kem bdn beruniform 1

4
1. KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 36750 CHIKUS, PERAK RASIONAL Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing- masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing- masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur- unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara. MATLAMAT PROGRAM Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti- aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing- masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. 2. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip- prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang

Upload: 7484

Post on 12-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kem Bdn Beruniform 1

1. KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 36750 CHIKUS, PERAK RASIONAL Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing- masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing- masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur- unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara. MATLAMAT PROGRAM Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing- masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

2. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip- prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi. OBJEKTIF Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat : 1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. 2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain. 3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. 4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi yang kondusif. 5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan. 6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun- rukun beragama dan kehidupun bermoral. KUMPULAN SASAR Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin. JANGKA MASA PERKHEMAHAN Perkhemahan ini akan diadakan pada : Tarikh : 12 – 13 November 2010 Hari : Jumaat hingga Sabtu Tempat : Kawasan Padang Sekolah SK Sungai Tukang Sidin

3. JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En Muhammad Halili Bin Mohd Isa Pengerusi : En Sarji Bin Amat Naib Pengerusi 1 : En Amir Shariffuddin Bin Asmuni Naib Pengerusi 2 : Pn Nasriah Bt Mansor Setiausaha : En Mohd Puad Bin Samsudin Bendahari : En Muhamad Shamsul Bin Saad JAWATANKUASA KERJA Kem Komander : En. Mohd Puad Bin Samsudin : Pn. Masitah Bt Shafie Persiapan Tempat : En. Muhamad Shamsul Bin Saad En. Abdul Razak Bin Jamaluddin Peralatan : En. Sarji Bin Amat : En. Nik Hamarun Bin

Page 2: Kem Bdn Beruniform 1

Abdul Halim Pendaftaran : Cik Nur Nadiah Nafisah Bt Badri Pn. Farizan Bt Saiddin Keselamatan : En. Amir Shariffuddin Bin Asmuni : Pn. Nor Sharina Bt Frey Khan Hadiah : Pn. Masitah Bt Shafie Aktiviti dan Riadah : En. Mohd Puad Bin Samsudin : Pn. Siti Rabiatuladwiyah Bt Mohd Ramli Urusetia Makanan : Pn. Nasriah Bt Mansor : Pn. Moona Fairuz Bt Bidin BAJET/ PERBELANJAAN: 1. Sumber Kewangan. Peruntukan sekolah RM1000.00

4. 2. Kos. BIL. PERKARA KOS JUMLAH 1. Hadiah 1. Pertandingan memasak 2. Pertandingan kawasan perkhemah 3. Pertandingan kawad kaki 4. Peserta terbaik ( Lelaki ) ( Perempuan ) 5. Kumpulan terbaik keseluruhan RM 3 .00 X 8 RM 3 .00 X 8 RM 3 .00 X 8 RM 10.00 X 1 RM 10.00 X 1 RM 30.00 X 1 RM 24.00 RM 24.00 RM 24.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 30.00 2. Bahan untuk mamasak 1. Ayam 2. Telur 3. Sardin 4. Beras 5. Roti 6. Sayur RM 15.00 X 8 RM 10.00 X 3 RM 5.00 X 20 RM 25.00 X 2 RM3.25 X 20 RM 120.00 RM 30.00 RM 100.00 RM 50.00 RM 65.00 RM 27.00 3. 1. Peralatan memasak RM 490.00 Jumlah RM 1000.00

5. JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2010 HARI JUMAAT (12 November 2010 ) 3.00 petang : Melaporkan diri dan mendaftar Pelajar menjalankan tugas menyiapkan khemah dan kawasan mengikut kumpulan. 3.30 petang : Taklimat perkhemahan 4.30 petang : Solat Asar 5.00 petang : Riadhah ( Permainan Stesen). 6.30 petang : Memasak untuk makan malam. Mandi dan besiap untuk solat. 7.15 malam : Solat Magrib dan Isyak 9.00 malam : SLOT 1 11.30 malam : Tidur HARI SABTU ( 13 November 2010 ) 6.00 pagi : Bangun dan mandi / Solat Subuh 7.00 pagi : Senaman dan riadah Sarapan pagi 8.00 pagi : Pemeriksaan khemah dan kawasan. 8.30 pagi : PERTANDINGAN KAWAD KAKI 10.00 pagi : Minum dan rehat. 10.30 pagi : SLOT 2 12.00 tgh : Memasak makan tengah hari dan pertandingan memasak. Makan tengah hari dan mandi. 1.00 petang : Solat Zohor 2.00 petang : SLOT 3 3.30 petang : Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan. 4.00 petang : Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah. 4.30 petang : Bersurai dan balik ke rumah.

6. PENUTUP Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak. Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

7. IKRAR PERKHEMAHAN Kami Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan penuh semangat Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara kami Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran dan ujian Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini

Page 3: Kem Bdn Beruniform 1

Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi Dan kamilah Pendukung cita-cita bangsa dan negara.

8. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN. INDIVIDU 1. Uniform pengakap / puteri islam 11. Lampu suluh 2. Pakaian sembahyang / sejadah 12. Tuala 3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi 4. Selimut 14. Beras 3 cawan 5. Kasut dan selipar 15. Telur 2 biji 6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi 7. Pakaian untuk 2 hari 8. Pinggan dan gelas 2 biji 9. Sudu 10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu Disediakan Oleh, ……………………… En Mohd Puad Bin Samsudin Setiausaha Kokurikulum Disemak Oleh, ……………………… En Sarji Bin Amat PK Kokurikulum Diahkan Oleh, ……………………… En Muhammad Halili B Mohd Isa Guru Besar SKSTS

9. JADUAL AKTIVITI PERKEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2008 5.45 6.30- 7.30 7.30-8.30 8.30 – 11.00 11.00- 12.00 12.00- 2.30 2.30- 3.30 3.00- 4.30 4.30- 5.00 5.00- 6.00 6.00- 8.00 Rabu Lapur diri AKTIVITI AKTIVITI Makan Malam Solat maghrib Khamis Solat Subuh/ Sarapan Riadah Pemeriksaan Kemah AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Makan Tengahari/ sembahyang zohor AKTIVITI 3 REHAT PTG AKTIVITI 4 AKTIVITI 5 Makan Malam Solat maghrib Jumaat AKTIVITI AKTIVITI Penyampaian Hadiah Makan Tengahari/ sembahyang zohor Bersurai Membersih Kawasan / Memasang Kemah