bab 8 konsep pendidikan islam. pengenalan kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan...

24
BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Upload: muhamad-irawan

Post on 14-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

BAB 8

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pengenalan• Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan

ilmu dan pendidikan.• Islam adalah satu-satunya agama yang amat menitikberatkan

kemajuan ilmu dan pendidikan.• Dalam bahasa Melayu: -didik yang bermaksud ‘jaga’,`pelihara’ atau ‘ajar’.

Page 3: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Definisi Pendidikan

Pendidikan ialah proses menyerapkan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan bagi membentuk peribadi dan watak serta mencungkil bakat yang terpendam.

Dari sudut istilah:Pendidikan Islam adalah satu proses pembentukan keperibadian manusia menjadi khalifah Allah yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

Dalam bahasa Arab: -`ta’dib’(addaba). -takrif ini menjelaskan hubungan rapat antara pendidikan dan adab.

Page 4: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: “Tuhan telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku yang terbaik.”

Pendidikan dalam Islam merujuk kepada pendidikan nabi dan rasul (adab).Tujuan adab adalah untuk mendidik manusia yang pelupa (an-nisyan) mengenal Allah dan menghindar manusia menjadi zalim dan jahil.•Pendidikan Islam dalam bahasa Arab: -`tarbiyyah’ berasal dari perkataan Rabb (Tuhan) dan murabbi(pendidik). -`ta’lim’ bermaksud mengajar.

Page 5: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Pendapat tokoh: (a) Ibn Jamaah

Sistem yang bertanggungjawab memberikan ilmu pengetahuan; membolehkan seseorang membentuk keperibadian yang baik; membersihkan hati dan jiwa.

(b) Dr.Zaki SallehProses yang membawa perubahan kepada manusia;kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat dan berdasarkan petunjuk al-Quran dan hadis.

(c) Dr.Hassan Langgulung Terbahagi kepada 2 definisi:

1. Pengertian yang besar dan luas bermaksud meliputi semua aktiviti manusia.2. Pengertian yang kecil iaitu aktiviti manusia untuk memelihara kelangsungan hidup sebagai individu dan masyarakat.

Page 6: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Kesimpulan: pendidikan Islam menekankan: a)pendidikan seumur hidup. b)pembangunan seluruh potensi manusia. c)menyampaikan 2 fungsi: -sebagai hamba Allah -sebagai khalifah Allah d)memakmurkan seluruh alam: -kesepaduan dan kesempurnaan iman -ilmu dan amal soleh

Page 7: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Falsafah Pendidikan Islam• Sifatnya adalah bersepadu, menyeluruh dan seimbang.• Kesempurnaan pendidikan Islam terpancar dari: -keseimbangan dan intergrasi antara roh, akal dan jasad. -keserasian antara ilmu, iman dan akal. -kesaksamaan antara dunia dan akhirat.• Umumnya falsafah pendidikan Islam:

– Membentuk dan melahirkan insan kamil.– Melahirkan masyarakat yang sempurna beriman,berakhlak mulia dan

bertanggungjawab kepada Allah, diri, keluarga, masyarakat dan negara.– Menanamkan semangat sanggup berjihad serta kekuatan jiwa– Membina keupayaan berdikari.– Melahirkan insan yang menjadikan Rasullullah s.a.w sebagai role model.– Memupuk manusia yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh serta rasa cinta

kepada Allah

Page 8: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Tujuan pendidikan Islam• Tujuan Khas

– Iaitu perubahan melalui proses pendidikan seperti kemahiran, gabungan pengetahuan

– Ianya dapat dilaksanakan di institusi pendidikan.• Tujuan Am - Untuk mendapatkan keredhaan Allah. - Untuk membentuk akhlak yang mulia. - Untuk mempersiapkan kehidupan di dunia dan akhirat.• Tujuan Akhir

– Untuk mewujudkan kesempurnaan diri.– Selain itu, untuk mengembangkan personaliti dalam aspek

kerohanian, psikologi, intelektual dan jasmani– Untuk tujuan ini, ianya tidak hanya tertumpu di institusi

pendidikan tetapi juga melalui saluran lain seperti internet, tv, akhbar dsb.

Page 9: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Kaedah pendidikan IslamBerasaskan al-Quran.• Kaedah Penceritaan -ilmu disampaikan melalui cara bercerita. Cerita umat zaman

silam dalam al-Quran sebagai iktibar atau pengajaran.

• Kaedah perbandingan -kaedah ini digunakan dalam Al-Quran untuk menyampaikan risalah.

ٴۇ ھ ھ ھ ھ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ۋ ۓ ۓ ے ے ہ ہ “Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?

Dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan?“(al-Ghashiyah: 17-20)

Page 10: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Kaedah pengasahan bakat dan ketajaman akal -Allah menjadikan akal sebagai asas penerimaan segala bentuk pengajaran al-Quran -Al-Quran sentiasa mendidik akal fikiran manusia untuk berfikir sendiri dan menyelidik .

ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.”(al-A’araf:179)

Page 11: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Kaedah secara beransur-ansur - Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23

tahun. - ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah meyentuh

ajaran asas dalam Islam dan kisah teladan dari zaman silam. - ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah menyentuh

soal hukum dan peraturan.

Proses dan Implementasi Pendidikan dalam Islam• Meniru apa yang dilihat dan didengar.• Peranan kebiasaan.• Kekuatan fitrah kejadian manusia(akal dan nafsu).• Melalui ganjaran dan balasan

Page 12: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pendidikan Zaman Nabi Muhammad S.A.WMembina Budaya Keilmuan di Tanah Arab• Pendidikan rasmi sebelum Islam hampir tidak wujud di Tanah Arab . Ramai

yang masih buta huruf. Hanya 17 org yg boleh membaca & menulis.• Kelahiran Islam mengubah nilai sosial dlm pendidikan. Kepentingan

pendidikan dpt dilihat berdasarkan ayat 1 surah al-Alaq.• Penekanan Rasulullah terhadap pendidikan dapat dilihat misalnya - meminta

tawanan perang Badar mengajar 10 kanak-kanak Islam di Madinah sehingga pandai membaca & menulis sebelum dibebaskan.

• Masjid merupakan institusi pendidikan pertama di zaman nabi Muhammad s.a.w

Page 13: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pendidikan tidak formal di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

• Peringkat awal penyebaran Islam, nabi berdakwah secara senyap• Rumah Arqam b Abi Arqam dipilih sebagai tempat orang Islam bertemu,

menimba ilmu dan mempelajari ajaran Islam diturunkan melalui wahyu.• Faktor menjadikan rumah Arqam (Darul Arqam) ialah:

Faktor Hikmah

Arqam masih muda Musyrikin Quraisy tidak akan menyangka golongan muda berminat dengan gerakan dakwah.

Arqam adalah dari Bani Makhzum iaitu musuh kuat Bani Hasyim

Musyrikin Quraisy tidak akan mengesyaki sesuatu jika nabi Muhammad s.a.w bergiat dikawasan musuhnya

Page 14: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Pendidikan di zaman Kulafa’ Ar-Rasyidin

a) madrasah-madrasah yang wujud di Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

b) Peringkat pendidikan di zaman Khalifah Ar-Rasyidin

Madrasah Wakil / Guru

Madrasah Makkah ● Mu’az bin Jabal

Madrasah Madinah ● ‘Umar bin al-Khattab ● Zaid bin Thabit● ‘Ali bin Abu Talib ● Abdullah bin ‘Umar

Madrasah Basrah ● Abu Musa al-Asy’ari ● Anas bin Malik

Madrasah Kufah ● Ali bin Abu Talib ● Abdullah bin Mas’ud

Madrasah Damsyik ● Mu’az bin Jabal ● ‘Ubadah Abu Dar’da

Madrasah Fustat ● Abdullah bin ‘Amru

Peringkat kuttab Membaca, Menulis, Menbaca dan menghafal al-Quran dan Asas-asas agama Islam (fardu ain)

Peringkat menengah Tafsir al-Qur’anPeringkat tinggi Hadis dan Fikah

Page 15: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

c) Pendidikan di zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq• Khalifah Abu Bakar berusaha mengumpulkan seluruh ayat al-Quran yang

diturunkan dalam masa 23 tahun pada zaman Rasullullah s.a.w atas cadangan Saidina ‘Umar al-Khattab

• Kerja-kerja pengumpulan diamanahkan kepada Zaid bin Thabib• al-Quran yang dikumpul dijadikan sumber pendidikan dan ilmu.• Masjid dijadikan sebagai pusat pendidikan dan pusat pengajaran

d) Pendidikan di zaman Khalifah ‘Umar Al-Khattab• Guru-guru disediakan untuk mengajar pelbagai bidang ilmu dan dihantar di

serata tempat dalam wilayah Islam• Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid dalam wilayah Islam• Umat Islam diwajibkan menghafal surah tertentu dalam al-Quran• Golongan yng menghafal diberi ganjaran sebagai galakan kepada mereka

dan umat Islam yang lain

Page 16: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

e) Pendidikan di zaman Uthman bin Affan• Beliau telah mewujudkan sebuah naskah al-Quran yang

standard mengikut bahasa Arab Madinah. Kitab al-Quran yang tidak sama dengan naskhak yang standard dibakar.

• Tujuan beliau ini – mewujudkan satu sumber perundangan dan sumber pendidikan yang sama.

• Ini kerana ramai golongan mencatat sendiri kitab al-Quran mengikut susunan dan gaya bahasa daerah masing-masing sehingga berlaku kekeliruan

• Zaid bin Thabit telah diarah untuk membuat salinan al-Quran . Sebanyak 6 salinan telah dibuat dan kemudian diedarkan.

f) Pendidikan di zaman Khalifah Ali bin Abi Talib• Beliau dianggap orang yang paling berilmu di kalangan para

sahabat terutama pengetahuan tentang soal hukum.

Page 17: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pendidikan di zaman Bani Umaiyyah• Pelbagai institusi pengajian Islam ditubuhkan: - istana, masjid, kuttab(pondok), rumah dll.• Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan sering mengundang para cendikiawan

ke istana untuk membincangkan tentang pelbagai ilmu• Pendidikan di istana dikhususkan kepada putera-putera khalifah • Mata pelajaran yang diajar ialah sejarah kesusasteraan, ilmu berpidato,

tatasusila dan moral• Institusi Kuttab untuk orang awam dikenakan yuran pengajian • Terdapat kuttab dikhususkan untuk kanak-kanak miskin (kuttab as-Sabil)• Selepas peringkat kuttab terdapat peringkat halaqah (peringkat pendidikan

tinggi)• Halaqah adalah sistem pendidikan tradisional di mana murid-murid

berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru yang mengajar

Page 18: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pendidikan di zaman Bani Abbasiyyah• Penubuhan Bayt al-’Ilm (universiti) di Baghdad• Terdapat perpustakaan yang agung yang dikenal Bayt al-Hikmah• Bayt al-Hikmah menjadi perpustakaan pendidikan yang pertama di dunia yang seumpama

dengannya yang berperanan mengumpul, menyimpan dan meminjamkan buku-buku• Institusi ini turut menjalankan aktiviti penterjemahan buku-buku dalam bahasa asing seperti

Yunani, Parsi, Rumawi dan Hindi ke dalam bahasa Arab

• Institusi pendidikan di zaman Bani Abbasiyyah a) Perpustakaan

• antara perpustakaan yang dibina perpustakaan Haidari di Najaf, Perpustakaan Ibn Sawwar, perpustakaan Sharif al-Radi, perpusstakaan Masjid Zaydi dan Dar al-Ilm, perpustakaan Khizanat Sabur antara terbaik di dunia

b) Kuttab, Madrasah dan maktab• Zaman Khalifah Harun al-Rashid dan al-Ma’mun sistem pendidikan dilaksanakan di Kuttab,

istana, masjid dan madrasah. Ianya pesat berkembang di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah dan Balkh

• Zaman khalifah al-Mustansir sebuah maktab diberi nama al-Mustansiriyah telah dibina di Baghdad. Antara yang diajar ialah berkenaan 4 mazhab. Guru-guru dibayar gaji . Pelajar dikecualikan daripada membayar yuran

• Madrasah lain yang wujud – madrasah al-Nasiriyah di Kaherah dan al-Nuriyah di Damsyik c) Universiti Baghdad

• Universiti Nizamiyah di Baghdad ditubuhkan oleh khalifah al-Makmun (1065M)• Antara subjek yang diajar – sains, matematik, astronomi, geografi dan perubatan

Page 19: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pendidikan pada zaman Bani Umaiyyah di Sepanyol• Semasa kerajaan Andalusia menguasai sebahagian Eropah, sistem

pendidikan Islam telah disemai• Pelbagai institusi pendidikan didirikan seperti sekolah, maktab,

perpustakaan dan universiti di Cordova, Almeria, Badajoz, Granada, Toledo, Valencia dan Malaga

• Sebuah sekolah kedoktoran dibina di Barlmo, Itali (yang pertama di Eropah)• Selepas kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ke tangan puak Norman (1091),

tradisi tamadun Islam khususnya sistem pendidikan masih dipertahankan• Raja-raja Norman spt. Roger I, Roger II, Frederick II telah menubuhkan

institusi pendidikan di Eropah mengikut model pendidikan tamadun Islam• Frederick II misalnya telah menubuhkan universiti di Naples, Itali. Di sini

karya Ibn Rushd ditemui• Alphonse VII mendirikan institusi penterjemahan di Toledo mengikut model

Baitul Hikmah di Baghdad. Karya sarjana Islam telah diterjemahkan ke bahasa Latin

Page 20: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Pendidikan Islam di Alam Melayu

1. Pendidikan tidak formal– Masyarakat Islam dahulu mendidik anak di rumah dengan memberi ilmu yang

berkaitan dgn pekerjaan harian.– Anak perempuan diasuh dgn ilmu kraftangan, kesenian dsb.– Selepas kedatangan Islam, ilmu secara tidak formal meliputi mempelajari al-

Quran, cara solat dan hal-hal yang berkaitan agama di rumah guru/ustaz.

2. Pendidikan formal– Sekolah pondok– Madrasah– Istana– Masjid– Rumah ulama’

Page 21: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Sekolah Pondok– Institusi pendidikan formal terawal di Alam Melayu– Institusi ini dibina khusus untuk pengajian ilmu– Pelajar tinggal di kawasan sekitar sekolah pondok– Institusi ini terdapat beberapa bangunan seperti balai, rumah tuan guru,

surau, asrama pelajar– Sekolah pondok terawal di Alam Melayu ialah dayah di Perak. – Di Tanah Melayu, sekolah pondok mula berkembang sejak abad 18 di

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Antara yang terkenal – pondok Kubang Pasu dan Tok Kenali di Kelantan, Pondok Tok Ku Pulau Manis dan pondok Hj. Wan Abdul Latif di Terengganu, Pondok Pak Ya di Kedah.

– Sekolah pondok juga dikenali dengan pelbagai nama:Tempat Panggilan

Tanah Melayu & Selatan Thai PondokAcheh & Pasai DayahMinangkabau SurauJawa PesantrenSulawesi Pengajian

Page 22: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Madrasah– Madrasah pertama didirikan di Tanah Melayu – Madrasah al-Masriyyah di

Bukit Mertajam– Madrasah lain – madrasah Iqbal al-Islamiyah di Singapura, al-Ahmadiyah di

Riau, al-Muhamadiyah di Kelantan, al-Manshur al-Islamiyyah di P. Pinang, al-Khairiyyah di Johor, al-’Alawiyyah al-Madaniyyah di Perlis, Ma’ahad Mahmud di Kedah

• Istana Raja– Orang yang mahir dalam pendidikan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang,

guru dan ulamak di istana. Mereka menjadi guru kepada golongan istana.– Tugas pengarang – menulis, mengarang sejarah, mengubah berbagai jenis

kesusasteraan Melayu di samping menyalin dan menterjemah kesusasteraan asing khususnya dari Bahasa Arab, Parsi ke Bahasa Melayu. Mereka disediakan bilik khas di istana

– Antara karya yang dihasilkan – Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulkarnain

– Istana juga menjadi tempat pertemuan ulamak.– Pada masa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah – pernah menjadikan

istana Melaka sebagai pusat pendidikan keluarga raja.

Page 23: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

• Masjid– Masjid juga merupakan pusat pendidikan.– Catatan Ibn Batutah menyatakan masjid di Pasai adalah

masjid pertama di Alam Melayu menjadi pusat pengajian. Sultan Pasai sendiri sering hadir majlis ilmu yang diadakan di masjid

• Rumah ulamak– Rumah ulamak sering menjadi tumpuan penduduk untuk

menimba ilmu daripada ulama termasuk sultan.– Dalam kitab Sejarah Melayu menceritakan Sultan

Mahmud Syah yang pernah berguru di rumah ulamak Maulana Yusuf.

Page 24: BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM. Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama

Latihan

1. Huraikan TIGA (3) faktor penggalak pembudayaan ilmu di Malaysia.

2. Huraikan TIGA (3) kaedah yang digunapakai dalam sistem pendidikan Islam.

3. Jelaskan peranan penting yang perlu dimainkan oleh pemerintah untuk membantu meningkatkan perkembangan sistem pendidikan.

4. Huraikan TIGA (3) peranan istana dalam memperkembangkan ilmu di Alam Melayu.