kemahiran memerhati

7
Kemahiran Memerhati Definisi Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima deria. Instrumen atau alat boleh digunakan dalam membantu deria. Pengetahuan dan pengalaman lepas memainkan peranan dalam membuat pemerhatian yang teliti . Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga: i) Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian berdasarkan ke atas ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu. ii) Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat. iii) Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif. Penguasaan kemahiran ini penting bagi anda kerana: 1. boleh meningkatkan perasaan ingin tahu anda. 2. meransangkan pemikiran anda. 3. anda boleh mentafsir tentang persekitaran. 4. boleh mendorong anda kepada penyiasatan selanjutnya Anda sedang menggunakan kemahiran memerhati jika: 1. menggunakan pelbagai deria untuk memperolehi maklumat.

Upload: thilaga-arumugam

Post on 10-Apr-2016

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

memerhati

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Memerhati

Kemahiran Memerhati

Definisi

           Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek atau

fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima deria. Instrumen atau

alat boleh digunakan dalam membantu deria. Pengetahuan dan pengalaman lepas

memainkan peranan dalam membuat pemerhatian yang teliti.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:

i) Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini

direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan.

Pemerhatian berdasarkan ke atas  ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau

fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.

ii) Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih

tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.

iii) Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya

berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia.

Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.

Penguasaan kemahiran ini penting bagi anda kerana:

1. boleh meningkatkan perasaan ingin tahu anda.

2. meransangkan pemikiran anda.

3. anda boleh mentafsir tentang persekitaran.

4. boleh mendorong anda kepada penyiasatan selanjutnya

Anda sedang menggunakan kemahiran memerhati jika:

1. menggunakan pelbagai deria untuk memperolehi maklumat.

2. menggunakan instrumen  atau alat yang sesuai untuk membantu deria

membuat pemerhatian terperinci.

3. membuat perbandingan.

4. mengesan perbezaan dan persamaan.

5. mengenal pasti ciri-ciri kelainan atau yang istimewa.

6. mengenal pasti ketertiban atau urutan fenomena yang berlaku.

menyedari perubahan yang berlaku di sekeliling.

7. memilih butiran yang relevan daripada banyak atau pelbagai maklumat.

Page 2: Kemahiran Memerhati

Kemahiran MengelasTakrif

“Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan

masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya.”

Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda....

1. menyusun sesuatu mengikut peraturan umum.

2. belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan

ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia ada.

3. menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu

objek atau peristiwa.

4. menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih

tersusun.

Anda sedang mengenalpasti ciri-ciri sepunya jika anda.......

1. memberi ciri-ciri objek atau item.

2. mendapatkan ciri-ciri objek atau item.

3. menyenaraikan ciri-ciri objek atau item.

4. menentukan ciri-ciri objek atau item.

Anda sedang membuat pengelasan ciri-ciri apabila anda.....

1. mengumpul ciri-ciri mengikut kategori.

2. mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri-ciri objek atau item.

3. mengkaji ciri-ciri sepunya pada objek atau item.

4. menyusun objek atau item mengikut kumpulan.

5. membahagikan objek atau item dalam kumpulan kecil berdasarkan ciri-ciri

yang sama.

6. mencari perkaitan antara ciri-ciri objek atau item.

7. mengkaji perkaitan antara ciri-ciri atau item.

Page 3: Kemahiran Memerhati

Kemahiran BerkomunikasiTakrif

“memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisan

seperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan matematik, jadual dan lain-lain.”

Jika anda mendapati diri anda sedang menerima maklumat atau menyebarkan

maklumat, atau berkongsi maklumat maka anda sedang berkomunikasi. Anda juga

berkomunikasi apabila anda dapati berada dalam suasana :

1. berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai idea atau sesuatu

maksud.

2. merekod hasil dapatan sesuatu penyelidikan.

3. melukis dan mengambil nota.

4. menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol.

5. menggunakan carta ,graf dan jadual untuk menyampai maklumat.

6. menyoal dengan jelas.

7. menggunakan rujukan.

8. menulis laporan eksperimen supaya orang lain dapat membaca dan

mencubanya.

Alat-alat komunikasi yang boleh anda guna untuk menjelaskan atau menghuraikan 

sesuatu tindakan, objek atau peristiwa ditunjukkan dalam  Jadual 1. 

Jadual 1

Page 4: Kemahiran Memerhati

Kemahiran meramalTakrif

“Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan

pengetahuan sedia ada melalui pengalaman atau berdasarkan maklumat yang

dikumpul daripada pemerhatian atau inferens .”

Anda menggunakan kemahiran meramal apabila anda:

1. menggunakan maklumat semasa dan yang telah lepas untuk menjangka apa

yang mendatang.

2. boleh membezakan antara meramal dan meneka.

3. dapat menjangka kesan akibat daripada tindakan yang diambil.

4. mengesan pola-pola untuk menjangka yang seterusnya.

5. yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat.

6. dapat menjangka dan menghuraikan kejadian yang akan berlaku berdasarkan

bukti dan kejadian lampau.

berhati-hati dalam membuat andaian menjangkau bukti yang ada hanya

berdasarkan pola-pola data.

mengekstrapolasi sebagai alat untuk mendapatkan data dalam meramal.

Anda perlu menguasai kemahiran meramal kerana kemahiran ini membolehkan

anda membuat keputusan yang tepat dalam ,mengurangkan bilangan pilihan,

merancang,membincangkan pilihan-pilhan yang mungkin.

Anda sedang meramal jika anda :

1. memerhati untuk mengumpul maklumat.

2. mengenal pasti pola-pola pada maklumat yang terkumpul.

3. menggunakan pola atau pengalaman lepas untuk menjangka apa yang akan

terjadi.

Page 5: Kemahiran Memerhati

Perhatikan contoh berikut:

1. Apakah yang anda jangka akan terjadi?

Kemungkinan yang akan berlaku:

i. Tembakan tepat mengena sasaran

ii. Tembakan tersasar

2.

Kenyataan di atas adalah satu contoh pemerhatian. Apakah yang anda

ramalkan akan terhasil?

Mungkin pelangi akan terhasil

3. Aktiviti.

Sekumpulan pelajar menjalankan satu eksperimen menggunakan sistem

takal seperti dalam gambar di bawah.

Keputusan yang mereka perolehi dicatatkan ke dalam Jadual 1

Sekiranya jarak daya 27 cm. Ramalkan jarak beban.