folio songket berbenang emas

37
penghargaan assalamualaikum, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya sempurnakan tugasan bagi subjek bahasa melayu. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, banyak pengatahuan yang saya dapat dari folio ini.kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini.Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En.Mohamad Yatim Bin Abu bakar kerana beliau telah banyak tunjuk ajar kepada saya. Tunjuk ajar beliau amat bermakna kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan olehnya. Oleh itu, saya juga tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak member sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 1

Upload: haziq-hafizi

Post on 26-Jan-2017

541 views

Category:

Lifestyle


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio songket berbenang emas

penghargaanassalamualaikum,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya sempurnakan tugasan

bagi subjek bahasa melayu. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, banyak pengatahuan yang

saya dapat dari folio ini.kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan

ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dalam menyiapkan

kerja kursus ini.Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En.Mohamad Yatim Bin Abu bakar

kerana beliau telah banyak tunjuk ajar kepada saya. Tunjuk ajar beliau amat bermakna kepada

saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan olehnya. Oleh itu, saya juga

tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak member sokongan moral dan bantuan

kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang

telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan

sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

1

Page 2: Folio songket berbenang emas

Objektif tugasanObjektif umum

1. Menambah ilmu pengatahuan2. Memupuk sikap berdikari,bekerjasama dengan orang lain dan menghadapi cabaran

dengan diri sendiri.3. Membina tanggungjawab dalam diri sendiri dalam diri pelajar4. Dapat merasa tolenransi dan silaturahim yang erat

Objektif khas

1. Memberi latihan memahirkan dalam menyediakan kerja kursus2. Menyediakan kerja kursus mengikut format yang betul.

2

Page 3: Folio songket berbenang emas

Biodata penulis

Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah

menerima pendidikan di sekolah kebangsaan Pintas Raya(1969 hingga 1974), Sekolah

Kebangsaan Tun Ismail(1975 hingga 1979), dan Sekolah MEnengah Kebangsaan Datuk Bentara

Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pembelajaran di maktab perguruan

Temenggung Ibrahim(1996 hingga 1999).

Beliau banyak menghasilkan buku karya kreatif seperti novel remaja, cerpen, dan sajak.

Hasil penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti

tempat ketiga Sayembara Hadiah sastera Remaja ESSO-GAPENA 11, 1980 (Guruku Ibuku jua),

tempat pertama peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah

penghargaan Novel Remaja Utusan –Public Bank 1989 (Bukan Untukku), tempat pertama

peraduan menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua peraduan

menulis novel kanak-kanak DBP 1991(Mawar Putih Mawar Merah), dan tempat kedua peraduan

menulis cerpen kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000(Semerah Saga).

Kini beliau bertugas sebagai pegawai School Improyement Specialist Coaches+ (SISC+)

di pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana, Selangor.

3

Page 4: Folio songket berbenang emas

SINOPSIS

Dahlia sedang berlatih bola jarring bersama-sama dengan rakan-rakannyadi padang

sekolah. Ketika itu, Dahlia teringat akan emaknya, saleha yang yang bersikap pelik sejak akhir-

akhir ini. bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila

menjelangnya waktu senja

Azhari menemui Dahlia di kantin sekolah. Dia bertanya khabar Dahlia, persedian Dahlia

untuk menghadapi peperiksaan STPM, dan menyatakan hajatnya untuk membawa keluarganya

ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka dengan lebih serius. Dahlia

menyatakan pendiriannya kepada Azhari bahawa keutamaannya adalah untuk memberikan

perhatian terhadap pelajaran dan membantu keluarganya terlebih dahulu berbanding dengan

memikirkan soal perkahwinan.

Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Kepulangan Dahlia disambut dengan

sindiran daripada jirannya, Aton dan tangisan adik bongsunya, Anggerik. Tindakan Dahlia yang

berusaha memujuk dan membawa emaknya yang mengalami masalah kemurungan dengan

bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah balik kerumah menemukan kegagalan.

Sementara itu, Nek kiah meluah kan rasa tidak puas hatinya terhadap menantunya, embong yang

dikatakan menjadi punca nasib malang sahela sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam

orang anak.

Sahela yang mengalami kemurungan terpaksa dihantar ke hospital Batu pahat untuk

menjalani rawatan pemulihan. Embong meluahkan masalahnya kepada Dahlia tentang

kesukarannya untuk memetik buah kelapa sawit di kebun Haji sulaiman di kampong sebelah

4

Page 5: Folio songket berbenang emas

kerana tiada orang untuk menjaga Anggerik. Embong memarahi anaknya, Abu Bakar kerana

menjadi gelandangan selama tiga hari. Oleh sebab berasa takut Abu Bakar kembali melarikan

diri dalam kepekatan malam.

Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya. Namun begitu, Haji

Sulaiman memaklumkan bahawa emaknya telah dipindahkan ke hospital permai di Johor Bahru,

Johor. Dahlia memutuskan untuk tidak hadir kesekolah kerana Anggerik demam panas. Dahlia

juga berusaha untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tetapi menemukan

kegagalan.sebaliknya, Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian anak tunggalnya

Said. Dahlia pula dikatakan pembunuh anaknya hingga sesetengah penduduk kampong yang

tidak tahu akan cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Dahlia membawa

Anggerik ke klinik dengan bantuan Najib dan kavita. Sementara itu, seman menfitnah adik

iparnya, iaitu Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca sahela menjadi

gila. Seman memujuk emaknya agar menjual tanah pusaka termasuk tapak rumah Embong.

Dahlia melawat emaknya di Hospital permai, Johor Bahru. Secara tidak sengaja, dia berjumpa

dengan Najib yang bertugas di Hospital itu sebagai pekerja sementara Embong pula mendapati

dua ekor kambingnya telah dicuri.

Pelbagai peristiwa berlaku kepada Dahlia sekeluarga.Antaranya keluarga Azhari ke

rumah Dahlia untuk merisiknya.Embong dipatuk oleh seekor ular tedung sewaktu berada di bilik

mandi dan terpaksa ditahan di wad lelaki ,Hospital Batu Pahat selama seminggu.Nek Kiah pula

memberitahu Dahlia bahawa tanah tapak rumahnya akan dijual.Kedatangan Najib dan Azhari

secara kebetulan ke rumah Dahlia telah menyebabkan neneknya beranggapan bahawa dia ialah

perempuan yang tidak baik.Akibat dendam yang membara,Aton semakin galak menyindir dan

menfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama

5

Page 6: Folio songket berbenang emas

menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat kampung Parit Haji Rais.Kata-

kata fitnah Aton itu telah mengundang rasa marah Abu Bakar.Abu Bakar cuba menyerang aton

tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman.Ketika di rumah,Abu Bakar memujuk kakaknya yang

sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan fitnah Aton itu.Abu Bakar juga mengakui

kesalahannya yang mencuri dan menjual kambing milik ayahnya.

Ketika mengemas bawah rumah,Abu Bakar telah menemukan dua biji telur ayam

berwarna hitam dan berbau busuk.Telur itu mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan

khianat kepada keluarganya .Dahlia meminta Abu Bakar membuang telur-telur ayam itu ke

dalam sunga.Dahlia ke rumah Nek Kiah dan mendapati neneknya terbaring kesakitan.Dahlia

cuba membantu neneknya tetapi dihalau dengan alasan tidak mahu rumahnya didatangi

sial.Rakan-rakan Dahlia dan Cikgu Hisyam gembira apabila Dahlia hadir ke sekolah

semula.Sekembalinya dari sekolah,Dahlia mendapati emaknya telah dibenarkan pulang ke

rumah.Nek Kiah dimasukkan ke wad wanita,Hospital Batu Pahat kerana sakit.Embong

sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia berada di hospital itu.Nek Kiah berasa

bersalah atas sikapnya prejudisnya terhadap Embong sekeluarga.Nek Kiah tinggal di rumah

Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital Batu Pahat.

Banjir besar telah melanda Kampung Parit Haji Rais.Penduduk kampung terpaksa

dipindahkan ke surau dan balai raya.Menurut Haji Sulaiman,banjir yang berlaku di kampung

mereka adalah untuk mencuci segala kotoran yang ada di kampung itu.Nek Kiah meminta

Embong sekeluarga menetap di rumahnya selepas banjir berakhir dan air surut kerana rumah

Embong musnah.Penduduk kampung kembali mengamalkan budaya muafakat.Kaum lelaki

bergotong-royong membina rumah Embong,manakala kaum wanita bekerjasama menyediakan

hidangan.

6

Page 7: Folio songket berbenang emas

Dahlia tekun belajar dan berjaya menghadapi peperiksaan STPM dengan jayanya.Cikgu

Daim membawa khabar berita buat Dahlia ,iaitu dia terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan

Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun.Sebelum itu,Dahlia

diwajibkan mengikuti kursus bahasa jepun selama enam bulan di Universiti Malaya,Kuala

Lumpur.Majlis pertunangan antara Dahlia dan Azhari selamat dijalankan pada 30 Disember

walaupun tanpa upacara menyarungkan cincin.Azhari menemui Dahlia di stesen bas sebelum bas

ekspres bertolak ke Kuala Lumpur dan mengucapkan Koi-bito kepada Dahlia.Azhari

menghadiahi Dahlia sehelai songket merah berbenang emas sebagai simbol bahawa mereka ialah

orang Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

7

Page 8: Folio songket berbenang emas

Tema

Novel “Songket Berbenang Emas” bertemankan kegigihan seorang gadis dalam menempuh

berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

Persoalan

Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu kandung.

Persoalan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab.

Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.

Persoalan tanggungjawab anak sulong terhadap kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa .

Persoalan kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti.

Persoalan keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Persoalan kepercayaan karut yang menebal dalam kalangan masyarakat.

Persoalan pengamalan budaya melayu dan warisan bangsa.

Persoalan keinsafan terhadap tindakan yang salah.

Persoalan ketegasan membuat keputusan.

Persoalan demdam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain.

Persoalan ketamakan wang ringgit hingga sanggup menzalimi saudara kandung.

Persoalan keadilan dalam menentukan hukuman.

Persoalan kepentingan amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung.

8

Page 9: Folio songket berbenang emas

Watak dan Perwatakan

Dahlia

Berusia 19 tahun

Anak sulung daripada enam adik –beradik

Murid tingkatan enam atas dan menuntut di sekolah Perempuan Temenggung

Ibrahim, Batu pahat.

Berjaya melanjutkan pelajaran dalm kursus perguruan perniagaan peringkat ijazah

pertama selama empat tahun di jepun.

Tunang kepada Azhari.

Berani, cekal, bijaksana, rasional, dan berpendirian tegas.

Bertanggungjawab dan penyayang.

Taat akan ibu bapa.

Berpandangan jauh, jujur, dan suka berterus terang baik hati, berhemah tinggi, rajin,

dan berdikari.

Bijak menyimpan rahsia

Mengamalkan semangat bermuafakat.

Berfikiran positif dan optimis.

Taat akan perintah agama.

Memeliki sifat setia kawan.

9

Page 10: Folio songket berbenang emas

Embong

Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.

Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya

berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan

mereka walaupun isterinya sakit.

Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya

Seorang yang percaya akan kehendak takdir Isterinya menjadi kurang siuman

Seorang yang penyabar Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya menyuruh Dahlia pergi ke

sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia

Seorang yang berani Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.

Saleha

Ibu Dahlia

Berumur 39 tahun

Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu

Bakar)

Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang

Bekerja sebagai penoreh getah

Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua keperluan anak-

anaknya.

10

Page 11: Folio songket berbenang emas

Azhari

Berkumis nipis

Bermuka bulat

Tinggi

Kacak

Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.

Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah

Suka akan Dahlia

Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(

Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.

Siti Wangi

Sahabat Dahlia

Bermuka bulat

Sentiasa ceria

11

Page 12: Folio songket berbenang emas

Tauke Lim

Berbangsa Cina

Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluargaDahlia

dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk

dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.

Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang

Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga

Embong

Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur

Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.

Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama

Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat

disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.

Nek Kiah

Ibu Saleha

Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya

dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi

cucu-cucunya yang lain.

Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka

akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak

12

Page 13: Folio songket berbenang emas

membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak

diketahui asal usulnya.

Seorang yang pemarah

Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia

ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau

hantu.

Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup

cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.

13

Page 14: Folio songket berbenang emas

Latar Tempat

Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti

Wangi.

Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.

SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia

pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.

Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar

tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.

Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam

mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah

Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia

. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah

emaknya dirawat di hospital.

Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan

pada peringkat awal

Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di

sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.

Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia. Dahlia cuba menyelamatkan

Said yang lemas di sungai ini.

Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di

sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun

kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.

Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .

14

Page 15: Folio songket berbenang emas

Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. Dahlia disindir oleh

Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.

Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong

semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat

pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.

15

Page 16: Folio songket berbenang emas

Latar Masa

Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama

Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah .kentung azan pun sudah bergema

Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah

Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital

Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari

asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.

Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang.

Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya.

Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat.

Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada

abah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing abahnya.

16

Page 17: Folio songket berbenang emas

Latar masyarakat

1. Masyarakat kampung

- Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua

kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,

Tauke Lim dan lain-lain.

- Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji

Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.

2. Masyarakat guru

- Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.

- Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari

asrama.

- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana

dia sorang yang bijak .

3. Masyarakat pelajar

- Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.

- Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.

- Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.

4. Masyarakat yang saling membantu

– Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat

Embong meluahkan perasaan

17

Page 18: Folio songket berbenang emas

–Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

5. Masyarakat yang bertanggungjawab

- Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang

menghadapi masalah

18

Page 19: Folio songket berbenang emas

NILAI

1. Keberanian

Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.

Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

2. Setia kawan

Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk

diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

3. Pengorbanan

Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di

hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan

menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama

sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.

Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.

4. Keikhlasan

Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti

Malaya.

19

Page 20: Folio songket berbenang emas

Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul

yang diadakan di balai raya.

Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar

Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.

6. Nasihat- menasihati Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan

sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.

Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang

berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

7. Kerjasama Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka

bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.

Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan

kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.

20

Page 21: Folio songket berbenang emas

PENGAJARAN

1. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.

2. Kita perlulah berikhtiar untuk mengurangkan bebanan atau masalh yang ditanggung.

3. Kita haus bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.

4. Kita hendaklah ikhlas dalam menghulurkan bantuan.

5. Kita sepatutnya menghargai budaya dan warisan bangsa.

6. Kita mestilah bersikap adil sebelum menentukan hukuman.

7. Kita janganlah menjadi pendendam sehingga memusnahkan maruah orang lain.

BINAAN PLOT

Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.

Permulaan

Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola

jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa

berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang

menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .

Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia

pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.

21

Page 22: Folio songket berbenang emas

Perkembangan

Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah

pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk

emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong

yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha

dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru

kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng

sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana

dipatuk ular.

Perumitan/Konflik

· Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang

menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan

keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak

RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan

wang sebanyak itu.

· Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan

Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

· Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke

22

Page 23: Folio songket berbenang emas

rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.

· Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang

merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.

· Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin

terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang

kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.

Klimaks/Kemuncak

Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang

mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar

membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke

rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah

yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia

sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga

Dahlia.

Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk

23

Page 24: Folio songket berbenang emas

kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir

setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.

Peleraian/ Pengakhiran

-Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga

Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM

tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk

mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu

mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan

Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di

stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket

berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya

sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.

TEKNIK PLOT

1.Teknik pemerian.Contohnya,pengarang memerihalkan gelagat pelajar perempuan ketika

melihat Dahlia dan Azhari sedang minum di kantin sekolah.

2.Teknik dialog.Contohnya,dialog antara Dahlia dengan adiknya ,Melati ketika Dahlia meminta

Melati ke kedai runcit Tauke Lim untuk membeli susu tepung yang sudah kehabisan dengan cara

berhutang.

3.Teknik imbas kembali.Contohnya,Embong teringat kembali akan kata-kata Saleha yang

memberitahunya tentang bayang-bayang yang mengejarnya dan suara-suara pelik yang

menggangu hidupnya.

24

Page 25: Folio songket berbenang emas

4.Teknik imbas muka.Contohnya Dahlia membayangkan wajah emaknya yang seakan-akan

menjerit memanggilnya datang menjenguknya di Hospital Permai,Johor Baharu

5.Teknik konflik.Contohnya,konfli antara Embong dengan ibu mertuanya.Konflik ini berlaku

apabila ibu mertuanya tidak merestui perkahwinan Saleha dengan Embong.Sementelah,Embong

tiada berharta,yatim piatu,danmerupakan anak dagang.

25

Page 26: Folio songket berbenang emas

LAMPIRAN

26