kematian

12
MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 8

Upload: izahaziz

Post on 28-Nov-2014

5.251 views

Category:

Health & Medicine


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kematian

MELAYU ISLAM BERAJA

TAHUN 8

Page 2: Kematian

KEMATIAN

Page 3: Kematian

Mati adalah suatu perkara yang pasti berlaku bagi semua makhluk.

Mati itu merupakan satu peralihan dari alam dunia ke alam lain ( alam barzakh ) sebelum menuju ke alam akhirat.

Hukum mengingati mati adalah sunat.

Hukum menyempurnakan jenazah – Sunat Fardhu Kifayah.

4 kewajipan perlu dilaksanakan bagi menyempurnakan jenazah iaitu;

1. Memandikan 2. Mengkapankan 3. Menyembahyangkan 4. Mengkebumikan

Sebelum menyempurnakan jenazah, terdapat beberapa perkara sunat boleh dilakukan ke atas jenazah.

PENGENALANPENGENALAN

Page 4: Kematian

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN KE ATAS JENAZAH

1. Dipejamkan matanya ( supaya tidak terbuka ).

2. Dirapatkan mulutnya dengan melilitkan kain dari bahagian dagu ke ubun-ubun ( supaya tidak terbuka serta

mengelakkan dari masuk angin ).

3. Dibaringkan melintang dan menghadap kiblat.

4. Tangan jenazah diletakkan di atas perut.

5. Jenazah diletakkan di tempat yang tinggi ( katil ).

6. Meletakkan sesuatu benda yang berat ke atas perut jenazah( supaya perut tidak kembung ).

7. Disegerakan pengurusan jenazah.

8. Melunaskan segala hutang-hutangnya.

Page 5: Kematian

Orang yang tukang menguruskan jenazah dipanggil ‘Penggapai’.

Adalah afdal bagi ahli keluarga untuk memandikan jenazah.

Jika tiada ahli keluarga, imam, bilal atau pengapai boleh memandikan jenazah.

Jenazah akan diistinja’ terlebih dahulu sebelum dimandikan.

Jenazah akan diwudukkan selepas sempurna dimandikan.

Segala apa yang tercabut dari badan jenazah seperti rambut atau kuku akan dimasukkan ke dalam kapan.

MEMANDIKAN

MEMANDIKAN

Page 6: Kematian

Berikut adalah peralatan yang digunakan semasa memandikan jenazah ;

•Air

•Sabun

•Baldi dan gayung

•Kapur barus

•Limau kapas

•Kapas

•Langir

•Kain untuk sugi dan meruang

( menutup bahagian aurat )

9. Sarung tangan

Page 7: Kematian

Jenazah akan dikapankan setelah dimandikan.

Dilakukan oleh penggapai-penggapai yang berpengalaman.

Kain kapan bagi jenazah lelaki digunakan sebanyak 3 lapisan manakala sebanyak 5 lapisan bagi jenazah perempuan.

Kapas digunakan untuk menabur minyak wangi dan kapur barus.

Penggunaan kapur barus adalah bertujuan untuk mengelakkan mayat dari cepat reput ( buruk ) serta ianya boleh menyerap bau busuk dari mayat.

Penggapai akan membacakan doa sebagai tanda selesainya upacara mengkapankan jenazah.

MENGKAPANKANMENGKAPANKAN

Page 8: Kematian

Adapun peralatan-peralatan yang digunakan semasa mengkapankan jenazah adalah seperti berikut ;

1.Kain kapan

2.Kapas

3.Kapur barus

4.Minyak wangi

5.Benang

6.Gunting

7. Tikar

Page 9: Kematian

Setelah selesai mengkapan jenazah, sembahyang jenazah akan dilakukan.

Kedudukan menyembahyangkan jenazah lelaki dan perempuan adalah berbeza iaitu ;

•Jenazah lelaki – Imam berdiri sejajar dengan kepala jenazah.•Jenazah perempuan – Imam berdiri sejajar dengan pusat jenazah.

Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 4 takbir.

MENYEMBAHYANGKAN

MENYEMBAHYANGKAN

Page 10: Kematian

Sebelum jenazah dikebumikan, bacaan surah al-Fatihah sebanyak 3 kali akan dibacakan sebelum keluar dari pintu rumah.

Semasa menuju ke tanah perkuburan, adalah lebih baik kepala jenazah didahulukan dari kaki kerana ianya seolah-olah bermaksud si mati kembali ke tempat asalnya ( tanah ).

Besar kecil ruang kubur adalah bergantung kepada keadaan tubuh badan jenazah.

Badan jenazah dibaringkan di sebelah kanan serta menghadap kiblat dengan ‘menciumkan’ hidung jenazah ke tanah.

Segala tali ikatan akan dilepaskan.

Bacaan-bacaan yang lazim dibaca untuk disedekahkan kepada yang sudah meninggal dunia ialah;

1. Surah al-Fatihah 2. Surah Yasin 2. Bacaan tahlil

MENGKEBUMIKANMENGKEBUMIKAN

Page 11: Kematian

KESIMPULAN

Semua makhluk akan menghadapi perkara yang pasti berlaku iaitu kematian.

Hukum mengingati mati adalah sunat manakala sunat fardhu kifayah bagi menguruskan jenazah.

Beberapa kewajipan perlu dilaksanakan ke atas jenazah iaitu memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah.

Terdapat beberapa perkara sunat dilakukan ke atas jenazah seperti merapatkan mulutnya, menutupkan matanya, dibaringkan melintang serta menghadap kiblat dan sebagainya.

Bacaan-bacaan yang lazim dibaca kepada mereka yang telah kembali kerahmatullah ialah surah al-Fatihah, Yasin dan bacaan tahlil.

KESIMPULANKESIMPULAN

Page 12: Kematian

TAMAT