4.2 alat membuat keputusan

Upload: wan-suha

Post on 12-Mar-2016

374 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

pengajian perniagaan

TRANSCRIPT

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2

4.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

4.2Alat membuat keputusan [MINGGU 15 8 WAKTU]ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

Setiap permasalahan yang wujud di dalam sesebuah organisasi perlu diselesaikan secara sistematik oleh pengurus yang bertanggungjawab. Sehubungan dengan itu, penilaian terhadap alternatif penyelesaian perlu dilakukan mengikut kaedah yang sesuai dengan menggunakan alat-alat yang sesuai.

Setiap keputusan yang melibatkan faktor objektif seperti angka dan nilai memerlukan pengurus menggunakan alat bantuan untuk membuat keputusan secara kuantitatif yang bersesuaian.

Manakala bagi keputusan yang lebih bersifat subjektif memerlukan seseorang pengurus menggunakan bantuan satu atau lebih alat keputusan berbentuk kualitatif bagi menyokong segala keputusan yang akan dibuat.

4.2.1 Alat membuat keputusan kuantitatif(a)mengaplikasikan alat membuat keputusan secara kuantitatif seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan;ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF Alat membuat keputusan kuantitatif merujuk kepada alat untuk :1. Membuat keputusan secara objektif . 2. Membuat keputusan berdasarkan data dan angka. Memerlukan pengetahuan pembuat keputusan dalam menginterpretasikan angka-angka yang diperolehi dan graf-graf yang dipersembahkan.

Contoh :Pengukuran statistik, persembahan grafik, kaedah nilai kini, kos manfaat, PERT/CPM, TPM dan pokok keputusan.

STATISTIK DESKRIPTIFMAKSUD STATISTIK

1. Statistik merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek

2. Satistik merupakan atu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan dan keputusan.

3. Statistik adalah satu seni dan sains untuk,mengumpul,memproses,menganalisis, menginterprestasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan.

CONTOH STATISTIK

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyatakan bahawa hanya 12,550 permohonan untuk memasuki institusi pengajain tinggi (IPT) di negara ini bagi sesi pengajian 2004/2005 barjaya mendapat tempat berbanding 29,770 orang yang memohon.Daripada bilangan yang berjaya, seramai 7550 mengikuti kursus aliran sastera sementara 5000 orang lagi dalam bidang sains.

2. Satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh akhbar tempatan mendapati bahawa 70% daripada responden yang terdiri daripada ibubapa tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan guru-guru merotan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin kerana mereka khuatir penyalahgunaan kuasa berlaku. Walaubagaimanapun, 25 % berpendapat bahawa guru disiplin dan pengetua boleh dibenarkan untuk menjalankan hukuman merotan.

JENIS-JENIS STATISTIK

STATISTIK terbahagi kepada 2 jenis:

1. Statistik Inferens (Statistik induktif)

Statistik Inferens merupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah.

Tumpuan Statistik Inferens utama dalam statistik inferens ialah untuk mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji.

Contoh Statistik Inferens: Berdasarkan tinjauan keatas 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Ledang Johor mengenai perkhidmatan food court, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar KKLJ berpuashati dengan perkhidmatan berkenaan.

2. Statistik Deskriptif (Statistik Perihalan)

Statistik Deskriptif adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk megumpul maklumat, menyusun, mempersembah data dan pengolahan data/merihalkan data yang dikumpul

Statistik Deskriptif termasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti purata dan juga melibatkan pengiraan ukuran serakan seperti peratus.

Menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk menentukan corak set data, meringkaskan maklumat daripada set data dan mempersembahkan maklumat yang dikumpul daripada sampel dalam bentuk yang menarik.

Statistik deskriptif biasanya melibatkan pengiraan min, mod, median, julat dna sisihan piawai:

1. MIN

-Purata semua nombor dalam sampel

2. MEDIAN

-Titik tengah nombor setelah disusun menaik

3. MOD

-Nombor yang paling kerap berulang

4. JULAT

-Perbezaan nilai terbesar dengan nilai terkecil

5. SISIHAN PIAWAI-Purata jarak/ sisihan setiap nombor dari min

ISTILAH-ISTILAH ASAS STATISTIK Elemen : ahli atau unsur samada daripada populasi ataupun sampel

Pemboleh ubah : merupakan cirian atau fenomena yang mempunyai nilai yang berbeza-beza dan menjadi tumpuan dalam kajian.Terbahagi kepada 2 iaitu pemboleh ubah kualitatif dan pemboleh ubah kunatitatif

Data : ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian

Populasi : keseluruhan objek,individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan.Banci merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi yang dikaji.

Sampel : merupakan suatu subset atau sebahagian daripada populasi.Kaedah pengambilan sampel dikenali persampelan .

Cerapan ; Nilai yang diperolehi daripada sesuatu pemboleh ubah

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES STATISTIK1. Mengumpul data

2. Memproses data

3. Menganalisis data

4. Mengintreptasi data

5. Mempersembahkan data

6. Membuat Keputusan dari data

SEBAB PENGURUS PERLU MEMPUNYAI KEMAHIRAN DALAM STATISTIK

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali.

Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.

2. Membuat keputusan yang lebih berkesan

Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan.

Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam

mengawasi mutu sesuatu produk.

PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN1. Bidang pengeluaran

Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

2. Bidang pemasaran

Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan, keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

3. Bidang kewangan

Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan kerugian dan percukaian.

4. Bidang pengurusan sumber manusia

Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing- ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang dialamiCONTOH APLIKASI MENGGUNAKAN ALAT STATISTIK DESKRIPTIF

MIN, MEDIAN DAN MOD

MINMIN adalah jumlah semua nilai dalam data itu dibahagikan kepada bilangan data yang ada.

Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

CONTOH:Data di dalam jadual di bawah menunjukkan bilangan produk yang dihasilkan oleh lima orang buruh di sebuah kilang.

Jumlah produk 10 + 20 + 30 + 40 + 50

Min produk = ----------------------- = ------------------------------ = 30

Bilangan buruh

5

Bilangan BuruhBilanganProduk

110

220

330

440

550

MEDIAN

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

CONTOH 1Markah prestasi bagi lima orang buruh adalah seperti berikut:

85, 78, 90, 88, 99

Cari median lima orang buruh berikut:-

Langkah 1:

Susun semula data tersebut secara tertib menaik

Angka yang terdapat ditengah-tengah susunan itu ialah median78, 85, 88, 90, 99

Maka mediannya ialah 88

CONTOH 2Tentukan median bagi kumpulan data yang berikut:-

65, 80, 75, 90, 82, 78

Langkah 1:

Dengan menyusun data tersebut, kita memperolehi :-

65, 75, 78, 80, 82, 90

Median tidak boleh diperolehi jika kerana terdapat dua nombor ditengah-tengah susunan.

Langkah seterusnya diperlukan untuk mencari median.

Langkah 2:

78 + 80

Median = ---------------- = 79

2

Maka mediannya ialah 79

Sekiranya bilangan data dalam sesuatu set adalah ganjil (contoh 1),maka nilai yang berada di tengah tengah data tertib itu adalah median.. Sebaliknya, jika bilangan data sesuatu set data adalah genap (contoh 2 ), min bagi dua nilai yang berada di tengah-tengah data itu ialah median.MOD

Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun.

Mod ( Mo ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung.

CONTOH 1Cari mod bagi kumpulan nombor berikut:-

6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,8,9

Oleh kerana nombor lapan ( 8 ) paling kerap berulang, maka modnya ialah 8JULAT, VARIAN DAN SISIHAN PIAWAIUntuk meninjau sejauhmana semua nilai dalam data itu ditaburkan daripada nilai minnya. Ukuran yang digunakan untuk tinjauan ini ialah ukuran serakan. Antara ukuran serakan yang digunakan ialah:-

JULAT JULAT ialah ukuran perbezaan antara nilai cerapan yang terbesar dengan cerapan nilai terkecil dalam sesuatu set data .

Formula JULAT

Julat = Skor tertinggi - Skor Terendah

VARIAN VARIAN ialah ukuran min kuasa dua sisihan- sisihan daripada min. Ukuran serakan yang mengambil kira semua data yang ada, berbeza daripada julat yang bergantung kepada dua ukuran sahaja, iaitu yang terendah dan tertinggi. Kita perlu menjumlahkan kuasa-dua perbezaan setiap ukuran daripada min keseluruhan ukuran. Dalam aspek pengeluaran, Varian adalah perbezaaan antara kos sebenar dengan kos standard yang dilibatkan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Rumus :

Varians

di x mana ialah min keseluruhan data.

CONTOH VARIAN DALAM PENGELUARAN:

Andaikan kos yang dilibatkan untuk menghasilkan 1 000 unit keluaran bagi bulan Jun adalah seperti berikut :

Bahan Langsung

RM13 020

Buruh Langsung

RM20 580

Overhed Berubah

RM 6 500

Overhed Tetap

RM 4 400

JUMLAH

RM44 500Manakala jumlah kos standard ialah RM 42,000 ( ditentukan dengan mendarabkan jumlah unit yang dihasilkan dengan kos standard seunit, iaitu 1,000 unit x RM 42.00)

Maka jumlah varian adalah :

Kos Sebenar

RM 44 500

Kos Standard

RM 42 000

Jumlah varian

RM 2 500 Jika kos sebenar melebihi daripada kos standard. Anda akan mengalami varian tidak baik (Unfavorable - akan ditandakan dengan huruf U)

Jika kos sebenar kurang daripada kos standard. Anda akan mengalami varian baik

(Favorable akan ditandakan dengan huruf F)SISIHAN PIAWAI SISIHAN PIAWAI ialah punca kuasa dua varians. Sisihan piawai adalah pengukuran yang biasa bagi serakan statistik, mengukur betapa lebarnya nilai dalam set data. Jika kebanyakan titik data hampir dengan min, maka sisihan piawai adalah kecil; jika banyak titik data jauh dari min, maka, sisihan piawai adalah besar. Jika semua data adalah sama, maka sisihan piawai adalah sifar.

adalah juga ukuran serakan dan ia amatlah berkaitan dengan varians, iaitu sisihan piawai adalah punca-ganda-dua varians :

Sisihan piawai (s) = s2

Contoh mudah untuk pengiraan SISIHAN PIAWAI

Katakan kita ingin mencari sisihan piawai bagi set nombor 4 dan 8.

Langkah 1: cari min aritmetik (atau purata) bagi 4 dan 8,

Langkah 2: cari perbezaan antara setiap nombor dengan min,

Langkah 3: kuasa duakan kedua-dua perbezaan

Langkah 4: jumlahkan kedua-duanya,

Langkah 5: bahagikan jumlah dengan bilangan nombor (sini, kita ada dua nombor),

= 4.

Langkah 6: ambil punca kuasa yang bukan negatif,

Maka, sisihan piawainya ialah 2.

PERSEMBAHAN STATISTIK DESKRIPTIF1. CARTA BAR Digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih sesuatu perkara pada sesuatu masa.

2. CARTA PAI Digunakan untuk mewakili data-data dengan menggunakan sekoir yang berlainan dalam sebuah bulatan.

Sudut-sudut sektor berkadar tertentu dengan jumlah data yang diwakili.

3. GRAF GARIS Di gunakan untuk menunjukkan pergerakan turun naik atau perubahan sesuatu perkara mengikut turutan masa tertentu.

4. HISTOGRAM Digunakan untuk menunjukkan kekerapan sesuatu perkara berlaku dan bentuk taburan data tersebut.

Kekerapan tersebut diwakili oleh ketinggian palang.

Dibina daripada data kuantitatif manakala carta bar dibina berdasarkan data berbentuk kualitatif.

5. CARTA PARETO ( 1884 1923 ) Carta ini menggunakan beberapa bar seperti dalam carta bar tetapi bar yang disusun adalah secara menurun, iaitu dari kekerapan yang terbesar hingga kepada kekerapan terkecil.

Bar yang dibina mewakili masalah atau punca masalah yang perlu diatasi mengikut keutamaan.

CONTOH 1 SOALAN STATISTIK DESKRIPTIFBerikut ialah maklumat yang diperolehi daripada Syarikat Teksi Ramli bagi minggu pertama operasinya.HariBilangan penumpang

Isnin31

Selasa38

Rabu42

Khamis38

Jumaat42

Sabtu40

Ahad42

Hitung min, medium dan mod penumpang syarikat teksi itu bagi minggu tersebut.[3]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN

i. Min :- 31+38+42+38+42+40+42

= 39

a. 7

ii. Medium :-31,38,38,40,42,42,42

= 40 (Nombor di tengah)

iii. Mod:- 31,38,38,40,42,42,42

= 42 (Nombor paling banyak)

CONTOH 2:Data yang berikut menunjukkan jumlah unit jualan mingguan yang dibuat oleh dua orang jurujual bagi lima minggu berturut-turut.

Jurujual

Minggu

12345

A9682726090

B8487646065

i.Hitung min jualan dan sisihan piawai jualan bagi setiap jurujual.

ii.Jurujual yang manakah yang lebih tekal jualannya? [11]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN

Sisihan piawai Jualan Jurujual ASisihan Piawai Jualan Jurujual B

xminx - min(x min)2xminx - min(x min)2

968016256847212144

828024877215225

7280-8646472-864

6080-204006072-12144

9080101006572-749

(x min)2824 (x min)2626

2m2m2m2m

824 / n-1 = 824 / 4= 206

626/4 = 156.4

sisihan piawai = 206 = 14.35

[1m]

Sisihan piawai = 156.4 = 12.51 [1m]

Jualan Jurujual B lebih tekal, kerana lebih kecil sisihan piawai lebih tekal. [1]

POKOK KEPUTUSAN

Pokok keputusan adalah satu gambar rajah yang digunakan untuk merangka dan menganalisis sesuatu masalah keputusan.

Rajah ini akan memberikan satu paparan bersistem dan berjujukan bagi titik-titik keputusan, alternatifnya dan peristiwa peluang.

Paparan itu berbentuk pokok, dan oleh sebab itu dinamakan pokok keputusan.

Pokok keputusan merujuk kepada Satu bentuk persembahan grafik mengenai pelbagai alternatif yang boleh diambil oleh pembuat keputusan untuk menyelesaikan masalah/membuat keputusan.

Menunjukkan alternatif tindakan () dan keadaan (o).

Setiap alternatif & keadaan dikaitkan dengan kebarangkalian.

Keputusan dibuat dengan pemilihan alternatif yang memberikan jangkaan pulangan paling tinggi.

CONTOH RAJAH POKOK KEPUTUSAN

CONTOH SOALAN POKOK KEPUTUSAN

CONTOH 1Syarikat SK Food Sdn. Bhd. Adalah syarikat pengeluar makanan dalam tin yang telah beroperasi selama hampir 20 tahun dan bercadang untuk mengembangkan perniagaannya.

(a) Berikut adalah maklumat yang diperoleh Syarikat SK Food Sdn. Bhd. Yang membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaannya:

Pilihan KeputusanKeuntungan dijangka dalam ekonomi baikKeuntungan dijangka dalam ekonomi meleset

Meningkatkan strategi promosiRM50,600-RM 10,000

Membuka cawangan baruRM65,200-RM12,500

Tidak membuat apa-apaRM0RM0

Kebarangkalian0.60.4

(i)Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat SK Food Sdn. Bhd.

(ii)Hitung jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusan.

(iii)Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut. Jelaskan jawapan anda. [10]

CADANGAN JAWAPAN:

(i) Rajah pokok keputusan Syarikat SK Food Berhad:

RM50,600 []

B 0.6

-RM10,000 []

M 0.4

SP B 0.6 RM 65,200 []

CB

M 0.4 -RM12,500 []

TB

B 0.6 RM0 []

M 0.4

RM0 []

Petunjuk:

SP Meningkatkan strategi promosi

B Ekonomi baik

CB Membuka cawangan baru

M Ekonomi meleset

TB Tidak membuat apa-apa

(ii) Jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusanMeningkatkan strategi promosi

= (0.6 x RM50,600) + (0.4 x RM10,000) []

= RM30,360 + (-RM4,000) []

= RM26,360 [1]

Membuka cawangan baru

= (0.6 x RM65,200) + (0.4 x RM12,500) []

= RM39,120 + (-RM5,000) []

= RM34,120 [1]

Tidak membuat apa-apa

= (0.6 x RM0) + (0.4 x RM0)

= 0 [1]

(iii) Syarikat perlu membuka cawangan baru [1] memandangkan jangkaan keuntungan yang diperoleh daripada pilihan keputusan ini adalah yang paling tinggi.[1]

SOALAN 2

Syarikat Ram Era Sdn Bhd ialah sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Terengganu. Pengurus atasan bercadang membuka cawangan di Kemaman. Menurut kajian yang dibuat, syarikat akan memperoleh keuntungan sebanyak RM85 000 jika ekonomi meningkat dan mengalami kerugian sebanyak RM15 000 jika ekonomi meleset. Sekiranya syarikat tidak membuka cawangan, keuntungan syarikat ialah RM75 000 jika ekonomi meningkat dan mengalami kerugian sebanyak RM10 000 jika ekonomi meleset. Kebarangkalian ekonomi meningkat ialah 45% dan kebarangkalian ekonomi meleset ialah 55%.

i. Lukiskan rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Ram Era Sdn Bhd.

ii. Hitungkan jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan keputusan.

iii. Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut.

[10]

CADANGAN RANGKA JAWAPAN

Membuka RM85 000 x 0.45 = RM 38 250 [1/2 m] Cawangan [1m]

(RM15 000) x 0.55 = (RM 8 250) [1/2 m]

RM75 000 x 0.45 = RM 33 750 [1/2 m]

Tidak buka cawangan [1m] (RM10 000) x 0.55 = (RM 5 500) [1/2 m]

[Bentuk empat segi dan bulatan yang betul =1m]

[gambar rajah lengkap = 5m]

i. PILIHANPilihan Membuka CawanganNilai jangkaan kewangan = (RM85 000 x 0.45) + (-RM25 000 x 0.55) [K= ]

= RM38 250 RM8 250 [K= ]

= RM30 000 [J=1]

Pilihan Tidak Membuka CawanganNilai jangkaan kewangan = (RM75 000 x 0.45) + (-RM10 000 x 0.55) [K= ]

= RM33 750 RM5 500 [K= ]

= RM28 250 [J=1]

ii. Membuka cawangan kerana hasilnya RM30 000 lebih tinggi berbanding dengan tidak membuka cawangan RM28 250 sahaja.

4.2.2 Alat membuat keputusan kualitatif

(b)mengaplikasikan alat membuat keputusan kualitatif seperti analisis tulang ikan, sumbang saran, kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal.

KEPUTUSAN SECARA KUALITATIF

Pembuatan keputusan secara kualitatif ialah proses pembuatan keputusan berdasarkan faktor-faktor yang subjektif iaitu bukan melibatkan angka dan nilai.

Proses pembuatan keputusan secara kualitatif melibatkan menyungkilan idea-idea kreatif berdasarkan kepada pengalaman pembuat keputusan, budi bicara, gerak hati, ataupun pandangan.

ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUALITATIF

1. ANALISIS TULANG IKAN

Rajah analisis tulang ikan merujuk kepada model grafik berbentuk seperti tulang ikan dan juga dikenali sebagai Rajah Ishikawa. Rajah tulang ikan dilukis untuk menganalisis situasi dan akibat masalah dengan mengenalpasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah.

Ia dilakukan dengan pencambahan fikiran yang menunjukan sebab dan kesan daripada sesuatu peristiwa membantu kumpulan menilai dan mengkategorikan kemungkinan daripada kesan dan sebab yang timbul.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGGUNAAN ANALISIS TULANG IKAN

Langkah 1: Pilih satu masalah (akibat) yang hendak dikaji Tulis masalah/situasi/akibat ini pada bahagian kanan dalam gambar rajah (kepala ikan)

Langkah 2: Tulis sebab-sebab utama yang mungkin telah menyumbang kepada akibat/masalah/situasi pada 4 tulang utama Untuk proses pengeluaran/perniagaan lazimnya ia berkaitan punca manusia, mesin, bahan mentah dan kaedah. [4M=man, method, material, maschine]

Langkah 3: Gunakan teknik sumbangsaran untuk menjana sub-sebab/punca kecil bagi setiap sebab/punca utama - tulang-tulang kecil Periksa rajah yang telah dibina untuk memastikan sebanyak mungkin punca kecil/sub-sebab telah dikenalpasti. Langkah 4: Bincangkan kesahihan sub-sebab yang telah dikenalpasti Kenalpasti dan bulatkan sub-sebab/punca sebenar yang memerlukan perhatian lanjut. Pertimbangkan sebab-sebab yang dikenalpasti itu sekali lagi

Jika perlu kutip data tambahan

Langkah 5:

Rancang dan laksanakan tindakan yang bersesuaian agar sebab-sebab (punca) tersebut dapat diatasi.PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN1. SUMBANG SARAN

Sumbangsaran ialah kaedah kumpulan yang berasaskan kenyataan bahawa penyemukaan manusia dalam satu kumpulan tersusun boleh dirangsang untuk menjadi lebih kreatif demi memperoleh idea dan penyelesaian baru. Sumbangsaran menggalakkan seseorang untuk menjadi lebih kreatif apabila berkomunikasi dengan orang lain dalam satu kumpulan Melalui kaedah ini, banyak idea baru dapat dihasilkan terutamanya apabila usaha ditumpukan ke atas barangan atau pasaran yang khusus Selain itu, sesi sumbangsaran tidak harus didominasikan oleh seorang individu yang tertentu sahaja sehingga mengabaikan perbincangan yang berkesan

Peraturan sesi sumbang saran

1. Menyatakan masalah dalam perkataan yang paling asas dan menulis isi-isi penting supaya mudah dirujuk dan dikenal pasti.[1]

2. Jangan mencari silap atau berhenti untuk membincang idea orang lain pada masa proses sumbangsaran. Ini termasuklah mengkritik idea orang lain.

3. Setiap ahli hendaklah menerima idea dan pandangan ahli lain walaupun berasa bahawa idea itu tidak relevan pada ketika itu bagi menggalakkan setiap ahli memberikan idea

4. Memberi sokongan atau galakan sangat perlu supaya ahli-ahli tidak mempunyai sikap mengasingkan diri. Ini bermakna setiap ahli tidak mempunyai sikap merendah diri.

Untuk memastikan keberkesanan sesi percambahan fikiran garis-garis panduan berikut perlu dipatuhi :

1. Setiap individu diberi giliran untuk memberi pendapat hanya satu pendapat bagi tiap-tiap giliran hingga tiada lagi pendapat.

2. Tiada pendapat yang dianggap bodoh, terima semua pendapat.

3. Menggalakkan individu yang pemalu untuk mengeluarkan pendapat.

4. Jangan memberi penilaian kepada sebarang pendapat semasa sesi berjalan

5. Semua pendapat hendaklah dicatat.

6. Individu digalakkan menggunakan prinsip 5W 1H (What, Why, When, Who, Where, dan How).

7. Individu digalakkan membaiki, memperluas serta mengembangkan satu-satu pendapat supaya malahirkan pendapat baru.

8. Individu digalakkan mengeluarkan seberapa banyak pendapat yang boleh.

9. Wujudkan suasana yang tidak formal sesekali untuk menggalakkan pendapat yang inovatif.2. KUMPULAN FOKUS

Sekumpulan individu yang menyumbang maklumat dalam format yang berstruktur.

Kaedah ini menggunakan sekumpulan individu yang mungkin terdiri daripada mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi di mana seorang orang tengah akan memandu kumpulan ini melalui satu perbincangan terbuka dan mendalam bagi mengenal pasti produk baru. Kumpulan ini terdiri daripada 8 hingga 14 orang peserta ini akan dirangsangkan dengan komen-komen daripada ahli kmpulan yang lain. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang baik untuk menyaring idea-idea dan konsep baru. Kumpulan fokus ini adalah sekumpulan orang yang menepati karakteristik pelanggan kita. Apabila kita mendapat sekumpulan orang ini, kita akan gunakan maklumat-maklumat, data dan pendapat mereka untuk memperbaiki elemen-elemen perniagaan kita.3. TEKNIK DELPHI

Pelbagai konsep yang diberikan berkaitan kaedah Delphi, antaranya cara sistematik yang menggabungkan keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama (Helmer,1968), satu kaedah untuk mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang (Dalkey,1972), dan tatacara pengundian panel responden (Hill dan Fowles,1975).

Berdasarkan kepada definisi dan konsep kaedah Delphi, dapatlah dirumuskan bahawa melalui kaedah ini responden bebas memberi pendapat dan disoal beberapa pusingan melalui surat atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan reka bentuk program penyelidikan yang biasanya dijalankan melalui soal selidik. Teknik Delphi juga merupakan teknik yang efisien dalam membuat telahan suatu kajian pada masa hadapan. Melalui teknik ini pendapat atau pandangan sekumpulan pakar dapat diperoleh tanpa perlu bersemuka di antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk sesuatu bidang kajian atau program yang baru dan perlu diterokai pada masa hadapan serta belum dibangunkan lagi. Ia mengambil kira pandangan sekumpulan pakar dan tidak mempunyai teori yang bersifat formal. Penggunaannya yang sangat meluas dan menyeluruh dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Kaedah Delphi mempunyai tiga sifat yang istimewa iaitu ketelusan, maklum balas terkawal dan analisis statistik kumpulan.Linstone dan Turoff (1975) membentuk lima asas utama Teknik Delphi adalah:

1. Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain dalam panel pakar;

2. Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli panel;

3. Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan jawapan soal-selidik mereka;

4. Data dianalisis secara statistik;

5. Data yang diberi oleh sampel adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan demikian panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai konsensus.4. TEKNIK KUMPULAN NOMINAL Teknik ini direka oleh Andre Delbeca dan Andrew Van De Ven dari Universiti Wisconsin pada tahun 1968. Teknik ini menyatukan peserta untuk menyelesaikan masalah tanpa mengadakan interaksi antara peserta.

Caranya :

1. Dalam kumpulan kecil, ahli-ahli diberi soalan bertulis dan diberi peluang untuk berfikir secara individu dan sendirian.

2. Peserta diminta memberi idea yang telah dituliskan seorang demi seorang. Idea ini ditulis seorang demi seorang. Idea ini dituliskan pada cara selak flip chart.

3. Setelah semua idea dipaparkan diikuti pula dengan perbincangan, penjelasan maksud, menerima atau menolak idea itu. Dibenarkan peserta memperkembang idea orang lain.

4. Diakhiri dengan membuat keutamaan prioritise daripada idea-idea yang banyak itu. Ini boleh dilakukan secara :-

i. Undianii. Prosedur mengatur mengikut keutamaan :

Setiap idea diberi nilai 1 5 dan semua peserta diminta memberi nilaian. Daya dianalisis dan diutamakan.

Teknik ini boleh digunakan untuk mengkaji keperluan latihan dan peserta di samping melibatkan peserta jika digunakan dalam latihan ataupun kursus.KEBAIKAN PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN

1. Lebih banyak pengetahuan & maklumat dapat digabungkan. Jadi lebih alternatif

2. Idea lebih bernas/baik kerana ahli menganalisa masalah dari pelbagai aspek

3. berdasarkan pengalaman,kemahiran dll yang berbeza

4. Semua ahli faham akan proses pemilihan idea dan mereka akan komited untuk

5. melaksana & selesaikan masalah

6. Sebarang keraguan dapat diatasi melalui perbincangan antara mereka

KEBURUKAN PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN

1. Ambil masa lama untuk mencapai persetujuan/keputusan

2. Wujud ahli yang akan menguasai sesi perbincangan & keputusan cenderung kepada

3. kumpulan ini

4. Mewujudkan ahli yang tidak dapat terima keputusan menyebabkan rasa tidak puas

5. hati & tidak komited melaksanakannya .

6. Akauntabiliti terhadap perlaksanaan & kesannya adalah kurang kerana ianya keputusan

7. kumpulan.

8. Wujud sikap tolak ansur dikalangan sebilangan ahli menyebabkan keputusan kurang

9. baik diterima.

10. Meningkatkan kosPEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KREATIF DAN INOVATIF

1. PEMBUATAN KEPUTUSAN SCARA KREATIF

Pembuatan keputusan secara kreatif ditakrifkan sebagai proses penjanaan idea yang bernas dan unik untuk tujuan penyelesaian masalah atau merebut peluang bagi organisasi.

Proses ini merangkumi pemikiran yang mepunyai ciri-ciri berikut:1. Berusaha menghasilkan idea, konsep dan persepsi baharu Kemukakan idea baru yang belum pernah diperkenalkan oleh mana-mana individu / idea yang belum digunakan pada masa tersebut

Contoh penggunaan buku elektronik menggantikan buku teks

2. Melihat sesuatu dari pelbagai sudut Meluaskan penggunaan sesuatu produk / satu produk mempunyai pelbagai fungsi

Contoh kad pintar yang boleh digunakan sebagai kad pengenalan, lesen memandu & kad pengeluaran wang di bank

3. Mencari kaedah/cara baru untuk melaksanakan tugas Menghasilkan kaedah baru /cara baru yang lebih baik daripada cara sedia ada yang dapat melaksanakan kerja sesuatu pekerjaan dengan lebih cepat & berkesan

Contoh penyimpanan wang tunai menggunakan mesin yang lebih berkesan berbanding menggunakan juruwang

4. Cuba mencabar apa-apa yang dianggap betul dan terbaik pada masa kini Idea boleh mencabar sesuatu perkara atau idea yang sedia ada yang dianggap terbaik pada masa kini

Contoh kerja-kerja yang dilakukan oleh robot

5. Berusaha menghasilkan idea yang dapat mencabar fikiran biasa Gambaran & pemahaman yang baru terhadap sesuatu produk mengikut keadaan semasa

Boleh mengubah pemahaman masyarakat terhadap sesuatu produk yg dikenali sebelum ini.

Contoh stesen minyak yang kini turut menenpatkan kedai mudah beli, mesin pengeluaran & restoren makanan segera

6. Memikir/meramalkan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan Kemampuan meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang

berdasarkan kepada pengetahun, pengalaman & analisis

2. INOVASI DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami. Inovatif juga bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai sesuatu untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

Satu cara memperkenalkan idea yang baru untuk membuat sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru. Inovasi melibatkan penghasilan, penerimaan dan pelaksanaan idea baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Satu proses mengeluarkan idea dan mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang baru. EMBED Equation.3

EMBED Equation.3

1

2

2

Pilih A1

Pilih A2

Keputusan awal

Keadaan 1

Keadaan 2

Keadaan 1

Keadaan 2

Pilih A1

Pilih A2

Pilih A3

Pilih A4

Hasil 1

Hasil 2

Hasil 3

Hasil 4

Hasil 5

Hasil 6

Titik keputusan

Peristiwa berkebarangkalian

[Jumlah = 3m]

Bahan mentah

Mesin

Keluaran tidak

berkualiti

Tradisional

Manual

pembekal

Tidak cukup

Hayat guna

Kemahiran rendah

sikap

rosak

Kaedah

Manusia

Bahan mentah

Mesin

Keluaran tidak

berkualiti

Tradisional

Manual

pembekal

Tidak cukup

Hayat guna

Kemahiran rendah

sikap

rosak

Kaedah

Manusia

Masalah/

Situasi/ Akibat

mesin

manusia

kaedah

Bahan mentah

Masalah/

Situasi/ Akibat

mesin

manusia

kaedah

Bahan mentah

Masalah/

Situasi/ Akibat

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

_1419576637.unknown

_1419576638.unknown