perangkaan kematian jalan raya sumber : panducermat

4

Upload: shelley

Post on 23-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perangkaan Kematian Jalan Raya Sumber : PanduCermat. Perangkaan Kematian Jalan Raya. Kemalangan jalan raya. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Perangkaan Kematian Jalan Raya Sumber :  PanduCermat
Page 2: Perangkaan Kematian Jalan Raya Sumber :  PanduCermat

Kategori 2006 Jan-Sept'06Jan-Sept'07

Pemandu/Penumpang Kereta

1,215 920 1113

Penunggang/Pembonceng Motosikal

3,693 2,736 2,476

Pejalan Kaki 595 438 482

Penunggang/Pembonceng Basikal

242 183 141

Pemandu/Penumpang Bas

39 26 64

Pemandu/Kelindan Lori 229 174 145

Pemandu/Kelindan Van 103 73 101

Pemandu/Kelindan Pacuan 4 Roda

110 73 65

Lain-lain 61 48 59

JUMLAH 6,287 4,671 4,646

Perangkaan Kematian Jalan Raya

Sumber : PanduCermat

Perangkaan Kematian Jalan Raya

Page 3: Perangkaan Kematian Jalan Raya Sumber :  PanduCermat

Kemalangan jalan raya

Saban hari berita kemalangan jalan raya pasti tersiar melalui media massa seperti akhbar,telivisyen dan sebagainya.Berita ini makin rancak kita dengar atau baca terutamanya pada musim perayaan.Kadar kemalangan akan meningkat secara mendadak. Antara punca berlakunya tragedi ini kebayakannya daripada sikap pemandu itu sendiri.Sikap cuai dan lalai semasa pemanduan sentiasa membawa padah.Ada juga pemandu yang bersikap pentingkan diri dan tidak mermikirkan keselamatan pengguna lain.Terdapat juga pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk dan mabuk.Sikap pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat serta memandu melebihi had laju yang ditetapkan nyata mengundang padah. Selain sikap pemandu,pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki juga berisiko.Mereka tidak boleh melintas jalan secara melulu tanpa melihat ke kiri kanan terlebih dahulu.Ada juga pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas terutama di jalan yang sibuk.Risiko bagi pejalan kaki dan penunggang motorsikal jika mengenakan pakaian gelap terutama pada waktu malam menyebabkan mereka sukar dilihat oleh pemandu lain.Tidak ketinggalan juga faktor cuaca contohnya pada hari hujan menyebabkab jarak penglihatan pemandu terhad dan tidak jelas.Jalan raya juga menjadi licin dan merbahaya kepada pemandu yang memandu laju.Kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga mengundang bahaya.Faktor jalan yang berlubang-lubang,tiada lampu isyarat menyebabkan nyawa manusia menjadi taruhan. Justeru itu,sebagai langkah-langkah keselamatan,pengguna jalan raya mesti mematuhi lampu isyarat,memandu mengikut had laju yang ditetapkan.Pemandu perlu berhenti rehat seketika dan jangan memandu dalam keadaan mabuk.Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan undang-undang yang lebih berat.Begitu juga dengan pejalan kaki ,mesti lebih berhati-hati sewaktu melintas,menggunakan jejantas dan memakai pakaian pantul cahaya terutama pada waktu malam supaya senang dilihat..Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalam menyelenggarakan insfrastruktur dan keadaan jalan raya seperti kemudahan lampu isyarat dan sebagainya. Peranan semua pihak amat penting untuk menjamin keselamatan semua kerana risiko kemalangan memberi impak yang besar seperti kehilangan nyawa,kecatatan dan lain-lain lagi.Pandu cermat jiwa selamat.

S1 S2 S3 S4

Page 4: Perangkaan Kematian Jalan Raya Sumber :  PanduCermat

MENU UTAMA

LATIHAN