kedudukan politik dalam islam

17
1 KEDUDUKAN POLITIK DALAM ISLAM Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Elemen politik seringkali disalah tafsirkan sebagai satu elemen yang membawa kepada perpecahan sesuatu kesatuan. Di dalam Islam elemen ini adalah satu elemen penting yang membentuk ajaran Islam yang akhirnya tersebar luas keseluruh dunia. Penelitian secara kepustakaan ini bertujuan melihat konsep, ciri dan perlaksanaan politik dalam Islam. Penelitian ini juga mendapati bahawa elemen politik dalam Islam adalah asas kepada kesinambungan pemerintahan Islam Kata kunci: Politik Islam, Kepimpinan, Sosial, Dakwah, Islam PENDAHULUAN Seseorang muslim yang bergiat dalam politik sepatutnya menyandarkan urusan politiknya dengan batasan syariat dan sesekali tidak boleh melampauinya dengan alasan feqah semasa. Politik yang indah adalah politik yang didasarkan kepada tuntutan syarak. Bahkan, sudah sekian maklum bahawa politik tidak dapat dipisahkan daripada agama. Semua orang sudah mengetahui tentang perkara ini termasuklah para ulama feqah dan masyarakat Islam keseluruhanya. Ia adalah langkah yang paling utama dalam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT ke atas manusia samada kepada golongan pemerintah atau golongan yang diperintah. Dalam Islam, politik merupakan suatu tatacara yang mempunyai matlamat terbesar dalam kehidupan. Matlamat itu ialah mencapai keredhaan Allah SWT. Jika keseluruh kehidupan ini adalah demi keredhaan Allah SWT maka tiada lagi orang yang mengatakan bahawa matlamat yang tertentu menghalalkan semua perkara . Kata-kata seumpama ini sebenarnya adalah politik kotor yang digunakan oleh orang yang tidak beriman dan tidak mengendahkan tentang syariat Allah SWT. Sedangkan menurut Islam, matlamat yang satu itu (mencapai keredhaan Allah) semestinya selari dengan cara yang di kehendakinya tanpa bercanggahan dengan setiap pemerintah dan larangan-larangan Allah (Muhammad Abdel Qadir. 2000. 72) POLITIK Perkataan politik biasanya disebut orang dengan Tatanegara. Ilmu Tatanegara ialah satu ilmu yang membahas dan menyusun cara-cara yang diperlukan untuk membentuk organisasi kehidupan masyarakat dalam negara. Walau bagaimanapun pengertian politik lebih luas daripada Tatanegara. Perkataan politik berasal dari bahasa Yunani Polis yang bererti Negara . Mula-mula ia diertikan segala sesuatu yang berhubung dengan negara. Kemudian ia

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 20-Jul-2016

59 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Dakwah dan Politik Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Kedudukan Politik Dalam Islam

1

KEDUDUKAN POLITIK DALAM ISLAMOleh

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

AbstrakElemen politik seringkali disalah tafsirkan sebagai satu elemen yang membawa kepada perpecahan sesuatu kesatuan. Di dalam Islam elemen ini adalah satu elemen penting yang membentuk ajaran Islam yang akhirnya tersebar luas keseluruh dunia. Penelitian secara kepustakaan ini bertujuan melihat konsep, ciri dan perlaksanaan politik dalam Islam. Penelitian ini juga mendapati bahawa elemen politik dalam Islam adalah asas kepada kesinambungan pemerintahan Islam

Kata kunci: Politik Islam, Kepimpinan, Sosial, Dakwah, Islam

PENDAHULUAN

Seseorang muslim yang bergiat dalam politik sepatutnya menyandarkan urusan politiknya dengan batasan syariat dan sesekali tidak boleh melampauinya dengan alasan feqah semasa. Politik yang indah adalah politik yang didasarkan kepada tuntutan syarak. Bahkan, sudah sekian maklum bahawa politik tidak dapat dipisahkan daripada agama. Semua orang sudah mengetahui tentang perkara ini termasuklah para ulama feqah dan masyarakat Islam keseluruhanya. Ia adalah langkah yang paling utama dalam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT ke atas manusia samada kepada golongan pemerintah atau golongan yang diperintah.

Dalam Islam, politik merupakan suatu tatacara yang mempunyai matlamat terbesar dalam kehidupan. Matlamat itu ialah mencapai keredhaan Allah SWT. Jika keseluruh kehidupan ini adalah demi keredhaan Allah SWT maka tiada lagi orang yang mengatakan bahawa ‘matlamat yang tertentu menghalalkan semua perkara’. Kata-kata seumpama ini sebenarnya adalah politik kotor yang digunakan oleh orang yang tidak beriman dan tidak mengendahkan tentang syariat Allah SWT. Sedangkan menurut Islam, matlamat yang satu itu (mencapai keredhaan Allah) semestinya selari dengan cara yang di kehendakinya tanpa bercanggahan dengan setiap pemerintah dan larangan-larangan Allah (Muhammad Abdel Qadir. 2000. 72)

POLITIK

Perkataan politik biasanya disebut orang dengan Tatanegara. Ilmu Tatanegara ialah satu ilmu yang membahas dan menyusun cara-cara yang diperlukan untuk membentuk organisasi kehidupan masyarakat dalam negara. Walau bagaimanapun pengertian politik lebih luas daripada Tatanegara. Perkataan politik berasal dari bahasa Yunani “Polis” yang bererti “Negara”. Mula-mula ia diertikan segala sesuatu yang berhubung dengan negara. Kemudian ia digunakan sebagai kata benda untuk menamakan praktik memerintah dan kebijaksanaan memerintah dan selanjutnya ditambah dengan pengertian lain, iaitu seni atau kemampuan untuk memerintah (Abdul Ghani Azmi, 1999). Adapun asal usul perkataan “politik”, berasal dari bahasa Yunani “Politikus” atau bahasa Latin “Politica”. Pemakaian kata ini yang pertama kali dalam abad ke 5 S.M. Asal perkataannya ialah dari “Polis” bererti “Negara Kota”. Di masa itu, negara Yunani

Page 2: Kedudukan Politik Dalam Islam

2

purbakala menganggap dunia ini hanya seluas daerah negerinya dan memusatkan masyarakat dan negara mereka kepada ibu kotanya, kota Athens. Kemudian, ssetelah Athens bergabung dengan kota-kota Sparta, Thesallia, Corynthe untuk mempertahankan dirii dari serangan luar dan perkataan “Polis” masih tetap dipakai untuk pemerintahan yang sudah luas wilayahnya.

DALIL POLITIK DALAM ISLAM

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya: “Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para Nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu adalah menguruskan urusan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa disisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimim, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum muslim).” (Hadis Riwayat Thabrani)

POLITIK PADA PANDANGAN HUKAMA’

Para ahli falsafah islam seperti Abi Nasr Al farabi (339H) telah menghasilkan beberapa buku yang masyhur antaranya Risalah as Siasah dan Al Fusul al Madaniyyah. Sesetengah pengkaji menggelarkan beliau sebagai ‘ bapa falsafah politik Islam’ kerana perbincangannya yang meluas dalam hal politik.

Selepas beliau, datang pula Abu Ali Ibnu Sina (428H), ahli falsafah agung yang terkesan dengan pemikiran Al farabi. Cumanya beliau tidak memberi tumpuan khusus dalam isu politik sebagaimana juga perihalnya dalam tajuk-tajuk lain. Perbincangannya tentang politik tidak hanya berlegar di kalangan pemegang kekuasaan sahaja, bahkan meliputi semua orang walau apa kedudukannya dalam masyarakat. Ahli falsafah akhlak terkenal iaitu Ibnu Maskawaih yang melalui kitab falsafah akhlaknya, Tahzibul Akhlaq wa Tathirul A’raq, kami melihatnya bersumberkan agama Islam seperti katanya mengenai kerajaan :“Dan orang yang menjalankan tugas sunnah ini dan tugas – tugas syara’ yang lain sehingga tidak hilang daripada kedudukan asalnya adalah al imam. Kerja imam adalah kerja seorang raja. Orang–orang terdahulu tidak menamakan seseorang itu sebagai raja melainkan orang yang menjaga ugama dan bersedia melaksanakan martabat, arahan dan larangannya. Adapun orang yang mengelak daripada menjaganya, dia hanya dinamakan penjarah (mutaghallib) yang tiada keahlian untuk diberi nama raja/pemerintah (al malik). Ini adalah kerana agama merupakan undang–undang ilahi yang mendorong manusia dengan pilihan sendiri ke arah kebahagiaan yang tinggi. Raja adalah penjaga undang-undang ilahi yang menjaga manusia.”

Politik di sisi ahli falsafah sosial, Ibni Khaldun. Sayugia di sini kami menengahkan pandangan seorang ahli falsafah sosial, bahkan hakikatnya, beliaulah pengasas ilmu sosial, sebagai mana dinyatakan di dalam buku muqaddimahnya, iaitu Abdul Rahman Ibnu Khaldun (808H) katanya : “Sebabnya adalah kerana mereka dengan sebab sifat liar mereka itu menjadikan mereka satu umat yang cukup payah untuk saling tunduk sesama mereka dengan sebab kebengisan dan

Page 3: Kedudukan Politik Dalam Islam

3

kebencian, jauh himmah dan saling merebut kuasa. Maka sukar sekali ditemui penyatuan hati mereka.”

Apabila datang ugama dengan nubuwwah (kenabian) dan wilayah Allah, ia mencabut sifat buruk itu dari diri mereka. Hilanglah sifat takabbur dan berebut kuasa. Dengan itu menjadi mudahlah ketundukan dan penyatuan mereka. Semua itu disebabkan ajaran ugama yang menolak sifat bengis dan benci, dengki dan saling berebut. Ibnu Khaldun juga menulis satu fasal khas yang menegaskan bahawa dakwah diniyyah telah menambahkan lagi kekuatan negara ke atas kekuatan asabiyyah yangs sedia ada. Katanya, (Sebabnya – sebagaimana telah disebut – adalah kerana acuan ugama tersebut telah menghilangkan sifat suka berebut dan saling berdengki yang wujud di kalangan ahli asabiyyah, lalu melorongkan tujuan kepada kebenaran. Apabila terjadi pencerahan itu pada diri mereka, maka tiada lagi penghalang kerana arah tuju adalah satu dan tuntutan adalah sama di antara mereka. Golongan kuffar masa itu pula yang turut merebut kerajaan (sekalipun mereka lebih ramai), tujuan mereka bercanggah-canggah dalam kebatilan. Mereka takut mati. Maka mereka tidak terlawan umat Islam sekalipun mereka lebih ramai. Mereka kalah dan dipercepatkan lagi kekalahan itu dengan sebab kemewahan hidup mereka sebagaimana kami telah sebutkan sebelum ini.

Ini sebagaimana terjadi dalam kemenangan - kemenangan yang dicapai di awal Islam. Jumlah tentera Islam di dalam perang Al Qadisiyah dan Yarmuk adalah sekitar 30,000 lebih dalam setiap satunya. Manakala jumlah tentera Parsi di Al Qadisiyyah adalah lebih 120,000 orang dan tentera Hercules di Yarmuk pula adalah 400,000 orang (menurut Al Waqidi). Umat Arab tidak kalah dengan jumlah besar itu bahkan mereka mengalahkan musuh dalam peperangan tersebut.

Ibnu Khaldun memberi tumpuan kepada perihal siasah semasa – tidak sebagaimana Plato dan Al Farabi – dan beliau berusaha menyelongkar hukum semulajadi (sunnah alam) yang menghukum umat dan masyarakat seluruhnya. Beliau adalah bapa ‘pembangunan politik’ ataupun disebut ilmu sosio politik. Beliau, dengan pengiktirafan orang barat sendiri adalah oarang pertama yang menulis mengenai ilmu ini

PANDANGAN SARJANA BARAT TENTANG POLITIK.

Di atas dasar ini maka terdapat dua pendapat yang dapat dikemukakan dalam penulisan ini tentang ilmu politik.

a) Prof Barents umpamanya yang menyatakan bahawa sukar untuk memberi definisi politik, tetapi terdapat dalam bukunya penafsiran yang ringkas tentang maksud politik: “Ilmu politik ialah ilmu mempelajari kehidupan negara”

b) Prof Mr W Zevenbergen dalam bukunya “Formele Encyclopaedia der Rechts” membuat definisi yang hampir sama : “Politik ialah organisasi tentang kehidupan bersama dalam negara”

c) Zoeklicht encyclopaedia menyatakan bahawa politik ialah:-“politik ialah pengetahuan yang menyelidiki tentang kewajipan dan tujuan memerintah , serta mencari jalan yang sebaik mungkin untuk mencapai tujuan itu”

d) Benedotte Croce berpendapat politik sama ertinya dengan negara’ ialah:- “menyelesaikan segala soal-soal tentang perasaan, adat kebiasaan dan undang-undang yang mengatur

Page 4: Kedudukan Politik Dalam Islam

4

dan tindakan-tindakan manusia, tegasnya segala badan pembimbing asas dan undang-undang yang telah ditubuhkan”

Perkataan politik dalam pandangan sarjana Arab

a) Mohd Kurdi Ali dalam bukunya “Aqwaluna wa Af’aluna” menyatakan bahawa ilmu politik adalah termasuk ilmu yang paling sulit, tetapi amat penting oleh manusia.

“Keperluan bangsa-bangsa kepada politik, sama dengan keperluan manusia kepada air dan hawa nafsu”.

b) Muhammad Rusjdi misalnya mengemukakan pendapatnya:-“Politik ialah ilmu pengetahuan tentang jabatan-jabatan dalam negara dan tentang pimpinan dalam masyarakat yang meliputi segala urusannya”.

PANDANGAN ORIENTALIS BARAT TENTANG POLITIK ISLAM

Dr. V. Fitzgerald berkata : “Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terkahir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan ‘modernis’, yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun diatas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain”.

Prof. C. A. Nallino berkata: “Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan : agama (a religion) dan negara (a state). Dan batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya”.

Dr. Schacht berkata: “Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakupi agama dan negara secara bersamaan”.

Prof. R. Strothmann berkata: “Islam adalah suatu fenomena agama dan politik, kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana atau negarawan”. Manakala Prof D. B. Macdonald berkata: “ Di sini (di Madinah) dibangunkan negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama dalam undang-undang Islam”.

Sir. T. Arnold berkata : “ Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan ketua negara. Prof. Gibb berkata : “ dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukan sekadar kepercayaan agama individual, namun ia memungkinkan berdirinya suatu masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi.”

KONSEP POLITIK

Siasah dalam Bahasa Inggeris adalah ‘ politic’ tetapi perkataan ini diterangkan dalam kamus-kamus Bahasa Parsi yang membawa pengertian terhadap kerja-kerja atau kegiatan untuk penipuan atau pemalsuan. Sebenarnya pengertian ini tidak berbeza dengan pengertian politikyang dibawa oleh seorang sarjana Itali iaitu Machievelli. Tujuan politik ialah mencari kuasa, dan kuasa pula digunakan kepada sesuatu ideology. Untuk mendapatkan kuasa, ianya boleh melalui pelbagai cara samada melalui cara penipuan dan cara memfitnah.

Page 5: Kedudukan Politik Dalam Islam

5

Aliran politik di zaman ini nampaknya mengunakan cara seperti itu untuk mendapatkan kuasa. Sebenarnya politik seperti ini amat bertentangan sama sekali dengan politik acuan Islam. pengertian siasah dan konsepnya dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang bukan Islam terutamanya pihak barat. Dalam kata lain, siasah ialah mengurus dan mengendalikan urusan-urusan masyarakat untuk memperbaiki keadaan sesebuah negeri demi menjamin perpaduan dan kepentingan kepada semua masyarakat.

Dalam sebuah kitab karangan seorang sarjana agung Islam menerangkan bahawa siasah itu mempunyai pelbagai bidang iaitu siasah ekonomi, siasah madaniyyah dan siasah jasmaniyyah. Manakala dalam kitab “Akhlak Nasiriy” menerangkan bahawa siasah yang mulia itu tergambar dalam konsep ‘Imamah’ yang mana bertujuan mencari dan melaksanakan kesempurnaan dan kebahagiaan kepada semua makhluk.

Para cendikiawan Islam dalam perbahasan mereka telah membahagikan hikmah dari segi ilmiyah dan aqliyyah kepada dua bahagian:-

a) Hikmah dari segi teori yang berperanan untuk mengetahui keadaan dan kedudukan sebenar bagi perkara-perkara yang mengiktu kemampuan manusia

b) Hikmah dari segi praktikal. Hikmah ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :-i) Membina atau membangun peribadi dengan ilmu akhlak.ii) Mengurus dan mentadbir negara dan masyarakat.iii) Mengurus serta mentadbirkan negara dan masyarakat.Pengertian konsep-konsep tersebut tidak syak lagi adalah bertentangan dengan logik dan

keadaan politik pada masa kini. Ini kerana mereka pada hakikatnya tidak begitu mementingkan kepentingan masyarakat dan juga perpaduan dalam masyarakat serta kesejahteraan mereka, bahkan politik mereka kebanyakannya berdasarkan kepada pemalsuan, pengkhianatan, gila kuasa pecah amanah, menekan golongan miskin dan sebagainya.

Konsep dan pengertian politik yang telah disebutkan di atas ianya sangat dititik beratkan oleh para pemikir, para reformis serta sarjana Islam yang jujur kepada masyarakat yang mana dianggap sebagai perkara mutlak dalam kehidupan manusia. Apabila dibaca sejarah perjalanan para nabi yang tersirat dalam al-Quran, maka ternyata dengan terangnya bagaimana para rasul Allah SWT memberi perhatian yang utama kepada politik yang bersih itu (Muhammad Naqqib. 1986. 1).

SISTEM POLITIK

Politik boleh ditakrifkan sebagai suatu seni memerintah dan mengendalikan negara dengan memelihara kemerdekaan, kebebasan, kehormatan, dan kemuliaan manusia tanpa campur tangan dalam urusan negara lain. Politik yang wujud dalam sesebuah negara adalah kegiatan yang menjadikan manusia menjalani hidup yang sempurna dan dapat mengelakkan dari berlaku kerosakkan dan kemusnahan. Namun begitu, terdapat pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa politik adalah sistem pemerintahan sebuah negara.

Politik juga bukan sahaja merangkumi segala urusan di dalam sesebuah negara itu sahaja, malah ia turut merangkumi aspek urusan dengan negara luar. Hubung jalin yang erat seperti ini dapat mengukuhkan kedudukan politk sesebuah negara itu dengan negara yang lain. Ia turut membantu meningkatkan kadar pertumbuhan dari segi sosial, ekonomi dan lain-lain.

Page 6: Kedudukan Politik Dalam Islam

6

Bagaimanapun, sistem pemerintahan yang adil juga turut menjadi faktor kejayaan sistem politik sesebuah negara. Selain itu juga, politik menjelaskan tentang bagaimana pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara itu dilakukan oleh seorang pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat. Kewujudan pemerintah dan pemimpin amat diperlukan dalam kehidupan manusia. Ini adalah kerana sekiranya sesebuah negara itu tidak mempunyai pemerintah dan pemimpin, maka rakyat tidak akan patuh dan peka dengan segala dasar perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Ia sejajar dengan agama Islam yang meletakkan politik sebagai elemen yang dapat memberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Agama Islam merupakan sebuah agama yang mencakupi semua aspek kehidupan. Oleh sebab itu, sangkaan dan anggapan yang mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang tidak mempunyai hubungkait secara langsung dengan politik dan negara adala suatu yang meleset sama sekali. Terdapat juga pendapat dan anggapan yang menyatakan bahawa unutuk menjaga kesucian agama, politik harus dipisahkan dari agama dan perlu menjauhkan ulama-ulama dengan politik. Amat jelaslah di sini bahawa agama Islam tidak boleh menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pemerintahan negara. Selain itu, ia menjelaskan bahawa para ilmuan dan ulama diabaikan dengan kehadiran pemimpin yang tidak mempunyai pengetahuan agama dan mereka yang mampu untuk menguruskannya. Isu ini seolah-olah telah memperkecilkan agama Islam dan mempertikaikan keagungan al-Quran yang telah mengajar umat Islam untuk beragama secara sempurna iaitu semua aspek yang merangkumi ruang lingkup kehidupan manusia.

TUJUAN POLITIK MENURUT ISLAM

Sistem politik ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang berdiri diatas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam. Manakala tujuan utamanya adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau pun Daulah Islamiah. Dengan adanya pemerintahan yang berteraskan syariah, maka tetegaklah Ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntuan Ad-Din tersebut.

Para Fuqaha Islam telah menggariskan beberapa bperkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dalam islam.

1- Sistem politik adalah untuk memelihara keimanan menurut prinsip- prinsip yang telah disepakati oleh ulama’ salaf daripada kalangan umat Islam.

2- Ianya juga adalah untuk melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah dikalangan orang-orang yang berselisih.

3- Politik juga bertujuan untuk menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta melaksanakan hukuman-hukuman yang ditetapkan syara’ demi melindungi hak-hak manusia.

4- Sistem politik juga bertujuan untuk menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan pihak luar.

5- Selain itu, mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat,wakaf dan sedekah sebagaimana yang ditetapkan oleh syara’.

6- Politik diperlukan untuk mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros

Page 7: Kedudukan Politik Dalam Islam

7

7- Ia juga bertujuan untuk mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara.

PEMIKIRAN POLITIK DALAM ISLAM

Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik. Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum sehinggalah tatacara kenegaraan. Namun begitu, kebiasaan pemikiran politik bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara.

Boleh dikatakan pemikiran para pemikir Islam yang menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran politik Islam dan pemikiran yang menghendaki penyatuan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam politik. Ini kerana, ketika sejak Revolusi Perancis agama Kristian Relatif telah selesai membahas hubungan gereja dan negara iaitu bahawa gereja harus terpisah dari negara. Namun begitu, Islam masih lagi tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politk sejak zaman Nabi hingga zaman kini.

TIDAK ADA PEMISAHAN AGAMA DAN POLITIK

Sepertimana yang telah diketahui, pihak sekular telah memisahkan poilitik daripada agama dan memisahkan agama dengan negara. Mereka juga turut, mempopularkan istilah tidak ada agama dalam negara dan tidak ada negara dalam agama. Jika dikaitkan dengan agama, politik bererti keadilan bagi rakyat, pemberian hak yang sama, membantu rakyat yang tertindas dan menghukum pesalah-pesalah, mengambil hak rakyat lemah daripada yang kuat, memberikan kesempatan yang sama, fakir miskin, perantau-perantau dan yang terpenting adalah untuk memenuhi hak rakyat. Kehadiran agama dalam politik tidak seperti anggapan mereka yang materialistik dan sekularis. Mereka memandang negatif terhadap politik itu sendiri, terutama terhadap agama.

Bagi agama Islam yang benar, jika ia masuk ke dalam dunia politik, ia akan memberikan pengaruh positif dan mengarahkan kepada kebaikan, menunnjukkan jalan yang benar dan menghindarkan daripada kesesatan dan kesalahan. Agama tidak akan menerima segala bentuk kekerasan dan kezaliman dan tidak akan menindas terhadap orang bawahan. Jika agama masuk ke dalam politik, ia akan berusaha keras untuk mencapai tujuan manusia yang paling utama iaitu mengesakan Allah, membersihkan hati, mengagungkan rohani, menciptakan umat yang istiqomah sekali gus merealisasikan tujuan Allah dalam menciptakan manusia supaya menjadi khalifah di muka bumi.

Menjauhkan politik daripada agama sama dengan menjauhkan politik daripada unsur-unsur pembentuk kebaikan dan penolakan kejahatan, menjauhkan daripada pendorong kebaikan dan ketakwaan, serta membiarkan politik penuh dengan dosa dan permusuhan. Tetapi sebaliknya mengaitkan politik dengan agama bererti membantu negara dalam memperbesar kekuatan iman dan piskologi agar dapat melayani rakyat atau masyarakatnya.

KEPENTINGAN POLITIK DALAM ISLAM

Page 8: Kedudukan Politik Dalam Islam

8

Politik Islam dan kewajipan berpolitik secara Islam adalah ditegakkan dengan ayat-ayat Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW, sunnah para sahabat, ijma, qias dan fakta-fakta sejarah. Ia tidak akan diingkari melainkan oleh orang yang buta matanya, buta mata hatinya dan buta akalnya.

Allah memerintahkan supaya syariatNya ditegakkan dikalangan manusia. Ia memerintahkan jihad, menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar dan pelbagai lagi urusan agama yang tidak boleh dilakukan secara persendirian. Oleh yang demikian, hukum menegakkan negara Islam dan menerapkan corak kepimpinan Islam bagi menjamin pelaksanaan perintah Allah itu adalah wajib hukumnya. Seperti mana kaedah yang digunakan:

“sesuatu yang tidak sempurna kewajipan melainkan dia, maka adanya dia adalah wajib”

Jadi, menegakkan Negara Islam itu wajib hukumnya bagi menjamin pelaksanaan syariat Allah. Dan jika negara itu tidak dapat ditegakkan melainkan dengan bantuan seluruh ummah dengan membentuk parti sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyyah itu, maka pembentukan parti Islam itu wajib pula hukumnya dan umat Islam hanya wajib dan boleh berjuang dalam parti Islam itu sahaja, tidak boleh dengan parti yang bukan Islam.

Menyedari hakikat inilah di mana-mana umat Islam berada, terutamanya di negara-negara kaum muslimin parti-parti Islam ditubuhkan, dan mereka berjuang dengan parti-parti Islam tersebut untuk mencapai keredhaan Allah, walaupun mereka ditentang, difitnah, dicaci dan dizalimi oleh musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang kafir bahkan dengan orang Islam sendiri.

Politik adalah sebahagian daripada pokok ajaran Islam yang syumul itu. Dengan politiklah umat Islam telah berjaya mencapai kegemilangan pada zamannya, dan tanpa kekuasaan politik jugalah umat Islam menjadi hancur berkecai dan dihina dikalangan umat manusia. Tidak ada dalam ajaran Islam pemisahan antara agama dan negara, antara masjid dan parlimen. Fahaman pemisahan antara masjid dan Negara, antara agama dan politik adalah ajaran dari konsep politik sekular yang dibawa masuk oleh penjajah-penjajah kufar ke negara-negara Islam.

Sejak Islam diturunkan ke dunia ini sampailah ia memasuki daerah-daerah di Asia, Eropah, Afrika dan lain-lainnya, ajaran pemisahan antara agama dan politik, atau agama dan Negara tidak pernah wujud. Ianya wujud setelah daerah-daerah tersebut dijajah oleh penjajah-penjajah yang beragama Kristian.

Oleh yang demikian, barangsiapa yang menolak penyatuan antara agama dan Negara atau antara masjid dan parlimen ataupun antara agama dan politik adalah sangat jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya dan orang-orang tersebut wajiblah segera bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenarnya.

POLITIK DAN NEGARA ISLAM

Membincangkan tentang politik membuatkan kita tidak boleh tidak untuk lari dari membicarakan tentang Negara Islam. Ini kerana politik itulah yang memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pentadbiran sesebuah Negara. Negara Islam adalah Negara yang terbentuk berasakan acuan Al-Quran dan Sunnah. Sumber ini bukan sahaja berfungsi sebagai pembimbing

Page 9: Kedudukan Politik Dalam Islam

9

Negara yang dapat memberikan keadilan kepada rakyat, malah ia juga diibaratkan sebagai tembok besi yang dapat menyelamatkan Negara itu daripada sebarang bahaya dan bencana.

Besi adalah lambang kekuatan dan keunggulan. Besi itu seolah-olah mencerminkan dasar pemerintahan Islam yang mempunyai tenaga yang kuat malah dapat menjamin keamanan, kemakmuran dan keadilan sejagat. Namun semua itu mestilah dengan syarat iaitu prinsip-prinsip Islam seperti yang disarankan oleh Al-quran dan Sunnah perlu dilakukan dengan sepenuhnya. Pencapaian keadilan dan kemakmuran adalah dijamin oleh al-Quran jika umat Islam daripada setiap lapisan masyarakat samada pemerintah atau rakyat berjuang secara bersatupadu untuk menggalakkan kebajikan dan menghapuskan kemungkaran.

Sesungguhnya al-Quran memberi jaminan segala bentuk eksploitasi, penindasan dan kekejaman tidak akan berlaku kerana Negara Islam bebas dari kemungkaran. Konsep amar ma’ruf nahi mungkar yang dilaksanakan oleh sesebuah Negara Islam adalah merangkumi bidang politik, pentadbiran, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sebagainya. Dengan konsep ini, segala bentuk kemungkaran akan boleh diatasi dan dihindari.

Negara Islam juga disifatkan sebagai Negara kebajikan. Malah setiap bidang kehidupan manusia mestilah digerakkan dengan nilai-nilai akhlak daripada al-Quran. Islam adalah sangat berbeza dengan mana-mana sistem yang ada di muka bumi ini kerana ia menjamin hak kebebasan individu dan rakyat, malah dalam masa yang sama juga memelihara hak masyarakat. Dalam erti kata yang lain, hak individu dan masyarakat dijamin dan selari antara satu sama lain. Ini amat bertepatan sekali dengan fitrah semulajadi manusia kerana ia telah direncanakan sedemikian rupa oleh Allah SWT

Hakikatnya Negara Islam mempunyai prinsip tersendiri yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran yang telah ditetapkan oleh al-Quran. Setiap daya usaha dan aktiviti dalam Negara Islam diarahkan untuk memenuhi prinsip tersebut. Individu yang telah diberikan amanah untuk memimpin Negara mestilah individu yang paling arif dan matang dengan prinsip dan ajaran tersebut iaitu hukum-hukum Allah.

PERBEZAAN POLITIK ISLAM DAN POLITIK BUKAN ISLAM

Dalam buku Fikih Politik Menurut Imam Hasan Al-Banna, Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris menulis: “Jadi politik itu terbagi menjadi dua, politik syar’i (politik Islam) dan politik non syar’i (politik non Islam). Politik syar’i bererti upaya membawa semua manusia kepada pandangan syar’i dan khilafah (sistem pemerintahan Islam) yang berfungsi untuk menjaga agama (Islam) dan urusan dunia. Manakala politik non syar’i atau politik versi manusia adalah politik yang membawa manusia kepada pandangan manusia yang diterjemahkan kepada undang-undang ciptaan manusia dan hukum lainnya sebagai pengganti bagi syari’at Islam dan bertentangan dengan Islam. Politik seperti ini menolak politik syar’i kerana merupakan politik yang tidak memiliki agama. Sedangkan politik yang tidak memiliki agama adalah politik jahiliyah.”

Semenjak tahun 1924 umat Islam tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegaranya. Bahkan di berbagai penjuru dunia Islam dideklarasikan berdirinya negara-negara dengan konsep nation-state (negara-kebangsaan). Mulailah kaum muslimin mengekor kepada negara-negara kafir yang mengkotak-kotakkan manusia berdasarkan keanekaragaman suku dan bangsa. Sebelumnya ketika Khilafah Islamiyyah masih tegak ummat Islam hanya memahami manusia berdasarkan pembagian yang Allah

Page 10: Kedudukan Politik Dalam Islam

10

gambarkan di dalam al-Quran, iaitu manusia beriman (Al-Mu’minun) dan manusia kafir (Al-Kafirun).

Sebuah masyarakat Islam berbeda samasekali dari masyarakat Jahiliyyah. Masyarakat Islam berdiri di atas dasar aqidah La Ilaha Illa Allah, keyakinan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tempat memuja, memuji, memohon pertolongan, menyerahkan kepatuhan dan kesetiaan. Penghambaan kepada Allah bukan tercermin dalam urusan ibadah belaka. Tetapi ia juga tercermin dalam aspek nilai-nilai moral serta hukum-hukum peribadi mahupun sosial yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Manakala sebuah masyarakat Jahiliyyah berdiri di atas dasar bahawa sesama manusia suka untuk dipuji, dipuja, diminta pertolongannya, diserahkan kepatuhan dan kesetiaan kepadanya. Oleh kerana di dalam masyarakat seperti ini akan selalu hadir para thaghut, iaitu pihak yang sedikit saja memperoleh kekuasaan lalu berlaku perkara yang melampaui batas sehingga menuntut ketaatan dari para rakyat dan pengikut dibawahnya.

Dalam sejarah kemanusiaan Allah telah mngabadikan di dalam Al-Qur’an gambaran perkara yang paling ideal iaitu Fir’aun. Fir’aun telah berlaku sombong sehingga dirinya menjadi begitu bongkak dihadapan rakyat Mesir yang dipimpinnya dengan kalimat: ”Akulah tuhan kalian yang Maha Mulia.” Politik Islam adalah politik syar’i. Ia merupakan politik yang berlandaskan konsep aqidah Islamiyyah, iaitu La Ilaha Illa Allah, keyakinan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tempat memuja, memuji, memohon pertolongan, menyerahkan kepatuhan dan kesetiaan sepenuhnya. Politik Islam pasti akan mendidik masyarakat untuk membentuk diri menjadi masyarakat Islam.

Manakala politik jahiliyyah merupakan politik yang tidak syar’i. Politik jahiliyyah akan menghasilkan sebuah masyarakat jahiliyyah lengkap dengan suburnya perkara thaghut di dalamnya. Politik seperti ini akan menyebabkan manusia tidak sedar bahawa mereka telah menghambakan diri kepada sesama manusia. Oleh yang demikian, marilah dengan penuh kesabaran kita meniti kembali jalan perjuangan Nabi SAW dan para sahabat ketika mereka masih tertindas di kota Mekkah sebelum berhijrah ke Madinah. Marilah kita pelajari kembali bagaimana Nabi SAW dan para sahabat berjuang tanpa sedikitpun berfikir untuk berkompromi dengan sistem jahiliyyah dan para thaghutnya ketika mereka masih lemah sekalipun. Sebab mereka hanya mempunyai satu cita-cita, iaitu mengembalikan hati manusia ke dalam pangkuan aqidah kalimat tauhid di mana manusia diajak untuk hanya menghamba kepada Allah dan tunduk kepada syariatNya. Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah sejenakpun bertoleransi dengan aqidah kemusyrikan dan tunduk kepada sistem jahiliyyah yang berlaku, walaupun risikonya mereka terpaksa mengalami berbagai ujian, tekanan, penyiksaan, penindasan bahkan pembunuhan.

Bagaimana kita perlu memahami bahwa Politik Islam adalah tidak sama dengan Politik Jahiliyyah. Berbeza antara satu sama lain dalam hal landasan keyakinannya, semangatnya, fikrah-ideologinya, sistem pembentukannya, budayanya, tingkah-laku para pelakunya. Yang jelas, keduanya sangat berbeza secara fundamental dalam hal siapa yang dijadikan pusat kesetiaan, penghambaan dan kebergantungan. Politik Islam sejak hari pertama telah mendasarkan dirinya sebagai sebuah projek mega untuk membebasan manusia dari penghambaan sesama manusia untuk hanya menghamba kepada Allah semata-mata Sedangkan Politik Jahiliyyah menjadikan sesama manusia sebagai tempat menyerahkan ketaatan dan kebergantungan sehingga suburlah di dalamnya para karut.

Page 11: Kedudukan Politik Dalam Islam

11

KEDUDUKAN POLITIK DALAM ISLAM

Terdapat beberapa istilah dalam Al-Quran yang mengisyaratkan kepada makna politik. Antara istilah tersebut ialah khilafa (al-baqarah:30, yunus:14 ) hizb ( al-maidah: 56 ) syura (al-syura:38) al-mulk (yusuf: 101) dan bermacam-macam jenis lagi istilah. Istilah-istilah inilah yang menunjukkan kepada manusia mengenai prinsip kuasa, pemerintahan atau urusan pentadbiran. Hadith Nabi yang menunjukkan kepada konsep politik ialah antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawab terhadapnya.

Para ahli Sains Politik Islam menggunakan istilah “siyasah” ketika membincangkan mengenai politik. Contohnya penggunaan perkataan siyasah didalam kitabnya iaitu siyasah al-syar’iyyah fi islah al-ra’i wa al-ra’iyyah. Manakala seorang lagi tokoh ulama Islam dalam bidang politik iaitu Imam al-Mawardi dengan kitab al-ahkam al-sultaniyyah. Dalam buku tersebut, al-Mawardi telah menjelaskan dengan baik garapan mengenai konsep dan fungsi khalifah dengan menggunakan perkataan siyasah iaitu hirasatu al-din wa siyasatu al-dunya bihi. Penggunaan istilah siyasah yang merujuk kepada politik ini adalah selaras dengan apa yang digunakan dalam perkamusan arab.

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadith serta pandangan ulama’ seperti yang dikemukakan di atas, politik mempunyai tempat yang istimewa dalam Islam. Islam tidak memisahkan soal keduniaan dan keagamaan dengan politik. Malah politik dianggap sebagai ‘wasilah’ atau jalan yang boleh membawa kepada maksud tercapai matlamat memartabatkan agama.

Ibn Taimiyyah dalam bab khusus mengenai wujub ittiqaz al-imarah dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah (1986) membuat kesimpulan tentang kepentingan institusi politik dalam Islam. Beliau mengulas bahawa ‘kuasa’ (dalam politik) dan ‘harta’ tujuan-tujuannya adalah untuk mengekatkan diri kita kepada Allah SWT. Ianya lebih dikenali sebagai fisabilillah. Dengan itu, menurut Ibn Taimiyyah lagi, ‘kuasa’ dan ‘harta’ mempunyai matlamat untuk mewujudkan kebaikan kepada agama dan dunia atau dengan perkataan lain adalah untuk menjamin kemaslahatan agama dan dunia. Menurut seorang lagi tokoh ulama terkemuka Islam dalam bidang sains politik iaitu al-Mawardi, beliau juga telah menekankan tentang kepentingan kuasa politik digunakan untuk memartabatkan agama Islam dan ungkapan hirasatun al-din wa siyasatun al-dunya bihi oleh al-Mawardi dalam kitab Ahkam Sultaniyyah ditujukan kepada orang yang berkuasa.

ISLAM AGAMA DAN POLITIK

Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama. Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.

Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya. Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama. Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah dalam dan luar negeri. Setengah

Page 12: Kedudukan Politik Dalam Islam

12

kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.

Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh manusia. Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja. Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah semata-mata. Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah kerja politik. Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan kenegaraan. Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al Baqarah bermaksud:“ Inilah kitab ( Al-Quran ) tidak ragu lagi adalah panduan bagi orang yang bertaqwa”. Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa. Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu ‘solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam’. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?

PENUTUP

Sebagai kesimpulan bahawa sumber kedaulatan dan kekuatan dalam kerajaan Islam bukannya kehendak pemerintah dan bukannya kehendak rakyat. Ianya adalah hak Allah taala semata-mata. Allah taalalah yang menciptakan perlembagaan umat Islam yang bersifat abadi dan manusia tidak berkuasa mengubah apa yang telah sempurna daripada Allah. Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya yang menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah" Al-Quran adalah kitab Allah dan perlembagaan orang Islam. As-sunnah pula adalah nota penjelasan kepada perlembagaan itu. Perlembagaan itulah yang membatasi kekuasaan kerajaan. Kekuasaan pemerintah dan kekuasaan rakyat semuanya kembali kepada kekuasaan Allah taala. Sesiapa yang mencari petunjuk yang lain dari Allah adalah sesat.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz. 2008. Pengurusan Perniagaan Islam: Konsep Isu & Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Abu ‘Urwah. 2001. Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Al-Idarah fi Islam. Dlm. Terj. Abd. Rashid Ngah & Jusoh Kadir. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi dan Kepimpinan Islam Satu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 13: Kedudukan Politik Dalam Islam

13

Amir Husin Mohd. Nor. 2005. Etika Politik Menurut Pandangan Sayyid Qutb . Dlm. Zulkiple Abd Ghani & Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik diMalaysia, hlm 70-83. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Andek Masnah Andek Kelawa. 2005. Penglibatan Politik Wanita Islam Malaysia:Hukum, Nilai Dan Etika. Dlm. Zulkiple Abd Ghani & Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (pnyt.).Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

__________. 2001. Kepimpinan Wanita Dalam Islam, Kedudukannya Dalam Syariah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azman Che Omar. 2001. Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu al-Ala al- Maududi. 1967. Islamic Law And Constitution. Lahore: Islamic PublicationAbd al- Wahab Khallaf. 1977. Al- Siyasah Al- Syariyyah Wa Nizam Al Daulah. Qahirah: al-

Mukhtar al-IslamiAbdul Rahman Mahmod, Jaffary Awang, Zakaria Stapa. 2009. Survival Politik Muslim

Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi Selangor.Abdul Aziz bin Saikh Ma’atok. 2003. Teori dan Amalan Politik Dalam Islam. Tesis Ijazah

Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Karim Zaidan. 1978. Umat Dan Negara Dalam Islam. terj. Kuwait: Internasional Islamic

Federation of student OrganisationAbdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad (penyt). 2002. Etika dan Budaya Berpolitik dari

Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).Ahmad Atiyatullah. t.th. Qamus Al-Siyasi. Qahirah: Dar al- Nahdah Al- Misriyyah.Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Pengurusan dalam Islam. Ter. Abd Rashid Ngah & Jusoh

Kadir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaAhmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi dan Kepimpinan: Suatu Perbandingan. Kuala

Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris. 1999. Bagaimana Islam Berpolitik Dan Memerintah. Kuala

Lumpur: Al- Hidayah Publisher: Abul A’la Al-Maududi. 1993. Hukum Dan Konstitusi Sistem Politik Islam. Bandung:

Penerbit Mizan Khazanah Ilmu-Ilmu Islam Ahmad Syafie Maarif. 1999. Islam dan Politi: Upaya Membingkai Peradaban. Indonesia:

Pustaka Dinamika Abdullah Gymnastiar. 2004. Amanah Manajemen Qolbu Untuk Kepemimpinan. Bandung : MQ

Publishing.Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.Abbas Mahmoud Al-Akkad. 1979. Kedermawanan Khalifah Usman bin ‘Affan. Jakarta

: Bulan Bintang.Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh. 1983. Detik Perang Saudara dan Penyebaran Islam Zaman

Kulafa’ Ar-Rasyidin. Kelantan : Pustaka Asa.Abdul Latif Talib. 2010. Novel Sejarah Islam:Khalifah –Khalifah Yang Benar Abu Bakar, Umar,

Uthman, Ali. Batu Caves Selangor: PTS Litera UtamaAl-Baladhuri, Ahmad bin Yahya bin Jabir. 1936. Asnab al-Ashraf. vol 5. Jeruselam:The

University Press

Page 14: Kedudukan Politik Dalam Islam

14

Ahmad Amin. 1993. Islam Dari Masa Ke Masa. Bandung : PT. Remaja Rodas KaryaAfzal Iqbal. 2000. Diplomasi Islam. Terjemahan Samson Rahman. Jakarta: PustakaAl-KautsarAnwar Zainal Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999. Sirat al-Rasul dan Khulafa’al-Rashidun.

Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM . Audah Ali. 2003. Ali Bin Abi Thalib Sampai Kepada Hasan Dan Husain. Bogor : PT. Pustaka

litera Antar NusaAsmaday Idris, Dzurizah Ibrahim & Rahminah Muharam. 2003. Isu-Isu Sains Sosial Dari

Perspektif Islam. Social Sciences Issues From The Islamic Perspective Kota Kinabalu Sabah, Universiti Malaysia Sabah.

Burhanundin Abdullah. 1999. Faktor-Faktor Kelemahan Dan Krisis Kepimpinan Dalam Politik. Dlm. Zulkiple Abd Ghani & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (pnyt.). Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM

Dusuki Hj. Ahmad. 1974. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussain Othman (pnys.). 2007. Islam dan Pembangunan Masyarakat. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ibn Khaldun, abd al-Rahman bin Khaldun. 1981/1401H. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Maktabah al-Ma’arif.

__________. 1981. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar Al-Ma’rifah.Ibn Taimiyyah, Taqiuddin. 1969. Al- Siyasah Al-Syariyyah Fi Islah Al- Ra’i Wa Al-Ra’iyyah.

Beirut: Dar al-fikral- Jazairi, Syaikh Abdul Malik Ramadhan. 2002. Pandangan Tajam Terhadap Politik . Antara

Haq dan Batil. Terj. Abu Ihsan al-Atsari. Solo: Pustaka Imam Bukhari.Kamus Dewan. 1993. Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Al-Khuli, al-Bahi. 1981. Sikap Wanita Islam Kini. Terj. Mohd Yusof Ahmad. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia.Al-Kharbutuli, Hassan. 1969. Al-Islam wa al-Khilafah. Beirut:Dar Beirut.Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam Dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim

Kontemporari Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Mustafa Haji Daud. 1996. Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Sdn. Bhd.Al- Mawardi, al-Basri, Abu al- Hassan bin Muhammad bin Habib. 1966. Al-Ahkam Al-

Sultaniyyah. Mesir: Mustafa Al-Bab Al-Halabi.Muhammad Abdel Qadir Abu Faris. 2000. Pemerintahan Negara Islam Yang Sebenar. Kuala

Lumpur: Jasmin Enterprise, Mumtaz Ahmad. 1986. Masalah-Masalah Teori Politik Islam. Terj. Ena Hadi & Ilyas

Hasan(pnyt.). Bandung: Penerbit Mizan.Nakhaei Ahmad. 1998. Kepimpinan Ilmu, Wanita Perlu Layakkan Diri”. Muslimah. Sept.Omardin Ashaari. 2008. Sistem Politik Dalam Islam. Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia :

Kuala Lumpur.Osman Khalid. 1984. Politik dan Pentadbiran Di Dalam Islam. Kuala Lumpur: Percetakan

SentosaSalim Ali al- Bahansawi. Terj. Mustolah Maufur. 1996. Wawasan Sistem Politik Islam. Jakarta:

Pustaka al-Kautsar

Page 15: Kedudukan Politik Dalam Islam

15

Sheikh Muhammad Naqyib Rahbah. terj. Al-Ustaz Hassan Salleh. 1986. Sistem Politik Dalam al-Quran. Pustaka al-Alami,

W. Arnold, Thomas. 1967. The Caliphate. London: Routledge and Kegan Paul.Yusuf al-Qaradhawy. Terj. Ibnu Sham. 2010. Agama dan Politik : Wawasan Ideal dan

Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-Liberal. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise

Yatim Badri. Sejarah Peradaban Islam Dirasah islamiyah II. Jakarta :PT Raja Grafindo PersadaZafir al-Qasimi. 1980. Nizam Al-Hukm Fi Al-Syariah Wa Al-Tarikh Al-Islami. Ed. Ke 3. Beirut:

Dar al- NafatisZahazan Mohamed (pngr.). 2008. Sistem Politik Islam : Menurut Pandangan Al-Quran, Al-

Hadis dan Pendapat Ulama Salaf. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Zulkiple Abd.Ghani & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2005. Dakwah Dan Etika Politik di

Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.