tokoh keluarga

32
Tokoh Keluarga ELM3104 Pengenalan Institusi kekeluargaan merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam kehidupan seseorang. Individu perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan keluarga tergolong dalam keluarga yang bahagia dan melahirkan insan yang beraklah mulia dan bermoral. Hal ini kerana keluarga bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak melalui keteladanan keluarga yang bermoral. Oleh itu, tokoh moral dan juga model dalam keluarga yang mempunyai ketokohan dalam membentuk keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan perangai yang baik ialah ayah saya. Hal ini kerana ayah telah membentuk keluarga kami untuk menjaga maruah diri dari melakukan perkara-perkara yang negatif. Ayah bertanggungjawab dalam memberi didikan kepada saya dan juga adik- beradik yang lain serta memberikan asuhan moral yang baik. Walaupun ayah tidak berpendidikan tinggi, namun didikan dan asuhan moral terhadap keluarga tidak pernah diabaikan. Ayah seorang yang bersifat tegas dalam mendidik anak-anak agar kami adik – beradik menjadi insan yang berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh memincangkan akhlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada faktor persekitaran dan mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri. Sebagai tokoh moral dan juga ketua keluarga, ayah senantiasa mengawasi supaya kami tidak terlalu Norhafizah Renlei 1

Upload: norhafizah-renlei

Post on 17-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tokoh keluarga - ayah

TRANSCRIPT

Page 1: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Pengenalan

Institusi kekeluargaan merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam kehidupan

seseorang. Individu perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan keluarga

tergolong dalam keluarga yang bahagia dan melahirkan insan yang beraklah mulia dan bermoral.

Hal ini kerana keluarga bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan

yang diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-

anak melalui keteladanan keluarga yang bermoral.

Oleh itu, tokoh moral dan juga model dalam keluarga yang mempunyai ketokohan dalam

membentuk keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan perangai yang

baik ialah ayah saya. Hal ini kerana ayah telah membentuk keluarga kami untuk menjaga

maruah diri dari melakukan perkara-perkara yang negatif. Ayah bertanggungjawab dalam

memberi didikan kepada saya dan juga adik-beradik yang lain serta memberikan asuhan moral

yang baik. Walaupun ayah tidak berpendidikan tinggi, namun didikan dan asuhan moral terhadap

keluarga tidak pernah diabaikan. Ayah seorang yang bersifat tegas dalam mendidik anak-anak

agar kami adik – beradik menjadi insan yang berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh memincangkan

akhlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada faktor persekitaran dan

mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri. Sebagai tokoh moral dan juga ketua keluarga,

ayah senantiasa mengawasi supaya kami tidak terlalu terpengaruh dalam unsur-unsur negatif

dan tidak baik yang boleh merosakkan akhlak kami sekeluarga.

Norhafizah Renlei 1

Page 2: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

1.1 Diri Saya dan Keluarga        Nama saya Norhafizah bt Renlei. Saya mempunyai sebuah keluarga yang

bahagia. Keluarga saya terdiri daripada ibu, ayah dan empat orang lagi adik-beradik.

Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Saya telah berkahwin dengan

Mohamad Bin Hashim pada tanggal 15 September 2001 dan dikurniakan seorang

anak lelaki iaitu Muhammad Afif Izzuddin yang kini berusia lapan tahun. Suami saya

juga bertugas sebagai seorang guru.

             Nama ayah saya ialah Renlei bin Ithnin. Ayah saya berumur 60 tahun. Ayah

saya bekerja sebagai petani. Ayah saya seorang yang bersifat tegas dan

penyayang. Ayah mempunyai sepuluh orang adik – beradik dan merupakan anak

sulung dalam keluarga. Nama ibu saya ialah Roshayah bt Isam. Ibu saya berumur

58 tahun dan dilahirkan tanggal 17 April 1956. Ibu saya seorang suri rumah. Ibu

saya seorang yang prihatin dan penyayang. Ibu saya juga mempunyai sepuluh

orang adik – beradik dan merupakan anak sulung dalam keluarga.

           Saya juga mempunyai seorang abang dan tiga orang adik iaitu dua lelaki dan

seorang perempuan. Nama abang saya ialah Mohamad Nizam. Abang saya

berumur 36 tahun. Abang saya telah dikurniakan 4 orang cahaya mata hasil

perkahwinannya dengan Cik Rofidah bt Hashim. Abang saya bekerja sebagai

Supervisor IndahWater di Seremban. Nama adik lelaki saya ialah Mohamad

Radzuan. Berumur 30 tahun. Beliau juga telah berkahwin dengan pasangannya

Nasha. Adik saya atau panggilan dalam keluarga “Uda” bertugas sebagai Juruteknik

Gas Dipartment Centre Petronas di Terengganu.

Adik saya yang keempat ialah Noraisah. Nama timangan dalam keluarga

“kakak” telah kembali kerahmatullah pada 8 November 2011. Kakak merupakan

pelajar tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu

Profesionalisme UITM Shah Alam, Selangor. Pemergian “kakak” merupakan satu

kehilangan yang tidak disangka oleh kami sekeluarga. Kakak merupakan adik yang

sangat periang dan sangat mementingkan kebersihan rumah. Pemergian kakak ke

Rahmatullah disebabkan demam denggi tahap 4 iaitu sejenis virus denggi yang

melumpuhkan organ dalamannya. Manakala adik bongsu saya iaitu Mohamad

Safwan kini pelajar siswa IPG Kampus Pulau Pinang dalam Jurusan Matematik.

Norhafizah Renlei 2

Page 3: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

        KELUARGA EN. RENLEI BIN ITHNIN

Gambar 1 : KELUARGA EN. RENLEI BIN ITHNIN

Norhafizah Renlei 3

RENLEI BIN ITHNIN (Ayah) ROSHAYAH BINTI ISAM (Ibu)

MOHAMAD NIZAM (Along)

NORHAFIZAH (Saya)

MOHAMAD RADZUAN

(Uda)

NORAISAH (Almarhumah)

MOHAMAD SAFWAN (Alang)

Page 4: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Gambar 2 : Keluarga sebelah ayah

Norhafizah Renlei 4

Page 5: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

1.2 Biodata TokohNama : Renlei bin Ithnin

Tarikh Lahir : 9 JUN 1954

Tempat Lahir : Parit Bisu, Semerah, Batu Pahat

Adik beradik : Anak pertama daripada 10 orang adik beradik

Isteri : Roshayah bt. Isam

Bil Anak : 5 orang (3 lelaki dan 2 perempuan)

Pendidikan : Darjah 3

Pekerjaan : Petani

Moto Hidup : Berusaha hingga Berjaya

Makanan K : Soto

Minuman K : Laici-Kang

Norhafizah Renlei 5

Page 6: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

1.3 Tokoh Moral dalam

Keluarga Saya Tokoh Moral yang paling saya hormati dan kagumi di dalam keluarga saya adalah ayah saya

sendiri iaitu En. Renlei bin Ithnin. Ayah dilahirkan pada tanggal 9 Jun 1954 di Kampung Parit Bisu,

Semerah Batu Pahat, Johor. Ayah merupakan anak sulung daripada sepuluh orang adik-beradik.

Disebabkan kesempitan hidup, ayah hanya mendapat pendidikan sehingga darjah tiga. Ayah

terpaksa berhenti sekolah bagi membantu datuk dan nenek mencari rezeki dan membesarkan

sembilan orang adik – beradik yang lain.

Pada tahun 1969 iaitu ketika berumur 15 tahun, datuk dan nenek telah merantau ke

Kampung Tenang Labis dan bekerja sebagai buruh ladang. Ayah mengikut datuk bekerja di

ladang kelapa sawit Felcra Peta Temalik. Pada usia semuda itu, ayah telah memikul beban kerja

yang berat yang kebiasaannya hanya dilakukan oleh orang dewasa. Kehidupan zaman kanak-

kanak dan remaja yang gembira bermain tidak pernah dilaluinya. Dengan sikap datuk yang

sangat garang dan pemarah menyebabkan ayah sentiasa dimarahi dan diberi hukuman yang

berat. Walaupun kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh ayah sendiri. Ayah merupakan anak

yang baik dan taat kepada kedua ibu bapa dan ayah juga redha dengan ketentuan buat dirinya.

Pada tanggal 27 Julai 1977, ayah telah dijodohkan dengan ibu saya iaitu Roshayah bt

Isam. Ibu saya menetap di Kampung Parit Kuda, Semerah Batu Pahat Johor. Ibu merupakan

jiran lama ayah sebelum ayah merantau ke Labis. Berbeza dengan ayah, kehidupan ibu jauh

lebih baik dari ayah. Ibu dilahirkan dari keluarga yang agak senang. Ibu juga merupakan anak

sulung daripada sepuluh orang adik - beradik. Walau bagaimanapun, ibu tidak pernah merungut

dan mengeluh untuk hidup bahagia bersama suami tercinta. Kesenangan dan kesusahan

dikongsi bersama. Rumah tangga yang dibina telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu tiga

orang lelaki dan dua orang perempuan.

Setelah mendirikan rumah tangga, ayah mula mengusahakan warung makan.

Alhamdulillah perniagaan ayah sangat maju. Berdasarkan pengalaman diri sejak kecil bekerja

sebagai buruh ladang, ayah telah melibatkan diri dalam bidang pertanian. Manakala ibu pula

Norhafizah Renlei 6

Page 7: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

meneruskan perniagaan warung makan seorang diri. Ayah telah meneroka hutan untuk pertanian

getah dan koko. Hari bersilih ganti, bulan bersilih tahun, pertanian yang diusahakan ayah juga

menjadi. Selepas kelahiran anak ketiga, ibu tidak lagi mengusahakan warung makan kerana

mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak bagi memastikan anak - anak membesar

dengan penuh kasih sayang.

1.4 Kejayaan Tokoh dalam Bidang

Pekerjaan

Ayah saya bertugas sebagai petani.

Bermula dari usianya 15 tahun, ayah telah

mula melibatkan diri dalam bidang pertanian

iaitu sebagai pekerja ladang. Setelah

mendidikan rumah tangga ayah mula

mengambil upah penanaman padi sawah.

Penglibatan ayah pada penanaman padi

sawah sekitar lima tahun sahaja. Ia disebabkan

faktor semulajadi iaitu banjir besar melanda

kampung kami menyebabkan empangan pecah. Penanaman padi oleh penduduk kampung

terpaksa dihentikan kerana tiada sumber air lagi. Ayah mula mengusahakan kebun sendiri

dengan penanaman koko dan getah.

Pada awal 80-an, ayah hanya memiliki kebun seluar tiga ekar sahaja. Memandangkan harga

getah sangat rendah iaitu RM0.50 per kilogram, ayah mula memikirkan tanaman lain yang boleh

meningkatkan ekonomi keluarga. Dalam tempoh sama, ayah juga ada mengusahakan tanaman

dusun buah-buahan. Ayah telah menanam pelbagai jenis buah durian. Dusun ayah sentiasa

menjadi tumpuan peraih dan masyakat luar daerah kerana durian yang dikeluarkan dari dusun

ayah bermutu tinggi.

Ayah mengambil keputusan untuk beralih kepada penanaman kelapa sawit. Dengan

bermodalkan hasil jualan warung makan yang diusahakan oleh ibu, ayah juga telah mengambil

upah seperti meracun dan menebas di kebung orang lain. pada ketika itu, kehidupan ayah sangat

susah kerana tiada pendapatan tetap diperolehi. Bagi menampung perbelajaan persekolahan

adik – beradik dan anak sendiri, pelbagai tugas dilakukan oleh ayah. Segala keperitan hidup,

Norhafizah Renlei 7

Page 8: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

senang susah dikongsi bersama isteri tercinta. Pada awal tahun 2000 harga sawit dikatakan stabil

dipasaran dan mencapai harga tertinggi dalam sejarah tempatan iaitu RM600 – RM700 / tan.

Pendapatan ayah pada ketika itu mencecah RM8000 hingga RM10000 sebulan.

Memandangkan harga yang tinggi dipasaran dan jumlah pendapatan yang lumayan, ayah telah

membeli beberapa ekar lagi kebun untuk penanaman kelapa sawit. Kini ayah memiliki seluas 15

ekar kebun kelapa sawit dan tiga ekar dusun buah-buahan. Disamping mengusahakan kelapa

sawit, ayah juga telah memelihara beberapa ekor lembu sebagai ternakan sambilan.

Pada tahun 2007, dengan nasihat dari pejabat haiwan dan bantuan pinjaman sebanyak

RM100 000 daripada Agro Bank, ayah telah

menceburkan diri dalam penternakan lembu secara

komersial. Pelbagai kursus telah dihadiri oleh ayah

yang dianjurkan oleh pejabat pertanian, peladang,

Risda dan Pejabat Haiwan. Alhamdulillah,

walaupun ayah tidak berpeluang bersekolah

dan berpendidikan tinggi, namun saya amat

berbangga dengan kejayaan ayah miliki

sekarang. Kini ayah bergelar petani dan penternak yang berjaya dengan memiliki

kebun sawit seluas 15 ekar dan ternakan lembu yang mencecah 50 ekor dengan

keluasan ladang ternakan iaitu 30 ekar. Pada awal tahun 2014 ayah telah

dicalonkan oleh pejabat pertanian sebagai “Petani Berjaya”. Semoga gelaran “

Petani Berjaya 2014” dirangkul oleh ayah. Amin...........

Gambar 4 Gambar 5

Norhafizah Renlei 8

Page 9: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Gambar 6 Gambar 7

Gambar 4,5,6,7 : Ladang Ternakan Lembu En. Renlei

Gambar 8 : Rumah Lama

Norhafizah Renlei 9

Page 10: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Gambar 9 : Rumah Sekarang

Gambar 10 : Kereta Ayah

1.5 Kebajikan dan Sumbangan Tokoh kepada Keluarga dan Masyarakat

Ayah merupakan seorang yang bertanggungjawab. Banyak sumbangan ayah kepada

kami sekeluarga dan masyarakat. Antara sumbangan ayah kepada keluarga adalah membesar,

memberi pendidikan yang sempurna serta melansungkan perkahwinan adik-beradiknya. Beban

dan tanggungjawab ini dipikul oleh ayah setelah pemergian datuk ke Rahmatullah pada tahun

1987. Ketika itu ayah berumur 33 tahun. Dalam masa yang sama juga ayah sudah mempunyai

Norhafizah Renlei 10

Page 11: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

keluarga sendiri iaitu ibu, abang, saya dan adik yang ketiga. Semua urusan dilakukan oleh ayah

seorang diri. Adakalanya ayah tidak dapat tidur lena dengan pelbagai kerenah adik-beradik yang

perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun, ibu merupakan insan yang sangat membantu dan

menyokong segala tindakan yang diambil oleh ayah serta memberikan semangat tatkala ayah

ditimpa masalah dari segi kewangan. Berkat kesabaran dan rasa kebertanggung jawaban,

semua perkara dapat ayah lalui dengan tenang.

Dalam kesibukan mencari rezeki dan menguruskan hal yang lain-lain, ayah tidak pernah

mengabaikan tanggungjawabnya kepada pendidikan anak-anak. Ayah bergiat aktif dalam

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ayah telah dipertanggungjawabkan memegang jawatan

Naib Yang Dipertua PIBG di SK Kampong Tenang iaitu dari tahun 1990 hingga 1996. Selepas itu

dilantik menjadi Pemeriksa Kira-kira di SMK Kamarul Ariffn pada tahun 2003 hingga 2006.

Sepanjang ayah menjadi ahli jawatankuasa PIBG sekolah, banyak sumbangan yang diberikan

dari segi wang ringgit, tenaga dan buah fikiran bagi kecemerlangan sekolah. Alhamdulillah, berkat

keikhlasannya, kini semua anak-anak ayah berjaya kemenara gading.

Hampir setiap tahun ayah akan menyumbang seekor lembu pada majlis kesyukuran

sekolah atau Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung iaitu gabungan sekolah agama,

sekolah kebangsaan dan masjid Kampong Tenang.

Sejak dari muda lagi ayah telah pandai memasak. Ayah mula pandai memasak sejak

membantu ibu menguruskan warung makan. Masakan yang paling diminati penduduk kampung

ialah “Nasi Beriani”, Kurma Daging” dan “Kari Kambing”. Ayah sering diminta oleh penduduk

kampung untuk mengetuai kumpulan masakan bagi majlis keraian seperti kenduri-kendara,

Sambutan Maulidur Rasul dan apa jua majlis yang berlangsung. Kepantasan, kecekapan dan

rasa yang enak menyebabkan ayah tidak menang tangan menerima tempahan masakan

daripenduduk kampung serta masayarakat luar daerah.

Selain itu, ayah juga dilantik oleh Kementerian kesihatan sebagai Ahli Sukarela Rawatan

Kesihatan Primer (PHC) dari tahun 1993 hingga kini. Tugas yang di amanahkan kepada ayah

ialah sebagai pembantu pelaksana untuk menagihkan pil bagi pekebun-pekebun yang akan

memasuki hutan untuk tempoh masa yang tertentu. Hal ini bertujuan untuk mengelak dari

pekebun-pekebun tersebut terkena demam malaria. Tugas ini sentiasa dipantau oleh petugas

Kesihatan Daerah Segamat dalam tempoh tiga bulan sekali.

Sebagai penduduk yang prihatin dan bertanggungjawab, tatkala berlaku kematian ayah

akan mengambil tugas menggali kubur. Tugas tersebut dilakukan dengan kerelaan sendiri tanpa

sebarang bayaran dikenakan. Ayah juga akan membersihkan perkarangan perkuburan Islam

Norhafizah Renlei 11

Page 12: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Kampung Tenang seperti meracun, menebas dan membersihkan anak-anak kayu. Walau

bagaimanapun, dengan usia ayah yang telah mencecah 60 tahun, tugas menggali kubur

diserahkan kepada golongan belia yang masih kuat dan bertenaga.

Gambar 12, 13 : Aktiviti Gotong – royong bersama penduduk kampung

Gambar 14 dan 15 : Juara Rakyat Bersama Menteri Besar Johor (Abd Ghani Othman

Norhafizah Renlei 12

Page 13: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

1.6 Anugerah / Pingat / Pengiktirafan yang Dikurniakan Kepada Tokoh

1. Ahli Sukarela Rawatan Kesihatan Primer (PHC)

2. Ahli Persatuan Kebangsaan Pekebub-pekebun Kecil Malaysia

3. Pengerusi Tabika Kemas Kg Tenang

4. Ahli Rela

5. Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Pekan Air Panas

6. Sijil Tamat Latihan Kursus Pengendalian Makanan

7. Kursus Motivasi dan Keusahawanan Program “Satu Mukim

Satu Industri”.

8. Kursus Rela Wilayah Selatan

9. Naib Dipertua PIBG Sk. Kampong Tenang

10. Pemeriksa Kira-kira SMK Kamarul Ariffin

11. Pengerusi Kebajikan dan Keceriaan Masjid Al-Hidayah Kg

Tenang

Norhafizah Renlei 13

Page 14: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

1.7 Sifat-sifat Istimewa Tokoh

1.7.1 Gigih berusahaAyah merupakan orang yang sangat gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang

diimpikan. Tidak mustahil tanpa pendidikan yang tinggi ayah mampu hidup senang berbanding

rakan-rakan yang seusia dengannya. “Biar susah dahulu, senang kemudian” merupakan moto

hidup ayah. Ayah seringkali memberi nasihat kepada kami adik-beradik agar bersusah dahulu

bersenang kemudian. Ayah sering menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh untuk

memperoleh kejayaan yang cemerlang di masa hadapan. Moga apabila dewasa nanti kami adik-

beradik mempunyai pekerjayaan yang baik dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih

selesa, sempurna dan bahagia.

Sikap gigih ayah mengusahakan kebun dengan tulang empat kerat dan dikurniakan oleh

Allah S.W.T kesihatan yang baik, ayah berjaya mengusahakan tanah pertanian tanpa mengupah

mana-mana pihak. Semua kejayaan yang dimiliki kini adalah atas penat lelah ayah sendiri.

Pernah suatu ketika dahulu, tanaman kelapa sawit ayah dimusnahkan oleh gajah liar. Luluh hati

tidak terkira, air mata mengalir membasahi pipi mengenangkan nasib yang menimpa. Mana

tidaknya segala usaha, penat-lelah dan modal yang banyak telah digunakan tetapi hilang sekelip

mata.

Ayah mengadu nasib dengan penciptanya. Alhamdulillah Allah memberikan ketenangan

dalam diri ayah. Ayah mengusahakan semula penanaman sawit. Hari demi hari, minggu bertemu

bulan, bulan bersilih tahun akhirnya tanaman ayah telah mencecah umur lima tahun. Hasil mula

dituai dan memperoleh rezeki untuk anak dan isteri. Kegigihan dan keperitan ayah selama ini

dibalas oleh Allah dengan hasil yang lumayan.

1.7.2BerdisiplinAyah terkenal dikalangan penduduk kampung dengan sikap berdisiplin dalam

mendidik anak dan melakukan semua tugas harian. Sejak dari kecil lagi kami adik-

beradik telah dididik bangun awal pagi. Setiap dari kami telah ada tugas khas

Norhafizah Renlei 14

Page 15: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

diberikan bagi membantu ibu

mengurus rumah dan membantu

ayah dikebun. Tidak kira kecil atau

besar, lelaki atau perempuan

semua akan membuat kerja yang

diaturkan. Ayah melatih kami agar

dewasa nanti menjadi insan yang

lebih berdisiplin dan

bertanggungjawab. Kami adik-

beradik diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh, menjemur, melipat dan

menggosok pakaian serta

menyimpan dalam almari. Selain

itu kerja-kerja rumah lain seperti

mencuci pinggan mangkuk,

menyapu rumah dan mengemas

rumah juga dilatih sejak kecil lagi.

Apabila ayah pulang dari kebun,

ayah mahu rumah sentiasa berada

dalam keadaan kemas dan teratur.

Waktu makan kami juga mestilah bersama. Tidak seorang pun dibenarkan oleh ibu

untuk makan selagi ayah belum pulang. Hal ini kerana bagi menghormati ayah

sebagai ketua keluarga. Disaat ini jugalah ayah akan mengambil kesempatan

bertanya hal anak-anak dan memberikan beberapa nasihat kepada kami adik-

beradik. Manakala waktu bermain kami hanya diberi sesudah semua kerja rumah

selesai dilakukan dan juga selepas solat asar dilaksanakan. Sebelum pukul enam

petang kami perlu bersedia untuk pergi mengaji di rumah jiran. Walaupun pendidikan

agama ayah tidak tinggi, tetapi tidak pernah sekalipun ayah mengabaikan tanggung

jawab memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Harapan ayah agar anak-

anak dapat membesar dengan mempunyai ilmu dunia dan akhirat yang mencukupi.

Pada sebelah malamnya pula, kami perlu menyaiapkan kerja sekolah yang

diberikan atau mengulangkaji pelajaran. Apabila ayah tidak mempunyai urusan,

ayah akan menceritakan kisah silamnya kepada kami. Ayah sentiasa memantau

Norhafizah Renlei 15

Page 16: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

bahan-bahan bacaan dan juga rancangan-rancangan televisyen yang sering kami

tontoni. Hal ini bagi memastikan kami tidak terlalu terpengaruh dengan bahan-bahan

hiburan yang merosakkan akhlak. Tambahan pula, kami juga diberikan penjelasan

mengapa ada sesetengah perkara tidak dapat kami ikuti dan dijadikan amalan dalam

kehidupan harian. Kami juga diberikan penjelasan akan akibat yang bakal kami

perolehi jika menjadikan perkara-perkara negatif itu sebagai amalan hidup kami.

Tambahan pula, ayah sentiasa menggunakan kemahiran berkomunikasi yang

sangat baik dalam menasihati kami adik - beradik. Komunikasi yang kurang lancar

dapat menimbulkan ketegangan dalam keluarga. Oleh itu, ayah telah menggunakan

kemahiran komunikasi yang baik bagi mengelakkan kegagalan berkomunikasi yang

mungkin akan menyekat pembentukan moral dalam sesebuah keluarga. Ayah juga

telah menyediakan suasana yang harmonis dalam keluarga kami. Sebagi contoh

ayah menegur kami jika kami melakukan perbuatan yang kurang baik dengan nada

yang sopan dan tidak menggunakan kekerasan. Ayah juga senantiasa memberikan

nasihat dan semangat kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Pendek

kata, rutin harian kami tersusun dari bangun tidur hingga malam berlabuh. Kami

dididik seperti mereka yang tinggal di asrama.

Walaupun hidup kami berjadual, kami adik-beradik tidak sedikit pun mengeluh

malah kami berbangga kerana dikurniakan ayah dan ibu yang berdisiplin, penyayang

dan bertanggungjawab. Kami sedar semua yang dilakukan oleh ibu dan ayah adalah

bertujuan mendidik kami agar lebih bertanggung jawab serta bijak mengurus masa

apabila dewasa nanti. Disiplin diri yang dibentuk oleh ayah menyebabkan kami adik-

beradik sentiasa mendapat pujian dari jiran sekeliling.

1.7.3 Bersederhana Ayah seorang yang bersederhana dalam semua perkara. Ayah mengajar kami

supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di

rumah. Hal ini amat penting untuk mendidik kami adik-beradik supaya sentiasa

bersyukur dengan apa yang dimiliki. Dengan latar belakang hidup ayah yang susah,

ayah tidak mahu kami hidup sepertinya. Kesenangan yang dimiliki masa kini tidak

dipersiakan. Ayah juga menerapkan nilai kesederhanaan dalam diri agar kami

semua dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat – cermat dan tidak boros dalam

Norhafizah Renlei 16

Page 17: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

berbelanja. Wang saku yang diberi oleh ayah tidak pernah kami habiskan.

Sebaliknya kami di ajar untuk menabung untuk kegunaan di masa hadapan. Anak-

anak yang diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana akan membesar sebagai

seorang yang sederhana sikapnya, tidak sombong dan tidak berlebihan dalam

sesuatu perkara. Anak-anak juga akan melakukan sesuatu perkara dengan penuh

keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi memastikan

dewasa nanti kami hidup dikalangan generasi yang berpandangan jauh. . 

Norhafizah Renlei 17

Page 18: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Norhafizah Renlei 18

SAJAK BUAT AYAH

Ayah….

Dirimu ibarat sang awan

Yang memayungi kehidupan kami

Yang senantiasa memerlukan dirimu

Saat sang suria memanaskan sinarnya

Ayah…..

Tidak akan hilang di benak kami

Tidak akan pudar dari pandangan kami

Betapa mulia hatimu

Betapa besar jiwamu

Menepis ranjau dan duri itu

Untuk mencari sesuap nasi buat kami

Ayah…….

Kesabaran juga tetap terbatas

Meski diuji dan dicabar

Oleh karenah kami

Yang adakalanya nakal

Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu

Ayah……

Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….

Terima kasih ayah…..

Page 19: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

PenutupInstitusi kekeluargaan merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam

kehidupan. Seseorang individu perlu memainkan peranan yang penting bagi

memastikan isu-isu moral dapat dibendung dengan segera. Hal ini kerana keluarga

bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan yang

diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga bertanggungjawab dalam

mendidik anak-anak melalui keteladanan keluarga.

Dalam laporan saya akan menceritakan mengenai tokoh moral keluarga saya

dari segi sumbangannya dalam membentuk moral dan juga model tokoh keluarga.

Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan

bukan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain)

yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Oleh itu, tokoh moral dan juga

model tokoh keluarga merupakan individu yang mempunyai ketokohan dalam

membentuk keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan

perangai yang baik. Dalam keluarga saya yang menjadi tokoh moral ialah ayah

saya.

Hal ini kerana ayah telah membentuk keluarga kami untuk menjaga diri dari

melakukan perkara-perkara yang negatif. Ayah jugalah yang menjadi role-model

dalam keluarga kami. Ayah bertanggungjawab dalam memberikan didikan kepada

saya dan juga adik-beradik yang lain serta memberikan asuhan moral yang baik.

Walaupun ayah sibuk dalam urusan kerjanya, namun didikan dan asuhan moral

terhadap kami sekeluarga tidak pernah diabaikan. Ayah sentiasa mempunyai masa

Norhafizah Renlei 19

Page 20: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

untuk mendidik kami adik beradik dan sentiasa mempunyai lapangan dalam

mengawal serta memberikan pendidikan moral kepada setiap ahli keluarga dalam

usaha pembentukan moral.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh

memincangkan akhlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan

kepada faktor persekitaran dan mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri.

Sebagai tokoh moral dan juga ketua dalam keluarga, ayah saya sentiasa mengawasi

kami agar tidak terlalu terpengaruh dalam unsur-unsur negatif dan tidak baik yang

terdapat dalam faktor-faktor tersebut. Sebagai contoh, perkembangan dalam

tekonologi merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan

moral ahli keluarga. Hal ini disebabkan kerana terdapat banyak bahan-bahan sama

ada melalui media elektronik dan juga media cetak yang boleh merosakkan akhlak.

Secara kesimpulannya, tokoh moral keluarga saya ialah ayah saya yang juga

turut dibantu oleh ibu saya. Hal ini bagi memastikan pembentukan moral dapat

dilaksanakan dengan jayanya dan keruntuhan moral dapat dielakkan. Gejala

keruntuhan moral bukan sahaja meninggalkan kesan negatif kepada diri sendiri

malahan juga kepada keluarga. Oleh itu, pembentukan moral dalam sesebuah

keluarga adalah sangat penting dan setiap ahli keluarga haruslah berganding bahu

dan berusah dalam pembentukan moral.

Norhafizah Renlei 20

Page 21: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Refleksi

Terlebih dahulu saya panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan

rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ELM3104 tepat pada masa yang

diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Pendidikan Moral

saya iaitu En. Asrar bin Sidon di atas bimbingan beliau kepada saya untuk

menyiapkan tugasan pada kali ini.

Pada semester ini, saya mempelajari satu lagi ilmu baharu dalam pendidikan

moral iaitu ELM3104 “Isu-isu moral dan cabaran penghayatan nilai-nilai murni”.

Tajuk kali ini memfokuskan kepada masalah-masalah moral yang dihadapi di

sekolah, isu-isu moral tempatan dan isu-isu moral diperingkat global, sosialisasi dan

apreasisasi moral serta elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan

nilai-nilai murni.

Sebelum - Pada hari pertama tutorial seperti kebiasaannya, En. Asrar akan

memberikan gambaran umum berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari sepanjang

semester ini. Beliau juga meminta kami membuat cabutan untuk tajuk

pembentangan. Cara ini tampak lebih adil dan saksama kerana setiap daripada kami

akan memilih sendiri tajuk yang ingin dihuraikan semasa pembentangan nanti. Encik

Asrar juga menerangkan tugasan yang seterusnya seperti laporan tokoh moral

Norhafizah Renlei 21

Page 22: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

dalam keluarga serta refleksi diri berkaitan penguasaan ilmu yang diperoleh

sepanjang tugasan diberikan.

Semasa – Dapatan daripada undian yang dibuat, saya telah memperoleh

tajuk 13 iaitu UNESCO. Langkah pertama yang diambil oleh saya adalah meneliti

bahan modul ELM3104. Hasil bacaan daripada modul yang dibekalkan sangat

umum dan terhad. Oleh itu saya mula mencari bahan daripada pelbagai bahan.

Dengan kecanggihan teknologi masa kini, semua maklumat di hujung jari. Tanpa

berlengah saya memulakan pencarian di yahoo dan google. Memandangkan beban

tugas yang banyak disamping melaksanakan tugas sebagai pendidik, pelajar, isteri

dan ibu, saya telah mengumpul semua bahan dapatan daripada internet dalam satu

folder. Pada cuti hujung minggu barulah maklumat yang diperolehi disaring dan

diambil mana yang penting. Hampir kesemua dapatan carian mempunyai isi yang

sama.

Sama sekali saya tidak berpuas hati dengan dapatan yang diperolehi. Saya

mengambil keputusan untuk mencari daripada pelbagai buku rujukan yang ada.

Alhamdulillah, setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi saya mula

merangka kerja dengan menjawab soalan 4W1H. Hasil kerja dipersembahkan di

dalam bentuk power-point dengan menyertakan pautan internet, ‘hiperlink’ dengan

fail tertentu, gambar serta muat turun video yang berkaitan.

Tiba pada hari pembentangan iaitu tutorial ketiga, saya membentangkan tajuk

dihadapan pensyarah dan rakan-rakan. Memandangkan kesuntukan masa, power-

point tidak dapat dibentangkan secara menyeluruh dan video juga tidak ditayangkan

kepada semua. Walau bagaimanapun, setiap dari kita tidak semestinya sempurna.

Teguran daripada En. Asrar iaitu tiada kesimpulan di akhir pembentangan. Sebagai

insan yang lemah, saya amat mengakui kekurangan diri dan mengambil tindakan

terhadap teguran En. Asrar sebagai tindakan selanjutnya. Penambahbaikan

dilakukan selepas pulang ke rumah.

Bagi tugasan kedua pula, saya telah memilih “ayah” sebagai Tokoh moral

dalam keluarga saya. Tugasan yang kedua tidak memerlukan saya mencari

maklumat dari mana-mana carian, sebaliknya melihat kelebihan pada diri “ayah”

sebagai isi yang perlu dihuraikan. Ayah merupakan insan yang paling istimewa dan

Norhafizah Renlei 22

Page 23: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

sesuai dipilih dalam keluarga kerana sumbangannya kepada diri saya, keluarga dan

masyarakat terlalu banyak untuk dibicarakan. Keperibadian yang ada pada diri ayah

patut dikongsi bersama dan dijadikan contoh kepada saya dan yang lain.

Walau bagaimanapun, saya menghadapi beberapa masalah untuk tugasan

ini. Hal ini kerana bukti bergambar tidak dapat ditunjukkan disebabkan bencana

alam yang menimpa kami pada tanggal 21/12/2006 iaitu banjir besar melanda

tempat tinggal kami. Pelbagai kenangan, bahan bukti tokoh rosak akibat banjir. Oleh

yang demikian hanya bukti terkini sahaja dapat ditunjukkan. Oleh itu, saya perlu

bijak mengolah agar pembaca yang menilai dapat menjiwai sikap sebenar tokoh

yang dipilih.

Kesimpulan dapatan hasil tugasan pada kali ini, sebagai insan dan guru yang

bermarol mestilah bijak menangani sesuatu isu moral diperingkat tempatan dan

global yang boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak. Tugasan ini juga

mengkehendaki kita menghayati dan menghargai pengobanan dan sumbangan

setiap insan kepada kita untuk membentuk insane yang berjaya.

Norhafizah Renlei 23

Page 24: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Lampiran Sijil Tokoh

Norhafizah Renlei 24

Page 25: TOKOH KELUARGA

Tokoh Keluarga ELM3104

Norhafizah Renlei 25