kepentingan teromba di dalam masyarakat melayu terutamanya masyarakat melayu negeri sembilan

7
PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675 Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Pengenalan. Di dalam masyarakat Melayu terutamanya masyarakat Melayu Negeri Sembilan penggunaan Teromba sudah menjadi sinonim di dalam kehidupan mereka sudah sekian lama. Hal ini kerana Teromba mempunyai kepentingannya di dalam adat-adat masyarakat Melayu Negeri Sembilan terutamanya yang berkaitan dengan adat-adat pemerintahan Negeri Sembilan. Masyarakat Negeri Sembilan iaitu masyarakat Minangkabau mempunyai pelbagai adat dan adat-adat ini masih dikekalkan sehingga ke hari. Hal ini juga disebabkan Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih berbanding negeri-negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung. Adat- adat yang diamalkan itu ada yang menggunakan Teromba sebagai pemudah cara ataupun penyedap kata. Teromba merupakan puisi Melayu yang lahir daripada adat daripada masyarakat yang mengamalkan Adat Pepatih yang juga dikenali sebagai perbilangan adat, terasul, tambo dan salasilah. Selain itu teromba juga terdapat sisipan puisi melayu lain seperti pantun, gurindam dan juga peribahasa. Teromba sering digunakan semasa upacara-upacara tertentu antaranya seperti pertabalan kerabat raja, hari kebesaran raja dan upacara-upacara lain di Negeri Sembilan yang melibatkan upacara-upacara rasmi. Hal ini kerana masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan begitu mementingkan adat dan memelihara adat mereka. Upacara-upacara yang dijalankan memerlukan majlis dan memerlukan pengacara majlis. Maka 1

Upload: mohd-nasro-bin-ismail

Post on 27-Jul-2015

1.110 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat

Melayu Negeri Sembilan.

Pengenalan.

Di dalam masyarakat Melayu terutamanya masyarakat Melayu Negeri Sembilan

penggunaan Teromba sudah menjadi sinonim di dalam kehidupan mereka sudah sekian lama.

Hal ini kerana Teromba mempunyai kepentingannya di dalam adat-adat masyarakat Melayu

Negeri Sembilan terutamanya yang berkaitan dengan adat-adat pemerintahan Negeri

Sembilan.

Masyarakat Negeri Sembilan iaitu masyarakat Minangkabau mempunyai pelbagai

adat dan adat-adat ini masih dikekalkan sehingga ke hari. Hal ini juga disebabkan Negeri

Sembilan mengamalkan Adat Perpatih berbanding negeri-negeri lain yang mengamalkan adat

Temenggung. Adat-adat yang diamalkan itu ada yang menggunakan Teromba sebagai

pemudah cara ataupun penyedap kata. Teromba merupakan puisi Melayu yang lahir daripada

adat daripada masyarakat yang mengamalkan Adat Pepatih yang juga dikenali sebagai

perbilangan adat, terasul, tambo dan salasilah. Selain itu teromba juga terdapat sisipan puisi

melayu lain seperti pantun, gurindam dan juga peribahasa.

Teromba sering digunakan semasa upacara-upacara tertentu antaranya seperti

pertabalan kerabat raja, hari kebesaran raja dan upacara-upacara lain di Negeri Sembilan yang

melibatkan upacara-upacara rasmi. Hal ini kerana masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan

begitu mementingkan adat dan memelihara adat mereka. Upacara-upacara yang dijalankan

memerlukan majlis dan memerlukan pengacara majlis. Maka Teromba digunakan di dalam

pengacaraan majlis supaya upacara-upacara menjadi lancar dan tidak menjemukan apabila

diselang-selikan dengan puisi melayu Teromba.

1

Page 2: Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

1.0 Kepentingan Teromba Sebagai penyeri upacara ataupun majlis.

1.1 Teromba digunakan dalam majlis kebesaran diraja.

Teromba memang begitu popular di dalam masyarakat Melayu Minangkabau di

Negeri Sembilan yang mengamalkan adat Pepatih. Teromba begitu penting dan digunakan

dalam pelbagai upacara dan juga majlis. Di dalam sesebuah majlis penggunaan Teromba

begitu dititikberatkan tanpa Teromba sesebuah majlis yang dilangsungkan akan menjadi tidak

begitu menarik dan perjalanan sesebuah majlis akan menjadi tidak lancar. Teromba sering

digunakan di dalam majlis dan terdapat kepentingannya dan digunakan mengikut kesesuaian

majlis tersebut. Contohnya majlis pertabalan raja di Negeri Sembilan, Teromba yang

digunakan mestilah menceritakan tentang pemimpin dan kebesaran pemimpin dan amat

penting disampaikan.

Contohnya boleh dilihat di dalam beberapa rangkap Pantun Pemimpin. Pantun ini

menceritakan tentang pemimpin yang harus disembah serta pengaruhnya yang amat penting

kepada masyarakat.

Dahan kemuning biarlah patah

Asal mengkudu tidak punah

Pada lahir pemimpin nan disembah

Dalam batin rakyat memerintah

Menjadi benteng dusun dan kampung

Menjadi pagar teluk dan tanjung

Karam di laut jadi pelampung

2

Page 3: Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

Lumpuh di darat jadi pendukung

Seterusnya di dalam sesebuah majlis teromba dijadikan selingan supaya upacara majlis

menjadi lancar dan dapat menarik perhatian tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Iaitu

terdapat pantun-pantun di dalam teromba yang disampaikan pada masa-masa tertentu semasa

bermulanya majlis sehinggalah berakhirnya majlis. Teromba selalunya disampaikan semasa

bermulanya majlis,pertengahan dan sebelum pengakhiran majlis disisipkan dengan pantun

bertujuan menyerikan suasana majlis mahupun sebagai penarik perhatian tetamu yang hadir

pada majlis tersebut.

1.2 Teromba digunakan di dalam adat merisik dan meminang.

Kegunaan Teromba bukan sahaja terbatas kepada majlis-majlis rasmi sahaja tetapi

juga digunakan untuk adat meminang. Teromba akan digunakan semasa meminang

terutamanya oleh masyarakat Minangkabau di negeri Sembilan yang mengamalkan adat

Pepatih.

Teromba menjadi satu kemestian bagi masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan.

Adat-adat seperti itu tidak disingkirkan malah menjadi pegangan yang kuat bagi masyarakat

Minangkabau. Contohnya Teromba merisik digunakan untuk menyampaikan hasrat pihak

bagi keluarga lelaki untuk meminang anak dara di sebelah keluarga perempuan.

Teromba digunakan di dalam adat merisik supaya hajat tersebut dapat disampaikan

dengan cara yang sopan dan beradat, ayat-ayat yang disampaikan melalui teromba lebih jelas

dan sesuai untuk menceritakan hajat oleh pihak lelaki. Contohnya dapat dilihat di dalam

teromba di bawah :

3

Page 4: Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

Merisik dalam adat istiadat perkahwinan

Adalah saya bak kata orang,

kok ibarat umur baru bertukar muda,

pendapatan pun belum ada,

pandangan pun belum banyak,

pengalaman pun belum jauh,

kok darah belum setampuk pinang,

kok jalan kurang pasa,

kalau begitu kedatangan saya ini,

ibarat pergi ke huma,

singkap daun ambil buah,

adapun kedatangan saya ini sama-sama faham,

orang ke awak, awak ke orang,

semenda bersemenda,

Teromba tersebut jelas bertujuan untuk merisik manakala bahasa yang digunakan amat

indah dan puitis amat sesuai untuk tujuan merisik tersebut. Penggunaan teromba dalam

upacara merisik ini sedikit sebanyak dapat mengelak menguris perasaan jika tujuan tersebut

ditolak kerana penggunaan bahasanya yang indah tersebut. Kebanyakkan bahasa yang

digunakan mempunyai loghat bahasan Minang di Negeri Sembilan.

4

Page 5: Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

1.3 Teromba digunakan di dalam peristiwa lain di dalam masyarakat melayu.

Teromba bukan sahaja digunakan untuk tujuan upacara-upacara rasmi sahaja tetapi

juga digunakan untuk memberi nasihat, menceritakan tentang pembahagian harta,

menceritakan tentang perkara berkaitan dengan salasilah melayu dan sebagainya. Teromba

begitu penting sekali di dalam kehidupan masyarakat melayu terutamanya masyarakat melayu

Minangkabau Negeri Sembilan. Hal ini kerana kebanyakkan teromba yang dicipta oleh

masyarakat Melayu adalah menceritakan hal-hal berkaitan kehidupan masyarakat yang

dianggap penting dan diturunkan secara lisan dan bertulis turun-temurun.

Selain itu juga Teromba sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu

Minangkabau di Negeri Sembilan kerana adat Pepatih yang diikuti oleh masyarakat tersebut.

Adat pepatih yang begitu kuat dan mempunyai pengaruh yang tinggi telah diasimilasikan

bersama kehidupan masyarakat tersebut. Hal ini menyebabkan Teromba yang dihasilkan

dimasukkan dengan loghat bahasa setempat iaitu Loghat Negeri Sembilan. Teromba yang

dihasilkan tersebut jelas menampakkan unsur kehidupan seharian yang dimasukkan dengan

loghat setempat dan perkaitan alam. Contohnya boleh dilihat dalam beberapa rangkap

Teromba Sampainya salasilah ke tanah Melayu:

Sebingkah tanah terbalik akan tanam-tanaman,

Maka berjumpa ia dengan yang berempat,

Bertanya batin Maha Galang,

Menjawab Dato’ nang berempat,

Di atas bukit si Untang-untang penjaringan.

Di dalam beberapa rangkap tersebut jelas memperlihatkan tentang sesuatu perkara

yang berlaku dan terdapatnya penggunaan loghat bahasa setempat yang indah jika di

sampaikan pada khalayak pada majlis tertentu yang bersesuaian.

5

Page 6: Kepentingan Teromba Di Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Masyarakat Melayu Negeri Sembilan

PUISI MELAYU BST 2053 MOHD NASRO BIN ISMAIL D20071029675

Kesimpulan.

Teromba merupakan alat yang penting kepada Masyarakat Melayu terutamanya bagi

masyarakat melayu Minangkabau Negeri Sembilan yang mana mengamalkan adat pepatih

yang datang dari tanah Jawa. Penggunaan teromba begitu luas bagi masyarakat Melayu

Negeri Sembilan termasuklah upacara-upacara atau majlis rasmi yang melibatkan kedudukan

diraja mahupun pembesar-pembesar di Negeri Sembilan.

Di dalam majlis tersebut penggunaan Teromba amat penting sekali bertujuan

melancarkan perjalanan majlis tersebut serta menarik perhatian tetamu yang datang. Selain itu

teromba tersebut mempunyai kegunaan yang penting seperti mengangkat martabat serta

pengaruh institusi raja serta pembesar-pembesar yang memerintah Negeri Sembilan.

Selain itu juga penggunaan Teromba juga sangat meluas sehingga kepada hal-hal

kehidupan seperti adat merisik, adat meminang dan sebagainya yang amat penting bagi

masyarakat Negeri Sembilan. Hal ini kerana adat-adat ini masih dipelihara dengan baik dan

dikekalkan di dalam masyarakat tersebut.

Kesimpulannya Teromba begitu penting bagi masyarakat Negeri Sembilan mahupun

masyarakat melayu di negeri lain. Hal ini kerana teromba bukan sahaja mempunyai pepatah-

petitih malah mempunyai pantun, kata-kata, terasul di dalamnya yang dipanggil teromba.

6