“kemahiran 3d nilai tambah komuniti songket dan … · dan bengkel kedua pembungkusan dan...

8
“KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN KERINGKAM TINGKAT PENDAPATAN JUALAN DAN PAPAR HASIL WARISAN” KOTA SAMARAHAN, 17 Julai 2018: Bengkel Ketiga iaitu Produk Dalam 3 Dimensi Songket dan Keringkam merupakan salah satu program latihan untuk pengusaha songket dan keringkam di bawah pelaksanaan Projek Inovasi Warisan Sarawak. Modul ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tentang Produk Dalam 3 Dimensi. Sebelum ini dua bengkel telah dilaksanakan, Bengkel Pertama Ecommerce telah dilaksanakan pada April 2018 yang disampaikan oleh Dr. Nadianatra binti Musa dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 yang disampaikan oleh Dr. Dayang Hanani binti Abang Ibrahim. Berteraskan zaman teknologi maklumat yang kian menjulang, pengusaha-pengusaha perniagaan mampu memasarkan serta menambahbaik status penjualan produk mereka dengan menggunakan teknologi seperti 3 Dimensi. Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah diadakan pada 12 dan 13 Julai 2018 bertempat di Microsoft Lab, Tingkat 1, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Projek Inovasi Warisan Sarawak. Ahli Projek terdiri daripada Profesor Madya Dr Johari Bin Abdullah, Professor Madya Dr Noor Alamshah Bolhassan, Dr Dayang Hanani Bt Abang Ibrahim, Dr Nadianatra Musa dan Puan Suhana Sarkawi (Institut Pengajian Guru Samarahan). Bengkel ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nooralamshah Bin Bolhassan dari UNIMAS. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha songket dan keringkam telah hadir di mana 3 orang mewakili Kuching, 6 orang mewakili Kuala Rajang, 11 orang dari Gedong, 3 orang dari Kampung Mang, Samarahan dan 5 orang dari Centexs. Pengisian bengkel kali ini adalah berasaskan pembinaan objek dalam 3D/360 Darjah. Kesinambungan dari Laman web Ecommerce yang telah dibina pada April 2018 dan penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan yang dibuat pada Mei 2018, kali ini peserta diberi pendedahan menggunakan Peralatan/Aplikasi Foldio360 dan Kamera. Peserta juga dikehendaki membawa produk masing masing sebelum pengenalan cara mengambil gambar 3D dibuat menggunakan peralatan dan aplikasi Foldio360. Selepas itu mereka didedahkan dengan kaedah memindah dan berkongsi

Upload: truongdang

Post on 10-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

“KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN KERINGKAM TINGKAT

PENDAPATAN JUALAN DAN PAPAR HASIL WARISAN”

KOTA SAMARAHAN, 17 Julai 2018: Bengkel Ketiga iaitu Produk Dalam 3 Dimensi

Songket dan Keringkam merupakan salah satu program latihan untuk pengusaha

songket dan keringkam di bawah pelaksanaan Projek Inovasi Warisan Sarawak.

Modul ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tentang Produk Dalam 3

Dimensi.

Sebelum ini dua bengkel telah dilaksanakan, Bengkel Pertama Ecommerce

telah dilaksanakan pada April 2018 yang disampaikan oleh Dr. Nadianatra binti Musa

dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018

yang disampaikan oleh Dr. Dayang Hanani binti Abang Ibrahim. Berteraskan zaman

teknologi maklumat yang kian menjulang, pengusaha-pengusaha perniagaan mampu

memasarkan serta menambahbaik status penjualan produk mereka dengan

menggunakan teknologi seperti 3 Dimensi.

Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah diadakan pada 12 dan 13

Julai 2018 bertempat di Microsoft Lab, Tingkat 1, Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Projek Inovasi Warisan Sarawak. Ahli Projek

terdiri daripada Profesor Madya Dr Johari Bin Abdullah, Professor Madya Dr Noor

Alamshah Bolhassan, Dr Dayang Hanani Bt Abang Ibrahim, Dr Nadianatra Musa dan

Puan Suhana Sarkawi (Institut Pengajian Guru Samarahan). Bengkel ini telah

disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Nooralamshah Bin Bolhassan dari UNIMAS.

Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha songket dan keringkam

telah hadir di mana 3 orang mewakili Kuching, 6 orang mewakili Kuala Rajang, 11

orang dari Gedong, 3 orang dari Kampung Mang, Samarahan dan 5 orang dari

Centexs.

Pengisian bengkel kali ini adalah berasaskan pembinaan objek dalam 3D/360

Darjah. Kesinambungan dari Laman web Ecommerce yang telah dibina pada April

2018 dan penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan yang dibuat pada Mei

2018, kali ini peserta diberi pendedahan menggunakan Peralatan/Aplikasi Foldio360

dan Kamera. Peserta juga dikehendaki membawa produk masing masing sebelum

pengenalan cara mengambil gambar 3D dibuat menggunakan peralatan dan aplikasi

Foldio360. Selepas itu mereka didedahkan dengan kaedah memindah dan berkongsi

Page 2: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

gambar 3D di Spinzam dan Media Sosial. Seterusnya pihak peserta membuat aktiviti

berkumpulan mengambil gambar 3D untuk produk sendiri.

Gambar 1:- Banner bengkel Produk dalam 3 dimensi

Semasa program aktiviti mengambil gambar 3D secara berkumpulan sedang

berjalan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit telah

melawat Bengkel dan juga peserta komuniti Songket dan Keringkam. Beliau telah

melihat sendiri bagaimana peserta mengambil gambar 3D untuk dimuat masuk ke

dalam laman web E-Commerce yang telah mereka bangunkan pada April 2018.

Page 3: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

Gambar 2:- Peserta songket dan keringkam bergambar bersama Datu Dr. Sabariah Putit,

pensyarah, tenaga pengaja bengkel Produk dalam 3 Dimensi

Gambar 3:- Ucapan daripada Datu Dr. Sabariah Putit bersama komuniti songket dan

keringkam

Gambar 4:- Dato’ Dr. Sabariah melihat hasil kerja para peserta penyulam dan penenun

Page 4: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

Gambar 5:- Datu Dr Sabariah melihat hasil kerja atau produk yang dihasilkan oleh peserta

bengkel

Selain itu, peserta juga menerima lawatan daripada Dekan Fakulti Sains

Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof Madya Dr. Johari bin Abdullah pada hari

kedua bengkel Produk dalam 3 dimensi iaitu pada 13 Julai 2018. Dalam lawatan ini,

beliau sempat melihat hasil tangan penenun songket dan penyulam keringkam.

Gambar 6:- Gambar komuniti songket dan keringkam bersama dekan Fakulti Sains

Komputer dan Teknologi Maklumat, pensyarah dan tenaga pengajar bengkel Produk dalam

3 Dimensi.

Page 5: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

Gambar 7:- Dr. Alamshah mengajar peserta cara menggunakan Foldio360

Gambar 8:- Peserta mengambil gambar produk mereka sendiri berbentuk 3D menggunakan Foldio360 untuk dimasukkan ke dalam ecommerce

Page 6: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

Gambar 9:- Peserta turut menerima bimbingan daripada fasilitator yang bertugas

Gambar 10:- Pembentangan daripada peserta berkaitan masalah yang dihadapi oleh penenun dan penyulam untuk diketengahkan oleh pihak-pihak yang tertentu

Page 7: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

Gambar 11:- Perbincangan peserta penyulam dan penenun yang terdiri daripada pelbagai kumpulan.

Page 8: “KEMAHIRAN 3D NILAI TAMBAH KOMUNITI SONGKET DAN … · dan Bengkel Kedua Pembungkusan dan Pelabelan telah diadakan pada Mei 2018 ... Bengkel Produk 3D Songket dan Keringkam telah

Gambar 12:- Penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang menghadiri bengkel produk dalam 3 dimensi.

Kesimpulannya, pihak penganjur sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak

kerana membuka jalan untuk mengembangkan industri songket dan keringkam melalui Projek

Inovasi Warisan Sarawak. Dengan adanya projek seperti ini, kita dapat memelihara dan

memulihari warisan kita iaitu songket dan keringkam supaya tidak pupus ditelan zaman.

Penglibatan generasi muda dalam bidang menenun songket dan menyulam keringkam

amatlah dihargai kerana mereka merupakan pelapis warisan masyarakat Melayu Sarawak.

Hasil daripada temubual bersama peserta yang hadir, kebanyakan dari mereka amat

menghargai penganjuran bengkel seperti ini kerana mereka memerlukan bantuan seperti

yang dianjurkan ini untuk meluaskan lagi strategi pemasaran perniagaan songket dan

keringkam mereka. Malah, mereka berharap agar mereka dapat menyertai bengkel-bengkel

yang akan datang untuk mempelajari pelbagai teknik perniagaan. Bengkel yang seterusnya

iaitu “Ecosystem and Sustainaibility” akan diadakan pada 26 dan 27 Julai oleh Prof Madya Dr

Johari bin Abdullah.