kenyataan akhbar oleh jabatan alam sekitar · pdf file2 peningkatan bacaan ipu pada tahap...

8
1 KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PADA 24 JUN 2013 (ISNIN), 5 PETANG Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 5 petang, 24 Jun 2013 (Isnin) mencatatkan maklumat-maklumat berikut:- (i) 1 stesen berada pada tahap baik; (ii) 27 stesen berada pada tahap sederhana; (iii) 22 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu di Seri Manjung, Perak (IPU 171), Tanjung Malim, Perak (IPU 152), Petaling Jaya, Selangor (IPU 196) , Shah Alam, Selangor (IPU 171), Kuala Selangor, Selangor (IPU 157), Cheras, Kuala Lumpur (IPU 168), Batu Muda, Kuala Lumpur (IPU 189), Wilayah Persekutuan Putrajaya (IPU 156), Nilai, Negeri Sembilan (IPU 150), Seremban, Negeri Sembilan (IPU 171), Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU 193), Bukit Rambai, Melaka (IPU 150), Bandaraya Melaka (IPU 128), Larkin, Johor (IPU 108), Muar, Johor (IPU 125), Kota Bharu, Kelantan (IPU 114), Paka, Terengganu (IPU 151), Kemaman, Terengganu (IPU 197), Jerantut, Pahang (IPU 123), Indera Mahkota, Kuantan, Pahang (IPU 138), Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 147) dan Sibu, Sarawak (IPU 106) ; dan (iv) 1 stesen berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Banting, Selangor (IPU 209); dan (v) 1 stesen berada pada tahap berbahaya iaitu Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 319)

Upload: phamthien

Post on 08-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

1

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR

PADA 24 JUN 2013 (ISNIN), 5 PETANG

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan

kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 5

petang, 24 Jun 2013 (Isnin) mencatatkan maklumat-maklumat berikut:-

(i) 1 stesen berada pada tahap baik;

(ii) 27 stesen berada pada tahap sederhana;

(iii) 22 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu di Seri Manjung,

Perak (IPU 171), Tanjung Malim, Perak (IPU 152), Petaling

Jaya, Selangor (IPU 196) , Shah Alam, Selangor (IPU 171),

Kuala Selangor, Selangor (IPU 157), Cheras, Kuala Lumpur

(IPU 168), Batu Muda, Kuala Lumpur (IPU 189), Wilayah

Persekutuan Putrajaya (IPU 156), Nilai, Negeri Sembilan (IPU

150), Seremban, Negeri Sembilan (IPU 171), Port Dickson,

Negeri Sembilan (IPU 193), Bukit Rambai, Melaka (IPU 150),

Bandaraya Melaka (IPU 128), Larkin, Johor (IPU 108), Muar,

Johor (IPU 125), Kota Bharu, Kelantan (IPU 114), Paka,

Terengganu (IPU 151), Kemaman, Terengganu (IPU 197),

Jerantut, Pahang (IPU 123), Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

(IPU 138), Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 147) dan Sibu,

Sarawak (IPU 106) ; dan

(iv) 1 stesen berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Banting,

Selangor (IPU 209); dan

(v) 1 stesen berada pada tahap berbahaya iaitu Pelabuhan Klang,

Selangor (IPU 319)

Page 2: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

2

Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat

masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan

musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan

dijangka berterusan sehingga bulan September 2013.

Peta Jerebu Serantau (seperti di Rajah 1) yang dikeluarkan oleh

ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 23 Jun 2013

menunjukkan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah

Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin tetap

(prevailing wind) dari arah barat daya membawa asap jerebu ke

kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia

serta ke Pantai Timur Semenanjung. Asap jerebu yang

menyelubungi kawasan selatan Semenanjung sebelum ini didapati

telah dibawa oleh pergerakan angin (variable winds) ke utara dan

menyebabkan kemerosotan ketara kualiti udara di Melaka, Negeri

Sembilan dan Selangor. Di samping itu, asap jerebu ini juga telah

juga menjangkau ke kawasan di Pantai Timur Semenanjung iaitu di

negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pihak ASMC juga melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang

dikesan melalui imej satelit NOAA 18 di Sumatera, Indonesia pada

semalam, 23 Jun 2013 telah meningkat iaitu sebanyak 227 titik panas

berbanding 118 titik panas yang dikesan pada 22 Jun 2013.

Di Malaysia, bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej

satelit NOAA 18 pada semalam, 23 Jun 2013 adalah sebanyak 173 titik

Page 3: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

3

panas iaitu di Negeri Sembilan (1), Terengganu (1), Sabah (3) dan

Sarawak (168) .

TINDAKAN DI PERINGKAT TEMPATAN

Berikutan kemerosotan status kualiti udara di beberapa kawasan di

Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu, Ketua

Pengarah Alam Sekitar memperluaskan penguatkuasaan Perintah

Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Akta Kualiti Alam

Sekeliling (Pindaan) 2001, meliputi kawasan di seluruh Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya,

Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu berkuatkuasa pada 24

Jun 2013, KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran mayat,

pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak

dilakukan di kawasan tanah gambut.

Semenjak 20 Jun 2013, Majlis Keselamatan Negara telah mengaktifkan

Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu mengikut tahap

amaran (on alert) dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang

melibatkan peranan pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan,

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Komunikasi

dan Multimedia serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia.

Page 4: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

4

Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AA(2)

Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 yang dikeluarkan oleh Ketua

Pengarah Alam Sekitar pada 19 Jun 2013 ke atas aktiviti pembakaran

terbuka di negeri Selangor, Melaka dan Johor masih berkuatkuasa.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara

di seluruh negara dan telahpun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu

Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran

Terbuka di semua negeri. Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga

telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP)

Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar

bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh

menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. JAS juga

mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari

kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.

TINDAKAN DI PERINGKAT DUA HALA (BILATERAL)

YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menemui rakan

sejawatannya di Jakarta, Indonesia pada 26 Jun 2013 (Rabu) bagi

membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah

jerebu merentasi sempadan. Malaysia juga akan terus menggesa

Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran

Jerebu Merentasi Sempadan yang telah diwujudkan semenjak tahun

2002 serta mempertingkatkan keberkesanan tindakan di peringkat

tempatannya melalui Pelan Tindakan Indonesia Dalam Menangani

Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.

Page 5: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

5

NASIHAT / MAKLUMAN

Berikutan cuaca panas dan kering yang sedang dialami Negara, orang

ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan

pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk

memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes

pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan

Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di

talian bebas tol, 1-800-88-2727.

JABATAN ALAM SEKITAR

24 JUN 2013

Page 6: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

6

LAMPIRAN 1

KAWASAN Masa/Time

AREA 5:00pm

Kangar, PERLIS 63*

Langkawi, KEDAH 55*

Alor Setar, KEDAH 64*

Bakar Arang, Sg. Petani, KEDAH 98c

USM, P. PINANG 81*

Perai, P. PINANG 83*

Seberang Jaya 2, Perai, P. PINANG 88*

JalanTasek, Ipoh, PERAK 87*

S K Jalan Pegoh, Ipoh, PERAK 100*

Kg. Air Putih, Taiping, PERAK 76*

Seri Manjung, PERAK 171*

Tanjung Malim, PERAK 152*

Pelabuhan Kelang, SELANGOR 319*

Petaling Jaya, SELANGOR 196*

Banting, SELANGOR 209*

Shah Alam, SELANGOR 171*

Kuala Selangor, SELANGOR 157*

Batu Muda, KL W.PERSEKUTUAN 189*

Cheras, KL W. PERSEKUTUAN 168*

PutraJaya, W. PERSEKUTUAN 156*

Labuan, W. PERSEKUTUAN 79*

Nilai, N. SEMBILAN 150*

Seremban, N. SEMBILAN 171*

Port Dickson, N. SEMBILAN 193*

Bukit Rambai, MELAKA 150*

Bandaraya MELAKA 128*

Pasir Gudang, JOHOR 74*

Larkin, JOHOR 108*

Muar, JOHOR 125*

Kota Tinggi, JOHOR 68*

Tanah Merah, KELANTAN 98*

SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, KELANTAN 114*

Kemaman, TERENGGANU 197*

Paka, TERENGGANU 151*

INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)

JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

PADA 24 JUN 2013 (ISNIN) JAM 5 PTG

Page 7: KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR · PDF file2 Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan

7

Kuala Terengganu, TERENGGANU 100*

Jerantut, PAHANG 123*

Indera Mahkota, Kuantan, PAHANG 138*

Balok Baru, Kuantan, PAHANG 147*

Kuching, SARAWAK 75*

Sibu, SARAWAK 106*

Bintulu, SARAWAK 73*

Miri, SARAWAK 84*

ILP Miri, SARAWAK 80*

Sarikei, SARAWAK 92*

Limbang, SARAWAK 69*

Samarahan, SARAWAK 78*

Sri Aman, SARAWAK 70*

Kapit, SARAWAK 71*

Kota Kinabalu, SABAH 73*

Tawau, SABAH 41*

Keningau, SABAH 74*

Sandakan, SABAH 51* Keterangan/Explanation

Taksiran IPU Bilangan Kawasan

API Indication Number of

Areas

0-50 Baik/Good 1 51-100 Sederhana/Moderate 27 101-200 Tidak Sihat/Unhealthy 22 201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy 1 >301 Berbahaya/Hazardous 1

# Masalah Teknikal/Technical Problem 0

Nota/Note: * = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)

a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)

b = Nitrogen Dioksida (NO2)

& = Lebih daripada satu pencemar