kepercayaan karut

39
SKP 2404 HUBUNGAN ETNIK 2009 TAJUK TUGASAN; KEPERCAYAAN KARUT : ANTARA MASYARAKAT MELAYU DAN MASYARAKAT CINA

Upload: shafiq-mohd-nor

Post on 30-Jun-2015

279 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Melayu, Cina, dan India

TRANSCRIPT

Page 1: Kepercayaan Karut

SKP 2404

HUBUNGAN ETNIK

2009

TAJUK TUGASAN;

KEPERCAYAAN KARUT : ANTARA MASYARAKAT MELAYU DAN MASYARAKAT CINA

Page 2: Kepercayaan Karut

Penghargaan

Assalamualaikum..

Pertama sekali, bersyukur kehadrat illahi kerana dengan izinNya dapat kami menyiapkan tugasan kerja khusus ni dengan jayanya. Terlebih dahulu, jutaan ribuan terima kasih kami tujukan kepada Encik Faizal Bin Harun kerana sudi memberi tujuk ajar agar dapat memudahkan kami menyiapkan tugasan ini.

Disamping itu, penghargaan terima kasih ini juga kami tujukan kepada semua yang membantu kerana sudi memberikan kerjasama dan komitmen yang kuat dan tinggi kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini supaya tugasan ini berjalan dengan lancar. Tanpa kerjasama dari mereka tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tidak kami lupakan ucapan penghargaan ini kepada kedua ibu bapa kami kerana sudi memberikan sumbangan dari segi sokongan dan kewangan agar kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan mendapat hasil yang memuaskan dari apa yang kami usahakan.

Akhir sekali, saya tujukan ucapan ribuan terima kasih ini kepada semua ahli dalam membuat kerja serta rakan sepejuangan yang lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyelesaikan dan menyiapkan tugasan. Sekian, terima kasih.

Page 3: Kepercayaan Karut

PENDAHULUAN

Sepanjang sejarah Malaysia daripada era klasik (1400) hingga kepada era selepas merdeka (1960-2000), Islam telah menjadi daya utama yang membawa perubahan kepada masyarakat Melayu. Merujuk kepada politik hukum dan pengubalan dasar awam di Malaysia, fungsi Islam ini tidak terhad kepada pengamalan ritual semata-mata tetapi turut menjadi inspirasi and mekanisme utama yang diterapkan ke dalam sesuatu dasar awam. Hal ini antara lainnya boleh dikesan dari pengenalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran negara yang kemudiannya diikuti dengan pelbagai program “Islamization”, yang membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan di dalam pelbagai dimensi;

1. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam jentera pentadbiran kerajaan,2. Pembaikian terhadap sistem perundangan Negara yang lebih bersesuaian

dengan prinsip-prinsip Islam,3. Penambahbaikan pelbagai agensi yang berkaitan dengan Islam,4. Pengubalan dasar pendidikan negara yang lebih bersesuaian dengan

semangat Islam,5. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam organisasi politik masyarakat Melayu,6. Pengenalan dasar domestik and luar negara yang lebih bersimpati dengan

masyarakat Islam,7. penubuhan pelbagai institusi keislaman bentuk baru, seperti Bank Islam,

UIAM, Takaful, LUTH and banyak lagi.

Kejayaan program Islamization yang bersifat holistic ini antara lainnya berpunca dari keterbukaan dan komitmen pihak kerajaan (actor politik) yang menerima pandangan ataupun desakan daripada NGO Islam dan perancangan yang bersistematik yang disusun oleh pihak kerajaan, seperti penubuhan Badan Perunding Islam yang terdiri daripada pelbagai pakar Islam dari dalam and luar negeri.

Selepas kemenangan majority pihak kerajaan dalam Pilihanraya 2004, sekali lagi slogan and dasar Islam yang mirip kepada dasar ”Islamization” ini telah ditimbulkan, dengan nama Islam Hadhari yang cuba memperkukuhkan dasar lama dengan pendekatan baru yakni menerapkan elemen proaktif bagi melahirkan tamadun Malaysia yang lebih berteraskan nilai-nilai Islam.

Konsep Islam hadari ini diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pengaruh gerakan kebangkitan semula Islam era 1970an-1990an yang berusaha menonjolkan keunggulan dan keindahan ajaran Islam. Ianya diperkenalkan berasaskan kepada beberapa sebab yang utama diantaranya sebagai usaha mematang dan memperkasakan kesedaran Islam dalam bentuk yang lebih progressif dan dinamik bagi menghadapi cabaran dunia globalisasi. Usaha ini boleh dianggap sebagai usaha Tajdid yang bertujuan memperbaiki kemunduran umat Islam. Seandainya sorotan sejarah dilakukan terhadap usaha Tajdid ini yang berkembang di dalam sejarah Malaysia dan boleh dibahagikannya kepada tiga tahap yang utama;

Page 4: Kepercayaan Karut

1. Tahap awal abad 19 yang menyaksikan perkembangan tajdid dalam bentuk Pan-Islamism yang cuba memperincikan kelemahan intelektual umat Islam dan seterusnya menuntut kemerdekaan negara umat Islam daripada belenggu penjajahan,

2. Tahap tahun 1970an-1990an yang menyaksikan timbulnya kesedaran pentingnya menghidupkan Islam sebagai al-Din (way of life), penolakan terhadap warisan tinggalan penjajah British dan Islam perlu disesuaikan dengan realiti tempatan Malaysia semasa. Dalam tahap ini, kerajaan Malaysia telah bersikap “receptive” terhadap tuntutan dan gagasan gerakan kebangkitan Islam, yang boleh dilihat daripada pelbagai program Islamization yang dijalankan secara meluas di dalam masyarakat,

3. Tahap post era kebangkitan Islam dan era globalisasi yang menyaksikan umat Islam Islam menjadi semakin tertekan dan memerlukan formula penyelesaian Islam apabila berhadapan dengan desakan yang ditimbulkan oleh gelombang globalisasi tajaan dunia barat. Dalam menghadapi hegomoni globalisasi ini pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan gagasan Islam hadari, demi untuk meneruskan agenda Tajdid yang telah berjalan di dalam masyarakat Malaysia.

Page 5: Kepercayaan Karut

RINGKASAN ISLAM HADHARI

Definisi:

• Hadhari – yang bertamadun • Dalam bahasa Arab dikenali sebagai Al-Islam Al- Hadhari

Takrif:

• Sesuatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat, dan negara yang bersifat menyeluruh.

Visi:

• Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju ikut acuan sendiri.

Misi:

• Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan seimbang.

Objektif:

• Melahirkan individu dan msyarakat yang mempunyai kekuatan spritual, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing dan melihat kehadapan.

Prinsip Islam Hadhari:

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah2. Kerajaan adil dan beramanah 3. Rakyat berjiwa merdeka 4. Penguasaan ilmu pengetahuan 5. Pembangunan ekonomi:seimbang dan komprehensif 6. Kehidupan berkualiti 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. Keutuhan budaya dan moral9. Pemeliharaan alam semulajadi 10.Kekuatan pertahanan

Page 6: Kepercayaan Karut

Pemantapan hubungan etnik berteraskan prinsip Islam Hadhari

KEPELBAGAIAN kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Pemuafakatan formula perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu lagi.Semangat dan falsafah Islam Hadhari telah terjelma ketika itu lagi dengan adanya sikap bermuafakat, bermusyuawarah dan keadilan dalam menjalani kehidupan secara bersama dengan aman, harmoni, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan keturunan.

Keimanan dan Ketakwaan

Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Islam sebagai Ad-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru, hubungan kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras, kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t.

Integrasi iman dan takwa serta amal bukan hanya dijuruskan dalam aspek hubungan etnik tetapi dilihat secara menyeluruh dalam komponen pembangunan insan, komuniti dan negara yang akhirnya menganjak paradigma dalam aspek peningkatan kualiti hidup dan taraf hidup, kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kemajuan dan pembangunan negara (emosi, mental, fizikal dan spiritual masyarakat).

Orang yang kuat iman dan takwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana ia adalah ajaran Islam dan suruhan Allah serta Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja

Page 7: Kepercayaan Karut

akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kaum secara khusus, (tetapi akan menimpa kaum secara umum).”

Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang lain, bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan semata-mata.

Allah s.w.t telah menjelaskan dalam Surah Ali Imran ayat 102–103, bahawa takwa adalah asas perpaduan sesama Muslim dan dalam konteks bernegara. Orang Muslim menjadikan takwa sebagai tonggak untuk menjamin hubungan etnik yang baik dengan kaum agama lain. Orang-orang Islam juga tidak dapat bertolak ansur untuk menjalin hubungan dan memperkukuhkannya sesama Muslim. Ia adalah satu kemestian dan kewajipan sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Kasih sayang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain bagaikan struktur binaan yang saling mengeratkan.” Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menjelaskan, yang bermaksud:”Orang Mukmin, dalam soal kasih sayang, cinta dan belas ihsan sesama mereka, bagaikan badan, jika ada anggota yang sakit, maka seluruh badan itu juga turut berasa sakit, lalu demam dan tidak dapat tidur.”

Kerajaan Adil dan Beramanah

Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Kerajaan Malaysia dalam ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti kehidupan. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan, bukannya melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya.

Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama, maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak dan saksama. Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati keamanan, pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan rasa tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali dalam kes Malaysia.

Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun kebiasaannya sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan, kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal kerana peluang, dasar dan ruang yang diwujudkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan identifikasi kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.

Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat

Page 8: Kepercayaan Karut

berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional. Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama kebudayaan nasional. Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Polisi ”Bersih, Cekap dan Amanah” pula menampilkan integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan awam khususnya.

Rakyat Berjiwa Merdeka

Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan. Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat perjuangan tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara dikecapi oleh generasi masa hadapan.Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum, program-program sosioekonomi untuk meningkatkan status ekonomi mereka yang memerlukan, pembangunan yang lebih ditumpukan di kawasan luar bandar dan desa, pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani dan seumpamanya. Kerajaan terus berusaha membentuk bangsa Malaysia menerusi berbagai-bagai usaha termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang menyumbang dan berbakti kepada negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara di samping bersatu padu, saling menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan ’Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian’ dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kuat. Islam mewajibkan manusia Muslim sentiasa tolong menolong atas dasar kebaikan dan ketaqwaaan dan bukannya atas dasar perlakuan dosa, pencerobohan atau perseteruan. Sebagai warga Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendukung kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme. Oleh sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia sekiranya ia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan.

Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan kesetiaan kepada Raja dan negara, pemimpin dan pemerintah, menjunjung kedaulatan undang-undang dan menghayati kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat berbilang kaum.Ancaman penjajahan pemikiran, ekonomi, politik dan budaya serta globalisasi negatif adalah dua musuh yang dihadapi oleh semua kelompok etnik di Malaysia. Oleh kerana masalah yang ditimbulkan oleh kedua-duanya sama-sama memberikan kesan buruk kepada setiap kelompok etnik, maka kelompok etnik yang bersatupadu akan lebih kuat menghadapi musuh-musuh ini. Justeru, Islam sentiasa menyuruh umatnya untuk berpegang teguh dengan agama

Page 9: Kepercayaan Karut

Allah dan jangan berpecah belah. Sepanjang sejarah Islam juga kita akan dapati rekod pemerintahan Islam dan layanan yang baik untuk kelompok agama lain dan dari sudut hubungan diplomatik dan antarabangsa. Begitu juga rekod pemerintahan negara kita.

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan, dan prasangka. Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada waktu darurat.

Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Teaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada India). Semua ini diterima oleh orang Islam berasaskan pemahaman ilmu.Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan.

Maka, kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun masing-masing terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor pembentukan dan kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan Arab, ”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China” membuktikan dua aspek; pertama interaksi dan dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu pengetahuan. YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai `focal point` untuk mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Maksudnya ialah sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban. Usaha yang lebih perlu dilipatgandakan oleh berbagai-bagai pihak bermula daripada masyarakat awam, pemimpin masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan

Page 10: Kepercayaan Karut

bukan Islam. Dialog, perbincangan dan interaksi sebenarnya menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain. Ruang-ruang untuk perbincangan mestilah dibuka dan dikendalikan dengan keadaan yang baik dalam suasana dan semangat setiakawan.

YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya, katanya:“ Islam sebenar yang toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa, keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang Islam di mana-mana sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan Islam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan agama-agama di dunia.” [Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada ajaran Islam yang menganjurkan keamanan, kedamaian, dan kesejahteraan.

Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang

Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi. YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan Bumiputera. Status sosial dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik.

Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya

Page 11: Kepercayaan Karut

orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah pemangkin kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kehidupan Berkualiti

Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu:

(i) Dunia pekerjaan – Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin hubungan yang baik di tempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion.

(ii) Pengangkutan dan komunikasi – Kemalangan jalan raya kadangkala mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun tidak. Berbudi bahasa dan bersopan santun di jalan raya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti faksimili, telegraf, e-mel dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik.

(iii) Kehidupan berkeluarga – Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain.

(iv) Keselamatan dan ketenteraman awam – Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham ataupun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif.

(v) Pendapatan dan pengagihannya – Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t. Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara.

(vi) Kesihatan – Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser melibatkan semua kaum. Kita mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya.

(vii) Pendidikan – Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum. Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam memperkasa hubungan etnik

Page 12: Kepercayaan Karut

dan intra etnik. (viii) Perumahan – Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mengwujudkan polarisasi kaum. Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik di kawasan kediaman terlebih dahulu.(ix) Alam sekitar – Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara bersama. Kempen gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.(x) Penglibatan sosial – Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat komuniti dan masyarakat boleh mewujudkan sikap sayang menyayang dalam konteks hubungan etnik. Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat.(xi) Budaya dan hiburan – Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik.Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia sekali gus mempereratkan hubungan kaum dan integrasi nasional. Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat. Orang Cina sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina. Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Badminton, hoki, bola sepak dan squasy adalah di antara sukan yang boleh membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.Orang boleh menangis kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh menangis kegembiraan kalau negara menang dalam sesuatu jenis sukan.

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan etnik dan hak-hak asasi manusia. Islam menjamin hak-hak bukan Islam dan warga dunia. Jaminan ini akan memperkukuhkan hubungan etnik di negara yang diperintah oleh orang Islam. Pengisytiharan Universal Islam Mengenai Hak-hak Asasi Manusia di Paris pada September 1981 antara lain mengiktiraf hak-hak manusia untuk hidup, hak kebebasan manusia, hak persamaan dan larangan diskriminasi terlarang, hak keadilan, hak perbicaraan yang saksama, hak mendapat perlindungan daripada penyalahgunaan kuasa, hak perlindungan daripada penyeksaan, hak perlindungan maruah dan reputasi, hak pelarian, hak-hak minoriti, hak dan obligasi untuk menyertai pengurusan hal ehwal awam, hak untuk menganut mana-mana agama dan berucap, hak amalan keagamaan, hak untuk berkumpul dan menubuhkan persatuan, hak melakukan aktiviti ekonomi, hak perlindungan harta benda, status dan maruah pekerja, hak keselamatan sosial, hak berkeluarga dan yang berkaitan dengannya, hak wanita yang telah berkahwin, hak pendidikan, hak ‘privacy ‘ dan hak bergerak dan menginap.Kumpulan minoriti terdiri daripada golongan bukan Islam, anak yatim, warga emas, kanak-kanak istimewa, orang kurang upaya, fakir miskin dan ibu tunggal. Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela serta memastikan mereka berada dalam arus perdana kemajuan dan pembangunan negara.

Keutuhan Budaya dan Moral

Page 13: Kepercayaan Karut

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama memerangi elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi keutuhan budaya kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya yang merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia.Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan walaupun kita sudah moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan keutuhan budaya dan moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat pula bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan kekuatan hemah yang tinggi, berilmu pengetahuan tinggi, tinggi pencapaian, ketokohan dan keintelektualan.

Perayaan-perayaan kaum di Malaysia boleh menjadi satu mekanisme memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Bagi orang Islam, amalan kunjung mengunjung ke rumah kaum lain ketika perayaan tertentu bukanlah bermakna merestui sistem kepercayaan agama lain, tetapi lebih sebagai satu amalan mengeratkan perasaan saling menghormati, persefahaman dan persahabatan dengan kawan-kawan lain walaupun yang bukan seagama dengan mereka. Ini patut dijadikan budaya hidup kita.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang. Alam sekitar dan persekitaran yang kondusif bersekali denan penjagaan kesihatan yang sempurna akan memastikan masyarakat yang sihat, kuat dan sejahtera.

Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-isu alam sekitar mengikut saluran yang betul dan peraturan dan benar-benar ikhlas demi kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.

Kempen gotong royong kebersihan dan seumpamanya di kawasan penempatan masyarakat berbilang kaum boleh mempupuk perasaan muhibah, kasih sayang dan tolong menolong.

Kekuatan Pertahanan

Program Latihan Khidmat Masyarakat (PLKN) sudah menunjukkan tanda-tanda penumpuan dan perkembangan integrasi nasional, perpaduan kaum dan semangat patriotisme. Generasi muda perlu disedarkan tentang keperluan mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman musuh. Mungkin sudah ada usaha sedemikian di peringkat pendidikan rendah yang lebih bersifat kekuatan jatidiri.Penyertaan kelompok etnik bukan Melayu dalam pasukan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia masih di tahap yang rendah dan perlu dipertingkatkan.Penyertaan berbagai-bagai kelompok etnik dalam Ikatan

Page 14: Kepercayaan Karut

Sukarelawan Rakyat (RELA) dan pasukan Pertahanan Awam boleh dibanggakan. Ini juga boleh memantapkan perpaduan kaum. ”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” adalah pepatah yang melambangkan perpaduan dan kerjasama. Jika dikaitkan dengan kekuatan pertahanan, maka asas kepada persefahaman yang utuh ialah perpaduan yang jitu.Perumpamaan ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” menggambarkan signifikan kerjasama berkumpulan, bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah untuk ditewaskan oleh musuh.”Menang sorak, kampung tergadai” menggambarkan bahawa yang penting ialah “substance” (isi) bukannya slogan atau cakap-cakap kosong. Kita perlu mengotakan apa yang telah dijanjikan dan konteks sayangnya kita kepada negara dan para pemimpin. Rakyat Malaysia berbilang kaum mestilah menanam dalam diri mereka prinsip ”biar putih mata, jangan putih tulang” dalam konteks pertahanan negara.

Semua bangsa mestilah menanam dalam diri mereka semangat dan sikap sayangkan negara dan sanggup mempertahankannya ke titisan darah terakhir dan sentiasa komited sebagai warganegara yang baik dan berguna. Dalam Islam, orang yang mempertahankan negara dan mati kerana mempertahankan agama dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah. Iklan TV3 ”Ikan di laut, asam di darat” membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik dan bersatu padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Sebab itu media massa perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk memupuk integrasi nasional dan perpaduan kaum bukannya perpecahan dan polarisasi.

Bantuan-bantuan kemanusian (humanitarian) terhadap mangsa peperangan atau malapetaka alam menonjolkan ciri terbaru hubungan etnik yang menjangkau batas geografi dan sempadan antarabangsa. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa gempa bumi di China, taufan di Myanmar, mangsa perang Amerika-Iraq, mangsa gempa bumi di Kashmir dan malapetaka Tsunami, dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju dan mencapai objektif Wawasan 2020.

Orang bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan etnik.

Page 15: Kepercayaan Karut

Melakar Persefahaman Islam dan Agama Lain

Dunia telah sejak lama mengalami kesengsaraan yang diakibatkan oleh peperangan yang memusnahkan manusia dan kemanusiaan dan tidak lagi kuat untuk menanggung beban serta penderitaan peperangan yang lain. Justeru itu amat tepat sekali gesaan Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) perlu menjadi jambatan penghubung antara dunia Islam dengan negara-negara Kristian bagi mewujudkan keamanan yang berkekalan.

Usaha ke arah kedamaian ini akan memberi ruang yang luas bagi umat Islam mengenali dan memahami peradaban Barat (Kristian) dan agama-agama yang lain di Malaysia dengan mengambil manfaat daripada sumbangan-sumbangan mereka tanpa mengabai ataupun menggadai agama dan metodologi sendiri. Peluang baik menyebarkan Islam ke dunia materialisme dengan tujuan untuk menyuntik peradaban mereka dengan dasar-dasar akhlak serta untuk menjaga peradaban manusia daripada kejahatan, kerosakan, dan keruntuhan nilai-nilai murni di kalangan umat manusia.

Di dalam Islam Hadhari terdapat juga langkah-langkah untuk membina persefahaman antara Islam dengan agama-agama yang lain. Antara langkah-langkah yang dapat dilihat adalah seperti:-

 

1. Setiap masyarakat beragama berhak melaksanakan kehidupan agamanya dengan bebas dan sempurna.

2. Dalam masyarakat, walaupun satu kelompok merupakan penduduk minoriti, hendaklah mereka dapat merasakan kewujudannya secara sah menurut hukum (dejure)

3. Bahawa keluarga adalah suatu institusi yang berharga dan perlu mendapat perhatian serius terhadap ancaman disintegrasi dan sekularisasi yang dihadapi institusi keluarga dan menyarankan hukum atau undang-undang keluarga dalam agama Islam atau Kristian tidak dicampuri atau diubah dengan cara apapun, baik secara langsung mahupun tidak langsung oleh pihak luar terhadap tradisi agamanya. Demikian juga dalam penentuan pendidikan agama kanak-kanak

Page 16: Kepercayaan Karut

Pendekatan Islam Hadhari Menangani Isu Kewangan global

Pihak polis tidak menolak kemungkinan meningkatnya kes jenayah di negara kita sekarang berpunca daripada krisis ekonomi yang menyebabkan tekanan hidup dan kesempitan wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata sehingga Oktober 2008, sebanyak 177, 141 kes jenayah dilaporkan berbanding 171,454 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Ini meliputi samun bersenjata api, curi kenderaan, pecah rumah, bunuh serta rogol dan rompak. Walaupun peningkatan indeks jenayah di Malaysia lebih rendah berbanding negara jiran tetapi polis tetap memantau perkembangan.

Ini adalah antara manifestasi betapa besar dan teruknya krisis ekonomi yang dihadapi dunia hari ini. Ia terburuk dihadapi AS dalam tempoh 80 tahun. Kegagalan sistem kewangan dan institusi krisis pinjaman sub-prima pada 2007 telah melumpuhkan banyak syarikat gergasi seperti Fannie Mae and Freddie Mac yang kini terbelenggu dengan hutang USD5 trilion (lebih kurang RM16 ribu billion) dan seteguh Merrill Lynch dan Lehman Brothers. Di AS, kadar pengganggurannya dijangka meningkat daripada 6.1% kepada 8%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 25 tahun. Manakala di Eropah, pengangguran bakal meningkat daripada 11.3 juta orang kepada 14.5 juta orang pada Disember 2008.

Langkah diambil 

Dalam buku Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban (Mahmood Zuhdi Hj Ab. Majid et.al, YADIM Kuala Lumpur 2008), Datuk Aidit Ghazali, bekas felo IKIM dan pensyarah ekonomi Universiti Brunei, telah menggariskan 5 faktor utama yang dapat menjamin pembangunan ekonomi dan kemajuan umat, yakni:

- Berkat Ilahi

- Usaha yang gigih dan bijaksana

- Pertahanan yang kukuh terhadap ancaman dalaman mahupun luaran

- Perancangan teliti dan lengkap secara berterusan, serta

- Peningkatan standard pencapaian, khazanah ilmu dan tahap kemahiran.

Faktor-faktor ini diambil kira bukan sahaja dalam usaha menangani keadaan semasa tetapi adalah pre-requisite untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif (Prinsip ke-5 Islam Hadhari). Ini bermaksud langkah-langkah pemulihan ekonomi dan sistem kewangan yang dilaksanakan mestilah holistik atau menyeluruh, membawa manfaat dunia dan akhirat, mempunyai unsur rohani dan jasmani, meliputi pelbagai bidang, bersifat jangka pendek dan forward-looking, menggiatkan peranan sektor awam dan swasta, memenuhi keperluan bandar dan desa serta semua lapisan masyarakat, Muslim dan bukan Muslim, majoriti dan minoriti.

Page 17: Kepercayaan Karut

Agensi seperti Majlis Ekonomi Tindakan Negara dan Majlis Harga Negara perlu mengambil inisiatif mengemukakan mekanisme yang dapat mengurangkan kehadiran ‘orang tengah’ atau kaji semula pengeluaran permit kepada pihak yang hanya untung ‘atas angin’. Barangan keperluan seperti beras, minyak masak, susu dan sebagainya boleh dipasarkan terus kepada pengguna. Mereka tidak perlu mengambil masa yang panjang. Kebajikan rakyat mesti diutamakan.

Satu usaha sehubungan yang tidak kurang penting ialah memperluaskan jaringan keselamatan sosial. Beberapa langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2009, andainya dilaksana dengan berkesan dan penuh komitmen, akan memberi faedah kepada lebih kurang 150,000 rakyat miskin dan berpendapatan rendah .

Diperingkat global pula, ramai pemimpin negara Barat dan Asia serta pakar ekonomi dunia bersetuju bahawa mekanisme dan gagasan baru perlu dikemukakan bagi menggantikan budaya korporat dan falsafah pasaran bebas Barat yang pincang. Mereka sedar sistem kewangan kapitalisme ala Anglo Saxon tidak sempurna rekabinanya, tidak lengkap dan tidak adil. Mereka mahu diwujudkan sistem kewangan lebih lestari dan ekonomi dunia berdaya tahan.

Sistem alternatif

Sistem kewangan dan perbankan alternatif, khususnya sistem Islam mula dikemukakan untuk membentuk suasana global lebih adil, seimbang dan lestari. AS, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali dan Belgium kini menimbang menggunakan sistem kewangan Islam kerana dianggap lebih selamat. Begitu juga beberapa negara Asia seperti Jepun, China, Singapura, Hong Kong, Brunei dan Thailand kerana memiliki prospek mengembangkan produk kewangan Islam.

Krisis kewangan sekarang memberi peluang kepada Malaysia mengukuhkan kedudukan sektor kewangan Islamnya. Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang mempelopori industri kewangan Islam melalui pengenalan perbankan bank Islam pertamanya pada 1980an lagi. Perkembangan awal 20 tahun lalu agak lembab tetapi 5-6 tahun kebelakangan ini, kemampuannya mengendalikan urus niaga moden sudah diterima umum. Hari ini, hampir semua bank konvensional turut mengadakan urusniaga perbankan Islam termasuk Maybank, CIMB, RHB dan Hong Leong.

Menyambut baik pelantikan dua tokoh negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara) dan Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram (Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggotai Pasukan Reformasi Kewangan PBB baru-baru ini, Rashdan percaya mereka akan berperanan memberi pandangan mengenai keberkesanan sistem kewangan Islam diperingkat global.

Pada Forum Kewangan Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur 19 Nov lalu, Malaysia mencadangkan beberapa langkah meningkatkan lagi potensi pasaran industri ini, termasuk:

Page 18: Kepercayaan Karut

- Industri kewangan Islam perlu melipatganda usaha mendekati dan mendidik masyarakat secara berterusan. Sasaran ialah penduduk Islam yang berjumlah lebih satu billion di seluruh dunia;

- Tumpuan lebih perlu diberi untuk menambah bilangan pakar dalam bidang kewangan Islam, dan seterusnya meningkatkan inovasi produk dan perkhidmatan;

- Lebihkan penyelidikan, pendidikan dan latihan dikalangan peserta pasaran dan industri kewangan Islam;

- Menyesuaikan mekanisme bagi penyelesaian pertikaian dengan peraturan undang-undang dan kaedah Islam. Ini bertujuan mengelakkan sebarang perkara yang boleh membawa kesan tidak elok akibat penghakiman yang janggal dan tidak ketentuan;

- Membangunkan prosedur pengawasan dan pengawalseliaan yang setanding piawai antarabangsa. Prosedur dan struktur sedia ada perlu dikaji semula untuk ubahsuai.

Waktu ini, industri kewangan Islam adalah satu-satunya segmen dalam industri kewangan antarabangsa yang paling pantas berkembang. Namun, dari segi saiz, ia masih terlalu kecil berbanding potensi pasaran yang dikenal pasti.

Apapun, Malaysia masih berada pada kedudukan yang agak baik. Kita perlu terus mengambil pendekatan pragmatik dan bijaksana. Kerjasama semua pihak amat perlu dalam usaha negara mengekalkan kedudukan sebagai negara ke-19 paling kompetitif di dunia (mengikut Persaingan Perdagangan Dunia 2008 yang dikeluarkan Institut Pengurusan Pembangunan, Switzerland) dan antara 20 negara perdagangan utama dunia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersatu menghadapi keadaan berasaskan pendekatan Malaysia Boleh dan punching above our weight.

Page 19: Kepercayaan Karut

Islam Hadhari Menolak Politik wang

Prinsip ketiga Islam Hadhari ialah kerajaan adil dan beramanah. Tetapi tentunya dalam usaha membangunkan sebuah kerajaan adil dan beramanah, amalan-amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita adalah ditolak oleh gagasan Islam Hadhari.

Sememangnya Islam dengan jelas menolak amalan-amalan buruk dalam berpolitik itu. Tetapi apabila dikaitkan dengan Islam Hadhari, iaitu ciri-ciri ketamadunan adalah lebih ketara amalan-amalan itu ditolak kerana ia akan menyemai kerosakan dan akhirnya meruntuhkan peradaban dan jati diri sesebuah negara.

Sememangnya dalam perkiraan akhir, sebarang perubahan terletak pada kehendak dan usaha individu bagi menentukan jalan untuk mengelak daripada terjebak ke dalam amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Bagaimanapun jika melihat sejarah dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah, tajdid atau pembaharuan perlu dilakukan secara penglibatan masyarakat. Perkara ini pula memerlukan tindakan secara kolektif melalui jemaah. Sama ada jemaah dalam bentuk bilangan yang kecil atau angkatan yang besar. Jika dalam bentuk angkatan yang besar, maka diperlukan jemaah yang kecil di dalamnya untuk menggerakkan pembaharuan.

Dalam mendorong para pemimpin supaya melaksanakan pemerintahan yang adil dan amanah, peranan pengikut amat penting. Selain itu rakyat dan masyarakat juga mampu mencorakkan jalan mana yang akan menjadi pilihan pemimpin mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman ini apabila pemerintahan dilakukan dalam bentuk demokrasi.

Maka, perjuangan bagi pembersihan dalam amalan berpolitik dapat dilakukan melalui kesedaran umum tentang pentingnya politik bersih daripada perkara-perkara baru. Di peringkat parti, jika ahli-ahli parti berkenaan mempunyai kesedaran tinggi dalam hal ini, mereka bukan saja menghindarkan diri daripada korupsi politik tetapi menolak pemimpin yang berbuat begitu.

Di sinilah terletaknya kepentingan pada kesedaran di kalangan masyarakat bagi menolak politik wang. Tentunya kesedaran memerlukan pendidikan yang berpanjangan dan berterusan. Maka pada keseluruhan, gerakan Islam Hadhari juga pasti merangkumi juga usaha membanteras politik wang dan rasuah.

Page 20: Kepercayaan Karut

Islam Hadhari Dalam Pembangunan Modal Insan

 

Kerajaan amat komited untuk membangun Negara dan masyarakat dalam menuju sebuah Negara maju mengikut acuannya tersendiri melalui pembangunan modal insan. Modal insan pula perlu dibangunkan secukupnya kerana ia menjadi alat utama dalam pembangunan dan kemajuan dan merupakan elemen kritikal dalam mencapai Misi Nasional dan merealisasikan Wawasan 2020. Pembangunan modal insan secara holistik yang dilaksanakan oleh kerajaan merangkumi pemerolehan pengetahuan termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

 Pembangunan modal insan menjadi agenda utama dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kepentingan pembangunan modal insan kerana ia berkaitan dengan peningkatan tahap pendidikan, kemahiran, akhlak, keyakinan dan sebagainya. Tujuan pembangunan modal insan adalah juga untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai pemikiran minda pertama. Apa yang dimaksudkan dengan modal insan ialah individu dalam sebuah masyarakat yang dapat memberi satu kekuatan kepada negara yang lebih berharga dari nilai mata wang.

 Dalam membicarakan mengenai pembangunan modal insan, pembangunan modal insan yang telah digariskan oleh negara bukan bermatlamat untuk melahirkan individu yang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata. Sebaliknya modal insan yang hendak dilahirkan oleh negara adalah seimbang dari segi aspek rohani, fizikal dan intelektual. Ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika berucap merasmikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-48. Beliau berkata ”Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani (BERNAMA, 31 Ogos 2005).

 Keperluan kepada usaha pembangunan insan lebih jelas terutamanya setelah dalam masa-masa akhir ini berlaku pelbagai masalah kerohanian dan keruntuhan akhlak sehingga sampai pada satu tahap yang membimbangkan semua pihak . Pelbagai jenis jenayah, masalah sosial dan bermacam-macam perilaku negatif dihadapi oleh masyarakat Malaysia sekarang. Keadaan seperti ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku kerana ia akan menghalang pencapaian Negara maju sebagaimana yang dihasratkan. Usaha yang jelas dan menyeluruh yang dimulakan dari akar umbinya sangat diperlukan untuk digerakkan oleh semua pihak dalam memastikan tahap pembangunan insan rakyat negara ini berjalan seperti yang diinginkan.

Page 21: Kepercayaan Karut
Page 22: Kepercayaan Karut

HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN ISLAM HADHARI DI MALAYSIA

Rakyat Malaysia yang berada dalam sebuah Negara merdeka malah

damai amat bernasib baik kerana pembangunan Negara dalam pelbagai

bidang seperti politik,sosial, ekonomi dan lain-lain lagi telah ditangani

dengan jayanya oleh pihak pemerintah.Kesepakatan tiga etnik terbesar

Negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada

tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata

dengan dasar perkongsian kuasa.Usaha dan langkah kerajaan dalam hal

seperti ini seharusnya ditonjolkan dengan sebaik-baiknya untuk generasi

baharu dan akan datang, agar mereka benar-benar dapat memahami

perjuangan para perintis kemerdekaan dan semangat bertolak ansur yang

ditanam oleh mereka yang terdahulu demi kesejahteraaan rakyat dan

Negara ini. Konsep perkongsian kuasa , pengagihan pendapatan Negara

secara adil, peluang pendidikan yang sama antara kaum minority dan

terkini pendekatan Islam Hadhari serta dasar-dasar yang lain, telah dapat

menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di Negara kita.

Page 23: Kepercayaan Karut

PENDEKATAN ISLAM HADHARI BAGI MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Selaras dengan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kerajaan

telah memperkenalkan “Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baharu

dalam memacu agenda pembangunan Negara kearah merealisasikan

Negara maju berdasarkan acuan sendiri sebagaimana yang termaktub

dalam Wawasan 2020.Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di

perhimpunan Agung UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Islam

Hadhari bukanlah satu ajaran atau mazhab baharu tetapi ialah satu

pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang kesempurnaan

ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Tambahan

pula, pendekatan Islam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian

hubungan etnik ini telah pun wujud pada zaman awal Islam lagi. Islam

Hadhari juga member tekanan kepada aspek pembangunan yang

menjurus kepada menjana pembinaan peradaban iaitu peradaban yang

dicanai dengan pegangan Islam dan member fokus kepada usaha

mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,

pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal

iaitu hubungan etnik antara mukmin di Malaysia.Pendekatan Islam

Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan menyeluruh

dan sewajarnya dilaksanakan secara jujur dan berterusan di Malaysia

sekiranya penduduk sejagat ingin hidup dalam satu tempat yang

sejahtera dan aman.Untuk mencapai hasrat dan aspirasi ini, maka

Page 24: Kepercayaan Karut

masyarakat perlu mempelajari dan memahami sosiobudaya sesuatu

kaum dan bangsa lain secara lebih mendalam.Pembangunan ilmu

mengenai hubungan etnik menjadi faktor penting yang boleh menyatukan

masyarakat Malaysia kini. Selain itu, prinsip kerajaan dalam Islam Hadhari

yang adil dan amanah menjadi pemangkin dan pendorong ke arah

tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan Negara dapat diagihkan

secara adil dan saksama. Tindakan ini merupakan satu instrumen penting

bagaimana pembahagian kekayaan dan harta dapat diwujudkan untuik

melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.Walaupun prinsip

keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ditekankan dalam masyarakat

Hadhari, ini tidaklah bermakna kebebasan beragama disekat. Manusia

yang berilmu seharusnya tahu membezakan antara kebenaran dan

kebatilan.

Page 25: Kepercayaan Karut

BAHAGIAN A

Soalan 1 : Umur

Jadual 1.1 : Jadual Kekerapan Soalan 1

Umur Kekerapan Peratusan

16 hingga 18 tahun

19 hingga 22 tahun

23 hingga ke atas

10

30

10

20%

60%

20%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.1 : Graf Kekerapan Soalan 1

16-18 19-22 23-keatas0

5

10

15

20

25

30

Daripada jadual di atas didapati bahawa sebanyak 10 orang responden merupakan

mereka yang berumur diantara 16 hinggah 18 tahun. 30 orang responden pula adalah berumur

19 hingga 22 tahun. Manakala 23 tahun keatas seramai 10 orang reponden.

Page 26: Kepercayaan Karut

Soalan 2 : Bangsa

Jadual 1.2 : Jadual Kekerapan Soalan 2

Bangsa Kekerapan Peratusan

Cina

India

Lain-lain

10

20

20

20

40

40

Jumlah 50 100%

Rajah 1.2 : Graf Kekerapan Soalan 2

Cina

India

Lain-lain

Kajian di buat khas hanya untuk masyarakat bukan beragama Islam yakni Cina , India

dan lain-lain. Manakala masyarakat Melayu tidak disenaraikan kerana kesemua masyarakat

Melayu adalah beragama Islam selaras mengikut perlembagaan Negara.

Page 27: Kepercayaan Karut

Soalan 3 : Perkerjaan

Jadual 1.3 : Jadual Kekerapan Soalan 3

Jenis Perkerjaan Kekerapan Peratusan

Kerajaan

Swasta

Berkerja sendiri

Tidak berkerja

5

15

10

20

10%

30%

20%

40%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.3 : Graf Kekerapan Soalan 3

Kerajaan Swasta Berkerja Sendiri

Tidak Berkerja

0

5

10

15

20

25

Kebanyakannya responden tidak berkerja sebanyak 20 orang. Manakala 15 orang

responden lagi berkerja di sektor swasta. Sebanyak 10 orang responden berkerja sendiri.

Akhir sekali, sebanyak 5 orang responden berkerja di sektor kerajaan.

Page 28: Kepercayaan Karut

Soalan 4 : Status

Jadual 1.4 : Jadual Kekerapan Soalan 4

Status Kekerapan Peratusan

Berkahwin

Belum berkahwin

11

39

22%

78%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.4 : Graf Kekerapan Soalan 4

1122%

3978%

Status

Kebanyakan daripada responden tidak mendirikan rumah tangga atau belum berkahwin. Ini diwakili oleh peratusan sebanyak 78%. Dapat dijelaskan bahawa responden masih belum merasai kesan Islam Hadhari dalam kehidupan berkeluarga.

Soalan 5 : Agama

Page 29: Kepercayaan Karut

Jadual 1.5 : Jadual Kekerapan Soalan 5

Agama Kekerapan Peratusan

Kristian

Hindu

Buddha

Lain-lain

21

15

9

5

42%

30%

18%

10%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.5 : Graf Kekerapan Soalan 5

Kristian Hindu Buddha Lain-lain0

5

10

15

20

25

Daripada jadual di atas didapati bahawa agama Kristian adalah majoriti kerana diamalkan oleh setiap masyarakat, sebanyak 42% orang responden beragama Kristian . Kepercayaan dan agama yang di pegang hindu sebanyak 30%, Buddha 18% dan lain-lain sebanyak 10%.

BAHAGIAN B

Page 30: Kepercayaan Karut

Soalan 1 : Adakah anda memahami konsep Islam Haddari?

Jadual 1.1 : Jadual Kekerapan Soalan 1

Kekerapan Peratusan

Amat Mendalam

Memahami

Tidak Faham

10

25

15

20%

50%

30%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.1 : Carta Pai Kekerapan Soalan 1

1000%

5000%

3000% Amat Mendalam

Memahami

Tidak Faham

Sebanyak 50% daripada responden menunjukkan bahawa mereka memahami dengan soalan 1. Mereka menganggap bahawa kosep Islam Haddari adalah penting sebagai isu utama dalam dunia serba moden ini.

Soalan 2 : Adakah konsep Islam Haddari memberi impak terhadap kehidupan seharian anda?

Page 31: Kepercayaan Karut

Jadual 1.2 : Jadual Kekerapan Soalan 2

Kekerapan Peratusan

Bersetuju

Kurang bersetuju

Tidak bersetuju

2

38

10

4%

76%

20%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.2 : Carta Pai Kekerapan Soalan 2

400%

7600%

2000%Bersetuju

Kurang bersetuju

Tidak bersetuju

Seramai 76% responden kurang bersetuju bahawa kosep Islam Haddari memberi impak terhadap kehidupan seharian mereka. Ini adalah kerana mereka tidak dapat merasai perubahan yang besar terhadap diri mereka darpadai kosep yang diperkenalkan tersebut .

Page 32: Kepercayaan Karut

Soalan 3 : Adakah anda berasa terikat dengan kosep Islam Haddari?

Jadual 1.3 : Jadual Kekerapan Soalan 3

Kekerapan Peratusan

Bersetuju

Kurang bersetuju

Tidak bersetuju

11

30

9

22%

60%

18%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.3 : Carta Pai Kekerapan Soalan 3

2200%

6000%

1800%Bersetuju

Kurang bersetuju

Tidak bersetuju

Daripada graf diatas, 60% daripada responden kurang bersetuju dengan soalan 3 yang menjelaskan bahawa responden tidak terikat dengan konsep tersebut kerana bagi mereka ia hanya berkaitan dengan masyarakat beragama Islam sahaja .

Page 33: Kepercayaan Karut

Soalan 4 : Adakah kosep Islam Haddari masih releven utuk di teruskan?

Jadual 1.4 : Jadual Kekerapan Soalan 4

Kekerapan Peratusan

Bersetuju

Kurang bersetuju

Tidak bersetuju

7

14

29

14%

28%

58%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.4 : Carta Pai Kekerapan Soalan 4

58%28%

14%

Tidak Bersetuju

Kurang bersetuju

Bersetuju

Seramai 29 orang daripada 50 responden tidak bersetuju dengan pernyataan soalan diatas. Ini adalah bagi mereka kerana kosep tersebut gagal mencapai matlamat yang dituju.

Page 34: Kepercayaan Karut

Soalan 5 : Adakah konsep ‘”One Malaysia” dapat menggantikan Islam Haddari?

Jadual 1.5 : Jadual Kekerapan Soalan 5

Kekerapan Peratusan

Bersetuju

Kurang Bersetuju

Tidak bersetuju

40

9

1

80%

18%

2%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.5 : Carta Pai Kekerapan Soalan 5

80%

18%

2%

Bersetuju

Kurang bersetuju

Tidak bersetuju

Mengikut soalan 5, majoriti seramai 80% dari 50 responden bersetuju konsep “One Malaysia” dapat mengantikan konsep Islam Haddari kerana bagi mereka , kosep baru ini lebih menyeluruh berbanding konsep yang lama.

Page 35: Kepercayaan Karut

KESIMPULAN

Setelah beberapa kajian telah kami lakukan, kami mendapati

bahawa agama merupakan satu institusi yang amat penting dalam

kehidupan masyarakat Melayu dan juga suku kaum lain di Malaysia.

Selain itu, perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai agama Islam

dan nilai agama lain di Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi

nilai-nilai sejagat yang diterima dan diamalkan.Walaupun di Malaysia

mempunyai pelbagai kaum yang berbeza agama tetap dapat hidup

bersama dalam satu kelompok atau sebagai masyarakat kerana nilai-nilai

etnik dan agama yang mengajar erti harmonis dan sejahtera antara satu

sama lain.Demikian juga kemajuan material dan fizikal perlu

diseimbangkan dengan kemantapan serta kemajuan rohani.Pendekatan

Islam Hadhari juga dilihat amat sesuai bagi tujuan memantapkan

kemajuan kerohanian masyarakat di Malaysia.

Page 36: Kepercayaan Karut

BIBLIOGRAFI1. Rahimin Affandi Abd. Rahim, “Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori dan realiti “,

dalam Dinamisme Pengajian Syariah, (ed) oleh Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Kuala Lumpur : Berita publishing, 1997

2. Donald L. Horowitz, “ The Quran and the Common law : Islamic law reform and the theory of legal change “, dalam The American Journal Of Comparative law, v. 42, 1994.

3. Wan Mohd Nor Wan Daud, The educational philosophy and practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas ; an exposition of the original concept of Islamization, Kuala Lumpur : ISTAC, 1998.

4. Mohd Nasran Mohamad, “ Dimensi dan pendekatan hubungan antarabangsa Islam dalam dasar luar Dr. Mahathir “, dalam Prosiding Seminar Dr. Mahathir pemikir Islam Abad ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur.

5. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : ke arah suatu kefahaman baru yang lebih sempurna, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001

6. Mohd. Zuhdi Marsuki, “ Pengajian sains, teknologi dan masyarakat : pendekatan bersepadu ke arah wawasan 2020 “, dalam Pengajian Umum di Alaf Baru, UKM, Bangi, 2000.