kelemahan & kekuatan teori konstruktivisme

4
KEKUATAN TEORI KONSTRUKTIVISME Berfikir merupakan alam proses membina pengetahuan baru, melalui teori konstruktivisme kita dapat lihat bahawa murid perlu berfikir sendiri bagi menyelesaikan masalah. Hal ini akan menjana idea murid-murid dalam membuat sesuatu keputusan. Teori ini menitikberatkan penglibatan murid- murid berfikir secara aktif dalam menyelesaikan masalah yang mana menuntut kebolehan berfikir pelajar yang lebih tinggi. Sebagai contoh guru memberi sesuatu topik yang umum untuk mereka bincangkan secara kritis dan kreatif. Guru hanya sebagai pemerhati dan pembimbing. Murid- murid sendiri yang perlu melahirkan dan melontarkan idea-idea mereka. Kekuatan seterusnya bagi teori ini ialah murid lebih mudah memahami sesuatu ilmu baru. Hal ini kerana, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Sudah tentu ini membolehkan mereka lebih memahami pelajaran tersebut dan boleh mengapliksikan pelajaran tersebut dalam kehidupan. Kekuatan atau kelebihan yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Hal ini kerana, murid akan diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari. Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep yang dipelajari mereka. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat diperolehi melalui teori ini. Hal ini kerana kemahiran sosial ini diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru sebagai contoh aktiviti berdiskusi atau berbincang. Ini akan menjadikan murid lebih kendiri dan

Upload: rabiatul-adawiyah

Post on 26-Jul-2015

1.074 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelemahan & Kekuatan teori konstruktivisme

KEKUATAN TEORI KONSTRUKTIVISME

Berfikir merupakan alam proses membina pengetahuan baru, melalui teori

konstruktivisme kita dapat lihat bahawa murid perlu berfikir sendiri bagi

menyelesaikan masalah. Hal ini akan menjana idea murid-murid dalam membuat

sesuatu keputusan. Teori ini menitikberatkan penglibatan murid-murid berfikir secara

aktif dalam menyelesaikan masalah yang mana menuntut kebolehan berfikir pelajar

yang lebih tinggi. Sebagai contoh guru memberi sesuatu topik yang umum untuk

mereka bincangkan secara kritis dan kreatif. Guru hanya sebagai pemerhati dan

pembimbing. Murid-murid sendiri yang perlu melahirkan dan melontarkan idea-idea

mereka.

Kekuatan seterusnya bagi teori ini ialah murid lebih mudah memahami sesuatu ilmu

baru. Hal ini kerana, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru

hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan

pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan

prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan

utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan

penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Sudah tentu ini

membolehkan mereka lebih memahami pelajaran tersebut dan boleh mengapliksikan

pelajaran tersebut dalam kehidupan.

Kekuatan atau kelebihan yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan

kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Hal ini kerana, murid akan diminta

bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan

dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari. Kaedah ini adalah sangat bagus

kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar

melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana

murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua

konsep yang dipelajari mereka.

Page 2: Kelemahan & Kekuatan teori konstruktivisme

Selain itu, kemahiran sosial juga dapat diperolehi melalui teori ini. Hal ini kerana

kemahiran sosial ini diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam

membina pengetahuan baru sebagai contoh aktiviti berdiskusi atau berbincang. Ini

akan menjadikan murid lebih kendiri dan berfikiran matang dalam mengetengahkan

pedapat dan berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain. ia juga dapat

menanamkan sikap sosial yang positif dalam kalangan murid-murid.

Tambahan lagi, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik

tradisional seperti syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu

pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka

bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan

alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid

mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan

berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam

membina pengetahuan baru.

Teori konstruktivisme ini juga dapat meningkatkan penguasaan teknik lisan dan

bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori

dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Mereka

akan memberi idea-idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman tersebut.

Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal

ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana

penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

Page 3: Kelemahan & Kekuatan teori konstruktivisme

KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVISME

Menurut Mok Soon Sang (2006), antara kelemahan teori ini adalah ketidaksediaan

murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran

berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang

sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala

menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru

sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti

dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak

difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea

alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka

memahaminya.

Selain itu, teori konstruktivisme juga menjadi penghalang kepada kefahaman

konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh

yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan

dan menyusun idea saintifik baru.

Kelemahan seterusnya ialah guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana

pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid

aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, guru hanya bertindak

sebagai tutor atau pembimbing sahaja. Murid yang memainkan peranan sendiri

dalam setiap pembelajaran yang dijalankan.

Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis

dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid

dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu,

guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila

murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam membina konsep-

konsep baru.

Page 4: Kelemahan & Kekuatan teori konstruktivisme

Di samping itu, kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak

secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid

menyebabkan suasana kelas dalam kawalan menjadi tidak terkawal. Seterusnya,

guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme

memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak

sekolah.