teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraanvodppl.upm.edu.my/~vauser/uploads/docs/modul 8 julai...

94
1 TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN BBM 3412 BBM 3412 (UNIT 1 - 8) B.A (BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU) NORMALIZA ABD RAHIM Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  1  

TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN

BBM 3412

BBM 3412 (UNIT 1 - 8)

B.A (BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU)

NORMALIZA ABD RAHIM

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan

  2  

PENGENALAN KURSUS

Kursus : Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan Kod Kursus : BBM 3412 Kredit : 3 (3 + 0) Pensyarah : Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim Tajuk Kuliah : Maklumat Kursus Kandungan : i. Biodata Penulis ii. Rangka Kursus iii. Kaedah Pengajaran iv. Jadual Belajar v. Penilaian Kursus vi. Panduan Menulis Tugasan

  3  

BIODATA PENULIS

Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim merupakan seorang pensyarah di

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi media dan wacana

bahasa. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) di University of

Nottingham, United Kingdom. Telah menghasilkan dua buah buku iaitu,

Learning through Blog Writing: Embracing the Technology (2014) dan

Wacana Bahasa (2014). Sehingga kini, telah menghasilkan lebih 73 artikel

cited journal yang berimpak tinggi dan scopus serta non-cited yang berwasit.

Juga, 18 artikel bab dalam buku. Beliau juga mendapat hak cipta (copyright)

bagi 60 lagu cerita rakyat yang diciptanya sendiri dalam memartabatkan

sastera Melayu. Selain itu, beliau merupakan penulis skrip untuk 60 cerita

rakyat berbentuk animasi untuk Dewan Bahasa dan Pustaka.

  4  

RANGKA KURSUS NAMA PROGRAM : TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN

KESUSASTERAAN (Information Technology, Language and Literature) KOD KURSUS : BBM 3412 KREDIT : 3 (3 + 0) JUMLAH JAM : 120 per semester PEMELAJARAN PELAJAR OBJEKTIF : Pelajar dapat:

1. Menghuraikan penggunaan pelbagai jenis

teknologi bahasa dan kesusasteraan (P2)

2. Membezakan dan merumuskan kepenggunaan

pelbagai kategori dan jenis teknologi bahasa

dan kesusasteraan (A3)

3. Menilai aplikasi reka bentuk produk teknologi

maklumat dan komunikasi di pasaran (C6)

4. Memahami kesan sosiobudaya dalam amalan

profesional (EM1).

SINOPSIS : Kursus ini merangkumi pendedahan kepada cara

membezakan dan merumuskan kepenggunaan

pelbagai kategori dan jenis teknologi bahasa dan

kesusasteraan melalui analisis analitikal sejarah

teknologi maklumat, definisi dan konsep. Kursus ini

memberi pendedahan kepada tunjuk cara dan

proses menjalankan penyelidikan lapangan

  5  

teknologi tentang isu perkembangan dan pengaruh

pemindahan silang budaya bahasa dan

kesusasteraan dalam reka bentuk dan produk, di

samping membina cara membuat pemilihan

penggunaan dan penilaian aplikasi elektronik

melalui perubahan secara digital.

(This courses consists exposures to ways to

differentiate and conclude the use of various

categories and types of language and literature

technology through analytical analysis of the

history, definition and concept of information

technology. This course will give exposure to ways

and process of doing technology research survey

on the development and influence of cross cultural

transfer in language and literature in design and

product besides developing ways to do selection,

usage and evaluation of electronic application

through digital presentation).

KANDUNGAN KULIAH : Jam Pemelajaran Bersemuka

1. Definisi, konsep, dan sejarah teknologi maklumat 4

- konsep TM - sejarah TM

2. Kategori dan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan 4

- kategori

  6  

- jenis 3. Terminologi pengaksesan elektronik 4

- ciri - jenis

4. Ciri-ciri teknologi maklumat terhadap bahasa

dan kesusasteraan 4

- ciri - pendekatan 5. Perkembangan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang 4

- pengertian - sejarah - perkembangan TM

6. Pengaruh teknologi maklumat dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan 4

- pengertian - pengaruh TM dalam perkembangan bahasa - pengaruh TM dalam perkembangan kesusasteraan

7. Teknologi maklumat di pelbagai pelantar 4

- pengertian - kesesuaian - aplikasi

8. Pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa, dan kesusasteraan 4

- pengertian - ciri - jenis

9. Aplikasi teknologi maklumat bahasa dan kesusasteraan 4

- konsep - aplikasi

10. Penilaian bahan dalam Internet dan

multimedia: realiti maya dan etika maya 6 - konsep - penilaian - realiti maya - etika maya

  7  

Jumlah 42

PENILAIAN : Kerja Kursus 60 %

Peperiksaan Akhir 40 %

RUJUKAN:

1. Eason, Ken (2008) Information Technology and

Organizational Change London: Taylor &

Francis

2. Jones, S. (2003). Encyclopaedia of New

Media.London, Sage Publications.

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through

Blog Writing: Embracing the Technology.

Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT

4. Rozinah Jamaluddin. (2005). Multimedia dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Distributors.

Bahan Bacaan Lain yang dicadangkan Sila rujuk senarai bahan-bahan bacaan tersebut pada setiap unit.

  8  

KAEDAH PENGAJARAN Kursus ini mempunyai 8 Unit Kuliah. Kursus ini mengandungi pengenalan

kursus meliputi objektif pembelajaran, kandungan, penilaian unit dan sumber-

sumber pembelajaran dan bahan-bahan bacaan (buku rujukan dan bahan-

bahan bacaan yang ditetapkan, jadual belajar, kursus intensif bersemuka,

latihan dan aktiviti serta tugasan (tugasan ilmiah) untuk diserahkan pada

tarikh yang ditetapkan.

Pelajar mesti membaca panduan belajar Unit 1 hingga 8, buku rujukan dan

bahan-bahan bacaan yang ditetapkan bagi setiap unit. Maklumat ini penting

untuk pengetahuan. Selain itu, ia juga penting untuk membantu dalam

penyediaan tugasan.

JADUAL BELAJAR

Berikut disediakan jadual belajar untuk kursus BBM 3412

Minggu Unit Tajuk

1 & 2 1 Definisi, konsep dan sejarah teknologi maklumat

3 & 4 2 Kategori dan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan

5 3 Terminologi pengaksesan elektronik

6 & 7 4 Ciri-ciri teknologi bahasa dan kesusasteraan

8 & 9 5 Peranan dan Perkembangan TM dalam pelbagai bidang

10 & 11 6 Pengaruh TM dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan di pelbagai pelantar

12 7 Pemindahan silang budaya dalam TM, bahasa dan kesusasteraan

13 & 14 8 Aplikasi dan Penilaian Bahan Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

  9  

Kursus Intensif Bersemuka Kursus ini akan ditetapkan oleh pihak UPMET menurut keperluan semasa.

PENILAIAN KURSUS Kerja Kursus Kerja Kursus terdiri daripada ujian dan tugasan. Kerja Kursus juga akan

diadakan pada hari-hari pertemuan. Markah bagi keseluruhan Kerja Kursus

dan tugasan adalah 30%.

Ujian Ujian akan diadakan pada pertengahan semester. Anda dikehendaki

menjawab 6 soalan berstruktur. Markah ujian adalah 30%.

Peperiksaan Akhir Peperiksaan Akhir mengambil masa 1 ½ jam. Anda dikehendaki menjawab 8

soalan berstruktur. Markah peperiksaan adalah 40%.

Catatan: Semua pelajar hendaklah mengambil peperiksaan pada tarikh,

masa dan tempat yang ditetapkan. Sila rujuk surat yang

berkaitan dengan peperiksaan.

  10  

PANDUAN MENULIS TUGASAN 1. Tajuk Tetap Tajuk yang ditetapkan oleh pensyarah tidak

boleh diubah, dipinda atau ditukar ganti dengan pelajar lain.

2. Format Format Esei mesti mengandungi lima

perkara utama seperti berikut:

a. Tajuk : Tajuk mesti ringkas dan padat

b. Pengenalan: Pengenalan mestilah

mengandungi pengertian dan konsep bagi tajuk yang dibahas.

c. Kandungan isi dan Perbahasan:

Perbahasan dan perbincangan mesti kritis dan argumentatif. Inilah bahagian utama dalam esei ini.

d. Kesimpulan: Isi kandungan yang

dibahas.

e. Bibliografi: Pada bibliografi mesti mengandungi:

i. Bahan daripada buku: Nama

pengarang, tarikh, judul buku, tempat terbit, penerbit.

ii. Bahan daripada Jurnal: Nama pengarang, tarikh, judul

karangan, nama jurnal, jilid, bilangan, halaman.

3. Kertas dan Kulit Luar: a. Setiap tugasan hendaklah ditulis

tangan pada kertas berwarna putih (saiz A4).

b. Panjangnya: Minimum 5 halaman

dan maksimum 7 halaman. c. Bentuk taipan pada kulit luar adalah

seperti berikut:

  11  

No. Matrik: Program: Semester: Kod Kursus:

Judul Esei

Nama Penulis

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Serdang, Selangor

Tarikh

d. Kertas untuk kulit luar perlulah

berwarna cerah. e. Jangan menggunakan salut/ kulit luar

daripada plastik. 4. Penyerahan: a. Setiap kerja kursus hendaklah

diserahkan kepada pensyarah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

b. Pelajar yang lambat menyerahkan

kerja kursus ditolak atau dikurangi markahnya.

  12  

UNIT 1

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat agak pantas sehingga ke hari ini. Setiap

hari terdapat pelbagai jenis teknologi baharu dicipta dan digunapakai oleh

penguna. Pengguna pula berebut-rebut untuk mencuba teknologi tersebut

supaya mereka tidak berasa ketinggalan dalam semua hal. Dari aplikasi

menggunakan komputer sehinggalah aplikasi baharu dalam telefon bimbit,

teknologi baharu masih boleh diterima oleh majoriti masyarakat di Malaysia.

Objektif

1. Mengenal pasti sejarah perkembangan teknologi maklumat

2. Membincangkan sejarah perkembangan teknologi maklumat

sehingga kini

3. Menghuraikan perkaitan perkembangan teknologi maklumat

dengan bahasa dan kesusasteraan

  13  

Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat

Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat boleh didefinisikan sebagai sebarang kaedah yang

digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi

Maklumat dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan teknologi

yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat

luas. Secara tepat dan mudah, teknologi maklumat adalah tentang

penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat

tanpa mengira tempat dan waktu.

Dengan kata lain, definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai

satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan

maklumat dengan menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang

diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang

membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat cepat dan pantas.

Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer

sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,

telegram, dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada

penerima. Selain itu, sistem petaan atau GPS (Geographical Positioning

System) digunakan untuk mencari lokasi. Kini, masyarakat Malaysia telah

menggunakan GPS supaya cepat sampai ke tempat yang ditujui.

  14  

Asas Penting dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

1. Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan

untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Misalnya, komputer

digunakan untuk menyimpan data, merekod bunyi, imej dan sebagai

pengesan gerakkan.

2. Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

3. Berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat

digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada

sumber kepada penerima.

Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat bermula sejak berpuluh tahun dahulu. Ianya wujud

bertujuan sebagai perantaraan antara beberapa pihak. Perkembangan

teknologi maklumat bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Istilah

teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-an. Kini, banyak industri

tumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, perdagangan,

perbankan, sosial, kejuruteraan, perubatan, pelancongan, pendidikan, sektor

pengkomputeran, dan juga bidang-bidang berkaitan dengan teknologi yang

lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi

membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan

pengkomputeran. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang,

dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh

perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.

  15  

1. Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu

tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Kad tebuk

digunakan untuk memberi input terhadap komputer dan data

disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya

pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa

mesin dan bahasa himpunan. Pada ketika itu, aturcara dalam

bahasa mesin dan bahasa himpunan boleh difahami oleh segelintir

penguna sahaja. Malah, ianya memerlukan kemahiran yang tinggi

serta penggunaan yang melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu,

pengguna pada ketika itu amatlah terhad.

2. Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan

transistor sebagai elemen logik utama. Kad tebuk digantikan pula

dengan pita magnetik dan cakera dan kad tebuk ini bertindak

sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras

tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan

COBOL.

3. Generasi Ketiga (1964-1979), transistor pula telah digantikan

dengan litar bersepadu pada era generasi ketiga. Pita magnetik dan

cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal

oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa

pengaturcaraan FORTRAN dan COBOL digantikan dengan BASIC

yang lebih tinggi.

  16  

4. Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu

berskala. Mikroprosesor mengandungi litar ingatan, logik dan

kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer peribadi mula

diperkenalkan oleh Apple pada tahun 1984 dan IBM diperkenalkan

pada tahun 1981 untuk kegunaan di rumah. Ramai pengguna

membeli komputer bagi tujuan kerja harian serta digunakan oleh

ahli keluarga yang belajar di sekolah dan universiti. Sistem

pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa

pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah

seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna

antaramuka bergrafik.

Sejarah Perkembangan Komputer

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah

dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dipercayai digunakan dalam

kalangan tentera semasa peperangan. Sejarah perkembangan komputer

dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya; Generasi

Pertama (1940-1959), Generasi Kedua (1959-1964), Generasi Ketiga (1964-

1980), Generasi Keempat (1980 - Sekarang) dan Generasi Kelima (Masa

Depan).

Generasi Pertama

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika

Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan

trajektori supaya maklumat diterima dengan pantas dan tepat yang kerana

  17  

sebelum ini alat-alat ini sering melakukan kesilapan. Alat-alat ini juga bersaiz

amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe). Ia

menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan

maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil dan ianya cepat

menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar

tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai

ribuan unit. Ini akan memakan perbelanjaan yang tinggi. Ia juga memerlukan

penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran

arus elektrik di kawasan sekeliling. Tiub vakum ini dinamakan Vakum

ENIAC. Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu

ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John

Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter

persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan

18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000

pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain

(analog). ENIAC mempunyai ingatan yang disimpan di luar komputer dengan

menggunakan suis dan wayar. Ia hanya digunakan oleh ahli sains dan

jurutera terlatih sahaja. Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih

dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah

dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0

dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan. EDSAC (Electronic

Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang

dimasukkan ke dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan

ingatan. Walaupun, ianya lebih ekonomi tetapi harganya terlalu mahal.

EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer

  18  

pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan. Dr. John Mauchly

dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC

(Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC

dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem

nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic

Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah

dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi

menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi

tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh

Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.

Generasi Kedua

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi

menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah.

Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras

magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik

menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan

pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini

menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan. Bahasa peringkat

tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan

pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan

pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan

pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat

mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula

mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer

  19  

untuk melatih kakitangan mahir. Keluarga kedua terbesar dalam kategori

komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah

berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi

penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah

komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya

dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini

mereka, 7090 dan 7094.

Generasi Ketiga

Generasi ketiga memperkenalkan IBM yang memulakan evolusi generasi ini

dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia

mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna

dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula

memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini

memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem

Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen

secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan

Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua

stesen-stesen mampu melakukan proses serentak. Melalui penyelidikan

mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik.

Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses

Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk

menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula

menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil

telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan

  20  

alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan

elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Setelah itu, mikrokomputer, jenis terkecil dalam keluarga komputer mula

muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan

kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di

dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II,

IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data

perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti

BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1. Mikrokomputer dibekalkan dengan cip

ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan

bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa

pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula

digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan

mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat

tinggi.

Generasi Keempat

Generasi keempat pula berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga

kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan

sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi

lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya.

Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale

Integration atau VLSI). Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta

bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil

  21  

Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan

lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses

selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi

membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan

pengkalan data yang amat besar. Mikrokomputer juga menjadi lebih maju

dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah

melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti komputer

riba (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah

buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu

komputer tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa

ke semasa. Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan

'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder

yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung

jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi

sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja

seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network),

Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem

Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia

telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita

boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah.

Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian.

Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu

menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan

terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan

melihat pada corak dan warna Iris mata.

  22  

Generasi Kelima

Genarasi kelima merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu,

projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek

bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh

Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat

kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil Artificial Intelligence akan

mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan

ketepatan yang lebih dari manusia. Robot-robot juga dijangka menggantikan

manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta.

Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau

akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang

pengguna tersebut. Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan

baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal. Misalnya, manusia boleh

mengarahkan robot memilih di antara buah tembikai dengan buah nanas

menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya. Selain itu, komputer juga

dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan video

conference digunakan sepenuhnya tidak kira untuk urusan perniagaan atau

pun pembelajaran. Malah, bandaraya pintar juga telah wujud di segenap

negara.

Kesimpulan

Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komputer sedikit sebanyak

memberi perubahan terhadap kehidupan masyarakat di seluruh dunia.

Majoriti daripada masyarakat dapat menerima perubahan kerana mereka

memikirkan perubahan akan membawa kebaikan. Generasi muda pula

  23  

menggunakan peluang ini untuk belajar perkara baharu dan berkongsi

maklumat yang diperoleh dengan orang lain. Hal ini dianggap sebagai

perkara yang positif terhadap perkembangan minda generasi muda tersebut.

Golongan dewasa termasuk yang sudah bekerja dan tidak bekerja akan

mengganggap perkembangan teknologi maklumat dan komputer dapat

memberi mereka peluang untuk bekerja dengan lebih cekap di tempat kerja.

Bagi mereka yang tidak bekerja pula, perkembangan teknologi maklumat ini

akan dapat memberi mereka peluang untuk belajar perkara baharu.

Soalan Latihan

1. Bincangkan sejarah teknologi maklumat sehingga kini.

2. Bincangkan sejarah teknologi komputer dan kaitkan dengan

penggunaan komputer pada hari ini.

3. Senarai dan bincangkan jenis teknologi maklumat yang digunakan

sejak dahulu sehingga kini.

4. Berikan kebaikan dan keburukan teknologi maklumat terhadap

pengguna.

  24  

Rujukan

1. Norarisham Haji Bakar (2015) Sejarah Komputer.

http://familiazam.com/sejarah_komputer.htm. 24.6.15

2. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

4. Senft, S. M, Danial P., Gonzales, C. & Gallegos, F. (2004).

Information Technology Control and Audit (2nd Ed.). Auerbach

Publications: USA

  25  

Unit 2

KATEGORI DAN JENIS TEKNOLOGI BAHASA DAN

KESUSASTERAAN

Pengenalan

Teknologi bahasa dan kesusasteraan merupakan teknologi yang digunakan

dalam pembelajaran. Teknologi yang digunakan itu juga dapat membantu

dalam proses pembelajaran supaya seseorang individu itu dapat memahami

apa yang dipelajari dengan lebih mudah dan cepat. Terdapat beberapa jenis

teknologi yang sering digunakan oleh para akademik, pelajar, penyelidik dan

masyarakat keseluruhannya.

Objektif

1. Mengenal pasti kategori teknologi bahasa dan kesusasteraan

2. Membincangkan jenis teknologi bahasa dan kesusasteraan

3. Menghuraikan perkaitan teknologi dengan bahasa dan

kesusasteraan

  26  

Kategori dan Jenis Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan

Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan

Teknologi bahasa merupakan teknologi yang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, bahan yang digunakan dalam teknologi

tersebut digunakan oleh pengguna yang memerlukan maklumat bagi tujuan

pendidikan.

Teknologi Komputer dan Telefon Bimbit

Komputer merupakan keperluan bagi majoriti lapisan masyarakat. Komputer

digunakan bagi tujuan mencari maklumat dan juga sebagai hiburan. Kini,

komputer riba lebih banyak digunakan oleh pengguna memandangkan ianya

mudah dibawa ke mana-mana. Hal ini berlainan dengan komputer biasa yang

dilengkapi dengan monitor, CPU dan wayar-wayar berkaitan. Komputer

seperti ini memerlukan arus letrik berbanding dengan komputer riba yang

boleh menggunakan bateri selama 2-7 jam. Walaupun komputer riba

memerlukan arus letrik pada mulanya, namun bateri boleh digunakan dan

komputer riba digunakan di mana-mana sahaja. Melalui komputer, internet

boleh digunakan. Kini, terdapat wifi di merata tempat dan komputer riba boleh

digunakan sebaiknya. Melalui internet ini, laman web berbentuk bahasa dan

kesusasteraan boleh didapati. Laman web seperti blog, perniagaan,

pelancongan, laman sosial dan lain-lain banyak menggunakan bahasa

Melayu serta Kesusasteraan Melayu. Hal ini jelas terbukti apabila setiap

laman web tersebut menggunakan bahasa Melayu yang betul serta

menyelitkan unsur Kesusasteraan Melayu.

  27  

Laman web berbentuk blog juga menampakkan ciri-ciri bahasa yang tinggi.

Hal ini kerana, penulis blog tidak mahu pembaca keliru dengan penulisan

tersebut. Terdapat pelbagai jenis blog yang melibat bahasa dan

kesusasteraan Melayu. Blog peribadi, pendidikan, politik, keagamaan, sains,

serta banyak lagi bidang, lebih menumpukan kepada mesej yang ingin

disampaikan. Oleh itu, bahasa memainkan peranan yang penting dalam

penyampaian mesej tersebut. Terdapat penulisan yang baik yang boleh

dibuat rujukan. Sementara itu, blog peribadi pula mempunyai isi yang menarik

namun, terdapat beberapa blog yang mempunyai banyak kesalahan bahasa.

Hal ini membimbangkan kerana kesalahan bahasa ini akan mempengaruhi

pembaca.

Sebaliknya, penggunakan komputer dan telefon bimbit yang mempunyai

pengisian kesusasteraan Melayu dapat memberi kesan yang positif terhadap

pembaca. Pembaca dapat belajar dengan lebih baik dan mendapat maklumat

yang terkini. Kajian bagi pemartabatan kesusasteraan Melayu telah banyak

dilakukan. Kajian oleh Normaliza Abd Rahim (2014) menunjukkan bahawa

kesusasteraan Melayu masih diminati oleh pelajar sekolah. Kajian tentang

cerita rakyat yang sudah lama dipinggir dan dilupakan telah memberi kesan

yang positif terhadap pelajar sekolah rendah. Selain itu, Normaliza Abd

Rahim (2014) menyatakan bahawa cerita rakyat dapat membantu pelajar

dalam mempelajari nilai-nilai murni. Justeru itu, pelajar dapat menggunakan

nilai murni tersebut dalam mengolah cerita mereka sendiri.

Laman sosial juga memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan

bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Kini, penggunaan bahasa Melayu

  28  

dalam laman sosial agak membimbangkan. Penggunaan tatabahasa, kosa

kota, ejaan, struktur ayat yang salah amatlah membimbangkan. Terdapat juga

penggunaan tatabahasa yang dianggap betul walhal, ia adalah sebaliknya.

Hal ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap bahasa dan

kesusasteraan Melayu itu sendiri. Laman sosial seperti facebook, twitter,

instagram, keek, vine, dan banyak lagi laman sosial yang lain telah

menggunakan bahasa yang kadangkala tidak betul tatabahasanya tetapi

difahami oleh pembaca. Ini akan membuatkan pembaca percaya bahawa apa

yang dibacanya betul keseluruhannya.

Pelbagai masalah timbul dengan wujudnya laman sosial ini. Penulis akan

meninggalkan komen dan kadangkala ayat atau perkataan yang digunakan

tidak terdapat dalam kamus. Kebimbangan ini tidak henti di situ sahaja, malah

berterusan hingga ke perbualan seharian. Penutur akan menutur dengan

menggunakan bahasa yang dibaca dari laman sosial dan akhirnya akan

menyebabkan kekeliruan oleh pendengar. Selain itu, komen-komen yang

ditinggalkan di facebook, twitter, instagram, dan lain-lain didapati

menggunakan perkataan dan ayat yang berbaur perkauman, sensitiviti politik,

agama dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya ditulis. Justeru,

perkara ini haruslah diambil berat oleh semua pihak. Ibu bapa, guru,

masyarakat, rakan-rakan, saudara-mara dan ramainya seharusnya

membantu dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Melalui telefon bimbit, aplikasi seperti wasapp, line dan kakaotalk telah

menjadi kegemaran golongan masyarakat yang ingin berkomunikasi dengan

  29  

orang lain. Aplikasi ini tergolong dalam telekomunikasi yang menghubungkan

di antara satu pihak dengan pihak yang lain tidak kira di mana mereka

berada. Aplikasi ini dapat menjimatkan masa pengguna serta ada di antara

aplikasi ini percuma penggunaannya jika terdapat wifi. Wifi pula biasanya

disediakan di merata tempat seperti di universiti, restoran dan kedai malah

banyak rumah yang membeli wifi supaya mudah untuk menggunakan aplikasi

ini. Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi ini telah menimbulkan

pelbagai implikasi. Pengguna lebih gemar menggunakan bahasa dan ejaan

singkatan. Kadangkala perkataan atau ayat yang digunakan hanya boleh

difahami oleh orang yang tertentu sahaja. Hal ini tidak memberi kesan yang

baik kepada pengguna kerana pengguna akan beranggapan bahawa apa

yang dibuat setiap hari adalah betul. Maka, aplikasi ini tidak membantu dalam

pemartabatan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Pemartabatan bahasa dan Kesusasteraan Melayu melalui komputer dan

telefon bimbit adalah dengan mengambil kira perkara berikut;

1. Tatabahasa

2. Ejaan

3. Struktur ayat

4. Kosa kata

5. Nilai murni

6. Nilai estetika

7. Kesusasteraan Melayu

  30  

Kesimpulan

Teknologi bahasa dan Kesusasteraan memberi kesan terhadap majoriti

golongan masyarakat. Penggunaan bahasa yang betul akan meninggalkan

kesan yang positif terhadap pengguna. Selain itu, pengguna juga dapat

belajar tentang kesusasteraan Melayu melalui teknologi komputer dan telefon

bimbit.

Soalan Latihan

1. Senarai dan bincangkan kategori teknologi bahasa dan

Kesusasteraan.

2. Bincangkan penggunaan komputer dengan mengambil kira aspek

bahasa dan Kesusasteraan.

3. Bincangkan aplikasi telefon bimbit yang boleh memberi manafaat

kepada pelajar.

4. Bincangkan cara-cara pemartabatan bahasa dan Kesusasteraan

Melayu dengan menggunakan teknologi komputer dan telefon

bimbit.

  31  

Rujukan

1. Normaliza Abd Rahim (2013). Identification of Verbs in a Short Film

Pasport Ekspres. The Public Administration and Social Policies

Review, 10, 37-45.

2. Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among

Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of

Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

4. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

5. Normaliza Abd Rahim, Roslina Mamat, Hazlina Ab Halim, Arbaie

Sujud & Siti Nur Aliaa Roslan (2013). The Influence of Online

Anime Towards Children, Online Journal of Communication and

Media Technologies, 3 (3), July, 199-206.

  32  

UNIT 3

TERMINOLOGI PENGAKSESAN ELEKTRONIK

Pengenalan

Setiap alat elektronik mempunyai terminologi yang dapat membantu

pengguna dalam mengenal setiap fungsi. Malah, terminologi juga dapat

memberi kefahaman kepada pengguna cara penggunaan serta fungsi. Selain

itu, arahan terhadap pengaksesan juga dapat difahami dengan mudah

justeru, dapat memberi ruang kepada untuk menggunakan alat elektronik

tersebut.

Objektif

1. Mengenal pasti terminologi pengaksesan elektronik

2. Membincangkan terminologi pengaksesan elektronik

3. Menghuraikan terminologi yang berkaitan dengan pembelajaran

bahasa dan kesusasteraan melayu

  33  

Terminologi Pengaksesan Elektronik

Senarai terminologi pengaksesan elektronik boleh membantu pengguna

dalam kehidupan seharian. Pengguna yang tidak mahir dalam cara

penggunaan elektronik juga dapat belajar melalui pemahaman terminologi

yang tersenarai. Hal ini akan dapat mempercepatkan proses penggunaan

elektronik yang baharu. Senarai terminologi pengaksesan elektronik adalah

seperti berikut;

Advanced Digital Network. Biasanya merujuk kepada saluran leased line

berkecepatan 56Kbps

ADSL - Asymetric Digital Subscriber Line. Sejenis DSL di mana upstream

dan downstream berjalan pada kecepatan yang berbeza. Dalam hal ini,

downstream biasanya lebih tinggi. Konfigurasi yang umum memungkinkan

downstream hingga 1,544 mbps (megabit per second) dan 128 kbps (kilobit

per second) untuk upstream. Secara teori, ASDL dapat melayani kecepatan

hingga 9 mbps untuk downstream dan 540 kbps untuk upstream.

Bandwith - menunjukkan seberapa banyak data yang boleh dilihat dalam

sambungan melalui sebuah rangkaian (network).

Bit - Binary digit. Satuan terkecil dalam komputasi, terdiri dari sebuah

besaran yang memiliki nilai antara 0 atau 1

  34  

bps - Bit Per Seconds. Saiz yang menyatakan seberapa cepat data

dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.

Browser - Sebutan untuk perisian (software) yang digunakan untuk

mengakses World Wide Web.

CGI - Common Gateway Interface. Sekumpulan aturan yang mengarahkan

bagaimana sebuah server web berkomunikasi dengan sebagian software

dalam mesin yang sama dan bagaimana sebagian dari software (CGI

Program) berkomunikasi dengan pelayan web. Setiap software dapat menjadi

sebuah program CGI apabila software tersebut dapat menangani input dan

output berdasarkan standard CGI.

Chat - Secara harfiah, chat dapat diertikan sebagai bersembang, namun

dalam dunia internet, istilah ini merujuk pada kegiatan komunikasi melalui

baris-baris tulisan singkat yang ditaip melalui keyboard.

DNS - Domain Name Service. Merupakan perkhidmatan di Internet untuk

jaringan yang menggunakan TCP / IP. Perkhidmatan ini digunakan untuk

mengenal pasti sebuah komputer dengan nama bukan dengan menggunakan

alamat IP (IP address). Ringkasnya DNS melakukan penukaran dari nama ke

angka. DNS dilakukan secara desentralisasi, di mana setiap daerah atau

tingkat organisasi memiliki domain sendiri. Masing-masing memberikan servis

DNS untuk domain yang dikelola.

  35  

Emel - Electronic Mail. Mesej, biasanya berupa teks, yang dikirimkan dari

satu alamat ke alamat lain di jaringan internet. Sebuah alamat e-mel yang

mewakili banyak alamat e-mel sekaligus disebut sebagai mailing list. Sebuah

alamat e-mel biasanya memiliki format berupa [email protected],

misalnya: [email protected].

Firewall - Kombinasi dari hardware maupun software yang memisahkan

sebuah network menjadi dua atau lebih bahagian untuk alasan keselamatan.

FTP - File Transfer Protocol. Protokol standard untuk kegiatan lalu-lintas fail

(upload maupun download) antara dua komputer yang disambungkan dengan

rangkaian internet. Sebahagian sistem FTP mensyaratkan untuk diakses

hanya oleh mereka yang mempunyai hak untuk itu dengan mengguinakan

login tertentu. Sebahagian lagi boleh diakses oleh orang awam secara tanpa

nama. Situs FTP semacam ini disebut Anonymous FTP.

GPRS - General Packet Radio Service. Salah satu standard komunikasi

wireless (wayarles). Dibandingkan dengan protokol WAP, GPRS mempunyai

kelebihan dalam kecepatannya yang dapat mencapai 115 kbps dan adanya

sokongan aplikasi yang lebih luas, termasuk aplikasi grafis dan multimedia.

HTML - Hypertext Markup Language. HTML merupakan salah satu varian

dari SGML yang dipergunakan dalam pertukaran dokumen melalui protokol

HTTP.

  36  

HTTP - Hyper Text Transfer Protocol. Protokol yang direka untuk

memindahkan dokumen-dokumen HTML yang digunakan dalam World Wide

Web.

IMAP - Internet Message Access Protocol. Protokol yang direka untuk

mengakses e-mel. Protokol lain yang sering digunakan adalah POP.

ISDN - Integrated Services Digital Network. Pada dasarnya, ISDN

merupakan merupakan jalan untuk melayani transfer data dengan kecepatan

lebih tinggi melalui saluran telefon biasa. ISDN memungkinkan kecepatan

transfer data hingga 128,000 bps (bit per saat). Tidak seperti DSL, ISDN

dapat dihubungkan dengan lokasi lain seperti halnya saluran telefon,

sepanjang lokasi tersebut juga terhubung dengan jaringan ISDN.

ISP - Internet Service Provider. Sebutan untuk pembekal perkhidmatan

internet.

MTA - Mail Transport Agent. Peranti lunak yang bekerja mengantarkan e-

mel kepada user. Adapun program untuk membaca e-mel dikenal dengan

istilah MUA (Mail User Agent).

NNTP - Network News Transfer Protocol. Protokol yang digunakan untuk

mengakses atau transfer artikel yang diposkan di Usenet news. Program

pembaca news (news reader) menggunakan protokol ini untuk mengakses

news. NNTP bekerja di atas protokol TCP / IP.

  37  

POP - Post Office Protocol. Protokol standard yang digunakan untuk

mengambil atau membaca email dari sebuah pelayan. Protokol POP yang

terakhir dan yang paling popular digunakan adalah POP3. Protokol lain yang

juga sering digunakan adalah IMAP. Adapun untuk mengirim email ke sebuah

server digunakan protokol SMTP.

SMTP - SMTP Simple Mail Transfer Protocol. Protokol standard yang

digunakan untuk menghantar e-mel ke sebuah pelayan di rangkaian internet.

Untuk keperluan turun e-mel, digunakan protokol POP.

URI - Uniform Resource Identifier. Sebuah alamat yang menunjuk ke

sebuah resource di internet. URI biasanya terdiri dari bahagian yang disebut

skema (scheme) yang diikuti sebuah alamat. URI diakses dengan format

skema: / / alamat.resource atau skim: alamat.resource. Misalnya, URI

http://yahoo.com menunjukkan alamat resource yahoo.com yang dipanggil

lewat skema HTTP Walaupun HTTP adalah skema yang sering digunakan,

namun masih tersedia skema-skema lain, misalnya telnet, FTP, News, dan

sebagainya.

UUENCODE - Unix to Unix Encoding. Sebuah kaedah untuk menukarkan

gambar dalam format Binary ke ASCII agar dapat dikirimkan melalui e-mel.

VOIP - Voice over IP. VoIP adalah suatu mekanisme untuk melakukan

pembicaraan telefon (voice) dengan menumpangkan data dari pembicaraan

melalui Internet atau Intranet (yang menggunakan teknologi IP).

  38  

VPN - Virtual Private Network. Istilah ini merujuk pada sebuah network yang

sebagian diantaranya terhubung dengan jaringan internet, namun lalu lintas

data yang melalui internet dari network ini telah mengalami proses enkripsi

(secara rawak). Hal ini membuatkan network ini secara virtual "tertutup"

(private).

WAP - Wireless Application Protocol. Standard protokol untuk aplikasi

wireless (seperti yang digunakan pada telefon). WAP merupakan hasil

kerjasama antara industri untuk membuat sebuah standard yang terbuka

(open standard). WAP berbasis pada standard Internet, dan beberapa

protokol yang sudah dioptimasi untuk lingkungan wireless. WAP bekerja

dalam mod teks dengan kelajuan sekitar 9,6 kbps. Belakangan juga

dikembangkan protokol GPRS yang memiliki beberapa kelebihan

dibandingkan WAP.

WML - Wireless Markup Language. Salah satu turunan dari format HTML

yang khusus dikembangkan untuk dipakai pada protokol WAP.

WWW - World Wide Web - Sering disingkat sebagai WWW atau "web" saja,

yakni sebuah sistem dimana maklumat dalam bentuk teks, gambar, suara,

dan lain-lain dilihatkan dalam bentuk hypertext dan dapat diakses oleh

perisian yang disebut browser. Maklumat di web pada umumnya ditulis dalam

format HTML. Maklumat lain disajikan dalam bentuk grafik (dalam format GIF,

JPG, PNG), suara (dalam format AU, WAV), dan objek multimedia lainnya

(seperti MIDI, Shockwave, Quicktime Movie, 3D World). WWW dijalankan

  39  

dalam server yang disebut http.

Perkakasan. Merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara

terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang

digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output.

Perisian. Fungsi: Urus,menyedia peralatan, perantara. Merupakan program

yang mengawal operasi komputer dan dokumentasi. Dibahagikan kepada

sistem dan aplikasi perisian.

Input. Input merupakan satu proses yang mana sesuatu komputer itu boleh

proses atau ubah daripada jenis data kepada bentuk kod digital. Alat input

pula mengubah data serta program yang boleh difahami manusia kepada

suatu bentuk yang komprehensif ke CPU. Data tersebut mungkin diperolehi

daripada sumber-sumber dokumen lain atau yang dimasukkan terus ke dalam

komputer. Peralatan input seperti, papan kekunci, alat penunjuk dan sumber

data yang secara automatik.

Output. Data mentah yang telah diproses kepada bentuk maklumat yang

boleh digunakan. Output juga merupakan hasil daripada proses

pengkomputeran. Alat output menjadikan maklumat yang diproses wujud

untuk digunakan.

Hard Copy dan Soft Copy. Hard Copy (jenis cetakan yang boleh

dipegang/jelas). Merekodkan teks atau grafik di atas medium yang kekal

  40  

seperti kertas atau filem. Soft Copy (jenis cetakan yang tidak jelas/dipegang).

Menggunakan isyarat elektronik untuk menunjukkan imej sementara pada

skrin.

Perisian. Perisian merupakan arahan yang terdapat dalam bentuk program

dan mengawal operasi ataupun perjalanan sesuatu komputer. Ini termasuklah

pendokumenan. Kategori Perisian; Perisian versi 1.0, Perisian sistem versi

1.0 dan Perisian aplikasi versi 1.0.

Application software. Perisian aplikasi merupakan aplikasi suatu tugasan

yang penguna jangkakan sesuatu komputer itu boleh beroperasi. Aplikasi

terdiri daripada 2 jenis kategori iaitu tujuan umum dan tujuan khusus. Aplikasi

untuk tujuan umum merupakan perisian yang dibangunkan untuk membantu

dalam penyelesaian sesuatu masalah yang bersifat umum. Ia juga digunakan

dalam pelbagai jenis situasi. Contoh perisian seperti pemprosesan perkataan,

mencipta, mengedit, mencetak dokumen berasaskan teks, lembaran taburan

spreadsheets, menyusun, mengira dan membuat data bergraf, sistem

pengurusan pangkalan data, menyusun sesuatu data supaya data itu mudah

diambil semula, penyampaian grafik, menghasilkan/mencipta grafik yang

kelihatan seperti professional, komunikasi yang menghubungkan kepada

internet dan dunia web. Aplikasi untuk Tujuan Khusus pula terdapat beberapa

aplikasi yang dikhususkan untuk menyampaikan sesuatu tugasan iaitu

pengurusan, perakaunan, hiburan, pendidikan dan kejuruteraan dan saintifik.

  41  

Perisian sistem. Perisian sistem merupakan program bagi tujuan

penyelarasan operasi sesuatu komputer dan juga merupakan program yang

memudahkan kecekapan dalam penggunaan sesuatu sumber komputer serta

turut merupakan program yang membantu dalam pembangunan sesuatu

program aplikasi.

Sistem operasi. Sistem operasi menguruskan operasi secara umum bagi

sesuatu sistem komputer.

Graphical User Interfaces (GUI). MS Windows NT, Motif, OpenWindows

Komponen Utama Komputer. Sesebuah komputer mesti mempunyai 5

komponen utama bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi

dan dapat menjamin keberkesanan penggunaannya. Walaubagaimanapun,

penggunaan Mouse atau tetikus adalah lebih kepada asesori pilihan kepada

pengguna kerana tanpanya komputer tetap akan berfungsi. Pengunaan

printer atau mesin cetak pula lebih kepada penyediaan terakhir dalam

penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat

pencetak sahaja. Lima komponen utama komputer ialah; (a) Monitor

(paparan) (b) CPU (system unit) (c) Key board (d) Printer (f) mouse

Sistem unit (CPU) CPU atau (Central Procecing Unit). Sistem ini adalah

salah satu komponen penting bagi sesebuah komputer. Di dalam sistem unit

atau CPU sesebuah komputer itu sendiri terdapat 5 lagi komponen utama

yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer kecacatan atau kerosakkan

  42  

kepada salah satu sistem itu mengakibatkan komputer tidak akan berfungsi.

100 % Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah (I) Microprosesor -

(brain) (ii) Ingatan (memory) RAM (iii) Input/output/I/Q (v) Storan (disk

storage) (iv) Program

Mikroprosesor. Mikroprosesor merupakan otak kepada sesebuah komputer

tanpanya komputer tidak dapat berfungsi manakala segala arahan akan

dihantar untuk diproses di dalam mikroprosesor yang kemudiannya akan

dipapar pada skrin komputer. Kepantasan sesebuah komputer melakukan

proses bergantung kepada jenis cip microprosesornya. Misalnya, sesebuah

komputer peribadi yang mempunyai cip mikroprosesor 804386 biasanya

mempunyai 4MB RAM dan bagi komputer yang mempunyai cip

mikroprosesor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu, nilai RAM

boleh ditambah jika dikehendaki oleh pengguna. Miroprosesor bertugas

sebagai (1) Melaksanakan arahan komputer (2) Melaksanakan arahan-

arahan asas: (a) tambah tolak (b) darab/bahagi (c) operasi logik/operasi

pembandingan.

Memori. Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random

Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam

sistem komputer sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cakera liat atau

cekera liut anda. Walau bagaimanapun, terdapat dua jenis ingatan utama iatu

RAM dan ROM (penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)

  43  

Storan atau disk storage. Storan merupakan tempat penyimpan maklumat

atau data-data dengan banyak. Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila

masa diperlukan. Media storan diperlukan memandangkan simpana data di

dalam RAM adalah bersifat sementara. Media storan ialah seperti, Hard Disk,

Magnetic floppy disket, Magnetic tape, dan Laser disket.

Perkakasan Hardware. Perkakasan atau lebih dikenali dengan Hardware

komputer merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh

dilihat, disentuh dan dirasa.

Mesin memproses (processor). Mesin memproses merupakan otak dan

pusat yang mengendalikan komputer yang disokong oleh komponen-

komponen lain. Prosesor merupakan chip yang kerap disebut

“microprocessor“. Era kini, saiz prosesor telah mencapai tahap gigahertz.

Saiz atau ukuran tersebut merupakan kiraan kelajuan prosesor dalam

mengolah data atau informasi.

Aplikasi. Aplikasi merupakan komponen mustahak dalan menentukan

pengoperasian sesebuah komputer. Tanpa program aplikasi komputer anda

tidak bemakna dan tidak dapat berfungsi.

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Rangkaian jenis LAN ini biasanya

terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi

sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN

sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam

  44  

kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sebuah

bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer

kerangka utama atau minicomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian

LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. Komputer-

komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel

pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya

inframerah serta isyarat radio.

Pemilihan Komputer. Selalunya teknologi komputer berubah mengikut

peredaran masa. Kemampuan dan keberkesanan sesebuah komputer

bergantung kepada kecangihan ciptaannya, bermula dari sistem komputer

tidak mempunyai hard disk (Double disk) sehinggalah kepada sistem yang

mempunyai hard disk. Jika anda ingin membeli komputer pastikan anda

membeli sebuah komputer yang mempunyai sistem Hard Disk kerana sistem

double disk tidak lagi di gunapakai sekarang dan ianya juga sudah tidak ujud

dalam pasaran sekarang. Malah, ianya sudah menjadi bahan sejarah.

Pengguna juga mesti mempastikan juga berapa keupayaan komputer baik

dari segi kelajuan prosesor keupayaan hardisk menyimpan data kebesaran

RAM dan pelbagai kemudahan yang lain yang terkini. Kegagalan memilih

komputer yang tepat dengan keperluan semasa akan menngakibatkan

berkemungkinan tidak berupaya menandingi kepantasan pengeluaran

perisian yang berubah setiap waktu. Dalam era multimedia ini, kebanyakan

komputer di lengkapi dengan RAM yang tinggi dan hard disk yang besar

beserta mempunyai beberapa keistimewaan lain seperti mempunya MODEM

untuk mengakses internet. CD ROM dan pelbagai asesori tambahan yang

  45  

menjadikan komputer lengkap dan mudah di kendalikan. Semakin tinggi

kemampuan sesebuah komputer itu biasanya semakin tinggilah harganya di

pasaran. Terdapat dua jenis komputer di pasaran iaitu yang asli (branded)

dan klon. Kedua duanya mempunyai kemampuan yang sama namun

komputer asli adalah lebih tahan dan terjamin buatannya.

Penjagaan Komputer. Sesebuah komputer hendaklah di jaga dengan rapi

pada peralatan luar (Hardware) dan peralatan dalaman (Software) bagi

memastikan ianya sentiasa berada di dalam keaadaan baik dan boleh

digunakan pada bila-bila masa sahaja di perlukan. Untuk tujuan ini,

pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali

(servis).

Tujuan Pemeriksaan Komputer. ialah untuk; (1) Untuk memanjangkan

jangka hayat komputer (2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan

baik (3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki virus.

Memori. Jenis memori yang sama dan disokong oleh sistem komputer sedia

ada sahaja yang dibenarkan di naik taraf seperti sama ada ia SD RAM, DDR,

DDR2, DDR3 atau sebagainya. Begitu juga dengan kapasiti bagi setiap

kepingan RAM seperti 16 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1

GB, 2GB, 4GB dan lain-lain, perlu dirancang mengikut keperluan dan

sokongan oleh komputer riba.

  46  

Taraf Memori RAM. Sebelum membuat sebarang naik taraf memori RAM,

beberapa perkara berkenaan perlu diketahui terlebih dahulu. Antaranya

adalah seperti berikut:-

1. Kenal pasti jenis, kelajuan dan kapasiti memori RAM yang sedia ada

dalam komputer riba.

2. Kenal pasti modul dan bilangan slot memori yang ada dalam komputer

riba dan berapa slot yang telah digunakan seperti SIMM, DIMM,

SODIMM dan lain-lain.

3. Bagi kapasiti dan kelajuan memori RAM yang tinggi, pastikan komputer

riba menyokong fungsi Error Corecting Code (ECC).

Jaringan. Ada tiga jenis jaringan yang umum yang digunakan antara lain :

4. Jaringan WorkGroup : Jaringan ini terdiri dari beberapa unit

komputer yang dihubungkan dengan menggunakan Network

Interface Card atau yang biasa disebut dengan Local Area Network

Card, serta dengan menggunakan kabel BNC mahupun UTP.

Semua unit komputer yang terhubung dapat akses data dari unit

komputer lainnya dan juga dapat melakukan cetak dokumen pada

printer yang terhubung dengan unit komputer lainnya.

5. Jaringan Lan : LAN (Local Area Network) adalah suatu kumpulan

komputer, di mana terdapat beberapa unit komputer (client) dan 1

unit komputer untuk bank data (server). Berdasarkan kabel yang

digunakan, ada dua cara membuat jaringan LAN, iaitu dengan kabel

BNC dan kabel UTP.

6. Jaringan Wan : WAN (Wide Area Network) adalah kumpulan dari

  47  

LAN dan/atau Workgroup yang dihubungkan dengan menggunakan

alat komunikasi modem dan jaringan Internet, dari/ke bilik pusat.

Dengan sistem jaringan ini, pertukaran data dapat dilakukan dengan

cepat serta murah. Sistem jaringan ini dapat menggunakan jaringan

Internet yang sudah ada, untuk menghubungkan antara pusat dan

dengan PC Stand Alone/Notebook yang berada di tempat atau

negara lain.

Kad grafik. Kad grafik ini diperlukan sekiranya penggunaan komputer yang

memerlukan paparan berprestasi tinggi seperti membuat animasi komputer,

pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. hal ini kerana kad

grafik yang sedia ada pada papan utama adalah berprestasi rendah dan tidak

berupaya memproses perkara-perkara tersebut dengan baik.

Antara kebaikan penggunaan kad grafik ini adalah seperti berikut;

1. Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer.

2. Mempercepatkan proses rendering sesuatu grafik.

3. Memperhaluskan paparan piksel.

4. Meningkatkan kualiti sesuatu paparan pada komputer.

5. Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan

komputer.

6. Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada

komputer.

  48  

Kesimpulan

Terminologi pengaksesan komputer merupakan perkara yang penting

sebelum pengguna menggunakannya. Pemahaman terhadap setiap

terminologi memboleh proses penggunaannya berjalan dengan lancar.

Adalah wajar supaya pelajar memberi tumpuan terhadap terminologi

pengaksesan bagi mengelakkan kerosakan serta kekeliruan terhadap

komputer.

Soalan Latihan

1. Bincangkan tujuan pemahaman terminologi pengaksesan

komputer.

2. Senarai dan bincangkan terminologi komputer peribadi dan

komputer riba.

3. Senarai dan bincangkan input dan output semasa membuat

persediaan tugasan yang melibatkan grafik.

4. Senarai dan bincangkan protokol sebelum menggunakan komputer

bagi tujuan pemahaman perisian.

  49  

Rujukan

1. Ahmad Zaki Abu Bakar (2002) Kamus Komputer. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Jonassen, D.H. (1996). Computer in the Classroom: Mindtools for

Critical Thinking. New Jersey: Prentice Hall

3. Wiley, J. & Sons (2014) Wiley Encyclopedia of Science and

Engineering. Wiley Online Library. www.onlinelibrary.wiley.com

22.6.15

4. http://ow.ly/KNICZ. 25.6.15

5. http://komputerdananda.blogspot.com/p/muka-2.html. 26.6.15

6. http://universitimengkarakk.blogspot.com/2011/12/sembang-ict-17-

kad-grafik-paling.html. 26.6.15

  50  

UNIT 4

CIRI-CIRI TEKNOLOGI BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan

Teknologi bahasa dan kesusasteraan mempunyai beberapa ciri-ciri yang

penting dalam mencari ilmu melalui teknologi terkini. Hal ini bertepatan

dengan kewujudan teknologi yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Kini, masyarakat sudah menerima kewujudan teknologi yang dapat memberi

segala kemudahan dalam kehidupan. Oleh itu, ciri-ciri ini teknologi bahasa

dan kesusasteraan dapat memberi kesan yang positif terhadap

perkembangan minda masyarakat tidak kira yang muda mahupun yang tua.

Objektif

1. Mengenal pasti ciri-ciri teknologi maklumat

2. Memahami ciri-ciri teknologi yang berkaitan dengan bahasa dan

kesusasteraan

3. Menghuraikan perkembangan teknologi bahasa dan kesusasteraan

  51  

Ciri-Ciri Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan

Penggunaan teknologi dalam bahasa dan kesusasteraan berpandukan pada

ciri-ciri yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang terkini. Teknologi

yang dimaksudkan bertumpu kepada teknologi yang melibatkan penggunaan

internet. Majoriti dari pengguna teknologi terkini meluangkan banyak masa

dalam melayari internet dengan membaca, mencari maklumat, menambah

ilmu, hiburan dan lain-lain. Bertitik tolak dari situ, pengguna telah melalui

proses yang melibatkan ciri-ciri teknologi maklumat yang memberikan kesan

yang positif terhadap penambahan ilmu semasa.

Mudah

Teknologi maklumat telah digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Dari

sekecil-kecil bayi sehinggalah ke orang dewasa. Hal ini kerana teknologi

maklumat ini mudah untuk digunakan. Peralatan teknologi yang dijual di

merata kedai disambut baik oleh masyarakat. Oleh itu, mereka akan

berusaha untuk mengenal pasti teknologi baharu yang diperkenalkan.

Walaupun ada di antaranya mahal, masyarakat masih mampu untuk memiliki

peralatan tersebut. Mereka beranggapan bahawa teknologi yang dimiliki akan

memberi kemudahan terhadap kehidupan seharian mereka. Selain dari

memiliki peralatan yang terkini, mereka berasa mudah apabila teknologi

tersebut boleh diakses di mana-mana sahaja. Arahan penggunaan teknologi

juga diberi perhatian dan adalah wajar jika segala arahan mudah difahami

dan ini akan memberi ruang kepada semua pengguna untuk mencubanya.

Tambahan pula, kemudahan yang diperoleh dengan mempunyai teknologi ini,

dapat memberi kesan terhadap kehidupan seharian. Misalnya, kemudahan

  52  

untuk membeli-belah, peta, berita terkini dan lain-lain lagi. Menurut Normaliza

Abd Rahim (2014), teknologi terkini dianggap mudah oleh semua golongan

masyarakat yang menggunakannya. Selain dari mudah digunakan, teknologi

terkini juga memberi kemudahan dari segi pemahaman konsep serta

meleraikan masalah. Hal ini jelas terbukti apabila seseorang itu ingin mencari

penyelesaian terhadap kemusykilan tentang masalah pemahaman terhadap

sesuatu konsep. Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa

kadangkala konsep agak sukar difahami melalui penjelasan dari pihak yang

lain, namun, setelah menggunakan teknologi terkini seperti internet, masalah

ini dapat diselesaikan. Maka, teknologi yang dimaksudkan ini dapat memberi

kemudahan kepada pengguna.

Dari aspek bahasa dan kesusasteraan, adalah mudah untuk melayari

teknologi terkini seperti internet untuk mendapatkan maklumat terkini dan juga

maklumat dari buku-buku yang sudah hampir pupus di pasaran. Adalah

mudah untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan teknologi yang

dimaksudkan. Misalnya, adalah mudah untuk mendapatkan senarai simpulan

bahasa dan peribahasa Melayu di laman web berbanding dengan di kedai.

Selain menjimatkan masa, pengguna boleh mendapatkan maklumat tersebut

dengan pantas.

Ilmu

Teknologi maklumat dapat memberi ilmu kepada masyarakat. Ilmu yang

dimaksudkan dapat memberi ruang kepada pengguna untuk belajar secara

bersendirian atau berkumpulan. Terdapat pelbagai jenis ilmu yang

  53  

dimaksudkan dalam penggunaan teknologi maklumat. Ada di antara

pengguna yang berpandangan bahawa ilmu dipelajari dan diterima dengan

baik. Namun, ada di antara pengguna merasakan bahawa teknologi ini remeh

dan tidak mendatangkan faedah. Hal ini diterima memandangkan tidak semua

golongan masyarakat yang dapat menerima kehadiran teknologi. Mereka

masih menggunakan bahan yang tidak melibatkan teknologi. Misalnya, ada

golongan masyarakat yang rela mencari ilmu dengan membaca dari akhbar

yang dibeli dikedai sedangkan mereka boleh membaca secara atas talian.

Namun, hal ini tidak menghalang dari golongan yang sukakan teknologi untuk

mendapatkan ilmu. Masyarakat sebegini merasakan bahawa mereka dapat

mencari ilmu di mana sahaja dengan menggunakan teknologi. Misalnya,

mereka dapat membaca akhbar secara talian terus semasa menunggu bas,

dalam keretapi, semasa makan atau sedang beratur membeli barang. Hal ini

tidak mengejutkan masyarakat yang memerhati memandangkan majoriti dari

masyarakat akan mengisi ruang dengan membaca dan menggunakan

teknologi telefon bimbit di mana sahaja mereka berada. Normaliza Abd Rahim

(2014) menekankan bahawa masyarakat amat gemar menggunakan telefon

bimbit dalam kehidupan seharian. Mereka dapat mencari ilmu dengan

membaca melalui laman sosial. Ilmu yang didapati pula akan dikongsi dengan

orang lain. Hal ini jelas terbukti apabila sesuatu ilmu itu dikongsi dalam

facebook, instagram, twitter dan laman sosial yang lain. Normaliza Abd Rahim

(2014) juga menyatakan bahawa ilmu boleh didapati dari akhbar, perbankan,

perniagaan atas talian, pelancongan, akademik, keagamaan, kejuruteraan,

senibina, dan banyak lagi. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai

kepakaran dalam sesuatu bidang, mereka masih dapat belajar melalui

  54  

teknologi terkini. Misalnya, mereka boleh mencari bahan yang baharu dengan

menggunakan internet dan melayari laman sesawang yang berkaitan.

Ilmu yang didapati di laman web berbentuk bahasa dan kesusasteraan dapat

memberi kesan yang positif kepada pembaca. Misalnya, pelajar universiti

yang terlalu sibuk belajar dan menyiapkan tugasan akan melayari internet

untu mendapat maklumat. Pelajar dapat menyiapkan tugasan tersebut pada

hari yang sama berbanding dengan pelajar yang harus menunggu waktu

perpustakaan untuk dibuka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar

untuk mencari ilmu yang dikehendaki.

Cepat

Teknologi maklumat dianggap sebagai salah satu teknologi yang cepat

perkembangannya. Dalam masa sehari, teknologi maklumat akan

berkembang dengan pesatnya. Pelbagai aplikasi baharu diperkenalkan.

Syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam teknologi seperti Apple, Samsung,

Sony Ericson dan lain-lain akan berlumba-lumba dalam memberikan aplikasi

yang terbaharu dan menarik untuk digunakan. Perkembangan yang pesat

dalam teknologi sedikit sebanyak memberi impak terhadap pengguna

terutama masyarakat yang gemar menggunakan teknologi terkini. Oleh yang

demikian, pengguna dapat mencari data, maklumat, bahan dan lain-lain

dengan lebih cepat berbanding dengan bahan yang lain. Sebagai pengguna,

kita beranggapan bahawa perkembangan yang pesat ini dapat memberi

kesan yang positif. Selain itu, pengguna dapat merasakan bahawa maklumat

dapat diperoleh dengan cepat. Maka, mereka tidak dianggap ketinggalan

  55  

dalam mencari ilmu tersebut. Misalnya, laman web yang baik berkaitan

bahasa dan kesusasteraan akan cuba sedaya mungkin untuk memberi

maklumat tentang kebaikan laman web mereka. Oleh itu, penulis harus cepat

membuat tindakan supaya pengguna dapat peroleh kebaikan dari laman web

tersebut. Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan

segera. Menurut Normaliza Abd Rahim (2013), teknologi maklumat akan

memberi ruang kepada pengguna dalam mencari maklumat dengan cepat.

Pengguna tidak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu dalam

mencari satu maklumat yang diperlukan dengan kadar segera.

Laman web berbentuk bahasa dan kesusasteraan dapat memberi manafaat

kepada pengguna dalam memberikan maklumat terkini dengan lebih cepat.

Misalnya, laman web www.e-sastera.com telah dapat memberi maklumat

dengan cepat. Laman ini memberi ruang kepada penulis dan pencinta sastera

dalam berkongsi penulisan mereka. Hal ini juga penting kerana perkongsian

ini akan dapat sedikit sebanyak memberi maklumat dan pembelajaran dalam

penulisan berbentuk kesusasteraan. Selain itu, blog juga dapat memberikan

maklumat yang cepat. Biasanya, blog dikemaskini setiap hari oleh penulis

blog tersebut. Oleh yang demikian, setiap hari juga pembaca akan peroleh

maklumat yang terkini. Hal ini dapat memberikan motivasi kepada pengguna

teknologi tersebut dalam mencari apa yang yang dikehendaki dalam kadar

segera.

  56  

Menarik

Setiap teknologi yang diperkenalkan biasanya akan dapat tarikan dari pihak

pengguna. Hal ini penting memandangkan teknologi dapat diterima oleh

majoriti lapisan masyarakat. Justeru, kandungan teknologi yang ingin

disampaikan itu seharusnya menarik untuk dibaca atau digunakan. Ciri ini

dapat memberi kesan yang positif terhadap pengguna dalam melayari dan

mendapat apa yang diperlukan. Tidak semua pengguna suka akan

perkembangan teknologi yang terkini. Namun, seharusnya teknologi yang

sedia ada mempunyai ciri-ciri berbentuk mudah digunakan dan tidak

membebankan. Keadaan ini dapat memberi ruang kepada pengguna untuk

mencari tarikan yang dapat memberi kemudahan dalam menggunakannya.

Misalnya, terdapat banyak laman web bahasa dan kesusasteraan. Namun,

adalah menjadi tanggung jawab penulis laman web untuk menjadikannya

menarik supaya ramai pembaca singgah di laman web tersebut. Serupa juga

halnya dengan pemilihan samada laman web bahasa atau kesusasteraan.

Berkemungkinan segelintir pengguna tidak gemar membaca di laman web

bahasa atau kesusasteraan. Oleh itu, adalah wajar supaya penulis

mengambil kira hal seperti ini supaya laman web masih diminati dan dapat

meninggalkan kesan kepada pengguna.

Ciri ini sedikit sebanyak dapat menarik perhatian dengan mengambil kira

penggunaan asas grafik supaya pengguna singgah dan baca di laman web

tersebut. Asas grafik seperti mudah, warna, teks, keseimbangan dan

kesesuaian digunakan dalam setiap laman web supaya ianya lebih mendapat

perhatian dan menjadi lebih menarik. Adalah wajar supaya kehendak setiap

  57  

lapisan masyarakat diambil kira supaya laman web tersebut mempunyai

pengunjung yang ramai. Hal ini akan memberi kesan yang positif kepada

pencinta bahasa dan kesusasteraan.

Perkembangan Teknologi Bahasa dan Kesusasteraan Pada hari ini, adalah jelas diperkatakan bahawa setiap orang mempunyai

sekurang-kurangnya satu jenis teknologi. Telefon bimbit dan komputer riba

dianggap sebagai perkara yang penting dalam kehidupan sehidupan

seharian. Telefon bimbit diperlukan untuk berkomunikasi di antara satu sama

lain. Komputer riba pula diperlukan untuk kegunaan pelajar, pekerja dan juga

semua orang yang menginginkan kepuasan dalam penggunaan teknologi.

Kedua-dua teknologi terkini ini, dapat membantu pengguna dalam kehidupan

mereka. Selain dari mencari maklumat tentang bahasa dan kesusasteraan,

pengguna juga dapat belajar dari maklumat tersebut. Justeru, pengguna

dapat mencuba menulis dalam bidang yang berkaitan dan berkongsi pula

dengan orang lain. Hal ini jelas apabila penulis berjaya menulis di laman web

masing-masing. Laman web seperti blogspot dan wordpress menjadi

tumpuan pengguna dalam perkongsian maklumat ini. Selain itu, laman web

berbayar seperti laman dot com (.com) juga banyak digunakan oleh

pengguna.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika seseorang itu

menginginkan penulisan yang baik dalam laman web mereka. Normaliza Abd

Rahim (2014) menekankan bahawa seorang penulis seharusnya menulis

  58  

dengan baik supaya pembaca tidak keliru. Normaliza Abd Rahim (2014) juga

menyatakan 10 perkara penting dalam etika penulisan laman web.

1. Menggunakan kosa kata yang betul dan sesuai

2. Menggunakan ejaan yang betul berpandukan kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka

3. Menggunakan struktur ayat yang betul dan gramatis

4. Mempunyai penulisan yang menarik

5. Mempunyai penulisan yang memberi informasi kepada pengguna

6. Menulis tulisan yang mempunyai kandungan yang terkini

7. Kenyataan dalam penulisan adalah benar

8. Melakukan penyelidikan sebelum menulis

9. Penulisan yang tidak menimbulkan fitnah

10. Penulisan yang tidak menyentuh sensiviti agama, politik dan

kekeluargaan

Kesimpulan

Ciri-ciri teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan jelas memberi kesan

kepada majoriti lapisan masyarakat. Adalah wajar supaya teknologi ini

melibatkan penggunaan bahasa dan kesusasteraan yang dapat memberi

kesan kepada pengguna. Ciri-ciri seperti mudah, ilmu, cepat dan menarik

dapat membantu pengguna dalam mencari maklumat yang terkini. Selain itu,

penulis juga dapat menggunakan ciri-ciri ini dalam memulakan penulisan

mereka untuk dibaca oleh orang ramai.

  59  

Soalan Latihan

1. Senarai dan bincangkan empat ciri-ciri teknologi maklumat dan

berikan contoh yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan.

2. Bincangkan jenis teknologi yang gemar digunakan oleh masyarakat

kini.

3. Senarai dan bincangkan penggunaan laman web bagi seorang

pelajar bahasa dan kesusasteraan di peringkat universiti.

4. Bincangkan 10 perkara penting dalam etika penulisan di laman

web.

5. Sediakan sebuah laman web berbentuk bahasa dan

kesusasteraan.

Rujukan

1. Normaliza Abd Rahim & Kim Jang-Gyem (2012). Malay Language

among Korean Learners of Media. Malaysian Journal of

Educational Technology, 12(3), 27-32.

2. Normaliza Abd Rahim (2013). Adjectives Identification in Television

Advertisements. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational

Technology, July 2013, 12 (3), 15-20.

3. Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among

Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of

Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

  60  

4. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

5. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

6. Normaliza Abd Rahim & Kim Jang-Gyem (2012). Malay Language

among Korean Learners of Media. Malaysian Journal of

Educational Technology, 12(3), 27-32.

  61  

UNIT 5

PERANAN DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM

PELBAGAI BIDANG

Pengenalan

Teknologi maklumat berkembang dengan cepat dan pengguna dapat

merasakan bahawa perkembangan ini dapat memberi ruang kepada mereka

dalam mencuba perkara yang baharu setiap hari. Namun setiap teknologi

yang diperkenalkan mempunyai peranan yang berlainan bagi setiap individu.

Teknologi maklumat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

telekomunikasi, telesidang dan e-niaga. Namun, bahagian ini tidak tertakluk

kepada tiga ini sahaja. Malah, bahagian-bahagian yang lain boleh diterapkan

mengikut kehendak bidang masing-masing.

Objektif

1. mengenal pasti jenis teknologi maklumat dalam pelbagai bidang

2. membincangkan peranan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang

3. menghuraikan perkembangan teknologi maklumat dalam pelbagai

bidang

  62  

Peranan dan Perkembangan Teknologi Maklumat dalam Pelbagai Bidang

Dalam era teknologi yang serba baharu, teknologi maklumat telah menjadi

sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang

penting dalam kerja-kerja seharian. Peranan teknologi maklumat berbahagi

kepada tiga bahagian yang penting iaitu telekomunikasi, telesidang dan e-

perbankan.

Melalui telekomunikasi, pengguna telah menyaksikan kemunculan pelbagai

ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen,

komputer, video dan sistem faksimili. Misalnya, komputer dapat memberi,

menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada

kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam pekerjaan yang lebih pantas

dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Komputer juga dapat menghubungkan pengguna melalui laman sosial seperti

facebook, twitter, instagram dan banyak lagi. Komputer juga dapat

menghubungkan pengguna melalui e-mel atau pun berbentuk chatroom

seperti yahoo messenger, hotmail messenger, gmail chat dan banyak lagi. E-

mel boleh menghantar dokumen berbentuk rasmi atau pun digunakan untuk

pengguna yang cuma ingin berbual dengan rakan secara maya.

Selain itu, media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka

minda kita supaya kita terdedah terhadap pelbagai jenis teknologi. Misalnya,

melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Mulai

dari video yang besar dan berat sehingga ke cakera padat DVD atau CD yang

  63  

lebih kecil dan ringan. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa

yang berlaku dan dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video

ataupun cakera padat. Namun, teknologi komunikasi tidak henti di situ sahaja.

Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan

terciptanya telefon bimbit. Pengguna berlumba-lumba membeli telefon bimbit

yang terbaru di pasaran. Setiap hari, telefon bimbit akan berubah dan

mempunyai tambahan yang membuatkan pengguna ingin memilikinya.

Telefon bimbit dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai

walaupun beribu kilometer jauhnya. Bermulanya penggunaan telefon oleh

tentera bagi tujuan perhubungan, pengguna mendapati bahawa telefon akan

memudahkan lagi urusan setiap hari. Pengguna memanfaatkan kaedah ini

untuk saling berhubungan sesama sendiri. Tambahan pula, salah satu sistem

telekomunikasi yang lain ialah dengan menggunakan sistem faksimili yang

bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar

melalui kertas yang sudah dicetak. Hal ini akan memudahkan kerja bagi

penerimanya.

Telesidang juga menggunakan telefon atau komputer. Kini, telesidang lebih

memudahkan pengguna. Misalnya, seorang penyelidik dapat menghubungi

penyelidik yang lain melaui perhubungan lebih dari dua hala. Ataupun,

seorang pelajar di Malaysia boleh menghubungi pensyarah di United

Kingdom dengan menggunakan telesidang iaitu samada menggunakan skype

yang menunjukkan wajah pengguna atau pun menggunakan telesidang

berbentuk telefon iaitu perhubungan melalui suara. Telesidang dapat

memudahkan individu dalam membuat keputusan dengan segera.

  64  

Persetujuan dari semua pihak dapat dilakukan walau di mana mereka berada.

Doktor di hospital juga boleh menggunakan telesidang bagi kegunaan

penyelidikan atau pun ingin mendapat keputusan dengan kadar segera.

malah, telesidang penting untuk bidang-bidang lain juga seperti dalam bidang

ekonomi, kejuruteraan, perakaunan, kemanusiaan, pentadbiran dan apa jua

bidang yang memerlukannya.

E-niaga pula digunakan oleh majoriti masyarakat. Ia meliputi sistem

perbankan, perniagaan atau apa sahaja yang berkaitan dengan sistem

ekonomi. E-niaga dapat membantu pengguna dalam pengurusan kewangan

serta pemilihan terhadap jenis perniagaan yang dilakukan atau pembelian

produk yang diinginkan. E-niaga tidak hanya bertumpu kepada ahli

perniagaan malah setiap individu mempunyai keperluan yang berlainan

terhadapnya. Misalnya, seorang pelajar akan menggunakan e-niaga bagi

tujuan pendidikan, penyelidikan, pembelian dan perkara lain yang berkaitan.

Namun, seorang ahli perniagaan akan menggunakan e-niaga bagi tujuan

yang berlainan dari seorang pelajar.

Peranan teknologi maklumat terhadap masyarakat adalah seperti berikut;

1. Pekerjaan seharian

2. Perhubungan antara pengguna

3. Perbankan

4. Ekonomi

5. Sosial

6. Keagamaan

  65  

7. Kesihatan

8. Pendidikan

9. Penyelidikan

10. Hiburan

Namun, peranan teknologi maklumat terhadap setiap individu adalah

berlainan. Misalnya, seorang ahli perniagaan akan mempunyai peranan

teknologi maklumat yang berlainan.

1. Ekonomi

2. Perbankan

3. Sosial

4. Pendidikan

5. Penyelidikan

Peranan teknologi maklumat terhadap pelajar juga berlainan. Hal ini kerana

pelajar lebih tumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberi. Misalnya,

pelajar akan mencari maklumat yang dikehendaki sahaja. Pada waktu yang

lain, pelajar akan mencari maklumat yang lain pula. Pelajar lebih bertumpu

kepada;

1. Pendidikan

2. Penyelidikan

3. Sosial

4. Perkara lain yang berkaitan dengan tugasan

  66  

Kesimpulan

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam

menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus

memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang baik dan positif. Hal ini

dapat memberi ruang kepada pengguna dalam menggunakan teknologi

maklumat dengan jujur dan ikhlas. Selain itu, menggunakan teknologi apabila

perlu dan tidak membuang masa tanpa tujuan.

Soalan Latihan

1. Bincangkan peranan teknologi maklumat terhadap masyarakat

2. Senarai dan bincangkan tiga jenis teknologi maklumat serta

peranannya.

3. Bincangkan peranan dan perkembangan teknologi maklumat

terhadap pelajar universiti.

4. Bincangkan kebaikan dan keburukan serta jenis teknologi

maklumat yang berkaitan dengan kehidupan anda.

  67  

Rujukan

1. Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among

Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of

Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

2. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

4. Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim & Roslina Mamat

(2014) Learning via Television Cartoon. Asian Social Science

Journal. 10 (15), 8-15.

  68  

UNIT 6

PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PERKEMBANGAN

BAHASA DAN KESUSASTERAAN DI PELBAGAI PELANTAR

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat pada masa ini telah memberi perubahan

yang besar terhadap masyarakat di dunia dan Malaysia khasnya. Masyarakat

sudah dapat menerima perkembangan ini dan cuba belajar demi kepuasan

diri serta kehendak dan keperluan tugas pada setiap hari. Namun, pengguna

juga dipengaruhi dengan teknologi yang sedia ada. Malah, teknologi terkini

juga mempengaruhi masyarakat dalam meningkatkan diri dari aspek ilmu

yang ingin dicari.

Objektif

1. Mengenal pasti pengaruh teknologi maklumat dalam

perkembangan bahasa dan kesusasteraan

2. Membincangkan pengaruh teknologi maklumat terhadap pengguna

3. Menghuraikan jenis-jenis teknologi maklumat terhadap

perkembangan bahasa dan kesusasteraan

  69  

Pengaruh Teknologi Maklumat Dalam Perkembangan Bahasa Dan

Kesusasteraan dan TM Di Pelbagai Pelantar

Pengaruh teknologi maklumat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

pengaruh terhadap pendidikan, perubatan, seni, hiburan dan rekreasi, dan

ekonomi. Teknologi maklumat berkait rapat dengan telekomunikasi,

telesidang dan juga e-niaga. Selain itu, apa jua teknologi maklumat yang

dapat memberi manafaat bagi setiap individu. Teknologi maklumat

merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap

lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk

menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai

kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang

pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah

dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang

tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat

yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai

sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan

pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat,

masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan.

Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah

komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet,

masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur-uh dunia. Mereka hanya

perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam

sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan

  70  

politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan

teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai

masyarakat berinformasi.

Pendidikan

Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara

individu dan secara berkumpulan. Perisian yang bersesuaian dicipta supaya

pelajar dapat menggunakannya dengan baik. Malah, perisian direka supaya

setiap individu boleh memahami setiap apa yang ingin dipelajari iaitu dari

mudah ke yang paling sukar. Hal ini dapat memberi peluang kepada pelajar

untuk mencuba sesuatu yang baharu setiap masa. Selain itu, pelajar dapat

memahami konsep yang sukar difahami pada awalnya dengan mencuba

perkara yang mudah terlebih dahulu. Pengajaran akan berjalan lebih lancar

dengan adanya komputer. Pengajar boleh membuat persediaan lebih awal

supaya setiap pelajar dapat menikmati pembelajaran. Oleh yang demikian,

persediaan pengajaran dapat mengenal pasti tahap pemahaman setiap

pelajar. Malah, persediaan boleh menumpukan perhatian terhadap tugasan

kumpulan kecil. Misalnya, dua pelajar boleh menggunakan satu komputer.

Hal ini dapat memberi ruang kepada pelajar untuk berbincangkan bersama

rakan terlebih dahulu. Pelajar juga boleh mencuba dan membantu rakan yang

lain semasa proses pembelajaran. Selain dari pelajar, setiap individu juga

menggunakan komputer bagi tujuan mereka sendiri. Ada di antaranya

menggunakan komputer bagi tujuan pekerjaan, perniagaan dan lain-lain.

Komputer dapat menyelesaikan kerja yang diberi dengan lebih pantas.

Penggunaan internet melalui komputer juga berleluasa sehingga kini.

  71  

Pengguna menggunakan internet bagi tujuan pendidikan. Mereka mencari

maklumat yang diingini dengan cepat dan pantas.

Perubatan

Teknologi maklumat amat diperlukan dalam bidang perubatan. Teknologi

yang terkini digunakan bagi tujuan penyelidikan dan juga perubatan. Selain

dari menjalankan penyelidikan ia juga dapat mengenal pasti dapatan baharu

untuk penyakit dan digunakan untuk merawat pesakit. Doktor yang terlibat

akan menggunakan teknologi terkini untuk kegunaan pembedahan dan

penyelidikan. Hal ini dapat membantu golongan yang memerlukan rawatan

dengan kadar segera. Penggunaan komputer amat diperlukan dalam bidang

perubatan. Mencari maklumat serta menghubungkan dengan pakar yang lain

membolehkan penyelidikan dilakukan dengan lebih cepat. Selain itu, teknologi

yang digunakan diperoleh bagi tujuan perubatan. Hal ini juga berkait rapat

dengan perniagaan di mana syarikat akan cuba mengeluarkan peralatan yang

berbentuk teknologi moden. Peralatan ini digunakan dalam hospital kerajaan

dan juga swasta. Doktor dan jururawat serta sesiapa yang berkaitan akan

diajar menggunakan peralatan tersebut supaya urusan berjalan dengan

lancar. Penggunaan teknologi seperti telefon juga amat penting di hospital.

Hubungan di antara pengguna amatlah penting dalam membuat keputusan.

Hal ini penting kerana telefon dapat memberi keputusan dengan cepat dan

pantas.

  72  

Seni, Hiburan dan Rekreasi

Penggunaan komputer dan telefon bimbit merupakan perkara yang penting

dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan seni dan hiburan. Rata-rata

pengguna menggunakan teknologi ini bagi tujuan pendidikan, penyelidikan

atau semata-mata untuk hiburan. Remaja menggunakan komputer dan

telefon bimbit untuk mencari maklumat tentang idol yang terkenal atau pun

mencari maklumat tentang filem yang terkini. Malah adakala mereka

menggunakan komputer dan telefon bimbit untuk berhubung dengan pelakon

atau penyanyi yang diminati. Hal ini agak membimbangkan kerana keasyikan

terhadap dunia hiburan akan membuatkan mereka leka dan akhirnya akan

mengabaikan pelajaran di sekolah. Namun hal ini boleh dibendung melalui

pengawasan dari pihak ibu bapa. Ibu bapa boleh mengunci laman web yang

berkaitan dan mengehadkan jangka masa menggunakan komputer. Selain

itu, penggunaan telefon bimbit juga dipantau supaya pelajar remaja tidak

menggunakannya tanpa pengawasan. Bagi pelajar universiti yang mengambil

bidang seni, mereka boleh manafaatkan laman web berbentuk seni dan

hiburan. Oleh itu, penggunaan komputer dan telefon bimbit adalah diperlukan.

Adalah wajar supaya pelajar mencari maklumat yang betul dan benar melalui

laman web yang berkaitan. Masa kini, terdapat laman web yang diciplak dan

tidak mempunyai kesahihan yang jitu. Oleh itu, pelajar harus berhati-hati

dalam membuat keputusan pemilihan laman web berkaitan.

  73  

Ekonomi

Ekonomi berkait rapat dengan e-niaga, perbankan dan perdagangan dan apa

sahaja yang berkaitan dengan perniagaan. Perkembangan teknologi dapat

memudahkan urusan perdagangan tidak kira di Malaysia malah dengan

negara-negara lain. Teknologi seperti komputer dan telefon bimbit dapat

membantu pengguna dalam perhubungan di antara pengguna melalui proses

yang cepat dan pantas. Bank-bank di Malaysia menggunakan urusan secara

atas talian di mana pengguna tidak perlu ke bank untuk membuat urusan.

Pengguna boleh membayar bil atau pun urusan penyimpanan dan

pengeluaran wang melalui perbankan atas talian. Hal ini memudahkan

pengguna selain dari menjimatkan masa. Kini, pengguna boleh menggunakan

telefon bimbit yang mempunyai internet dalam pengurusan perbankan. Selain

itu, kedua-dua komputer dan telefon bimbit dapat memberi ruang kepada

pengguna untuk mencari maklumat tentang perniagaan yang dijalankan tanpa

pergi ke lokasi tersebut. Misalnya, pengguna boleh menggunakan internet

untuk membeli-belah dan mereka juga memilih kedai atau produk yang

diingini. Hal ini dapat menjimatkan masa serta kepuasan pengguna terhadap

produk tersebut.

Perkaitan Teknologi Maklumat dengan Bahasa dan Kesusasteraan

Semua bahagian mempunyai kaitan dengan bahasa. Malah bahasa

merupakan perkara yang penting dalam menyampaikan maklumat.

Pendidikan, perubatan, seni, hiburan dan rekreasi, dan ekonomi memerlukan

bahasa untuk ilmu dan penyampaian maklumat. Adalah wajar jika bahasa

yang digunakan itu bersesuaian dengan pembaca. Misalnya, pendidikan

  74  

melalui komputer untuk kanak-kanak haruslah mempunyai bahasa yang

sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Juga, pemilihan bahasa juga

melibatkan cara penyampaian yang berbeza. jika ianya berbentuk cerita,

bahasa yang ditulis haruslah mendapat tarikan pembaca.

Bidang kesusasteraan pula cuma digunakan di bahagian yang bersesuaian.

Misalnya, kesusasteraan boleh diterapkan dalam pendidikan, seni, hiburan

dan rekreasi. Selain itu, kesusasteraan juga boleh digunakan untuk

penyampaian maklumat yang berbentuk sastera. Misalnya, penggunaan

pantun dalam laman sosial dapat memberi kesan yang positif terhadap

kesusasteraan Melayu. Justeru, pembaca dapat manafaat dari pemahaman

genre Melayu lama yang hampir dilupakan. Adalah wajar jika kesusasteraan

Melayu dimartabatkan melalui teknologi komputer dan telefon bimbit.

Kesimpulan

Pengaruh teknologi maklumat amat penting dalam pemilihan teknologi yang

bersesuaian. Jenis teknologi maklumat ini juga penting bagi tahap umur

pengguna. Setiap pengguna mempunyai pengalaman serta kehendak yang

berbeza. Oleh itu, adalah wajar supaya pengguna menggunakan teknologi ini

dalam proses pembelajaran.

  75  

Soalan Latihan

1. Senarai dan bincangkan pengaruh teknologi maklumat

keseluruhannya.

2. Bincangkan pengaruh teknologi maklumat berkaitan dengan

bahasa.

3. Bincangkan pengaruh teknologi maklumat berkaitan dengan

kesusasteraan.

4. Bincangkan pengaruh negatif terhadap penggunaan teknologi

maklumat berkaitan bahasa dan kesusasteraan.

Rujukan

1. Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among

Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of

Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

2. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

4. Ilham Nasuha (2011) Manafaat Teknologi Maklumat dan

Komunikasi. http://blogbmspm.blogspot.com/2012/05/manfaat-

teknologi-maklumat-dan.html. 24.6.15

  76  

UNIT 7

PEMINDAHAN SILANG BUDAYA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT,

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan

Pemindahan silang budaya dalam teknologi, bahasa dan kesusasteraan

berkait rapat dengan budaya elektronik, pengetahuan, kesan, keperluan,

cetak rompak, internet dan keselamatan. Permindahan silang budaya tidak

tertakluk kepada ini sahaja, namun terdapat perkaitan di antara satu budaya

dengan budaya yang lain. Oleh yang demikian, permindahan silang budaya

akan berubah mengikut perkembangan teknologi maklumat itu sendiri. Malah,

perkaitan bahasa dan kesusasteraan dengan teknologi maklumat juga

berbeza mengikut tahap umur pengguna.

Objektif

1. Mengenal pasti jenis pemindahan silang budaya dalam teknologi

maklumat, bahasa dan kesusasteraan

2. Membincangkan masalah yang dihadapi terhadap pemindahan

silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa dan

kesusasteraan

3. Menghuraikan cara-cara mengatasi masalah yang dihadapi

terhadap pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat,

bahasa dan kesusasteraan.

  77  

Pemindahan Silang Budaya dalam Teknologi Maklumat, Bahasa dan

Kesusasteraan

Budaya Elektronik

Budaya elektronik merupakan pergantungan hubungan yang dibentukkan

melalui pengambilan peralatan komunikasi, perisian asing, bersama-sama

dengan jurutera, juruteknik dan protokol yang berkenaan. Kesemua ini secara

tidak langsung membentuk satu siri norma asing, nilai dan jangkaan, dalam

tahap yang berlainan, yang akan mengubah budaya serta proses sosialisasi

tempatan. Kehilangan, penyesaran, anjakan dan pelupaan nilai-nilai tempatan

menjadi sesuatu yang membimbangkan di negara dunia ketiga. Kolonialisme

elektronik pada abad ke-20 dilihat sama dengan kolonialisme perdagangan

pada abad ke-18 dan ke-19.

Kolonialisme perdagangan yang mengambil kesempatan ke atas buruh yang

murah. Ia melibatkan tenaga buruh secara fizikal untuk mengeksplotasikan

sumber tempatan. Namun, budaya elektronik mengambil kesempatan ke atas

minda manusia. Menurut McPhail (1987) dan Normaliza Abd Rahim (2014),

tujuan budaya elektronik adalah untuk mempengaruhi perangai, tingkah laku,

keinginan, kepercayaan, cara hidup, pandangan pengguna atau corak jual

beli pengguna. Lantas, pengaruhnya amat kuat dan berupaya meninggalkan

kesan yang mendalam untuk jangka masa yang panjang. Hal ini jelas terbukti

bahawa satu ancaman akan berlaku dalam kalangan masyarakat apabila

mereka mula menganggap budaya elektronik tersebut sebagai satu perkara

utama dalam kehidupan. Oleh yang demikian, negara yang sedang

  78  

membangun juga perlu bersaing pada masa depan dan menceburi bidang

teknologi maklumat adalah merupakan perkara yang diutamakan. Dalam hal

ini, Malaysia juga ingin menjadi sebahagian daripada negara yang maju

dalam bidang teknologi. Malaysia cuba untuk mewar-warkan budaya sedia

ada kepada antarabangsa melalui teknologi yang terkini. Adalah diharapkan

supaya interaksi dengan negara lain akan dapat mengeratkan lagi hubungan

di antara negara-negara yang berkaitan.

Namun, Malaysia sedar bahawa perkara ini akan menjadi lebih rumit jika

negara luar ingin mengambil kesempatan. Hal ini bercanggah dengan

perjanjian negara-negara di dunia ini terhadap pengurusan negara sendiri.

Campur tangan tidak seharusnya berlaku dan kerahsiaan sesebuah negara

perlu diambil kira. Oleh kerana ledakan teknologi maklumat yang tidak dapat

dibendung, sikap berhati-hati harus diambil kira. Malaysia seharusnya

berusaha untuk menjaga kerahsiaan negara dan cuba atasi masalah

pencerobohan melalui teknologi. Oleh itu, adalah disarankan supaya

pentadbiran negara dijalan dengan lebih telus dan memberi peluang kepada

rakyat untuk sama-sama menaikkan imej negara. Kita haruslah membuat

keputusan dengan cepat supaya tidak ketinggalan dan yang penting untuk

memastikan masyarakat faham akan masalah yang dihadapi melalui ledakan

teknologi maklumat ini.

Pengetahuan

Perkembangan teknologi maklumat di Malaysia telah memberi peluang

kepada masyarakat untuk menggunakannya ke arah kebaikan. Teknologi

  79  

terkini dapat memberi maklumat dan ilmu dengan cepat dan pantas. Lantas,

masyarakat mengambil kesempatan dengan mempelajari serta berkongsi

pengetahuan dengan orang lain. Jika seseorang itu mahir dalam bidang

teknologi maklumat, maka ia seharusnya akan berkomunikasi dengan orang

yang faham akan penggunaan teknologi tersebut. Adalah wajar jika kedua-

dua pihak boleh membincangkan tentang perkembangan terkini dan

memaklumkan pula kepada rakan yang lain. Namun, masyarakat yang miskin

dan tidak mampu untuk membeli teknologi terkini akan berasa disisihkan oleh

masyarakat. Hal ini boleh diatasi dengan membekalkan kemudahan teknologi

tersebut di sekolah-sekolah yang berhampiran justeru, membenarkan mereka

menggunakannya. Adalah disarankan supaya golongan ini tidak dipinggir

selagi negara maju seperti Malaysia masih kukuh berdiri. Selain dari bekalan

di sekolah, syarikat-syarikat besar juga boleh menegakkan institusi

berhampiran dengan kawasan dan tersebut dan beri peluang kepada mereka

untuk belajar tanpa mengira bangsa, umur dan gender.

Kesan

Penggunaan teknologi maklumat bukan sahaja untuk segelintir masyarakat

malah untuk semua pengguna dalam pelbagai bidang. Tidak kira yang

bekerja di kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan. Malah kawasan terpencil

juga harus dibekalkan dengan teknologi terkini supaya mereka tidak

ketinggalan dalam apa jua bidang. Masyarakat diberi peluang justeru,

mereka harus faham akan kesan yang diperoleh oleh mereka. Jika teknologi

itu digunakan tanpa berfikir dan orang lain yang mendapat musibah, maka

adalah wajar supaya seseorang itu belajar dan terima kesan negatif tersebut.

  80  

Individu tersebut haruslah bertanggung jawab terhadap apa yang telah

dilakukan. Misalnya, seorang individu telah menggunakan teknologi telefon

bimbit untuk meninggalkan komen di laman sosial. Setelah itu berlaku, komen

yang ditinggalkan itu menjadi viral dan mendapat kutukan dari orang ramai.

Maka, sudah tentu kesannya negatif di mana individu tersebut dicaci dan

dimaki serta kaum keluarga juga terlibat dalam cacian dan makian tersebut.

Kesan yang negatif itu akan berpanjangan selagi komen itu masih berada di

maya. Hal ini boleh dibendung dengan memberi pengajaran kepada

pengguna tersebut dan individu itu juga harus memohon maaf secara maya

supaya masyarakat hentikan tomahan tersebut.

Kesan teknologi tidak henti di situ sahaja. Fitnah dan cerita yang palsu juga

amat berleluasa di maya. Hal ini akan memberi kesan yang buruk terhadap

pengguna tersebut. Adalah wajar supaya, ibu bapa memantau anak-anak

mereka semasa menggunakan teknologi terkini.

Keperluan

Dalam era maklumat, celik maklumat adalah amat penting untuk

membolehkan seseorang bersaing dalam dunia perdagangan dan pasaran

pekerjaan. Kecelikan maklumat amat penting tidak kira seseorang itu bekerja

di rumah atau di pejabat. Masyarakat yang mempunyai kemahiran

menggunakan internet akan mendapat maklumat yang lebih, mengetahui

lebih banyak isu semasa, dan dapat mencari maklumat dengan lebih cepat

berbanding dengan orang berpendidikan tinggi yang kurang kemahiran

  81  

tersebut. Namun, kecelikan teknologi maklumat juga memerlukan pemikiran

kritikal. Tanpanya, seseorang tidak dapat menilai kualiti maklumat yang

diperoleh daripada rangkaian maklumat. Selain itu, untuk hidup dalam zaman

teknologi maklumat, jika masyarakat tidak ingin dilihat sebagai ketinggalan

zaman maka mereka perlu celik maklumat dan mempunyai kemahiran asas

sekurang-kurangnya untuk mengikuti perkembangan semasa. Bayangkanlah

betapa tidak sesuai sekiranya seseorang cuba bersaing dalam dunia

perdagangan pada tahun 2020 dengan menggunakan komputer yang

dikeluarkan 15 tahun dahulu. Adalah wajar supaya media-media tempatan

harus memberi tumpuan kepada penjanaan pemikiran penduduk. Program

yang disalurkan sebaik-baiknya jenis yang menggalakkan penilaian serta

pemikiran masyarakat. Masyarakat maklumat adalah masyarakat yang boleh

berfikir dan bukan semata-mata pengguna sahaja. Begitu juga halnya dengan

institusi pengajian tinggi tempatan harus memberi perhatian yang lebih dalam

melahirkan graduan yang boleh berfikir daripada melahirkan jurutera dan

juruteknik yang menjadi pakar dalam bidang elektronik.

Cetak Rompak

Budaya cetak rompak masih berleluasa sehingga hari ini. Saban hari, pihak

berkuasa telah mencuba untuk membendung masalah ini namun, masih

ianya masih berlaku juga. Dengan kebebasan aliran maklumat dalam

rangkaian maklumat, aktiviti cetak rompak atau salin tanpa kebenaran akan

berleluasa. Misalnya, yang nyata adalah pelajar universiti atau kolej yang

mempunyai akses internet. Bayangkan satu senario yang melibatkan seorang

pelajar yang terpaksa menghantar tugasan pada keesokan harinya. Pelajar

  82  

akan menyalin tanpa mengubah satu perkataan atau ayat dari sumber asal

dan menjadikan ianya sebagai tulisan sendiri. Perkara ini sudah lama dikenal

pasti dan masih lagi berlaku kerana pelajar merasakan ia tidak mudah

dikesan. Hal ini akan membuatkan pelajar lebih malas dan akhirnya tidak

faham tentang apa yang dipelajarinya. Adalah wajar dicadangkan supaya

perundangan maklumat dan sistem pengawalan yang canggih perlu

digunakan untuk mengatasi masalah cetak rompak. Misalnya, virus

dimasukkan bersama fail yang mempunyai hakcipta, apabila pengguna

menghasilkan semula fail tersebut tanpa kod hakcipta maka virus tersebut

akan berfungsi dan memusnahkan fail tersebut. Selain itu, program turnitin

dicadangkan kepada pihak universiti supaya setiap tugasan pelajar perlu

disaring melalui program ini supaya peniruan dapat dikenal pasti.

E-Mel

E-mel merupakan salah satu sistem komunikasi bertulis yang mudah

digunakan. Ia juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin

berutus secara formal atau tidak formal. Selain itu, e-mel disertakan dengan

aplikasi yang membolehkan kita untuk mengepil dokumen yang lain bersama.

Dokumen tersebut boleh dibuka pada bila-bila masa dan akan memberi

peluang kepada pembaca untuk membaca sebelum membalas e-mel

tersebut. Setakat ini, banyak e-mel provider bagi pengguna di Malaysia.

Misalnya, yahoo.com, gmail.com, hotmail.com, ymail.com dan banyak lagi.

Pengguna lebih gemar menggunakan e-mel ini kerana ianya cepat dan

pantas. Walaupun pengguna surat elektronik mempunyai kebebasan teks

dalam surat tersebut, sebenarnya pembekal perkhidmatan internet

  83  

mempunyai akses ke atas setiap surat tersebut. Mereka akan menyimpan

salinan surat tersebut sekurang-kurangnya enam bulan, walaupun surat

tersebut dibuang daripada fail atau komputer. Ini mengurangkan privacy

berbanding dengan cara konvensional. Justeru itu, segala maklumat sulit

seperti kata rahsia atau kod yang penting tidak sesuai dimasukkan ke dalam

surat elektronik. Justeru itu, masyarakatlah yang perlu menilai cara mana

yang lebih menyenangkan. Adalah wajar untuk mencadangkan supaya perlu

adanya kontrak sosial berhubung dengan isu privacy yang telah ditimbulkan

tadi. Masyarakat harus menentukan sendiri saluran mana yang boleh atau

tidak boleh diperiksa kandungannya. Namun, kesan daripada setiap tindakan

juga perlu dinilai. Misalnya, pengiriman bahan-bahan yang memudaratkan

masyarakat dan negara mesti dihalang. Sekiranya tiada pemeriksaan pada

tahap-tahap tertentu, kebebasan itu boleh membawa kesan yang buruk.

Internet

Internet merupakan satu perkara penting dalam kehidupan masyarakat masa

kini. Pembelian internet di institusi pengajian tinggi, restoran, sekolah-sekolah

dan tempat-tempat lain yang mempunyai ramai orang. Melalui internet,

masyarakat boleh berhubung dengan orang lain di serata dunia. Dengan

wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh

memaparkan sebarang maklumat dengan cepat dan senang. Pelajar pula

boleh menggunakan internet untuk tujuan menjalankan penyelidikan dan

menyiapkan tugasan. Penyelidik pula menjalankan penyelidikan untuk

memberi manafaat kepada pihak lain. Selain itu, internet amat berguna untuk

segala bidang bagi tujuan pembelajaran, misalnya, bidang kedoktoran,

  84  

kejuruteraan, perbankan, ekonomi, keagamaan dan banyak lagi. Namun,

sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa

pengaruh yang negatif terhadap kehidupan bandar. Misalnya, pengeboman di

bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui internet (Meyer,

1999). Dengan adanya laman sosial yang berleluasa, pengguna telah

menggunakannya dengan memperoleh banyak maklumat yang menimbulkan

kebencian di antara pengguna. Selain itu, pengguna di dapati menggunakan

bahasa yang dianggap tidak wajar dibaca oleh sesiapa. Fitnah dan

pernyataan yang tidak sah kebenarannya terdapat banyak di laman-laman

web. Gejala sedemikian berupaya menjanakan kebencian dan kekeliruan

dalam kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yang

diperoleh. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam bandar dan

mengancam keselamatan serta ketenteraman bandar.

Keselamatan

Masyarakat di seluruh dunia masa kini memerlukan teknologi maklumat

dalam kehidupan. Jika tiada, ianya seperti kekurangan yang amat besar dan

masyarakat seperti kelihatan terumbang ambing. Misalnya, jika seseorang

individu itu terlupa membawa telefon bimbit, dia akan berasa gusar dan

berasa seperti kehilangan sesuatu yang amat besar. Olehi tu, dengan

pergantungan kepada teknologi maklumat, adalah sukar untuk suatu

masyarakat berpatah balik. Ini adalah kerana teknologi maklumat

menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek sosial, ekonomi,

keagamaan dan juga politik. Namun, masalah boleh timbul daripada teknologi

maklumat sendiri. Kegagalan sistem boleh berlaku melalui kerosakan fizikal

  85  

peralatan, ralat data atau ‘bugs’ perisian. Kegagalan tersebut boleh

membawa kerugian yang besar kepada masyarakat terutamanya apabila

pemindahan modal yang besar sedang berlangsung.

Justeru itu, negara-negara maju telah membuat persediaan jika berlakunya

masalah dalam sistem teknologi maklumat. Malaysia juga tidak ketinggalan

dalam menyediakan pelbagai persediaan dalam mengatasi masalah-masalah

yang melibatkan teknologi maklumat. Hal ini supaya masyarakat akan

sentiasa dapat menggunakan teknologi maklumat pada setiap hari dan masa.

Kini, terdapat banyak syarikat yang memberi perkhidmatan berbayar dan

tidak berbayar bagi kegunaan pengguna. Syarikat seperti, digi, celcom, maxis

dan banyak lagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Terpulanglah

kepada pelanggan untuk memilih perkhidmatan yang bersesuaian.

Perkhidmatan wifi yang percuma diberi kepada pengguna bagi tujuan menarik

perhatian orang ramai terhadap sesebuah tempat itu. Misalnya, di restoran-

restoran besar, wifi diberikan percuma supaya lebih ramai pelanggan akan

singgah. Hal ini akan memberikan keuntungan yang lebih kepada pemilik

restoran tersebut. Maka, perkhidmatan wifi adalah bertujuan untuk menarik

pelanggan. Selain itu, universiti-universiti juga mempunyai perkhidmatan wifi

untuk kegunaan pelajar dalam membuat penyelidikan. Oleh itu, proses

pembelajaran berjalan dengan baik dan sempurna.

  86  

Kesimpulan

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, pengguna digalakkan

menggunakan teknologi ini ke arah kebaikan. Hal ini penting dan sejajar

dengan misi dan visi negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang berteknologi tinggi. Setiap pengguna diharapkan menggunakan

teknologi maklumat ini dengan wajar dan mematuhi etika penulisan.

Soalan Latihan

1. Apakah yang dikatakan dengan silang budaya terhadap teknologi

maklumat, bahasa dan kesusasteraan? Bincangkan.

2. Senarai dan bincangkan silang budaya lain yang relevan dengan

teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan.

3. Bincangkan kebaikan dan keburukan silang budaya terhadap

teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan.

4. Bincangkan dari perspektif anda sebagai pelajar cara-cara

pemindahan silang budaya dalam teknologi maklumat, bahasa dan

kesusasteraan.

  87  

Rujukan

1. Siti Khadizah Mohd Derin, Imelda manuel Ya & Amisah Mahmud

(2010) Apa itu teknologi maklumat?

https://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-teknologi-

maklumat/. 24.6.15

2. Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among

Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of

Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

4. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

  88  

UNIT 8

APLIKASI DAN PENILAIAN BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA

DAN KESUSASTERAAN

Pengenalan Bahan teknologi maklumat adalah penting dalam proses pembelajaran. Oleh

itu, persediaan awal perlu dititikberatkan. Banyak perkara yang perlu diambil

kira seperti pemahaman tentang penulisan papan cerita. Seterusnya,

pemahaman tentang aplikasi yang ingin dicipta dan dikongsi bersama.

Objektif

1. Mengenal pasti jenis aplikasi yang digunakan bagi tujuan

pembelajaran

2. Membincangkan cara aplikasi dan penilaian bahan teknologi

maklumat

3. Menghuraikan perkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui

aplikasi dan penilaian bahan

  89  

Aplikasi dan Penilaian Bahan Teknologi Maklumat, Bahasa dan

Kesusasteraan

Aplikasi dan penilaian bahan teknologi maklumat diperoleh melalui program

yang diolah, dicipta dan disebarkan bagi tujuan pembelajaran. Sebelum

program ini diolah, adalah wajar untuk individu tersebut untuk merancang apa

yang ingin disampaikan. Oleh itu, papan cerita memainkan peranan yang

penting dalam pengolahan tersebut. Perancangan dalam papan cerita akan

menunjukkan apa yang tertera dalam sesebuah program. Justeru, papan

cerita yang tersusun dan lengkap harus diambil kira sebelum keputusan

dibuat untuk diprogramkan.

Papan cerita

Papan cerita ialah susunan cerita atau lakaran yang perlu ada pada setiap

skrin komputer. Papan cerita mesti mempunyai arahan yang mudah difahami

supaya aplikasi boleh diatur dengan baik. Papan cerita yang baik

mengandungi perkara berikut;

1. Mematuhi rancangan yang telah dipersetujui

2. Lakaran mengikut kehendak paparan di skrin

3. Arahan yang jelas dan mudah difahami

4. Arahan lokasi yang bersesuaian

5. Masa dicatat bagi tujuan waktu pengambaran

6. Warna supaya jelas difahami

7. Saiz grafik

  90  

8. Animasi

9. Video

10. Penceritaan

Dalam hal ini, papan cerita yang dirancang terlebih dahulu dipersetujui oleh

semua pihak. Biasanya papan cerita dirancang dan diluluskan oleh beberapa

orang supaya ianya nampak lebih teratur. Kadangkala seorang individu

sahaja yang terlibat namun hal ini tidak akan menjejaskan penulisan papan

cerita. Individu yang mahir akan mempastikan bahawa papan cerita difahami

dengan jelas.

  91  

Contoh papan cerita

Tajuk Projek:

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

Halaman: Tajuk: Navigasi ke: Teks: __ Audio:__ Video:__ Grafik:__ Animasi: __

  92  

Penyediaan Aplikasi

Setelah papan cerita disediakan, aplikasi program disediakan. Setiap arahan

dalam papan cerita mesti diikuti supaya perjalanan aplikasi berjalan lancar.

Individu yang menyediakan aplikasi ini boleh merujuk kepada penulis papan

cerita. Namun, jika penulis papan cerita itu adalah orang yang sama, perkara

ini menjadi lebih mudah kerana perubahan boleh dilakukan mengikut

kehendak individu tersebut.

Aplikasi yang sesuai untuk pelajar merupakan aplikasi yang percuma dan

dalam talian. Oleh itu, pelajar disarankan untuk merujuk laman ini supaya

ianya lebih mudah untuk memulakannya. Blog juga merupakan salah satu

laman web yang boleh dijadikan sebagai penyediaan satu aplikasi. Blog yang

dirancang terlebih dahulu akan mendapat kunjungan dari ramai pembaca.

Penggunaan bahasa yang betul serta diselitkan kesusasteraan Melayu

adalah disarankan. Blog ialah satu laman web yang ditulis oleh individu

tentang perjalanan dalam kehidupan. Blog juga boleh dijadikan sebagai

laman web untuk perniagaan, politik, keagamaan, pendidikan dan banyak

lagi. Laman blog seperti; www.blogger.com dan www.wordpress.com boleh

dijadikan sebagai permulaan pembelajaran bagi pelajar.

Biasanya, penilaian terhadap sesebuah aplikasi itu dilakukan mengikut

kehendak pembaca. Misalnya, blog dinilai melalui jumlah pengunjung dan

komen yang ditinggalkan. Manakala, laman web lain boleh dinilai mengikut

permintaan yang dihantar melalui e-mel atau telefon. Laman web berbentuk

perniagaan pula dinilai mengikut jumlah jualan atau belian.

  93  

Perkaitan Aplikasi dan Penilaian Bahan Teknologi Maklumat, Bahasa

dan Kesusasteraan

Aplikasi dan penilaian teknologi maklumat yang menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa perantaraan merupakan perkara yang penting dalam

pemahaman pengguna. Bahasa yang betul digunakan supaya mesej yang

ingin disampaikan boleh difahami dan disebarkan maklumat tersebut kepada

orang lain. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting

dari penulisan papan cerita dan selanjutnya semasa aplikasi disediakan.

Aplikasi yang dirancang akan menggunakan bahasa yang bersesuaian

dengan tahap umur pengguna. Namun, kesusasteraan Melayu boleh juga

diterapkan dalam aplikasi yang dirancang. Laman web berbentuk

kesusasteraan Melayu boleh memberi peluang kepada pembaca untuk

memahami genre yang sudah hampir dilupakan. Malah, laman web ini dapat

memberi penjelasan untuk mudah untuk difahami justeru, akan

menggalakkan pembaca untuk menulis dan menyukai kesusasteraan Melayu.

Misalnya, laman web e-sastera sangat terkenal di mana laman tersebut

memberi penjelasan tentang kesusasteraan Melayu dalam pelbagai genre.

Selain itu, laman web tersebut memberi ruang kepada pencinta sastera untuk

berkongsi tulisan mereka. Galakkan sebegini sedikit sebanyak dapat

memartabatkan kesusasteraan Melayu di Malaysia.

Kesimpulan

Aplikasi dan penilaian teknologi maklumat yang berkaitan dengan bahasa dan

kesusasteraan adalah penting dalam memastikan wujudnya laman yang

  94  

berkualiti dan memberi ilmu. Hal ini akan memberi manafaat terhadap pelajar,

penyelidik, penulis, pembangun laman web dan pencinta bahasa dan

kesusasteraan.

Soalan Latihan

1. Bincangkan kepentingan papan cerita dalam pembangunan laman

web yang berkualiti.

2. Bincangkan aplikasi yang sesuai digunakan oleh pelajar universiti.

3. Sediakan satu laman web (blog) yang mempunyai pengisian

berbentuk pembelajaran.

4. Bagaimanakah anda menilai sesuatu laman web?

Rujukan

1. Normaliza Abd Rahim (2013) Literature Computer Program among

Primary School Learners. TOJET: The Turkish Online Journal of

Educational Technology, April 2013, 12 (2), 193-199

2. Normaliza Abd Rahim (2014) Learning through Blog Writing.

Embracing the Technology. Penerbit Universiti Malaysia

Terengganu.

3. Normaliza Abd Rahim (2014) Wacana Bahasa. Penerbit Universiti

Malaysia Terengganu.

4. Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim & Roslina Mamat

(2014) Awareness of Folklore in Multimedia: Spoken Discourse

among Learners. Technics Technologies Education Management. 9

(2), 352-360.