proses membuat batik dan songket - f3 ptkl ( presentation )

37
BATIK

Upload: nurul-izzah

Post on 30-Jun-2015

730 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

slide ini mengandungi maklumat mengenai proses membuat batik dan songket....

TRANSCRIPT

Page 1: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

BATIK

Page 2: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

NURUL IZZAHNUR SYAHIRAH

AHLI KUMPULAN

HIKMAH

Page 3: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Secara ringkasnya Batik adalah hasil karya seni daripada lakaran lukisan yang dibuat di atas kain dengan menggunakan canting yang diisi dengan lilin cair. Apabila selesai membuat lakaran di atas kain, ia akan diwarnai dengan menggunakan pelbagai pewarna mengikut cita rasa pembuat sehingga mereka menghasilkan karya seni mereka di atas kain dengan pelbagai gambar, corak dan bentuk.

Menurut catatan sejarah, sejak seawal abad ke-15 Masihi lagi, manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada waktu itu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.

Huruf “Ba” dalam tulisan JawiDari tahun ke tahun, alat-alat yang digunakan mengikut arus zaman dan kini hampir semua peralatan yang digunakan adalah secara moden. Batik dikatakan mula diperkenalkan sejak tahun 1910 dan ia berasal dari Republik Indonesia dan ianya dinamakan ‘Batik’ berasaskan perkataan Jawa, ‘Tik’ yang bermaksud menitik atau titik-titik.

Dari tahun ke tahun, alat-alat yang digunakan telah berkembang mengikut arus zaman dan kini hampir semua peralatan yang digunakan adalah secara moden.

Batik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti batik tulis, batik cap, batik sablon, batik printing (menggunakan mesin) dan batik remukan.

PENGENALAN

Page 4: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Proses membuat batik

Page 5: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

1. Kain direntang di atas papan yang telah disediakan. Kemudian, ditarik dari hujung ke hujung utk menegangkan kain

tersebut bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu membuat lakaran.

2. Kain dilukis design / lakaran menggunakan pensel (lakaran adalah

bebas, mengikut kreativiti dan citarasa pembuat itu

sendiri).

3. Setelah kain selesai dilakar, dengan menggunakan janting yang diisi dengan wax (lilin

yg cair), design yang dibuat tadi dilapis / diikut lagi lakarannya (tujuan penggunaan wax di sini

adalah supaya ketika diberikan perwarna ke atas kain, bahagian yang dilukis menggunakan wax

tidak akan terkena ataupun terkeluar)

4. Permukaan yang kosong kemudiannya, diisi dengan dye

(warna). Warna yang dipilih adalah bebas mengikut citarasa.

5. Selesai mewarna, hasil pembuatan batik hendaklah

dikeringkan (minimum 24 Jam).

6. Bagi batik rekaan atau bukan untuk dijual, batik yang sudah dikeringkan tadi kemudiannya digosok menggunakan sterika

(tujuannya ialah untuk menghilangkan lapisan lilin).

Page 6: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Bagi batik yang dijual atau yang akan dikomersilkan, batik yang sudah dikeringkan itu kemudiannya direbus dengan air panas selama beberapa minggu (tujuannya juga sama seperti batik yang bukan untuk dijual; adalah untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga tulisan lilin yang ditulis sebelumnya dapat dilihat dengan lebih jelas).

Page 7: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

JENIS-JENIS BATIK

Page 8: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

JENIS-JENIS BATIK

BATIK CAPBATIK

PRINTING ( SABLON )

BATIK TULIS

Page 9: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

BATIK TULIS

Batik dilakar telebih dahulu dengan pensel,

kemudian dilapis sekali lagi dengan lilin (wax)

BATIK CAP

pembuatannya

menggunakan stempel

diperbuat daripada tembaga dengan

pelbagai-bagai corak

MAKLUMAT

Page 10: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

BATIK

PRINTING

Proses pembuatan

nya menggunakan mesin,

tanpa melalui proses

pelapisan lilin (wax)

MAKLUMAT

Page 11: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

BAH

AN D

AN A

LAT

PEM

BUAT

AN

KAIN

PENSEL

CANTING

PAPAN UNTUK MERENTANG

DYE (WARNA)

LILIN (WAX)

TAMBAK KECIL

Page 12: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

sama ada ia jenis kain biasa (keras sedikit) atau jenis kain licin (Crepe Silk) pengunaan kain biasa

adalah untuk bagi yang ingin mencuba-cuba dahulu sebagai latihan. Kebanyakkan digunakan

bagi pengajaran di institusi-institusi dalam subjek art yang mengajar tentang Batik.

KAIN

Bagi jenis Kain licin, Crepe Silk adalah antara jenis kain yang banyak digunakan oleh pembuat batik. Jenis kain ini adalah mudah untuk dicorak reka bentuk Batik di atasnya berbanding dengan jenis kain yang biasa. Kebiasaannya, kain jenis licin digunakan oleh pembuat batik yang sudah mahir ataupun professional.

Page 13: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Pensel untuk membuat lakaran batik, disini pengunaan

pensel adalah untuk membuat reka bentuk untuk di corak

kemudiannya mengunakan cairan wax/lilin. Pensel ini

diggunakan oleh penuntut atau bagi yang masih belum

mahir dalam membuat batik.

Namun, kebanyakkan pengusaha batik tidak menggunakan pensel sebaliknya terus sahaja mencorakkan reka bentuk menggunakan wax. Kegunaan wax ini adalah tertakluk kepada pembuat batik itu sendiri.

PENSEL

Page 14: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

yang diperbuat daripada bambu (buluh), berkepala tembaga serta bercerat/bermulut, janting ini berfungsi seperti sebuah pen. Janting dipakai untuk menyiut wax yang cair dan panas, yang dipakai sebagai bahan penutup atau perlindung (perimeter) terhadap zat warna.

CANTING

Page 15: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Tempat untuk menyampirkan kain (papan), ini adalah untuk

memudahkan lakaran dibuat menggunakan canting tadi, sekaligus

untuk memudahkan ketika dalam proses mewarna kain tersebut.

PAPAN

Page 16: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Dye (warna), perwarna yang digunakan adalah pewarna khas yang dinamakan Dye Batik. Pewarna ini adalah jenis serbuk yang dicampur dengan sedikit air untuk menghasilkan warna yang diinginkan

DYE (WARNA)

Page 17: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Lilin (wax), wax yang digunakan adalah jenis yang solid. Wax ini kemudiannya dimasak dan dibiarkan cair dengan sendirinya. Semasa memasak wax ini, keadaan api atau suhu nya tidak boleh terlalu panas. Ia harus dibiarkan dengan suhu yang sederhana sahaja, sebagai contoh jika suhu maksima adalah 12 degree celcius, biarkan suhu nya menjadi 5 degree celcius sahaja. ini adalah untuk mengelakkan keluarnya asap yang tebal ketika melakar batik tersebut.

LILIN (WAX)

Page 18: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

tambak kecil untuk memanaskan wax. Kegunaannya adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi. Menurut infoman kami, bagi pembuat batik yang sudah mahir ataupun professional, ada diantara mereka tidak lagi menggunakan canting buluh yang memerlukan kita untuk menyiut wax ini daripada tambak, sebaliknya mereka hanya menggunakan canting yang mempunyai pemanasnya yang tersendiri.

CANTING ELEKTRIK

TAMBAK KECIL

Page 19: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Nilai-nilai sosial batik dapat dilihat daripada batik itu sendiri daripada coraknya, warnanya, rekaannya serta elemen-elemen yang menghiasi batik tersebut. Ia mempunyai berbagai-bagai makna dan nilai dari hasil pembuatan batik tersebut. Nilai-nilai yang nyata dapat dilihat adalah keindahan batik itu sendiri yang dianggap sebagai seni yang mana setiap kain batik yang dipandang indah akan dijual dengan harga yang bermutu tinggi. Boleh dikatakan juga dari hanya kain buatan batik tersebut mempunyai maksud tersirat tentang nilai-nilai kehidupan yang menjadikan seseorang invididu itu manusia yang berjiwa seni.

NILAI-NILAI SOSIAL BATIK

Page 20: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Dari sini dapat dilihat juga nilai-nilai sosial batik ini dari penggunaannya itu sendiri, dimana pengunaannya sangat universal dan sangat unik. Selain itu juga, seperti yang dilakukan oleh pengusaha Batik di Sumbangsih iaitu Zainal Abidin Ibrahim, menurutnya untuk memberikan Batik itu identiti Brunei adalah dengan menerapkan atau mencorakkan rekaan Batik tersebut dengan bunga-bunga yang menjadi bunga kebangsaan negara kita, contohnya bunga Simpur dan juga bunga Cengkih. Dan dari sini dapat kita lihat, nilai-nilai kebruneian kita melalui Batik yang dihasilkan tersebut. Nilai-nilai ekspresif juga dapat dilihat dari corak-corak batik yang dibuat, sama ada ianya berbentuk kompleks mahupun simpul, yang mana ia seperti mengambarkan sesuatu yang sulit dan mendalam mahupun sesuatu yang ringkas tetapi mempunyai unsur motif yang tersendiri dan cerita tersendiri yang cuba dinyatakan oleh pembuatnya.

Page 21: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BATIK

Page 22: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

BAJU BATIK

BATIK BALI ( LUKISAN UNTUK PAMERAN)

KAIN BATIK KELANTAN

KAIN BATIK SARAWAK

KAIN BATIK TERENGGANU

Page 23: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

SONGKET

Page 24: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

PENGENALAN

Page 25: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

SEJARAH SONGKET

Page 26: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu

SEJA

RAH

Page 27: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

CORAK DAN MOTIF

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan.

Page 28: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

ANTARA CORAK YANG DIGUNAKAN

SUSUNAN BUNGA PENUH SUSUNAN BUNGA

BERTERABUR

SUSUNAN BERCORAK

Page 29: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

ANTARA MOTIF YANG DIGUNAKAN

MOTIF TUMBUH-

TUMBUHAN MOTIF BINATANG

MOTIF ALAM / BENDA MOTIF KUIH

Page 30: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

PROSES PEMBUATAN

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Page 31: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

1.MENCELUP BENANG

2.MELERAI BENANG

3.MENGANENG BENANG

4.MENGGULUNG

5.MENYAPUK BENANG

6.MENGARAK BENANG

7.MENYONGKET BENANG

8.MENENUN

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 32: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

SONGKET KINI

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.

Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.

Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.

Page 33: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

PEJUANG SONGKET

Usaha memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan antarabangsa dicetuskan oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.

Perjuangan Allahyarham Endon yang tidak mengenal putus asa menganjurkan pelbagai program bagi mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik yang menjadi identiti masyarakat Malaysia

Page 34: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

SONGKET CORAK PENUH

SONGKET BUNGA TABUR

SONGKET SUSUNAN BERCORAK

Page 35: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood (24 Disember 1940 - 20 Oktober 2005) merupakan isteri pertama kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Page 36: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

Penyakit barahPada 17 April 2002, Endon menjalani pembedahan membuang payu dara bersama noda-noda limfa dan otot-otot di ketiak berdekatan di St John's Medical Center, Los Angeles, Amerika Syarikat. Kakak kembarnya (Noraini Mahmood) yang lebih awal didiagnosiskan dengan penyakit yang sama telah meninggal dunia pada 4 Januari 2003. Dontor mengesahkan Endon mengidap kanser pada 2001 dan mengambil perubatan herba dari profesor pelawat dari China. Endon turut menjalani 33 sesi radiasi dan fisioterapi serta urutan limfa dan rawatan kemoterapi Abraxene. Setelah pulang dari AS, beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Endon meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1426 Hijrah akibat kanser payu dara, 18 hari selepas pengembaliannya ke Malaysia. Beliau yang meninggal dunia pada umur 64, menghembus nafas terakhir pada jam 7.50 pagi di depan keluarga:

Endon dikebumikan di Perkuburan Muslim Putrajaya di Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar

Page 37: Proses membuat batik dan songket - F3 PTKL ( presentation )

TERIMA KASIH