kajian tahap masalah dalam pencarian maklumat
TRANSCRIPT
KAJIAN TAHAP MASALAH DALAM PENCARIAN MAKLUMAT: S A T U TJWAUAH Di KALAN6AN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN TEKNSK D A N
VOKASIONAL & PEMBINAAN LAMAN WEB INCAMPNET
?<:*-"! •• .. -V : ; •"" i". i t t* &
• V. . • N
PERPUSTAKAAN Kiln T T H n
•S UUUO 00080310 0
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSIEN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA
JUDUL : KAJIAN TAHAP MASALAH DALAM PENCARIAN MAKLUMAT : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL & PEMBINAAN LAMAN WEB INCAMPNET
Saya
SESI PENGAJIAN : 2002/03
NIK REDUAN ABU ZAKARJA
mengaku membenarkan Projek Saijana ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :-
1. Projek Saijana adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan Projek Sarjana ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. Sila tandakan ( ^ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyeldikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
DATANGAN"! (TANDATAN
Alamat tetap
ENUL1S)
566 Jin Sek Men Pelagat Kg Padang Tapung 22000 Jerteh Terengganu Darul Iman.
Tarikh: 20/09/2002
(TANDATANGAN PENYELIA)
EN. ABDULLAH SULAIMAN
Nama Penyelia
Tarikh : 20/09/2002
'Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional"
e>
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
Encik\AbdullalfSulaiman
20 SEPTEMBER 2002
KAJIAN TAHAP MASALAH DALAM PENCARIAN MAKLUMAT : SATU
TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL & PEMBINAAN LAMAN WEB INCAMPNET
NIK REDUAN ABU ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER 2002
11
'Saya akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
Nik Reduan Abu Za van a
20 SEPTEMBER 2002
DEDEKASI
Untuk nenek,mami,umi, mertua sekerluaga dcuv
isteri tercinta yang memahami, Azura Ibrahim yang jauh di
seberang laut
berta/
rakan-rakan seperjuangan
twCmas kcvUifa
atas sokongan kalian dalam menapakkan aku disini untuk
terus bertapak lebih jauh
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah, dengan rahmat dan keizinanNya penulis telah beijaya
menghasilkan satu kajian yang bertajuk "Kajian Tahap Masalah Dalam Pencarian
Maklumat : Satu Tinjauan di kalangan Pelajar Saijana Pendidikan Teknik Dan
Vokasional & Pembinaan Laman Web INCAMPNET . Berkat sokongan dan bantuan
dari pelbagai pihak, maka kajian ini dapat disempumakan dengan sebaik mungkin.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada penyelia kajian ini, En Abdullah Sulaiman di atas segala tunjuk ajar, komentar
dan dorongan yang diberikan sepanjang penulis menyiapkan kajian ini.
Sejuta penghargaan juga ditujukan kepada PM Baharuddin Hj Aris dari UTM,
pensyarah dan pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional yang telah memberikan
keijasama yang baik dalam mengisi borang soal-selidik sebagai responden kajian.
Akhirnya, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga
sumbangan dan jasa baik kalian mendapat rahmat dariNya.
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkenaan dengan masalah dalam pencarian maklumat. Objektif kajian
ini adalah untuk mengenalpasti tahap masalah dalam pencarian maklumat yang dihadapi
oleh pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional dalam proses pembelajaran. Salah
satu objektif utama ialah untuk membina satu produk yang mampu memberi manfaat
kepada pelajar sarjana pendidikan teknik vokasional dalam mencari maklumat. Selain
itu, penyelidikan ini juga tertumpu kepada beberapa aspek kajian seperti masalah
kemahiran, masalah sumber, masalah kos dan masalah kemudahan yang disediakan.
Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang pelajar saijana
pendidikan teknik dan vokasional dan temubual dengan lima orang pensyarah yang
mempunyai latarbelakang dalam pembangunan sistem maklumat. Keseluruhan data
kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) dengan membuat pengiraan kekerapan, peratusan, dan skor min. Keputusan
kajian menunjukkan tahap masalah dalam pencarian maklumat di kalangan pelajar
saijana pendidikan teknik dan vokasional adalah tinggi dan pembinaan produk laman
web INCAMPNET sesuai dalam mengatasi masalah pencarian maklumat.
This research is based upon student difficulties in finding information. The objective of
the research is to identify the level of difficulties faced by master degree in technical
and vocational student. Therefore the research will deal with product development that
will be advantages to the sample. The research will also cover difficulty aspects that deal
with skills, source, cost and provided facilities. The sample consists of 100 student of
master 's degree in technical and vocational student. The instruments used in this
research are questionnaires and interviews. The data was analyzed by using SPSS to
obtain frequency, percentage, and mean score . The research finding indicates that
problem seeking information around master 's degree students is high. The product
development that consists of web INCAMPNET is found to be suitable in achieving the
research findings.
Vll
KANDUNGAN
BORANG PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA
HALAMAN PENGESAHAN PENYELLA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang kajian 1
1.3 Penyataan masalah 2
1.4 Objektif kajian 3
1.5 Persoalan kajian 3
viii
1.6 Definisi Istilah
1.6.1 Masalah pencarian
1.6.2 Sumber maklumat
1.6.3 Teknologi maklumat
1.6.4 Tahap pencarian
1.6.5 Pencarian
1.6.6 W W W (World Wide Web)
1.6.7 Pelajar saijana pendidikan teknik & vokasional
1.6.8 Tahap
1.6.9 Pembinaan
1.6.10 INCAMPNET
1.6.11 Tahap masalah
1.7 Kepentingan kajian
1.8 Skop dan batasan
1.9 Kerangka teori
BAB IT KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 9
2.2 Kemahiran pencarian maklumat dengan menggunakan
sumber maklumat elektronik. 9
2.3 Tujuan penggunaan sumber maklumat elektronik 10
2.4 Kebaikan dan keburukan sumber maklumat
di perpustakaan 11
2.5 Internet alat pencarian maklumat terkini 13
2.6 Pendidikan jarak jauh di era teknologi maklumat 14
2.7 Masalah pengaplikasian laman web dalam pembelajaran 14
2.8 Faedah pencarian maklumat 15
4
4
5
5
5
5
5
6
6
6
6
6
8
8
IX
BAB ED METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk Kajian ]7
3.3 Instrumen 18
3.3.1 Kesahan dan kebol ehpercayaan 21
3.3.2 Kajian rintis 22
3.4 Kaedah pengumpulan data 23
3.4.1 Populasi 23
3.4.2 Sampel 23
3.5 Kaedah Analisis Data 24
3.6 Batasan Kajian 26
3.7 Andaian Pengkaji 26
BAB IV REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN P R O D U K
4.1 Pengenalan 27
4.2 Latarbelakang teori penghasilan produk 28
4.3 Rekabentuk produk
4.3.1 Bentuk dan ciri-ciri produk 29
4.3.2 Kronologi pembinaan produk 30
4.4 Kronologi perancangan pembangunan INCAMPNET
4.4.1 Fasa 1-Menganalisis sistem maklumat 32
4.4.2 Fasa 2- Merekabentuk sistem maklumat 32
4.5 Rekabentuk web INCAMPNET 33
4.6 Bahan dan peralatan yang digunakan 33
X
BAB V ANALISIS DATA
5.0 Pengenalan 36
5.1 Analisis kebolehpercayaan 36
5.2 Dapatan kajian 37
5.3 Analisis bahagian A 38
5.3.1 Jantina 38
5.3.2 Umur 39
5.3.3 Bangsa 40
5.3.4 CGPA 41
5.3.5 Tahun tamat pengajian 42
5.4 Analisis bahagian B 43
5.4.1 Masalah kemahiran dalam mencari maklumat 43
5.4.2 Masalah sumber maklumat yang diperolehi 45
5.4.3 Masalah kos dalam pencarian maklumat 48
5.4.4 Masalah kemudahan yang disediakan 49
5.5 Analisis bahagian C
5.5.1 Pengujian produk 52
X!
BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pendahuluan 56
6.2 Perbincangan 57
6.2.1 Masalah kemahiran dalam pencarian maklumat 57
6.2.2 Masalah dalam mendapatkan sumber maklumat 57
6.2.3 Masalah kos dalam pencarian maklumat 59
6.2.4 Masalah kemudahan dalam mencari maklumat 59
6.2.5 Pengujian laman web INCAMPNET 60
6.3 Kesimpulan 61
6.4 Cadangan 62
6.4.1 Jabatan Pendidikan Teknikal 62
6.4.2 Perpustakaan 62
6.4.3 Makmal komputer 63
6.4.4 Fakulti teknologi kejuruteraan 63
6.4.5 Pelajar dan pensyarah 64
6.4.6 Cadangan kajian selanjutnya 65
BIBLIOGRAFI 66-68
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A-G 69-100
xiii
SENARAIRAJAH
NO. RAJAH TAJUK
4.1 Rajah aliran data
5.1 Peratusan responden mengikut jantina
5.2 Peratusan responden mengikut peringkat umur
5.3 Peratusan responden mengikut bangsa
5.4 Peratusan responden mengikut CGPA
5.5 Peratusan responden mengikut tahun tamat pengajian
MUKASURAT
31
38
39
40
41
42
AIAA
CD-ROM
CGPA
INCAMPNET
INTERNET
IRC
IT
KPM
KUiTTHO
OPAC
SPSS
UTM
WWW
SENARAI SINGKATAN
Institute Of Aeronautics and Astronautics
Compact Disc-Read Only Memory
Cumulative Grade Point Average
Information Campus Network
International Network Of Network
Internet Relay Chat
Information Technology
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Online Processing Access Centre
Statiscal Program For Social Sciences
Universiti Teknologi Malaysia
World Wide Web
XlV-
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 69
B Analisis Skor Alpha Cronbach Kajian Rintis 78
C Analisis Skor Alpha Cronbach Kajian Sebenar 79
D Frequency Table 80
E Analisis Min Skor 81
F Jawapan temubual responden 82
G Manual Laman Web INCAMPNET 87
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pencarian maklumat di kalangan pelajar merupakan suatu perkara yang tidak
dapat dielakkan lagi, malahan dengan wujudnya alat-alat pencarian maklumat yang
terkini lebih menjimatkan masa dan tenaga. Kemudahan seperti Internet dan rangkaian
sistem yang terbaru dan berorientasikan teknologi maklumat menyebabkan ianya
menjadi permintaan dan kemudahan kepada setiap penggunanya. Namun begitu
masalah-masalah juga wujud apabila ianya mencapai kepadatan penggunaan yang
tinggi. Kekangan kos, kemudahan, kemahiran dan sumber yang terhad menjadi satu
penghalang kepada pencarian maklumat yang sempurna.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sering kali kita mendengar rungutan dan keluhan para pelajar mengenai
kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang dimaksudkan di sini adalah
dalam konteks yang luas iaitu meliputi perkara-perkara yang bersangkutan dengan
kehidupan mereka di kampus.
Peranan dan tanggunejawab sebagai mahasiswa dan mahasiswi adalah begitu
berat untuk dipikul. Mereka perlu peka dan pantas di dalam membuat tindakan vane
berkaitan dengan din mereka sendiri. Mereka bertanggungjawab penuh untuk
memajukan dan memperlengkapkan diri sebelum keluar dari kampus universiti bagi
menempuh alam pekeijaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kepekaan seseorang
pelajar dalam mendapatkan maklumat adalah begitu penting dan menjadi penvumbang
kepada kecemerlangan diri mereka sendiri. Dengan kata lain, pelajar-pelajar yang dapal
mengikuti segala aktiviti atau perkara yang dianjurkan samada di peringkat universiti
mahupun pada peringkat kolej kediaman adalah pelajar yang peka dan pandai mencari
maklumat (Lalita, 1996).
Begitu juga dengan pencarian maklumat di perpustakaan. Dengan himpunan
beratus ribu bahan bacaan yang meliputi pelbagai kategori dan jenis, sekiranya pelajar
itu sendiri tidak mempunyai asas, ditambah pula dengan kelemahan sistem yang
disediakan oleh pihak perpustakaan, maka masalah dalam pencarian maklumat akan
timbul.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik bercadang untuk mengkaji tentang tahap masalah pencarian sumber
maklumat di kalangan pelajar saijana pendidikan teknik dan vokasional. Masalah
pencarian sumber maklumat ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa aspek luaran dan
dalaman di kalangan pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional. Oleh itu
beberapa objektif kajian dibentuk untuk mendapatkan penyelesaian kepada pernyataan
masalah ini.
3
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui masalah pencarian sumber
maklumat di kalangan pelajar saijana pendidikan teknik dan vokasional. Antara objektif
lain kajian ini adalah :
a. Menentukan peratusan responden dari sudut demografi seperti umur, jantina,
bangsa, CGPA dan pengalaman keija.
b. Menentukan tahap masalah kemahiran dalam mencari maklumat di kalangan
pelajar saijana pendidikan teknik dan vokasional
c. Mengenalpasti tahap masalah kemudahan perhidmatan sumber pencarian
maklumat yang disediakan.
d. Mengenalpasti tahap masalah kos yang mempengaruhi pelajar dalam mencari
maklumat
e. Menentukan tahap masalah sumber maklumat yang sediaada
f. Membina satu produk untuk mengatasi masalah pencarian maklumat
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidikan yang dilakukan akan cuba mencari jawapan persoalan-persoalan
Berikut:
i. Apakah peratusan responden dari segi jantina, umur, bangsa, CGPA dan
pengalaman keija ?
ii. Sejauhmanakah tahap masalah kemahiran pelajar saijana pendidikan
teknik dan vokasional dalam mencari maklumat ?
iii. Apakah tahap masalah pelajar saijana pendidikan teknik dan vokasional
dalam pencarian maklumat dengan menggunakan sumber yang di
sediakan di dalam kampus ?
4
iv. Apakah tahap masalah kos yang mempengaruhi pelajar sarjana
pendidikan teknik dan vokasional dalam mencari maklumat?
v. Apakah tahap masalah pelajar saijana pendidikan teknik vokasional
dalam pencarian maklumat dengan menggunakan kemudahan yang
disediakan di dalam kampus ?
vi. Apakah produk yang dibina boleh membantu pelajar saijana pendidikan
teknik dan vokasional dalam mengatasi masalah pencarian maklumat ?
1.6 Definisi Istilah
1.6.1 Masalah pencarian
Masalah pencarian yang dimaksudkan di dalam penyelidikan ini ialah masalah
pelajar mengakses maklumat samada secara elektronik atau manual dengan
menggunakan sumber maklumat yang disediakan di perpustakaan, makmal komputer
ataupun juga disebabkan faktor kemahiran dan kos yang terpaksa ditanggung.
1.6.2 Sumber maklumat
Sumber maklumat ialah kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan samada
berbentuk elektronik atau kaedah manual. Ianya memerlukan pelajar mengakses data
dan maklumat atas talian dengan menggunakan perkakasan seperti komputer dan
rangkaian internet.
5
1.6.3 Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat menurut Abd Rahim dan Zaharah Kassim (1997), boleh
didefinisikan sebagai apa juga peralatan yang membolehkan pengguna menyimpan,
menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat.
1.6.4 Tahap pencarian
Tahap pencarian bermaksud tahap pencarian maklumat akademik dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan ejen samada secara elektronik ataupun manual
mengikut kesesuaian dan kemudahan yang disediakan.
1.6.5 Pencarian
Bermaksud mencari sesuatu yang abstrak (kebenaran, haluan dan lain-lain.)
1.6.6 WWW (World Wide Web)
Merupakan satu perhidmatan pada internet yang menyediakan rangkaian
dokumen dan perisian interaktif untuk dicapai. (GG & Sudatta Chodhurry,2001).
Maklumat web adalah dalam bentuk elektronik atau on-line.
1.6.7 Pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional
Pelajar sarjana pendidikan teknik vokasional ialah pelajar yang sedang menuntut
dalam jurusan sarjana pendidikan teknik dan vokasional di Kolej Universiti Teknogi Tun
Hussein Onn.