esei kemahiran berfikir dan membuat keputusan

24
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………..………1 – 2 2.0 Isi Perbincangan……………………………………………………………………...…….3 – 12 2.1 Proses-proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif…………...………….3 – 4 2.2 Halangan Berfikiran Kreatif………………………………………………………5 – 6 2.3 Ciri-ciri Utama Pemikiran Kreatif…………………………………………..………7 – 8 2.4 Salah Faham dan Berfikiran Kreatif………………………………………..……9 – 10 2.5 Cara-cara Mengatasi…………………………………………………………….11 – 12 3.0 Proses Kreativiti………………………………………………………………………..…13 – 14 4.0 Kesimpulan………………………………………………………………………………………15 5.0 Rujukan…………………………………………………………………………………………..16 0

Upload: izzul-islam

Post on 12-Dec-2015

552 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Esei Kemahiran Berfikir

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………..………1 – 2

2.0 Isi Perbincangan……………………………………………………………………...…….3 – 12

2.1 Proses-proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif…………...………….3 – 4

2.2 Halangan Berfikiran Kreatif………………………………………………………5 – 6

2.3 Ciri-ciri Utama Pemikiran Kreatif…………………………………………..………7 – 8

2.4 Salah Faham dan Berfikiran Kreatif………………………………………..……9 – 10

2.5 Cara-cara Mengatasi…………………………………………………………….11 – 12

3.0 Proses Kreativiti………………………………………………………………………..…13 – 14

4.0 Kesimpulan………………………………………………………………………………………15

5.0 Rujukan…………………………………………………………………………………………..16

0

Page 2: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

1.0 PENGENALAN

Menurut Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977), kemahiran berfikir

merupakan proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau

menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran

yang dialami. Pemikiran juga merupakan kegiatan atau perbuatan membuat kesimpulan

dan pemikiran ini tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar yang melibatkan

perlambangan, penggunaan dan manipulasi yang simbolik.

Berbagai-bagai kebaikan atau kepentingan yang boleh diperolehi oleh setiap

manusia terutamanya bagi para pelajar. Sebagai contoh, dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di mana-mana sekolah atau institut pengajian tinggi, kemahiran berfikir

secara kreatif dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan

menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil juga boleh terhasil

melalui ilham atau gabungan idea-idea yang sedia ada. Selain itu, ia dapat membantu

para pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka

pelajari semasa pembelajaran. Kemahiran ini penting untuk memupuk dan mewujudkan

pemikiran yang baik dan berkesan. Budaya berfikir secara kreatif juga dapat dijadikan

amalan untuk para pelajar. Perkara ini boleh mengelakkan kesilapan dalam berfikir dan

meningkatkan kualiti dalam berfikir.

Terdapat pelbagai jenis pemikiran yang telah dikenal pasti oleh ahli-ahli psikologi

sehingga kini iaitu pemikiran konvergen, divergen dan secara menegak. Pemikiran

konvergen dimaksudkan sebagai pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu

kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran konvergen juga dikenali sebagai

pemikiran tertumpu atau berpandu. Ianya terdiri daripada satu proses yang

menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu

struktur yang tersusun dan yang boleh difahami. Pemikiran konvergen menjuruskan

kepada satu penyelesaian sahaja, dan digunakan dengan kerap dalam penyelesaian

ujian-ujian aneka jawapan. Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains, matematik

dan teknologi. Soalan-soalan konvergen terdiri daripada soalan-soalan yang dapat

menganalisiskan satu sumber maklumat. Kebiasaannya, soalan-soalan konvergen

terdiri daripada soalan-soalan yang bermula dengan perkataan: Mengapa, atau dalam

1

Page 3: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

cara apa…? Secara umumnya, pemikiran konvergen menerangkan, menyatakan,

membandingkan serta membezakan.

Seterusnya, pemikiran divergen. Divergen bermaksud pemikiran secara kreatif.

Pemikiran divergen digunakan untuk menghasilkan kreativiti. Maka, pemikiran ini

memerlukan seseorang untuk berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan

mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. Seseorang individu tidak lagi

dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Sebaliknya mereka berfikir

secara kreatif untuk mencari idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang

mempunyai pelbagai jawapan. Di samping itu, pemikiran divergen ini boleh

dikategorikan sebagai pemikiran lateral, mendatar atau pemikiran bercapah. Biasanya,

seseorang yang berfikiran divergen merupakan seseorang yang celik akal atau realistik

supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar

biasa. Kebiasaannya, kemahiran ini berlaku dalam keadaan yang spontan dan setiap

orang harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan.

Selain itu, pemikiran secara menegak juga tergolong dalam jenis-jenis pemikiran.

Ianya didefinisikan atau dikenali sebagai “vertical thinking”. Mengikut Dr. Edward De

Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif mempunyai banyak maksud atau definisi.

Antaranya ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai

pelbagai kemungkinan. Menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai

sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kedua, keupayaan sesorang untuk

menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang

tersendiri. Ketiga, hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil

daripada gabungan idea yang sedia ada.

Dalam konteks enam gaya pemikiran ‘HATS’, kemahiran berfikir secara kreatif

terletak di bawah pemikiran ‘topi hijau’. Warna hijau bermaksud kreatif. Ini bermakna

sesiapa yang ber ‘topi hijau’ mempunyai gaya pemikiran yang kreatif. Gaya pemikiran

ini di luar kotak kebiasaan bagi menganalisa sesuatu isu atau penyelesaian dan

akhirnya dapat kembali ke realiti. Pelbagai idea baru dapat dijanakan.

2

Page 4: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

2.0 ISI PERBINCANGAN

2.1 PROSES-PROSES DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Terdapat beberapa proses-proses dalam kemahiran berfikir secara kreatif.

Antaranya ialah menjana idea. Menjanakan idea merupakan satu proses

menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan

dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak

mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara. Contohnya,

terdapat salah faham di dalam menggunakan konsep idea kreatif di dalam

perniagaan, dengan sebab itulah proses inovatif tersekat. Kreatif dikaitkan

dengan bakat semulajadi yang tidak boleh dipelajari. Sebenarnya semua

manusia mempunyai kreativiti masing-masing yang boleh dicungkil melalui

pendekatan yang betul. Kita tidak perlu terlalu berfikiran teratur atau mempunyai

syarat-syarat tertentu semasa meluah dan menyenaraikan idea kreatif. Kita

hanya perlu berfikiran teratur hanya semasa membangunkan idea-idea tersebut.

Apabila mencari sumber-sumber idea yang segar dan bernas, cuba untuk

mencapai imbangan yang betul di antara imaginasi dan praktikal. Kita perlu

berada di dalam suasana yang selesa dan menyenangkan diperlukan di dalam

proses menjana percambahan idea-idea. Cuba kumpulkan dan kategorikan idea

yang mempunyai persamaan. Dari sini, kita akan dapat menilai mana-mana idea

yang bertindih dan akhirnya kita akan dapat mencari idea yang terbaik sekali.

Seterusnya, membuat inferens merupakan tingkahlaku minda dalam

membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-

isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan

awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana

kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu

pemerhatian. Mencari pengertian yang tersirat berdasarkan kefahaman yang

logikal. Inferens yang baik seharusnya berasaskan fakta, alasan serta bukti yang

kukuh dan jitu bagi menyokong kesahan inferens. Semasa membuat inferens

anda perlu membuat pemerhatian, penaakulan serta merujuk kepada sesuatu

yang tersirat atau yang dinyatakan dengan jelas. Kemahiran ini digunakan

apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat

pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

3

Page 5: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

Di samping itu, meramal merupakan sejenis kemahiran berfikir yang

membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau

peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan

maklumat tertentu. Meramal juga bermaksud membuat jangkaan terhadap

sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan sedia ada

melalui pengalaman atau berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada

pemerhatian atau inferens . Ini bermaksud ramalan yg dibuat sama ada tepat

atau pun tidak berdasarkan dengan bukti yang ada. Aktiviti membuat ramalan

pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai

dengan perkara yang diandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian

bagi sesuatu perkara. Contoh ramalan yg dibuat berdasarkan pemerhatian dan

inferens ialah meramalkan bahawa masakan tempoyak ikan patin yg kami

cadangkan sangat sedap berdasarkan daripada bukti iaitu dari segi bahan-bahan

masakan seperti ikan, asam keping, garam, cili padi dan sebagainya dengan

berpandukan resepi yang mudah didapati seperti di internet, buku masakan, dan

lain-lain. Oleh itu, jika ramalan yang akan dibuat tidak mempunyai bukti yang

kukuh ramalan tersebut mungkin tidak sahih dan benar atau tepat.

4

Page 6: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

2.2 HALANGAN BERFIKIRAN KREATIF

Kreatif bermakna kemampuan menjana idea-idea baru yang bernas atau

mengembangkan idea yang sedia ada sama ada dari segi logik atau sebaliknya.

Jadi dengan berfikiran kreatif kita dapat menghasilkan sesuatu perkara yang

biasa kepada luar biasa. Dalam menggunakan kaedah enam topi berfikir, individu

yang berfikiran kreatif menggunakan topi hijau. Dalam pada kita berfikiran kreatif

ada juga halangan yang kadang-kadang menjejaskan kita untuk menjana idea

kreatif.

Antara halangan apabila berfikiran kreatif ialah berkelakuan negatif.

Seseorang itu mampu berfikir secara kreatif namun, dengan kelakuan negatif

tersebut ia akan menghalang individu itu berfikiran jauh. Sebagai contoh kita

mampu untuk menghasilkan sesuatu perkara yang luar biasa akan tetapi sifat

negatif seperti “aku tak boleh buat”,”kalau gagal macam mana?”.”nantikan kena

marah kalau salah” dan sebagainya membuatkan idea kreatif itu terbantut.

Kelakuan negatif ini samalah maksud dengan membuat tanggapan sendiri.

Selain itu,takut kepada kegagalan juga adalah antara salah satu halangan

apabila berfikiran kreatif. Idea-idea kreatif banyak yang bermain difikiran tetapi

apabila datangnya perasaan takut akan kegagalan jadi dengan serta merta idea

yang ada tidak dapat diguna pakai.

Disamping itu, apabila seseorang itu dalam keadaan tertekan ia tidak mampu

untuk mengembangkan idea yang sedia ada. Ini kerana apabila individu tersebut

tertekan atau “stress” individu itu tidak mampu berfikir seperti ‘topi hijau’

melainkan ia akn menggunakan topi yang beremosianal dan tidak mampu

mengawal diri daripada marah iaitu topi merah. Jadi dengan otak yang tepu

kerana emosi individu itu akan gagal menghasilkan perkara yang kreatif.

Ada juga halangan untuk berfikiran kreatif tidak disebabkan oleh individu

semata mata. Seseorang itu mampu malah berupaya untuk menghasilkan

perkara yang berbaloi dan luar biasa akan tetapi disebabkan terikat dengan

peraturan individu itu gagal untuk menjana idea kreatif itu. Sebagai contoh,dalam

pertandingan memasak, Abu ingin menggunakan ajinomoto dalam masakan

untuk melazatkan makanannya tetapi sayangnya dalam peraturan pertandingan

5

Page 7: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

tersebut tidak dibenarkan menambahkan ajinomoto. Jadi si Abu tidak

menggunakan perisa tambahan tersebut.

Akhir sekali,individu genius mampu untuk hasilkan sesuatu yang lain

daripada yang lain tetapi apabila asyik bergantung dengan logik atau teknologi

individu tersebut tidak tahu akan kemempuan dirinya untuk berfikiran kreatif jauh

kehadapan. Misalnya,seorang pelajar yang mempunyai idea-idea yang kreatif

lagi bernas mampu membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan

hasil yang cukup memuaskan dan mungkin akan dapat markah penuh tetapi dia

bergantung dengan teknologi dan logik menyebabkan dia menyalin tugasan

orang lain. Oleh sebab itu, dia hanya mendapat separuh markah sahaja

disebabkan tindakkannya itu.

Dengan itu, idea yang kreatif adalah baik untuk kita dan masyarakat.

Janganlah membiarkan topi hitam menguasai diri sehingga terhalang untuk

‘memakai’ topi hijau. Gunakanlah idea yang kreatif ini sebaik mungkin kerana ia

akan membuatkan diri kita maju ke hadapan.

6

Page 8: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

2.3 CIRI-CIRI UTAMA PEMIKIRAN KREATIF

Ciri-ciri utama pemikiran kreatif ialah keberanian. Individu perlu berani

menghasilkan idea yang banyak tanpa dibelenggu idea yang lama. Individu ini

perlu berani mengambil risiko yang akan berlaku semasa melakukan sesuatu

proses. Ciri ini juga dipanggil sebagai sikap. Kita harus berani semasa mereka

sesuatu kerja. Contoh situasinya ialah, individu tersebut perlu berfikiran positif

dan kreatif. Jika individu ini berasa takut, sesuatu kerja yang akan dijalankan

pasti akan terbengkalai. Misalnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, jika

sikap ini tiada, sukarlah seseorang itu untuk menyelesaikannya kerana individu

tersebut terlalu takut dan sukar untuk menempuh risiko yang akan terjadi.

Selain itu, imaginatif iaitu individu ini memerlukan imaginasi yang berbagai

arah yang berlainan berdasarkan pengalaman lepas dan perlu mempunyai

kemahiran untuk menyerap idea yang lama untuk dicantumkan dengan idea yang

baru. Kadangkala, dengan berimaginasi individu mampu mencapai satu tahap di

mana individu tersebut mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan kreatif

ataupun setidak-tidaknya mendapatkan cara atau langkah untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi.

Seterusnya, pengembangan idea yang didefinisikan sebagaikan idea yang

sedia ada diperluaskan. Sekiranya ia bukan idea yang baru, namun hasil itu

dapat memberikan altenatif (jalan pnyelesaian yang lain) yang baru. Berdasarkan

kefahaman saya, maksudnya ialah kita cuba merungkai dengan lebih teliti idea

yang diklafikasikan sebagai bernas untuk lebih memahami idea tersebut dan

seterusnya mendapatkan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi.

Seterusnya ialah reka cipta iaitu mencipta sesuatu hasil pemikiran yang

unggul dijalankan berasaskan idea yang sedia ada sehingga sesuatu yang baru

tercipta. Idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa. Ia bermaksud

kita cuba mencari idea-idea baru dan kemudiannya mengubah atau memikirkan

sesuatu untuk memantapkan lagi idea tersebut.

7

Page 9: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

Akhir sekali ialah, tidak mementingkan prinsip yang kompleks iaitu tidak

seperti idea-idea kritis yang mesti melalui beberapa tahap uji kaji dan penilaian

sebelum idea berkenaan diterima. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-

kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang, maksudnya,

pemikiran ini gemar membayangkan apa yang akan terjadi akibat adanya idea

yang 'gila-gila' itu. Ciri ini bermaksud kita membuat penilaian terlebih dahulu

daripada idea yang diperoleh dan sedaya upaya memikirkan sebarang

kemungkinan yang akan berlaku jika kita mengaplikasikan idea itu atau dalam

bahasa yang mudah, kita berimaginasi tentang apa yang akan berlaku jika kita

bersetuju denga idea tersebut.

8

Page 10: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

2.4 SALAH FAHAM DAN BERFIKIRAN KREATIF

Ia berpunca daripada faktor pandangan pertama yang beranggapan bahawa

kita perlu berimaginasi barulah kita dapat berfikiran kreatif. Orang yang kreatif

lebih berfikiran divergen. Hal ini kerana pemikiran divergen digunakan untuk

menghasilkan kreativiti. Pemikiran divergen juga memerlukan seseorang berfikir

secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang

pelbagai. Tidak semestinya orang yang berimaginasi tinggi barulah kreatif.

Selain itu, ada sesetengah pihak berfikir bahawa hanya golongan pakar yang

dapat menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan berguna. Hal ini dimaksudkan

dengan orang biasa-biasa tidak dapat untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Pandangan ini tidak betul sama sekali kerana semua orang boleh mengolah otak

mereka untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Orang yang kreatif

kebiasannya akan mengunakan topi hijau.

Dalam konteks, pemikiran ‘’hats’’ Hijau mewakili orang yang berfikiran kreatif.

Pemikiran di luar kotak kebiasaan bagi menganalisa sesuatu isu atau

penyelesaian, dan akhirnya dapat kembali ke realiti. Pelbagai idea baru dapat

dijanakan. Sebagai contoh, anda kekurangan duit untuk membuat satu projek.

Apabila melihat barang terpakai, bagaimanakah anda mengolah idea untuk

menjadikannya berguna untuk projek dan boleh diguna pakai sekali lagi.

Seterusnya, ada sesetengah pihak berfikir bahawa hanya golongan genius

atau golongan bijak pandai sahaja dapat berfikiran kreatif. Hal ini, dapat

disangkal seratus peratus kerana ia satu hujah yang langsung tidak masuk

akal.Wal hal, anak–anak yang masih kecil pun dapat menjana idea bagi

menghasilkan hasil yang kreatif dan ini membuktikan ia tidak wajar dijadikan

alasan kerana ia juga akan merugikan diri sendiri pada masa akan datang.

Disamping itu juga, idea kreatif ini juga tidak akan datang secara tiba-tiba

tanpa berfikir dengan mengunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah

S.W.T. Setiap perkara yang diinginkan perlulah diselitkan dengan usaha. Dalam

konteks ini,untuk mendapatkan satu keputusan yang kreatif kita hendaklah

menjana akal fikiran kita sebagai usaha gigih kita.Sebagai contoh ,sejak di Pra-

persekolahan lagi kita dididik untuk berfikiran kreatif. Kreativiti adalah satu bakat

yang perlu diasah pada setiap masa agar ia ’’tidak luput ditelan zaman’’.

9

Page 11: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

Akhir sekali, ada orang meletakkan pandangan bahawa orang kreatif ini

adalah orang yang dikenali dan bakatnya telah diketahui ramai. Seperti yang

dikatakan tadi kreatif adalah bakat semula jadi yang hanya perlu diasah dan

dipupuk saban hari. Akhir kata, sama-samalah kita memupuk sikap kreativiti

tanpa member alasan lagi dan sentiasa bersikap positif.

10

Page 12: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

2.5 CARA-CARA MENGATASI

Cara-cara untuk mengatasi halangan pemikiran kreatif, pertama adalah

dengan memberikan insentif kepada diri kita. Insentif bermaksud galakan dan

dorongan untuk kita membuat sesuatu perkara. Selain itu, dapat menyelesaikan

sesuatu perkara dengan mudah jika kita mempunyai dorongan terhadap diri kita.

Sebagai contoh, jika kita menginginkan sesuatu benda kita haruslah berusaha

untuk mendapatkannya contohnya seperti Hanif teringin makan durian di Bandar

Pekan, tetapi dia tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke Bandar, Hanif

berusaha dengan meminjam kenderaan rakannya semata-mata untuk

memenuhi keinginannya untuk makan durian.

Cara kedua adalah kita haruslah meletakkan tekanan terhadap diri kita.

Maksudnya adalah jika kita mempunyai masalah dan tertekan terhadap sesuatu

benda, kita janganlah meletakkan tekanan itu kepada rakan kita yang lain. Ia

menyebabkan timbulnya masalah dalam satu kumpulan. Contoh situasinya

adalah Hanif tidak membuat kerja sekolah yang telah diberi oleh cikgu dan kerja

tersebut harus dihantar pada keesokan hari. Hanif meletakkan tekanan dirinya

kepada rakannya dengan menyuruh rakannya membuat kerja sekolahnya. Selain

itu, topi merah jika boleh dikaitkan dalam situasi ini dengan menggunakan emosi

dan kurang mengawal perasaan dan menyebabkan kita meletakkan tekanan

kepada orang lain.

Cara yang ketiga adalah dengan berfikir secara visual terhadap sesuatu

perkara. Visual bermaksud berimaginasi terhadap sesuatu perkara yang ingin

kita lakukan. Sebagai contoh Hanif ingin memasak gulai tempoyak ikan patin dan

sebelum Hanif memasak, dia harus berfikir secara visual seperti berimaginasi

bagaimana rasa masakan tersebut, seni yang akan Hanif lakukan terhadap

masakannya seperti menghias masakan tersebut, dan bahan atau perencah

yang akan digunakan untuk memasak. Ia jugak boleh dikaitkan dengan pemikiran

topi hujau kerana berfikir secara kreatif dan menganalisa sesuatu perkara.

Cara yang keempat adalah, kita harus menerima idea baru dengan baik.

Sebagai contoh setiap ahli kumpulan akan berkongsi idea dan memberikan idea

yang baru, kita haruslah menerima idea tersebut dengan baik dan menghargai

idea mereka. Ia juga boleh dikaitkan dengan pemikiran topi biru kerana bersikap

11

Page 13: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

fleksible dan boleh menerima idea idea yang baru dan mengubahsuai idea yang

diberi lebih bagus dan bernas.

Cara yang kelima adalah fokus terhadap sesuatu perkara bagi sesuatu masa

sebagai contoh, Hanif akan menduduki SPM pada tahun ini dan dia haruslah

fokus terhadap pembelajarannya. Selain itu, bekerjasama dalam kumpulan juga

penting bagi setiap kumpulan, kerana ia dapat menyelesaikan sesuatu tugas

dengan cepat dan pantas. Jika kumpulan tersebut mempunyai masalah, mereka

dapat menyelesaikan masalah tanpa banyaknya tekanan kerana sikap kerjasama

dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Akhir sekali, berfikiran positif terhadap semua perkara. Kita harus positif

terhadap diri kita, perkara akan dilakukan, dan jugak terhadap orang atau rakan.

Kita tidak boleh memandang perkara tersebut sebagai perkara negatif kerana ia

akan menimbulkan persoalan kepada diri kita. Cara menyelesaikannya adalah

kita harus percaya dan positif dengan kebolehan diri sendiri. Ia juga boleh

dikaitkan dengan pemikiran topi kuning kerana segalanya dipandang positif

namun tidak sampai mengarut atau melampaui logik dan fakta.

12

Page 14: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

3.0 PROSES KREATIVITI

Proses kreativiti ialah gaya pemikiran seseorang untuk mengubah sesuatu bahan

kepada yang lebih baik. Selalunya seseorang ini mengunakan kaedah kemahiran berfikir

iaitu menggunakan topi hijau untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih kreatif dan

kritis. Proses ini mengandungi 4 fasa iaitu persediaan, inkubasi, pengilhaman, dan

verifikasi. Persediaan adalah proses memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang

itu, pada mulanya ia mungkin akan gagal menemui penyelesaian kepada masalah itu,

tetapi di tahap berikutnya semua masalah itu dapat dirungkai dengan lebih teliti.

Contohnya, seseorang itu jemu dengan masakan hariannya, dan ia ingin mengubah

seleranya dengan memasak masakan ala timur iaitu tempoyak ikan patin. Antara bahan-

bahan yang perlu disediakan ialah, seekor ikan patin bersaiz sederhana, dua senduk

tempoyak, empat gelas air (agak agak pekat kuah disukai), satu biji cili merah (optional

untuk bagi kuah merah), segenggam cili padi merah (ikut pedas disukai), satu inci kunyit

hidup, secekak daun kesum dan sedikit garam. Setelah semua bahan tersedia tiba masa

untuk memasaknya. Pertama, tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup dengan

sekata. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk

supaya bergaul rata. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk mengikut

sukatan yang disediakan. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya mereneh dan

menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit

sahaja dan bolehlah tutup api. Tersebut adalah proses persediaan bagi membuat

sesuatu bahan.

Dari segi inkubasi pula, ia bermaksud menyelesaikan masalah yang gagal

diselesaikan diperingkat pertama tadi. Perkara ini akan ditolak ketepi dan dilupakan buat

sementara. Ia akan mengambil masa untuk berehat daripada usaha menyelesaikan

masalah tersebut. Hal ini membantu kita dalam proses berfikir secara sedar dan ianya

membantu mendapatkan keputusan yang lebih baik dan berkesan. Sebagai contoh,

selepas ikan patin tempoyak siap dimasak, didapati tempoyaknya kurang masam, ikan

patin hanyir dan kuahnya kurang pekat. Oleh itu, pada peringkat inkubasi seseorang itu

perlu bertenang bagi mencari penyelesaian diperingkat pengilhaman.

Pada peringkat pengilhaman pula, seseorang akan mendapat ilham untuk

menyelesaikan masalah ini. Ilham tidak memberikan jawapan yang dicari, namun ianya

merupakan jalan yang akhir menghasilkan penyelesaian. Sebagai contoh, kalau

tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping, manakala kalau ikan

13

Page 15: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

hanyir pula ikan itu boleh dibasuh dengan tepung gandum dan kalau mahukan kuah

yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan

seperti mana yang dibuat oleh kedai-kedai makan di Temerloh.

Verifikasi pula adalah langkah yang hampir sama dengan langkah penyediaan.

Verifikasi adalah langkah terakhir selepas pengilhaman. Pada langkah ini, individu dapat

memperbaiki bahan ciptaannya dengan menggunakan topi hijau dan topi biru iaitu

tenang dan kreatif. Dengan cara ini, sesuatu yang dicipta akan menjadi lebih sempurna

dan boleh dipasarkan. Dalam melakukan verifikasi, individu hendaklah berpandukan

langkah pengilhaman. Contohnya, Ramli cuba mencipta sejenis lauk yang dinamakan

tempoyak ikan patin. Setelah menyediakan, beliau menggunakan inkubasi dan

mendapati lauk tersebut kurang masin, kuah kurang pekat dan ikan berbau hanyir.

Beliau haruslah melalui pengilhaman untuk mengatasi kekurangan yang terdapat pada

masakan tersebut. Setelah itu, barulah beliau beralih ke langkah varifikasi iaitu mereka

semula karyanya. Sekiranya setelah langkah verifikasi masih lagi terdapat kekurangan,

individu perlu mengulang kesemua langkah sehingga karyanya berjaya dan tiada

kurangan.

14

Page 16: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

4.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, fikiran kreatif akan memberikan banyak kebaikan kepada kita,

bukan sahaja ketika belajar atau bekerja bahkan dalam kehidupan seharian. Sebagai

contoh tayar terpakai dapat kita jadikan sebagai tempat untuk menanam bunga, botol

kaca yang terpakai dapat kita jadikan hiasan untuk pokok hiasan di dalam rumah dan

televisyen lama dapat dijadikan akuarium.

Fikiran kreatif tidak hanya memerlukan penggunaan topi hijau iaitu meggunakan

pemikiran kreatif, bahkan penggunaan topi lain juga amat penting bagi memastikan

proses untuk berfikir secara kreatif berjalan lancar. Sebagai contoh penggunaan topi

kuning untuk berfikiran secara positif dan topi biru untuk berfikir secara fleksible. Jika

digabungkan penggunaan kesemua topi tersebut idea yang dihasilkan sudah tentu akan

menjadi idea yang luar biasa.

Penggunaan alat berfikir juga dapat membantu dalam proses untuk mengumpul idea,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh penggunaan alat

berfikir CAF iaitu mengambil kira semua faktor bagi membantu kita mengarahkan minda

ke semua arah yang penting, ia juga mengelakkan kita daripada terlupa untuk

memikirkan semua perkara penting dan merupakan alat yang dapat membantu kita

meluaskan sudut pandangan kita.

Tambahan pula, untuk melakukan aktiviti berkumpulan penggunaan alat berfikir

OPV(Other’s people view) juga penting untuk mengambil kira pendapat orang lain.

Ketika melakukan tugasan berkumpulan sudah tentu banyak idea berlainan yang terhasil

kerana setiap orang mempunyai pendapat berbeza. Oleh itu, setiap pendapat yang

diberikan oleh ahli kumpulan haruslah diterima untuk dibincangkan sama ada boleh

digunakan ataupun tidak.

Akhir sekali, pemikiran kreatif dapat melibatkan penggunaan pelbagai jenis topi

berfikir dan pelbagai jenis alat berfikir bagi memastikan prosesnya berjalan lancar.

15

Page 17: Esei Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan

5.0 RUJUKAN

Buku

1. Edward de Bono. 1996. Serious Creativity. Harper Collins Business.

2. Adams, J.(n.d). Conceptual Blockbusting, USA: Addison Wesley Publishing.

3. Nurulhuda Abd Rahman, Md Nasir Ibrahim. 2013. Pemikiran kritis dan kreatif:

konsep, pendekatan dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Edward De Bono. 1997. Pemikiran Lateral.

5. Edward De Bono. 1996. Kursus 5 hari berfikir.

6. Edward De Bono. 2002. Saya betul anda salah: dari pemikiran kreatif ke zaman

pembaharuan yang baru.

Laman Web

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kreatif

http://hairilhazlan.com/2010/12/27/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-kreativiti-dan-

inovasi/

http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-meramal.html

Kamus

New Oxford English-English-Malay Dictionary (19th Edition). (2004). Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

16