kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

14

Click here to load reader

Upload: corrine-chan

Post on 21-Dec-2015

488 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

MTE

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 143

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKANMASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

PENGENALAN

Mengapa kita perlu dan sentiasa digalakkan berfikir? Berfikir membolehkan kita menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan. Salah satu tujuan program KBKK yang disarankan olehKementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan di kalangan pelajar. Mengapa ini penting? Jawapan kepadapersoalan ini terdapat dalam Topik 8, di mana kepentingan mengajar kemahiran berfikir telahdibincangkan dengan panjang lebar. Topik ini menggabungkan dua kemahiran penting dalamberfikir iaitu kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Kedua-dua kemahiran ini merupakan kemahiran dalam proses berfikir. Aspek-aspek yang akandicakup termasuklah definisi tentang kemahiran tersebut, fungsi dan tujuannya dan langkahperlaksanaannya.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan maksud kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuatkeputusan;

2. mengenal pasti tujuan menjalankan proses penyelesaian masalah dan membuatkeputusan; dan

3. mengaplikasikan langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah dan membuatkeputusan.

Page 2: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

144 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

PETA MINDA TOPIK

TOPIK 9:KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

MASALAH DAN MEMBUATKEPUTUSAN

Definisi Penyelesaian Masalah

Langkah-langkahPenyelesaian Masalah

Definisi Membuat Keputusan

Langkah-langkahMembuat Keputusan

9.1 DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH

Setiap orang menghadapi masalah tersendiri dan kemahiran menyelesaikan masalahmerupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Ada masalah yang dianggap sukardan ada yang dianggap mudah. Sesuatu yang menjadi masalah pada kita mungkin tidakmenjadi masalah pada orang lain.

Sebagai contoh, mengikat tali kasut merupakan masalah besar untuk kanak-kanak lima tahun,tetapi bukan lagi masalah bagi orang dewasa. Adakalanya sesuatu itu suatu ketika dulumenjadi masalah kepada kita, tetapi tidak lagi sekarang. Tiap-tiap hari kita terjaga dari tidurdan memikirkan sesuatu yang perlu diselesaikan dan setiap malam juga sebelum tidur kitasering teringat sama ada kita telah selesaikan masalah pada hari itu atau belum. Persoalanlain ialah seperti: Berapa banyakkah masalah yang telah berjaya kita selesaikan seumurhidup kita? Adakah keputusan yang diambil dalam menyelesaikan masalah tersebut adalahyang terbaik? Adakah proses yang kita jalankan itu yang terbaik? Marilah sama-sama kitalihat.

Apa itu masalah? Masalah adalah situasi yang dialami oleh individu apabila ia menghadapikekangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, kekangan kekurangan wang

Page 3: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 145

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

dalam mengurus perbelanjaan keluarga, tiada kemahiran menjahit untuk menjahit baju yangkoyak, tidak faham kuliah untuk menyudahkan tugasan sekolah dan lain-lain lagi.

Masalah ini boleh dirajahkan seperti dalam Rajah 9.1:

Rajah 9.1: Masalah

9.1.1 Bentuk Masalah

Sebelum memulakan proses menyelesaikan masalah, kita perlu kenal pasti bentuk masalahtersebut. Sesuatu masalah boleh berbentuk struktur atau “well-defined” atau tidak berstrukturatau “ill-defined”. Masalah berstruktur merupakan masalah yang boleh kita peroleh maklumatyang lengkap dan jelas mengenainya dan kita boleh menjana satu bentuk jawapan yangbetul. Sebagai contoh, aktiviti mengira keluasan segi empat tepat. Dalam kehidupan seharian,kita bukan sahaja berdepan dengan masalah yang berbentuk struktur. Masalah sosial, politik,ekonomi dan saintifik biasanya tidaklah begitu teratur jalan penyelesaiannya. Bentuk masalahsebegini dikenali sebagai masalah yang kabur atau tidak berstruktur. Sebagai contoh,menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja, meningkatkan pencapaian pelajar danmeningkatkan motivasi pekerja.

Untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditentukan, individu perlu bertindak ke atasperkara yang menjadi kekangan, rintangan atau penghalang kepada tercapainya matlamattersebut. Sebagai contoh dalam masalah yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1, individu perlu,sama ada mengupah tukang jahit untuk membaiki koyak pada pakaian tersebut. Lebih kreatifindividu tersebut, lebih mudah baginya untuk mengatasi rintangan yang ada. Apa yangdilakukan oleh individu ini ialah antara langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah.

Apa pula proses penyelesaian masalah? Wicklegren (1974), menerangkan penyelesaianmasalah sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat spesifik. Van Dijk dan Kintsch (1983),menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila langkah-langkah dan operasi mentaldiperlukan bagi mencapai matlamat tertentu. Proses penyelesaian masalah adalah langkah-langkah yang diikuti secara berturutan untuk mengatasi rintangan atau kekangan dalammencapai sesuatu matlamat. Proses ini merupakan proses mental yang memerlukanpemikiran kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif untuk mengatasi rintanganyang wujud bagi mencapai matlamat yang diharapkan.

Daripada penerangan di atas, cuba anda terangkan maksud penyelesaianmasalah menggunakan perkataan anda sendiri.

Masalah Rintangan Matlamat

Baju koyak Tidak tahumenjahit

Perlu baju ke majlis

Page 4: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

146 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

Apakah tujuan kita belajar menyelesaikan masalah? Kemahiran menyelesaikan masalahdapat membantu individu:

(a) mengamalkan proses penyelesaian masalah yang sistematik iaitu mengambil kiralangkah-langkah penting seperti mengenal pasti masalah, merancang jalanpenyelesaian, membuat tindakan dan menilai semula tindakan;

(b) bertindak secara rasional dan objektif dalam menghadapi masalah;

(c) meningkatkan daya berfikir secara kritis dan kreatif dalam diri individu; dan

(d) berkeyakinan dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Sekarang, cuba latihan di bawah untuk memastikan anda memahami bahagian ini.

9.2 LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

Terdapat pelbagai proses penyelesaian masalah yang disarankan oleh ahli pemikir. Sebagaicontoh, seorang ahli matematik bernama Polya mengemukakan empat langkah dalam prosespenyelesaian masalah. Langkah-langkah ini secara berurutan terdiri daripada:

(a) langkah memahami masalah;

(b) membuat perancangan;

(c) melaksanakan rancangan; dan

(d) menilai keputusan.

Seorang lagi ahli pemikir yang bernama Beyer, telah mengemukakan lima langkah dalamproses penyelesaian masalah. Langkah-langkahnya adalah:

(a) mengenal pasti masalah;

(b) mendefinisi atau menyatakan semula masalah;

(c) merancang dan memilih rancangan;

(d) melaksanakan rancangan; dan

(e) menilai keputusan yang diperoleh.

Knippen dan Green telah mereka tujuh langkah dalam proses penyelesaian masalah.Langkah-langkah tersebut termasuk:

(a) menentukan matlamat;

(b) mengenal pasti masalah;

(c) mengenal pasti kekangan;

(d) mengenal pasti alternatif atau pilihan-pilihan;

Latihan 9.1

Senaraikan beberapa contoh masalah bentuk struktur dan bentuk tidakberstruktur.

Page 5: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 147

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

(e) menilai pilihan-pilihan;

(f) membuat pilihan terhadap alternatif; dan

(g) membentuk perlaksanaan.

Terdapat beberapa cara yang dirasakan berkesan dalam menyelesaikan masalah oleh ahliteori yang lain. Bagaimanapun terdapat komponen kemahiran yang boleh membantu individumenyelesaikan masalah dengan berkesan. Kemahiran tersebut disenaraikan di bawah.

• Kemahiran strategi generik iaitu kefahaman dan kemahiran dalam proses-proses yangterlibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

• Kemahiran tentang kandungan subjek. Ini bermakna, individu perlulah terlebih dahulumempunyai pengetahuan dalam aspek teknikal subjek yang hendak diselesaikan.Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah penebangan hutan, individu terlibatperlulah mempunyai ilmu tentang perhutanan.

• Pengetahuan tentang masalah yang hendak diselesaikan. Ini perlu untuk membolehkanindividu menentukan maklumat yang perlu diperolehi.

• Kesedaran metakognitif sebagai penyelesai masalah. Ini adalah kebolehan mengawal,memantau dan menilai sesuatu aktiviti yang sedang dilakukan supaya lebih berkesan.

Bransford dan Stein (1984) membentuk model penyelesaian masalah yang dikenali sebagaiIDEAL. IDEAL adalah kata ringkas kepada (I) Identifying the problems, (D) Defining theproblem, (E) Exploring Strategies, (A) Acting on ideas dan (L) Looking for the effects.

Secara amnya dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah am untuk menguasai kemahiranpenyelesaian masalah ini dapat dilihat dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Langkah-langkah penyelesaian masalah

LANGKAH-LANGKAH AMPENYELESAIAN MASALAH

Mengenal pasti masalah Mendefinisikan masalah

Mencari kemungkinan penyelesaian

Menilai kejayaan tindakan

Bertindak/pelaksanaan

Page 6: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

148 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

Berikut adalah penerangan berkait dengan langkah-langkah penyelesaian masalah yangtersenarai di atas:

(i) Mengenal Pasti MasalahLangkah pertama ini merupakan langkah terpenting dalam proses penyelesaian masalah.Kegagalan mengenal pasti masalah dengan tepat akan menyukarkan proses mencaripenyelesaian. Di sini kita harus tahu membezakan simtom masalah daripada masalahitu sendiri. Kita juga perlu boleh mengenal pasti sama ada masalah itu berbentuk struktur/”well-defined” atau bentuk tidak berstruktur/”ill-defined”.

(ii) Mendefinisi MasalahSetelah mengenal pasti masalah, kita perlu menyatakan masalah tersebut untuk lebihmemahaminya. Pada peringkat ini, individu perlu menghuraikan masalah kepadakomponen-komponen kecil supaya lebih mudah difahami. Kita boleh juga mengubahbentuk persembahan masalah kepada bentuk imagenari atau grafik untuk memudahkankefahaman.

Beberapa bentuk soalan boleh digunakan serentak di peringkat ini. Antaranya, soalanseperti apa yang perlu kita ketahui? Apakah yang masih tidak diketahui? Apakahpenyelesaian yang dicari? Apakah rintangan atau kekangan yang wujud? Kebolehanindividu untuk membentangkan masalah dalam bentuk imej mental, atau dalam bentukgambar rajah adalah sangat penting di peringkat ini.

(iii) Mencari Kemungkinan PenyelesaianDalam langkah ini, kita mendapatkan atau menjemput beberapa strategi yang dikatakanboleh menyelesaikan masalah. Branford dan Stein (1984), mencadangkan agar masalahtersebut dicerakinkan kepada komponen kecil. Dengan ini, strategi penyelesaian akanlebih ketara dan khusus lagi kepada komponen tersebut.

(iv) Bertindak/Perlaksanaan dan Menilai Kejayaan TindakanKedua-dua langkah ini adalah berkaitan. Newel dan Simon (1972), merujuk langkah-langkah ini sebagai “means-end analysis”. Ini merupakan aktiviti yang berterusan dengancara membandingkan keadaan sekarang dengan matlamat yang diinginkan. Soalan-soalan penting seperti: Apakah perbezaan sekarang dengan apa yang saya inginkan?Bagaimana perlu saya lakukan untuk mengurangkan jurang tersebut?

Kita perlu mengamalkan langkah-langkah ini dalam menyelesaikan masalah hariankita. Begitu juga dengan pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan pelbagai strategiini. Walau bagaimanapun, terdapat heuristik dalam penyelesaian masalah. Frederiksen(1984), menyenaraikan 10 heuristik dalam penyelesaian masalah. Antaranya:

• Dapatkan gambaran menyeluruh dan jangan sesat atau lemas dalam maklumat.

• Menangguhkan pertimbangan.

• Permudahkan gambaran masalah. Gunakan komponen kecil, gambar rajah, atausimbol.

• Ubah cara persembahan masalah.

• Menyatakan pelbagai bentuk soalan berhubung masalah secara lisan.

• Fleksibel.

• Bermula dari belakang.

Page 7: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 149

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

• Menggunakan analogi dan metafor.

• Bercakap tentang masalah tersebut.

• Tinggalkan masalah tersebut buat beberapa ketika apabila sampai tahapkebuntuan.

Terdapat juga pelbagai pendekatan penyelesaian masalah. Antaranya:

• Cuba jaya-mencuba pelbagai cara sehingga berjaya.

• “Algoritma” mengikut prosidur yang telah diuji.

• Heuristik-mengikut jalan senang.

• “Means-end analysis”-proses membanding situasi sekarang dengan apa yangdiinginkan/matlamat.

• Bekerja dari belakang (working backwards) - menyelesaikan masalah denganmengkaji atau menentukan matlamat terdahulu.

• Guna analogi dan metafor.

• Tukar cara persembahan. Sebagai contoh, tukar bentuk persembahan daripadabentuk linear atau bertulis kepada bentuk diagram atau gambar rajah.

Seperti juga kemahiran berfikir yang lain, kemahiran menyelesaikan masalah jugamempunyai pengurusan grafik dan pengurusan lisan sebagai panduan. Rajahpengurusan ini adalah seperti dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Pengurusan lisan dan grafik penyelesaian masalah

Pengurusan Lisan

Mengapakah timbul masalah?

Apakah masalah yang dihadapi?

Apakah pilihan-pilihan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Apakah akan berlaku sekiranyamasalah tersebut diselesaikan mengikut pilihan-pilihan tersebut?

Apakah penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu?

1.

2.

3.

4.

5.

Pengurusan Grafik

Sebab Timbul Masalah

Apakah masalah

Kemungkinan-kemungkinanpenyelesaian masalah

Apakah kesan dan akibat sekiranya pilihan ini dibuat

Apakah pilihan penyelesaian terbaik

Page 8: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

150 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

Untuk memastikan anda telah benar-benar faham, sila jawab cuba latihan di bawah.

Latihan 9.2

Untuk latihan berikut, kenal pasti pendekatan yang paling sesuai andagunakan dalam menyelesaikan masalahnya dan cuba selesaikan.

Penyelesaian masalah matematik. Anda diberi sebatang kayu sepanjang24 sm. Masa yang diambil untuk menggergaji keratan kayu sepanjang 6sm ialah 6 minit. Kirakan masa untuk membuat 4 keratan kayu. Kenalpasti pendekatan penyelesaian masalah yang digunakan.

9.3 DEFINISI MEMBUAT KEPUTUSAN

Anda telah didedahkan dengan Kemahiran Penyelesaian Masalah. Sekarang, lihat pulakemahiran yang berkaitan dengannya, iaitu Kemahiran Membuat Keputusan.

Kemahiran membuat keputusan sama seperti kemahiran menyelesaikan masalah, ada yangmudah dan ada yang kompleks. Proses membuat keputusan memerlukan kita memilih sesuatuyang kita rasa kita puas hati, suka atau setuju. Sebagai contoh, pilih jenis ais krim yanghendak dibeli, pilih baju yang hendak dipakai, pilih fesyen rambut yang hendak didandan danlain-lain lagi. Proses di atas lebih mudah untuk diselesaikan berbanding dengan prosesmembuat keputusan tentang memilih pasangan hidup, memilih rumah untuk dibeli, bagaimanahendak menjaga ibu yang sakit dan seumpamanya.

Dalam kedua-dua situasi di atas, setiap keputusan yang diambil bergantung kepada kriteriadan nilai yang kita letak pada kriteria ini. Sebagai contoh, anda hendak membeli aiskrim.Terdapat beberapa kriteria yang anda tentukan seperti duit yang ada, perisa dan jenama.Anda akan membeli ais krim yang mempunyai kesemua kriteria atau beberapa kriteria yangterpenting buat anda pada ketika proses membuat keputusan itu.

Kalau kita fikirkan, agak lama juga masa yang diambil untuk membuat keputusan walaupununtuk membeli ais krim. Tetapi oleh kerana kita sudah kerap membuat keputusan yang mudahbegini, seakan-akan kita tidak lagi memikirkannya semasa hendak membeli ais krim. Adakalanyakriteria yang telah kita tentukan tidak sesuai dengan orang lain. Dalam hal sebegini, kita perlumeneliti kriteria yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Halpern (1984), menyatakan membuat keputusan merupakan membuat pilihan antara duaatau lebih alternatif yang saling bertentangan yang mana menyukarkan si pembuat keputusan.Dengan itu, kita mesti boleh memilih keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

Page 9: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 151

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Kemahiran berfikir kreatif dan kritis amat diperlukan dalam membuat keputusan. Individu perlumempunyai kemahiran dalam membanding membeza, membuat ramalan, menjana idea danmengesahkan sumber maklumat. Sesuatu keputusan yang dibuat setelah seseorang itu berjayamembuat pertimbangan berhubung beberapa kriteria akan menjadi keputusan terbaik.

Tujuan belajar kemahiran membuat keputusan adalah untuk:

• melatih individu membuat keputusan yang terbaik;

• mengelakkan individu daripada membuat keputusan terburu-buru;

• lebih rasional dan sabar; dan

• berupaya memanfaatkan sumber maklumat semasa membuat keputusan. Sekiranyaanda ingin menguji kefahaman anda tentang pelajaran di atas, sila cuba latihan di bawah.

Cuba anda bandingkan tujuan belajar kemahiran penyelesaian masalah dankemahiran membuat keputusan.

Latihan 9.3

Rumah anda terbakar dan anda hanya boleh membawa tiga barang yanganda rasa paling penting buat anda. Buat keputusan tentang barangantersebut dan nyatakan kriteria yang anda tentukan semasa memilih.Bandingkan keputusan anda dengan rakan yang lain.

9.4 LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN

Kebanyakan pendidik merasakan kemahiran membuat keputusan menjadi fokus dalampendidikan, bersama-sama dengan kemahiran-kemahiran berfikir yang menjadi asaspengetahuan untuk menyokongnya. Beberapa model membuat keputusan telah dibina untukmembantu individu berfikir secara sistematik. Satu daripada model ini di ketengahkan olehWales, Nardi dan Stager (1986). Model tersebut ditunjukkan dalam Rajah 9.4.

Page 10: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

152 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

Rajah 9.4: Model membuat keputusan Wales, Nardi dan Stager

Mengikut model ini, terdapat empat operasi dalam membuat keputusan. Operasi-operasi iniadalah, menyatakan matlamat, menjana idea, menyediakan rancangan dan mengambiltindakan. Setiap operasi dalam model ini memerlukan individu untuk membuat keputusandalam peringkat analisis, sintesis dan penilaian. Apabila dijumlahkan, langkah-langkah dalammodel ini, terdapat 12 langkah yang harus diikuti. Model ini sesuai digunakan apabilakeputusan yang hendak diambil itu melibatkan beberapa siri pilihan.

Satu lagi model membuat keputusan diterokai oleh Ehrenbergs dan Duffy (1979). Model inisesuai digunakan apabila kita perlu membuat keputusan untuk menentukan yang mana satudaripada beberapa alternatif yang paling baik dalam memenuhi keperluan satu-satu situasi.Terdapat tiga langkah dalam model ini.(a) Menjelaskan dan mengesahkan keperluan sesuatu situasi. Menjangkakan satu item

yang memenuhi semua keperluan tersebut yang disebut sebagai “ideal”.(b) Kenal pasti, jelaskan dan sahkan ciri-ciri setiap alternatif. Bandingkan ciri yang wujud

pada alternatif dengan ciri pada “ideal”. Pilih alternatif yang paling hampir dengan “ideal”.(c) Sahkan pilihan tersebut sebagai satu pilihan yang dapat memenuhi keperluan situasi

yang diberi, berbanding dengan pilihan yang lain.

Kenal pasti Masalah(Analisis)

1. Membentuk pilihan(Sintesis)

2.

Kenal pasti Masalah(Analisis)

4. Membentuk pilihan(Sintesis)

5.

Kenal pasti Masalah(Analisis)

7. Membentuk pilihan(Sintesis)

8.

Kenal pasti Masalah(Analisis)

10. Membentuk pilihan(Sintesis)

11.

Menjanaidea-idea

MenyediakanRancangan

PernyataanMatlamat

Memilih gol/matlamat(Penilaian)

3.

Memilih idea(Penilaian)

6.

Mengambiltindakan

Memilih rancangan(Penilaian)

9.

Memilih tindakanmasa depan(Penilaian)

12.

Page 11: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 153

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Sebagai contoh, Kelab Ekonomi Rumah Tangga memulakan bisnes kecil di sekolah. Langkahpertama mengikut model Ehrenberg ialah menjangkakan ciri-ciri satu item yang memenuhikeperluan. Dalam situasi ini ciri-ciri adalah, produk yang boleh dibuat dalam bilik darjah danmendatangkan keuntungan. Ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi keperluan ini termasuk:

• produk yang diminati pelajar;

• kos barangan rendah;

• harga yang rendah termampu pelajar; dan

• boleh dihasilkan dengan cepat.

Beberapa barangan atau produk disenaraikan seperti bekas pensil, pizza, alas gelas dankek buah. Setiap produk atau barangan ini diberi pemberatan mengikut kriteria atau ciri yangtelah dibuat. Setelah membuat perbandingan antara barangan tersebut, barangan yangmendapat pemberatan tertinggi akan dipilih. Sahkan pilihan ini dengan membandingkannyadengan jumlah pemberatan produk yang lain.

Sebagai contoh, pizza dipilih sebagai produk yang akan diminati pelajar. Ia memerlukan kospengeluaran yang rendah kerana menggunakan bahan tempatan, harga mengikutkemampuan kerana ianya boleh dijual mengikut saiz atau potongan kecil kepada besar,boleh dihasilkan dengan cepat dan peralatan yang diperlukan terdapat dalam makmal ERTyang ada di sekolah.

Pengurusan grafik untuk kemahiran membuat keputusan ada diperjelaskan dalam Som danDahalan. Rajah 9.5 menerangkan tentang ini.

Page 12: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

154 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

Rajah 9.5: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat keputusan

Sebagai latihan, kita gunakan satu situasi yang direka sendiri. Kesnya adalah seperti berikut:

Tiga orang adik beradik menghadapi masalah untuk menjaga adik keempat mereka yanglumpuh sejak kematian ibu bapa mereka secara mengejut. Adik perempuan keempat initelah lumpuh sejak lahir, berumur 17 tahun dan tidak boleh mengurus diri sendiri. Merekatidak dapat menjaga adik mereka kerana alasan-alasan berikut:

(a) Kakak sulung sudah berkeluarga, tinggal di kolej kerana sedang menuntut di IPT.

(b) Abang telah berkeluarga, mempunyai 4 orang anak. Isteri tidak sanggup menjaga keranasibuk bekerja.

(c) Kakak kedua masih bujang, bekerja di Kuala Lumpur dan berkongsi bilik rumah pangsabersama 5 teman sepejabat.

5.3 (ii) PG Membuat Keputusan

Situasi :

PENGURUSAN LISAN

1. Mengapa perlunya membuat keputusan?

2. Apakah pilihan-pilihan saya?

3. Apakah maklumat yang ada tentang akibat tiap-tiap satu pilihan yang dibuat?

4. Sejauh manakah pentingnya akibat tersebut?

5. Pilihan mana yang terbaik jika dilihat dari segi akibat?

Pilihan-Pilihan

Akibat Alasan/Kesandan Akibat

Nilai(Positif atau Negatif)

Kriteria

Pilihan Yang Dibuat

Keputusan

Page 13: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

OUM 155

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Setelah menjalankan proses penyelesaian masalah, beberapa alternatif telah diputuskanoleh saudara bertiga itu.

1. Bergilir-gilir menjaga adik iaitu 4 bulan seorang.

2. Menggaji pembantu menjaga adik di kampung.

3. Daftar adik di rumah kebajikan.

Pilihan manakah yang paling sesuai antara ketiga-tiga ini? Proses membuat keputusan bolehdilihat dalam Rajah 9.6 bagi alternatif (3).

Rajah 9.6: Proses membuat keputusan (Pilihan 3)

5.3 (ii) PG Membuat Keputusan

Situasi : Siapa yang harus menjaga adik yang cacat

Pilihan-Pilihan

AkibatAlasan/Kesan

dan AkibatNilai

(Positif atau Negatif)

Kriteria

Pilihan Yang Dibuat

Keputusan

Bergilir-gilir menjaga adik iaitu 4 bulan seorang

Menggaji pembantu menjaga adik di kampung

Daftarkan adik ke rumah kebajikan

1.

2.

3.

Daftar adik di rumah kebajikan

Perlu segera, adik selesa, tidak ganggu kehidupan saudara lain

Antara ketiga-tiga pilihan, pilihan ini lebih

memenuhi kriteria yang telah dibentuk

- Kewangan- Adik dapat pendidikan- Suasana baru yang tidak suka- Semua saudara boleh kerap mengunjungi kerana berhampiran

- Yuran - ada pencen- Baik untuk adik- Adik stress

- Adik diberi perhatian

++-

+

Page 14: Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan

156 OUM

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TOPIK 9

RUMUSAN

Otak yang telah dikurniakan oleh Tuhan merupakan satu anugerah yang tiada tandingannya.Segala penerangan yang telah diberi merupakan satu pengetahuan kepada kita supayasentiasa sedar dengan proses berfikir yang kita laksanakan dalam kehidupan kita.Pengetahuan tentang alat, misalnya bukanlah mengharapkan kita menghafal bentuknya tetapimengharapkan kita berfikir mengikut turutan tertentu agar apa jua yang ingin kita selesaikanitu telah diselidik dengan baik. Dalam topik ini, kita telah membincangkan tentang kemahiranpenyelesaian masalah dan membuat keputusan. Perkara seperti definisi, langkah-langkahperlaksanaan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan telah dijelaskan.Beberapa konsep seperti masalah “well-defined” dan “ill-defined” telah disentuh untukmembantu individu mengenal pasti masalah. Topik ini juga telah mengenengahkan beberapamodel penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang boleh menjadi panduan kepadakita.

GLOSARI

IDEAL – Ia merupakan singkatan bagi model penyelesaian masalah yangdiketengahkan oleh Bransford dan Stein (1984). Ia membawa maksudIdentifying the problems, Defining the problem, Exploring strategies, Actingon ideas and Looking for the effects.

Masalah – Masalah adalah situasi yang dialami oleh individu apabila ia menghadapikekangan untuk mencapai suatu matlamat.

UJIAN 1

Huraikan model membuat keputusan yang diketengahkan oleh Wales, Nardi dan Stager(1986).

UJIAN 2

Apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk menyelesaikan masalah? Apa pendapatBeyer terhadap perkara ini?

Setelah mempelajari topik ini, cuba jawab soalan di bawah untuk memastikan bahawa andabenar-benar memahaminya.

Latihan 9.4

Bagaimana anda membuat keputusan bagi alternatif (2) dalam contohyang diberikan?