulasan

seseorang tersasar dari nilaian yang objektif dan ilmiah.

Umpamanya Taj al-Din al-Subki (w. 771H) yang

merupakan tokoh dalam mazhab Al-Syafi’i telah

40 Lihat: Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182. Beirut: Dar al-Fikr

1993. 41 Al-Jarahi, Kasyf al-Khafa,, jld 2, m.s. 420. Beirut: Dar Ihya

al-Tutath al-‘Arabi. (1351H)

Page 57: FANATIK UMAT

56

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

52

membuat penilaian tentang kebenaran mazhabnya

seperti berikut:

منــذ�ظ�ــور�مــذ�ب�الشــاف��� فلــم�ت�ــ�ح�أيضــا وامــا�بــلاد�ا���ــاز ايــدي�الشـافعية�القضــاء�وا��طابـة�والامامــة وا�ـ��يومنــا��ـذا��ــ�

بمكـــــــة�والمدينـــــــة�والنــــــــاس�مـــــــن�خمســـــــمائة�وثــــــــلاث�وســـــــت�ن�ســــــــنة�ع�ــ��مــذ�ب�ابــن�عمــه� يخطبــون��ــ��م�ــ�د�رســول�الله�و�صــلون

و�ج�ــــرون�بال�ســـــمية� �ــــ��الفجــــر محمــــد�بــــن�ادر�ــــس�يقنتـــــون فــــردون�الاقامــــة�ا�ــــ��غ�ــــ��ذلــــك�و�ــــو�حاضــــر�يبصــــر�و�ســــمع�و�ــــ��و�

42دليل�ع���ان��ذا�المذ�ب�صواب�عند�الله��عا�� ذلك�أو��

Maksudnya: “Adapun Hijaz, semenjak mazhab Al-Syafi’i

muncul sehingga ke hari ini kesemuanya berada dalam

tangan Syafi’iyyah. Mereka menguasai jawatan

kehakiman, jawatan khatib masjid, jawatan imam di

Mekah dan Madinah. Orang ramai semenjak tahun

563H berkhutbah dan bersolat di Masjid Rasulullah

SAW atas mazhab sepupu baginda iaitu Muhammad

bin Idris (Al-Imam Al-Syafi’i). Mereka qunut semasa

solat subuh, men‘jahar’kan (menjelaskan) bacaan

basmalah (bismi Allah), meninggalkan iqamah dan

42 Al-Subki: Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab, Tabaqat al-

Syafi’iyyah, jld 1, m.s 283, Beirut: Dar al-Ma’rifah t.t..

menu

Page 58: FANATIK UMAT

57

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

53

berbagai lagi. Sementara Rasulullah SAW hadir

mendengar dan melihat itu semua. Inilah dalil yang

paling jelas bahawa mazhab Al-Syafi’i adalah mazhab

yang benar di sisi Allah”.

Alangkah ganjil penilaian yang seperti ini. Di

mana pergi penilaian ilmiah tokoh mazhab Al-Syafi’i ini?

Apakah jika al-Subki hidup pada zaman ini dan melihat

Masjid Nabi SAW dipegang oleh mereka yang

bermazhab Hanbali, lalu dia akan mengubah

mazhabnya? Apakah ini akan membuktikan pula

mazhab Ahmad bin Hanbal lebih Allah redhai di zaman

ini?! Bahkan al-Subki ketika cuba membuktikan

kelebihan mazhab Al-Syafii beliau menyatakan semua

mujaddid sehingga kurun yang ke-tujuh adalah

bermazhab Al-Syafi’i43. Beliau hanya mengiktiraf mereka

yang bermazhab Al-Syafi’i sebagai mujaddid dan

melupai yang lain. Apakah jika dapat dibuktikan orang

lain juga mujaddid maka beliau akan menarik balik

pendapatnya tentang kelebihan mazhab Al-Syafi’i

dibandingkan mazhab lain?

43 Ibid, jld 1, m.s. 284.

Page 59: FANATIK UMAT

58

Fanatik Mazhab Fekah Dan Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat

54

Demikianlah taksub meghilangkan penilaian

ilmiah sesetengah ilmuan dari membuat analisis secara

kritis. Maka taksub mampu merebahkan pembangunan

pemikiran ilmu dan ketajaman minda.

PENUTUP

Sikap bebas dari ketaksuban terhadap sesuatu

mazhab adalah tuntutan syarak. Taksub hanya

membelenggu pemikiran dan menghapuskan

kebebasan minda dan nilai-nilai kreatif dalam

merumuskan sesuatu pendapat. Lebih dahsyat lagi

taksub boleh menyebabkan seseorang menolak

kebenaran. Justeru pembebasan diri dari taksub

mazhab adalah tuntutan hidup ke atas seorang muslim

sepanjang zaman.

Page 60: FANATIK UMAT