kemahiran guru

9
7/31/2019 Kemahiran Guru http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 1/9 Berpengetahuan Am Merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif Berketrampilan Kepercayaan Prinsip Tuhan Menerapkan amalan nilai murni Kemahiran bertutur Kemahiran Pedagogi Kemahiran Psikologi Kemahiran ICT Kemahiran Mengurus Bilik Darjah 1.0 KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI SEORANG GURU BAGI MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi asas dalam membentuk sistem pendidikan negara. FPK telah menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara Malaysia telah diberi peluang dalam pendidikan dari peringkat yang paling rendah kepada peringkat tertinggi dan bersifat long life learning ”. Hakikatnya, pendidikan di Malaysia bergantung kepada peranan seseorang guru itu. Seorang guru itu juga perlulah menghayati FPK kerana guru merupakan salah seorang insan yang memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara kita. Kualiti seseorang guru itu juga menjamin kepada kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan di negara ini. Demi mencapai hasrat tersebut, duru perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu agar relevan dengan kehendak semasa dansesuai dengan perkembangan murid-muridnya. Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh semua insan yang bergelar guru: 

Upload: ajwad-suhaimi

Post on 04-Apr-2018

294 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 1/9

Berpengetahuan Am

Merancang strategiPengajaran danPembelajaran

Kreatif dan Inovatif Berketrampilan

Kepercayaan Prinsip

Tuhan

Menerapkan amalan

nilai murni

Kemahiran bertutur  Kemahiran Pedagogi

Kemahiran Psikologi Kemahiran ICTKemahiran Mengurus

Bilik Darjah

1.0 KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI SEORANG GURU BAGI

MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN

IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi asas dalam

membentuk sistem pendidikan negara. FPK telah menyatakan dengan jelas

bahawa setiap warganegara Malaysia telah diberi peluang dalam pendidikan

dari peringkat yang paling rendah kepada peringkat tertinggi dan bersifat

“long life learning ”.

Hakikatnya, pendidikan di Malaysia bergantung kepada peranan

seseorang guru itu. Seorang guru itu juga perlulah menghayati FPK kerana

guru merupakan salah seorang insan yang memainkan peranan yang penting

dalam membangunkan negara kita. Kualiti seseorang guru itu juga menjamin

kepada kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan di negara ini. Demi

mencapai hasrat tersebut, duru perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran

yang tertentu agar relevan dengan kehendak semasa dansesuai dengan

perkembangan murid-muridnya. Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang

seharusnya dikuasai oleh semua insan yang bergelar guru: 

Page 2: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 2/9

 

RAJAH 1 : Kemahiran yang perlu ada pada seorang guru

MELENGKAPKAN DIRI DENGAN PELBAGAI PENGETAHUAN AM

RAJAH 2 : Guru yang mempunyai banyak pengetahuan dapat merealisasikan

hasrat FPK

Peranan guru yang perdana dalam merealisasikan hasrat FPK dalam

pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah dengan melengkapkan diri dengan

pelbagai ilmu pengetahuan khususnya mata pelajaran pengkhususan

seseorang guru tersebut. Untuk mencapai kecemerlangan murid-murid di

sekolah, guru perlu gemar membaca akhbar-akhbar dan melayari internet

untuk mengetahui isu-isu semasa bukan sahaja di dalam negara bahkan di

luar negara.

Mencintai ilmupengetahuan

Gemar membacaSentiasa berusaha

menambah ilmupengetahuan

Berusahameningkatkan danmenyebarkan ilmu

pengetahuan

Memanfaatkan ilmuuntuk kebaikan diri

dan orang lain.

Berfikiran luas danterbuka serta matang

Page 3: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 3/9

Usaha guru dalam meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan

perlu berterusan agar kurikulum di sekolah dapat berjalan dengan cemerlang.

Tambahan itu juga, seseorang guru itu akan memanfaatkan ilmu yang ada

padanya untuk kebaikan diri dan orang lain. Selain itu juga, sebagai seorang

guru juga perlu berfikiran luas dan terbuka serta matang. Sebagai contohnya,

memikirkan masalah bagaimana mahu mengatasi masalah pembelajaran

anak-anak murid di kelas.

MERANCANG STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(P&P)

Sebagai seorang guru, hasrat FPK dalam melaksanakan kurikulum di

sekolah akan tercapai apabila guru itu merancang strategi P&P di sekolah

dengan berkesan. Guru itu harus menggunakan pembelajaran kontekstual di

sekolah. Pembelajaran ini merupakan kaedah pembelajaran yang

menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,

masyarakat dan alam pekerjaan.1 Melalui pendekatan ini, matlamat FPK akan

dapat direalisasikan. Oleh itu, seseorang guru itu perlu mengetahui cara-cara

mengajar yang betul dan berkesan agar pelajarnya dapat menerima dan

memahami apa yang disampaikan dengan mudah.

KREATIF DAN INOVATIF

Kreatif dan inovatif merupakan satu aspek yang penting untuk seorang

guru. Melalui sikap yang kreatif dan inovatif ini, guru dapat mencetuskan idea

baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan

strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Kecekapan yang ada pada seorang guru itu harus diadaptasikan dengan

pembaharuan dan inovasi dalam sesuatu pengurusan. Pada pandangan

kami, guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang

12004, Rujukan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ). Selangor Darul Ehsan : Penerbitan

FEMINA Sdn.Bhd. Halaman : 28

Page 4: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 4/9

tidak efektif dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada

masa kini.seorang guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk

mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi

diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung dengan jayanya.

BERKETRAMPILAN

RAJAH 3 : Ciri-ciri seorang guru dari aspek ketrampilan

 Antara kemahiran lain yang perlu ada pada seorang guru ialah

bersikap lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan. Seorang guru

harus berpegang teguh kepada amanah dan tidak akan bersikap sambil lewa

dalam menjalankan tugas. Selain itu juga, seorang guru harus melaksanakan

tugasan dengan cekap dan sempurna terutamanya di sekolah. Ketrampilan

yang ada pada seorang guru akan dapat merealisasikan hasrat FPK

terutamanya dalam bidang kurikulum di sekolah.

Berilmu pengetahuan danberkelayakan yang sesuai dengan

tugas yangdipertanggungjawabkan.

Mempunyai kemahiran yang sesuaidalam pelaksanaan tugasnya.

Dapat melakukan tugas dengancekap dan sempurna.

Page 5: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 5/9

  KEPERCAYAAN KEPADA PRINSIP KETUHANAN

Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh bakal guru pada era

globalisasi ini semakin mencabar seiring kehendak kerajaan. Kepercayaan

kepada prinsip ketuhanan merupakan satu aspek penting yang perlu ada

dalam diri seorang guru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukun Negara,

Wawasan 2020 dan Misi Nasionalnya menekankan faktor kepercayaan

kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah

menjadi perkara yang ‘first and foremost’  dalam diri seorang individu yang

bergelar guru itu.

Sebagai seorang guru, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik,

teknologi, kemewahan dan hiburan perlu dielakkan agar tidak menjejaskan

prinsip ketuhanan. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek,

emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan seorang

guru kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan

 jika sesorang guru ini dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan

matlamat membangunkan insan. Impaknya, kurikulum di sekolah dapat

dicapai dengan cemerlangnya apabila FPK dapat direalisasikan sekiranya

guru itu mempunyai prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

MENERAPKAN AMALAN NILAI MURNI

Penerapan amalan nilai murni amat penting dalam diri seorang guru.

Seorang guru juga perlu menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni

dan etika keguruan dalam diri mereka sendiri dan juga pelajar selaras dengan

tuntutan FPK. Hal ini kerana seseorang guru bertanggungjawab untuk

melahirkan satu golongan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

 Antara nilai dan etika yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah, harus

mempunyai sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong seseorang guru

supaya sentiasa berusaha untuk menambah pengetahuannya dan seterusnya

menjadi kreatif dan inovatif. Selain itu juga, seorang guru juga perlu

mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering

Page 6: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 6/9

berubah-ubah, baik dari segi kokurikulum mahupun kaedah mengajar, demi

kepentingan pekerjaan sebagai guru untuk bersifat lebih profesional.

Seseorang guru juga perlu mempunyai kualiti daya usaha agar tidak

terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru

yang mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa berfikir dan mencuba

pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa

menjadi menarik dan berkesan.

Tambahan pula, seorang guru perlulah menjalankan tugas dengan

 jujur dan ikhlas. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Oleh

itu, guru harus mengutamakan kepentingan murid mengatasi semua

kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan organisasi atau

persendirian.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran

bertutur. Pertuturan dengan jelas dan tepat akan membolehkan muridmendengar pelajaran yang diajarnya dengan berkesan. Dengan penggunaan

sebutan dan tatabahasa yang betul, murid-murid tidak akan tersilap. Oleh

yang demikian, kmahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional

yang penting bagi seseorang guru.

Kualiti ini termasuk dalam ciri-ciri interpersonal yang merujuk kepada

kemahiran berhubung, berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan

diri dan sebagainya. Seorang guru perlu mengelakkan komunikasi sehala

sehingga pelajar berasa bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh

mementingkan diri sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada

pengajarannya dapat diterima atau tidak oleh pelajar dan mengambil sikap

endah tidak endah terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka.

Tambahan itu juga, seorang guru juga harus peka dengan tingkah laku

setiap pelajar. Seorang guru perlu menunjukkan sifat prihatin dan

menghormati para pelajar dan tidak sesekali mengherdik atau menghina

pelajar yang dianggap nakal di hadapan kawan-kawan mereka. Seorang

Page 7: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 7/9

guru memang perlu bersikap tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun

 janganlah memarahi pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga

berjam-jam lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada

kata-kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative

berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi.

Pertuturan komunikasi yang baik menjamin kecemerlangan dan

kegemilangan kurikulum di sekolah serta FPK dapat direalisasikan dengan

 jayanya.

KEMAHIRAN PEDAGOGI

Dalam kurikulum perguruan, Pedagogi merupakan suatu bidang Ilmu

Pendidikan yang terpenting untuk dipelajari dan diaplikasikan oleh guru-guru.

Ini kerana, melalui pembelajaran ini, guru-guru akan dapat menguasai

kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik yang berlandaskan pengajaran dan

pembelajran dalam bilik darjah. Penguasaan kemahiran ini merupakan syarat

yang mutlak untuk menjadikan seorang guru itu menjalankan tugasnya

dengan berkesan serta secara professional. Dengan adanya penguasaan

terhadap kemahiran pedagogi ini, maka tugs seorang guru itu untuk mengajar 

dengan betul akan menjadi lebih mudah sekaligus berjaya mencapai hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KEMAHIRAN ICT

Ketika mengajar guru hendaklah pandai menggunakan alat bantu

mengajar. Kalau dahulu alat bantu mengajar yang paling lumrah ialah papan

hijau, kad manila atau kertas sebak diikuti dengan penggunaan transperensi

yang dipancar menggunakan OHP. Tetapi hari ini guru berpeluang

menggunakan alat bantu mengajar yang lebih canggih iaitu komputer dan alat

pemancar yang mempunyai paparan yang berwarna-warni. Oleh itu seorang

guru yang peka dengan teknik-teknik baru pengajaran hendaklah tahu

menggunakan alat bantu mengajar yang berkait dengan ICT ini   sesuai

dengan era modenisasi kini. Terdapat beberapa bidang komputer dalam

konteks pendidikan yang perlu diketahui oleh seorang guru. Antaranya ialah:

Page 8: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 8/9

 

1. Komputer Membantu Pendidikan (CAE)

• Iaitu penggunaan sistem komputer yang akan digunakan oleh guru sebagai

bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran serta membantu mencapai

objektif pelajaran.

2. Komputer Membantu Pengajaran (CAI)

• Merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses

pengajaran. Aplikasi komputer digunakan oleh pelajar terutamanya ketika

mengikuti pelajaran terancang atau penggunaan modul-modul pengajaran.

3. Komputer mengurus pengajaran (CMI)

• Penggunaan teknologi dan sistem komputer bagi tujuan mengumpul

maklumat data dan menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran di

bilik darjah.

KEMAHIRAN MENGURUS BILIK DARJAH

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya

sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik

darjah dan mengurus peraturan-peraturan bilik darjah.contoh guru sebagai

pengurus bilik darjah adalah seperti berikut:

1. Pengurusan rutin bilik darjah 

• Kemahiran tersebut termasuklah menanda jadual kedatangan murid setiap

hari persekolahan, mengutip yuran yang dikenakan kepada murid-murid,

menyemak keadaan fizikal bilik darjah dan sebagainya.

2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah 

Page 9: Kemahiran Guru

7/31/2019 Kemahiran Guru

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-guru 9/9

• Guru harus menyediakan dan mengurus peraturan-peraturan yang perlu ada

di dalam bilik darjah. Kita juga harus memastikan murid-murid mematuhi

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu.

• Memberi ganjaran atau hukuman yang setimpal sekiranya murid-murid

melanggar peraturan juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dalam

kemahiran mengurus peraturan-peraturan bilik darjah.

Oleh itu, kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan

mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan

keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.