kemahiran tumpuan dalam sains bbr36903

3
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS BBR 36903 TUGASAN INDIVIDU A PICTURE SWORTH A THOUSAND WORDS FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE UNTUK PERHATIAN : EN. GHAZALLY BIN SPAHAT DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO MATRIKS MOHD ASWAD BIN ABDULLAH DB100014 JENAYAH PECAH CERMIN KERETA

Upload: mohd-abdullah

Post on 11-Apr-2017

129 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran tumpuan dalam sains BBR36903

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINSBBR 36903

TUGASAN INDIVIDUA PICTURE’SWORTH A THOUSAND WORDS

FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE

UNTUK PERHATIAN :EN. GHAZALLY BIN SPAHAT

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIKS

MOHD ASWAD BIN ABDULLAH DB100014

JENAYAH PECAH CERMIN KERETA

Page 2: kemahiran tumpuan dalam sains BBR36903

Gambar di atas menunjukkan satu perbuatan jenayah yang sering berlaku di negara

kita. Jenayah pecah cermin kereta. Tidak diketahui sama ada perbuatan di atas bersifat

dendam, ingin mencuri barang atau perbuatan khianat. Namun apa sahaja tujuan penjenayah

ianya akan mengakibatkan pemilik kereta menanggung kerugian atas perbuatan penjenayah.

Mungkin kecuaian si pemilik kereta juga antara faktor berlakunya jenayah di atas.

Meninggalkan barang berharga atau beg pakaian atau beg kerja akan menarik perhatian

penjenayah untuk melakukan jenayah pecah kereta. Penjenayah tertarik dengan barangan atau

beg yang tidak diketahui isi kandungannya kerana mungkin mengandungi barangan berharga.

Jadi penjenayah akan cuba mendapatkannya walau apa cara sekalipun.

Walaupun barangan atau beg yang diambil tidak mempunyai barangan berharga tetapi

pemilik kereta masih menanggung kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan. Perbuatan

ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Penjenayah tidak memikirkan tentang

kerugian pemilik kerana apa yang mereka tahu barangan yang diinginkan akan cuba mereka

dapatkan walau apa cara sekalipun walaupun kerugian yang berlaku lebih banyak berbanding

barangan yang di ambil. Ada juga yang sanggup memecahkan kereta walaupun perbuatan

tersebut boleh mencederakan si pemilik kereta.

Ada juga yang sanggup mengungut pemilik kereta demi mendapatkan apa yang

mereka inginkan. Itulah fenomena yang berlaku di negara kita sekarang. Banyak kejadian

pecah kereta dirakamkan oleh kamera litar tertutup. Ada yang dilakukan semasa pemilik

sedang tidur. Ada juga yang melakukannya ketika pemilik kereta memberhentikan kereta dan

ingin masuk ke rumah dan sebagainya. Penjenyah semakin berani melakukan jenayah

walaupun di siang hari. Ada juga yang menggunakan senjata merbahaya seperti parang, pisau

dan sebagainya.

Page 3: kemahiran tumpuan dalam sains BBR36903

Oleh itu sebagai pemilik kenderaan kita haruslah mengelakkan kenderaan kita menarik

perhatian penjenayah seperti meninggalkan beg atau barangan berharga di dalamnya.

Ambillah langkah berhati-hati seperti tidak meletakkan beg tangan di atas kerusi sebelah

pemandu terutama wanita kerana ini menarik perhatian penjenayah.

Pada masa kini tedapat skim insuran khas untuk cermin kereta. Ini adalah kerana

banyak jenayah pecah kereta yang berlaku sekarang membuatkan pengguna inginkan

perlindungan insuran bagi cermin kereta. Proses tuntutannya juga mudah dan cermin kereta

dapat ditukarkan dengan cepat dan pengguna tidak perlu menunggu lama. Kenderaan yang

rosak perlu digantikan segera kerana pengguna memerlukan kenderaan untuk pergerakan

harian mereka.

Dengan adanya kemudahan dan sistem yang cepat dan mudah semuanya dapat di

selesaikan dalam masa 1 hari sahaja. Walaupun demikian langkah-langkah keselamatan perlu

diambil bagi membendung kejadian ini dari berterusan. Penggunaan alam juga dapat

membantu.