kenali sukan hoki

18
KENALI SUKAN : HOKI Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di sesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa inggeris menjadi “hockey”. Sejarah Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Follow up: Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang- undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada

Upload: fiqasaila

Post on 01-Jul-2015

360 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENALI SUKAN HOKI

KENALI SUKAN : HOKI

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di sesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput.

Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa inggeris menjadi “hockey”.

Sejarah

Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.

Follow up:

Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan permainan ini.

Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.

Page 2: KENALI SUKAN HOKI

Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi hockey.

Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Permainan Antarabangsa

Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.

Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India dan malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand.

Page 3: KENALI SUKAN HOKI

Hoki Di malaysia

Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan s\Singapura.

Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Penekanan Permainan Hoki

Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek :-

i. penguasaan kemahiran

ii. pengembangan pengetahuan

iii. pembentukan moral

Bilangan Pemain Dan Cara Permainan

Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola

Page 4: KENALI SUKAN HOKI

hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.

Kawasan Permainan

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.

Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Kayu Hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Page 5: KENALI SUKAN HOKI

Jangkamasa Permainan

Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

  Permulaan permainan dan memulakan semula permainan. *    Permulaan        -           pihak lawan berada 3 meter dari bola *    Buli                  -           Semua pemain yang tidak mengambil buli mesti berada sekurang-kurangnya 3 meter dari tempat buli. Berlaku kekalutan dalam D maka buli diadakan di luar D bertentangan garisan tengah gol. 

6.                  Menjaringkan gol Hanya tolakan dan menceduk yang tidak merbahaya untuk menjaringkan gol sahaja dibenarkan.       7.          Salahlaku permainan 

(i)                  Pemain tidak dibenarkan memukul bola.(ii)                Pemain tidak dibenarkan baring di atas padang sewaktu permainan.(iii)               Pemain tidak dibenarkan berada dalam kawasan kecil gol pada sepanjang masa.

       *    Penalti

      (i)                  Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan sendiri – P.C untuk penyerang.(ii)                Kesalahan dalam D – P.C atau P.S jika kesalahan disengajakan (iii)               Kad kuning – Tidak kurang dari 2 minit dan tidak lebih dari 5 minit.(iv)              Jika pemain simpanan dikenakan kad kuning maka salah seorang pemain di dalam

padang permainan perlu dikeluarkan dan tidak boleh digantikan. Ia hanya boleh dimasukkan semula bila masa penggantungan tamat.

(v)                Kad merah (permainan semasa) – Sama seperti kad kuning tetapi pasukan akan menamatkan permainan dengan kekurangan seorang pemain. 8.             Tolakan percuma 

        di mana sahaja kawasan permainan – pihak lawan berada sejauh 3 meter dari tempat tolakan.

        Dalam jarak 3 meter dari D untuk penyerang – semua pemain mesti berada dalam jarak 3 meter dari bola,

        Jika kesalahan berlaku dalam D oleh penyerang – tolakan boleh diambil dari dalam D.

Page 6: KENALI SUKAN HOKI

        Melambatkan masa permainan- P.C jika diluar D.        Sewaktu P.C – bola mesti dimatikan seketika (dalam atau luar D) sebelum cubaan

menjaringkan gol dibenarkan.        Jika bola melintasi garisan tengah maka undang-undang P.C tamat.

 9.         Penalti Stroke-Ubahsuai 

(i)                  P.S boleh dikenakan jika pemain terbabit melakukan kesalahan serius dengan sengaja atau tidak bersemangat kesukanan dimana sahaja

dalam padang permainan. 

(ii)                Sewaktu P.S – hanya tolakan sahaja dibenarkan. Kedudukan sama seperti permainan padang biasa.

(iii)               Tidak dibenarkan mengheret bola sewaktu P.S.(iv)              Jika tiada gol maka tolakan percuma untuk pertahanan.

 10.       Bola diluar padang permainan             (A)       Keluar garisan tepi 

(i)                  dimana sahaja – tolakan dikawasan bola keluar(ii)                Berhampiran D – Semua pemain mesti berada 3 meter jauh dari bola kecuali pemain

yang mengambil tolakan. (B)       Keluar garisan gol atau garisan belakang 

(i)                  Oleh penyerang atau secara tidak sengaja oleh pertahanan – tolakan percuma untuk pihak pertahanan.

(ii)                Secara sengaja oleh pertahanan – dari mana–mana bahagian padang maka P.C akan diberikan.

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI1. AMPertandingan ini dinamakan Pertandingan Hoki2. PENGANJUR / PENGELOLAPertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh ________________________3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari lapan belas (18) orang pemain yang terdiridari pegawai/anggota/kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Pendaftaran hendaklahmenggunakan Borang yang telah disediakan.3.2 Pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya di sepanjang pertandinganini.3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlakusedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secaraautomatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidaksah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

Page 7: KENALI SUKAN HOKI

4.2 Perlawanan akan bermula pada __________ dan akan berakhir pada ________________. Setiapperlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 20 + 5 + 20.4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanandimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukanlawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnyadimulakan.5. FORMAT PERTANDINGAN5.1 Perlawanan akan dijalankan secara sebelas (11) sebelah.5.2 Sekiranya lima (5) atau kurang pasukan mengambil bahagian, perlawanan pusingan awal akanakan dijalankan secara liga satu kumpulan. Pada pusingan seterusnya, pasukan di kedudukanpertama dan kedua akan bertemu untuk menentukan johan dan naib johan manakala pasukan dikedudukan ke tiga dan keempat akan bertemu untuk menentukan kedudukan tempat ketiga.5.3 Sekiranya enam (6) atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukan-pasukan yang bertandingakan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukandengan cara undian.5.4 Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan NaibJohan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan Bdalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir.Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.5.5 Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.5.6 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedahberikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.5.6.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.5.6.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak5.6.3 Jika masih seri juga, pasukan yang menang dalam perlawanan sebelumnya.5.6.4 Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yangbanyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,5.6.5 Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagimenentukan pemenang.5.6.6 Di peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalamkedudukan seri setelah masa sebenar tamat, perlawanan akan diteruskan dengan masatambahan 15 minit dengan 7 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit untukpertukaran padang. Jika masih seri juga, pukulan penalti sebanyak tiga (3) kali akandiberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan pukulan penalti akan diumumkansebagai pemenang. Dan,5.6.7 Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi pukulan penalti bagimenentukan pemenang.6. PERTUKARAN PEMAIN.6.1 Tiada had dikenakan untuk pertukaran pemain pada sesuatu perlawanan. Pemain yang digantidibenarkan mengambil bahagian semula dalam perlawanan.6.2 Pemain yang digantung permainan tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.7. KEMENANGAN PERCUMA7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannyadidapati melakukan kesalahan seperti berikut :7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan sepertidinyatakan dalam perkara 3.37.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnyadimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatuperlawanan.7.1.4 Tidak mahu meneruskan perlawanan.7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukanlawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar darikejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.8. PERATURAN AM8.1 Jika seseorang pemain telah menerima tiga (3) amaran (kad hijau) dalam perlawanan sebelumnyapemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) ‘temporary suspensions’ (kad kuning) dalam perlawanan

Page 8: KENALI SUKAN HOKI

sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawananberikutnya.8.3 Jika seseorang pemain menerima dua (2) amaran (kad hijau) dan satu (1) ‘temporary suspensions’(kad kuning) dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkanbermain satu (1) perlawanan berikutnya.8.4 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dalam suatu perlawanan, pemain tersebut secaraautomatik tidak dibenarkan bermain dua (2) perlawanan berikutnya.8.5 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yangberlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yangakan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahuludalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.8.6 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapmana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.8.7 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat yang ditetapkan olehPersatuan Hoki Malaysia (MHF) hendaklah digunapakai.8.8 Sekiranya Pengurus Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan, pasukannya akan didendadengan dikeluarkan daripada pertandingan.9. PENGADILANPengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah dari Persatuan Hoki Kuala Lumpur.Keputusan pengadil adalah muktamad.7 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUkKAN10.1 Mana-mana perkara yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini adalah dalam bidang kuasaJawatankuasa Pertandingan dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola.10.2 Jawatankuasa Pertandingan/Pengelola berhak membuat sebarang pindaan pada peraturanpertandingan ini bila-bila masa diperlukan.11. BANTAHANSegala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantikoleh pihak penganjur kejohanan ini.

HokiDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hoki

A game of field hockey in progress

Badan induk tertinggi International Hockey Federation

Page 9: KENALI SUKAN HOKI

Nama samaran Hockey

Pertama dimainkan 19th century

Ciri-ciri

Contact No

Ahli pasukan 11 players

Kategori Indoor–Outdoor

Bola Field Hockey ball

Olimpik 1908, 1920, 1928–present

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Isi kandungan

[sorok] 1 Sejarah

o 1.1 Sejarah Hoki di Malaysia

2 Padang permainan

3 Rujukan

4 Pautan luar

[sunting] Sejarah

[sunting] Sejarah Hoki di Malaysia

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

Page 10: KENALI SUKAN HOKI

[sunting] Padang permainan

Diagram padang hoki

Kebanyakan ukuran padang hoki pada asalnya diteteapkan menggunakan nombor integer ukuran imperial dan dituliskan sedemikian dalam rencana ini.

[sunting] Rujukan

Rencana mengenai hoki

[sunting] Pautan luar

Laman web FIH   badan pentadbiran antarabangsa permainan hoki Peraturan Hoki FIH, 2006 (fail pdf)

Laman web FieldHockey – sumber maklumat hoki dunia dalam talian, termasuk berita dan forum Talkinghockey.net

Dah Puas aku cari kat library. susah nak dapat pasal sejarah sukan. bukan hoki jer, semua sukan laa..

“Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan

Page 11: KENALI SUKAN HOKI

Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.

Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun

Page 12: KENALI SUKAN HOKI

kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Pia la Dunia.

Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.”

Kalau nak tau lagi koranga tanya laa Khai..kat mana dia dapat..( cari kat e-learning portal Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)

 

Pastu aku dapat info lagi . Kat UM ada tesis pasal nie Sejarah Hoki..

Boleh laa kot.. Nie siap ada no siri lagi.. 0222 Mariappan a/l Perumal : Sejarah perkembangan hoki di Malaysia : satu analisa pencapaian antarabangsa pasukan hoki Malaysia dari 1900 hingga 1979. UM8665. tu jer aku dapat. tanya kat library ada kot.

 

Nanti aku dapat info aku letak lai.. banyak ooo.. baru satu sukan.