kemahiran insaniah meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa sebagai persediaan menempuhi alam pekerjaan

11
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 1 Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Fakulti Pendidikan (Ekonomi), Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] PENGENALAN Kerjaya adalah sangat penting bagi seseorang individu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Memiliki kerjaya setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi merupakan satu ukuran kebolehgajian bagi seorang graduan. Hal ini kerana tidak mudah untuk memperoleh sesebuah pekerjaan dalam ekonomi yang tidak menentu kini. Graduan yang tidak memenuhi spesifikasi yang diinginkan oleh majikan tidak akan mendapat tempat di sesebuah organisasi sama ada awam atau swasta. Segulung ijazah tidak akan menjamin graduan untuk memperoleh sesebuah pekerjaan yang diimpikan. Cemerlang dalam bidang akademik tidak berupaya menentukan bahawa graduan mampu menjawat jawatan seperti yang diharapkan. Saban tahun kadar pengangguran dalam kalangan graduan sangat membimbangkan dan bagaikan tiada penyudah. Menurut laporan daripada Jobstreet iaitu satu agensi mencari pekerjaan, dari 385, 800 orang penganggur sebanyak 56% penganggur adalah dalam kalangan graduan universiti dari pelbagai peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah pertama, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Jobstreet juga turut menyenaraikan faktor berlakunya pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan graduan. antaranya ialah tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, masalah sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan dan organisasi, graduan terlalu mengharapkan gaji yang tinggi dan tidak munasabah, ketidaksepadanan kemahiran graduan dengan kehendak pasaran, graduan tiada kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan tahap pengetahuan graduan yang lemah. Faktor-faktor inilah yang akan menjejaskan seseorang graduan untuk memperoleh sesuatu pekerjaan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2014 sebanyak 254,140 bilangan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri dari pelbagai tahap pengajian dan bidang pengajian. Graduan ini bakal bersaing dengan penganggur yang sedia ada untuk memperoleh pekerjaan. Isu penawaran buruh lebih daripada permintaan buruh menyebabkan graduan ini perlu bersaing

Upload: fazhani-faz

Post on 20-Mar-2017

387 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

1

Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa

sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Fakulti Pendidikan (Ekonomi),

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

PENGENALAN

Kerjaya adalah sangat penting bagi seseorang individu untuk meneruskan kelangsungan

hidup. Memiliki kerjaya setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi merupakan satu

ukuran kebolehgajian bagi seorang graduan. Hal ini kerana tidak mudah untuk memperoleh

sesebuah pekerjaan dalam ekonomi yang tidak menentu kini. Graduan yang tidak memenuhi

spesifikasi yang diinginkan oleh majikan tidak akan mendapat tempat di sesebuah organisasi

sama ada awam atau swasta. Segulung ijazah tidak akan menjamin graduan untuk

memperoleh sesebuah pekerjaan yang diimpikan. Cemerlang dalam bidang akademik tidak

berupaya menentukan bahawa graduan mampu menjawat jawatan seperti yang diharapkan.

Saban tahun kadar pengangguran dalam kalangan graduan sangat membimbangkan

dan bagaikan tiada penyudah. Menurut laporan daripada Jobstreet iaitu satu agensi mencari

pekerjaan, dari 385, 800 orang penganggur sebanyak 56% penganggur adalah dalam

kalangan graduan universiti dari pelbagai peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah

pertama, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Jobstreet juga turut menyenaraikan faktor

berlakunya pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan graduan. antaranya ialah

tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, masalah sikap graduan yang terlalu memilih

pekerjaan dan organisasi, graduan terlalu mengharapkan gaji yang tinggi dan tidak

munasabah, ketidaksepadanan kemahiran graduan dengan kehendak pasaran, graduan tiada

kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan tahap pengetahuan graduan yang lemah.

Faktor-faktor inilah yang akan menjejaskan seseorang graduan untuk memperoleh sesuatu

pekerjaan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun

2014 sebanyak 254,140 bilangan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi

awam dan swasta yang terdiri dari pelbagai tahap pengajian dan bidang pengajian. Graduan

ini bakal bersaing dengan penganggur yang sedia ada untuk memperoleh pekerjaan. Isu

penawaran buruh lebih daripada permintaan buruh menyebabkan graduan ini perlu bersaing

Page 2: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

2

sesama mereka. Hanya graduan yang benar-benar berpotensi akan diserap masuk dalam

pasaran buruh. Namun, terdapat juga graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan tetapi

pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kelulusan dan bidang pengajian mereka. Ini

merupakan suatu cabaran yang perlu ditempuh oleh semua mahasiswa yang akan

menamatkan pengajian kelak. Bakal graduan perlu bersedia untuk menempuhi sebarang

kemungkinan untuk menjadi penganggur sementara menunggu memperoleh sesebuah

pekerjaan.

Menurut kajian longitudinal yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Terengganu,

faktor utama yang menjadi penyebab berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan

ialah kelemahan kemahiran insaniah graduan itu sendiri. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh

Hazilah et al (2013), majikan sama ada sektor awam mahupun swasta masa kini sangat

menitikberatkan aspek kemahiran insaniah yang dimiliki oleh graduan untuk menjawat

jawatan disediakan. Kegagalan menyiapkan diri dalam aspek kemahiran insaniah boleh

menjejaskan kebolehpasaran seseorang graduan. Rungutan dari majikan juga timbul kerana

graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi tidak berkemahiran dan kurang

berkualiti. Graduan yang berkualiti adalah graduan yang mampu menyiapkan diri dengan

menguasai kemahiran yang diperlukan oleh majikan agar dapat menyempurnakan matlamat

organisasi.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kemahiran insaniah

bagi membangunkan modal insan kelas pertama. Pihak kementerian juga menggariskan

beberapa elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi setiap bakal graduan di

intitusi pengajian tinggi. Elemen tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis

dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika

professional serta kemahiran kepimpinan. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta

bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam kurikulum dan kokurikulum

bagi mempersiapkan pelajar mereka dengan kemahiran insaniah yang diperlukan pasaran

kerja masa kini. Pelajar juga diharapkan dapat mengambil peluang untuk yang disediakan

oleh institusi pengajian masing-masing sebagai persiapan untuk menempuh alam pekerjaan.

Selaras dengan matlamat negara untuk mencapai negara maju pada masa akan datang,

pembangunan modal insan adalah sangat penting. Pembangunan modal insan kelas pertama

dijadikan antara agenda utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kerajaan yang telah

Page 3: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

3

dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Dalam

pembentukan modal insan kelas pertama, kemahiran insaniah merupakan satu pendekatan

yang berhubung kait yang dapat membantu meningkatkan kualiti setiap individu masyarakat

terutamanya mahasiswa dan graduan. Agenda ini juga diharapkan dapat mengurangkan kadar

pengangguran dalam kalangan graduan serta memenuhi tuntutan majikan.

APAKAH KEMAHIRAN INSANIAH?

Menurut Md. Tahir et al (2014), kemahiran insaniah ialah suatu kemahiran generik yang

mempunyai pelbagai elemen pembelajaran utama yang meliputi keperibadian dan kerja

berkumpulan. Kemahiran insaniah tidak mempunyai definisi yang khusus namun kemahiran

insaniah ini dikaitkan dengan trait personaliti seseorang individu, pandai berkomunikasi dan

berkenalan, mempunyai daya tahan serta berinovatif (Pusat Pembangunan Kemahiran

Insaniah USIM, 2015). Kerajaan telah menggariskan 7 elemen yang perlu ada dalam

kemahiran insaniah yang seharusnya diterapkan dalam diri pelajar iaitu kemahiran

berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja

berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan,

moral dan etika profesional serta kemahiran kepimpinan.

Kemahiran berkomunikasi dalam kemahiran insaniah yang perlu diterapkan meliputi

kebolehan seseorang untuk menyampaikan idea dengan berkesan dengan penuh keyakinan

sama ada secara lisan, bertulis dan bahasa isyarat. Mahasiswa juga disarankan untuk fasih

berbahasa Melayu dan Inggeris dan turut mempelajari dan menguasai bahasa ketiga seperti

mandarin kerana bahasa ketiga adalah amat penting bagi yang ingin bekerja dengan majikan

dan syarikat multinasional. Dalam elemen kemahiran berkomunikasi ini juga mahasiswa

perlu ada kemahiran mendengar yang baik dan mampu memberi respon yang positif. Selain

daripada itu, mahasiswa diharapkan berkebolehan untuk membuat pembentangan dengan

jelas dan yakin serta bersesuaian dengan tahap pendengar dan topik perbincangan. Semasa

sesi pembentangan juga, mahasiswa berkebolehan menggunakan teknologi yang disediakan

sama ada komputer dan sebagainya. Kemahiran komunikasi yang baik dapat dilihat apabila

mahasiswa mampu mempengaruhi orang lain dan mendapat persetujuan bagi mencapai

sesuatu matlamat. Mahasiswa kini juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang yang

berlainan budaya sama ada dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Mahasiswa dapat diharapkan

Page 4: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

4

dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi secara perseorangan tanpa mengharapkan

bantuan dari sesiapa.

Elemen kedua yang digariskan dalam kemahiran insaniah ialah pemikiran kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen ini merupakan tindakan seseorang individu iaitu

mahasiwa yang boleh merubah sesuatu keadaan untuk menjadi lebih baik. Dengan erti kata

lain, mahasiswa berkebolehan untuk menentukan serta menganalisis masalah walaupun

dalam situasi yang kompleks dan kabur seterusnya mampu membuat penilaian yang baik.

Mahasiswa juga dapat mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir sperti menjelaskan,

menganalisis dan menilai sesuatu perbincangan bagi mencapai sesebuah matlamat dan

objektif. Kemahiran ini juga dapat memperlihatkan mahasiswa sama ada mampu mencari

idea dan mencari jalan penyelesaian alternatif bagi sesuatu masalah.

Kemahiran kerja berpasukan adalah elemen ketiga yang perlu ada bagi mahasiswa

bagi menningkatkan kemahiran insaniah dalam pembentukan modal insan kelas pertama.

Kemahiran kerja berpasukan merupakan kebolehan mahasiswa untuk membina hubungan

yang baik, kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain serta bekerja secara efektif

bersama mereka bagi mencapai satu objektif yang sama. Elemen ini juga memperlihat

mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara kumpulan dan ahli

kumpulan lain. Dengan erti kata lain, mahasiswa bersedia untuk memberikan kerjasama serta

bertanggungjawab bersama ahli kumpulan dengan memberi sumbangan kepada setiap

perincian perancangan, pelaksanaan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan. Kerja

berpasukan menunjukkan kebolehan seseorang mahasiswa untuk mengenal dan menghormati

sikap, kelakuan dan kepercayaan kepada orang lain. Elemen ini adalah sangat penting bagi

mahasiwa untuk memasuki alam pekerjaan kerana mahasiswa perlu membiasakan diri dengan

pekerja lain dalam persekitaran organisasi.

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat turut digariskan bersama bagi

meningkatkan dan menguasai kemahiran insaniah. Mahasiswa yang berkemahiran insaniah

mampu mencari dan menguruskan maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber dan

menepati dengan topik permasalahan. Sumber yang diperoleh sama ada sumber primer atau

sekunder berupaya disentesiskan mengikut idea tersendiri sesuai dengan masalah dan topik

perbincangan. Disamping itu, mahasiswa juga boleh menerima idea baharu daripada orang

lain dan berkeupayaan untuk mendapatkan pembelajaran secara autonomi. Walaupun,

objektif atau penyelesaian bagi suatu masalah dapat dicapai, ianya tidak terhenti di situ sahaja

Page 5: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

5

malah mahasiswa diharapkan dapat mengembangkan dan mengaplikasikan topik atau

perbincangan tersebut agar ianya dapat dijadikan pembelajaran yang berterusan dan mampu

memberi manfaat kepada individu yang lain. Seperti kata orang dulu kala “menuntut ilmu

dari buaian hingga ke liang lahat”. Pepatah ini sesuai dengan elemen pembelajaran berterusan

kerana sesuatu pembelajaran tidak akan terhenti malah berterusan. Namun semuanya

bergantung kepada mahasiswa itu sendiri untuk meneruskan dan mengembangkannya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Elemen kelima yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa ialah kemahiran

keushawanan. Kemahiran ini akan memperlihat mahasiwa sama ada berkebolehan untuk

mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud di sekeliling mereka. Mahasiswa juga dilihat

sama ada mampu untuk merangka perancangan perniagaan setelah mengenalpasti peluang

perniagaan yang wujud. Ini akan menunjukkan kebolehan mahasiswa untuk membina,

meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemahiran keushawanan ini dapat

memupuk mahasiswa untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan makan gaji selepas

tamat pengajian. Bertepatan dengan satu hadis riwayat At-Tarmizi dimana Nabi Muhamaad

SAW bersabda, “9/10 pintu rezeki itu datangnya daripada perniagaan”. Islam sendiri

menekankan bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan adanya penerapan kemahiran

insaniah berelemenkan kemahiran keusahawanan, isu pengangguran dalam kalangan graduan

dapat diatasi dan masalah pembaziran guna temaga dapat dikurangkan.

Kemahiran insaniah juga turut menerapkan moral dan etika profesional dalam usaha

membentuk modal insan kelas pertama. Kemahiran ini meliputi kebolehan memahami kesan

ke atas ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Dalam hal ini,

mahasiswa perlu peka dengan apa yang berlaku dan perubahan yang berlaku sama ada luar

atau dalam negara. Selain itu, mahasiswa mesti berkebolehan untuk menganalisis dan

membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika disamping mematuhi dan

mentaati segala bentuk peraturan atau rujukan dalam setiap tindakan dan tingkah laku yang

dilakukan. Kemahiran ini juga membantu mahasiswa mendisiplinkan diri mereka dalam apa

jua bentuk keadaan dan di mana sahaja mereka berada.

Elemen kemahiran insaniah yang terakhir yang perlu diterapkan dalam diri setiap

mahasiswa ialah kemahiran kepimpinan. Setiap mahasiswa perlu berupaya untuk menjadi

seorang pemimpin atau ketua bagi sesebuah projek yang bakal dilaksanakan. Untuk menjadi

seorang pemimpin yang berdedikasi, mahasiswa perlu mempunyai pengetahuan teori asas

Page 6: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

6

sebelum menjadi seorang pemimpin dan memimpin orang lain. Selain mempunyai

pengetahuan tentang kepimpinan, mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan

bersilih ganti antara ahli kumpulan. Dengan ini, akan menunjukkan bahawa sebagai seorang

ketua, mahasiswa tidak hanya pandai mengarah malah turut sama menggalas tugas bersama

ahli kumpulan yang lain. Hubungan antara ahli kumpulan akan menjadi bertambah erat

sekiranya mahasiswa sebagai ketua kumpulan mampu memberi dorongan dan semangat

kepada ahli kumpulan untuk mencapai matlamat secara bersama.

Tuntasnya, kesemua elemen kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia antaranya kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan

dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta

kemahiran kepimpinan amat penting untuk dikuasai oleh setiap mahasiswa. Mahasiswa yang

berjaya menguasai kesemua elemen yang diperlukan majikan ini akan berpeluang untuk

memperoleh sesebuah pekerjaan. Penilaian pihak majikan adalah bergantung kepada tahap

penguasaan kemahiran yang diperlukan majikan bukan sahaja memandang kecemerlangan

akademik semata-semata. Jadi, mahasiswa perlu bijak mengambil peluang yang dibuka oleh

pihak institusi pengajian bagi menggilap dan meningkatkan tahap kemahiran insaniah diri

masing-masing.

KENAPA PENTINGNYA KEMAHIRAN INSANIAH?

Kemahiran insaniah adalah sangat penting dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang

berkualiti selaras dengan kehendak ekonomi semasa. Disamping berjaya dalam bidang

akademik, mahasiswa perlu menyiapkan diri dengan kemahiran insaniah sebagai pelengkap

kepada pengetahuan teori dan amali yang dipelajari di institusi pengajian (Seo, 2013).

Kegagalan mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah akan menyebabkan mahasiswa

juga gagal mendapat pekerjaan. Jadi amatlah perlu bagi semua pihak berganding bahu untuk

membantu mahasiswa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran insaniah yang

diperlukan pasaran buruh masa kini. Kemahiran insaniah merupakan satu nilai ditambah yang

dimiliki oleh mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dan mampu bersaing di

alam pekerjaan.

Page 7: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

7

Kemahiran insaniah diperkenalkan dan diperluaskan oleh Kementerian Pengajian

Tinggi di seluruh pelosok institusi pengajian adalah kerana graduan yang dikeluarkan tidak

berkualiti dan banyak kelemahan. Kelemahan yang dikenalpasti menjadi punca mereka tidak

mendapat tempat dan tidak dipilih oleh majikan untuk menjawat jawatan ialah tidak memiliki

kemahiran insaniah. Graduan yang dikeluarkan ibarat mee segera saban tahun tidak dapat

bergerak seiring dengan perubahan teknologi dan kehendak pasaran kerja. Harapan negara

untuk melahirkan modal insan kelas pertama tidak dapat dicapai sekiranya rakyat kurang

berkemahiran dan tidak berketerampilan sesuai dengan ciri modal insan kelas pertama.

Kementerian Pengajian Tinggi negara sangat memberi penekanan kepada kemahiran

insaniah mahasiswa dengan mewujudkan pelbagai strategi dan program seperti latihan

keusahawanan, latihan industri dan sebagainya. Strategi dan program yang dilaksanakan

bertujuan membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan

seterusnya dapat memasarkan mahasiswa di pesaran buruh. Matlamat utama kementerian

memperkenalkan kemahiran insaniah ialah supaya mahasiswa yang bakal bergelar graduan

berupaya memperoleh pekerjaan yang sesuai. Selain itu, mahasiswa ini mempunyai

kompetensi yang tinggi dan juga berkualiti. Kewujudan kemahiran insaniah juga bertujuan

untuk menjadikan mahasiswa seorang usahawan dan pemangkin kewujudan peluang

pekerjaan kepada golongan yang kurang berpendidikan. Dengan ada kemahiran

keusahawanan, mahasiswa tidak hanya terfikir belajar tinggi-tinggi untuk makan gaji semata-

mata namun berusaha menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka.

PERLAKSANAAN KEMAHIRAN INSANIAH

Penerapan kemahiran insaniah perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi agar setiap pelajar

yang dikeluarkan bermutu tinggi dan mengikut kehendak majikan. Pihak yang

bertanggungjawab tidak seharusnya memandang enteng akan isu ini dan perlu memberi

penekanan yang serius. Dalam isu penerapan kemahiran insaniah, kerajaan, institusi

pengajian dan mahasiswa perlu saling melengkapi untuk membantu meningkatkan kemahiran

insaniah mahasiswa.

Sedia maklum bahawa kemahiran insaniah ini telah diperkenalan oleh kerajaan

menerusi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah

proaktif bagi membentuk dan meningkatkan kualiti graduan setelah mengenal pasti bahawa

Page 8: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

8

isu utama graduan tidak mendapat tempat di pasaran kerja adalah kelemahan kemahiran

insaniah. Kerajaan juga telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan

institusi pengajian dapat melaksanakan program yang mampu melahirkan mahasiswa yang

mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri

Najib dalam Rancangan Malaysia ke-11, penilaian sama ada maju atau mundurnya sesebuah

negara bergantung kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompentensi dan kemahiran

insaniah. Ini menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan sangat menekankan aspek

kemahiran insaniah dalam melahirkan modal insan kelas pertama kerana modal insan

merupakan sumber penting bagi pembangunan negara.

Institusi pengajian telah menggalaskan amanat dari kerajaan untuk membantu

mahasiswa menguasai kemahiran insaniah. Institusi pengajian tidak kira awam atau swasta

sangat menitikberatkan kemahiran insaniah agar setiap graduan yang dilahirkan adalah

bermutu tinggi sesuai dengan kehendak majikan. Pelbagai program dan strategi dilakukan

bagi membantu mahasiswa. Penerapan kemahiran insaniah tidak hanya tertumpu dalam

bidang akademik, malah kemahiran insaniah juga dipupuk dalam kokurikulum dan program-

program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Setiap jabatan, fakulti dan kolej

kediaman di institusi pengajian bertindak sebagai agen pelaksana. Kemahiran insaniah perlu

dilaksanakan secara berterusan dan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa seiring

dengan perubahan zaman. Setelah perlaksanaan kemahiran insaniah dijalankan, pihak

institusi perlu menjalankan penaksiran secara menyeluruh dan memberi penilaian sama ada

penerapan kemahiran insaniah ke atas diri mahasiswa berkesan atau sebaliknya. Sekiranya

berkesan, maka program seumpamanya perlu dijalankan dengan lebih kerap, namun

sekiranya tidak berkesan program tersebut perlu dihentikan kerana tidak mendatangkan hasil

seperti yang diharapkan. Sememangnya setiap pelaburan yang dilakukan perlulah

mendatangkan manfaat kepada semua pihak, tetapi jika pelaburan yang dilakukan tidak

mendapat sebarang hasil maka rugi untuk diteruskan. Begitulah ibaratnya penerapan

kemahiran insaniah kepada pelajar. Program yang mampu menyuntik kemahiran insaniah

pelajar harus diteruskan dan program yang tidak mendatangkan faedah harus dihentikan.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan institusi pengajian untuk

meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Namun, usaha-usaha ini tidak akan berjaya

dilaksanakan sekiranya mahasiswa tidak mengambil peluang yang dibentangkan kepada

mereka. Sebagai seorang pelajar, mahasiswa perlu bijak merebut peluang yang disediakan

kerana tidak semua orang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Page 9: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

9

Mahasiswa seharusnya mempunyai kesedaran untuk meningkatkan prestasi diri mereka

bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga menerusi bidang bukan akademik seperti

kokurikulum supaya dapat bersaing di pasaran global. Jadi, mahasiswa perlu mengambil

inisiatif yang disediakan oleh pelbagai pihak untuk memajukan diri mereka. Laporan dari

International Student Assessnebt (PISA, 2012) telah menyatakan bahawa 1 daripada 5 orang

belia di Singapura, Jepun dan Korea Selatan mampu untuk menyelesaikan masalah yang

kompleks berbanding dengan hanya 1 daripada 100 orang belia di Malaysia. Ini meletakkan

Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 buah negara dalam aspek kemahiran dan kemampuan

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Permasalahan ini dapat diatasi sekiranya mahasiswa

negara dapat menguasai kemahiran insaniah kerana dalam kemahiran insaniah telah

menggariskan tujuh elemen penting termasuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah.

CABARAN KEMAHIRAN INSANIAH

Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa

negara namun proses tersebut turut mendapat cabaran dan halangan.

Sikap mahasiswa menjadi cabaran utama dalam usaha meningkatkan kemahiran

insaniah. Mahasiswa sepertinya kurang kesedaran tentang betapa pentingnya penguasaan

kemahiran insaniah. Ini menyebabkan mahasiswa mengambil sikap acuh tak acuh dalam

setiap program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Sikap mahasiswa ini yang

mengakibatkan program-program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian kurang

mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan. Menurut Yusof (2013), mahasiswa juga

tidak tahu untuk mencari info dan maklumat tentang program yang sesuai bagi meningkatkan

kemahiran insaniah mereka. Mahasiswa juga turut mengatakan bahawa, program-program

yang dianjurkan tidak menimbulkan minat mereka untuk menyertai program tersebut. Bagi

mahasiswa yang tidak aktif, mereka sememangnya tidak berminat untuk menyertai mana-

mana program terutamanya yang diluar bidang pengajian mereka dan bercampur dengan

mahasiswa dari institusi dan bidang lain. Bagi mereka, program-program tersebut adalah

tidak perlu kerana mengikuti kursus pengajian akademik adalah sudah memadai. Ini

menunjukkan sikap mahasiswa adalah faktor utama menyebabkan kelemahan kemahiran

insaniah mahasiswa. Sepatutnya, mahasiswa bersikap lebih positif dan berfikiran terbuka

kerana kemahiran insaniah adalah sangat penting untuk menempuhi alam pekerjaan.

Page 10: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

10

Selain itu, kekurangan maklumat dan informasi tentang program kemahiran insaniah

yang dilaksanakan turut menjadi satu cabaran dan halangan. Rungutan dari mahasiswa

tentang program yang dianjurkan tidak dihebahkan secara terus kepada mahasiswa. Program

yang dianjurkan kepada mahasiswa sepatutnya disebarkan secara meluas melalui perantara

yang bersesuaian dengan mahasiswa seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas dan sebagainya.

Ini membolehkan mahasiswa mengetahui info terkini tentang program yang bersesuaian

untuk mahasiswa ikuti. Sekiranya tidak dihebahkan secara berkesan, maka program yang

dijalankan kurang mendapat sambutan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penerapan kemahiran insaniah adalah sangat penting dan perlu

dijalankan secara berterusan agar graduan yang dilahirkan mampu berdaya saing dalam

pasaran kerja. Setiap elemen dalam kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara terperinci

agar mahasiswa dapat menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Penerapan

kemahiran insaniah ini tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik sahaja, malah perlu

diterap juga bersama program-program yang dilaksanakan yang melibatkan penglibatan

mahasiswa. Dengan terlaksannya pelbagai pendekatan untuk membantu meningkatkan

kemahiran insaniah mahasiswa, isu pengangguran dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani

dan mahasiswa juga lebih yakin untuk menempuh cabaran yang bakal dilalui setelah tamat

pengajian. Kerajaan, institusi pengajian, penganjur program dan mahasiswa perlu bersama-

sama membantu mahasiswa mengukuhkan lagi kemahiran insaniah agar mahasiswa dapat

meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Page 11: Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2

11

RUJUKAN

Ahmad Esa, Suhaili Padil & Asri Selamat. 2013. Kemahiran insaniah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pada program kejuruteraan di politeknik Malaysia.

Jurnal Kajian Pendidikan. 3 (2): 139-150.

Ahmad, Baharom, Berhanuddin & Fauzianna. 2008. Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam

Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui Pembelajaran Koperatif : Tinjauan Di

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat

Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.

Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hood, Saidah Saad & Hamizah Mohd Amin.

2013. Kemahiran insaniah pelajar prasiswazah: Analisis perbezaan jantina. Jurnal

Teknologi. 61 (1): 19-25.

Kerajaan Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia Ke-11. Putrajaya: Unit Perancangan

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Mohd Zaki Kamsah, Mohd Salleh & Wahid Razzaly. 2008. Penerapan kemahiran insaniah

(KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Prosiding

SKIKS 08. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 491-502.

Muhamad Rahimi Osman. 2010. Peranan Kursus Pengajian Umum dalam pembangunan

kemahiran insaniah: Pengalaman UITM. SEA Journal of General Studies. 1: 49-61.

Nawawi Jusoh, Ahmad Esa, Mohd Fadel Alwi & Kamaruddin Khalid. 2013. Keusahawanan

membangunkan kemahiran insaniah. Batu Pahat: Penerbitan UTHM.

Nor Hartini. 2013. Penerapan kemahiran insaniah tangani graduan menganggur. Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 14 Mac 2013.

Wan Robiah, Wan Sofiah & Wan Adnawani. 2008. Penerapan kemahiran insaniah: Sikap

pelajar mengenai penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Persidangan

Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi

Malaysia.