kefahaman pelajar mengenai konsep asas, · pdf filekumpulan logam alkali untuk mencapai...
TRANSCRIPT
KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, PEMBELAJARAN TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH JADUAL BERKALA UNSUR DI
BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH KOTA STAR
ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : _____KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS,____
PEMBELAJARAN TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH _JADUAL BERKALA UNSUR DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH_ ________________DI DAERAH KOTA STAR___________________
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya : __________ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL_____________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
_____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
___
Alamat Tetap: BATU 6½ JALAN DATO KUMBAR, 05300 ALOR STAR,_______________ KEDAH_________________________
PRO
Tarikh: ____8 MAC 2004_____________ Tarikh:
√
CATATAN: *
** ♦
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, siatau organisasi berkenaan dengan menperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ipenyelidikan, atau disertasi bagi pengaLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)
F. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Nama Penyelia
____8 MAC 2004_____________
la lampirkan surat daripada pihak berkuasa yatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ERHAD. jazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara jian secara kursus dan penyelidikan, atau
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tanda Tangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
Prof. Madya Aziz Bin Nordin
9 Mac 2004
KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI KONSEP ASAS, PEMBELAJARAN
TERDAHULU DAN KONSEP MENYELURUH JADUAL BERKALA UNSUR DI
BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH KOTA STAR
ILYANA BINTI MOHAMMAD KAMEL
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian syarat Penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah
saya jelaskan sumbernya”.
Tanda Tangan :
Nama Penulis :
Tarikh :
Ilyana Binti Mohammad Kamel
9 Mac 2004
iii
Dedikasi
Assalamualaikum……
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izinNya, kajian ini dapat disiapkan. Berkat dorongan dan pengorbanan
insan-insan teristimewa dalam hidup saya terutamanya abah Mohammad Kamel, mama
Wardah, yang tersayang Syahrul Ridwan Shahlan dan adik-adik Nadiah, Thariq, Afeeq
dan Zyad, tugasan ini terhasil dengan jayanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala
jasa dan pengorbanan kalian……..
Wassalam…..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah
berkesempatan menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya dedikasikan khusus kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Terlebih dahulu saya rakamkan
jutaan penghargaan dan terima kasih istimewa buat Profesor Madya Aziz Nordin yang
telah banyak meluangkan masa untuk membantu dan memberi tunjuk ajar dalam
membimbing saya menyiapkan penyelidikan ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi penghargaan
kepada:
1. Pengetua SM Teknik Alor Star
2. Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Buqhary
3. Pengetua SMK Jabi
Di atas kerjasama mengaturkan pertemuan dan menyediakan responden untuk
menyiapkan penyelidikan ini.
Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya
keluarga tersayang yang memberikan bantuan dan dorongan sama ada secara langsung
atau secara tidak langsung ketika penyelidikan ini dilakukan.
v
ABSTRAK
Kajian ini meninjau pemahaman konsep pelajar Tingkatan Empat aliran Sains
tulen dan teknikal mengenai tajuk konsep asas Jadual Berkala Unsur (JBU), di tiga buah
sekolah sekitar daerah Kota Star. Persoalan kajian adalah melihat sama ada pelajar
mempunyai salah konsep dan gagal menguasai asas pembelajaran terdahulu dan konsep
menyeluruh dalam topik yang dikaji. Sejumlah 116 orang responden terdiri daripada
pelajar Tingkatan Empat telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis
menggunakan SPSS 10.0 bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan mengenai salah
konsep yang terdapat pada pelajar. Hasil kajian mendapati sebahagian besar pelajar
mempunyai konsep yang salah dalam tajuk yang dikaji dan pelbagai konsep ini ternyata
berbeza dengan konsep yang diterima oleh ahli sains. Konsep-konsep ini didapati
mengganggu proses pembelajaran dan guru seharusnya mengambil kira konsep yang ada
pada pelajar dalam memilih kaedah pengajaran dan merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Kajian ini telah dapat mengenalpasti beberapa masalah
dalam tajuk Jadual Berkala Unsur.
vi
ABSTRACT
This research investigates the conceptual understanding of topics on basic
concepts of Jadual Berkala Unsur (JBU), previous concepts and the whole concepts in
JBU amongst students in 3 schools in the Kota Star district. The objective of this study is
to find out the misconceptions amongst students on the topics investigated. A total of 116
form four students from 3 secondary schools were involved as respondents in this
research. The data obtained were then analyzed using SPSS 10.0 to obtain the frequencies
and percentages for misconceptions. Findings have shown that students possessed various
concepts which are different from those accepted by scientists. These concepts interferes
learning process and teachers should take into account the concepts students have when
choosing teaching methods and teaching strategies effectively.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul
Pengakuan
Dedikasi
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Senarai Lampiran
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
xvi
xvii
I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1
4
5
6
7
7
viii
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Terminologi Istilah
1.9.1 Pelajar / Responden
1.9.2 Kerangka Alternatif
1.9.3 Konsep
1.9.4 Konsep Asas
1.9.5 Konsep Pembelajaran Terdahulu
1.9.6 Konsep Jadual Berkala Unsur (JBU)
1.9.7 Jadual Berkala Unsur (JBU)
1.9.8 Kumpulan
1.9.9 Kala
8
8
9
9
9
10
10
10
10
11
11
11
II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Definisi Masalah
2.3 Masalah Pembelajaran Kimia
2.3.1 Kerangka Alternatif Mengenai Konsep
Asas
2.3.2 Kefahaman Melalui Pembelajaran
Terdahulu
2.3.3 Masalah Dari Segi Topik JBU
(Menyeluruh)
12
12
13
14
16
17
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi Kajian
3.4 Pemilihan Sampel
20
20
21
21
ix
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Analisis Data
21
23
23
IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis Latar Belakang Responden
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah
4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Jantina
4.2.3 Umur, bangsa dan agama
4.2.4 Pencapaian responden dalam PMR
4.2.5 Pencapaian Peperiksaan Pertengahan
Tahun responden untuk mata pelajaran
Kimia.
4.2.6 Latar belakang pekerjaan bapa/penjaga
responden.
4.2.7 Keminatan terhadap mata pelajaran Sains
dan Matematik
4.3 Analisis Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Asas
Jadual Berkala Unsur
4.3.1 Analisis jawapan responden mengenai
pengetahuan asas Jadual Berkala Unsur
4.3.1.1 Pencapaian responden bagi soalan
berkaitan konsep asas Jadual
Berkala Unsur
4.3.2 Analisis jawapan responden mengenai
soalan berkaitan pembelajaran terdahulu.
4.3.2.1 Analisis skor markah bagi soalan
berkaitan pembelajaran terdahulu.
25
26
26
27
27
28
28
29
29
30
31
34
35
36
x
4.3.3 Analisis jawapan responden mengenai
soalan berkaitan konsep Jadual Berkala
Unsur (Menyeluruh).
4.3.3.1 Analisis skor markah bagi soalan
berkaitan konsep JBU
(Menyeluruh).
4.3.4 Pencapaian responden bagi soalan
berkenaan konsep asas JBU, konsep
pembelajaran terdahulu dan konsep Jadual
Berkala Unsur (Menyeluruh).
4.3.5 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
‘Jadual ini digelar...’.
4.3.6 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
‘Kumpulan 1 hingga 18 JBU’.
4.3.7 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
‘Kala’.
4.3.8 Dapatan kajian mengenai konsep
pembelajaran terdahulu ‘Nombor Proton’.
4.3.9 Dapatan kajian mengenai konsep
pembelajaran terdahulu ‘Simbol Unsur’.
4.3.10 Dapatan kajian mengenai konsep
pembelajaran terdahulu ‘Nama Unsur’.
4.3.11 Dapatan kajian mengenai konsep
pembelajaran terdahulu ‘Nombor Nukleon’
4.3.12 Dapatan kajian mengenai konsep
pembelajaran terdahulu ‘Cara Menulis
Konfigurasi Elektron’
4.3.13 Dapatan kajian mengenai konsep asas bagi
menyusun unsur dalam JBU
4.3.14 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
(Kumpulan)
37
38
39
41
41
42
42
43
44
44
45
46
47
xi
4.3.15 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
‘Takrifan Kala’
4.3.16 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
yang memerlukan responden mengaitkan
bilangan elektron valens dalam unsur
dengan Kumpulan unsur tersebut.
4.3.17 Dapatan kajian mengenai perkaitan antara
bilangan petala yang diduduki elektron
dengan kala unsur tersebut.
4.3.18 Dapatan kajian mengenai tindak balas
antara Kumpulan Halogen dengan
Kumpulan Logam Alkali untuk mencapai
kestabilan oktet.
4.3.19 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
yang merujuk kepada sifat-sifat Kimia
unsur Kumpulan 18 (Gas Adi)
4.3.20 Dapatan kajian mengenai sifat-sifat Kimia
(kereaktifan) unsur Kumpulan 1 (Logam
Alkali) apabila menuruni kumpulan.
4.3.21 Dapatan kajian mengenai sifat Kimia
Kumpulan 17 (Halogen) yang merujuk
kepada kereaktifan unsur Kumpulan 17
semakin berkurang apabila menuruni
Kumpulan tersebut.
4.3.22 Dapatan kajian mengenai konsep asas JBU
iaitu perubahan saiz atom apabila merentasi
Kala 3.
4.3.23 Dapatan kajian mengenai konsep JBU
(Menyeluruh) terhadap rajah JBU yang
diwakili oleh simbol A, B, C, D, E, F, G
dan H.
48
49
50
51
52
53
54
56
57
xii
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan kajian
5.2.1 Perbincangan mengenai dapatan yang
diperoleh dari persoalan pertama.
5.2.2 Perbincangan mengenai dapatan yang
diperoleh dari persoalan kedua
5.2.3 Perbincangan mengenai dapatan yang
diperoleh dari persoalan ketiga.
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan
59
60
60
63
64
65
67
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1
3.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
Menunjukkan pecahan soalan mengikut konsep.
Penggredan Pencapaian Pelajar di Sekolah
Menengah.
Bilangan responden mengikut jantina.
Keputusan PMR responden
Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Kimia)
Pekerjaan bapa atau penjaga kepada pelajar
Tahap keminatan responden terhadap matapelajaran
Kimia, Fizik, Matematik Moden dan Matematik
Tambahan.
Keputusan jawapan yang diberikan oleh responden
mengenai konsep asas Jadual Berkala Unsur.
Skor markah bagi soalan mengenai konsep asas
Jadual Berkala Unsur.
Taburan keputusan jawapan responden mengenai
soalan berkaitan pembelajaran terdahulu.
22
24
27
28
28
29
30
31
34
35
xiv
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
4.22
4.23
Taburan markah bagi soalan berkaitan
pembelajaran terdahulu.
Keputusan jawapan salah responden mengenai
konsep Jadual Berkala Unsur (Menyeluruh).
Taburan skor markah bagi soalan berkaitan konsep
Jadual Berkala Unsur (Menyeluruh).
Taburan skor markah bagi soalan mengenai konsep
asas Jadual Berkala Unsur, konsep pembelajaran
terdahulu dan konsep Jadual Berkala Unsur
(Menyeluruh).
Taburan contoh jawapan mengenai Kumpulan JBU
yang diberikan responden.
Taburan contoh jawapan mengenai Kala JBU yang
diberikan responden.
Taburan contoh jawapan mengenai Nombor Proton.
Taburan contoh jawapan mengenai Simbol Unsur.
Taburan contoh jawapan mengenai Nama Unsur
yang diberikan oleh responden.
Taburan contoh jawapan mengenai Nombor
Nukleon yang diberikan oleh responden.
Taburan contoh jawapan mengenai Cara Menulis
Konfigurasi Elektron yang diberikan oleh
responden.
Taburan contoh jawapan mengenai prinsip asas
penyusunan unsur dalam JBU.
Taburan contoh takrif mengenai Kumpulan JBU
yang diberikan oleh responden.
Taburan contoh takrifan Kala yang diberikan oleh
responden.
Taburan contoh jawapan perkaitan antara bilangan
elektron valens dengan Kumpulan unsur.
36
37
38
40
41
42
43
43
44
45
46
47
48
49
50
xv
4.24
4.25
4.26
4.27
4.28
4.29
4.30
Taburan contoh jawapan mengenai perkaitan antara
bilangan petala dengan Kala suatu unsur.
Taburan contoh jawapan mengenai tindak balas
Kumpulan 1 dengan Kumpulan 17.
Taburan jawapan responden yang menunjukkan
unsur Kumpulan 18 bersifat lengai secara Kimia.
Taburan contoh jawapan yang menjelaskan sebab
kereaktifan bertambah apabila menuruni
Kumpulan 1.
Taburan contoh jawapan berkaitan kereaktifan
unsur Kumpulan 17 yang semakin berkurang
apabila menuruni Kumpulan.
Taburan contoh jawapan responden terhadap
konsep asas JBU berkaitan perubahan saiz atom
apabila merentasi Kala 3.
Taburan contoh jawapan responden terhadap
konsep JBU (Menyeluruh) merujuk kepada rajah
JBU yang diwakili oleh simbol A, B, C, D, E, F, G
dan H.
51
52
53
54
55
56
58
xvi
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Science
JBU - Jadual Berkala Unsur
K - Kekerapan
KM - Kurang Minat
M - Minat
PM - Paling Minat
SM - Sangat Minat
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A
Borang Soal Selidik
B
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Kementerian
Pendidikan Malaysia
C
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pendidikan Sains menjadi semakin
penting dan diberi perhatian. Di Malaysia kaedah pembelajaran Sains dilaksanakan
melalui pendekatan inkuiri terpimpin. Sains dianggap sebagai proses, bermula dengan
perlaksanaan Kurikulum Sains Moden iaitu Sains perlu diajar dengan memberi peluang
kepada pelajar melakukan penyelidikan dan menyelesaikan masalah (Abu Hassan
Kassim,1999).
Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM, penumpuan
diberikan kepada pendekatan inkuiri yang dijalankan sama ada secara induktif atau
deduktif. Semua aktiviti pembelajaran sepatutnya berpusatkan pelajar melalui pelbagai
aktiviti contohnya kerja projek, eksperimen, kajian kes, simulasi dan sebagainya yang
boleh menarik minat pelajar. Aktiviti sebegini bertujuan untuk membolehkan pelajar
2
menguasai kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses Sains dan kemahiran
manipulatif yang meliputi teknik dan cara pengendalian peralatan Sains dengan betul
(Aziz Nordin dan Sulaiman Yamin,1996).
Sebagai satu bidang keilmuan, pendidikan Sains membekalkan satu rangka
konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling. Ilmu Sains menjadi
lebih bermakna jika pelajar boleh menghubungkan fakta dan konsep yang dipelajari di
bilik darjah dalam kehidupan harian, membuat pengitlakan dan mengaitkan
pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada dalam minda mereka (Abu Hassan
Kassim, 1999).
Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini didapati minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sains semakin berkurangan. Mereka menganggap Sains merupakan mata
pelajaran yang sukar untuk dipelajari, difahami dan dikuasai. Malah dalam sistem
KBSM yang diperkenalkan, para pelajar diberi peluang untuk memilih mata pelajaran
yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Implikasi daripada sistem ini
ialah ramai pelajar cenderung untuk memilih mata pelajaran yang tidak menjurus
kepada saliran Sains tulen (Aziz Nordin dan Sulaiman Yamin, 1996).
Pada tahun 1999-2000, setelah lebih 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Sains
KBSM, ia telah disemak semula.Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan
kurikulum yang digunakan dapat memenuhi keperluan negara yang berkehendakkan
tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir dan berfikrah. Kurikulum Sains bertujuan
untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
Sains dan teknologi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dalam
menyelesaikan masalah kehidupan seharian mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1996).
3
Bagi meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam Sains, banyak
kajian telah dijalankan mengenai masalah yang sering timbul dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Sains. Masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains sering dikaitkan sebagai salah satu puca pelajar lemah dalam Sains dan
menjadikan Sains suatu subjek yang tidak diminati. Pelajar lazimnya melihat Sains
sebagai sesuatu yang amat menakutkan dan ini dapat diatasi jika mereka dapat
mengaitkan Sains dalam kehidupan seharian (Deborah, 1994).
Kimia merupakan salah satu bidang Sains yang dianggap kurang menarik bagi
sesetengah pelajar sekolah menengah. Kajian berkaitan pengetahuan konsep pelajar
terhadap mata pelajaran Kimia mendapati pelajar gagal memahami konsep asas yang
menjadi dasar disiplin Kimia. Salah konsep tentang perubahan fizik dan Kimia yang
dijelaskan oleh ahli Kimia untuk menggambarkan fenomena Kimia adalah biasa di
kalangan para pelajar (Dorothy dan Samuel, 1987).
Kimia adalah salah satu bidang yang menarik jika dikaji. Kimia banyak
menyumbang dan mempengaruhi kehidupan harian kita. Hampir kesemua aktiviti
harian kita melibatkan Kimia atau penggunaan bahan Kimia sama ada secara langsung
atau tidak langsung (Abu Hassan Kassim, 1999).
Jika pelajar dapat disedarkan bahawa Kimia adalah sebahagian daripada
kehidupan mereka, maka proses untuk menerapkan konsep Kimia akan menjadi lebih
mudah dan mereka tidak akan merasakan bahawa konsep-konsep ini bercanggah
dengan kepercayaan mereka.
4
1.2 Latar belakang masalah
Di bawah konteks pembelajaran, Teori Konstruktivisme mengangggap bahawa
ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina di dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut Von Glasserfeld, proses pembentukan
ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Ilmu pengetahuan adalah
dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina
ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif menggunakan cara
membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan
sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap
maklumat baru (Mok Soon Sang, 2002).
Interaksi dengan alam sekitar dan individu lain mewujudkan makna terhadap
alam semesta dari segi persepsi dan interpretasi. Persepsi adalah proses minda
membaca, mentafsir dan memahami alam. Persepsi adalah tahap pertama proses
berfikir (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 1996) manakala interpretasi pula adalah
tafsiran mental.
Berdasarkan kepada pengalaman, pelajar akan membina stuktur kognitif dalam
minda mereka. Setiap individu akan menyusun, menggabung dan menyusun semula
tingkah laku dan fikiran kepada sistem yang selari. Seterusnya idea yang diterima akan
disesuaikan kepada persekitaran (Saniah Sayuti, Yeo Kee Jiar, Ahmad Johari Sihes,
Azlina Mohd. Kosnin, 2000).
Pembinaan idea yang berbeza ini dipanggil kerangka alternatif yang juga
dikenali sebagai prakonsepsi. Kadang kala idea pelajar tidak sealiran dengan idea dan
5
pandangan saintifik yang diajar di sekolah. Perselisihan idea sebegini mengelirukan
pelajar dan mengganggu pembelajaran Sains mereka.
Menurut Dorothy dan Samuel (1987), kesilapan pelajar sering berlaku kerana
idea dan pengetahuan konsep pelajar berkaitan Kimia tidak setaraf atau seiring dengan
pengetahuan saintifik semasa. Pelajar gagal memahami sesetengah konsep Kimia dan
tidak dapat menghuraikan perubahan fenomena Kimia seperti yang dijelaskan oleh ahli
Kimia.
Apabila guru memperkenalkan konsep Sains yang berbeza dengan kerangka
alternatif pelajar, pelajar menghadapi kesukaran untuk mengasimilasikan maklumat
baru dan menjadi keliru. Jika penjelasan yang diberikan oleh guru tidak selari dengan
pemahaman pelajar, pelajar akan berfikir tanpa arah yang pasti dan akhirnya apa yang
mereka fikirkan tidak ada kena mengena dengan konsep yang cuba disampaikan oleh
guru (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 1994).
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah ketidakfahaman pelajar dalam proses menguasai mata pelajaran Kimia
bukanlah satu masalah remeh dan boleh dipandang ringan oleh pendidik. Terdapat
banyak faktor yang menjadi masalah kepada pelajar untuk menguasai mata pelajaran
Kimia. Semasa mempelajari mata pelajaran Kimia, beberapa masalah dijangka akan
dihadapi oleh pelajar yang merangkumi masalah pemahaman konsep, kaedah
pengajaran guru, minat pelajar terhadap Kimia, masalah bahasa serta masalah
menguasai pembelajaran terdahulu.
6
Jika dilihat daripada topik Jadual Berkala Unsur, pelajar perlu menguasai
pelbagai konsep asas Kimia yang meliputi istilah-istilah Kimia, jenis-jenis unsur,
formula kimia dan sebagainya. Ini menjadikan Jadual Berkala Unsur satu topik yang
memberikan cabaran kepada proses pembelajaran pelajar. Oleh itu pelajar perlu
mempunyai pengetahuan dan pemahaman konsep yang kukuh untuk mengelakkan
gangguan proaktif iaitu pembelajaran terdahulu mengganggu pembelajaran berikutnya
(Mok Soon Sang, 2002).
Menurut Eng Nguan Hong (1997), dalam kajiannya beliau mendapati pelajar
sering membuat pelbagai anggapan yang salah apabila menjawab soalan berkaitan
topik ini. Ini disebabkan pelajar menjawab berdasarkan pemikiran logik mereka
sendiri. Pelajar mempunyai kerangka alternatif sendiri dan pandangan mereka sangat
berbeza berbanding pandangan yang diterima dalam konsep Sains.
Justeru kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tajuk Jadual Berkala Unsur ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:
1. Kefahaman pelajar berkaitan dengan konsep asas Jadual Berkala Unsur
(JBU).
2. Kerangka alternatif mengenai konsep pembelajaran terdahulu.
3. Pemahaman dan penguasaan pelajar mengenai konsep JBU
(menyeluruh).
7
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah pelajar Tingkatan Empat aliran Sains dapat memahami dan
menguasai konsep asas Jadual Berkala Unsur (JBU)?
2. Adakah pelajar Tingkatan Empat aliran Sains dapat memahami konsep
pembelajaran terdahulu?
3. Adakah pelajar Tingkatan Empat aliran Sains dapat memahami dan
menguasai konsep JBU (menyeluruh)?