kemahiran asertif

15
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU3104) Kemahiran Asertif FHENYIUS DUASIN HAFEEZ SHAFEEK MOHAMAD HAIRY SITI ZULAIHA

Upload: zue-layhar

Post on 10-Jun-2015

2.743 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran asertif

PENGURUSAN BILIK DARJAH

DAN TINGKAH LAKU (EDU3104)

Kemahiran Asertif FHENYIUS DUASINHAFEEZ SHAFEEKMOHAMAD HAIRY SITI ZULAIHA

Page 2: Kemahiran asertif

Asertif

• Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya sama ada positif atau negatif. Individu yang bersikap asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.

• Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus terang dan ianya mudah difahami oleh penerima mesej. Penerima mesej tersebut akan merasa selesa dan dihormati.

Page 3: Kemahiran asertif

• Mereka yang tergolong dalam golongan asertif amat menghormati hak orang lain. Contohnya menghormati idea, perasaan dan keperluan orang lain.

• Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan mereka kepada individu lain.

• Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang di antara sikap pasif dan sikap agresif. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif ini selalunya berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri.

Page 4: Kemahiran asertif

• Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila menyelesaikan masalah, selalu mengambil sikap memberi dan menerima seperti:“Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?”“Saya lebih suka ...”“Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?”

• Tingkah laku bukan lisan pula dapat dilihat dengan jelas. Pada keseluruhannya, mereka bercakap dengan nada suara yang tetap dan sederhana. Pandangan mereka tepat, tidak menunjukkan ingin berkuasa. Keadaan badan tenang dan dapat dikawal.

Page 5: Kemahiran asertif

• Kebolehan menyatakan apa yang ada dalam fikiran tetapi dengan cara yang kurang sesuai secara lisan dan bukan lisan.

• Ini menyebabkan penerima merasa terancam, hina, malu dan mungkin membalas dengan lebih agresif lagi.

• Mereka yang dalam golongan ini, kurang sensitif/peka terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain.

• Mereka selalu mengetepikan pendapat dan kejayaan orang lain.

Agresif

Page 6: Kemahiran asertif

• Ada kalanya individu ini mengakui kejayaan/pekerjaan orang lain sebagai kejayaan atau usahanya.

• Orang yang begini selalu menggunakan bahasa sindiran serta merendah-rendah sikap orang lain. Mereka juga mudah meletakkan masalah dan menuduh sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang lain.

• Mereka juga sanggup mencaci dan melakukan penderaan. Tingkahlaku begini dikesan dengan pernyataan dan tingkahlaku bukan lisan mereka.

• Contohnya:“Buat! kalau tidak ...”“Ah, itu bodoh!”“Tentu anda tidak mempercayainya!”“Itu tidak berkaitan dengan saya ... ini semua salah anda!”

Page 7: Kemahiran asertif

• Tingkahlaku bukan lisan pula seperti mimik muka yang masam, nada suara keras dan tegas, sering diikuti dengan kata yang menyindir dan tajam. Suka merenung dengan pandangan yang tajam.

• Mereka suka menunjuk jari dan ada masanya menumbuk meja. Mereka percaya mereka adalah orang jujur dan selalu betul.

Page 8: Kemahiran asertif

Pasif

• Ketidakupayaan individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya. Penerima merasa serba salah dan mesej yang diterima tidak jelas

• Tingkah laku yang begini disebabkan terlalu sensitif terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain. Mereka ini tidak tegas dan selalu mengeluarkan pendapat dengan cara yang berhati-hati serta takut. Orang yang sedemikian selalu diambil kesempatan oleh orang lain.

Page 9: Kemahiran asertif

• Di bidang pekerjaan pula, orang lain akan mengambil kesempatan mengakui bahawa sesuatu tugas itu dia sendiri yang membuatnya tanpa mengiktiraf orang yang asal.

• Ada kalanya orang yang tidak tegas ini cuba berkeras, tetapi gagal kerana sikap mereka yang terlalu mengalah. Tingkahlaku begini senang dikesan melalui pernyataan yang mereka buat.

• Petunjuk tingkahlaku tidak tegas bukan lisan meliputi suara yang terputus. Kalau berbicara, mereka tidak akan menatap muka orang yang mereka berbicara itu. Mereka ini kelihatan takut, mungkin memulas-mulas tangan sendiri, membongkokkan bahu ketika berdiri. Bila duduk akan memeluk tubuh sebagai benteng pertahanan.

Page 10: Kemahiran asertif

Perbezaan Tingkah Laku Agresif, Asertif dan Pasif.

Tingkah laku Hak Ok MenangKalah

Agresif Utama hak sendiriKetepi hak orang lain

Saya okAnda tidak ok

Saya menangAnda kalah

Asertif Utama hak sendiriHormati hak orang lain

Saya okAnda ok

Saya menangAnda menang

Pasif Ketepi hak sendiriUtama hak sendiri

Saya tidak okAnda ok

Saya kalahAnda menang

Page 11: Kemahiran asertif

Kemahiran Asertif

Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen: 1. Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima

dan meluahkan perasaan marah dan mesra).

2. Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat dan mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar)

3. Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil kesempatan ke atas diri kita)

• Orang yang ‘assertive’ tidak mudah dimanipulasi atau malu. Mereka boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif atau ekstrim.

Page 12: Kemahiran asertif

• Ketegasan diri adalah satu pendekatan untuk berinteraksi dengan orang lain dan mempunyai ciri,

i. Tingkahlaku penyayang, menitikberatkan hal positif tentang diri sendiri.

ii. Berupaya meluahkan perasaan kepada orang lain.

iii. Penilaian terhadap sesuatu tanpa prasangka.

iv. Selalu menyatakan kemahuan dan sesuatu yang tidak disukai dengan cara berterus-terang tanpa menyerang dan mengugut.

Ciri-ciri asertif

Page 13: Kemahiran asertif

Matlamat asertif

i. Meningkat perasaan yakin pada diri sendiri

ii. Dapat meluahkan perasaan dengan bebas dan berkeyakinan tanpa mengetepikan hak orang lain

iii. Disanjung kerana jujur, dan berterus terang

iv. Percaya tentang apa yang diperkatakan

v. Dapat menghadapi masalah dan kritikan dengan lebih berkesan lagi

Page 14: Kemahiran asertif

Kelebihan asertif

Pencapaian dan kebolehan kita akan dihargai dan diakui.

Meningkatkan nilai diri.

Mengenalpasti tanggungjawab di atas tingkahlaku, perasaan dan fikiran kita

Kurang menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi alasan (excuses).

Setelah menyinggung perasaan seseorang, ia tidak akan menggunakan masa dan tenaga yang lama untuk memikirkan hal tersebut tetapi mengambil langkah mengatasi masalah itu.

Page 15: Kemahiran asertif

SEKIAN TERIMA KASIH