kenali huruf

Download Kenali huruf

Post on 14-Nov-2014

8.912 views

Category:

Education

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm) Disediakan oleh Yeow Bee Hong EL-C08 D20102046648

2. Pendahuluan Untukmeluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan telah memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA. Dua diantaranya ialahuntuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dansetiap kanak-kanak perlumenguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah. Dasar yang diperkenalkan menjurus kepadap erkembangan kanak-kanakyang holistik, pembelajaran berkesan, pembelajaran yang menyeronokkan serta bermakna dan kemahiran asas untuk pendidikan sepanjang hayat. 3. Masalah tidak mengenal huruf di kalangan kanak-kanak merupakan salah satu punca utamamerekatidak menguasai kemahiran membaca dengan baik.LINUS iaitu satu program pemulihandireka bentukuntuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. Selaras dengan ini maka guru-guru memerlukan satu kaedah yang dapat membantu kanak-kanak untuk mengenal huruf dengan cara yang mudah dan menggembirakan tanpa merasa tertekan. 4. Rasional Mengenalhuruf merupakansatuprosesyangamatpenting ke arahkanak- kanak menguasai kemahiran membaca.Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakandapat meningkatkan keupayaan kognitif,berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantuperasaan tertekan dan bimbang. 5. Objektif Membolehkan kanak-kanakmengenal huruf kecil,dapatmenulis huruf kecil dengan cara yang betul di samping mengenal huruf besar dalam suasanayang menggembirakantanpa rasa tertekan. 6. Penerangan bahan Fokuskaedah ini diberikan kepada bagaimanacara untuk mengatasimasalahmengenal huruf iaitu masalah utama ke arah menguasai kemahiran membaca. Kanak-kanak perlu diberikan asas yang kukuh untuk mengenal huruf dan cara menulis huruf yangbetul semenjak dari awal lagi. Bahan ini sesuai digunakan untuk muridprasekolah/ tadika, LINUS, pemulihan dan pendidikan khas. 7. Pendekatan yang menggabungkan nyanyian, pergerakan, permainan dan tulisanyang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulisdapat mempercepatkan lagi proses kanak-kanakbelajar. Pendekatan Belajar Melalui Bermain dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran. Dick dan Reiser (1999) mentakrifkan pembelajaran berkesan sebagai pembelajaran yang menyeronokkan. 8. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh golongan guru dan pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi di mana pelajar lebih tertarik dan berminat untuk belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong para pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9. KAD HURUF (6keping) CD LAGU (6 buah lagu) LATIHANPENGUKUHAN KOMPONEN KAEDAH NIT(zm) PANDUAN GURU 10. CARA PENGGUNAAN BAHAN. Sebelum memulakan kaedah ini, sila ambil nilai mula (TOV) murid dengan menggunakansenarai semak 1 (fotostat) yang disediakan di dalam buku ini.Sila guna senarai semak 2selepas menggunakan kaedah ini untuk melihat peningkatan murid dalam penguasaan huruf. Guru juga boleh menggunakan senarai semak yang dibina sendiri. 11. KAD1 12. Langkah 1- Guru perkenalkan huruf-huruf yang terdapatpada kadsecaraberulang kali .Kemudian,gurumenyanyilagu pertama sambil melukis huruf berkenaan pada udara.(guna CD lagu yang disertakan) 13. Langkah 2-Murid menyanyi bersama guru sambil melukis bentuk huruf dengan cara yang betul pada udara. 14. Langkah 3-Murid menyanyi bersama guru sambil guru melukis bentuk huruf dengan cara yang betul padakertas majong/papan putih. (tanpa kotak-kotak) 15. Langkah 4- Guru lukis kotak-kotaksepertipada kad yang sedang diajar dengansaiz yang besar pada papan putih/ kertas majong dan guru masukkan huruf-huruftersebut sambil menyanyi bersama-sama murid. 16. Langkah 5- Guru lukis beberapa set kotaksepertipada kad yangsedang diajar dengansaiz yangsederhana besar pada papan putih/ kertas majong danlibatkan murid-muriduntuk menulis huruf - huruftersebutsambil menyanyi bersama-sama(tanpa muzik).Bagi murid yang belummenguasai kemahiran menulis, guru perlu fotostathuruf-huruf yangdilampirkanpadamuka surat akhirlatihan pengukuhan untukmuridberkenaan menjalankan aktiviti. 17. Langkah 6- Perkenalkanhuruf besaryang berlainan bentuk dengan huruf kecil yang terdapat di dalam kadini dan maklumkan kepada murid bahawahuruf-huruf lainbentuknyasama dengan huruf kecil. 18. Langkah 7 - Menjalankan aktivtidi dalam kertaslatihan pengukuhan. *Aktiviti dijalankan dibawah kawalan dan seliaan guru. Langkah pengajaran di atasboleh disambung-sambung pada hari berikutnyatetapi pastikan semasa permulaan pengajaran, mulakan dengan lagu danbentukkanhuruf pada udara. 19. Telinga besar (2x) Ituc (2x) c,c,c,c,c,c (2x)c,c,c (2x)Jalan lurus Jumpa telinga Itue (2x) e,e,e,e,e,e (2x) e,e,e (2X) Rajin usaha Kita berjaya berjaya Jangan putuasa Mari kita cuba Membaca(2x) Kepala bulat Kepala bulat Ituo (2x) o,o,o,o,o,o (2x) o,o,o, (2X)Telinga besar Badan kurus Itua (2x) a,a,a,a,a,a (2x)a,a,a (2x) Telinga besarBadan kurus Kaki bengkokItu lah huruf(2x) g,g,g (2x) Ular sawa(2x) Itus (2x) s,s,s,s,s,s (2x)s,s,s(2x) 20. KAD2 21. Ramai murid yang keliru dengan huruf iniwalaupun telah mengenal semua huruflain. Kegagalan mengenal hurufb,d,pdengan baikmenjadikan kanak-kanaktidak dapat membaca dengan betul kerana huruf ini banyak digunakan di dalam perkataan dan ayat. Berikutadalah salah satu kaedahyang boleh diguna pakai untuk memperkenalkan huruf ini. 22. Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf-huruf yang terdapatpada kad. Sebut huruf secara berulang kali. Kemudian, guru menyanyilagusambil membuat pergerakan berikut: 23. Untuk huruf q:kedudukan guru mengadap murid Guru letakkantapak tangan kanan di atas kepalauntuk dijadikan bentukpipi besar. sambil tangan kiri gerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiakmengikutlengkungan pipi besar tangan kanan tadi.Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat. Pipi saya besar,Badan saya kurus , Itu huruf q, q,q,q ,q,q 24. Untuk huruf d: kedudukan guru mengadap murid Guru guna tangan kanan dan letak di pinggangutk dijadikanbentukperutbuncitsambiltangankiri digerakkan dari atas bahuturun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kanan tadi.Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat. Perut saya buncit, Badan saya kurus, Itu huruf d. d,d,d,d,d 25. Untuk huruf p: kedudukan guru mengadap murid Untuk badan kurus,gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk pipi besar,letaktapak tangan kiridi ataskepalauntukdijadikan bentuk pipi besar sambil tangankanandigerakkandariataskepalaturunke bawah ketiak mengikutlengkunganpipibesar yang dibentuk dengan tangan kiritadi.Badan saya kurus, Pipi saya besar, Itu huruf p, p,p,p,p,p 26. Untuk huruf b : kedudukan guru mengadap murid Untuk badan kurus, gerakkan tangan kanan dari tengah dahikepusat. Untukperutbuncit, letaktangan kiridi pinggang kirisambil tangankanandigerakkandari atasbahuturunkepinggangmengikutlengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kiri tadi . Badan saya kurus, Perut saya buncit, Itu huruf b. b,b,b,b,b (2x) Dengar cakap guru Jangan ragu-ragu Rajin baca buku Dapat tambah ilmu Seterusnya ikut langkah 3 hingga 7 seperti kad 1 sebelum ini. 27. KAD3 28. Badan kurus, pakai topiItu huruf r (ulang 2x) r,r,r (3x) r,r,r,r Itu hurufr Kaki lurus, Badan bongkok Itu huruf n (ulang 2x) n,n,n, (3x) n,n,n,n, Itu huruf n Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Bengkok ke kiri y,y,y (3x) y,y,y,yItu huruf y Badan kurus tinggi lampai Kaki kanandibuka (ulang 2x) h,h,h(3x) h,h,h,h, Itu huruf h Kaki lurus, lompat ke kanan Ke kanan lagi (ulang 2x) m,m,m (3x) m,m,m,m Itu huruf m Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Jalan yang sama u,u,u (3x) u,u,u,u, Itu huruf u. 29. KAD4 30. Badan kurus,tinggi lampai Itulah oh huruf l l,l,l,l (Ulang 3x) l,l,l.. Badan kurus, t inggi lampai Ada palangdi tengah t,t,t,t (ulang 3x) t,t,t... Pakai topi, badan kurus Ada palangdi tengah, f,f,f,f (ulang 3x) f,f,f Badan kurus, tinggi lampai Kaki atas dan bawah k,k,k,k(ulang 3x) k,k,k Badan kurus, tinggi lampai Kaki atas dan bawah k,k,k,k(ulang 3x) k,k,k Sayang ibu,Sayang bapa, Hormat guru sentiasa, Jadi anak yang berguna, Hidup berbakti berjasa. 31. KAD5 32. Garis lurus ke bawah Satu titik di atas, toingItulah huruf i, i,i,i,i (ulang 2x) Garis lurus ke bawah Kaki bengkok ke kiri Satu titik di atas, toingj,j,j,j,j,j,j,j Rajin-rajin selalu Menulis dan membaca Kita di sayang guru Juga kawan rakan sebaya 33. KAD6 34. Giginya tajam ada satu Turun ke bawah naik atas Itulah ia oh huruf v v,v,v,v,v.Oi, oi,v,v,v,v,v Giginya tajam ada dua Turun ke bawah naik atas Turun ke bawah naik atas Itu w.Oi, oi.Itu w.. Darilah atas serong kiri, Darilah atas serong kanan, Bersilang di tengah macam pangkah Itu huruf x.Oi, oi,x,x,x,x,x Lurus ke kanan dan berhenti Tarik ke bawahserong kiri Lurus ke kanan sekali lagi Itu huruf z.Oi, oi Itu huruf z Tamatlah sudah huruf kecil Dari huruf a hingga ke z Menyanyi, ingat juga tulis Hati gembira oi,oi(2X) 35. Permainan 1 Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf. Guru binakuib (10cm X 10cm) dengan menggunakan kad sederhana tebal untuk dijadikandaduhuruf.Tampal setiap keping kad 1-6 (fotosat lampiran dalam buku ini) pada setiap permukaan dadu.Kumpul muriddi dalam satu kumpulan berlima di meja atau duduk di atas lantai. 36. Murid pertama lontardadu dan sebut huruf yang ketahui olehnya pada permukaan atas dadu tersebut.Setiap huruf yang betul akan di beri satu markah/ stiker untuk ditampal (fotosat lampiran borang markah yang disediakan dalam buku ini). Guru meminta murid lain menyebut huruf yang belum diketahui oleh murid tersebut. 37. Permainan di terus