kelahiran kemajuan islam

7
KELAHIRAN KEMAJUAN ISLAM Jahiliah dan Pengertiannya Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahulan atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat. Pengertian ini selaras dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud : Apakah hukuman jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang yang yakin (Surah Ali Imran : Ayat 154) dan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dialah yang mengutus kepada kamu yang buta huruf ‘(Arab Jahiliah) seorang rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat Nya kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumu’ah: Ayat 2). Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam Al-Quran, ciri-ciri masyarakat Jahiliah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan keempat, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya kitab suci Al-Quran Al-Kanm atau sebelum pra-Islam. Sesuatu masyarakat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah sekiranya memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut. Dalam Al-Quran, zaman Jahiliah tidak dibataskan menurut masa dan dinyatakan secara umum, begitu juga dengan kamus-kamus Arab yang hanya menyatakan Jahiliah itu zaman sebelum Islam. Dalam konteks Semenanjung Tanah Arab, tempoh masa Jahiliah ialah berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas keruntuhan kerajaan Saba’ di peringkat ketiga atau peringkat akhir kerajaan Himyar (Tubba) sekitar tahun 300SM sehingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610 Masihi. Pada zaman itu, tiada nabi diutuskan dan tidak ada kitab suci

Upload: tasaka-ambotang

Post on 12-Apr-2016

14 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Kelahiran Kemajuan Islam

KELAHIRAN KEMAJUAN ISLAM

Jahiliah dan Pengertiannya

Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahulan atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat. Pengertian ini selaras dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud : Apakah hukuman jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang yang yakin (Surah Ali Imran : Ayat 154) dan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dialah yang mengutus kepada kamu yang buta huruf ‘(Arab Jahiliah) seorang rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat Nya kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumu’ah: Ayat 2).

Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam Al-Quran, ciri-ciri masyarakat Jahiliah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan keempat, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya kitab suci Al-Quran Al-Kanm atau sebelum pra-Islam. Sesuatu masyarakat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah sekiranya memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Dalam Al-Quran, zaman Jahiliah tidak dibataskan menurut masa dan dinyatakan secara umum, begitu juga dengan kamus-kamus Arab yang hanya menyatakan Jahiliah itu zaman sebelum Islam. Dalam konteks Semenanjung Tanah Arab, tempoh masa Jahiliah ialah berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas keruntuhan kerajaan Saba’ di peringkat ketiga atau peringkat akhir kerajaan Himyar (Tubba) sekitar tahun 300SM sehingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610 Masihi. Pada zaman itu, tiada nabi diutuskan dan tidak ada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk kepada masyarakat. Ciri-ciri pembangunan dan ketamadunan hampir lenyap berikut runtuhnya empangan Ma’arib. Masyarakat ketika itu kehilangan pedoman kerana dilanda kejahilan iaitu tidak mewarisi ilmu pengetahuan sebelumnya, dan seterusnya berlaku krisis akhlak atau moral sehinggalah diturunkan kitab suci Al-Quran AL-Karim. Dengan sebab itulah, masyarakat Arab sebelum Islam dianggap sebagai masyarakat Jahiliah.

Menurut seorang tokoh orientalis, iaitu P.K Hitti beliau menyatakan Jahiliah bukan membawa pengertian jahil dari segi ilmu pengetahuan, tetapi sebenarnya jahil dalam aspek keagamaan sahaja. Beliau berpendapat, pada zaman masyarakat Jahiliah tersebut tidak terdapat nabi atau kitab sebagai sumber petunjuk. Namun begitu, orang Arab di kawasan selatan Semananjung Tanah Arab tidak boleh dianggap jahil atau bodoh kerana mereka telah pun mempunyai tamadun yang tinggi. Pendapat beliau berhubung dengan makna Jahiliah ini hampir-hampir diterima oleh penulis-penulis moden, terutamanya di kalangan penulis berbangsa Arab antaranya Ahmad Syalani dan Hasan Ibrahim Hasan. Di

Page 2: Kelahiran Kemajuan Islam

dalam dunia Islam, orang Arab dan bangsa-bangsa tertentu sememangnya suka dipuji dan disanjung, dan kadangkala mereka sebenarnya terperangkap dengan puji-pujian dan sanjungan ini. Dalam rangka gerakan golongan orientalisme pihak orientalis sentiasa berusaha memperkukuh semangat nasionalisme di kalangan orang islam dan cara paling mudah dengan membangkitkan zaman tradisi mereka. Dengan harapan agar sejarah bangsa Arab zaman Jahiliah dapat membayangi sejarah mereka selepas Islam dan inilah usaha yang hendak dilaksanakan oleh golongan orientalis termasuk P.K Hitti.

Adakah pernyataan P.K Hitti ini tepat? Pendapat P.K Hitti tidak tepat jika dilihat dari segi kronologi sejarah. Tidak dapat dinafikan dari segi sejarah, bahawa kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab terutamanya pada zaman kegemilangan kerajaan saba’ telah mencapai kemajuan, tetapi waktu itu telah terdapat seorang nabi iaitu Nabi Sulaiman a.s Kerajaan saba’ telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan dengan itu, Allah S.W.T mengurniakan kerajaan tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan (Surah Saba’: Ayat 15), Begitu juga kerajaan Himyar, di peringkat awal menerima nikmat dan pengampunan dari Allah S.W.T Setelah kedua-dua kerajaan ini ingkar terhadap Allah S.W.T, maka diturunkan bala dan sejak itu tamadun Arab yang dibina di kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab mengalami keruntuhan.

Sepanjang zaman Jahiliah, Masyarakat Arab berada dalam keadaan kekuturan, kemaksiatan, keangkuhan, dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan sebagai mana ditegaskan dalam Al-Quran. Selain mengalami keruntuhan dan segi nilai agama dan akhlak, mereka juga mengalami keruntuhan aspek politik dan pemerintahan, ekonomi dan sosiobudaya.

Sistem Kepercayaan dan Agama

Pada zaman jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan agama memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut dan masyarakat Arab ketika itu sedang menempuhi zaman kegelapan. Pengaruh asing merupakan faktor penting yang membawa tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab. Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan hubungan luar terutama dalam urusan perdagangan, hubungan diplomatik atau kegiatan-kegiatan keagamaan. Kawasan di persisiran pantai dan bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah, Yaman, Oman dan Bahrain telah memainkan peranan penting dalam penyebaran pelbagai agama kerana merupakan pusat tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan penyembahan berhala.

Dalam konteks ini, golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab di kategorikan kepada lima iaitu pertam, penyembah berhala (agama Wathani) kedua, penyembah apt (Majusi) ketiga, Yahudi, keempat, Nasrani (Kristian) dan kelima, Hanif (Samawi). Agama menyembah berhala merupakan agama paling penting dan berpengaruh di kalangan orang Arab. Menurut Ibn Kaibi, agama menyembah berhala bermula bila Umar bin Luai yang melawat ke Syam (Syria) untuk mendapatkan ubatan, dan ketika itu beliau melihat kaum Balqa’

Page 3: Kelahiran Kemajuan Islam

menyembah berhala. Beliau membawa agama ini kembali ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan haji mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya, di bawa ke tempat masing-masing untuk disembah sebagai mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu, kepercayaan sesetengah orang Arab terhadap Hajar As-Aswad yang berada di Kaabah dikatakan berpunca dari langit. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada emas atau perak yang berbentuk asli atau replika. Antara berhala-berhala yang mashur disebut dalam Al-Quran ialah berhala Al-Lat (TaiF), Al-Uzza (Nakhlah), Al-Manar (antara Makkah dengan Madinah) dan Hubai (Kota Makkah). Makkah merupakan pusat agama berhala dan di sekeliling kaabah, dianggarkan terdapat sejumlah 360 buah berhala yang disembah.

Agama menyembah api atau Majusi berasal dari Parsi. Kaum Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah S.W.T tetapi mereka mengikut nabi-nabi palsu. Agama ini terbahagi kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut agama Majusi menetap di Yaman, Oman, dan Bahrain kerana semua kawasan ini terletak di bawah pengaruh Parsi.

Agama Yahudi ialah agama yang di bawa oleh Nabi Musa a.s dan baginda di utuskan membawa kitab suci Taurat. Penganut asal agama ini ialah dari kalangan bani Israel di utara Semenanjung Tanah Arab. Namun begitu, golongan agama bani Israel telah mengubahsuai kandungan kitab suci Taurat dan ini dilaknat oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka Sendiri, lain dikatakannya : ‘Ini dari Allah’ (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu (Surah Al Baqarah: Ayat 79). Antara yang menganut agama Yahudi ini ialah YusufDhu Nawas, pemerintah terakhir kerajaan Himyar.

Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s yang diturunkan Allah S.W.T kepadanya bersama-sama kitab suci Injil dan penganut asalnya, juga dari kalangan bani Israel. Mereka juga mengingkari ayat-ayat Allah S.W.T dengan mengubahsuai kitab Injil menurut keperluan dan kepentingan mereka. Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi peranan penduduk Ghassan, dan Hirah dan di sebelah selatan melalui peranan penduduk Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat beberapa suku Arab yang menerima agama ini iaitu suku Ghassan, Judham, Salih, Lakham (di timur), Tayy dan Tha’labah (di tengah). Pusat agama Nasrani yang terkenal ialah di Najran, kawasan barat daya Semenanjung Tanah Arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat beberapa orang tokoh yang menganut agama ini antaranya Waraqah bin Naufal.

Agama Hanif atau digelar Hunafa’ dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan dianuti segelintir orang Arab. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah HanifQamak: Hunafa yang mentauhidkan Allah S.W.T Baginda seorang Hanif dan Muslim, bukan Yahudi atau Nasrani. Antara yang menganut agama ini ialah Nabi Muhammad S.A.W. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan tidak melakukan perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah S.W.T.

Page 4: Kelahiran Kemajuan Islam

Namun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan sebahagian pula mengamalkan kepercayaan animisme seperti menyembah roh, penunggu atau kuasa ghaib dan corak penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung kepada suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya masyarakat Ma’in. Matahari dan bulan disembah kerana kedua-duanya dianggap menghidupkan tanaman mereka.

Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap adat (sunnah) yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara yang diamalkan ialah menilik nasib bagi melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli sihir dan kuasa azimat.

Kepercayaan dan agama masyarakat Arab im dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, kepercayaan beragama dan kedua, kepercayaan animisme. Secara umumnya, sejumlah besar masyarakat Arab Jahiliah berada dalam kehidupan yang penuh dengan kesesatan dan terpesong dari akidah yang sebenar. Maka itu, kedatangan Islam pada tahun 610 Masihi menerusi Nabi Muhammad s.a.w telah mengubah masyarakat Arab khasnya dan dunia amnya, tidak setakat pada akidah tetapi juga aspek-aspek ketamadunan manusia.

Sistem Politik dan Pentadbiran

Pada zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa penuh kerana negara-negara tersebut telah tergugat akibat penjajahan. Sejumlah besar kawasan penting di Semenanjung Tanah Arab diletakkan di bawah kuasa-kuasa penjajah asing terutama empayar Rom (Barat dan Utara) dan Parsi (Timur). Empayar Rom (Kristian) dan Parsi (Majusi) menguasai sebelah utara manakala di selatan dikuasai oleh Habsyah-Rom (Kristian) dan Parsi. Kawasan tengah iaitu Makkah pernah diserang oleh tentera Yaman pada tahun Gajah tetapi ia mengalami kegagalan. Ini menunjukkan, Kestabilan politik Makkah tergugat dengan kehadiran kuasa-kuasa penjajah asing di Semenanjung Tanah Arab.

Di kawasan yang ditakluki kuasa-kuasa asing , suasana dan keadaan adalah lebih teruk seperti Ghassan, Hirah dan Yaman yang serba mengalami kesusahan dan kepayahan. Kesan penjajahan menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak atau berkabilah, sering berperang sesama mereka untuk mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan-kerajaan yang memerintah atau yang menjajah kawasan itu. Keadaan ini tidak jauh berbeza dengan masyarakat di luar bandar, iaiu Badwi.

Walaupun kawasan-kawasan tersebut telah memiliki pemerintahan atau pentadbiran tersendiri tetapi masih tidak boleh dianggap sebagai pemerintahan yang maju atau bertamadun kerana masing-masing dijajah dan tidak merdeka. Ternyata, bentuk politik yang terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliah jauh bertentangan atau berbeza dengan keadaan politik pada zaman Islam yang bebas daripada cengkaman penjajahan, dan berstatus merdeka.

Page 5: Kelahiran Kemajuan Islam

Sistem Perekonomian