perkhemahan unit beruniform 2007-2

33
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2007 SKTS---SJK(T)SIMPANG LIMA---SJK(C)BIN SIN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN 17 OGOS 2007 HINGGA 18 OGOS 2007 PENGENALAN Gerak kerja Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni, mengembangkan bakat kepemimpinan dan sedia berkhidmat dikalangan masyarakat. Ia juga satu kegiatan berkumpulan dimana ia memberi peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan. Ia adalah aktiviti selain mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah. Aktiviti GERKO adalah aktiviti pembelajaran yang berteraskan keperluan pelajar menjalani aktiviti-aktiviti

Upload: vincentraj75

Post on 17-Dec-2015

296 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

latihan memenuhi undang-undang

TRANSCRIPT

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2007

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2007SKTS---SJK(T)SIMPANG LIMA---SJK(C)BIN SIN

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN17 OGOS 2007 HINGGA 18 OGOS 2007PENGENALAN

Gerak kerja Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni, mengembangkan bakat kepemimpinan dan sedia berkhidmat dikalangan masyarakat. Ia juga satu kegiatan berkumpulan dimana ia memberi peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan. Ia adalah aktiviti selain mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah.

Aktiviti GERKO adalah aktiviti pembelajaran yang berteraskan keperluan pelajar menjalani aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaan sebanar. Ia mempunyai matlamat untuk dicapai. Matlamat utama aktiviti GERKO adalah untuk meralisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah.

Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.

Membina dan meningkatkan displin murid

Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan.

Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

Mewujudkan sekolah berwatak.

Matlamat ini boleh dicapai dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan melibatkan semua murid sama ada secara individu, kumpulan atau beramai-ramai dengan aktif di dalam berbagai jenis gerak kerja. Di samping itu adalah baik sekiranya melibatkan murid yang terdiri dalam pelbagai kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang sesuai. Justeru itu penglibatan yang berteraskan kepada khidmat masyarakat juga sesuai bagi murid-murid dan juga pihak sekolah.

Dengan itu unit beruniform di Sekolah Kebangsaaan Titi Serong, Parit Buntar , Perak telah menjalankan satu perkhemahan pada 17 ogos 2007 hingga 18 ogos 2007 yang melibatkan pengakap, tunas kadet remaja, tunas puteri dan puteri islam. Aktiviti ini juga melibatkan tiga sekolah iaitu SKTS, SKJ(T) dan SKJ(C). ini melibatkan tiga kaum utama di Malaysia. Perkhemahan ini amat berguna kepada murid-murid yang bakal mengharungi cabaran di masa akan datang. Perpaduan Negara ini akan menjadi mantap dengan melakukan aktiviti sebegini yang melibatkan tiga kaum utama.Berikut adalah kertas kerja untuk perkhemahan ini :

KERTAS KERJA

RIMUP

2007

PERKHEMAHAN

UNIT BERUNIFORM

SKTS, SJK (T), SJK (C)

17 OGOS 2007

HINGGA

18 NOGOS 2007

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ~2007~

SKTS-SJK(T) SIMPANG LIMA SJK(C) BIN SIN

(RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN)

1. MATLAMAT1.1 Melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan

1.2 Berjiwa dan berperibadi unggul

1.3 Bersemangat muhibbah

1.4 Mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu

2. OBJEKTIF2.1 Menggalakkan penyertaan murid, guru dan warga sekolah setempat menjalankan kegiatan secara bersama dan bersepadu

2.2 Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong

2.3 Mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang

2.4 Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum

2.5 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran yang ada untuk menjayakan kegiatan secara bersama

3. UNIT-UNIT YANG TERLIBAT3.1 Pengakap

- 35 orang

3.2 Tunas Kadet Remaja- 35 orang

3.3 Tunas Puteri

- 35 orang

3.4 Puteri Islam

- 35 orang

(termasuk murid dari SJK(T) 8 orang dan SJK(C) -29 orang

4. PERLAKSANAANTARIKH

: 17-18 Ogos 2007

HARI

: Jumaat-Ahad (2 hari 1 malam)

MASA

: 3.00 petang Jumaat 5.00 petang Sabtu

TEMPAT

: SK Titi Serong, Parit Buntar

5.AKTIVITI SEMASA PERKHEMAHAN

5.1 Mendiri dan Mengemas Khemah

5.2 Latihan Kawad kaki

5.3 Persembahan Kumpulan

5.4 Kuliah/Ceramah

5.5 Kembara Malam

5.6 Latihan Memasak (penyediaan minuman pagi)

5.7 Kemahiran - ikatan dan simpulan

- menaik dan menurunkan bendera

- anduh an balutan

5.8 Gotong-royong

6. ATURCARA PERKHEMAHAN

HARI JUMAAT 17 / 08 / 07

3.00ptg

-Pendaftaran peserta

3.30

-Taklimat kem / agihan kumpulan

4.00

-Minum petang

4.30

-Mendirikan khemah

5.30

-Solat Asar / Riadah

6.30

- Bersih diri dan makan malam

7.30mlm

-Solat Maghrib

Kuliah / pendidikan moral

8.40

-Solat Ishak

9.00

-Latihan persembahan

10.00

-Kembara malam

10.45

-Minum malam

11.00

-Tidur

HARI SABTU 18 / 08 / 07

5.00pg

-Bersih diri

Solat Subuh

Kuliah / pendidikan moral

7.00

-Riadah

7.30

-Sarapan pagi

8.00

-Latihan kawad kaki

10.00

-LDK (3 aspek kemahiran ikatan dan simpulan / menaik

dan menurunkan bendera serta anduh dan balutan)

10.45

- Latihan memasak

11.00

-Pertandingan persembahan

1.00 th

-Makan tengahari

-Rehat dan Solat Zohor

2.30ptg

-Mengemaskan khemah

-Gotong-royong

3.45

-Penyampaian hadiah dan penutup

5.00

-Minum petang

-Bersurai

(Alatan dan kelengkapan perkhemahan urusan sekolah masing-masing)

7. JAWATANKUASA INDUK 7.1 Jawatankuasa Induk sekolah

7.2 Jawatankuasa Induk RIMUP

JAWATANKUASA INDUK RIMUP

PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI

EN.MOHD RADZI B AWANG PN. LIM BEE SIN

(Guru Besar Sk Titi Serong) (Guru Besar Sjk (c) Bin Sin)

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI II

PN.MARIAMMAH PN. RUSNA BT MOHD JANI

(PK. Kokurikulum Sjk (T) Simpang Lima) (Pk Kokurikulum Sk Titi Serong)

SETIAUSAHA BENDAHARI

PN. JAMILAH BT SAAD EN. AZHAR BIN HASSAN

(Penyelaras Kokurikulum Sk Titi Serong) (Setiausaha Kolurikulum Sk Titi Seong)

JAWATANKUASA KERJA

KOMANDAN KEM

EN.SHAHRUM AZMI B SAAD

TIMBALAN KOMANDAN KEM

PN. RODZIAH BT YACCOB

PENDAFTARAN

Pn. Rosniza Bt Ahmad (K)

1. Pn. Fauziah

2. Pn. Azimah

3. Pn. Shuhaiza MAKANAN/MINUMAN PESERTA/PEGAWAI

Pn. Rohani Zakaria (K)

1. Cik. Harison 5. Pn. G. Anitha

2. Pn. Rosana 6. Pn. Mawarni

3. Pn. Syaripah Rodiah 7. Pn. Jamilah

4. Pn. Norhaliza 8. Pn. Sharipah

PERSIAPAN TAPAK

En Ismail b Bakar (K)

1. En. Sharum 4. En. Halim

2. En. Dahalan 5. En. Mohd Rosli

3. En. Abdullah 6. En. Mohd NazriPERSIAPAN DEWAN/KELAS KULIAH

En. Mohd Hafiz Bt Jaafar (K)

1. Ismail 4. En. Jaafar

2. Hj. Masud 5. En. Dahlan

3. En. Mohd Noor

BUKU PROGRAM

Pn. Rodziah bt YacobJURU FOTO

En. Shaharuddin B Hj Sulaiman

LATIHAN DALAM KUMPULAN

Pn. Jamiliah Bt Saat (K)

1. Cik. Norita 4. Pn. Rodziah

2. En. Shaharuddin 5. Hj. Masud

3. En.Vincent RajKEMBARA MALAM

En. Ismail B Bakar (K)

1. En. Mohd Hafiz 4. Cik. M. Annapoorni

2. Hj. Masud 5. En.Vincent Raj3. En. Tan Nam Siong

KEBERSIHAN

En. Mohd Nazri b Musa (K)

1. En. Tan Nam Siong 4. En. Mohd Noor

2. Pn. Anitha 5. En. Jaafar

3. En. Mohd Rosli 6. En. AbdullahHADIAH/SIJIL

Pn. Fauziah Bt Shahauddi (K)

1. Cik Norita 4. Pn. Norol

2. Pn. Shuhaila 5. Cik Aminah

3. Pn. Rosniza

KESELAMATAN/PERTOLONGAN CEMAS

Pn. Athiletchumi A/P Saktivellu (K)

1. Pn. Rosana

2. Cik. R. Moganampal

3. En. Ng Lean GueyPERSEMBAHAN KUMPULAN

Pn. Rosanan bt Baba Ahmad (K)

1. Pn. Athiletchumi 4. Mohd Nazri

2. En. Ng Lean Guey 5. Pn. Rodziah

3. Pn. M. Thanaletchumi

KULIAH/CERAMAH

Hj. Shaari B Hj. Bakar (K)

1. EN. Ng Lean Guey

2. Pn. M. ThanaletchumiSIARAYA/LAMPU PADANG

Hj. Shaari b Bakar (K)

1. En. Abdullah Sani

2. En. Dahalan

JURUACARA

Pn. Siti Hadijah Bt SulaimanLATIHAN KAWAD/RIADAH

En. Shahrum Azmi b Saad

1. En. Mohd Hafiz

2. En. Shaharuddin

PEMBANTU KHAS PERKHEMAHAN : 5 ORANG BEKAS AHLI PENGAKAP SKTS

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKHEMAHAN UNIT ERUNIFORM (RIMUP) 2007

A- Makanan dan Minuman (2 hari 1 malam)

TARIKHPERKARARMUNITJUMLAH(RM)

17/08/07Minum petang1.20140168.00

Makan malam3.00140420.00

Minum malam1.00140140.00

18/08/07Sarapan1.20140168.00

Minum pagi1.20140168.00

Makan tengahari3.00140420.00

Minum petang1.20140168.00

JUMLAH1652.00

B-Hadiah dan Cenderahati

BILPERKARAJUMLAH (RM)

1Pert. Persembahan berkumpulan RM8.00 X 140 orang1120.00

2Bahan dan kelengkapan perkhemahan208.00

3Peserta lelaki dan perempuan terbaik kem RM 10.00 X 220.00

4 Jumlah B -1348.00

5 Jumlah A -1652.00

6Jumlah keseluruhan 3000.00

Sumber kewangan adalah daripada Dana RIMUP

1. SKTS-RM 1000.00

2. SJK (T)-RM 1000.00

3. SJK (C)-RM 1000.00

4. Jumlah-RM 3000.00REFLEKSI

PENGENALAN

Perkhemahan telah dijalankan dengan baik dan selamat tanpa gangguan dan malapetaka. Adalah lebih baik jika dibuat refleksi supaya ia dapat lagi memantapkan perkhemahan yang akan datang.

KELEBIHAN

Murid-murid dapat pengetahuan dan pengalaman tang amat bernilai melalui perkhemahan ini. Mereka dapat melakukan tugas-tugas dengan penuh disiplin setiap hari mereka berada di tapak perkhemahan ini. Mereka berdikari dan melakukan tugas-tugas dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Latihan umpama ini secara tidak langsung dapat membentuk jiwa peribadi yang unggul. Sikap berkerjasama juga dapat mereka rasai dan harungi sepanjang perkhemahan.

Perkhemahan ini penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid di sekolah. Menerusi ini perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. Justeru ia menbantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan murid-murid.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi aktiviti seumpama ini, sempurna dan sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang murid itu diberi didikan di luar bilik darjah yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.

Disamping itu penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di Negara ini sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini telah digabungkan serta diberi penekanan baru dan diberi penilaian yang sesuai supaya keseluruhan murid dan guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik.

Perkhemahan ini juga penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun esprit de corps di antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap betanggungjawap. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Oleh kerana murid-murid tidak dapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial positif. Ia juga memainkan peranan utama dalam memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada muri-murid, bahkan juga melahirkan murid-murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, dan mempunyai sahsiah yang baik serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara

Antara unsure-unsur pendidikan yang terdapat dalam Perkhemahan ini adalah seperti berikut:

Percaya kepada Tuhan

Beradap dan bersusila seperti bersopan santun, berbudi bahasa, hormat menghormati.

Taat dan setia seperti patuh kepada peraturan.

Bertanggungjawap seperti boleh diharap atau dipercayai.

Amanah seperti jujur dan ikhlas

Mengawal diri seperti displin kendiri, menjauhi daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.

Tolong menolong dan berkerjasama

Menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.

Kasih sayang dan belas kasihan

Bertimbangrasa, bertolak ansur dan sentiasa bermaaf maafan.

Bercita-cita dan bersemangat tinggi.

Bergembira dan bersyukur.

Keberanian seperti keyakinan diri, cekal hati, berani mencuba.

Intelek seperti tajam fikiran, mempunyai kemahiran.

Imaginatif dan kreatif

Logik seperti rasional, sistematis bekerja dengan tertib dan teliti.

Berdikari dan berdedikasi seperti bebas membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan.

Menyuburkan rasa perikemanusiaan

Intergrasi perkauman wujud melalui perkhemahan ini. Secara tidak langsung semangat muhhibah wujud di sini. Ia juga melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum. Murid-murid akan berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran yang mereka miliki bersama. Konsep ini akan membantu Negara kita mencapai status kemajuan pada masa akan datang.

Justeru itu perkhemahan ini juga malahirkan anak-anak tempatan berjiwa patriotik dan taat kepada Negara. Aktiviti menaikan dan menurunkan bendera dan menyanyikan lagu-lagu patriotik akan memberi kesan positif kepada diri mereka. Di samping itu latihan dalam kumpulan, persembahan dan gotong royong akan membentuk insane yang amat berguna kepada masyarakat dan Negara khususnya.

Pengetahuan yang diperoleh daripada latihan dapat diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti gerak kerja kokurikulum ini. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistic. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak dapat di dalam bilik darjah. Misalnya pertolongan cemas. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan pengalaman tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan dan menggunakannya dalam mata pelajaran sains

Gabungan tiga sekolah dalam menjayakan perkhemahan ini membawa kelebihan pengetahuan ketig-tiga sekolah ini. Petukaran idea, tenaga dan peralatan dapat membawamanfaat kepada ketiga-tiga sekolah ini. Gerak kerja kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid di sekolah. Menerusi gerak kerja kokurikulum perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. Gerak kerja kokurikulum ini juga menbantu menjadikan sekolah sebagai temapt yang menarik dan menggembirakan murid-murid.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang, sempurna dan sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang murid itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.

Disamping itu penekanan baru kepada perkhemahan di sekolah adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di Negara ini sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungkan serta diberi penekanan baru dan diberi penilaian yang sesuai supaya keseluruhan murid dan guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik. Ia juga penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun esprit de corps di antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap betanggungjawap. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Oleh kerana murid-murid tidak dapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum perkhemahan boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial positif. Ia jugamemainkan peranan utama dalam memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada muri-murid, bahkan juga melahirkan murid-murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, dan mempunyai sahsiah yang baik serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.

Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuan adalah untuk memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat berkerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Misalnya mengutip derma dam mendapatkan kemudahan tertentu bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah. Maka secara langsung masyarakat dapat memberi sumbangan kepada sekolah dan sebaliknya jika kutipan derma dibuat di sekolah untuk mangsa kebakaran maka sekolah memberi khidmat kepada masyarakat.

KELEMAHAN.

Ruang perkhemahan adalah tidak mencukupi shingga terpaksa mendirikan khemah di dalam bilik darjah. Ini akan mencacatkan suasana perkhemahan yang sebenar. Murid-murid tidak dapat merasai perkhemahan yang sepatutnya berobjektifkan keadaan yang sebenar sewaktu perkhemahan.

Peralatan yang lama seperti khemah yang terkoyak juga menyebabkan murid-murid terpaksa menggunakan kain untuk menutup lubang tersebut. Ini akan membawa masalah jika hujan turun dengan lebatnya. Mereka juga terpaksa berkongsi khemah sehingga menyebabkan kapasiti penampungan khemah bertambah iaitu satu khemah hanya boleh menampung 4 orang sahaja. Murud-murid terpaksa kongsi sehingga antara 7 hingga 9 orang. CADANGAN

Adalah lebih baik dan efektif jika perkhemahan diadakan di luar kawasan sekolah. Walaupun ia menampung kos yang tinggi, ia memberi faedah yang amat berharga. Murid-murid akan dapat merasakan suasana perkhemahan yang sebenar ini akan memberi pengalaman dan pengetahuan yang lebih justeru ia juga dapat melatih murid-murid mengharungi liku-liku cabaran yang lebih tinggi dengan serba kekurangan dan kemudahan.

Peralatan perkhemahan yang telah digunakan perlu disemak dan diletakan di tempat yang sesuai supaya ia tidak mengalami kerosakan. Peralatan perkhemahan khususnya khemah perlulah ditambah lagi supaya ini dapat memberi peluang kepada semua murid merasai suasana perkhemahan yang lebih efektif.

KESIMPULAN

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti gerak kerja kokurikulum sebegini, murid-murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Ia juga memberi keseronokan kepada murid. Aktiviti ini dapat memberi asas kerjaya kepada murid dimana ia membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya mereka. Ini dapat membantu mereka pada masa mereka menceburi di dalam dunia pekerjaan. Adalah baik jika aktiviti sebegini dijalankan secara berterusan. Aktiviti yang lebih kepada perpaduan dan patriotik perlu diperbanyakan supaya ia akan melahirkan bangsa Malaysia yang berwawasan tinggi serta keperibadian yang unggul.