keluarga

6
Soalan Sampingan 1 Apakah maksud salasilah keluarga? Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, salasilah bermaksud daftar keturunan keluarga. Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan seseuah keluarga. Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga kulawarga yang bererti anggota , kelompok kerabat . Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Menurut Depker RI (1998), keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa ahli keluarga yang lain serta tinggal di dalam satu bumbung dan saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Helvie (1981) pula mengatakan, keluarga merupakan sekolompok manusia yag tinggal dalam satu rumah tangga serta mempunyai hubungan yang konsisten dan erat. Keluarga juga didefinisikan sebagai anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui adaptasi pertalian darah atau perkahwinan (Who, 1969). Dari sudut pandangan islam pula, definisi keluarga adalah terlalu luas dan bersifat majmuk. Ini bermaksud sesebuah keluarga bukan sahaja terdiri daripada ayah ibu dan anak-anak tetapi juga merangkumi datuk, nenek, adik beradik dan saudara mara yang lain. Bahkan, keluarga juga bersifat majmuk kerana bukan sahaja terdiri dari satu bumbung tetapi mungkin lebih kerana islam membenarkan poligami sekiranya mampu. Selain itu, dari semasa ke semasa, sesebuah keluarga mungkin akan tinggal berasingan atau terpisah akibat membina satu keluarga kecil yang baru. Dalam banyak hal, ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala ( Mahmood, 1997). Melalui dua pandangan ini iaitu pandangan barat dan islam, dapat disimpulkan bahawa keluarga ini terlahir daripada sebuah perkahwinan. Ikatan perkahwinan ini lah yang mencipta sebuah perasaan kasih sayang dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

Upload: tieng-huang

Post on 23-Jan-2016

176 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

definsi asas keluarga

TRANSCRIPT

Page 1: keluarga

Soalan Sampingan 1

Apakah maksud salasilah keluarga? Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua,

“salasilah” bermaksud daftar keturunan keluarga. Menurut kamus sastera Melayu,

salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat

disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga

atau asal usul keturunan seseuah keluarga.

Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga “kulawarga” yang

bererti “anggota”, “kelompok kerabat”. Keluarga adalah lingkungan di mana

beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga

bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,

perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Menurut Depker RI (1998), keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat

yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa ahli keluarga yang lain serta

tinggal di dalam satu bumbung dan saling bergantungan antara satu dengan yang

lain. Helvie (1981) pula mengatakan, keluarga merupakan sekolompok manusia yag

tinggal dalam satu rumah tangga serta mempunyai hubungan yang konsisten dan

erat. Keluarga juga didefinisikan sebagai anggota rumah tangga yang saling

berhubungan melalui adaptasi pertalian darah atau perkahwinan (Who, 1969).

Dari sudut pandangan islam pula, definisi keluarga adalah terlalu luas dan

bersifat majmuk. Ini bermaksud sesebuah keluarga bukan sahaja terdiri daripada

ayah ibu dan anak-anak tetapi juga merangkumi datuk, nenek, adik beradik dan

saudara mara yang lain. Bahkan, keluarga juga bersifat majmuk kerana bukan

sahaja terdiri dari satu bumbung tetapi mungkin lebih kerana islam membenarkan

poligami sekiranya mampu. Selain itu, dari semasa ke semasa, sesebuah keluarga

mungkin akan tinggal berasingan atau terpisah akibat membina satu keluarga kecil

yang baru. Dalam banyak hal, ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai

hala ( Mahmood, 1997).

Melalui dua pandangan ini iaitu pandangan barat dan islam, dapat

disimpulkan bahawa keluarga ini terlahir daripada sebuah perkahwinan. Ikatan

perkahwinan ini lah yang mencipta sebuah perasaan kasih sayang dan saling

memerlukan antara satu dengan yang lain.

Page 2: keluarga

Salasilah keluarga merupakan carta yang mewakili hubungan kekeluargaan

dalam bentuk pepohon. Salasilah keluarga lanjutan yang digunakan dalam

bidang perubatan, genealogi, dan kerja sosial dikenali sebagai genogram.

Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat

manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi

manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan

hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta

dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum

kerabat."– (Surah An-Nisaa: 1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman: "Barang siapa yang

memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan

barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali

kekeluargaannya nanti."

Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan

silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para

pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan

segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala.

Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak

lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan

dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan

penduduk bandar.

Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut

mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam

kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja

maupun bangsawan sahaja. Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana

melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri.

Page 3: keluarga

Contoh Salasilah Keluarga

Page 4: keluarga

Nasab ke bawah

Page 5: keluarga

Soalan Sampingan 2

Gelaran ialah sejenis bentuk panggilan. Menurut Senarau Gelaran Melayu

(1980: V), gelaran didefinisikan sebagai tambahan kepada nama yang menunjukkan

tanda penghargaan atau penghormatan yang dianugerahkan kepada seseorang atas

jasa baktinya, kedudukan jawatan atau keturunan bangsawan. Gelaran boleh

dipegang turun temurun atau sebagai khas untuk penyandangnya.

Setiap masyarakat pasti mempunyai cara memanggil dan menyapa untuk

berinteraksi dengan individu lain. Cara tersebut dapat diklasifikasikan sebagai

“sistem panggilan” yang merujuk kepada penggunaan kata ganti nama seseorang.

Sistem panggilan tersebut memiliki pola dan tatacara tersendiri. Collins (1996)

menyatakan bahawa “fenomena yang berkaitan dengan kata panggilan dan

kepentingan berbahasa bukan sahaja wujud dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam

kalangan semua bahasa di dunia”. Pola ataupun tatacara panggilan tersebut boleh

didapati dalam bentuk kompleks ataupun mudah dengan amalan dan tatacara yang

tersendiri. Dalam konteks keluarga pula, bagi masyarakat Malaysia, khususnya

Melayu, panggilan dalam keluarga telah wujud sekian lama. Panggilan tersebut

dicipta oleh nenek moyang mereka dan diperturunkan generasi demi generasi.

Walau bagaimanapun, perbezaan susun lapis sistem sosial masyarakat dan

kepelbagaian negeri yang ada telah menyebabkan variasi dalam penggunaan kata

panggilan.

Walaupun demikian, pemilihan sistem panggilan yang akan digunakan dalam

sesebuah keluarga tidaklah tegar dan mesti. Biasanya sistem panggilan dalam

sesebuah keluarga akan ditentukan dan dimulakan oleh ibu bapa. Sistem yang

diamalkan dalam sesebuah keluarga bertujuan untuk membezakan setiap individu,

urutan anak, iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling kecil. Selain itu, sistem

panggilan yang diamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak langsung

memupuk perasaan hormat yang lebih muda kepada yang lebih tua. Sebaliknya,

anggota keluarga yang lebih tua akan berasa lebih bertanggungjawab kepada yang

muda dan secara langsung hal ini menyisihkan perasaan kurang ajar dan tidak

hormat dalam kalangan yang lebih muda kepada yang lebih tua daripada mereka.

Ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat mempunyai hubungan yang erat antara

satu sama lain. Hubungan ini terjelma dalam berbagai-bagai bentuk. Salah satu

aspek penjelmaan hubungan antara ahli-ahli dalam masyarakat adalah melalui

Page 6: keluarga

bahasa. Cara mereka menggunakan bahasa, terutama dalam soal pemilihan

perkataan-perkataan tertentu, dengan jelas menggambarkan bukan sahaja

hubungan yang erat dan mesra, tetapi juga kedudukan masing-masing dalam

masyarakat tersebut, jarak umur, status dan sebagainya. Pilihan perkataan akan

mencerminkan struktur perhubungan antara individu-individu dalam sesebuah

masyarakat; sekurang-kurangnya antara dua orang yang statusnya sama atau

sebaliknya, orang yang berstatus tinggi akan lebih tinggi pangkatnya daripada orang

lain, dan sentiasa dalam kedudukan berkuasa. Umumnya, orang yang berstatus

tinggi mempunyai lebih banyak pilihan bahasa daripada orang yang berstatus rendah

dan pilihan-pilihan ini ditentukan dari segi sosial dan individu oleh orang yang

berstatus tinggi (Grayshon, 1977: 61)

Menurut Burling (1970:6), peraturan rujukan dan definisi bentuk-bentuk

rujukan benar-benar mengurangkan pilihan-pilihan yang diberikan oleh peraturan

tatabahasa; namun begitu peraturan rujukan masih meninggalkan beberapa pilihan.

Dalam bahasa, terdapat sinonim dan separa sinonim. Mengikut beliau, peraturan

tentang bentuk-bentuk rujukan boleh dikatakan memberi pilihan dalam kalangan

sinonim-sinonim. Misalnya bapa, ayah, pak dan ayahanda ialah sinonim. Pilihan

antara perkataan-perkataan itu ialah pilihan dari segi bentuk-bentuk rujukan, tetapi

yang penting ialah bahawa faktor-faktor seperti keperibadian orang yang bercakap,

hadir atau tidak bapanya sewaktu percakapan itu berlaku, sikap penutur terhadap

bapanya, atau keadaan latar pada masa itu menentukan pemilihan perkataan-

perkataan yang tertentu.

Oleh itu, boleh dikatakan bentuk-bentuk panggilan mencerminkan struktur

status sesebuah masyarakat (Wittermans, 1967:48). Kalau sesuatu masyarakat itu

telah atau sedang mengalami perubahan yang pesat, maka akan wujud juga

perubahan linguistik dalam beberapa situasi, terutama dalam bidang perhubungan

sosial. Yang penting ialah mengetahui bentuk-bentuk yang betul untuk digunakan

kepada seseorang yang setaraf, yang berstatus tinggi dan yang berstatus rendah

dengan kita (Wittermans, 1967:48)

Menyapa atau memanggil seseorang dengan nama asal khususnya dalam

sesebuah institusi keluarga dianggap perbuatan yang biadab. Berikutan itu, amalan

memanggil dengan panggilan khususnya mampu memelihara keharmonian dalam

sesebuah keluarga.

Page 7: keluarga

Nor Hasimah Jalaludin