kepelbagaian agama: mencari titik pertemuanvodppl.upm.edu.my/~vauser/uploads/docs/pjj f2f2...
TRANSCRIPT
HASIL PEMBELAJARAN
• Pada akhir kuliah ini, para pelajar dapat :
1. Memupuk kefahaman tentang kepelbagaian agama di Malaysia;
2. Memahami kepercayaan agama utama di Malaysia;
3. Mengamalkan nilai tolak ansur dalam konteks kebebasan beragama di Malaysia;
•
SKOP KULIAH
• Definisi dan rasional agama • Mengapakah manusia
beragama? • Peranan agama • Penggolongan agama • Agama-agama di Malaysia • Mencari titik pertemuan
Pengenalan
• Agama – fenomena penting dalam kehidupan manusia; membantu manusia mengenal Tuhan serta memberi kesejahteraan hidup.
• Di Malaysia – identiti berasaskan kelompok etnik & kelompok agama.
Mengapakah Manusia Beragama?
• Pemikiran tentang agama telah wujud dalam diri manusia semenjak mereka lahir.
• Faktor keselamatan: kuasa agung yang dipercayai akan menjaga keselamatannya.
• Agama merupakan ciri yang membezakan kelompok manusia.
• Menurut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti bermoral.
Peranan Agama
1. Agama sebagai sumber nilai moral
2. Penyatuan
3. Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan
4. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
5. Perpaduan nasional
6. Kewujudan tamadun
7. Fungsi pemerintahan
8. Mengembangkan kesenian
PENGGOLONGAN AGAMA
1. Agama Samawi
Agama yang bersumberkan wahyu Tuhan; agama Islam, Kristian & Yahudi.
2. Agama Ciptaan Manusia (Agama Alam)
Agama yang lahir dalam kebudayaan, dibentuk oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat seperti agama primitif, animisme, Buddha, Hindu, Sikh, Konfucius, Tao, Shinto dan Mesir kuno.
AGAMA DAN CIRI-CIRINYA
• Agama Islam?
• Agama Buddha ?
• Agama Hindu ?
• Agama Kristian ?
• Agama Sikh?
• Animisme?
• Ajaran Konfucius?
• Ajaran Tao?
Agama Islam • Latar belakang
– Dianuti lebih dari 60% masyarakat Malaysia.
• Asal Usul
– Seseorang yang beragama Islam bermakna berserah diri dan mengikut perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammada SAW.
• Sumber utama - Al-Quran & hadis Rasulullah SAW, serta ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan sebagainya.
Sambungan…Agama Islam
Prinsip
• Mementingkan keharmonian dan mengiktiraf perbezaan.
• Ciri-ciri sistem ekonomi Islam (menolak monopoli, eksploitasi, menindas, memeras)
• Aspek politik - Islam mementingkan musyawarah dan keadilan.
• Aspek sosial - Islam mementingkan kehormatan.
• Kebebasan beragama dalam Islam.
• Mementingkan ilmu pengetahuan.
• Konsep Halal
Sambungan…
• Perayaan
–Hari raya Aidilfitri
–Hari raya Aidiladha
–Maulidur Rasul
–Maal Hijrah
–Nuzul Al-Quran
Agama Buddha
• Latar belakang
– Agama ke dua terbesar di Malaysia.
– Majoriti penganut dari etnik Cina.
– Ramai berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana.
– Ada juga yang berpegang kepada mazhab Theravada terutama bagi komuniti Thai.
Sambungan…Agama Buddha
• Asal Usul
– Diasaskan oleh Siddharta Gautama.
– Mendapat ilham di bawah pokok Bodhi.
• Ajaran;
– Lebih mementingkan aspek moral.
– Satu bentuk perjalanan kerohanian melalui jalan 8 lapis.
– Objektif adalah untuk mencapai Nirvana.
Sambungan…Agama Buddha
• Prinsip
– Ajaran terpentingnya adalah menghormati kehidupan tidak kira manusia, tumbuhan mahupun haiwan
• Perayaan
– Hari Wesak
Agama Hindu • Latar belakang
– Dianuti oleh sebahagian besar masyarakat India.
• Asal usul
– Mengalami evolusi semasa zaman tamadun Lembah Indus.
• Sumber
– Kitab Veda, Upanishad, Mahayana dan Mahabrata membentuk Etika Hindu.
– Objektif adalah untuk mencapai Moksha.
Sambungan…Agama Hindu
• Prinsip
- Konsep trimutri (3 dewa utama):
1. Dewa Brahma (pencipta) ,
2. Dewa Vishnu (memelihara)
3. Dewa Siva (memusnah)
- Sistem kasta
Agama Kristian • Latar belakang
– Agama Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan.
– Penganut Kristian percaya kepada doktorin Triniti iaitu Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.
• Asal usul
– Mazhab daripada kepercayaan orang Yahudi yg menerima Jesus sbg kristus.
• Sumber
– Bible: Perjanjian Lama, Perjanjian Baru
Sambungan…Agama Kristian
• Prinsip
– Setiap manusia dikehendaki mengikut peraturan moral yang ditetapkan oleh Tuhan.
– Pembaptisan
– Eukaris
• Perayaan
– Krismas
– Easter
– Good Friday
Agama Sikh • Latar belakang
– Dianuti oleh masyarakat Punjabi.
– Identiti mereka memakai serban, berjanggut panjang.
– Nama bagi lelaki berakhir dengan Singh bermakna singa.
– Nama wanita menggunakan Kaur bermaksud puteri.
Sambungan…Agama Sikh
• Asal usul
– Diasaskan oleh Guru Nanak pada 1469M.
– Kemudian dikembangkan oleh orang Guru lain.
• Sumber
– Kita dikenali Sri Guru Granth Sahib Ji.
– Tempat ibadat dipanggil Gurdwara.
Sambungan…Agama Sikh
• Prinsip
– Penganut Sikh mengamalkan prinsip 5K:
• Kesh (berambut panjang)
• Kangha (sikat)
• Kara (gelang besi)
• Kirpan (pedang kecil)
• Kachera (seluar pendek khas)
• Perayaan
– Vaisakhi
Animisme
• Latar belakang
– Animisme adalah kepercayaan yang melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi.
– Penganutnya menyembah batu, pokok, sungai dan lain-lain
• Asal usul
– Diperturunkan secara turun temurun dari generasi ke generasi (agama nenek moyang).
Sambungan…Anismisme
• Sumber
– Wujud dari sifat semula jadi manusia yang mencari Tuhan/pencipta.
• Prinsip
– Semua objek memiliki jiwa.
– Percaya kepada kuasa makhluk halus.
• Perayaan
– Bergantung pada masyarakat yang berkenaan. Misalnya orang Melayu dulu menyambut perayaan puja pantai.
Ajaran Konfucius • Latar belakang
– Confucianism diasaskan di China pada 2500 tahun lepas oleh seorang Guru falsafah
– Konfucius lebih kepada etika dalam kehidupan.
– Diamalkan oleh ramai etnik Cina di Malaysia.
– Amalan yang disarankan adalah sifat-sifat baik
– Sering diamalkan bersama dalam agama Buddha.
Sambungan…Ajaran Konfucius
• Asal usul
– Ajaran dibawa oleh tokoh bernama Kung Chiu dan kemudian dikenali dengan Kung fu-tze.
– Beliau seorang yang minat belajar dan kemudian mempunyai ramai pengikut.
Sambungan…Ajaran Konfucius
• Sumber
– Buku Analekta atau dipanggil juga Lun Yu.
• Prinsip
– Kod moral yang ditekankan adalah beretika, kemanusiaan dan kasih sayang.
– Misalnya, perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain.
– Mementingkan harga diri dan lain-lain.
Ajaran Tao
• Latar belakang
– Dianuti oleh ramai orang Cina di dunia dan di Malaysia.
• Asal usul
– Ajaran Tao diasaskan oleh Lao Tze.
– Ajarannya bertentangan dengan Confucius.
Sambungan…Ajaran Tao
• Prinsip
– Ajarannya menyeru kepada keharmonian keadaan semula jadi dan menganggap manusia adalah buruk.
– Wujud ajaran berkaitan Feng Shui, Yin Yang.
• Sumber
– kitab Tao Te Ching dan kitab Chuang Tzu
Kesan Gagal Menguruskan Agama yang Pelbagai
• Konflik Agama – Cth di Myanmar, Syria, Rwanda dll IMPLIKASI KITA DI MALAYSIA:
• Mencari Titik Pertemuan Melalui Agama
CARA MENGATASI KONFLIK AGAMA & MENCARI TITIK PERTEMUAN
• Dialog antara agama.
• Mengharmonikan hubungan antara pelbagai komuniti agama.
• Menangani ekstremisme agama.
KESIMPULAN
Perkongsian harmoni, nilai-nilai agama Islam & nilai agama lain
yang mempunyai banyak persamaan, diterima dan
diamalkan merupakan asas yang kukuh untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu.
OBJEKTIF
1. Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan
hubungan etnik di Malaysia. 3. Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia
DEFINISI SEGREGASI DAN INTEGRASI
Segregasi Pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain. Kesan dasar pecah dan perintah British
Pengasingan berlaku dalam dalam beberapa keadaan; • tempat tinggal • jenis pekerjaan • sistem persekolahan • penerbitan akhbar
INTEGRASI Merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi agama budaya, sosial, dan kawasan penempatan.
DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN
• Sebelum merdeka, Tanah Melayu telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di bawah penjajahan British. • Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan kuasa politik dan ekonomi British di Tanah Melayu. • Justeru, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat, Malaysia mengutamakan integrasi.
• Integrasi merupakan suatu proses yang komplek dan tidak dapat dicapai di dalam waktu yang singkat. • Tahap-tahap hubungan etnik dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segrasi sehingga hubungan yang terbentuk sebati iaitu amalgamasi. • Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.
CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA
Prasangka
Perkauman
Diskriminasi
Streotaip
Rasisme
Etnosentrism
Faktor yang mencetuskan perpecahan
Kos hidup meningkat
Perkhidmatan awam kurang memuaskan
Pengangguran kemiskinan
Keterpinggiran & ketidaksama rataan
Sambungan,
• Namun, Malaysia sering dijadikan contoh kepada negara lain kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan etnik. • Kejayaan ini merupakan usaha kerajaan yang bersifat top-down dan disokong oleh pihak swasta, NGO dan rakyat sendiri yang bersifat bottom-up. • Usaha ini dipelepori oleh kerajaan untuk pastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta kestabilan politik.
PERANAN KERAJAAN
• Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni telah menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan melalui dasar-dasar tertentu. • Pelbagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik. Antara usaha yang dirancang dan dilaksanakan ialah;
•Jabatan Perpaduan Negara dan Intgerasi Nasional (JPIN). • Dasar- dasar Kerajaan.
• Strategi Persefahaman Politik. • Strategi Keseimbangan Ekonomi.
• Strategi Sistem Pendidikan • Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan.
• Strategi Kepercayaan Agama. • Strategi Kebudayaan
•Strategi Integrasi Wilayah • Strategi Keselamatan
• Strategi Pembangunan Kawasan • Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
• Strategi Media Massa • Strategi Kesukanan
• Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela • Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan • Strategi Pemantauan isu-isu semasa dan konflik
• PANEL DAN JKPPN • Strategi Program dan aktiviti Perpaduan • Memperkasakan sekolah kebangsaan/
• Bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN)
• Merangka & memberi penekanan dasar dlm bidang sosioekonomi - menjurus kpd perpaduan.
• Cth. Dasar Pendidikan Kebangsaan, DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Dasar-Dasar Kerajaan
• Memupuk perpaduan negara berasaskan peruntukan dalam perlembagaan.
• Merangkumi sistem kerajaan persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembgaan, Kedudukan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, Hak Asasi Manusia, Hak Istimewa Bumiputera, dan lain-lain.
Strategi Persefahaman
Politik
• Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan wilayah , mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kaum.
• Mengurang dan membasmi kemiskinan tanpa kira kaum dan wilayah.
Keseimbangan Ekonomi
• Menyemai semangat perpaduan dan menanamkan sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional.
• B. Melayu sebagai bahasa perantaraan.
• Menyeragamkan kurikulum, peperiksaan, persijilan.
Sistem Pendidikan
• Penggunaan satu bahasa membolehkan pelbagai etnik berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa.
Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Kepercayaan Agama Kebudayaan
• Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakayat Malaysia bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing. • Walaupun agama Islam agama Persekutuan, tetapi agama lain dilindungi oleh perlembagaan.
• Mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan. • Tiga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
3. Islam menjadi unsur penting. • Kebudayaan sukuan yang lain bebas
di amalkan selagi tidak jejaskan kesopanan dan kesusilaan.
Keselamatan Integrasi Wilayah
• Melakukan penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah dan Sarawak dan Labuan. • Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan di Sabah dan Sarawak. • Mengadakan lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh. • Memperluaskan interaksi dan pergaulan antara rakyat di Semenanjung, Sabah & Sarawak. • Menyeimbangkan kemajuan antara bandar dan luar bandar.
•Mengatur langkah keselamatan untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan. • Mencegah daripada berlakunya ancaman keselamatan negara dan ketenteraman awam iaitu termasuk penguatkuasaan undang-undang ke atas;
• Kebebasan bercakap. • Berhimpun dan tubuhkan persatuan. • Tahanan preventif. • Akta Hasutan. • Kawalan penerbitan.
• Pemulihan melalui usaha mententeramkan keadaan setelah berlakunya konflik.
Pembangunan Kawasan Penggunaan Tenaga Manusia
•Memajukan penempatan baru dengan mengambil kira aspek perpaduan etnik. • Menubuhkan Rukun Tetangga dan anjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa kira kaum dan agama. • Menyediakan prasarana seperti dewan komuniti dan serba guna untuk lakukan aktiviti kemasyarakatan. • Membina perumahan yang mengandungi pelbagai pelbagai kos- rendah, sederhana dan mewah.
• Memastikan agar sebarang lantikan jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya.
• Majikan memainkan peranan yang penting menerapkan unsur perpaduan di kalangan pekerja melalui dasar , program dan aktiviti syarikat.
• Menggalakkan interaksi antara pekerja pelbagai etnik bagi mengurangkan sikap prejudis dan salah tanggapan.
Memupuk perpaduan melalui penyampaian maklumat melalui media massa dan elektronik.
Menghubungkan rakyat/masyarakat terpencil di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak.
Media
Massa
Mewujudkan pergaulan dan interaksi sosial bagi memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan
Meningkatkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnocentrisme.
Kesukanan
• Menubuhkan jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan penduduk bagi menjayakan penerapan nilai-nilai murni dan perpaduan melalui aktiviti kemasyarakatan
Perpaduan& Pertubuhan Sukarela
• Memperbanyakkan penyelidikan tentang perpaduan dan hubungan etnik
• Hasil kajian digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program berkesan serta mengukur semangat perpaduan
Penyelidikan dan Penerbitan bahan
bacaan • Mewujudkan
mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik.
Pemantauan isu-isu semasa dan konflik
• Bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional.
• Bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggung jawab menasihat, melapor dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri tentang isu yang berkaitan dengan perpaduan.
Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) & Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan
Peringkat Negeri
(JKPPN)
• Merangka program pemetaan perpaduan untuk tingkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran .
• Melaksanakan aktiviti berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang dicadangkan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
• Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya.
Program dan aktiviti
Perpaduan
• Menyatupadukan rakyat berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial.
• Berkemampuan mendidik pelajar pelbagai etnik dan juga menanam nilai-nilai perpaduan.
• Mempertingkatkan jumlah guru yang memiliki ijazah. 100% di sekolah menengah dan 25 % di sekolah rendah pada tahun 2012.
• Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara etnik.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Memperkasakan Sekolah Wawasan
Memperkenalkan Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN)
• Memperkenalkan konsep sekolah Wawasan sebagai satu daripada pendekatan alternatif untuk pupuk perpaduan dan integrasi nasional. • Menggabungkan dengan membina dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar.
• Memperkenalkan PLKN bagi menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda. • Memupuk perpaduan etnik dan integrasi nasional. • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEK HUBUNGAN ETNIK
Peranan
Masyarakat
Rukun
Tetangga
Rumah Terbuka
Penerimaan Budaya
Program
IPT
•Diperkenalkan pada tahun 1975. • Pada peringkat awal, Rukun Tetangga bertujuan untuk mengawal keselamatan di kediaman masing-masing. •Visi & Misi:
Memupuk persefahaman & bertolak ansur kearah pembangunan bangsa Malaysia yang
bersatu padu. • Objektif:
Memelihara, meningkat dan kukuhkan perpaduan selaras dengan dasar perpaduan
negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
• Di perkenalkan sebagai langkah untuk rakyat menjaga keselamatan kawasan kediaman dan penekanan terhadap konsep kejiranan. • Melakukan aktiviti kejiranan seperti amalan kunjung mengunjung, sukan, ceramah kesihatan, keagamaan, keusahawanan dan lain-lain
Rukun Tetangga
Di adakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia.
Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka.
Contoh:
Perayaan Hari Raya Aidil fitri Tahun Baru Cina
Deepavali Krismas
Memperlihatkan keharmornian hubungan etnik dan membuktikankan kesepaduan sosial dalam
masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun berlainan
agama, etnik dan budaya.
Rumah Terbuka
Penerimaan Budaya
Masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi
pakaian dan makanan.
Begitu juga etnik Melayu, menerima budaya daripada etnik lain seperti penggunaan angpau yang terkenal di dalam budaya
etnik Cina.
Program IPT
• Menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan dikalangan mahasiswa yang pelbagai etnik. Antaranya;
• Menawarkan kandungan kursus di semua IPT yang menitik beratkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. • Mewujudkan Kelab Perpaduan atau Rukun Tetangga - menyemai kesedaran tentang kepentingan perpaduan. • Mewujudkan Program khidmat Masyarakat- memberi pengalaman dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia. • Menerapkan sikap perpaduan dikalangan pensyarah dengan memberi pendedahan tentang kursus Hubungan Etnik.
PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
• Memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia.
• Terdapat pertubuhan yang berasaskan etnik seperti Pertubuhan
Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. • Barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai kaum:-MBM. • Terdapat pembahagian mengikut kaum seperti pergerakan Belia
4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia. Persatuan tersebut telah digunakan oleh NGO untuk adakan dialog dan seminar.
Sambungan…PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
•Dana dan geran dari pihak swasta dan penubuhan institusi seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) & Akademi Sains Negara - penjana pembangunan ekonomi negara, akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada semua golongan tanpa mengira etnik. •Multi Nasional Corporation (MNC)- menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik :- YTL Corporation, Lion Group, Maxis, Berjaya Group dll. •Tajaan atau sumbangan tersebut dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR)
KESIMPULAN
Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya
diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata.
Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO ataupun pihak swasta
bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.
Objektif
• Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat;
1. Memahami perkembangan sistem pendidikan vernakular di Malaysia.
2. Menghayati kepentingan sistem pendidikan sebagai alat untuk memupuk perpaduan.
3. Menilai pendidikan ke arah kesepaduan sosial.
Pengenalan
• Wujud polemik dalam dasar pendidikan di negara ini.
• Sistem pendidikan di negara ini – berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama - sistem pendidikan berorientasikan Sistem Pendidikan Vernakular (Jenis Kebangsaan).
SEJARAH PENDIDIKAN DI
MALAYSIA • Kaitan rapat antara bahasa dan pendidikan ;
setiap etnik cuba mempertahan sistem pendidikan masing-masing.
• Usaha kerajaan membentuk satu identiti kebangsaan menerusi penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan menjadi sukar.
• Sistem ini telah dibentuk semasa era penjajah Inggeris.
Latar Belakang
Pendidikan Komuniti
Etnik MELAYU
Berasaskan sistem nilai dan adat
Tidak
formal
Formal
Tidak Formal
Cth: Pondok, madrasah, sekolah agama, sekolah agama rakyat
Bahasa melayu & arab bahasa pengantar
Sukatan : Al-quran, al-hadis, hal ehwal keagamaan
Bebas pemantauan kerajaan british
Ada peringkat rendah & menengah
Lanjut pelajaran ke Indonesia, India & Mesir
Formal
Didirikan kerajaan
British
Bahasa melayu
bahasa pengantar
Tumpuan kpd
membaca, mengira,
menulis, ilmu
pertukangan,
anyaman &
pertanian
Lanjut pelajaran ke
Maktab Perguruan
Sultan Idris
Tidak menjawat
jawatan tinggi
CINA
Sebelum
1900
Sistem pendidikan tersendiri
Tumpuan kpd pemahaman
penulisan Cina klasik
Bahasa Cina bahasa pengantar
Sukatan pelajaran, guru & buku
teks dari China
Untuk mengekalkan identiti
Dibiayai secara persendirian &
persatuan
Ada peringkat rendah & menengah
1920-an Kebangkitan semangat nasionalisme
di China
Fahaman Kuomintang & Komunis
meresap masuk
Timbul sentimen
anti-imperialis &
anti-British
Enakmen
Pendaftaran sekolah
Pengawalan sekolah cina &
kurangkan campur tangan persatuan
1924 Sekolah dapat bantuan kewangan & dipantau
kerajaan
Usaha kurang berjaya disebabkan penentangan
Mendesak British tidak campur tangan dalam
pendidikan
INDIA
Tidak ada sumber & dana utk tubuh sekolah sendiri
British sediakan sekolah vernakular melayu tetapi
mereka menolak
Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak estet
Penerapan nilai ketamilan diberi keutamaan
Bahasa Tamil bahasa pengantar
Sukatan pelajaran & guru dari India
Persekitaran serba kekurangan & hanya penekanan
sekolah rendah : kurang sambutan
SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS
Penubuhan
Penang Free
School
Dikuasai
mubaligh kristian
& Inggeris bahasa
pengantar
Untuk melahirkan
pegawai tadbir
rendah
Dimasuki oleh :
komuniti Cina di bandar
komuniti India di bandar
kelas atasan komuniti melayu
Boleh lanjut
pelajaran ke kolej
& universiti
Dipandang tinggi
masyarakat
Era penjajahan di Tanah Melayu (1800-1945)
• Sehingga tahun 1920, dua bentuk pendidikan pemerintah British;
1. Pendidikan Inggeris; utk kelompok Melayu kelas atasan & bukan Melayu.
2. Pendidikan vernakular ; utk kelompok Melayu kelas bawahan. Hanya diajar perkara asas 3M.
• Komuniti Cina dan India – selain sekolah Inggeris, dibolehkan membangunkan sistem pendidikan sendiri.
DASAR PENDIDIKAN
DALAM TEMPOH 1945-
1970
Peringkat ke arah pemupukan semangat kesepaduan sosial dalam bidang
pendidikan
Dasar Cheeseman 1946
• Peruntukan pendidikan peringkat rendah
secara percuma
• Pendidikan Inggeris didedahkan semenjak
sekolah rendah
• Peluang pendidikan sama kepada
golongan wanita
Jawatankuasa Car-Saunders 1947
• Merangka pendidikan tahap universiti di
Tanah Melayu
• Peluang dibuka kepada komuniti Melayu
memasuki pendidikan Inggeris
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949
• Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib
diajar di peringkat sekolah rendah
• Sekolah kebangsaan ditubuhkan
• Bahasa ibunda masing-masing boleh
diajar
Laporan Barnes 1951 • Menyemak dan memperbaiki bentuk
pendidikan Melayu
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah
• Sekolah vernakular dimansuhkan dan diganti dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah rendah
Laporan Fenn-Wu 1951
• Mempertahankan kedudukan sekolah
Cina
• Kedudukan bahasa Cina sebagai bahasa
terbesar dunia
• Sekolah Cina tidak perlu sukatan
pendidikan dari negara China
Ordinan Pendidikan 1952
• Pilihan sama ada bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah
• Menjadikan sistem pendidkan sebagai
teras penyatuan kaum
Laporan Razak 1956 • Dijadikan Dasar Pendidikan pertama untuk
Persekutuan Tanah Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah rendah & sekolah menengah
• Sekolah jenis kebangsaan bebas memilih bahasa pengantar
• Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama
• Pendidikan menggunakan bahasa Melayu dilanjutkan ke peringkat menengah dan universiti
Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961
• Bahasa kebangsaan ialah medium
penghubung di Malaysia
• Menyeragamkan sistem peperiksaan dan
persekolahan
• Memberi penekanan terhadap pendidikan
teknik dan vokasional
• Memberi penekanan kepada pendidikan
moral dan keagamaan
Kelemahan sistem pendidikan
vernakular
• Tidak dapat memupuk perpaduan kaum
• Murid-murid daripada pelbagai kaum terpisah
• Melalui sistem pendidikan yang berbeza-beza
• Penggunaan bahasa yang berbeza-beza sebagai bahasa pengantar
• Sekolah Kebangsaan memberi peluang
kepada semua etnik menghantar anak-anak
mereka belajar bersama-sama etnik yang lain
(menggalakkan segregasi penduduk)
• Kewujudan sistem pendidikan seperti ini
memberikan ruang integrasi kepada
penduduk melalui sistem kurikulum yang
dibentuk.
Sekolah Rendah
Sekolah
Kebangsaan
Bahasa pengantar – bahasa Melayu
Sek. Jenis Kebangsaan
Bahasa pengantar –bahasa
Mandrin/Tamil
Usaha penyatuan etnik dalam
pendidikan diteruskan di peringkat
menengah dengan
Pelaksanaan Program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP)
Sekolah Menengah
Sek. Men. Harian
Sek. Men. Jenis
Kebangsaan
SBP
Sekolah Kluster
Sekolah Teknik &
Vokasional
Sek. Men. Agama
Sekolah Seni & Sukan
• Sekolah ini terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan pelajaran yang sama.
• Pengajian dalam bahasa ibunda adalah
dibenarkan jika memenuhi syarat (pengekalan identiti menerusi bahasa ibunda masing-masing.)
• Peperiksaan besar bagi pendidikan ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia yang menentukan haja tuju pendidikan pelajar pada peringkat seterusnya.
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama dalam sebuah sekolah
Idea Sekolah Wawasan - menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara etnik
Tujuan & matlamat – • Wujudkan perpaduan • Semangat integrasi • Sifat toleransi & persefahaman • Galakkan interaksi maksimum
Tingkatan 6 -Selama 2 tahun
-Menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysa
Matrikulasi
-Selama 1 atau 2 tahun
Diploma -Sekurang-kurangnya
3 tahun
Asasi -Selama 1 atau 2
tahun
(Selepas menduduki SPM)
• Para pelajar berlatarbelakangkan pelbagai aliran peringkat institusi pengajian tinggi
• Mereka berasal daripada seluruh pelusuk tanah air dan menjalani kehidupan kampus selama tiga hingga empat tahun atau lebih.
• Pelajar mula memahami persekitaran perkongsian.
• Ruang untuk para pelajar bergaul antara etnik lebih luas.
• Perkongsian dalam pelbagai aktiviti memupuk kepada kesepaduan sosial yang lebih kukuh.
• Keadaan ini penting dalam konteks mencapai perpaduan nasional dalam masyarakat pelbagai etnik menjelang tahun 2020.
• Usaha menghalang polarisasi antara etnik.
• Kepelbagaian dalam sistem pendidikan negara.
• Menekan pemahaman tiga rukun politik cina kepada
masyarakat.
• Rukun pertama : Mempertahankan pendidikan cina.
• Rukun kedua : Mempertahankan penerbitan akhbar
cina.
• Rukun ketiga : Mempertahankan persatuan cina
• Mengemukakan Memorandum Pendidikan Persekutuan
Malaya.
• Menjadikan pendidikan Cina sebagai satu daripada
aliran pendidikan negara.
• Memansuhkan Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan.
• Membentangkan akta baharu iaitu Akta Pendidikan 1996.
• Mewujudkan pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
• Mewujudkan pendidikan berasaskan 1 Malaysia
• Menyatukan semula hubungan antara etnik dengan mewujudkan satu jenis sekolah sahaja di peringkat menengah.
Kesimpulan • Pendidikan – peranan amat
dominan dalam proses sosialisasi.
• Perlu ada satu titik persamaan dalam dasar pendidikan – agar pendidikan menjadi agen dalam proses pembinaan negara bangsa.
• Menerangkan kepelbagaian pengalaman harian yang dapat menyatukan pelbagai etnik
• Merasionalisasikan peranan seni sebagai wadah kesepaduan sosial
• Menghubungkaitkan peranan media ke arah kesepaduan sosial
Hasil Pembelajaran
Fokus Perbincangan:
Kesimpulan
Perkongsian Pengalaman Harian Bersama
Media dan Kesepaduan Sosial
Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial
Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan Etnik
Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan
Pengenalan
• Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik.
• Aspek makanan, kesenian dan media memainkan peranan penting secara langsung atau tidak langsung dalam proses membina kesepaduan antara etnik.
• Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha memenuhi keperluan hidup masing-masing.
Kesepaduan
(makanan dikongsi bersama)
Kepelbagaian makanan
Masyarakat majmuk
Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan
• Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.
• Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan tetapi juga sebagai satu daripada produk menarik dalam industri pelancongan tempatan dan antarabangsa.
Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan Etnik
• Keunikan makanan sesuatu etnik telah berperanan menyatukan pelbagai etnik di dalam masyarakat.
• Makanan juga dapat membahagikan individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat.
• Penyatupaduan dan pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat khususnya masyarakat pelbagai etnik.
Masa; pagi, tengahari dan malam – ditempat yang sama – “mamakteria”, kopitiam, warung, dll.
Penggunaan alat; tangan, chopstick, daun pisang, sudu garfu – budaya sepunya.
Cara Makan
Ruang Awam
• Tiada kaitan dengan acara agama/ kepercayaan/ etnik .
• Adakala berkaitan dengan acara agama/keraian keagamaan, contoh perayaan/kenduri yang boleh dikongsi bersama.
Ruang Bukan Awam
• Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan – contoh makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan/kebudayaan sesuatu kaum.
Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial
• Melangkaui makanan yang berhubungkait dengan larangan agama - melalui tahap kefahaman, persefahaman dan hormat antara satu sama lain.
• Menghayati nilai universal “boleh atau tidak boleh” antara kaum.
HINDARKAN BUDAYA DEKAT TAPI JAUH JAUH TAPI DEKAT
Contoh: penggunaan telefon bimbit di
ruang makan. Duduk semeja tetapi bersembang dengan “yang jauh di
mata.”
• Kesepaduan sosial menerusi himpunan seni; muzik, nyanyian, tarian, seni lukis, dan lain-lain.
Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial
• Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-masing.
• Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk kesepaduan sosial.
• Kesepaduan berlaku dalam dua aspek;
1. Kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni dihasilkan, contoh : penghasilan filem Upin dan Ipin, dll.
2. Kesepaduan sosial dalam produk seni, contoh: karya filem Tan Sri P. Ramlee, dll.
• Filem “Sini Ada Hantu” adalah hasil gabungan dan kerjasama penggiat seni yang terdiri daripada pelbagai etnik.
• Lagu “Pergi” nyanyian Aizat dicipta oleh Pete Teo dan diiringi dengan alunan alat muzik cina ‘erhu’.
• Pelukis keturunan Cina iaitu Chuah Thean Teng telah menjadikan corak batik sebagai medium beliau.
• Sam Karuna adalah pelukis bukan Melayu yang juga menggunakan batik sebagai medium dalam lukisan beliau.
• Media perlu bekerja dengan dasar yang betul; ketelusan, akauntabiliti, keadilan dan laporan yang bertanggungjawab.
(Datuk Seri Najib Tun Razak,
Malam Wartawan 2009)
Media dan Kesepaduan Sosial
• Peranan Media, antaranya; • Membina kredibiliti/kemakmuran
negara. • Agen perubahan sosial – alat
interaksi sosial, politik dan ekonomi. • Menyampai maklumat dan mendidik
masyarakat.
• Klasifikasi Media; • Cetak – suratkhabar, majalah, buku,
novel dan bahan bertaip yang lain. • Elektronik; TV - pengisian program
TV ke arah perpaduan sosial. Contoh; melalui kaedah iklan, filem pendek, Upin dan Ipin, Boboiboy, dll.
• Cabaran; • Perkembangan ICT era globalisasi
– media alternatif – mengambil alih fungsi media tradisi; • YouTube, • Facebook • Twitter
Perkongsian Pengamalan
Harian Bersama
• Aktiviti perkongsian dengan para pelajar mengenai pengalaman hidup dalam konteks interaksi sosial
Kesimpulan
Ruang mencari kedamaian , keamanan dan keharmonian terbuka luas dalam kepelbagaian .
MENGAPA MENCARI PERPECAHAN
Pemahaman Konsep HE • Proses-proses rundingan sosial;
i. Akomodasi
ii. Akulturasi
iii. Amalgamasi
iv. Asimilasi
• Gejala yang perlu dihindari;
i. Etnosentrisme
ii. Prejudis
iii. Streotaip
iv. Diskriminasi
KESEPADUAN SOSIAL:
USAHA DULU & SEKARANG • INSTITUSI: Penubuhan Jabatan
Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara; JPNIN
• DASAR: Dasar Ekonomi Baru, Wawasam 2020, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Pelan Transformasi Kerajaan; 1Malaysia
• TINDAKAN: Rukun Tetangga; Tadika Perpaduan; PLKN; Pelbagai Projek 1 Malaysia
Kursus Hubungan Etnik Wahana
Memperkukuh Kesepaduan Sosial
• Konsep asasnya: membina kesepaduan sosial ke arah membawa perpaduan & integrasi
• Kelompok sasaran: Mahasiswa/I IPT
• Kandungan menekankan kepada Kesepaduan Sosial (Kuliah dan Penyediaan Tugasan)
• Output: Sebilangan golongan terpelajar yang sedar tanggung jawab mereka terhadap negara
• Outcome: Ketaatsetiaan dan patriotisme, melalui kesepaduan sosial