kekisi adalah satu kaedah yang diperbahrui melalui gabungan antara kaedah yang biasa digunakan oleh...

2
Kekisi adalah satu kaedah yang diperbahrui melalui gabungan antara kaedah yang biasa digunakan oleh murid-murid iaitu Kaedah Kekisi dan Bentuk Lazim. Ianya dikatakan gabungan antara Kaedah Kekisi dan Bentuk Lazim di mana kaedah ini menyamai Bentuk Lazim pada permulaan penyusunan soalan manakala pada jawapannya pula menyamai Kaedah Kekisi yang mana memerlukan penggunaan kotak. Walaubagaimanapun Kaedah Kekisi ini agak berbeza daripada kedua-dua kaedah yang sering diajar di sekolah sebelum ini iaitu Kekisi dan Lazim, dan ianya Insya-Allah dapat membantu murid-murid yang tidak dapat menyelesaikan soalan pendaraban disebabkan tidak dapat menguasai kaedah-kaedah yang telah dimuridi sebelum ini. Semasa mengajar topik yang melibatkan operasi darab bagi 29 orang murid Tahun 4 UKM Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Apas, Tawau, pengkaji mendapati murid tidak dapat memberikan jawapan serta jalan pengiraan yang betul terutamanya bagi soalan pendaraban dengan nombor dua digit serta mengumpul semula. Jadi, pengkaji cuba untuk menerangkan kata kunci kepada masalah Matematik dalam soalan agar lebih mudah difahami serta mengulang semula langkah pengiraan darab menggunakan bentuk lazim. Walaubagaimana pun, masih terdapat murid yang tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian tindakan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Farah (2006) juga menghadapi masalah yang sama iaitu murid lemah dalam

Upload: mohdradzlee77

Post on 05-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

werwer

TRANSCRIPT

Kekisi adalah satu kaedah yang diperbahrui melalui gabungan antara kaedah yang biasa digunakan oleh murid-murid iaitu Kaedah Kekisi dan Bentuk Lazim. Ianya dikatakan gabungan antara Kaedah Kekisi dan Bentuk Lazim di mana kaedah ini menyamai Bentuk Lazim pada permulaan penyusunan soalan manakala pada jawapannya pula menyamai Kaedah Kekisi yang mana memerlukan penggunaan kotak. Walaubagaimanapun Kaedah Kekisi ini agak berbeza daripada kedua-dua kaedah yang sering diajar di sekolah sebelum ini iaitu Kekisi dan Lazim, dan ianya Insya-Allah dapat membantu murid-murid yang tidak dapat menyelesaikan soalan pendaraban disebabkan tidak dapat menguasai kaedah-kaedah yang telah dimuridi sebelum ini.

Semasa mengajar topik yang melibatkan operasi darab bagi 29 orang murid Tahun 4 UKM Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Apas, Tawau, pengkaji mendapati murid tidak dapat memberikan jawapan sertajalan pengiraan yang betul terutamanya bagi soalan pendaraban dengan nombor dua digit serta mengumpul semula. Jadi, pengkaji cuba untuk menerangkan kata kunci kepada masalah Matematik dalam soalan agar lebih mudah difahami serta mengulang semula langkah pengiraan darab menggunakan bentuk lazim. Walaubagaimana pun, masih terdapat murid yang tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Oleh itu,pengkaji menjalankan kajian tindakan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Farah (2006) juga menghadapi masalah yang sama iaitu murid lemah dalam mengingati fakta asas, tidak memahami konsep darab, tidak menggunakan algoritma yang sesuai serta cuai semasa membuat pengiraan.