kemahiran berbahasa guru dalam pengajaran dan pembelajaran-1

65
KEMAHIRAN BERBAHASA GURU DIDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BI L NAMA NO MATRIK 1 Faridah Binti Jaafar D2009103451 8 2 Nur Ain Binti Abu Bakar D2009103452 0 3 Roslina Binti D2009103452

Upload: iena-farhan

Post on 16-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

guru

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN BERBAHASA GURU DIDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN BERBAHASA GURU DIDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBIL NAMANO MATRIK1Faridah Binti JaafarD200910345182Nur Ain Binti Abu BakarD200910345203Roslina Binti Abd.HamidD200910345214Hazawiyah Binti HassanD200910345225Umi Azmira Binti Abdul AzizD20091034526

PENGENALANKemahiran berbahasa guru merujuk kepada kebolehan guru menerima dan menyampaikan komunikasi.

Menerima komunikasiMenyampaikan komunikasiMendengarMembaca BertuturMenulis

Barker (1971) telah menjalankan satu kajian tentang kemahiran berbahasa. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan bahawa dalam keadaan manusia sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis.

Menurut Abdull Sukor, Nuraini dan Mohd Isha (2003), telah menyatakan bahawa pusat ataupun kunci utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah terletak pada kemampuan guru dalam berkomunikasi semasa berada di bilik darjah

KONSEP KEMAHIRAN BERBAHASA

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran:

Mendengar Bertutur Membaca Menulis

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

DEFINISI

Menurut Nik Rahimi, Zamri dan Kamarulzaman (2008), kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima, menaakul dan memprosesmaklumat dalam komunikasi secara lisan

Menurut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik merupakan kemahiran komunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya.

Kemahiran mendengar guru pula bermaksud keupayaan guru menangkap dan memahami mesej-mesej komunikasi pelajar yang disampaikan secara lisan

Menurut Tengku Sarina Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff (2007), guru perlu mendengar dengan aktif bukan mendengar secara pasif.

Aktif mendengar bermaksud kebolehan bagi:Mentafsir maklumat yang didengarMelakukan penilaian maklumat yang diterima tanpa menghukumMemberi maklumbalas yang berpatutan pada maklumat itu

Guru yang mendengar dengan aktif akan memfokuskan dirinya kepada perkara-perkara berikut:Apakah yang disampaikan oleh pelajarBagaimanakah maklumat itu disampaikan?

Menurut Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2006), proses mendengar terdiri daripada lima langkah iaitu menerima, memahami, mengingat, menilai dan memberi tindakbalas.

Proses Mendengar

Menerima Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru menerima mesej yang diucapkan dan juga memahami mesej dalam bentuk bahasa badan.

Beberapa perkara perlu dilakukan oleh guru semasa menerima mesej memberi tumpuan kepada percakapan pelajar dan juga pergerakan bahasa badannya Jangan terpengaruh dengan gangguan di sekeliling semasa mendengar

MemahamiTindakan yang dilakukan oleh guruMengaitkan maklumat yang disampaikan dengan pengetahuan sedia ada guru Memahamkan maklumat yang disampaikan daripada sudut pandangan pelajar bukan daripada pandangan guru. Guru perlu mengulangi ayat pelajar dengan ayat guru sendiri.

MengingatBerkomunikasi secara efektif memerlukan guru mengingati apa yang didengarinyaMemerlukan guru mengenalpasti perkara penting yang diucap dan meringkaskan perkara tersebut supaya mudah untuk mengingat.

Menilai Dalam proses mendengar, secara tidak sedar guru membuat penilaian berdasarkan apa yang didengarinya.Memerlukan guru mengenalpasti sama ada apa yang disampaikan oleh pelajar adalah fakta, pendapat atau andaian sahaja sebelum menilai pelajar.

Memberi tindakbalasTindakbalas ialah maklumat yang diberikan oleh guru kepada pelajar semasa dan selepas mendengar percakapan pelajar.

Tindakbalas yang dibuat semasa pelajar bercakap mestilah bersikap mendukung iaitu tindakbalas yang menunjukkan guru mendengar apa yang disampaikan dengan menggunakan kata-kata seperti hm.., hm.., dan gerak geri seperti menganggukkan kepala.

Menurut Chaedar (2011),proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat iaitu

Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasaMemahami bunyi bahasa tersebutMenilai bunyi yang diperdengarkanBertindak balas terhadap bunyi tersebut

Menurut Tengku Sarina Tengku Kasim &Yusmini Md. Yusoff (2007), tujuan mendengar adalah :Membantu guru mentafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajarMembantu guru memberi maklumbalas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang disampaikan

TUJUAN

Menurut Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2006), tujuan utama mendengar adalah untuk: BelajarMempengaruhi orangMenjalin hubunganBerseronokMenolong

HALANGAN DALAM PROSES MENDENGARProses mendengar yang tidak sempurnaProses mendengar yang menghasilkan penilaian pada diri pelajarProses mendengar yang bertapis

Kemahiran Membaca

27

Menurut Yahya (2005), membaca bertujuan untuk memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca.Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif,dan pengalaman membaca

Menurut Yahya (2005), kemahiran membaca merupakan kebolehan seseorang mengenalpasti bentuk visual dan menjalinkan hubungan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya menilai maksudnya

Proses membacaMenurut Baharom et al (2012), menyatakan proses membaca boleh dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama sebelum membaca semasa membaca dan selepas membaca.

PeringkatMenurut Baharom et al (2012), terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu:

Bacaan mekanis (bersuara)Bacaan mentalis (kefahaman)Bacaan intensif (mendalam)Bacaan ekstensif (meluas)

Bacaan mekanis (bersuara)Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.

Bacaan mentalis (kefahaman)Membacasenyapataumembacadalam hati(silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kefahaman

Bacaan intensif (mendalam)Bacaanintensifadalahbacaanyang padaasasnyabertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

Memberi tekanan kepada terhadap ciri-ciri tatabahasa,meneliti pembetukan penggunaan perkataan pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan

Bacaan ekstensif (meluas)Bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Tujuan adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan.

Fungsi Pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran murid (Tay Meng Huat, 2003)Meningkatkan tahap pengetahuanIsi kandungan yang disampaikan bermutu.

2. Guru sebagai reading teacher memerlukan komitmen yang tinggi sehingga menimbulkan budaya yang menjadi ikutan kepada murid (Cremin et al. 2009).3. Menghubungkaitkan sesuatu fakta dengan hal ehwal sekitar yang bermakna bagi pelajar melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bertutur

DEFINISIMerupakan salah satu daripada aspek komunikasi yang melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang individu kepada individu yang lain

Bailey (2005) mengatakan ramai yang mempelajari bahasa merasakan kemahiran bertutur dalam bahasa yang dipelajari mereka lebih sukar berbanding kemahiran-kemahiran lain. Kesulitan ini disebabkan pertuturan berlaku dalam masa sebenar (real time).

Menurut Florez (1999) bertutur adalah proses interaktif dalam membina makna tertentu yang melibatkan pengeluaran, penerimaan dan pemprosesan maklumat. Pertuturan adalah bersifat spontan, terbuka (open-minded) dan semula jadi.

Kebolehan bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan pengertian seseorang individu

Menurut Mok (2000), dalam komunikasi lisan, guru perlu memastikan suaranya kuat dan lantang, kejelasan dalam sebutan, intonasi guru perlu sesuai dengan aspek kelancaran pengajarannya.

Bertutur dengan fasih dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah mahupun dalam kalangan masyarakat.

Menurut Abdullah Hassan (2002), kemahiran bertutur & berbahasa mempengaruhi kejayaan seseorang dalam kerjayanya, kehidupan peribadi, kebahagiaan dan mempengaruhi kesihatan mental.

Menurut kajian Raminah Sabran (1991), jika seseorang ingin meluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca.

Unsur-unsur keberkesanan kemahiran bertutur

FUNGSIBertutur berperanan untuk tujuan memaklumkan sesuatuBertutur berfungsi untuk mempengaruhi

Bertutur menimbulkan keseronokanBertutur untuk menyelesaikan masalahBerfungsi sebagai alternatif mewujudkan perhubungan

HALANGANFizikal Persekitaran Bahasa Psikologikal Sosial

Kemahiran Menulis

DEFINISIMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : Hal 1729) menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.

Robert Lado (1964) pula berpendapat, menulis bermaksud memberikan simbol grafik bagi melambangkan bahasa yang difahami oleh seseorang itu, supaya orang lain juga boleh membaca simbol grafik ini jika mereka tahu bahasa dan simbol grafik tersebut.

Menurut Paul Jennings (2004) dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.

HALANGAN KebisinganAnggapan umum terhadap guruEmosi guru atau murid kekurangan tumpuan Pemikiran tertutup.

MASALAHGuru menonjolkan tingkah laku yang tidak sesuai di dalam bilik darjahGuru yang melabel murid dengan pelbagai nama

Mimik muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan pelajar untuk menyoal dan memberi jawapan.

Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh pelajar

LANGKAH MENGATASIElakkan daripada mengkritik dan melabel pelajar dengan kata-kata yang berbentuk negatif.Guru harus menunjukkan air muka yang berseri, pertuturan dalam bahasa yang sesuai.

3. Guru hendaklah berfungsi sebagai pendengar yang aktif yang dapat mengenalpasti masalah dan sedia menerima jawapan pelajar.4. Guru hendaklah bersemangat tinggi dalm penyampaian. Penggunaan pergerakan fizikal, gerak isyarat dan memek muka semasa menerangkan sesuatu akan memudahkan pemahamam dan menarik minat pelajar

KESIMPULAN Secara kesimpulan, kemahiran berbahasa dalam kalangan guru semasa proses P&P adalah amat penting bagi menghasilkan P&P yang berkesan dan juga bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Hal ini kerana, guru merupakan sumber penyampaian maklumat kepada pelajar. Oleh yang demikian, guru seharusnya bijak serta mahir dalam berbahasa semasa P&P agar maklumat yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar serta pembelajaran yang berlaku dapat memberi kesan yang afektif.