kelebihan sdp.pptx

13
SENI DALAM PENDIDIKAN Konsep Dan Latar Belakang Seni Dalam Pendidikan

Upload: abgesa

Post on 21-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: kelebihan SDP.pptx

SENI DALAM PENDIDIKAN

Konsep Dan Latar Belakang Seni

Dalam Pendidikan

Page 2: kelebihan SDP.pptx

SENI DALAM PENDIDIKAN

SENI MUZIK SENI PERGERAKAN

SENI VISUAL

Aktiviti penerokaan,Mengalami dan juga MengekspresiCitarasa melaluipancaindera

Penekanan dalam aspek pemahaman,penghayatan, dan juga kritikan yangMenyetuh perasaan estetika dan dayaKreativiti individu

Proses penajaman intuisi,persepsi,Imaginasi dan juga konsepsi seseorang individu.

Page 3: kelebihan SDP.pptx

Seni Dalam Pendidikan menjurus kpd Seni Visual, seni Muzik dan Seni Pergerakan.

Penegasan dari aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.-Guru menjalankan aktiviti supaya pelajar meneroka, mengalami dan ekpresesi citarasa pancaindera.

Page 4: kelebihan SDP.pptx

SDP penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui pengingkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.

Matlamat:

Melahirkan individu yang berbudaya dan mengamalkan pertimbangan keseniaan, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Gabungan Seni Visual, muzik dan pergerakan melahirkan insan yang bersifat lebih holistik dan menyeluruh.

Page 5: kelebihan SDP.pptx

Kenapa SDP diperkenalkan?

Berdasarkan teori-teori berikut:

i. Teori KonstruktivismeKanak-kanak mendapat ilmu secara aktif-Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif digalakan. Pelajaran dicapai melalui penerokaan, eksperimen dan mengolah objek atau bahan. SDP adalah wadah supaya murid dapat berekspresi secara bebas dan kreatif.

Page 6: kelebihan SDP.pptx

ii. Teori Kecerdasan ManusiaHoward Gardner, mengesyorkan sekurang-kurangya tujuh jenis kecerdasan yang harus diperkenalkan kpd kanak-kanak di sekolah iaitu:

verbal linguistik, Logik matematik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal, kinestetik, muzik dan naturalist.

Realitinya di sekolah hanya menekankan kecerdasan linguistik dan matematik sahaja, kecerdasan lain akan hilang.

Page 7: kelebihan SDP.pptx

Teori Keinginan Asas Kanak-kanakMenurut Dauer dan Pangrazi (1975), proses pendidikan perlu

memfokuskan ke atas pelajar dengan mengambilkira keinginan asas pelajar patut diberi pertimbangan yang tinggi dalam proses pendidikan kerana ia bagaikan penggerak dan dorongan semula jadi untuk pencapaian pembelajaran optimum . Sembilan keinginan asas seperti berikut-

Berjaya & diiktirafBergerakMeluahkan perasaan melalui pergerakanKefahamanBersaingKetangkasan fizikal & sebagai sumber daya penarikMenerokaPencapaian kreatifDiterima oleh orang lain

Page 8: kelebihan SDP.pptx

Teori MaslowMaslow (1968) telah mengkategorikan kreativiti kepada 2

jenis: (1) kreativiti bakat dan (2) Kreativiti Penyempurnaan Diri (self-actualizing creativity). Kreativiti ke-2 bukan saja memberi penekanan kepada pencapaian tetapi lebih kepada perwatakan personaliti.

Selain itu, Maslow juga telah mengasingkan keperluan ‘ekspresi estetika’ individu dari teori motivasi beliau. Menurut Maslow, luahan ekspresi estetika adalah pengalaman yang harus dibangkitkan kerana ia bagaikan kerangka pragmatik yang kaya dan bernilai dalam perkembangan individu ke arah pencapaian penyempurnaan kendiri. Pengutaraan Maslow ini menyokong aktiviti seni dilaksanakan untuk tujuan pemupukan kreativiti dan juga ekspresi estetika.

Page 9: kelebihan SDP.pptx

Kecerdasan Pelbagai Dan Perkaitaan Dengan Murid

1.Visual- Ruang Murid melukis sesuatu menggunakan stail, media atau bahan baru

2. Intrapersonal Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita atau dalam drama

3. Interpersonal Murid memahami diri secara lebih mendalam dgn mengaitkan apa yang dipelajari dgn sendiri

4. Logik –Matematik Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid.

Page 10: kelebihan SDP.pptx

6.Verbal Linguistik Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan.

7. Muzik Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan sedap didengar.

8. Naturalist Murid mencari cara menggunakan bahan alam semua jadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa.

5. Kinestetik Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian atau drama

Page 11: kelebihan SDP.pptx

Sumbangan aktiviti seni terhadap Kanak-kanak Edwards (2006) Meningkatkan tahap pemikiran kritikal, kebolehan membangkitkan

masalah, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Membantu kefahaman, komunikasi, manipulasi dan interpretasi simbol yang kompleks dan pembelajaran bahasa dan matematik.

Memperkembangkan kelancaran ekspresi dan luahan seni serta membangkitkan pemikiran aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.

Menghubungkaitkan kepintaran pelbagai (Gardner 1993) kerana seni bersifat kepelbagaian model (multimodel),iaitu merangkumi bidang seni visual, lakonan, muzik, pergerakan, percakapan dan lain-lain.

Memperkembangkan daya imaginasi dan menilai sesuatu dari perspektif yang berbeza.

Page 12: kelebihan SDP.pptx

Kelebihan Aktiviti SDP

1.Pembelajaran melalui aktiviti seni memerlukan amali dan penghasilan.2.Pembelajaran melalui aktiviti seni menggalakkan kemahiran pemikiran kreatif.3.Pembelajaran melalui aktiviti seni memajukan tahap penumpuan perhatian atau pun tempoh masa kanak-kanak untuk ‛memfokus’ (concentrate)4.Pembelajaran melalui aktiviti seni menajamkan kemahiran membuat keputusan.5.Pembelajaran melalui aktiviti seni memerlukan satu resolusi idea yang pelik dan mengelirukan.6.Pembelajaran melalui aktiviti seni memperkembangkan keupayaan mengurus perubahan.7.Pembelajaran melalui aktiviti seni membina disiplin kendiri.

Page 13: kelebihan SDP.pptx

SEKIANTERIMA KASIH