buku panduan latihan industri dce4901 latihan vauser/uploads/docs/buku panduan latihan indusberbakat

Download BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI DCE4901 LATIHAN vauser/uploads/docs/BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSberbakat

Post on 27-Oct-2019

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

    DCE4901 LATIHAN INDUSTRI

    BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)

    Disediakan oleh

    DR. ZOHARAH OMAR JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN

    FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    2014

  • 1

    KANDUNGAN

    BAB 1..................................................................................................................................................... 2

    1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI .................................................................................. 2

    BAB 2..................................................................................................................................................... 6

    2.1 LATIHAN INDUSTRI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA ............................................................................................................................... 6

    2.2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI .......................................................................................... 9

    2.2.1 Maklumat kursus dan syarat menjalani latihan industri .................................................... 10

    BAB 3................................................................................................................................................... 12

    3.1 PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI............................................................................ 12

    3.1.1. Peringkat I - Perlaksanaan Latihan Industri....................................................................... 12

    3.1.2 Peringkat II – Pasca Latihan Industri ................................................................................. 18

    BAB 4................................................................................................................................................... 21

    4.1 KANDUNGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI............................................................................................................................. 21

    BAB 5................................................................................................................................................... 27

    5.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT DALAM LATIHAN INDUSTRI............................................................................................................................. 27

    5.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar................................................................................ 27

    5.1.2 Peranan dan Tanggungjawab Agensi ................................................................................ 29

    5.1.3 Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah/Tutor yang Menilai Pembentangan Pelajar . 29

    5.2 MAKLUMAT PEGAWAI....................................................................................................... 30

    RUJUKAN ........................................................................................................................................... 31

    LAMPIRAN .......................................................................................................................................... 33

  • 2

    BAB 1

    1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

    Latihan industri yang juga dikenali sebagai internship atau praktikum merupakan satu

    aktiviti pembelajaran berasaskanterapan (applied learning) atau pembelajaran

    berasaskan pengalaman (experiential learning) di mana pelajar didedahkan kepada

    situasi sebenar pekerjaan dalam bidang yang diceburi bagi membolehkan mereka

    menerapkan apa yang dipelajari ke dalam konteks sebenar serta memperoleh

    pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang daripada pengalaman kerja

    semasa menjalani latihan industri. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada isu

    dan cabaran sebenar yang dihadapi dalam bidang sumber manusia yang kemungkinan

    tidak dipelajari dalam kuliah. Peluang ini dapat membantu pelajar mendalami perkaitan

    antara teori, konsep, prinsip dan amalan sebenar kedalam kerja.

    Di samping itu, latihan industri juga dapat membantu menjadikan pelajar modal insan

    berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan

    Negara.Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan

    kelas pertama yang berpengetahuan, berdaya saing, berfikiran kreatif, innovatif, kritis

    dan analitikal.Untuk menjadi modal insan berbakat besar pelajar bukan sahaja perlu

    menguasai kemahiran teknikal atau kemahiran kefungsian tetapi juga kemahiran

    insaniah.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghasilkan Modul Pembangunan

    Kemahiran Insaniah (Soft-Skills) yang berteraskan kepada 7 kemahiran insaniah yang

    perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di

    Malaysia.Tujuh KI tersebut merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan

    kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran

    berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral

    profesional dan kemahiran kepimpinan (KPT, 2006).

  • 3

    Melalui latihan industri, pelajar dapat menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran

    berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

    berpasukan serta etika dan moral professional. Kemahiran komunikasi amat penting

    untuk dikuasai oleh pelajar kerana ia merupakan satu keperluan kemahiran yang amat

    ditiikberatkan oleh pihak majikan (Huzili, Azman, Muhammad Shukri 2008; Schluz

    2008). Pelajar perlu berupaya menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari

    segi penulisan dan secara lisan untuk menjadi lebih berdayasaing dan dianggap

    sebagai aset dalam sesebuah organisasi.

    Selain itu, pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari semasa menjalani latihan

    industri serta kemahiran insaniah yang diperolehi dapat membantu pelajar

    mempertingkatkan kemahiran bolehkerja (employability skill) mereka. Secara langsung,

    ia akan membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajarapabila menceburi alam

    pekerjaan kelak. Majikan di Malaysia sangat menitikberatkan kemahiran bolehkerja dan

    mengganggap pelajar mesti mempunyai kemahiran tersebut (Husain, Mohktar, Ahmad

    & Mustapha 2010). Kemahiran bolehkerja merupakan kemahiran asas yang diperlukan

    untuk membolehkan seseorang melakukan kerja dengan baik.Ia merangkumi

    kemahiran, sikap dan perlakuan/tindakan yang membantu pekerja dalam menjalin

    hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan ketua serta membuat keputusan secara

    bijak (Robinson 2000). Menurut McLaughlin (1992), tiga tret yang sangat dititikberatkan

    oleh majikan dalam diri pekerja mereka adalah 1) pekerja yang boleh berkomunikasi,

    berfikir dan ingin terus belajar sepanjang hayat mereka, 2) pekerja yang mempamerkan

    sikap dan tingkahlaku yang positif, bertanggungjawab dan berupaya untuk

    menyesuaikan diri, dan 3) pekerja yang boleh bekerja dengan pekerja lain.Kajian Husin

    et al (2010) melaporkan, kemahiran bolehkerja yang sangat diutamakan oleh majikan

    adalah kualiti pribadi, diikuti oleh kemahiran interpersonal, kemahiran sumber,

    kemahiran asas, kemahiran memperoleh maklumat dan kemahiran sistem dan

    teknologi.Maklumbalas dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia turut meletakkan

    kualiti peribadi sebagai kriteria utama dalam memilih pekerja.(Abdul Hair Awang, Azimi

    Hamzah, Rahmah Ismail, Jegak Uli 2004). Justeru itu, melalui pengalaman yang dilalui

  • 4

    semasa pelajar menjalani latihan industri akan dapat meningkatkan kemahiran

    bolehkerja pelajar B.S. (PSM).

    Selain itu, pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui latihan industri dapat

    memudahkan pelajar menyesuaikan diri di alam pekerjaan selapas mereka tamat

    penggajian. Pengalaman yang diperolehi juga dapat meningkatkan keyakinan-diri dan

    keyakinan-kerja pelajar serta dapat membantu membuka peluang pekerjaan di masa

    hadapan serta membina jaringan profesional dengan agensi berkenaan.

    Bagi pelajar jarak jauh program B.S. (PSM) yang sudahpun mempunyai pengalaman

    pekerjaan dalam pelbagai bidang, pendedahan kepada situasi sebenar dalam amalan

    pembangunan sumber manusia dapat membantu meningkatkan kemahiran teknikal

    yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia serta kemahiran insaniah

    pelajar. Melalui latihan industri ini pelajar berpeluang untuk mengapliksi ilmu yang

    dipelajari bagi memperbaiki atau mempertingkatkan amalan pembangun sumber

    manusia di agensi tempat pelajar menjalani latihan industri. Selain itu, pelajar juga

    dapat memahami fungsi, peranan serta mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang

    pengamal pembangunan sumber manusia.

    Selain dari pelajar, agensi yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri turut

    mendapat manfaat dari aktiviti ini. Organisasi memperolehi bantuan sementara dari

    pelajar dalam menyempurnakan sesuatu tugas serta dapat membuat penambahbaikan

    kerja berdasarkan maklumbalas pelajar dari pengetahuan yang diperolehi di universiti.

    Selain itu, latihan industri merupakan alat saringan yang berkesan dalam menyaring

    bakal pekerja yang berpotensi yang boleh dijadikan sebagai aset dalam sesebuah

    organisasi (Narayanan, Olk & Fukami 2010; Rothman 2007).Tambahan pula, pelajar

    yang telah menjalani

Recommended

View more >