kitaran hidup keluarga dan masalah keluarga mengikut peringkat

11
Kitaran Hidup Keluarga Dan Masalah Keluarga Mengikut Peringkat Kitaran Hidup Disediakan oleh: Thivya A/p Kalaichelvan Vithya A/P Ramanathan

Upload: thivya-kalaichelvan

Post on 14-Aug-2015

306 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pengurusan diri

TRANSCRIPT

Kitaran Hidup Keluarga Dan Masalah Keluarga Mengikut

Peringkat Kitaran Hidup

Disediakan oleh:Thivya A/p KalaichelvanVithya A/P Ramanathan

Kitaran Hidup Keluarga

• Keluarga mula terbentuk melalui perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

• Selepas berkahwin, pasangan ini akan mengalami proses perubahan tertentu dalam kehidupan berkeluarga.

• Proses ini dinamakan kitaran hidup keluarga.

Kitaran Hidup

Keluarga

Peringkat Permulaan

Peringkat Perkembangan

Peringkat Pengecilan

Peringkat Permulaan

• Peringkat permulaan kitaran hidup berkeluarga bermula daripada perkahwinan antara lelaki dan perempuan sehinggalah lahirnya anak pertama.

Peringkat Perkembangan

• Peringkat perkembangan bermula daripada lahirnya anak pertama dan ahli keluarga terus bertambah sehingga mereka meninggalkan rumah kerana menyambung pelajaran, bekerja, atau berkahwin.

Peringkat Pengecilan

• Peringkat pengecilan bermula apabila anak telah dewasa dan membentuk keluarga sendiri.

• Ibu bapa keluarga asas telah meningkat usia dan tinggal bersendirian atau bersama anak mereka.

Peringkat Permulaan

Peringkat Perkembangan

Peringkat Pengecilan

Masalah keluarga mengikut peringkat kitaran hidup

Situasi Keluarga Masalah

Peringkat Permulaan

•Pasangan suami isteri yang baru berkahwin.•Penyesuaian antara suami dengan isteri.•Menjalinkan hubungan dengan saudara-mara bagi kedua-dua belah pihak.•Merancang keperluan rumah tangga.•Merancang zuriat.

•Perselisihan faham antara suami isteri daripada aspek keperluan, nilai, dan matlamat.•Perselisihan faham antara suami atau isteri dengan ahli keluarga yang lain.•Kekurangan sumber kewangan .•Belum bersedia untuk mendapat anak.

Peringkat Situasi Keluarga Masalah

Peringkat perkembangan

•Kelahiran anak-anak.•Pasangan suami isteri menyesuaikan peranan sebagai ibu bapa.•Mengasuh, membimbing, mendidik, dan memenuhi keperluan anak.•Memberikan kasih sayang, galakan dan sokongan bagi perkembangan anak.•Menguruskan kewangan bagi memenuhi keperluan anak.•Berkongsi tanggungjawab dalam pengagihan kerja.

•Masalah penjagaan anak:- Pengurusan masa yang kurang cekap.- Anak diabaikan.-Penderaan anak.-- Kurang bimbingan dan ajaran agama.•Masalah sosial peringkat remaja:-Gangterisme- Vandalisme-Melepak-Pengaruh negatif-Merokok-Ketagihan dadah•Masalah kewangan:-Kekurangan sumber kewangan bagi memenuhi keperluan keluarga.•Konflik peranan- Tidak menjalankan peranan yang sepatutnya.

Peringkat Situasi Keluarga Masalah

Peringkat Pengecilan •Anak-anak meninggalkan rumah kerana menyambng pelajaran, bekerja atau berkahwin.•Tanggungjawab dan peranan berkurangan.•Banyak masa lapang.•Ibu bapa sudah tua dan mungkin sudah bersara.

•Terasa sunyi •Diabaikan oleh anak.•Masalah kesihatan dan perbelanjaan lebih untuk perubatan.

SEKIAN TERIMA KASIH….